Jump to content
Sign in to follow this  
Datuk_Seri

Mat Rempit - Bila Akan Sampai Kesudahannya?

Recommended Posts

Sape tgk 999 tadi? " akan datang mat rempit ada 3 pilihan samada "

1 - Penjara
2 - Hospital
3 - KUBUR !!!

Rasanya bila Pilhan 1 tu akan dikuatkuasakan ? Pilihan 2 dan 3 tu memang dah pasti diaorang akan terima punya.Bergantung kepada tahap la..

Share this post


Link to post
Share on other sites
kindaichi_hajime wrote:aku terlepas la 999 td..
smpat tgk credit time last jer..
huhu...

Tak silap aku TV3 ada ulang siaran, cuba check intisari rancangan kat paper, biasa dia keluar lepas midnight awal pagi-pagi buta, hari apa tak ingat pulak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
adui patut pilihan nombor satu tu tak payah , merugikan je kerajaan nak bela dorang dalam tu , lebih2 lagi bila dah bercampur dengan penjenayah2 tegar lain , mat2 rempit ni akan dapat idea baru nak buat jenayah bila keluar nanti .

Aku rasa lebih sesuai mat2 rempit (yang bukan meragut/merompak/membunuh) ni buat dikerah beramai2 bersihkan jalan,longkang,tempat2 yang kotor TANPA gaji selama 6 bulan minimum . ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
http://longr.us/aghih.blogspot.com/rehat.politik.perak.jap.tengok.kes.cerai.ns

Kalau nak tahu punca gejala Mat Rempit, salah satu puncanya di sini. Institusi keluarga yang haru biru, pecah belah. Yang duk sibuk suruh Melayu bersatu tu, marilah kita sama-sama renungkan. Kalau banyak kes perceraian, bekas suami tak bayar nafkah macamana Melayu nak bersatu.

Kes perceraian di N.Sembilan ini memang begitu membimbangkan. Kesian tengok kakitangan Mahkamah Syariah , kadang-kadang terpaksa bicara waktu malam kalau kes terdesak.

Boleh dikatakan setiap lorong, setiap jalan di mana-mana taman perumahan sekarang ini ada keluarga yang bermasalah rumahtangga mereka, yang bercerai dan sebagainya.

Tanya polis-polis yang nak banteras Mat Rempit macamana hubungan kekeluargaan mereka, tanya ahli-ahli politik yang berkobar-kobar nak bimbing Mat Rempit macamana hubungan kekeluargaan mereka ?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kes perceraian di N.Sembilan ini memang begitu membimbangkan. Kesian tengok kakitangan Mahkamah Syariah , kadang-kadang terpaksa bicara waktu malam kalau kes terdesak.


haha..aku penah..aku penah..

==================================================================

cmne keluarga x bermasalah..asyik duk pntingkn duet jer...
ader plak tu yg bru knal 2-3 bulan,terus kawen...

Share this post


Link to post
Share on other sites
kes mat rempit tamat jika mat rempit yg ditangkap tu dimasuk terus ke pusat pemulihan atau penjara tanpa dijamin. kalo jamin, kuar merempit plak.. polis nak duit ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kadang2 aku rasa pelik kenapa kisah mat rempit shj yang digembar-gemburkan.Diorang ni skrg aku rasa dh jd macam artis.Ya la dpt promosi percuma di tv ,radio suratkhabar, internet dll.Mana diorang ni tak rasa bangga.Kebanyakkan syarikat terpaksa byr beratus ribu rm utk iklan.Tp mat rempit free of charge.Adakah korang terfikir semacam ada sesuatu yang tak kena ?kebanyakkan mat rempit adalah remaja melayu dan juga bakal pelapis generasi akan datang.Adakah mereka2 ini sengaja merosakkan atau dirosakkan?Pada fikiran anda adakah tiada pengguna kenderaan lain yang berperangai seperti mat rempit?Adakah anda tahu berapakah nisbah antara mat rempit dibandingkan dengan seluruh penduduk Malaysia?Adakah kadarnya terlalu tinggi sehingga kita semua termasuk kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan drastik untuk membasminya?bersambung esok mata dh ngantuk.

Share this post


Link to post
Share on other sites
wanjihan wrote: kalo jamin, kuar merempit plak.. polis nak duit ke?


tak patut ko kata camtu kat polis , kalau family mat rempit tu kena kuar duit tu baru la ada deterrent sikit dari mat rempit tu dari ulang balik kesalahan dia(lepas kena bayar jamin ribu2 mestila family dia mengamuk) ,walaupun kemungkinan untuk dia ulang balik tu ada .

Kebanyakkan syarikat terpaksa byr beratus ribu rm utk iklan.Tp mat rempit free of charge.Pada fikiran anda adakah tiada pengguna kenderaan lain yang berperangai seperti mat rempit?Adakah anda tahu berapakah nisbah antara mat rempit dibandingkan dengan seluruh penduduk Malaysia?Adakah kadarnya terlalu tinggi sehingga kita semua termasuk kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan drastik untuk membasminya?


kalau tak disiarkan dalam surat khabar@media massa, ada pulak pihak duk buat khabar angin kata kerajaan nak downplay isu rempit sambil buat jenayah ni (bukan kesalahan lalu lintas je ::icon_razz::). Nanti mula duk bising2 kata kerajaan/pihak polis sembunyikan "fakta sebenar" dari dilaporkan .

Tak ada lagi aku tengok sekumpulan orang yang berkereta(lebih dari 10 kereta , ok la ..5 bijik kereta pun jadi la ) perangai macam beruk kat tengah jalan sehingga boleh menyebabkan kecederaan kat orang lain .

lagipun kat malaysia ni memang moto > kereta , lebih2 lagi budak2 sekolah + yang duk single lagi .

Adakah korang terfikir semacam ada sesuatu yang tak kena ?kebanyakkan mat rempit adalah remaja melayu dan juga bakal pelapis generasi akan datang.Adakah mereka2 ini sengaja merosakkan atau dirosakkan?


jangan la jadikan isu mat rempit(jenayah) ni jadi isu perkauman@konspirasi pulak. Buat apa jadi pelapis kalau perangai camni,jadi baja je bagus (untuk mat rempit yang tak insaf jela)


hehe nasib baik kereta kat malaysia tak murah , kalau tak penuh la mat2 rempt kereta,lagi la susah . j/k ::lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kisah mat rempit ni memang tak ada kesudahan. Zaman aku dulu di panggil mat motor. Masa tu zaman G-punk, Rx-s atau rx-K. Kalau bohsia dulu di panggil rewang. Ni pun satu faktor penyumbang. Cuma harapan aku selaku orang tua, aku rasa tak kemana pun..lebih ramai kawan aku yang namanya terpahat di "batu nisan" dari buku guiness world of record. Tapi kalau korang nak teruskan juga merempit, join aja mana-mana sarkas...dapat juga duit..

Share this post


Link to post
Share on other sites
shambahar wrote:aku rasa tak kemana pun..lebih ramai kawan aku yang namanya terpahat di "batu nisan" dari buku guiness world of record.\


Dah berapa ramai shambahar ? kawan aku baru sorang jer,tu pun kemalangan betul2 depan tanah perkuburan kampung dia.Memang terkenal la jugak kat kawasan sini...

p/s : Kalau orang ramai kenal nama mat rempit ni,dan sebut nama berpuluh kali "mamposlah budak ni ".boleh jadi 1 doa...

Share this post


Link to post
Share on other sites
ni lah satu lg gejala yg boleh di masukkan dlm kategori bengon selain dadah dll.senan cite suntik je virus selesema babi pd mat rempit yg kena tangkap tu.. ::affraid::

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku rase istilah 'samseng jalanan' tu x sesuai la..
sbb bdk2 tu akan lebeh ego sbb nama gelaran diorg da dtukar kpd yg lebeh canggih..
kalo kerajaan tukar kpd gelaran 'BERUK SARKAS' kan lg bgs...
sure bdk2 tu malu gler nk berlumba..
haha..
sape stuju???

Share this post


Link to post
Share on other sites
Beruk Sarkas kira educated lagi daripada Mat Rempit sebab beruk sarkas hanya buat kerja meloncat-loncat dalam sarkas.
Ala, tukar istilah Mat Rempit kepada Anak Setan. Lagi sesuai.
Diorang malu, mak bapak pun malu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
anak beruk..pastu kalau jumpa kat tgh jalan ramai2 jerit...beruk naik motor...!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...