Jump to content
Shamil

Kenapa Kerajaan Xnak Melaksanakan Hudud? Sedangkan Perkara Itu Wajib

Recommended Posts

QUOTE(mat_tz @ Dec 4 2008, 01:39 AM) <{POST_SNAPBACK}>
rileksla...jgn la marah...
aku nk penjelasan jer...
ph34r.gif

Penjelasan sesuatu perkara yang besar dan lengkap tak boleh dihuraikan dengan kata-kata yang terlalu mudah. Aku cadangkan tengok link-link Youtube yang aku bagi kat atas tu, boleh tambah sket pengetahuan dan pemahaman.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pertanyaan aku ttg perlaksanaan hukum hudud jika PR memerintah aku dapati jawapan yg diberikan kurang meyakinkan.... Aku bg contoh... Isu pengkid, fatwa dah haramkan masih ada yg bantah... Isu yoga pun ada yg bantah pengharaman yoga secara sistematik... Malah Sister In Islam juga membantah pengharaman yoga... Baru-baru Mukhriz Mahathir mencadangkan utk mewujudkan sekolah satu aliran, iaitu aliran kebangsaan shj... Pun dibantah keras oleh bukan Islam...
Jadi mahukah Anwar Ibrahim sndiri melaksanakan hukum hudud tsb jika jd PM? Sbg PM tentu dia x nak rakyat di bawah berbalah... Mungkin akan tercetusnya tragedi 13 Sept semula... Bangsa bukan beragama Islam x perlu diberi pemahaman... Sdgkan isu sekolah kebangsaan yg semua tahu kebaikan sengaja mereka membutakan hati... Pengkid juga langsung tkde kena mengena dgn bangsa mereka turut mereka bantah... Walaupun pemimpin boleh melaksanakannya, tetapi ada halangan... Halangan terbesar ialah bg yg bukan beragama Islam.... Mereka akan terus mempertahankan utk menolak hukum hudud tidak kira apa cara sekalipun.... Walaupun 10 ribu penerangan diberi... Mereka tetap mendukung hak mereka... Aku bukanlah x setuju langsung hukum hudud ni dilaksanakan... Tetapi, ramai yg mengungkit pasal kerajaan x nak laksanakan hukum hudud... Tp x nak fikir.... Korang ada otak... Pikirlah betul-2... DAP sendiri kata kpd PAS 'Langkah Mayat Aku Duli Jika Nak Laksanakan Hudud'... PAS terus senyap bila DAP ckp mcm tu... Nah... Itu baru DAP... Ramai golongan professional yg bukan beragama Islam termasuklah NGO-NGO bukan Islam akan membantah tak kira apa cara sekalipun... Tak kira apa cari sekalipun bermakna... Walaupun terjadi pertumpahan darah... Atau saling bunuh-berbunuhan.... Mereka sanggup lakukan... Tp aku sedih... Bila aku tanya, ada yg jawab boleh lakukan... boleh... boleh... boleh... Tp setakat ckp 'boleh', mmglah boleh.... Tp nak melaksanakannya tu boleh ke tak??? Org Islam faham hukum hudud adalah hukum Allah... Tetapi org bukan Islam 10 ribu pemahaman diberi sekalipun diorg tetap xkan faham... So nasihat aku kpd bijak pandai yg bercakap mengenai perlaksanaan hukum hudud ni boleh, sila bentangkan caranya.... Jgn sekadar hanya cakap-2... Hari nji ckp boleh... esok lak x boleh lah... susahlah... byk sgt halangan lah... Begitulah bila PKR memerintah Selangor... Mereka nak bg air percuma... kepada rakyat Selangor... Tp mereka x sedar... Syabas merupakan sykt swasta yg bergantung kpd keuntungan... Jd akhirnya mereka berdolak-dalik dan memberikan 20 meter padu je percuma... Itu sykt kerajaan negeri yg bayar... duit rakyat jugak tu... So kesimpulan yg aku nak ckp kat sini... Jgn berangan nak jd bijak kalo sekadar tahu bercakap... Tp x tau berfikir... Org bijak akan bertindak selepas berfikir... Org bangang, bertindak dulu kemudian baru nak fikir... Malaysia ni bukan bangsa yg beragama Islam shj yg menetap di sini. Malah bangsa yg beragama buddha, kristian, hindu juga menetap di Malaysia.. mereka bukan penumpang tp warganegara Malaysia juga mcm kita... Jika kita fikir kita ada hak nak melaksanakan hukum hudud, mereka juga ada hak utk menghalangnya... Apapun sbg mengakhiri kata-kata kau ni, aku mintak maaf kalo kata-kata aku ni agak kasar dan pedas... Bg yg terasa tersinggung aku mintak maaf byk-2...

Share this post


Link to post
Share on other sites
ya..mmg banyak halangan..dlm perjuangan memang xkan terlepas daripada halangan..tapi adakah kerana halangan itu kita berhenti berusaha?adakah kita sudah putus asa?adakah tidak ada harapan langsung?Islam menyuruh umatnya tidak berputus asa. Waktu pembukaan kota Madinah pn, ada jugak masyarakat bukan Islam..mereka bukan penumpang..mereka juga rakyat..Tapi adakah Nabi tidak melaksanakan hudud kerana masyarakat bukan islam..

post saudara Exception 2008 di atas dilihat seperti sudah berputus asa..penyampaian pemahaman tentang syari'at Islam(hudud) tu adalah satu bentuk dakwah..dan sebagai umat Islam, kita diwajibkan berdakwah..tidak boleh dgn tangan(kuasa), gunakan perkataan (penulisan/menerangkan) dan kalo xbleh dgn perkataan, berdakwah lah dgn hati(berdoa).

*off topic
QUOTE
Org bijak akan bertindak selepas berfikir... Org bangang, bertindak dulu kemudian baru nak fikir

menaikkan harga minyak mendadak adalah kesilapan terbesar..kemudian baru la nak pikir camne nak turunkan harga barang...mula2 xnak pikir pasal harga barang..btol la kata2 saudara Exception 2008

Kita berusaha..yang menentukan kejayaan usaha kita tu hanyalah Allah..Biar kita gagal selepas berusaha daripada kita gagal tanpa usaha..Allah xkan beri kejayaan kepada kita kalo kita xberusaha..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku bukanlah berputus asa.... Jgn samakan peristiwa di Mekah dan Madinah dulu dgn skrg...
Skrg dunia dah maju... Manusia dah pandai berfikir...
Malaysia ni kecik... Org bukan Islam kalo kita bilang-2 (termasuk yg murtad)...
Jumlah melebihi org Islam... Walaupun org melayu menguasai ketenteraan tetapi org-2 bukan melayu dah conquer ekonomi kita... Masa zaman Rasulullah, tentangan terhadap Islam x sehebat skrg...
Masa dulu Rasulullah setakat direjam batu dan diancam bunuh...
Tetapi skrg... Org dah pandai guna senapang, pistol dan bom....
Cuba korang bygkan apa jadi Malaysia ni jika peristiwa 13 Mei berulang?
Darurat dan perintah berkurung diisytiharkan...
Byk bangunan-2 dibakar... Ramai rakyat saling berbunuhan....
Ekonomi negara terus drop... Negara kucar-kacir...
Org melayu semakin lemah apabila bekalan makanan tersekat...
Sbb kebanyakan gedung menjual bekalan makanan dimiliki org bukan Islam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Exception 2008 @ Dec 6 2008, 02:08 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Masa zaman Rasulullah, tentangan terhadap Islam x sehebat skrg...

Ye ker? Ada orang ugut bunuh ke kalau kita kata nak pergi sembahyang? Skang ni kalau nak sembahyang kena sorok-sorok ke?

Jangan hanya memandang kerajaan Madinah pada masa dah kukuh, kaji macamana sebelum tu lagi. Sebenarnya, kita yang patut bersyukur. Kalau kita kaji betul-betul, sebenarnya hampir semua isu yang dah terjadi zaman sekarang, pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat dulu pun pernah terjadi, cuma mungkin bentuknya yang berbeza sedikit sebab arus zaman, tapi konsepnya lebih kurang sama. Sepatutnya jalan penyelesaiannya kita rujuk kepada tu, tapi kekadang orang kita ni, sirah nabi pun tak abis ngaji lagi dah keluar andaian. Fikir-fikirkan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (Exception 2008 @ Dec 5 2008, 05:57 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Pertanyaan aku ttg perlaksanaan hukum hudud jika PR memerintah aku dapati jawapan yg diberikan kurang meyakinkan.... Aku bg contoh... Isu pengkid, fatwa dah haramkan masih ada yg bantah... Isu yoga pun ada yg bantah pengharaman yoga secara sistematik... Malah Sister In Islam juga membantah pengharaman yoga... Baru-baru Mukhriz Mahathir mencadangkan utk mewujudkan sekolah satu aliran, iaitu aliran kebangsaan shj... Pun dibantah keras oleh bukan Islam...
Jadi mahukah Anwar Ibrahim sndiri melaksanakan hukum hudud tsb jika jd PM? Sbg PM tentu dia x nak rakyat di bawah berbalah... Mungkin akan tercetusnya tragedi 13 Sept semula... Bangsa bukan beragama Islam x perlu diberi pemahaman... Sdgkan isu sekolah kebangsaan yg semua tahu kebaikan sengaja mereka membutakan hati... Pengkid juga langsung tkde kena mengena dgn bangsa mereka turut mereka bantah... Walaupun pemimpin boleh melaksanakannya, tetapi ada halangan... Halangan terbesar ialah bg yg bukan beragama Islam.... Mereka akan terus mempertahankan utk menolak hukum hudud tidak kira apa cara sekalipun.... Walaupun 10 ribu penerangan diberi... Mereka tetap mendukung hak mereka... Aku bukanlah x setuju langsung hukum hudud ni dilaksanakan... Tetapi, ramai yg mengungkit pasal kerajaan x nak laksanakan hukum hudud... Tp x nak fikir.... Korang ada otak... Pikirlah betul-2... DAP sendiri kata kpd PAS 'Langkah Mayat Aku Duli Jika Nak Laksanakan Hudud'... PAS terus senyap bila DAP ckp mcm tu... Nah... Itu baru DAP... Ramai golongan professional yg bukan beragama Islam termasuklah NGO-NGO bukan Islam akan membantah tak kira apa cara sekalipun... Tak kira apa cari sekalipun bermakna... Walaupun terjadi pertumpahan darah... Atau saling bunuh-berbunuhan.... Mereka sanggup lakukan... Tp aku sedih... Bila aku tanya, ada yg jawab boleh lakukan... boleh... boleh... boleh... Tp setakat ckp 'boleh', mmglah boleh.... Tp nak melaksanakannya tu boleh ke tak??? Org Islam faham hukum hudud adalah hukum Allah... Tetapi org bukan Islam 10 ribu pemahaman diberi sekalipun diorg tetap xkan faham... So nasihat aku kpd bijak pandai yg bercakap mengenai perlaksanaan hukum hudud ni boleh, sila bentangkan caranya.... Jgn sekadar hanya cakap-2... Hari nji ckp boleh... esok lak x boleh lah... susahlah... byk sgt halangan lah... Begitulah bila PKR memerintah Selangor... Mereka nak bg air percuma... kepada rakyat Selangor... Tp mereka x sedar... Syabas merupakan sykt swasta yg bergantung kpd keuntungan... Jd akhirnya mereka berdolak-dalik dan memberikan 20 meter padu je percuma... Itu sykt kerajaan negeri yg bayar... duit rakyat jugak tu... So kesimpulan yg aku nak ckp kat sini... Jgn berangan nak jd bijak kalo sekadar tahu bercakap... Tp x tau berfikir... Org bijak akan bertindak selepas berfikir... Org bangang, bertindak dulu kemudian baru nak fikir... Malaysia ni bukan bangsa yg beragama Islam shj yg menetap di sini. Malah bangsa yg beragama buddha, kristian, hindu juga menetap di Malaysia.. mereka bukan penumpang tp warganegara Malaysia juga mcm kita... Jika kita fikir kita ada hak nak melaksanakan hukum hudud, mereka juga ada hak utk menghalangnya... Apapun sbg mengakhiri kata-kata kau ni, aku mintak maaf kalo kata-kata aku ni agak kasar dan pedas... Bg yg terasa tersinggung aku mintak maaf byk-2...



Exception2008, aku rasa ko x perlu minta maaf.. sbb apa yg ko nyatakan aku mmg sokong. MMg benar apa yg cuba ko jelaskan.. aku betul2 paham maksud ko.. ko betul berpijak di bumi yg nyata.. maksud aku, bukan aku x sokong hudud.. aku tetap sokong sampai bila2.. cuma yg aku sokong ialah penekanan terhadap di bumi yg nyata tentang halangan dalam melaksana hudud di Malaysia nie mmg cukup jelas.. mungkin sesetengah nie hanya pandai ckp boleh di laksanakan, boleh.. boleh.. boleh.. jgn putus asa.. ianya wajib.. wajib... wajib dan wajib.. masalahnya point yg di terangkan oleh exception2008 ini yg kita kena huraikan spt

1. Kemahuan DSAI dlm melaksanakan hudud ( betul ke dia nak wat ? )
2. Pas senyapkan diri bila DAP mati2 langkah mayat dia dulu kalau nak laksanakan hukum hudud
3. Fatwa pengkid, benda mudah nak laksanakan tp dah ramai yg mebantah.. kalu hudud.. mau tragedi 13 May berulang lg.
4. PKR nak bg air percuma sblum memerintah, tp bila dah perintah jd 20 meterpadu je (ckp mcm xde akal, dah dpt selangor lain jadinya )


ini laa point yg exception2008 ingin tekankan yg bermaksud perkara2 mcm nie pn gagal hendak di laksanakan mcm mana untuk menukar dalam melaksanakan hukum hudud nie..

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Sir Pyan @ Dec 6 2008, 05:48 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Ye ker? Ada orang ugut bunuh ke kalau kita kata nak pergi sembahyang? Skang ni kalau nak sembahyang kena sorok-sorok ke?

Jangan hanya memandang kerajaan Madinah pada masa dah kukuh, kaji macamana sebelum tu lagi. Sebenarnya, kita yang patut bersyukur. Kalau kita kaji betul-betul, sebenarnya hampir semua isu yang dah terjadi zaman sekarang, pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat dulu pun pernah terjadi, cuma mungkin bentuknya yang berbeza sedikit sebab arus zaman, tapi konsepnya lebih kurang sama. Sepatutnya jalan penyelesaiannya kita rujuk kepada tu, tapi kekadang orang kita ni, sirah nabi pun tak abis ngaji lagi dah keluar andaian. Fikir-fikirkan.


yes betul..konsepnye tetap sama..itulah namanya manusia sentiasa melakukan kesilapan..

QUOTE
Cuba korang bygkan apa jadi Malaysia ni jika peristiwa 13 Mei berulang?

ape kate ko berfikir macam mana kat akhirat nanti? smile.gif
lagi satu aku pelik..huh kalo orang bukan islam cabar pasal melayu korang kemain lagi kisah la berlaku balik persitiwa 13 mei ke,bertumbuk ke,berbunuhan ke cerita dengan penuh semangat nak perjuangkan bangsa..tapi amik contoh ini pulak macam mana???ade nak perjuangkan??mana perlu letakkan dulu bangsa atau agama dahulu??x perlu nak takut..kite kearah melakukan kebaikan..tiada langsung untuk menindas golongn bukan islam malah untuk kebaikan semua..

pasal politik 2 malas nak komen la..dan aku dah cakap pade post2 dahulu..
mana pemerintah itu orang islam x kira la PAS,PKR,UMNO sama sahaja kalo tiade usaha kearah perlaksanaan undang2 islam..

QUOTE
Tetapi org bukan Islam 10 ribu pemahaman diberi sekalipun diorg tetap xkan faham...

mana diorng nak faham kalo orang islam sendiri sekarang pun masih blur tentang hudud..yang die tahu potong tangan??itu je tau pasal hudud..
macam mana nak terangkan kat orang bukan islam kalo kite sendiri pun jahil bab ini..belum lagi tnya pasal hukum Qisas,ta'zir,diyat itu semua??bape kerat je yang tahu??
kite hidup kat dunia nie bukan nak enjoy je sambil tunggu hari kiamat..kena lah berdakwah,berjihad dan sebagainya..setiap usaha yang kite lakukan akan dapat rahmatnya dan ganjaran..biar kite berusaha walaupun gagal ianya dilaksanakan x rugi sikit pun..ade pahala disebaliknya..

sekian wassalam.. Edited by SiR_FAiZ

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku sokong dgn SiR_FAiZ..kita gagal selepas berusaha lebih baik daripada gagal tanpa berusaha. Di akhirat ada bahagian kita(pahala) walau pn kat dunia kita gagal..

perjuangan bangsa xsampai kemana..perjuangan agama lah yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat..

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Exception 2008 @ Sep 16 2008, 12:26 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Aku setuju... Bagi yg x setuju.... Korang tanya org PAS, kenapa x laksanakan hukum hudud kat negeri tadbiran diorg? Sbb DAP x setuju... DAP dah ancam PAS akan tentang habis-habisan....
So sdgkan kat negeri DAP wat perangai mcm tu, apa lg kat dlm negara..... DAP akan pengaruhi semua kaum cina, india dan lain-2 kaum yg bukan Islam dgn mengatakan sesuatu yg negatif ttg hukum hudud ni... Maka DAP menghasut kaum-2 lain utk menentang kerajaan...



tau kah kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan? Lagi pun kerajaan pas kelantan dah mengemukakan draf untuk hukum hudud di negeri tersebut dan hanya menunggu kelulusan dari kerajaan pusat saja.
Lagipun hari khas penghasilan hukum hudud tersebut di sambut di kelantan setiap tahun. Pendek kata, kerajaan pas kelantan telah melaksanakan ape yang termampu dngan kuasa yang ada, tinggal kerajaan pusat untuk tindakan selanjutnye.(Ibarat menunggu kucing bertanduk)
rolleyes.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku nak ingatkan semua tajuk topik

Kenapa Kerajaan Xnak Melaksanakan Hudud? Sedangkan Perkara Itu Wajib

Yang paling utama, aku nak salahkan korang yg ada kat sini.
Yang ke dua, aku nak salahkan parti.

Kenapa aku salah kan korang smua .. sbb polisi Barisan Nasional xde termaktub nak laksana kan Hudud.. Abis yg korang pg pangkah sampai majaroti menang buat apa....

yg kedua.. Pas pn sembang lebih.. dah berkurun2 takbir kelantan... xkan laa baru hari ni baru nak mencanang nak laksanakan hukum hudud.. baru nak buat permohonan kat kerajaan.. ?


Sbnanrya apa yg paling utama.. jgn tergesa2 nak laksanakan hukum hudud.. jd korang sendiri gak yg kata.. Org yg bijak bertindak dgn befikir dulu.. dan org yg bangang bertindak baru nak berfikir
jd kalu laa korang tergesa2 nak laksana kan hudud.. kalu korang x bangang laa (aku ambik kata perumpamaan ) apa kan jadi kalu esok laksana kan hudud..? jd pd yg belum bangang fikirkan laa..
Sepatutnya sebelum laksana kan hudud.. sepatutnya korang kena bincang kan langkah2 awal sebelum laksanaka hudud.. so jgn jd bangang nak tergesa2 laksana kan hudud.. tgk kesannya dulu..
Antara langkah awal.. mungkin betul tindakan PM kita mengenalkan Islam Hadari dengan tujuan bg smua Muslin & Non Muslim kenal apa itu Islam.. bg jelas Non muslin tetang pemahamam islam. kalu dia org jelas apa itu islam baru laa mudah nak laksanakan hudud ..
langkah2 lain mungkin sukatan pembelajaran agama di sekolah kena revise balik supaya next generasi tau apa itu islam.. baru laa next generasi kita ble laksanakan hudud sbb langkah awal telah di ambil oleh moyang2 dan atuk2 sperti kita telah melaksana kempen awal sbelum nak laksanakan hudud

korang ingat, esok korang memerintah esok jgak ble laksanakan hudud ke..?
jgn jd bangang sperti perumpamaan di atas...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Diorang tak nak laksankan hukum hudud ni pasal susah pada diorang. Benda haram dah tak boleh nak ambik. Jadi kurang la pendapatan. Bagi aku patut hukum ni dilaksanakan sebab aku tengok banyak benefit dia. Sebab ni hukum Tuhan. Allah itu Maha Mengetahui.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(slymer @ Dec 6 2008, 12:12 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Exception2008, aku rasa ko x perlu minta maaf.. sbb apa yg ko nyatakan aku mmg sokong. MMg benar apa yg cuba ko jelaskan.. aku betul2 paham maksud ko.. ko betul berpijak di bumi yg nyata.. maksud aku, bukan aku x sokong hudud.. aku tetap sokong sampai bila2.. cuma yg aku sokong ialah penekanan terhadap di bumi yg nyata tentang halangan dalam melaksana hudud di Malaysia nie mmg cukup jelas.. mungkin sesetengah nie hanya pandai ckp boleh di laksanakan, boleh.. boleh.. boleh.. jgn putus asa.. ianya wajib.. wajib... wajib dan wajib.. masalahnya point yg di terangkan oleh exception2008 ini yg kita kena huraikan spt

1. Kemahuan DSAI dlm melaksanakan hudud ( betul ke dia nak wat ? )
2. Pas senyapkan diri bila DAP mati2 langkah mayat dia dulu kalau nak laksanakan hukum hudud
3. Fatwa pengkid, benda mudah nak laksanakan tp dah ramai yg mebantah.. kalu hudud.. mau tragedi 13 May berulang lg.
4. PKR nak bg air percuma sblum memerintah, tp bila dah perintah jd 20 meterpadu je (ckp mcm xde akal, dah dpt selangor lain jadinya )


ini laa point yg exception2008 ingin tekankan yg bermaksud perkara2 mcm nie pn gagal hendak di laksanakan mcm mana untuk menukar dalam melaksanakan hukum hudud nie..

aku sokong apa yg ko terangkan dan apa yang Exception huraikan...namun ramai yang masih tak faham apa yg kita cuba jelaskan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ramai yg kata kena fikirkan akhirat dari 13 Mei tu... Ok aku bg tau kat sini laa.... Undang-undang adalah tgjawan pemerintah.... Kita sbg rakyat wajib mematuhinya... Tapi adakah kita patuhi keseluruhan undang-undang tsb 100%? Sdgkan undang-undang jalanraya pun kita main hentam je... Lampu merah pun kita langgar... Lesen mati pun selamba je bwk motor? Memotong double line? Ramai yg berfikiran sempit di sini. Mmg Hudud dan Qisas tu undang-undang yang disyorkan oleh Allah untuk dilaksanakan oleh khalifah atau pemerintah... Aku juga sokong hudud ni... Tetapi adakah bangsa lain akan sokong? DAP, MCA dan Gerakan sentiasa memainkan sentimen perkauman dan keaagamaan... Mula-mula mereka akan mempermainkan isu ketuanan melayu, hak keistimewaan org melayu, lepas tu mula mempertikaikan agama Islam sbg agama rasmi... Apapun dah termaktub dalam Al-Quran dan Hadis, perkara yang menjamin kita di akhirat kelak, ialah amal dan ibadat kita.... So xde pulak aku baca umatnya kena berada di dalam negara yang ada hukum hudud baru terjamin di akhirat... Jadi maknanya, semua rakyat Malaysia dan negara-negara yang tak melaksanakan hukum hudud tiada seorang pun yang layak mendapat jaminan di akhirat? come on lah.... jgn jd jumud... jgn sempitkan pemikiran kita... Islam ni agama yg mudah, jgn kita merumitkannya lagi... Yang penting bg kita sekarang, tepuk dada dan tanya diri sendiri.... Sempurnakah amal ku? Sempurnakah ibadah ku? Sebelum wafat, baginda Rasulullah S.A.W pernah bersabda, 'umatku... umatku... dirikanlah solat...' Solat itu tiang agama.... Tanpa solat runtuhlah Agama Islam... Berkaitan undang-undang hudud dan qisas itu terpulang kpd pemimpin samaada nak laksanakan atau tak... Ianya x memberi kesan langsung kpd rakyat... Selagi rakyat menyempurnakan amal dan ibadah, selagi itu terjamin di akhirat... Tak perlu kita sibuk pasal pemimpin... Biarlah mereka dgn dunia mereka... Bukan mereka akan heret kita sama-sama ke neraka kelak kerana dosa mereka.... Allah akan mengadili umatnya sebaik-baik dan seadil-adilnya... Mahkamah pengadilan Allah adalah mahkamah paling adil... Biarlah undang-undang sekular ke hape ke kat Malaysia ni, asalkan kita boleh kemana-mana dgn bebas... Nak pg shopping pun bebas, nak pergi kerja pun bebas dan beribadah pun bebas... Mahukah tengok negara kita jd macam Palestine yg tanahnya dirampas oleh Zionis? Hidup diselubungi ketakutan? Malam pun tak pernah rasa aman... Tidur tak pernah lena... Sebelum kita tegur kain org lain koyak, ushar-ushar kain sendiri dulu kot-kot bercompang-camping...

So kesimpulan di sini aku ingin katakan, perkara yg menjamin kita di akhirat kelak.... ialah amal dan ibadat... kalo dua-dua belum sempurna janganlah gatal-gatal nak timbulkan isu hudud dan qisas... Diri tu belum sempurna lg... Jgn kita sibuk bercakap hal hudud dan qisas tp solat kita entah ke mana... Akhir kata, terkasar bahasa, tersilap cakap harap dimaafkan, aku hanya manusia biasa tak pernah lari dari kesilapan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hukum hudud wajib ke atas umat islam.. tak wajib ke atas kafir.
Orang islam kene hukum hudud.. orang kafir ikut civil law cam sekarang.
Hasilnya negara akan bertambah makmur dan produktif, sebenarnya golongan kafir dan secular tidak ada sebab kukuh untuk halang, kalau kita ketepikan mereka 100% pun tidak akan menjadi apa2... walaupun mereka warganegara cam kita.

Mereka, dan kita umat islam adalah positif dan produktif, tetapi bila mereka menghalang hukum hudud..maknanya mereka itu adalah golongan yang tak betul. Penyokong hudud adalah sentiasa betul, kalau ragu2 ngan hukum hudud..sama juga seperti meragukan islam.

Lawan balik, kita sebagai islam tak dapat hukum hudud.. amacam kalau kita sekat jugak kesukaan kafir seperti babi, arak, judi, interest, pub dan lain2.. kalau mereka nak melenting.. kita bagi balik alasan yang sama kepada mereka yang sengaja kacau daun dalam usul hukum hudud.

Zaman globalization dunia tanpa sempadan ni la sepatutnya diserikan dengan hukum hudud,.. sapa cakap akhirat tu hanya untuk individu,.. jangan lupa fardu kifayah pun penting juga.. tahu tak apa jadi pada orang islam setempat yang mengabaikan pardu kifayah..tak cium syurga.

Kita tak mampu buat hukum hudud,..siapakah kita sebagai rakyat biasa,..tapi sekurang-kurangnya kita terfikir atau berniat atau menyokong hukum hudud.. sudah tentu ada bahagian pahala untuk kita dari Allah SWT. Segalanya terletak pada kerajaan,.. isu ni tak perlu kajian atau partition. Kalau nak terus jer buat rang undang2, buat apa nak fikir untuk "meluluskan" keburukkan... padahal yang menentang tu semua hanya untuk kepentingan nafsu sendiri saja.

Apa yang nak ditakutkan sangat?.. macamlah hukum hudud tu tidak ada perbicaraan dan dakwaan yang adil,..malah lebih adil. Aku malas nak jelaskan semula apakah Hudud, korang pun ngerti Hudud kan?..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam Semua..

hukum hudud adalah hukum Allah dan mnjadi dosa kpd umatnya yg mnolak hkum Allah..Islam adlah SYUMUL iaitu lengkap dan sesuai untuk spnjang zaman..ini bermkna hukum Allah jga ssuai utk spnjang zaman..d dlam Al-Quran ad dnyatakan bhwa jka kt mnolak hkum Allah akn dtng bala dan sgla mcm ksshan..scra logik dalam ayat wala tak rabuzzina' jgan kamu menghmpri zina..ttpi bla hkum Allah tdak djlankan maka ia berleluasa dan owng tdak tkt untk mlakukannya..maka dtang la pnyakit yg brbhya sprti HIV dll...ini jlas dlam Al-Quran..

sbnarnye satu perkara yg ak krng psti negara kita nie ngara Islam ker..??Sbb ak just nmpk agama rsmi jer Islam but thats not mean ngara kt nie ngara Islam..

Ini jga brkmgknan pengaruh britsh sms mmrntah dahulu..klu ikt dari rntetan sejarah tlah bnya yg diubah oleh pnjajah dan scara x lgsng prubahan itu tlah mnjadi sebati dlam dri smua orng..

Bial nak jalankan hudud tnpa bntahn dan prtmpahan darah..pning jgak tu..kt dapat jgka akn brlaku prtmpahan darah jka hdud djlankan mknenyer ad yg bnth la..tp dalm masa yg sama ia wajib dijalankan..scara pribadi ak stju hdud djlankan dan jka brlaku pprngan nk x nk kne hdpi..ini pndngan ak lah..sptutnyer pas ker umno ker same jer..kt orng Islam..x de unsurr politik dalam bab nie sbb ia jelas..2 perkara yg aku tnggalkan dan jka kamu mnggikutinya kamu x kan ssat utk slme2nyer..Al-Quran dan AS-Sunnah..

Skadar Pndangan

Share this post


Link to post
Share on other sites
smile.gif macam-macam

sebelum saya jawab saya terangkan serba sedikit tentang hudud..

ok..lihat dahulu pengertian hudud..

1-Kalau dari segi bahasa hudud bermaksud mencegah

2-Dari segi istilah pula Hudud ini bermaksud hukuman yang telah ditentukan/ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As sunnah dan wajib dilaksanakan sebagai hak Allah SWT.Ianya tidak boleh ditukar ganti hukumannya,dikurangkan hukumannya dan juga tidak boleh diubahsuai dan dipinda.

bawah ni adalah kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hudud.

QUOTE
1-Berzina
2-Qazaf/menuduh zina tanpa membawa 4 orang saksi
3-meminum arak
4-mencuri
5-merompak
6-riddah/murtad
7-Penderhaka/
melawan atau menderhaka kepada pemerintah Islam yang menjalankan syariah Islam dan hukum-hukum Allah.


*Mengenai mencuri nie rasanya ramai yang masih salah faham..Rasanya penjelasan banyak dah diterangkan pada post2 sebelum-sebelum ini..
contoh kalau mencuri kerana terdesak atau dipaksa maka tidak perlulah dilaksanakan hukuman hudud.


jadi itul la kesalahan yang wajib dikenakan hudud..lain dari itu tak dikenakan hudud..

jadi apabila kesalahan kat atas tu tak cukup bukti atau nisbah maka hendaklah dijatukan hukuman ta'zir senagai contoh macam mencuri tadi..tengok keadaan kalau perlu dipenjara boleh dipenjara,kalau perlu diberi teguran atau nasihat perlu dinasihatkan,kalau perlu didenda hanya denda. smile.gif

jadi kat sini jangan salah paham..mengenai Lampu merah pun kita langgar,Lesen mati pun selamba je bwk motor,Memotong double line itu tak guna hukuman hudud ye tongue.gif Begitu juga dengan tinggal solat,tak menunaikan zakat,tak puasa dan lain-lain itu tidak termasuk dalam HUDUD..semua itu urusan Allah SWT dan empunya badan di akhirat kelak.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

menjawab penjelasan Exception 2008

QUOTE
Mmg Hudud dan Qisas tu undang-undang yang disyorkan oleh Allah untuk dilaksanakan oleh khalifah atau pemerintah


uiii..Salah nie..Allah x pernah syorkan tapi mewajibkan..khalifah atau pemerintah hanya tunaikan atau laksanakan..


QUOTE
Aku juga sokong hudud ni

Dari penjelasan ko ni aku tak nampak pun ko sokong hudud dilaksanakan..
mana point-point ko yang nampak menyokong hudud itu dilaksanakan?

QUOTE
Tetapi adakah bangsa lain akan sokong

Sokong atau tak itu bukan masalahnya..mereka tu tak faham konsep hudud..Ape yang mereka faham sama jugak macam sesetengah orang kita faham iaitu HUDUD=Potong tangan!..sebab itu kena jelaskan betul-betul..


QUOTE
Mahukah tengok negara kita jd macam Palestine yg tanahnya dirampas oleh Zionis? Hidup diselubungi ketakutan? Malam pun tak pernah rasa aman... Tidur tak pernah lena... Sebelum kita tegur kain org lain koyak, ushar-ushar kain sendiri dulu kot-kot bercompang-camping...


cuba lah berfikiran positif..palestine dan zionis takde kaitan dengan hudud..petengkaran mereka takde kaitan dengan hudud..
saperti post2 terdahulu kite ke arah kebaikan untuk semua buat apa nak berperang,berbunuh..

QUOTE
Ianya x memberi kesan langsung kpd rakyat

apa maksud ini??
adakah maksudnya jika hudud dilaksanakan jenayah tiada kadar penurunan??

QUOTE
So kesimpulan di sini aku ingin katakan, perkara yg menjamin kita di akhirat kelak.... ialah amal dan ibadat... kalo dua-dua belum sempurna janganlah gatal-gatal nak timbulkan isu hudud dan qisas... Diri tu belum sempurna lg... Jgn kita sibuk bercakap hal hudud dan qisas tp solat kita entah ke mana... Akhir kata, terkasar bahasa, tersilap cakap harap dimaafkan, aku hanya manusia biasa tak pernah lari dari kesilapan...


hudud ini fardu kifayah..bila tak dilaksanakan kira abis semua berdosa..
sama macam pengurusah jenazah..dalam 1 kampung ada 1 kematian tapi tiada seorang pun yang sanggup menguruskan jenazah sampai dikebumikan dikira 1 penduduk kampung itu berdosa..sama seperti hudud..hudud pula 1 negara..


QUOTE
sbnarnye satu perkara yg ak krng psti negara kita nie ngara Islam ker..??Sbb ak just nmpk agama rsmi jer Islam but thats not mean ngara kt nie ngara Islam.


rujuk SINI

sekian.. Edited by SiR_FAiZ

Share this post


Link to post
Share on other sites
syabas SiR_FAiZ..penerangan ko mmg jelas dan penuh dgn fakta..namun, aku harap pemahaman tentang hudud ni harus diberikan/disampaikan kepada masyarakat Islam sendiri dulu..kalo umat Islam sendiri pn xfaham..tambah2 la yg bukan Islam..

bila umat Islam dah faham..mesti yang ramai sokong..dan mahu ia dilaksanakan..pemimpin Islam kita jgak harus bersedia utk memberi kefahaman kepada masyarakat dgn mengadakan forum2 terbuka dan disiarkan di tv..jemput ahli2 yang pkar dan bukan dari kalangan ahli politik..takut nnti timbul fitnah macam2 lak..

sekadar pandangan..yg baik dtg dari Allah..yang xbaik tu adalah kelemahan aku sndri..

Share this post


Link to post
Share on other sites
hudud ni sebelum sempat org bukan Islam tentang, org Islam dulu yg tentang.
so... "lu pikir la sendiri"

kegagalan utama "waktu ini" ialah kegagalan "kita" semua menerangkan secukupnya ttg hudud yg sebenarnya. Oleh demikian, org Islam sendiri tidak jelas tentang hudud, apa lagi yg bukan Islam. Bila tidak jelas, dgn mudah mengatakan hudud itu zalim, hudud itu kuno, tidak sesuai, hudud itu tidak memperbaiki.

Adakala kita lebih takutkan Amerika, lebih takutkan Israel, dari takutkan Allah, kita lebih rela derhaka pada Allah dari derhaka pada Israel/Amerika, takutkan diserang Amerika/Israel dari takuttkan azab Allah.

Melaksanakan hudud bukan semudah ABC, undang2 sedia ada tidak boleh digubal begitu sahaja. Namun USAHA ke arah melaksanakan hudud perlu dimulakan, bermula dgn menerangkan, memahamkan tentang hudud. Tapi kalau peringkat nak terang pun media putar belit, ahli politik ISLAM sendiri pusing kiri pusing kanan, putar alam 360 darjah, bagaimana nak tercapai hasrat Islam itu kembali teguh. Org bukan Islam pun makin berani main2kan cerita. Cuba kalau bersatu, sbb benda ni bukan ciptaan mazhab, atau mana2 ulamak, tp perintah Allah, tertulis firman2NYA dalam Quran. Sekurangnya kalau kita tak berjaya laksanakan 100% utk tempoh 10 tahun akan datang, kita sudah mampu memberi pemahaman, serta kesedaran, dan menepis tanggapan2 buruk yg terlontar selamat ini.

Allah dah janji, laksanakan perintahNYA, dan Allah akan jaga hal2 yang lain. Apakah kita tidak percaya pada janji2 Allah.

Cuba tgk keadaan sekarang, jenayah sana sini. Cth mudah, kes zina, kes rogol, buang anak amat tinggi statistiknya, kalau difikirkan kenapa Islam itu tidak membenarkan wanita keluar tanpa bertemankan muhrimnya, dan pelbagai akhlak Islam lagi yg andainya kita amalkan akan dapat menyelamatkan keadaan ini. Itu baru dr sudut kecil, akhlak kehidupan harian. Edited by sawi

Share this post


Link to post
Share on other sites
Selagi orang bukan Islam tidak faham ape itu Islam sebenarnya agak sukar mereka nak terima ape yang dituntut oleh agama Islam. Kalau mereka faham mereka takkan kata hudud tuh satu keganasan!!! Islam adalah agama yang mudah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tak banyak tidak, kurang sikit masalah untuk kita rakyat Malaysia/Dunia... diaorang kena buat roadshow/forum/pamplet dan sebarkan pada orang ramai tentang hudud akan keberkesanan jika ianya dilaksanakan secara total.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Huh huh huh huh... Kelakar korang ni...
Sebelum korang nak membetulkan orang lain, sila betulkan diri sendiri....
Diri sendiri tak terbetul, nak betulkan kerajaan...
Aku sbg saudara se-Islam dgn korang nak tanya....

1) Sempurnakah ibadat kita?
2) Banyakkah amal kita?
3) Berapa banyak dosa dan pahala kita agak-agak skrg ni?
4) Berapa peratuskah jaminan kita di akhirat nanti?
5) Berapa banyak kesalahan undang-undang kita dah langgar?
6) Pernah guna perisian haram?
7) Pernah beli vcd atau dvd haram ataupun download dari Internet?
8) Pernah download mp3 dari Internet secara haram?
9) Pernah guna akaun 'phised' Rapidshare?
10) Berapa kali sehari kita membaca dan menghayati Al-Quran?

Kalo semua jawapan di atas salah satu ada cacat cela... Eloklah kita fikirkan pasal diri sendiri...
Manusia suka sgt ambil tahu hal yang remeh temeh... Tapi masih x nak sedarkan diri...

Memang, sememangnya hukum hudud tu wajid dilaksanakan, tp terpulanglah kpd kerajaan nak laksanakan atau tak....
Yang perlu kita sibukkan sekarang ialah DIRI SENDIRI!!!!!
Kain sendiri bercompang camping sibuk nak membetulkan kain org lain...
Aku bukan tak suka perlaksanaan hukum hudud...
Tapi korang kena fikir, usia dunia kita ni tinggal sikit... tinggal sikit tau...
Banyak petanda-petanda awal hampirnya kiamat sudah pun muncul...
Tapi pemikiran kita masih... masih... dan masih mahu mempersoalkan kenapa kerajaan x nak laksanakan hudud...
Korang x nak persoalkan ke amal ibadat korang dah cukup ke belum?
Tak nak persoalkan kesepuluh soalan di atas, kenapa ada yg bercacat-cela?

Bagi aku la... selagi undang-undang negara ni...

TAK MELARANG ORANG ISLAM BERSEMBAHYANG...
TAK MELARANG ORANG ISLAM BERPUASA...
TAK MELARANG ORANG ISLAM MEMBACA DAN MENGHAYATI AL-QURAN...
TAK MELARANG ORANG ISLAM BERPEGANG PADA AJARAN ISLAM...
TAK MELARANG ORANG ISLAM MELAKUKAN AMAL MAKRUF...
TAK MELARANG ORANG ISLAM PERGI KE MASJID ATAU SURAU...
TAK MELARANG ORANG ISLAM MELAKUKAN IBADAT MEREKA...
TAK MELARANG ORANG ISLAM MELAKUKAN PERKARA YANG BAIK BAGI DIRI MEREKA DAN MASYARAKAT...
TAK MELARANG SEGALA KEBAIKAN UNTUK AGAMA ISLAM DAN NEGARA

Maka, kenapa harus aku persoalkan? Soal adil atau tak adil undang-2 itu terpulang kepada Allah menentukannya di akhirat kelak...
Tak kena balasan di dunia, tak semestinya boleh terlepas balasan di akhirat, malah di akhirat azabnya lebih berat dari di dunia...

Akan tetapi, ada sesetengah orang yang berlagak alim tetapi amal ibadat tunggang terbalik... sibuk nak bercakap pasal kewajipan perlaksanaan hudud...
Padahal kewajipan 5 waktu tu pun liat nak buat, kadang-2 boleh tinggalkan satu waktu... Aku betul-2 tak faham... Kenapa pemikiran korang ni masih belum matang...

Kesimpulannya di sini, janganlah kita berlagak seolah-olah kita pandai sgt dlm agama... Setinggi mana kita belajar... Hatta sampai di Al-Azhar sekalipun, masih belum cukup ilmu di dada tu... Bukalah Al-Quran dan hayati betul-2 isi kandungannya... Di dalam Al-Quran terkandung segala jawapan... Cuma korang je tak nak cari... Al-Quran itu adalah sebuah gedung ilmu yang tak terjangkau oleh akal... Di dalamnya korang boleh jumpa bermacam-macam jawapan, yang penting korang ada hati nak cari... Bukan cari kesalahan org lain... Jadilah umat Islam yg bersyukur... Andaikata esok ajal kita sampai, sempatkah lagi kita nak cover balik amal ibadat yg bercacat-cela tu?

Fikirkanlah sejenak... Buka fikiran... Korang ada akal... Gunakan akal... Allah dah anugerahkan akal dan fikiran... Kenapa tak nak guna?
Bila org kata org Islam bodoh, kita melenting... Tapi kita sendiri tak mahu gunakan anugerah yg Allah berikan sebaiknya...

Aku cuma menyampaikan apa yg patut aku sampaikan... Aku tau, ramai-ramai yg sibuk persoalkan perlaksanaan hukum hudud ni kebanyakan baru sahaja cerai susu... umur masih hijau... belum dpt bandingkan mana yg betul mana yg tak...

Apapun aku harap sesiapa jgnlah ambil hati dan melenting dgn apa yg aku kata ni, kita sama-sama renungkan...
Mana yg baik kita ambil, mana yg tak elok kita hindarkan.... Edited by Exception 2008

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dalam senarai tu memang takde sesapa yang perfect,..kalau ada pun segelintir..

Tapi takda kaitan pun untuk jadi penentang hukum hudud, kalau tak suka atau tak minat,..rasanya tak perlu cari alasan.

Kalau dilaksanakan hukum hudud,..macamlah aktiviti dalam senarai kat atas tu dah tak boleh dibuat or must be jadi perfect,.. ibadat, social dan lain2.

Hak individu.. kalau terkantoi maka kene lah hukum.. tak kira hukum hudud atau bukan.

Alasan dan senarai tu semuanya tak sekuat nas2 dari Allah SWT,.. seriously, aku memang pandang sebelah mata jer kalau list seperti kat atas tu nak dijadikan alasan.

Sebagai orang yang tidak menyokong hukum hudud, aku mengandaikan ko ni jenis atas pagar disini hatta ko juga mungkin bukan penentang...

untu perkara ini,..biarlah ko menjelaskan saja kenapa tidak perlu hukum hudud kat Malaysia ni,.. kalau boleh ko senaraikan sekali keburukkan hukum hudud. Lepas ni kita ramai-ramai kanan menilai siapa yang sebenarnya "kelakar" tu. Hmm aku pun dah lama tak tergelak ni.

Adat berforum biasalah ada pro. con. and provokes .. so, jangan ambil hati.. sebagai sesama muslim pun aku nak try ingat mengingati gak hehe.

Share this post


Link to post
Share on other sites
hahaha...
aku rasa takde siapa pun yang melenting..
aku rasa koRG pun penah dengar cite pasal nabu luth dengan nabi nuh kan?
isteri nabi-nabi tu mati bukan dalam husnul khatimah..
adakah ko pikir nabi luth tak layak cite pasal tauhid walhal isteri baginda pun tak terjaga akidahnya?
(pensyarah aku kata seolah2 tidak mengiktiraf kenabian nabi luth)
bila kita cite pasal hukum islam,sekurang2nya undang2 itu sendiri akan membuatkan kita rasa gerun..
dan seterusnya mencegah dari nak buat mungkar...

aku rasa pun pun penah tengok video klip orang kene rejam kan?
peh....ngeri r...otomatik tak jadi nak buat mungkar..

bila ada yang sokong nak maktubkan hukum tuhan ni, sokong je r...
siapalah kita nak takwil ibadat orang lain...
macam gak nak kahwin, adakah semua orang rs dah ready nak kahwin, cukup nafkah zahir?
tuhan dah kata, kita ikut cakap DIA, DIA akan mudahkan segala urusan manusia...INSYA-ALLAH!
apa di fikir pasal orang bukan islam, hukum hudud tak melibatkan dorang...
la takhaf wa la tahzan...pertolongan tuhan pasti tiba...
bis cite...

p/s: kadang2 tak semua menda boleh pikir pakai akal...contoh macam : nape tayammum tak sapu debu kat kaki skali?(contoh jek...HAHA)

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Sultan ultimatezezs-SE @ Dec 24 2008, 11:34 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Dalam senarai tu memang takde sesapa yang perfect,..kalau ada pun segelintir..

Tapi takda kaitan pun untuk jadi penentang hukum hudud, kalau tak suka atau tak minat,..rasanya tak perlu cari alasan.

Kalau dilaksanakan hukum hudud,..macamlah aktiviti dalam senarai kat atas tu dah tak boleh dibuat or must be jadi perfect,.. ibadat, social dan lain2.

Hak individu.. kalau terkantoi maka kene lah hukum.. tak kira hukum hudud atau bukan.

Alasan dan senarai tu semuanya tak sekuat nas2 dari Allah SWT,.. seriously, aku memang pandang sebelah mata jer kalau list seperti kat atas tu nak dijadikan alasan.

Sebagai orang yang tidak menyokong hukum hudud, aku mengandaikan ko ni jenis atas pagar disini hatta ko juga mungkin bukan penentang...

untu perkara ini,..biarlah ko menjelaskan saja kenapa tidak perlu hukum hudud kat Malaysia ni,.. kalau boleh ko senaraikan sekali keburukkan hukum hudud. Lepas ni kita ramai-ramai kanan menilai siapa yang sebenarnya "kelakar" tu. Hmm aku pun dah lama tak tergelak ni.

Adat berforum biasalah ada pro. con. and provokes .. so, jangan ambil hati.. sebagai sesama muslim pun aku nak try ingat mengingati gak hehe.


Huh huh huh... ko kata list yg aku bg tu ko pandang sebelah mata? Maknanya ko memandang remeh la amal ibadat dan dosa pahala sendiri.... Masya-Allah... Pertama sekali aku cakap, aku TAK PERNAH sekalipun mengatakan tak perlu hukum hudud kat Malaysia ni... Jangan tersalah hukum... Aku cuma mengatakan, tak perlulah kita sibuk-sibuk dan kecoh-kecoh pasal hukum hudud ni, ada baiknya kita betulkan diri sendiri dulu sblm terlambat... Hukum hudud ni xde keburukan, xde kecacatan... Sempurna 500%... Tetapi hakikatnya manusia suka sgt mengejar sesuatu yang sempurna sehingga lupakan diri sudah sempurna atau tidak amal ibadatnya... Apapun sepuluh list yg aku bg tu aku lgsung x berani pandang sebelah mata... Antaranya tetap tergolong dalam dosa-dosa juga... Allah tetap menilai dosa kita walaupun seberat zarah sekalipun... Demi Allah, aku sendiri tak berani nak pandang sebelah mata.... Apapun terima kasih banyak-banyak atas kata-kata saudara itu...

http://pasmuda.blogspot.com/2008/12/dap-ta...-anwar-lge.html
http://pasmuda.blogspot.com/2008/12/perlak...kin-lambat.html

Belum laksanakan dah ada yang menentangnya... Baru sahaja ditentang dah ada yg mengalah...
Inilah natijahnya jika isu sensitif ini tidak mampu difahami oleh bangsa lain...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...