Jump to content
Sign in to follow this  
Datuk_Seri

Mat Rempit - Bila Akan Sampai Kesudahannya?

Recommended Posts

Assalamualaikum...

Bila bercerita mengenai mat rempit ni, entah bila kesudahannya pun kita tak tau.. Boleh dikatakan hampir tiap-hari kita mendengar mengenai Mat Rempit. Ada yang bangga jika digelar sebagai Mat Rempit. Begitu juga dengan istilah-istilah lain yang digunakan seperti WiKang, WiLi, Korner Baring, Superman, dan sebagainya. Yang amat menyedihkan Gejala Mat Rempit ni ada dari kalangan orang melayu bahkan sebut sahaja Mat Rempit, terus ia dikaitkan dengan orang melayu. Gejala Mat Rempit ni berlaku di semua peringkat umur dan tidak mengira profesion. Gejala Mat Rempit ni AMAT SERIUS, sesuatu perlu dilakukan. Apa cadangan anda??

A Mat Rempit is a Malaysian term for 'an individual who participates in illegal street racing', usually involving underbone motorcycles (colloquially known as Kapcai) or scooters. Not all Mat Rempits are involved in street racing; some of them perform crazy stunts for fun, such as the wheelie, superman (lying flat on the seat), wikang, and scorpion (standing on the seat with one leg during a wheelie).

Mat Rempits usually travel in groups and race in bustling city centres on weekend nights. In recent times, Mat Rempits have been linked to gangsterism, gang robbery[1][2], street fighting, assault[3], vandalism, theft and bullying. Most motorcycles used by the Mat Rempits do not meet standard specifications, or have been modified extensively for greater speed, or just to make the exhaust noisier.

Additionally, some Mat Rempits do not have valid motorcycle licenses, do not pay road taxes, and ride stolen motorcycles[4][5]. A growing number of housing estates have also been turned into racing tracks[6]. It is estimated that there are about 200,000 Mat Rempits in Malaysia[7].

In some other countries, the term Mat Rempit is also used, but more to refer to one as a motorcycle lover or rider (Mat Motor), as opposed to an illegal motorcycle racer. Sometime the terms of Mat Rempit misused to refer any individual who rides an underbone motorcycle. Related to this is the Mat Konvoi, which claim to be the non-racing version of Mat Rempit.
- dari Wikipedia (dalam wikipedia pun dah ada pasal mat rempit.. huhuhuhuhu)
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pendapat peribadi

1) Hukuman yang lebih berat seperti sebat dan penjara lebih 5 tahun serta denda.
2) Motosikal tersebut dilupuskan jika pemiliknya ialah Mat Rempit itu sendiri, jika milik orang lain seperti kawan, keluarga dan sbginya, pemilik tersebut dikenakan denda berat.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum...

off topic
mana ada celup la.. suma ayat tu buat sendiri.. penat tau karang2 ayat.. hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

bukan apa..masalahnya benda tu punca dari adrenalin....nak bawak laju2 tu syok...hukum sebat pon maybe menyedarkan yg 'dah kena sebat'...org lain tak kena lagi diorang pedulik hapa...

kalu letak poster pecah2 kepala sebab eksiden nak kasi takut...diorang buleh cakap "dah nasib mamat tu"...tu yg buat penat tu

kesudahannya aku taktau la bila...mcm tak buleh aje..

*weh aku tak sokong tau ::icon_lol:: cuma tu la yg tengah ada dlm kpala otak aku ni..KEMPEN ANTI-REMPIT MUSTI DITERUSKAN..tu ikhtiar..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Entah ler bila akan habis. Rujuk kes dadah ler senang, dah macam-macam buat pun sama jugak, sampai paling maksimum pengedar boleh kena hukum gantung mati mandatori pun ada lagi yang mengedar. Benda-benda camni takde kesudahan, sebab tu jugak kesedaran untuk menentang benda-benda camni pun tak boleh dihentikan sampai bila-bila, dari segi kempen, pendidikan, penguatkuasaan undang-undang dsb.

Bila buat nak bawak motor kena ada lesen, ramai yang merempit bukan ada lesen pun. Dah pergiat road block dan tangkapan, pun ada lagi merempit. Tahun berapa tak ingat, hukuman dah dinaikkan pun kalau tak silap, ada lagi merempit. Nak haramkan penggunaan motosikal? Ramai jugak yang cari makan halal naik motor. Tu pun kalau diharamkan, memang dijamin lepas tu mat rempit akan cari alternatif lain punya, pakai motor seludup ke, tukar ke profesyen lain ke macam start racing kereta curi pulak, mana ler tau. Sebab tu usaha membanteras adalah satu usaha berterusan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku rasa x kan ada kesudahan
korang tgk lah kecik2 lagi dah pandai nak merempit
cth cam kat kg aku
budak2 dah pandai merempit ngan basikal
dah besar lagilah ...
kesimpulan nya aku pon x tau sama ada budaya rempit akan ada kesudahannya ke @ tak ..

Share this post


Link to post
Share on other sites
keroncong wrote:mat rempit ni suka menunjuj tak bertempat.
nak tunjuk terer la tu konon..
ni nak kena ajar dr kecik lagi..
senang crita rampas je moto dan jgn bagi diorang claim balik moto tu..


Setakat ni dah banyak motor kena rampas & sita. Liciknya diorang ni, depa pi curi motor lain pulak buat racing, spare part pasaran gelap pun pandai diorang cari. Teringat pulak motor adik aku yang kena rembat lama dulu, sampai sekarang tak jumpa lagi. ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dulu aku pnah gak dgr yg kerajaan nak wat litar utk mat rempit. Kemudahan free....
Ade ke?
Aku rase hukuman penjara atau sebat, tak guna lagi skang. Sedangkan pencuri bile keluar penjara pun tetap mencuri lagi. Perogol keluar penjara tetap merogol.
Cadangan aku, pihak polis atau jpj kene selalu adakan kempen bersama mat2 rempit nih. Nak mengajar org yg kurang ajar, kena mengajar bebaik. Tak boleh pakai rotan. Bile pakai rotan, dendam la jawabnye. Bile dendam, riuh sekampung.
Buatkan je litar utk drg tunjuk skill. Masuk free. Lantak la drg nak wat ape dalam tu. Nak tunggang terbalik, nak tumpah darah. Lantak. Itu yg dorang nak. Yang penting tak membahayakan org yang tak bersalah.
Tapi tu la, bile dh buat kan litar, nak jugak tunjuk hebat kat org.
Bile kesudahannya? Tunggu la drg ade duit byk beli kereta. Itulah kesudahan bagi seseorg mat rempit. Nak marah pun tak tunggu, org filem pun buat cerita tentang mereka. Kenapa tak wat filem org yang ngadap skrin pc atau laptop. Tentu tak laku kan? Sebab kite sendri suke tgk filem macam tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hukuman penjara je tak bagus , membazir duit je bagi makan kat manusia macam ni , patut buat satu kem buruh paksa sumbat semua pesalah ringan(bukan penjenayah berat/perogol/pembunuh) ; amik la tanah-tanah mana yang kosong@terbiar suruh dorang ni majukan dengan pengawasan pihak penjara . Sumbat dalam penjara buat bazir duit cukai@kerajaan@rakyat je .

Share this post


Link to post
Share on other sites
Buat litar untuk mat rempit ? haha...nanti ada pulak yang kata kerajaan aka GEMEN ni perabiskan duit rakyat,katalah kerajaan tak betul ::icon_biggrin::

Yang seeloknya hukuman untuk mat rempit ni buat macam hukum hudud.Baru dia orang takut nak merempit,tak de lah nak menyusahkan para medik atau polis nak kutip kaki tangan yang putus dan bersepai kat atas jalan.

Tukang rempitnya pun orang melayu,yang akan menyokong perlaksanaan hukum hudud pun orang melayu,tak heran yang kene hukum pun orang melayu.Maka dapatlah kita kenal pasti bahawa orang yang kene hukuman ni adalah dari kes jenayah rempit,rogol dan sebagainya yang termaktub dalam hukum tersebut.

p/s : mesej di atas tak de unsur politik yek. ::icon_study::

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku tak rasa benda ni habis akan habis...
setiap karear mat rempit akan habis di jalanan atau cuci tangan..
tetapi still ade pelapis... jadi aku rasa kalau bebetul nak tamat kan benda nie...
pastikan pelapis nie tak wujud...
akan tetapi mustahil....
ia dah wujud dari zaman dulu lagi..
zaman moto scremler (nie zaman bapak aku...)
pastu zaman moto YP ala... zaman cerite azura la...
pastu start pelahan lahan evolusi RXZ.....
nie zaman aku.....
dan aku ade sebuah RXZ usang yang dahulunya gah dijalanan...
tapi aku bukan mat rempit la..
(cuma aku suka bawak laju sambil bunyi ekzos perit)
bila kita pulas sendiri trotal minyak dengan ekzos dah potong sambung....
darah dalam badan rasa lain macam je....
nak try bape laju boleh pergi....
time kuar moto ngan memember secara kumpulan perasaan nak bagitau motor aku lagi kuat membuak buak...
cara nye test kat jalan... tapi benda sekadar hobi.....
tampa menyusah kan orang lain..
tapi aku bukan la mat rempit...
dan sekarang bila aku duduk dalam kereta,
nampak budak bawak moto lelaju, aku tersenyum je...

Share this post


Link to post
Share on other sites
anyway... aku pun bwk motor gak...
tp xdelah tunggang mcm jalan ni bapak tiri laki mak tiri aku punya....
aku bwk pun slow n steady, kalo setakat celah-celah tu besalaa...
takkan kita nak follow je buntut lori dari Bahau sampai Seremban kot?
tp xde la cilok sana... cilok sini gila babas punyer...
apapun bg aku la... hukuman sedia ada pun diorg x heran...
dgn polis dan jpj pun diorg leh sepak dan langgar...
ada yang cedera parah... tp masyarakat tak pandang pun hatta sebelah mata...
tp bila mat rempit kena sepak dek polis, masyarakat mula melenting...
tp pada masa yang sama masyarakat menuding jari kat polis... mengatakan mereka tak buat kerja... itulah dia masyarakat madani islam hadhari malaysia kini yang terbilang gemilang terbungkang kalang... siapa masyarakat? kalangan kitalah... ibu-bapa bakal mat-mat rempit yang akan menyambung warisan mat-mat rempit lain yang cuci tangan sebab kaki dah xde sebelah... dan yang mendermakan darah serta cebisan daging di atas jalanraya... termasuklah yang telah mendermakan nyawa secara percuma di atas jalanraya... kdg-2 mak-bapak zaman skrg tabur duit kat anak-anak kononnya tanda kasih sayang kat anak-2... anak nak tu, diorg bg... nak ni diorg bg.... maka naik lemak lah anak-anak... ye lah... apa yg aku nak semua aku leh dapat... so kalo kita tgk lah punca-punca gejala mat rempit ni adalah berpunca dari mak-bapak sendiri yg x reti didik anak... diorg serah bulat-bulat 500% kat cikgu-cikgu sekolah... sedangkan cikgu-cikgu kat sekolah pun dah naik pitam dgn perangai anak-anak diorg ni yg kebanyakan mcm pelesit perangainya... guru disepak... ditumbuk... ditendang... dimaki... dicerca... diejek... maka mereka ni dah x makan dek ajar... ajar pun x guna, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.... badan dlm sekolah, jiwa nun..... kat luar sana.... sbb tu ramai yg suka ponteng sekolah... puncanya dari sape? mak bapak sendiri yg tak tahu jaga anak... dah pandai buat pandai la jaga... jgn dok buat duit je keje... anak terbungkang kalang atas jalanraya dgn kepala ke utara... kaki ke barat, tangan ke timur... badan?? bawah lori.... so elok mat-mat rempit ni masuk semula PLKN mana yg x pernah masuk lg... besenye yg merempit ni xde otak... mgkin tggal kat rumah atau tepian longkang atau di mana-mana sahaja hatta di pasaraya.... mgkin bahasa aku ni agak kasar... tp itulah hakikatnya... masyarakat hanya bergantung 500% kepada polis, bila kejadian ragut depan mata, wat tak endah... mcm drama gerak khas di depan mata... walaupun mangsa ragut dah teruk calar-balar satu badan kepala pun berdarah... mereka suka tunggu dan lihat... kot-kot ada polis lalu, polis leh kejar peragut tu... masyarakat skrg ni dah terlalu bijak... penjenayah pun semakin bijak... jd buat mak-bapak kat luar sana, tlglah tgk-2kan anak korang... bak kata pepatah, sygkan anak rotan-rotankan... bukan timang-timangkan...-+

Share this post


Link to post
Share on other sites
mfaizal2008 wrote:tulah dia masyarakat madani islam hadhari malaysia kini yang terbilang gemilang terbungkang kalang.



Apa kaitan dengan islam hadhari lak ? Ada ke Islam Hadhari tu suruh anak-anak muda/masyarakat kita buat jahat ? Ni sah sendiri tak paham apa tu Islam Hadhari . ::icon_eek:: . Takpa , type Islam Hadhari kat google tu cari ... Jangan cari site anti-kerajaan lak , cari yang official nyer ok . ::icon_smile::


kalau takda kaitan dengan islam hadhari kenapa nak diboldkan ?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kesudahannya mungkin akan berakhir sekiranya polis kita bertindak keras macam polis jiran negara kita singapura.Tak de sape berani buang sampah atas jalan,tak de sape berani bawak kete laju2 kat sana,tak de sapa berani buat hal kat sana.

Sekiranya sistem merit dilaksanakan seperti mana dilaksanakan pada murid sekolah,mungkin dapat membantu membasmi gejala rempit dinegara ini.Stiap kesalahan yang dilakukan,pasalah akan dikenakan merit dan sekiranya markah merit ditahap membimbangkan,tindakan tegas akan dikenakan termasuk membeku/menahan lesen pesalah.Sekiranya masih berdegil,lesen akan tamatkan serta merta.

Share this post


Link to post
Share on other sites
mat rempit = racing = awek cikaro + duit
mat rempit = x de duit = meragut, merompak
mat rempit = kasi power motor = pakai duit

kalau x de mat rempit, aman malaysia ni...
tapi hilang pulak supporter kuat pemuda ****

x de la org nak bawak kibar2 bendera **** masa pilihan raya nanti
dan x adalah perserta sukan malam anjuran kerajaan islam hadhari

dlm kebelakangan 6 tahun ni, mat rempit semakin menjadi-jadi...
mungkin anda tahu sebab apa~

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau semua masalah nak tuding kat satu parti politik tu tak ambil kira masalah peribadi mat2 rempit tu susah la ... ::icon_rolleyes::

Share this post


Link to post
Share on other sites
hampeh wrote:kalau semua masalah nak tuding kat satu parti politik tu tak ambil kira masalah peribadi mat2 rempit tu susah la ... ::icon_rolleyes::

hmm!betul tu!..

ku x paham r.camne name rempit nih bule melekat plak untuk pengguna2 motor ni ek..??bukan nye cantik pun name nyer.huhu.

masalah ni dah terang2 datang dari diri dieorang sendiri.bagi aku, dieorang sendiri la yang pilih nak jadi 'rempit yang teruk'.

salah siape??wohh..byk kebarangkalian dan kemungkinan yang ade..jom kite pk la sendiri! ::icon_cheers::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Mat rempit ni tak de kene mengena dengan pemuda itu atau ini,pokok pangkalnya diri sendiri kalau dah nak jadi mat rempit,mat rempitlah jadinya...

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam kepada sahabat2 dan saudara islam sekalian. . .

aku baru daftar jer ni,sebab aku terlihat topik ni.
kalau tak aku just 'guest' sepenuh masa jer.
bukan semua matrempit kejam,perogol,perompak,samun,snatch(aku pon lupa mkna lam b.m.)
so bagi aku,dan kalau aku orang atau menteri lam negara ini,
aku halalkan jer merempit ni.
sebab?
dah jadi lumrah orang malaya/malaysia dah pasal merempit ni.
dan aku juga benci kat korang yang komen secara tidak professional ni.
aku akui mungkin cara aku komen pon
taklah sehebat mana,mungkin faktor usia.ayat aku ni pon
tunggang langgang macam 4 taun lepas masa aku blajaq willy. . .
aku nak cerita sikit pasai matrempit. sebab apa?
sebab dia dunia luar aku dipanggil 'mat',
lecturer di IPTA aku pon panggil aku mat.
dah tu,aku pon gemar rempit jugak sampai sekarang. . .
jadi,korang pon secara otomatik tau aku pnyer umor berapa kan.
so,dalam hidup aku byk sejarah rempit yang aku buat.
dan aku benci,taksuka,dan aku anggap hipokrit
kepada korang suma yang cakap
kerajaan harus beratkan hukuman la,tangkap,sebat.
kenapa harus jadi begitu?::icon_biggrin::

sedangkan,aku tgk filem azura,
gila2 remaja,merempit juga apa??
aku rasa korang sumer umo antara 30-50,
dan dulu korang pon rempit jugak kan?
pesal korang rempit? ha? pesal? bukan aku nak berkasar,tanya jer ::icon_smile::
sebab zaman muda korang,nak enjoy,
nak nikmati segala apa yang rakan2 sebaya korang dapat.
so kitorang pon nak macam tu!! kami pon nak menikmati apa yang telah anda nikmati dulu.willy,weikang? korang sumer yang ajar kan?
byk aku dengar cerita vateran2 dulu diorang main willy,weikang,korner,
yang paling aku kagum korner kutip syiling. huh, aku pon tak reti buat mcm tu.
korang dulu sumer rempit jugak,apa salah kitorang nak rempit??
suasana pon lebih kurang jer,konvoi,mekap motor,sprint,race.
kitorang blaja sumer tu pon dari korang sumer,betul tak?
kalau dulu ada matrempit tak kaco orang,sekarang pon ada gak mcm tu.
kalau sekarang matrempit lari roadblock,dulu takder ker?
kalau korang cakap matrempit sekarang rogol,rosak anak dara oghe..
naper dlu takder ker?? takder?

so semua sama jer,bagaimana kitorang anak muda
tau buat sumer tu,kalau bukan set2 korang yang umor 30-50 ni yang ajor?
erm aku pon tatau bila kesudahannya.
mungkin kesudahannya mcm PELUKIS cakap,bila kitorang ada duit nak beli kete. . .

tapi sedarlah wahai para pengkomen semua,
jangan komen benda yang tak masuk akal,
ni semua bayangan anda ketika anda muda dahulu..
aku rasa,dulu punya matrempit lagi dasyatt.
time tu,rxz,panther,yP,rxs dan ada lagi yang aku tetiba tak ingat lak. . .
tak laju ker? takkan korang naik motor tu bawak 50km/h?
hehe.. n aku dengar majoriti matrempit dulu ramai
pakai moto2 yang aku sebut dulu.
so aku harap korang tak post benda2 yang menunjukkan
korang tu mcm tatau apa2 pasal matrempit ni,
mcmlahh mat rempit tiba2 jerr wujud zaman sekarang ni.
korang yang mulakan kan.....
kitorang nak try jugak. . .

igtlah,korang bukan mewarisi alam2 ini dari makbapak korang,
sebaliknya korang meminjam dari generasi yang baru/akan datang..

aku pon rasa kasar bahasa sangat,tapi aku takberniat nak backing
matrempit yang luar tabi'ie
aku cuma nak ingatkan korang jer,kisah korang muda2 dulu. . .

Share this post


Link to post
Share on other sites
afizsxp wrote:REMPIT a.k.a SEMPIT= OTAK dan PEMIKIRAN yang SEMPIT ::lol::



ermm sedappp ayat. . . gambaq anak hang ka tu afizsxp?

takkisah lah anak hang ka,anak sedaqa ang ka. . .

tapi aku yakin lapis2 anak ko tu bila besaq nanti,REMPITTT JUGAKKKK. . .
tapi rase time tu dah pupus kot yp,tx-r 150,rxz.

so suruh la anak ko carik LC135 nnt,sedap sikit walau 4stroke.takpon 125z,dia remaja nanti
mesti nak rempit jgak,takkan nak bagi dia rempit naik skuter kottt...wahahahaha

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...