Jump to content
Sign in to follow this  
Datuk_Seri

Mat Rempit - Bila Akan Sampai Kesudahannya?

Recommended Posts

Hantar je kat penjara Guantanamo tu...baru diaorang serik dilayan macam Taliban.Tp aku tetap nak salahkan parent jugak sebab parent tak jaga anak2.

Aku alhamdulillah sebab kecik2 bapak aku sebat aku dengan batang paip & baling batu masa aku nak merayau.Lepas tu serik dah tak nak merayau.Aku habiskan masa duduk rumah dengan g lepak library kampung jer.

Time limit keluar waktu malam sampai kul 10 jer.Lewat maknanya makan penampau la...

Share this post


Link to post
Share on other sites
bestnye limit kul sploh...
masa aku kecik dulu limit sampai kul 6.30 je.kalau tak...akan dibicarakan sebelum masuk rumah.

aku merayau2 sampai tah kemana jugak..tapi takdela nak merempit...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Mcm sakai dpt motor..

Dah kantoi nk salahkan mak bapak pulak..

Diorang ni xpikir panjang,tau nk happy + enjoy..

Motor nak lawa nak power,xdpt beli dicuri..

Berani bila ramai je..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sakai pun tak macam tu..aku lagi respek orang asli la.Naik motor tak pakai helmet tapi bawak motor relaks jer ..tak sikit pun goyah bila mat rempit lalu sebelah dia.

Itulah dia orang asli,betul betul hao liao... hahahah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
rempit ni..
bg aku rempit ttp jahat wlaupn korang kata rempit x sumenyer jht...
diorg berlumba d jln rya,mmbahayakn org laen,korang xkata jahat?

baru2 ni ada kes..
sorang mamat ni bru jer dpt keje,n tdo kt tmn di johor bru ngan mmber2..
last2 kne belasah ngan rempit..mati..kne hantuk ngan helmet..
mmber2 dier pn kne gak...nasib bek slamat..
motif kne belasah : x diketahui..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Eh yang tu bukan ke kat pahang,aku ada baca dalam paper baru2 ni.Bukan kat jb...dia berasal dari n9 dan berhijrah ke pahang nak keje kilang. Ksian dia,salah faham punya pasal da kene bantai sampai mati.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Artikel yang keluar dalam Berita Minggu Ahad 10 Mei 2009 baru ni. Aku kongsi kat sini sebab masa baca artikel ni ada satu part yang aku sangat tak puas hati. Patut ler kekadang sesetengah program tak berjaya sebab target tak kena. Artikel tersebut:

'Mat rempit hanya di Malaysia'

GEJALA mat rempit hanya wujud di Malaysia, malah tiada sebarang jurnal antarabangsa yang pernah melaporkan masalah itu kecuali di negara ini.

Pakar pengangkutan awam yang juga Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Abdul Rahim Md Nor, berkata ini disebabkan beberapa faktor termasuk penggunaan motosikal sebagai pengangkutan utama di Malaysia berbanding negara asing.

"Di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia misalnya, ramai berkereta atau menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja. Tidak ramai yang bermotosikal. Malah jika ada motosikal pun, mereka menggunakan motosikal berkuasa tinggi.
"Keadaan sebaliknya di sini kerana ramai bermotosikal. Malah lebih ramai daripada yang berkereta. Jadi wujudlah kelompok atau kumpulan tersendiri seperti mat rempit sama ada di luar bandar dan bandar. Merempit itu sudah menjadi satu budaya di kalangan pemilik motosikal ini," katanya.

Prof Abdul Rahim berkata, di luar negara, jika ada pun, hanyalah lumba kereta haram dan bukannya motosikal.

"Hanya ada beberapa negara yang melaporkan kejadian lumba kereta haram seperti Australia, New Zealand, Amerika, United Kingdom, Sweden, Croatia, Jepun, dan Hong Kong. Bagaimanapun, perlu diingat, keadaan di luar negara terkawal, tidak seperti Malaysia yang hampir setiap malam ada saja kejadian merempit." katanya.
Beliau turut mengaitkan gejala mat rempit itu dengan faktor cuaca. Di Malaysia, cuacanya sama sepanjang tahun, manakala di luar negara cuacanya empat musim.

"Apa yang pasti, tiada siapa pun yang mahu bermotosikal ketika musim sejuk." katanya.

Prof Abdul Rahim turut menyuarakan kebimbangannya kerana perkembangan semasa menunjukkan gejala mat rempit bukannya berkurangan atau terkawal, sebaliknya semakin menjadi-jadi. Buktinya, jika dulu cuma 10 atau 20 orang mat rempit bergerak dalam satu kumpulan, kini bilangan mereka mencecah hingga 200 orang.

Ditanya faktor utama yang menyumbang kewujudan mat rempit ini, beliau menyifatkan sekurang-kurangnya lima faktor iaitu sikap mat rempit, ada 'peminat' gejala itu, pengaruh permainan video, pengaruh media dan penguatkuasaan undang-undang yang longgar,

"Sikap mat rempit yang menyifatkan perbuatan mereka itu memberikan kepuasan dan keseronokan tersendiri. Mereka berasa teruja dapat beraksi di jalan raya, ditonton ramai, ada peminat serta ganjaran seperti wang dan wanita untuk ditiduri.

"Tidak kurang juga yang menjadikan aksi rempit itu cara meleraikan pertelagahan seperti kumpulan mana yang memandu paling laju. Merempit ini memberi kepuasan rekreasi kepada mereka. Jika orang lain seronok panjat gunung atau kegiatan sukan lain, mat rempit menganggap membonceng motosikal dengan laju dan mempamerkan aksi bahaya itu satu kepuasan. Lebih-lebih lagi jika mereka ada kawan yang meminati perkara sama," katanya.

Prof Abdul Rahim turut menyelar sikap pengeluar filem dan drama bersiri yang berlumba-lumba menghasilkan cerita mengenai mat rempit yang disifatkannya hanya memberi publisiti meluas dan menggambarkan mereka sebagai hero atau ikon.

"Pengarahnya pula mendakwa produksi itu memberi pengajaran. Tetapi saya mahu soal kembali, apa gunanya pengajaran yang cuma 20 peratus berbanding keburukan sebanyak 80 peratus lagi?

"Pernahkah beliau terfikir berapa ramai yang akan meniru aksi dipaparkan? Aura filem sedemikian bukan saja di ibu negara tetapi menular sehingga ke segenap pelosok tanah air. Jadi apa rasionalnya menghasilkan drama atau filem yang mempopularkan gejala sosial sedemikian?"

Prof Abdul Rahim juga menggesa pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) mewujudkan satu pangkalan data khas bagi pesalah merempit ini, khususnya mengesan mereka yang tegar dan harus dikenakan hukuman lebih berat apabila mengulangi kesalahan itu.

"Pangkalan data itu menjadi catatan rekod kesalahan dan rujukan pihak berkuasa itu sendiri. Selain itu, kerajaan juga harus lebih tegas dengan menggantung lesen mat rempit selama dua tahun. Kita harus lebih serius dan tegas menangani permasalahan mat rempit ini," katanya.


Berpunca dari permainan video? Tolong ler, nama profesor, sejak bila pulak mat rempit jadi gamers? Dah ler orang yang bawak motor pun disinonimkan dengan rempit, la ni nak kaitkan pulak dengan gamers? Mengarut betul ler. Aku part lain boleh dikatakan keseluruhannya aku setuju, tapi part ni aku tak boleh terima. Tolong jangan pandang serong pada gamers dan tolong jangan samakan taraf gamers dengan rempit, jauh panggang dari api. Susah betul kalau orang prejudis ni, ilmu tinggi, pengalaman takde, cakap macam semua benda tau. Gamers dan rempit, oh pleaseeeeee, cut this bullcrap. ::affraid::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Huhu Sir Pyan jangan la terkejut..
Mungkin Mat Rempit main game racing macam MotorGP kot.
Tak pun di arcade kan banyak "motor berkelajuan tinggi" untuk dicuba Mat Rempit dari kecik.
Tu la yang Prof tu maksudkan kot. . .

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebenarnya gejala "mat rempit " ni pun boleh dikatakan ada jugak kat negara2 luar ni dipanggil bikers gang ,cuma naik motosikal besar cam harley tu buat jenayah lagi berat macam pembuatan/prosesan dadah , seludup senjata api , pembunuh upahan , sindiket pelacuran ,dan bermacam lagi. ::icon_mad::

Gila ke hape nak salah game pasal kegiatan rempit ni , patut salah mak bapak yang tak reti nak ajar dari awal . nak nasihat bila budak2 dah besar memang lagi susah la .


dari artikel..
Ditanya faktor utama yang menyumbang kewujudan mat rempit ini, beliau menyifatkan sekurang-kurangnya lima faktor iaitu sikap mat rempit, ada 'peminat' gejala itu, pengaruh permainan video, pengaruh media dan penguatkuasaan undang-undang yang longgar,


mana faktor mak bapak ni ? takkan nak lepas tanggungjawab . Buat malu la buat research tak lengkap ::icon_scratch::

Share this post


Link to post
Share on other sites
??????????? wrote:Huhu Sir Pyan jangan la terkejut..
Mungkin Mat Rempit main game racing macam MotorGP kot.
Tak pun di arcade kan banyak "motor berkelajuan tinggi" untuk dicuba Mat Rempit dari kecik.
Tu la yang Prof tu maksudkan kot. . .

Tak jugak. Mesej tu dah terbalik. Perhatikan dua statement ni:
Mesej 1 :"Mat rempit main game racing sebab dia minat merempit."
Mesej 2: "Mat rempit minat merempit sebab dia main game racing."

Dari apa yang prof tu cuba sampaikan, ia lebih kepada mesej yang kedua, sebab dinyatakan salah satu faktor penyebab adalah pengaruh permainan video, bukannya faktor orang main permainan video adalah kerana merempit. Nampak tak maksud aku?

Kalau setakat rempit main game racing suka-suka, tu tak boleh dijadikan alasan. Aku main gak kekadang game racing arcade, takde pulak aku merempit. Mat rempit pun kekadang petang-petang ada main bola, kenapa tak pulak dia cakap bola adalah faktor merempit? Ramai jugak rempit main snuker, biasa ler sukan popular XD, tapi kenapa tak pulak main snuker tu dijadikan faktor merempit? Dari apa yang aku nampak, kalau mat rempit menukar haluan dari merempit ke main game racing secara tekun hingga dapat mengelakkan diri mereka dari merempit bukankah tu satu perkara yang bagus? ::icon_wink::

Hampeh, ya betul tu. Kat luar negara ada jugak sebenarnya cuma bentuk dia berlainan dan motor dia pakai besar-besar. Prof ni mungkin tak pernah tengok filem Wild Hogs (John Travolta, Tim Allen).

Share this post


Link to post
Share on other sites
pada aku la filem2 seperti Remp-it,bohsia tu la yang menyebabkan budaya ni makin menjadi2,alasan pembuat filem yg filem ni utk pengajaran hanyalah alasan untuk mengaburi mata karyawan dan untuk mengaut keuntungan.
cerita2 beginilah yang patut kita BANNED...!!!
cuba anda fikir apa yg mat2 rempit dgn bohsia fikir skrg ni? "ko tgk hebat tu,kita merempit sampaikan diaorg buat filem,bangga tu...lepas ni makin berkobar2 aku nak merempit,menang dapat bohsia" kawannya pula menjawab dgn penuh yakin "eh bohsia pun dah difilemkan...wah sama taraf macam Puteri Gunung Ledang...sebab dua2 tu dah difilemkan hahahaha...." "lepas ni bolehlah kita merempit kat istana budaya tu kan? hahaha..."

korang sume paham tak ape yg aku cakapkan ni? atau korang kutuk jugak pada masa yang sama ajak kawan2 tgk citer sampah tuh?mcm org yang kesiankan palestin tapi masih beli barangan yahudi? (marah ni)

P.S masih bengang dgn sikap masyarakat penakut sampaikan 2 org ibu mengandung meninggal akibat kes ragut...

Share this post


Link to post
Share on other sites
@Sir Pyan
Err maksud saya, mungkin maksud Prof tu, ada Mat Rempit sebelum menjadi perempit, dia dah dibesarkan dengan sajian permainan game seperti MotorGP, game motor racing seperti di arcade, dan sebagainya. Jadi bila dia rasa dirinya dah "masuk watak" dengan game tu, diaplikasikan pula "watak"nya di dunia nyata. Tapi semua ni kemungkinan saja. . . Huhu.

@loy_azloy
Ya. Setuju sangat-sangat media merupakan penyumbang utama masalah ni berleluasa.
Saya menyampah dan naik jelik dengan cerita-cerita "menggelabah" yang makin banyak sekarang ni.
Sampai ada babak yang bercumbuan walaupun tidak berlanjutan, tapi masih memberi mesej yang tidak baik.
Matlamat mereka untuk menyedarkan masyarakat kononnya, tapi cara mereka sendiri menghanyutkan masyarakat. Malah menaikkan nafsu penonton.

Share this post


Link to post
Share on other sites
patut untuk menyenangkan polis tangkap mat2 rempit ni dari nak tarik baju sorang2 , beli la spike strips ke .. hehe . Pasal yang moto gp tu aku rasa tak kot , mat2 rempit ni mana gi cc @ main computer games sangat .
::icon_lol::

Orang filem pun satu , buat filem yang mengagung2-kan kegiatan bodoh ni ,buat la cerita polis ke , askar ke , bomba ke , biar ramai nak join . Ni macam aku tengok kat satu forum tu . Komplen pandai , tapi diri sendiri tak buat apa pun. Siap bila polis buat kerja pun dikutuk2 lagi . ::icon_rolleyes::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Rasanya rempit ni macam ada musim jer diaorang buat halkan ? senyap kejap,selepas tu timbul isu diaorang buat masalah dalam negara.

Seolah2 bila satu mula,semua nak ikut...Rasanya kedua2 pihak kene mainkan peranan,pihak yang pertama ialah ibu- bapa dan pihak kedua ialah pihak berkuasa.

Ibu bapa perlu pantau aktiviti anak2 diaorang dan jelaskan dengan terperinci mengenai keburukan melakukan aktivit tidak sihat.Seeloknya berkumpul pada waktu yang sesuai dan bincangkan mengenainya.

PIhak berkuasa jugak kenelah perketatkan undang2 di negara ni,tak salah kalau mat2 motor ni dibawah pemerhatian 1 undang2 yang tegas.Dimana mereka yang pernah ditahan atas kesalahan merempit,akan dikenakan hukuman yang setimpal.Sebab mereka memandu dalam keadaan merbahaya dan mengundang maut pada orang lain.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ibubapa bkn org yg tpt ntuk kite slhkn..
kbykn mat rempit ni smpai snggup pkul mak bpk..
ader satu kes tu smpai pecahkan teksi bapak dier semata2 bapak dier sorok kunci moto dier..

pihak berkuasa ptt lebeh tegas!
hkuman yg ader x menakutkn lngsg..
bykan mat rempit yg ditahan cme perlu beri keterangan,pastu dilepaskn keesokan harinyer..
spttnyer lesen n moto diorg ditarik n dikenakan bon berkelakuan baik slame beberapa taun bru dpt blk lesen diorg..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebab apa pukul mak bapak ? sebab mak bapak dia tak penah PUKUL dan mak bapak dia xpenah ajar adab mengadap ibu-bapa.Kalau kecik2 dah kene TANGAN dengan bapak pasal menengking,dah besar mesti serik...melainkan dari kecik dah dimanjakan.

Orang dulu2 nampak MATA-MATA,lari sebab takut tp skang nampak MATA-MATA..dah berani bertentang mata.

::icon_scratch::

Share this post


Link to post
Share on other sites
hampeh wrote:patut untuk menyenangkan polis tangkap mat2 rempit ni dari nak tarik baju sorang2 , beli la spike strips ke .. hehe . Pasal yang moto gp tu aku rasa tak kot , mat2 rempit ni mana gi cc @ main computer games sangat .
::icon_lol::

Tak silap aku benda ni dah dalam pertimbangan, hari tu masa press conference polis ada buat statement. Aku sokong diorang guna benda ni, baru tau bahana bawak laju tayar meletup, bukan setakat rempit, masa high speed chase penjenayah berkereta pun benda ni berguna jugak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
::icon_lol::

jangan jadi daging cincang dah la , menyusahkan polis lak kena kutip cebisan2 daging
dorang ::icon_wink::

::icon_lol::


ibubapa bkn org yg tpt ntuk kite slhkn..pihak berkuasa ptt lebeh tegas!


tu la aku kata , dari kecik kena ajar mana salah mana betul bukan setakat tegur sikit je kata " jangan " Kena ada kenangan ngeri sikit untuk budak2 ni ingat ::icon_wink:: . Jangan sampai mendera sudah.

Pasal pihak berkuasa lebih tegas tu , nak tegas sampai mana lagi ? polis/pihak berkuasa buat lebih sikit sampai berjenis2 surat khabar dorang gi lapor pasal kononnya polis ni nak membunuh/mendera anak dorang.Tengok jela NS(plkn) kita pun lembik je , buat malu je kasi nama "national service" tapi macam perkhemahan budak sekolah,membazir duit je buat tiap2 tahun .Nak mengajar menembak pun ada macam2 bunyi dari mak bapak .. ::icon_rolleyes:: Semua nak lepas kat kerajaan/pihak berwajib/pemerintah untuk jaga anak sendiri baik takyah buat anak kalau tak reti jaga .


Sayang anak tangan-tangankan dari mula ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
itu blogspot bg mereka yang takde otak,mungkin terlalu taksub atau mmg mereka ni bodoh kayu,mak bapak diaorg pun teruk agaknya...sebab tu anak2 diaorg dah besar cacat pemikiran mcm ni...
nak samakan mat rempit dgn ibnu batthuta dan marco polo...hahaha diaorg ni mmg bangsat...!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kenapa saban hari Mat Rempit di serang?

Ini kerana mereka adalah gulungan yang paling lemah dalam masyrakat kita. Gulungan yang lemah ini selalu di serang, dikutuk dan di fatwa fatwikan. Kalau tidak Mat Rempit -Mat Black Metal, kalau tidak Mat Black Metal - Mat Lembut, kalau tak Mat Lembut -Mat Rock. Orang tua cukup senang untuk menyerang orang yang lemah.


ni ayat paling bodo pnh aku dgr kt blog tu..haha..
xder maknenyer nk bersimpati dgn golongan yg mmbahayakan pngguna jln rye yg len..
nk berlumba haram pi la kt grand canyon ke kutub utara ke..kt ctu xder spe yg larang diorg berlumba..


Kerana kutukan datang bertalu datang kepada Mat Rempit maka semua ini menjadikan saya bersimpati. Saya bersimpati dengan sesiapa sahaja yang ditindas. Saya bersimpati dengan Mat Rempit. Saya bersimpati dengan anak muda kerana saya juga pernah muda dahulu. Semua orang tua – kaki kutuk ini - pada satu ketika dahulu mereka juga muda. Tetapi mungkin ada juga orang muda yang telah dituakan lebih awal lagi – mereka ini Mat Skema – Mat Baju Batik Lengan Panjang. Poyo.


ayat atas ni nmpk sgt penulis blog tu xpnh nk pkir mase dpn..kalo xder 'mat skema' n 'mat baju batik lengan panjang' ni la xkn ader kemajuan kt negara kite..
pastu jd la mcm kt EL SALVADOR yg terkenal dgn mafia MS-13 nyer..ngeri gler aku tgk kt national graphic smlm..

Share this post


Link to post
Share on other sites
apekata ramai2 pakat kutuk kat blog dia?kita buat bertubi2 sampai dia lemas mcmana?

Share this post


Link to post
Share on other sites
biarlah hit tapi penuh dgn kutukandan amaran,aku rasa nak dedahkan aje kat tv3

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...