Jump to content
Sign in to follow this  
Datuk_Seri

Mat Rempit - Bila Akan Sampai Kesudahannya?

Recommended Posts

Ada jugak yang membela rempit ni. Tak paham maksud kot. ::icon_eek::

Apa maksud "rempit"?
Adakah mereka yang menunggang motor dipanggil rempit? Tak.
Adakah mereka yang membonceng motor dipanggil rempit? Tak.
Adakah mereka yang mempunyai motor dipanggil rempit? Tak.
Adakah mereka yang minat kepada permotoran dipanggil rempit? Tak.
Adakah mereka yang berlumba motor seperti Valentino Rossi di litar dipanggil rempit? Tak.

Jadi apa sebenarnya maksud "rempit"? Istilah ni bukan istilah lama, tapi memang betul fenomena ni memang dah lama jadi, cuma dulu mungkin orang panggil "mat motor". Tapi rata-rata orang ramai akan bersetuju dengan maksud umum perkataan "rempit" yang aku bagi ini.

Mat rempit: Mereka yang menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya samada diri sendiri atau orang lain, serta cenderung melanggar undang-undang lalu lintas.

Sekarang aku tanya balik,
Adakah menunggang secara melulu perkara yang baik? Tak.
Adakah membahayakan diri sendiri dan orang lain perkara yang baik? Tak.
Adakah melanggar undang-undang lalu lintas perkara yang baik? Tak.

Berdasarkan kepada logik tadi, aku tanya balik,
Adakah "rempit" sesuatu yang baik? Sudah tentu lah TAK.

Aku pun naik motor jugak. Dah dekat 10 tahun aku bawak motosikal Kriss kesayangan aku tu pergi cari makan. Tapi aku tak bawak melulu, aku ikut had laju, kalau kat highway kata 110km/h maksimum, aku bawak tak lebih 110km/h. Kat kawasan perumahan aku bawak perlahan. Kat bandar aku tak cilok-cilok kereta lain kalau tengah laju. Aku tak langgar lampu merah. Aku tak bikin ekzos motor aku sampai bingit telinga ganggu jiran-jiran sebelah. Aku tak membahayakan diri sendiri dan orang lain. Aku menunggang dengan berhemah. Sebab tu aku bukan rempit, walaupun aku menunggang.

Isu rempit bukan isu umur. Kalau orang muda merempit salah, orang tua merempit pun salah jugak, tak kira ler tua ke muda ke, orang dulu ke, orang sekarang ke, Azura ke, Azroy ke, Ali Setan ke, kalau dah merempit salah ler tu. Kalau setakat gila atau minat motosikal tu bukan rempit namanya. Jadi tak payah ler tegakkan benang basah. Berlumbalah di tempat yang betul. "Wheelie" dan "wikang" lah di tempat yang betul. By the way, orang putih tak panggil "wikang", istilah sebenar dia adalah "stoppie", bukan "wikang". Orang kita je panggil "wikang". ::icon_lol::

Share this post

Link to post
Share on other sites
mungkin ada sesetengah pemandu motor ni walaupun bukan mat rempit, tapi memandu tak berhemah dan berbahaya. mencelah sana mencelah sini. pemandu kereta banyak je anti benci org2 motor ni dan melabel hampir semua jadi mat rempit

tapi masalahnya, seorang kawan saya ni memandu motor dengan penuh hemah, slow tak pernah lebih 60 (sebenarnya motor dia lama dah rosak tu yg tak boleh lebih 60). bila dia kat jalanraya, kalau boleh dia nak motor dia dalam satu slot berbaris ke depan dengan kereta lain, tapi semua pemandu kereta asyik nak hon dia nak dia pergi mencelah2 ke depan.

bukan ke kalau masa kita belajar memandu tu motorsikal berhak ada tempat slot sendiri dalam satu lane jalan raya tu, bukan nya mencelah2 kat tepi je di antara dua lane? saya pun heran, benda ni dah tak boleh diubati lagi kat malaysia. masa kat sekolah memandu ia-ia je ada peraturan tu, tapi bila kat jalanraya, bukan main kena hon berkali2 lagi oleh hampir semua kereta yg pernah membontoti motor kawan saya tu.

sori le, panjang sangat ada sedikit lari dari rempit, tapi saya rasa benda ni berkaitan pemanduan motorsikal jugak dan benda ni org biasanya tak endah atau mmg tak perasan

Share this post

Link to post
Share on other sites
DRS wrote:mungkin ada sesetengah pemandu motor ni walaupun bukan mat rempit, tapi memandu tak berhemah dan berbahaya. mencelah sana mencelah sini. pemandu kereta banyak je anti benci org2 motor ni dan melabel hampir semua jadi mat rempit

Kalau dah menunggang secara berbahaya tu orang panggil me"rempit" ler tu, walaupun orang tu tak nampak macam rempit. Mencelah, atau istilah "changing lane", tak boleh dibuat secara melulu, sama juga motor atau kereta. Kecuali kalau trafik tengah berhenti seperti di lampu trafik merah atau jalan jem, biasa motor akan ke depan, ini boleh dimaafkan dengan syarat motor tersebut stay kat satu laluan, tukar laluan bila perlu, dan tak menunggang dengan laju. Kalau bawa perlahan, stay kat sebelah kiri, ni sama jugak dengan kereta.

Kena hon tu kekadang memang jadik, aku pun pernah kena. Tapi kalau bukan silap kita, buat bodoh je, lain ler kalau silap sendiri. Tapi kalau bawak perlahan, sebab tu kena stay sebelah kiri, beri laluan untuk memotong. Kalau trafik tengah berhenti, motor memang boleh ke depan, kalau perlahan pun takde masalah, tu ler sepatutnya.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Sir Pyan wrote:

kalau pemandu kereta secara merbahaya pun blh panggil mat rempit la yek..baru adil..

Share this post

Link to post
Share on other sites
Haah yang bawak kereta macam hantu tu nak gelarkan sebagai apa ?

Mat Rempit skang ni dah makin berkurangan berbanding beberapa tahun lepas yang sememangnya berlambak kat jalan raya.

Share this post

Link to post
Share on other sites
kalau pemandu kereta secara merbahaya pun blh panggil mat rempit la yek..baru adil..

biasanya golongan macam nie biasanya tak dipanggil rempit..kalo ikut statistik golongan rempit nie golongan remaja adalah paling tertinggi terlibat dgn salah laku rempit..darah muda katakan..mereka nie belum mampu nak beli kereta berbanding motor,itu pun ada jugak guna duit mak ayah untuk beli motor..kalau mampu agaknya habislah jalan raya kat malaysia nie jadi track drift dan drag diorng.

Rempit melambangkan perspektif negatif (-)
kalau tengok sekarang ramai anak2 muda sekarang bangga diri dengan gelaran rempit..
apa yang nak dibanggakan dgn pekara negatif?
Jadi mana2 manusia yang bangga digelar mat rempit atau masih membela mat rempit berfikiran sempit/sengkek? Setuju??

Share this post

Link to post
Share on other sites
Aku tak berapa setuju sangat,bukan sebab nak membela tp setiap perkara mesti ada kebaikannya. Kenapa ?

2 minggu lepas 1 kejadian ragut berlaku,mangsanya adalah wanita cina.Kebetulan masa tu bebrapa orang mat rempit lalu depan kedai aku,diaorang nampak dan terus kejar.Dapat dan suspek tu ditahan oleh pihak polis.

So tak bolehlah nak katakan setiap perkara buruk tu sepenuhnya buruk jer..

p/s : aku bukannya pembela mat rempit hehe..

Share this post

Link to post
Share on other sites
Rempit sekarang banyak terlibat dengan salah laku jenayah..Dadah,samun,bunuh,lumba haram,gangster,ugut,curi motor malah salah laku ragut jugak banyak berkaitan mat rempit..tapi tak semua mat rempit ini terlibat dalam kes-kes macam ini kan??Benar,, tapi mereka tetap mat rempit kan?..

Mat rempit: Mereka yang menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya samada diri sendiri atau orang lain, serta cenderung melanggar undang-undang lalu lintas dan menganggu ketenteraman masyarakat.

mereka menolong masyarakat tapi pada masa yang sama mereka merempit..Tak guna jugak..

P/S:adakah peragut tu Mat Rempit jugak? LOL ::icon_razz::

Share this post

Link to post
Share on other sites
Yup tak guna tapi disaat memerlukan,memang dia jadi berguna .. ::icon_smile::

p/s : peragut warga india dan berjalan kaki.Diketegorikan sebagai mat rempit ker ? hehe... ::icon_smile::

Share this post

Link to post
Share on other sites
ogGy wrote:2 minggu lepas 1 kejadian ragut berlaku,mangsanya adalah wanita cina.Kebetulan masa tu bebrapa orang mat rempit lalu depan kedai aku,diaorang nampak dan terus kejar.Dapat dan suspek tu ditahan oleh pihak polis.

Ini yang aku cuba huraikan. Kenapa ko kata yang lalu depan tu sebagai mat rempit? Hanya kerana mereka bermotosikal atau kerana mereka menunggang secara berkumpulan? Atau hanya kerana pakaian mereka? Kalau setakat bawak motor, belum boleh panggil mat rempit lagi.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Selagi ada motorsikal. Sampai bila-bila pun akan ada mat rempit. Hehe..

Share this post

Link to post
Share on other sites
Golongan Mat Rempit dan gejala merempit memang tidak akan berkesudahan.
Mahu atau tidak, ia akan terus berevolusi dari semasa ke semasa.
Seperti yang kita tahu, sejak tahun-tahun awal motor diperkenalkan di Malaysia sudah wujud kumpulan-kumpulan bermotor.
Istilah seperti Mat Scrambler, Mat Motor, Mat Rempit, Mat Scooter dan sebagainya adalah "keturunan" kumpulan bermotor terdahulu.
Malah percambahan kumpulan-kumpulan ini semakin menjadi-jadi sejak filem-filem seperti Gila-gila Remaja, Ali Setan, sehinggalah ke Remp-It vs. Impak Maksima ditayangkan, sehinggakan kebanyakan lagu-lagu dari filem-filem tersebut ibarat menjadi lagu tema golongan tersebut. Bagi saya, media merupakan punca utama gejala ini semakin bermaharajalela.

Selain itu, kecenderungan remaja bermotorsikal melakukan aksi berbahaya adalah kerana longgarnya undang-undang jalan raya di Malaysia.
Di atas jalan raya utama, had laju maksimum mencecah 110km/j, dan kawasan perumahan adalah sekitar 60km/j tetapi jika anda memandu melebihi had laju ini, kemungkinan anda akan ditahan hanya 1/5, kerana penguatkuasaan undang-undang yang lemah.
Kebanyakan pemeriksaan jalanraya hanya dilakukan pada hujung minggu. Maka, golongan Mat Rempit ini menjadi berani untuk mencuba lagak ngeri mereka di masa tiada pemeriksaan dibuat.
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah terhadap penunggang motorsikal yang tidak menggunakan laluan motorsikal yang disediakan juga mendorong gejala merempit membiak. Maka, tidak hairanlah jika Mat Rempit menjadi raja di jalan-jalan raya utama seluruh negara.

Kesimpulannya, pihak media haruslah mengurangkan filem aksi sebaliknya haruslah menerbitkan filem yang lebih memuatkan mesej yang membentuk akhlak dan akidah remaja terutamanya anak Melayu. Pihak penguatkuasa jalanraya termasuk Polis dan JPJ pula haruslah lebih sangat bertegas dalam menangani masalah ini, bukan hanya menjalankan tugas apabila menerima laporan.

p/s: Jika anda mengaku diri anda seorang Mat Rempit, tetapi juga mengakui anda tidak melakukan aksi berbahaya, sila perbetulkan akuan anda kerana anda sememangnya bukan seorang Mat Rempit, tetapi Mat Motor.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Sir Pyan wrote:
ogGy wrote:2 minggu lepas 1 kejadian ragut berlaku,mangsanya adalah wanita cina.Kebetulan masa tu bebrapa orang mat rempit lalu depan kedai aku,diaorang nampak dan terus kejar.Dapat dan suspek tu ditahan oleh pihak polis.

Ini yang aku cuba huraikan. Kenapa ko kata yang lalu depan tu sebagai mat rempit? Hanya kerana mereka bermotosikal atau kerana mereka menunggang secara berkumpulan? Atau hanya kerana pakaian mereka? Kalau setakat bawak motor, belum boleh panggil mat rempit lagi.

Sebab dah terkenal pun gelagat dia bawak motor macam lipas kudung dan merbahaya sebelum ni,up sana sini... sebb tu berani kata dia mat rempit.Kalau dah hari2 muka dia je up depan kedai,sape tak kenal... tul x?

Share this post

Link to post
Share on other sites
ogGy wrote:Sebab dah terkenal pun gelagat dia bawak motor macam lipas kudung dan merbahaya sebelum ni,up sana sini... sebb tu berani kata dia mat rempit.Kalau dah hari2 muka dia je up depan kedai,sape tak kenal... tul x?

Kalau dah kenal tu kira betul ler tu, he he.

Share this post

Link to post
Share on other sites
~ mat rempit ~

hmm..no komen..diaorg ade life tsendiri..lin pnah tnye kenape jd mcm ni?? most of them ckp parent selalu xde..bosan + sunyi..

~ pendapat lin ~

ni just lin tgk antara member2 lin la..mat rempit sbnarnye xjht..diaorg just nk race je..sbnarnye yg race kereta lg teruk..bkn nk sokong la..yg kes2 mencuri, meragut, pukul org tu bkn mat rempit sebenarnye..diaorg tu memg dh melibatkan diri dlm jenayah...memg bermasalah la..mat rempit ni diaorg just nk berlumba n tunjuk kehebatan masing2..tp bila dh eksiden or member2 diaorg terkorban, insaf sekejap je...pastu buat semula..ape yg membuatkan diaorg jd mcm tu ye?? masalah hidup, masalah diri sendiri dan sebagainye..mgkin disebabkan mereka terlalu ego utk pthankn ego yg bernilai sgt2 tu??hmm...jd la manusia yg berguna..jgn la sia2 hidup korang..

Share this post

Link to post
Share on other sites
Ego tu satu hal,pengaruh dan kurang perhatian dari ibu bapa tu kene amik perhatian.Kalau mak ayah amik perhatian dan kawal pergerakan anak2,semua tu takkan jadi cam tu da skarang ni mak ayah lebih manjakan anak2 dan sanggup belikan motor untuk anak2.

Cuba suruh beli sendiri,tgk macam mana dia nak jaga harta dia.Adakah dia nak merempit dengan hasil titik peluh dia sendiri.Dia akan fikir 2x nak buat atau tidak.

Pengaruh tu pun satu faktor yang jadi punca kenapa mat rempit tak pernah lupus.Ibarat hisap rokoklah.Kalau tak bergaul dengan kawan2 yang hisap rokok,mesti takkan hisap punya.Begitu jugak dengan merempit ni.Kalau tak de orang nak bakar dia merempit,dia takkan buat...

Share this post

Link to post
Share on other sites
korang dah baca paper hr ni? Polis, DBLK dgn JPJ buat operasi besar-besaran membenteras rempit dgn lumba haram.... satu dataran merdeka kena kepung... so kan diorg dah wat keje tu? sbnrnya bukan Pihak Berkuasa tak buat operasi, kat KL ni bersepah-sepah operasi, tp kdg-2 golongan ni dah hidu dulu operasi, so byk la bolos... mat rempit ni semua guna motor, kalo kena kejar dgn patrol car, boleh lg cilok sana cilok sini... last-last patrol car kena tinggal 10 tiang... Lgpun kawasan luas dan anggota Polis lak terhad... Bukan ramai pun... Lgpun pihak berkuasa akan expect ke dari awal-2 jenayah akan berlaku kat situ pada masa itu? kita pun x expect ianya akan berlaku? Kdg-2 polis buat gak rondaan, tp kebetulan tempat yg berlaku jenayah tu baru je lepas polis round.... kita xleh salahkan polis dgn JPJ seratus peratus, tp ibu bapa... Mereka yg salah didik anak mereka...

Share this post

Link to post
Share on other sites
klu sebut pasal mat rempit betamabah geram rasonya.dah lh tak sayang nyawa,org lain pulak kena jaga dia.kang exciden mampus tak apalah,tak pasal2 org lain kena baiki keta pulak.

Share this post

Link to post
Share on other sites
??????????? wrote:Bagi saja Mat Rempit yang sudah kantoi tu bekerja sebagai Penggali Kubur. Biar insaf banyak.

hahaaaaaaaaaaaa..........memang aku sokong.

Share this post

Link to post
Share on other sites
pada wa la kan..diorng ni ada potensi samada jadi pelumba n mekanik namun masih tidak ada cara utk menyalurkan bakat mereka ke saluran yang bermanafaat..
mat rempit di tentang habis-habisan kerana diorang di dikatakan menjadi dalang dalam jenayah samun,ragut dan perkara2 jenayah lain...
pada wat la kan hukuman tidak mampu menghalang daripada mereka terus berleluasa..
amcam,leh pakai tak?

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...