Jump to content
Sousuke Aizen

Kfc.... Halal Ke Haram?!?!?

Recommended Posts

Baru-baru ni aku ada terima satu emel... Tapi x taulah betul atau tak sumber ni...

QUOTE
KFC: Halal atau tidak???

Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal
atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging
babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu
makanan itu dibuat.
Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz
Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:
Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng
KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum
untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud
menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan
laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.
Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00
pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan
dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan
menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja
yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda
terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu
persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam
dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.
Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC
tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:
a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang
menunaikan solat subuh
b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus
dijatuhkan dalam air panas/letrik
c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang
terbalik) kepak terikat.
Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana
ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita
cuma perlu berhenti memakan KFC. Saya sejak dengar tempoh hari tidak
makan KFC Insyallah dan wallahualam.


Assalamualaikum wbk..
Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently
seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut
management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah
dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi
penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya
untuk training session dia. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi
subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa
bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia
tengok sesuatu yang meragukan.
Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua
daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm....macamana
tu?.. Bukannya keadaan tengah darurat pun...
Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua
yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang
yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu
bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan
sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik
itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang
penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih?
Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu?
Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah
mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus
menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba Allah kita
dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya
makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di
KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah. Kalau betul,
maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh
dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam
Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja
sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak
sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat
seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih
banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg
disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.
**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis
nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan
menjadi makanan api neraka " .


MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT
DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.

Wallahu'alam bissaawwaab..


Wassalam.




Ini satu lg emel... Tp ni emel org lain... Ia di hantar kepada JAKIM melalui e-aduan dlm portal JAKIM.
sila rujuk : http://www.halal.gov.my/aduan_siar_c.php?id=6801&a=U

QUOTE
Assalamualaikum Wbt....

Apa khabar, puan?
Semoga puan dan sekeluarga sentiasa sihat di bawah lindungan-NYA. Sekarang ni saya dah berhenti kerja
daripada ayamas, Port Klang.

Saya kerja kat sana cume 5 bulan je.Tak tahan dengan environment penipuan yang dia orang buat selama ni. Actually, kat sini saya nak bagi tauperkara yang terjadi depan mata saya.Cuma orang yang bersubahat kat
kilang tu je yang tau sebenarnya macamana cara penyembelihan kat ayamas tu dan diorang butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut dan adajugak orang yang secara terang-terangan bersekongkol dgn ayamas,
contohnya Jabatan Perkhidmatan Haiwan .

Walaupun saya tak cukup bukti tapi benda ni dah nampak depan mata saya.Orang yang menyembelih tu bukan orang Islam kita tapi orang vietnam,bila saya tanya pada QC yang jaga bahagian post mortem, katanya orang melayu kita tak nak kerja dalam bab-bab sembelih ni kotor, busuk, takde
standard tapi overall orang yang menyembelih ayam kat ayams ni orang vietnam yang beragama buddha . Ini bukan soal orang melayu tak nak kerja bahagiansembelih. Walaupun luaran dia melayu tapi saya takan sentuh ayam
yang dia sembelih tu kalau 5 waktu dia sendiri x cukup!!!!


Dan ada juga segelintir pekerja Vietnam , Bangla , India & Nepal ,minum minuman keras bila dah lewat malam dan aktiviti ni happen almost every
night, kemudian esok pagi-pagi pergi kerja kat kilang yang
gah dan hebat dengan produk yang kononnya sangat HALAL tu. Saya tak paham langsung dengan mentaliti bodoh yang orang kita cipta sendiri, kebanyakkannya orang yang bekerja kat kilang makanan, bila saya tanya pada officer (Indian) saya, kenapa tak ambil pekerja MELAYU, sedangkan ramai yang menganggur. Jawapan yang akan dia jawab, ni semua kerja management, ambil orang melayu mahal & orang
melayu demand sangat, ni bermakna ayamas boleh
bayar tapi nak jimatkan kos dengan membelakangkan soal
halal. Beria-ria buat training halal untuk staff, tak guna jugak kalau tidak ubah dari akar umbi masalah ni.

Entah lah!!!, puan, bila saya cuba ketengahkan soal sembelih ni,diorang selalu tuduh saya buat tuduhan tak berasas,
sakit hati dibuatnya. Bila Jakim buat pemantauan , management suruh sapa-sapa orang melayu jadi bidan terjun pegang pisau utk sembelih buat sementara waktu.

Kemudian lepas Jakim balik, pelakon-pelakon handalan ni
akan buat kerja masing - masing balik.Rasa macam nak tembak je semua org kat ayamas tu!! Nak boikot produk haram ni, makin hebat pula sambutan orang kita kat restoran KFC, restoran Rasamas dengan supermarket yang jual produk ayamas.

Promosi gila-gila hebat, sampai sanggup buat rancangan
masakan Chef Wan, Emm..sedapnya bersama Ayamas kat Pakistan ,membazir sana sini, bercakap mengalahkan imam
berkhutbah kat masjid tapi kebajikan pekerja dengan soal Halal di Ali-Babakan . Hati saya bertambah sebak, sakit, pilu macam dihiris-hiris bila ayam-ayam KFC ni dibagi pula makan pada anak-anak yatim apalah dosa budak-budak ni ,
saya tak tau kenapa Jakim tak pantau dengan kerap , kerja-kerja sembelihan ni.

Saya dah buat aduan kat Jakim melalui email je, tapi takda apa-apa respon pun. Saya fikir, saya sendiri nak pergi ke
pejabat Jakim nak buat aduan ni secara "live".

Saya berdoa semoga apa yg saya buat ni akan mendatangkan hikmah dan kesedaran serta keredhaan pada orang islam yg masih berkerja kat situ lagi...Insyallah. .

Wassalam...

"Mencari Yang Halal Itu Fardu Bagi Umat Islam


So jawapan JAKIM, seperti biasa seolah memandang remeh... dan enteng... soal halal atau haram...
tak tau lah diorg ni wat keje atau tak... Atau dah disuap kenyang-2 oleh KFC dgn bekalan ayam goreng percuma seumur hidup??

QUOTE
Dari siasatan dan pemeriksaan yang telah dibuat, JAKIM mendapati dakwaan dalam email tersebut tidak benar dan tidak berlaku di ayamas. JAKIM sentiasa memantau dan mengawasi semua syarikat yang mendapat pengesahan halal dari JAKIM sentiasa mematuhi hukum syarak dan mengeluarkan makanan halal untuk pengguna Muslim

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bila kita ada terima aduan / berita2 camni, afdal untuk kita menyiasatnya terlebih dahulu, bukan dengan hanya percaya 100% berita tersebut

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE
So jawapan JAKIM, seperti biasa seolah memandang remeh... dan enteng... soal halal atau haram...
tak tau lah diorg ni wat keje atau tak... Atau dah disuap kenyang-2 oleh KFC dgn bekalan ayam goreng percuma seumur hidup??


adakah ianya sabotaj?boikot atau ade unsur tidak puas hati??
kalo ko rase was-was dengan jakim aku lagi was-was dengan email ini dan tanpa bukti lagi.. smile.gif Edited by SiR_FAiZ

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bukan orang Melayu je Islam dalam dunia ni dan bukan orang Melayu je boleh sembelih ayam dalam dunia .. orang Melayu pun ada yang minum benda yang bukan2 .. dan ada juga yang tak sembahyang Subuh ..

Share this post


Link to post
Share on other sites
nak mudah, jgn makan, rasanya tak rugi apa2 pun.

nak teliti, mula tgk "objek" yg terlibat dlm kes ni

-KFC
-JAKIM
-Email/Penulis Email

*anda kenal KFC, ya pasti kenal, msk KFC ada sijil halal..bla..blaa di gantung/letak

*anda kenal JAKIM, ya pasti kenal, badan diiktiraf kerajaan dlm bidang2 yg tertentu

*anda kenal penghantar email?
*tak kenal?
*dah cuba hubungi terus penulis email utk sahkan ceritanya?
*dh call, bagus...anda pasti penulis email seorang yg blh dipercayai atau kenal rapat?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau aku sekali was2 aku terus tak makan..

Aku dah was2 ngan KFC sejak aku sekolah rendah lagi,..
cerita lebih kurang gak..sembelih ayam yang dah mati, aku tahu tu dah kira bangkai... tapi tak semua mungkin below 0.05% atau kurang lagi..

lebih baik jaga2 kan..

sapa yang suka KFC,.. teruskan makan ...sampai jilat jari,..for me tak nak hehe

Aku bleh buat senirik ayam goreng ..lagi sedap dari KFC,..guna kunyit tumbuk tepung dan garam jer...

Share this post


Link to post
Share on other sites
mmg pn aku ada dgr perkara2 mcm nie...

tp aku serahkan pd jakim .. kalu dia x bertanggungjawab.. biar laa dia tanggung apa yg kita mkn...
kalu smua nak di siasat susah plak aku nak hidup nnti..
setiap product yg bli.. aku kena check sampai ke akarnya...
jd sebaik-baiknya srahkan kpd yg bertanggungjawab untuk memantau nya..

tp aku try untuk menidakkan mengharamkan apa yg halal utk di mkn

atau

ini mungkin salah satu fitnah akhir zaman kot..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Masakan tiada angin, pokok bergoyang..... ph34r.gif

aku rase aku sokong pengadulah..

xkanlan die saje2 nk buat fitnah

pastu siap nak pergi secara live lg..huhu..

baru je 2 hari lepas aku makan kfc..

lps ni mayb x kot..

slagi kes ni x selsai...

x kirelah camnepun...

bile dpt tau ade keraguan org ramai...so xyahla nak kata passkan dosa kat jakim..

kite akan berdosa juga kalu makan..

coz dalam hati kite sendiri terbit keraguan atau "was2"...

so better x yah makan..selagi belum mendapat keputusan jakim yang terbaru pulak..

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku x suka KFC pasal KFC buat pemakan kenyang.bila kenyang kerja malas.duduk jerk.prduktiviti menurun.bila duduk mula ngantuk.nak tidur.tiap kalu ksutomer aku belanja aku makan KFC.biasa aku tolak pasal aku x suka makan KFC masa kerja.100% kerja aku rosak nanti.

manusia boleh hidup 30 hari tanpa makanan dan 7 hari tanpa air.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku kekadang makan KFC. tongue.gif Takde ler tiap hari, mau pokai. Mana taknya, aku kerja malam, kekadang dinner pun area opis aku nak cari kedai makan Melayu susah, nak masak sendiri pun kekadang malas tu pun aku bukannya kat umah tapi kat opis, paling dekat pun ada kedai mamak, tang kedai mamak ni lagi teruk, kari rasanya dari pagi tadi punya kari sampai dah masam pun dia jual lagi, nak suruh dia masak lain, lagi ler teruk, tikus & lipas pun berkeliaran kat area depan kedai. Elok aku makan KFC.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Baru aku dengar blh passkan dosa...

Sapa nak tanggung dosa aku?

Info terbaru, kes ayam ni bukan KFC saja yang terlibat.. A&W, McD, PizzaHut, Marrybrown pun ada kunakan pusat penyembelihan yang sama ngan KFC tu,..

Jangan boikot plak ,..tapi jaga2 la..

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Sultan ultimatezezs-SE @ Nov 27 2008, 10:06 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Kalau aku sekali was2 aku terus tak makan..

Aku dah was2 ngan KFC sejak aku sekolah rendah lagi,..
cerita lebih kurang gak..sembelih ayam yang dah mati, aku tahu tu dah kira bangkai... tapi tak semua mungkin below 0.05% atau kurang lagi..

lebih baik jaga2 kan..

sapa yang suka KFC,.. teruskan makan ...sampai jilat jari,..for me tak nak hehe

Aku bleh buat senirik ayam goreng ..lagi sedap dari KFC,..guna kunyit tumbuk tepung dan garam jer...

itu hak anda,kalau ko tak nak makan kitaorg tak susah hati pun...huhuu.....aku minat ayam goreng...
uuhhh...AYAM GOREEENG.....(upin & ipin) laugh.gif

QUOTE(K.I.T.T @ Nov 28 2008, 03:14 AM) <{POST_SNAPBACK}>
aku x suka KFC pasal KFC buat pemakan kenyang.bila kenyang kerja malas.duduk jerk.prduktiviti menurun.bila duduk mula ngantuk.nak tidur.tiap kalu ksutomer aku belanja aku makan KFC.biasa aku tolak pasal aku x suka makan KFC masa kerja.100% kerja aku rosak nanti.

manusia boleh hidup 30 hari tanpa makanan dan 7 hari tanpa air.

salah...!!! aku makan sampai kenyang x malas pun?aku pas makan kfc tak ngantuk pun?kalau kita jenis makan melantak cukup2 pastu ikutkan hati malas nak bekerja mmg la mengantuk....ko makan nasi campur pun kalau sikap malas tu ade dalam diri maka ianya akan menjadi pemangkin kepada kemalasan ko tu...
jangan marah nanti kena jual...

meh...meh...meh...meh dua singgit,dua singgit,dua singgit,dua singgiiiit....(mail jual ayam goreng. upin & ipin) Edited by Tun loy_azloy

Share this post


Link to post
Share on other sites
hehe...
aku tetap dgn pendirian aku....
bukan laa keras kepala... sbb dlm forum nie dah ada org bg link
menyatakan KFC tuh halal di makan oleh pihak jakim..

jd kenapa msti ada sangsi lagi dan kenapa msti semakin complicated..?
jakim di lantik oleh goverment yg berpengetahuan utk mengesahkan halal atau haram..

jd dgn sape lg kita nak percaya..?

Share this post


Link to post
Share on other sites
hehe, yang sangsi takyah makan..yang tak sangsi leh terus makan.

sangsi kan sama ngan was-was, dalam islam kalau was-was baik dijauhi...bukan saja makanan..semua aspek kehidupan kalau dirangkumi was-was baik dijauhi.

Aku dalam golongan sangsi,..aku bukan paradox la..tapi dah sangsi pada dulu-dulu lagi coz cerita ayam mati dalam sangkar ni bukan cerita baru.. ahli keluarga aku pun ada yang kerja lori ayam.

letak la 1000 ekor ayam tu halal dan sekor tu haram...tapi kalau kebetulan yang haram tu sangkut kat pinggan aku...kan ke tak best.

baik aku jauhi,..tol tak?

Share this post


Link to post
Share on other sites
hehehe....

sekali lg aku nak keras kepala..
sbb aku xnak korang semua sangsi sedikit pn.. biggrin.gif
aku bukan laa keje kat kilang kfc pn..
aku keje kilang buat kete hehehe...

tp aku x gemar korang merumitkan keadaan..
nampak je ayam mati dlm sangkar kat atas lori..
terus korang rasa sangsi .. mmg ada yg mati kalu handling x betul..
tp dia org tntu ada QC untuk bahagian incoming to make sure ayam yg hidup je dia org terima..
mana yg mati tu ble laa issue CAR ( coorective Action Request ) pd supplier supaya buat countermeasure dr berlaku lg

hehe...

Share this post


Link to post
Share on other sites
ehem~~
aku ni bekas pekerja KFC..
kalau nk ckp pasal pekerja aku rase mana2 tmpt pon ade isu ni..
kat outlet aku yg je ade 8 staff import dari 15 org staff..
dan staff import ni sume bkn islam..
so dah konfem2 la penyedia makanan bukan islam..
mana2 tmpt pon slalu ade isu dgn penyedia makanan..
so kalau korg ragu2 sgt korg bela sendiri ayam, lembu.
tanam sendiri sayur2..
pastu korg masak la sendiri..


@sultan
Ayamas, Pizza Hut, KFC dan Taco Bell ( Amerika sahaja ) sume berdiri bawah 1 company..
masa aku training jd staff ade 3 staff ni dalam kelas aku..
n mase International KFC event ade org dari Taco Bell Amerika dtg skali ntuk jd juri..
xpasti la McD, A&W dan lain2 1 company gak.. rolleyes.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(slymer @ Nov 28 2008, 09:53 AM) <{POST_SNAPBACK}>
hehehe....

sekali lg aku nak keras kepala..
sbb aku xnak korang semua sangsi sedikit pn.. biggrin.gif
aku bukan laa keje kat kilang kfc pn..
aku keje kilang buat kete hehehe...

tp aku x gemar korang merumitkan keadaan..
nampak je ayam mati dlm sangkar kat atas lori..
terus korang rasa sangsi .. mmg ada yg mati kalu handling x betul..
tp dia org tntu ada QC untuk bahagian incoming to make sure ayam yg hidup je dia org terima..
mana yg mati tu ble laa issue CAR ( coorective Action Request ) pd supplier supaya buat countermeasure dr berlaku lg

hehe...

hehehe cam kat kilang lak ek..ada incoming and outgoing QC
tu kene check la kt KFC sama ada derang ada implement ke tak..
kalo nak tau lebih lanjut kene audit la ehhehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (bhau @ Nov 28 2008, 11:34 AM) <{POST_SNAPBACK}>
hehehe cam kat kilang lak ek..ada incoming and outgoing QC
tu kene check la kt KFC sama ada derang ada implement ke tak..
kalo nak tau lebih lanjut kene audit la ehhehehe


hehe.. spatutnya bukan kilang je kena buat mcm tuh..
tp apa2 kilang yg termasuk kilang makanan kena implement benda mcm tuh..
sepatutnya kilang makanan msti laa rumit dr kilang wat kete..
sbb dia melibatkan kebersihan dan keselamatan makanan..

aku harap jakim ada 1 standard mcm mana nak audit utk kilang makanan spt mana kilang2 kete di japan.. smile.gif
buat check sheet sbg SOP ( Standardize Operation Procedure )..
x cukup dgn tu buat schedule aktiviti "Genba Genbetsu" ( istilah japan ) pd supplier supaya dia org lebih alert dan peka terhadap quality dan jaminan product yg di hasilkan.. bermula dr design ( penternakan ) sampai ke delivery ( pernghataran ) .. lepas tuh buat sample every 100 pcs product tuh check secara details mengikut requirement yg sesuai

dgn cara mcm ni baru laa org2 awam yg x yakin atau was2 dlm forum nie lebih yakin..

aku percaya kalu cara mcm nie budaya kerja dpt di terapkan dlm jakim mahupn kerajaan..
aku percaya kita dpt seiring atau lebih maju dr Jepun..

cukup tahun 2020.. org japan dan US plak akan tukan dasar iaitu " Dasar Pandang Ke Malaysia"

hehehe

walaupn sedikit melalut tp ada benarnya kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(slymer @ Nov 28 2008, 12:25 PM) <{POST_SNAPBACK}>
hehe.. spatutnya bukan kilang je kena buat mcm tuh..
tp apa2 kilang yg termasuk kilang makanan kena implement benda mcm tuh..
sepatutnya kilang makanan msti laa rumit dr kilang wat kete..
sbb dia melibatkan kebersihan dan keselamatan makanan..

aku harap jakim ada 1 standard mcm mana nak audit utk kilang makanan spt mana kilang2 kete di japan.. smile.gif
buat check sheet sbg SOP ( Standardize Operation Procedure )..
x cukup dgn tu buat schedule aktiviti "Genba Genbetsu" ( istilah japan ) pd supplier supaya dia org lebih alert dan peka terhadap quality dan jaminan product yg di hasilkan.. bermula dr design ( penternakan ) sampai ke delivery ( pernghataran ) .. lepas tuh buat sample every 100 pcs product tuh check secara details mengikut requirement yg sesuai

dgn cara mcm ni baru laa org2 awam yg x yakin atau was2 dlm forum nie lebih yakin..

aku percaya kalu cara mcm nie budaya kerja dpt di terapkan dlm jakim mahupn kerajaan..
aku percaya kita dpt seiring atau lebih maju dr Jepun..

cukup tahun 2020.. org japan dan US plak akan tukan dasar iaitu " Dasar Pandang Ke Malaysia"

hehehe

walaupn sedikit melalut tp ada benarnya kan?


betul betul
industri makanan ni penting..nak nak melibatkan halal haram
so kene buat satu procedure yang ketat

tu belum masuk 5S,kaizen dsb...wah jadi jepun lah pulok laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
Di Malaysia,KFC ngn Pizza Hut teletak dibawah KFC Holding Berhad,syarikat pegangan 100% bumiputera..xmcm Mc D,A&W,Marrybrown,CRS or kafe2 mcm startbucks yg terletak dibawah franchisee BERJAYA..ttg BERJAYA,dah tntu la pgaliran wang jd isu..tp kalo KFC holding..aku kurang pasti..

ade tfikir x knape harga produck Mc D lbh mahal ye?? KFC is far more affordable,

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(NazCYPHER32 @ Nov 28 2008, 01:41 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Di Malaysia,KFC ngn Pizza Hut teletak dibawah KFC Holding Berhad,syarikat pegangan 100% bumiputera..xmcm Mc D,A&W,Marrybrown,CRS or kafe2 mcm startbucks yg terletak dibawah franchisee BERJAYA..ttg BERJAYA,dah tntu la pgaliran wang jd isu..tp kalo KFC holding..aku kurang pasti..

ade tfikir x knape harga produck Mc D lbh mahal ye?? KFC is far more affordable,

arghhhh... aku tak pedulik aku sukeee ayam goreng.....tak kisah la ayam KFC,Mcd,marrybrown,ayam madu,ayam golek,ayam berempah,ayam masak merah,ayam sedap,nasi ayam.....sape nak belanja aku ayam goreng...!!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (Tun loy_azloy @ Nov 28 2008, 02:54 PM) <{POST_SNAPBACK}>
arghhhh... aku tak pedulik aku sukeee ayam goreng.....tak kisah la ayam KFC,Mcd,marrybrown,ayam madu,ayam golek,ayam berempah,ayam masak merah,ayam sedap,nasi ayam.....sape nak belanja aku ayam goreng...!!!!


Mari ana belanja mu makan ayam...datang Bangi la...

Alamak tuan kena peduli la sikit2...jangan kira makan je...hehe

Yang ana faham...idea sumber pasal KFC tu kita ambil kira jugak la...

Tentang makan KFC pada ana hukumnya haruslah sebab ada tanda halal JAKIM

Tapi "sayugia" kita menjauhi makanan sebegini sebab macam2 perkara/berita yang kita dengar

Orang yang tinggi waraknya sudah tentu menjauhi perkara subhah

mungkin berita tu benar...or mungkin berita tu palsu...

Wallahua'klam

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...