Jump to content
yusazie

Koleksi Lawak ! Lol

Recommended Posts


Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang
> menuju ke kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam
> perjalanan tu mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..
>
> Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas
> tersebut nak mintak tumpang.. jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih
> kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut.. Sorang perompak
> berkata.. " Keluarkan semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"
>
> Sorang pekerja kilang tu membalas.. "..tapi..kami tak bawak barang kemas
> kalau gi keje..duit pun sikit je.."
>
> Perompak berfikir seketika.. "Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas
> & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."
>
> Pekerja kilang yang muda berkata.. " Alalaa...takkan la makcik yang kat
> belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."
>
> Tetiba..makcik tu berdiri..
>
> " Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.. ! "

----------------------------------

Tepon

Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru... al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business...tak tahu lah business apa...

Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya...ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya..stationerynya la...tong sampahnya la... dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon...!! Dia ni boss kat pejabat tu...

Selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu...ye laaa...boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu......berangan ni...!!

Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar..."ah!!...mesti pelanggan datang ni..." lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk... masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar - juta2x...pura pura kat depan orang yang datang tadi...orang yang datang tadi hanya:duduk diam tak kata apa apa... Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu...lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi...

"errr!...maaflah... sibuk sikit...maklumlah projek tu...projek ni....tak boleh nak biar...kena arrange appointment dengan client...so...boleh saya bantu??" Dengan selamba pelanggan itu kata...

"Err...encik...saya ni dari Syarikat Telekom... datang nak sambung talian talipon...!!"

Bodoh

Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata, "Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya laa bodoh. Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia". Dia memanggil driver dia dan berkata,"Ah Beng... awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo". Ah Beng jawab,"Yes sir! Orait!!" dan terus bergegas ke showroom kereta.

Bos yg satu lagi pulak berkata,"Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bodoh. Leman!, meh sini kejap!!". Leman berlari ke bosnya. "Apahal tuan?".

Bosnya berkata, "Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak". Leman jawab, "Orait tuan!!", lalu bergegas balik ke rumah bosnya. Bosnya berkata kpd bos satu lagi, "Tengok! Si Leman ni mmg bengap nak mampos. Dah tau saya kat sini, takkan laa dia tak boleh fikir yg saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha...".

Petang itu, bertemu laa dua org driver tadi. Si Ah Beng berkata,"Lu tau ka, gua punya bos aa... maaaaanyak bodoh laa. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?".

Si Leman balas balik, "Hehe.. bos aku laaagi bodoh. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau nak tau sangat. Bengap betul".

KEMIK


Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di
keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu
keretanya
seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di
woksyop
tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan
Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan
keretanya
akan kelihatan seperti sediakala.

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih
kuat
lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chot
menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah
mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di
pintu
keretanya akan kembung semula.

Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin
tingkap kereta ni dulu!" Edited by hairulfadly

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kisah ini berlaku setahun yang lalu dimana sepupuku baru saja lepas menjalankan kenduri kahwinnya.

Segala periuk belanga, pinggan, kuali telah dicuci oleh sepupuku itu.
Kesihan kami lihat dia dan isterinya basuh periuk belanga yang hitam legam itu.

"Takpe la..biarkan diorang basuh, kita dah penat merewang petang tadi.." Kata Ali, kawan baik aku sekampung.
Kami berpakat untuk membiarkan sepupu dan isterinya basuh segala kuali dan periuk belanga itu.

Rancangan kami telah diatur, pada waktu malam kami ingin menyekat pengantin
lelaki dari masuk awal ke dalam bilik tidur dia.

Setelah selesai membasuh, kami memanggil sepupuku itu untuk duduk di di pangkin hadapan rumah.

Pada waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.
Isterinya sudah masuk ke dalam rumah. Mungkin letih sangat.

Kami pun duduk berbual-bual bersama-sama.
Maklumlah sudah lama tidak berjumpa dengan sepupuku itu, maka banyak perkara yang dibualkan.
Dari topik bola sepak, politik, isu semasa ditambah pula minuman kopi panas cap kapal terbang yang disediakan oleh isterinya menyebabkan kami semua tidak mengantuk.

Sesekali aku lihat isterinya terjeguk2 keluar rumah.
Mungkin melihat dan menanti suaminya yang tersayang.

Akuu lihat pengantin lelaki sedang melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 12 malam.
Beliau meminta izin untuk masuk ke dalam rumah dengan alasan untuk membuka hadiah.

Tetapi kami tak izinkan dia masuk.
Malam masih muda lagi la... Kami menyakat sepupuku itu.

Niat sepupuku untuk masuk ke rumah tidak menjadi.
Kami ligat berbual-bual isu-isu panas seperti politik, keadaan dunia, ekonomi dan sosial..

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi..
Sedang rancak kami berbual-bual..

Tiba-tiba muncul kelibat isteri sepupuku datang ke arah kami.
Dia berdiri tercegat dihadapan kami..

Sambil meraung, beliau berkata kepada suaminnya:

"Abang, cepatlah masuk ke dalam rumah, ayang takutlah tidur sorang-sorang dalam bilik.."
Apa lagi, sepupuku itu cepat2 minta izin dari kami dan memimpin tangan isterinya masuk ke dalam rumah.

Maka, kami semua pun ketawa berdekah-dekah melihat gelagat mereka berdua... smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kisah tok batin



Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan di kalangan masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun MelawatMalaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu.

Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500.

Maka dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la.......

Maka pada suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya...

lalu diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..)

Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat hentian bas.....

Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah syampai.....?"

Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu....

"Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba.

Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu, sebab dia kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas.

Last sekali baru dia naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.

"Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org asli dari cara dia berpakaian."

Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan..", jawabTok selamba....

lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak lagi disebabkan rasa ngeri naik bas. Dah ler first time, laju pulak tu. Apabila sampai aje di pekan, konduktor memberi tahu penumpang, "OK dah sampai turun pelan-pelan.....!"

Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju...terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun mukanya cemas...

Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu dia bertanya,

"Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"

Dengan nada marah Tok Batin tu jawab,

"Mana shelipar aku?... tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga nie....

shapa kebassshh sheliparr aku.........!!"

Share this post


Link to post
Share on other sites
pak pandir dan mak andeh mengadu kepada doktor tentang masalah ingatan yg mreka alami. selpas mmbuat pmriksaan,doktor mmbritahu,ksihatan pak pandir dan mak andeh, ok. ttapi supaya tidak mudah lupa, mereka dinasihatkan menulis ape yg mereka inginkn di ats krtas.

malam itu, smbil mnonton cerite p. ramlee, pak pandir mminta mk andeh tolong masakkannye mee segera perisa kari.

pak pandir: tulis tu... perisa kari!

mak andeh: alaaah x payah, sya blh ingat!

baru mak andeh hendak prgi ke dapor,pak pandir berkata lagi,

pak pandir: jangan lupa masukkan telur sebiji.

mak andeh: ok

pak pandir: tulis pada kertas, nnti lupa

mak andeh: alah, saya ingat.

pak pandir: satu lagi, masukkan cili padi skit. mak andeh nye,tulis kat krtas, nnti lupe!

mak andeh: alah... saya ingatlah. maggi kari,taruk telur ngan cili.

20 minit kemudian, mak andeh kembali ke ruang tamu. tapi yg dibawanya bukan maggi yg ade telur dan cili padi, tapi cekodok!!!!! pak pandir marah betul. kata pak pandir...

pak pandir: kan saya dah kata, tulis, tulis, tapi awk degil. ha... kan awk dah lupa bawa sosnya!!!


FAHAM X NIH..??



LAWAK 2


Setiap hari Jumaat untuk ke masjid , Wok Yoh terpaksa naik bas sebab xde transport lain. tambang bas 1 way 5 posen, so beliau bawakla singgit untuk ulang alik semayang jumaat.

Wok Yoh ni kira iman tebal jugakla pasal tiap kali semayang beliaula yang mengisi saf pertama kat belakang imam. nak dijadikan citer, satu hari duit 5 posen baki tambang bas beliau disimpan dalam kocek baju melayunya cam biasa. maka semayang la wok yoh dengan kusyuknya. masa last rukuk, dengan takdir tuhan bergolekla duit 5 posen wok yoh kuar dari koceknya. kebetulan plak tangan jemaah sebelah jatuh menutup duit beliau. panik dengan keadaan tu, Wok Yoh terus berkata, "Encik, jangan ambik duit tu, saya nak wat tambang bas"..Dengar je Wok Yoh cakap macam tu, jemaah kat sebelah tu terasa hati x pasal2 dan terus menjawab "setakat 5 posen, x pelahap pun aku!"..bila terdengar perbualan dalam semayang antara jemaah pertama tadi dengan Wok Yoh, jemaah ke 2 dengan volume yang tak berapa nak clear dan tidak sedar dirinya menyampuk " woi, orang semayang mana boleh cakap"..bila dengar je jemaah ke 2 tu cakap camtu, jemaah ke 3 plak manambah " Ko pun sama jugak, cakap time semayang"..terdengar plak oleh jemaah ke 4, dengan perasaan tak bersalah, berkatalah pada dirinya sendiri " nasib baikla aku tak bercakap"...

....x pasal2 sebab 5 posen, batal semayang kelima2nya. Edited by kae

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kisah 3 Vampire

Ader 3 adik beradik vampire..... yg sulung, tengah dan bongsu....
Pada suatu malam, ketika mereka sedang melepak keboringan....
tiba2 Vampire Bongsu terbang kemane ntah...selepas 10 minit menghilang...Vampire Bongsu pon pulang dgn darah di mulut dan badannya...

Vampire Tengah: Ko g mane berdarah2 nih?
Vampire Bongsu: (dgn penuh bongkak) korang nampak kampung tuh? (sambil menuding ke arah kampung berdekatan).... kalau ko nak tahu, satu kampung aku kerjakan... hahahahahahahaha

Vampire Tengah yg tak bleh tahan melihat si Bongsu berlagak, terus terbang dan pulang semula dlm masa 5 minit dengan lebih byk darah di badannya dari Vampire bongsu td.....dgn rase tak puas hati Vampire Bongsu pon bertanya...

Vampire Bongsu: mane ko pegi?
Vampire Tengah: Korang nampak bandar tuh? satu bandar aku kerjakan... muahahahahahahah!

Melihat kehebatan adik2nya Vampire Sulung rase tercabar..."tak bleh jadi nih, aku kene lawan adik2 aku!!" pk Vampire Sulung penuh bersemangat. Lalu, dengan pantasnya die terus terbang dan pulang selepas 1 minit dengan berlumuran darah di seluruh badan dan mukanya. lebih byk darah dari Vampire Tengah dan Vampire Bongsu tadi....

lalu Vampire Tengah dan Vampire Bongsu yg mengaku kalah dgn kehebatan Vampire Sulung pon bertanya....

Vampire Tengah: ko pegi mane?
Vampire Sulung: korang nampak tembok tu?? (sambil menuding ke arah tembok tinggi di situ).....
Vampire Tengah dan Bongsu: nampak
Vampire Sulung : AKU TAK NAMPAK......
tongue.gif Edited by hemo hemo

Share this post


Link to post
Share on other sites
hahhaha.. aku tak tahu vampire boleh berdarah hahhaha!!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Cerite bermula di satu station minyak. Di station minyak nie ada 2 org pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.

Pd satu hari berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak.Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal pening kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler opkos..

Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham.

Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!.. Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situass ebenar.

Mereka bercakap dlm bahasa bangla..

[b]Iqbal[/b]: Majid, tolong aku Majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..

[b]Majid[/b]: Ala...ko cakap je la..Minyak dah abih..

[b]Iqba[/b]l: Dah cakap dah, tapi dier tak paham... aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..

[b]Majid[/b]: Aku pun tak tau gak cakap omputih..

[b]Iqbal[/b]: Ala..ko tolong ler aku..

[b]Majid[/b]: Ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..

Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;"

Fuel!, Sodoqallah'hul.-.azim",

Pak Arab tu paham & teros blahhh....



:lol:

kalo da ade sowiie la :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites
kawan aku bagi...panjang, cemuh jugak nak baca, tapi boleh tahan lawak :D...

Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat bising. Ye berembah ngan abang dia. Bising Bango. Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh. Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak, mesti dok kusuk semayang. Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale, baru ye bulih dudok diang. Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing. Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia. Nok buwak gane , budok dua taung , dok tahu ke mende. Orang paka baju melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi ambek baju retek dalang robok. Tak dok pioh, ye buke abih sorok dalang rumah cari pioh, bulih ke dia pioh besar, paka jugak, paka jugak walaupung dok lekat di pale. Tengelang separuh dahi napok butir mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi aming bising, dok dudok diang, kaca orang mayang”. Panda ye jawak “Aming uduk je, Aming diang je, Aming mayang nge ayoh”. Uhh, jawak bukang maing juruh. Ayoh dia pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia duduk molek-molek mase orang semayang jumaat. Kalu dok ajok kang ye nangis guling hanyar depang mok dia, sapa orang abih mayang. Rohoklah mok dia nok suruh senyap kekgi.

Mase khetbah tu ye start doh, iyah-iyah ye fire ke abang dia. Abang ye senyak je, dok layang. Ayoh ye keling-keling dari jauh, pah tu cerelong ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah tu .Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-segok pulak abang dia, iyah-iyah, koya jadi ultrameng lawang raksakse. Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah tu konong. Derah-derah ye gi duduk bira abang dia, terkising-kising senyung. Dok dan dua minit ye segok pulak abang dia, maing pogong-pogong pulak, iyah-iyah..

Ayoh dia buat isyarat ke abang dia ,suruh maghi dekat. Ayoh dia bisik “koho teruk adik mung ning, mung ajok adik mung gi blakang, tepat orang buh lipar nung, mung layang ye berembah, kot panda ye ah nok begocoh ke, nak berguling ke, nok teranding di dinding ke.Dok bolih jadi gining, ye kaca orang nok mayang kekgi.” Abang dia ajoklah gi blakang. Ye pong derah-derah ikut.

Amanglah sementor. Bulihlah dengar khetbah molek skit. Tok imang perabih khetbah dia, pas tu sedia nok semayang. Pah takbir je , bace patehoh, eh-eh tubik mari duane dok tahu, ye mari pulok nge abang dia. Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende dok tau. Ekseng je lebih.Mase abang dia sujud ye buwak pulok, tengok molek ngat abang dia sujud, kabat lallu atah blakang wat macang kuda. Keduk-keduk , bising bango. Mase abang dia duduk , ye pelok tekok abang dia , lepah tunju dua tige butir, debih-debih bunying. Gitulah sapa orang abih semayang.

Lepah bagi salang, kiri dan kanang, ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete mate dia macang nok sembul , maroh tahap gajah naik minyok. Ye kejut ke mate sembul ayoh dia , Ye lari gi nusuk blakang abang dia, tahu nye saloh sebab ayoh ye pesang benor doh jangang wat bising dalang sejid. Ayoh dia saoung slow-slow “Sape maing masae mayang takdi hahhh ?”. Dalang takut-takut dia jawak “Bukang Aming”. Kebetulang tok imang tengah bace doa lepah mayang, tok makmung pulak jawak rama – rama “Aminggggg”. Ye kejut , watpe semua orang kata Aming. Ayoh dia kate lagi “Sape bising bango main gocoh dalang sejid hahhh” . Tok Imang bace doa .Makmung jawab aminggggg. Ye pucat lesi doh muke, ye jawak “Bukang Amingggggg, bukang Amingggg.. muke paling kiri kanang tengok ke makmung, mintak kasihang belas. Abang dia doh dok tahan suke tengok keaadaang dia hok pucat lesi. Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape hok maing berembah dalang sejid ahhhh?”. Tok Imang perabih doanya, hok akhir dia kate “Ya Rabbal Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase. Makmung-makmung sume pakat perabih amingkan doa tok imang, kate kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal Alamin”. Ye kejut hanyar. Bukang Aming, Bukang Aming, selok ye nangis takutan. Makmung sume tengok ke dia . Derah-derah Ye gi jerba ke ayoh dia. Reboh nungging ayoh dia sapa sellok kaing-kaing. Abang dia dok tahan, suke sampai guling bating depang sof.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='betik' date='18 October 2010 - 02:25 PM' timestamp='1287383126' post='1050545']
kawan aku bagi...panjang, cemuh jugak nak baca, tapi boleh tahan lawak :D...

[/quote]
apakah hikayat ini?aku tak paham...apebenda makhluk ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Hijikata Toushiro' date='18 October 2010 - 05:37 PM' timestamp='1287394679' post='1050562']
apakah hikayat ini?aku tak paham...apebenda makhluk ni?
[/quote]
dok pahang pulok dohhh...nok kena henja? :D
sinopsis dah, malas nak tulis panjang2...

ada sekor budak nama Amin umur 2 tahun nak ikut jugak bapak dia pergi masjid...bapak dia taknak bawak takut dia buat hal, tapi dia janji akan duduk diam tak kasi hal bukan2..
tapi bila kat masjid, dia buat hal macam firaun ke-16 dalam sejarah mesir :D...so ayah dia suruh abang dia bawak pergi keluar...aman sekejap dunia...

bila orang start sembahyang, entah dari celah neraka mana, dia datang balik...masa orang sembahyang dia kacau abang dia...buat jadi kuda la, otromen la, bising tak hingat...
habis sembahyang ayah dia cegil bijik mata kasi gerun...ayah dia tanya: "sapa bermain masa sembahyang tadi?"...dia lagi mahu kelentong dia jawap, "bukan amin"...kebetulan makmum aminkan doa masa tu: "Aminnnnn"...
dia ingat semua orang tuduh dia, so dia jawap lagi: "bukan amin"...ayah dia kasi panas tanya lagi: "sapa bising yang amat bergusti tadi?"...makmum jawap: "Aminnnnn"...dia sudah goyah: "bukan amin, bukan amin" pandang kiri kan mintak belas kasihan...

last2 iman bunyi kuat dari biasa bila habis doa: "Amin Amin Ya Rabbbal-alamin"...makmum pun ikut sama...
"bukang amin, bukan amin" sambil menangis besar dia terkam ayah dia sampai terselak kain ayah dia tergolek...

sekian!

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Hijikata Toushiro' date='18 October 2010 - 05:37 PM' timestamp='1287394679' post='1050562']
apakah hikayat ini?aku tak paham...apebenda makhluk ni?
[/quote]
aku orang utara paham ja bahasa ganung kite :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='20 October 2010 - 02:47 AM' timestamp='1287514032' post='1050690']
aku orang utara paham ja bahasa ganung kite :D
[/quote]

Orang yang tengah2 ni tak paham, nak kena lawak universal nih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

RM1 - Oit, lama tak nampak, mana hang p?

RM50 - Aku p merata tempat. P stadium tgk bola, konsert AF, shopping complex, tengok wayang, kedai keta, McD dan macam-macam la.hang mana p? apa crita?

RM1 - Hmm aku macam biasa lah..Balik-balik tempat yg sama.SURAU...MASJID...SURAU...MASJID

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='betik' date='18 October 2010 - 02:25 PM' timestamp='1287383126' post='1050545']
kawan aku bagi...panjang, cemuh jugak nak baca, tapi boleh tahan lawak :D...

Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat bising. Ye berembah ngan abang dia. Bising Bango. Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh. Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak, mesti dok kusuk semayang. Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale, baru ye bulih dudok diang. Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing. Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia. Nok buwak gane , budok dua taung , dok tahu ke mende. Orang paka baju melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi ambek baju retek dalang robok. Tak dok pioh, ye buke abih sorok dalang rumah cari pioh, bulih ke dia pioh besar, paka jugak, paka jugak walaupung dok lekat di pale. Tengelang separuh dahi napok butir mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi aming bising, dok dudok diang, kaca orang mayang”. Panda ye jawak “Aming uduk je, Aming diang je, Aming mayang nge ayoh”. Uhh, jawak bukang maing juruh. Ayoh dia pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia duduk molek-molek mase orang semayang jumaat. Kalu dok ajok kang ye nangis guling hanyar depang mok dia, sapa orang abih mayang. Rohoklah mok dia nok suruh senyap kekgi.

Mase khetbah tu ye start doh, iyah-iyah ye fire ke abang dia. Abang ye senyak je, dok layang. Ayoh ye keling-keling dari jauh, pah tu cerelong ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah tu .Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-segok pulak abang dia, iyah-iyah, koya jadi ultrameng lawang raksakse. Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah tu konong. Derah-derah ye gi duduk bira abang dia, terkising-kising senyung. Dok dan dua minit ye segok pulak abang dia, maing pogong-pogong pulak, iyah-iyah..

Ayoh dia buat isyarat ke abang dia ,suruh maghi dekat. Ayoh dia bisik “koho teruk adik mung ning, mung ajok adik mung gi blakang, tepat orang buh lipar nung, mung layang ye berembah, kot panda ye ah nok begocoh ke, nak berguling ke, nok teranding di dinding ke.Dok bolih jadi gining, ye kaca orang nok mayang kekgi.” Abang dia ajoklah gi blakang. Ye pong derah-derah ikut.

Amanglah sementor. Bulihlah dengar khetbah molek skit. Tok imang perabih khetbah dia, pas tu sedia nok semayang. Pah takbir je , bace patehoh, eh-eh tubik mari duane dok tahu, ye mari pulok nge abang dia. Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende dok tau. Ekseng je lebih.Mase abang dia sujud ye buwak pulok, tengok molek ngat abang dia sujud, kabat lallu atah blakang wat macang kuda. Keduk-keduk , bising bango. Mase abang dia duduk , ye pelok tekok abang dia , lepah tunju dua tige butir, debih-debih bunying. Gitulah sapa orang abih semayang.

Lepah bagi salang, kiri dan kanang, ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete mate dia macang nok sembul , maroh tahap gajah naik minyok. Ye kejut ke mate sembul ayoh dia , Ye lari gi nusuk blakang abang dia, tahu nye saloh sebab ayoh ye pesang benor doh jangang wat bising dalang sejid. Ayoh dia saoung slow-slow “Sape maing masae mayang takdi hahhh ?”. Dalang takut-takut dia jawak “Bukang Aming”. Kebetulang tok imang tengah bace doa lepah mayang, tok makmung pulak jawak rama – rama “Aminggggg”. Ye kejut , watpe semua orang kata Aming. Ayoh dia kate lagi “Sape bising bango main gocoh dalang sejid hahhh” . Tok Imang bace doa .Makmung jawab aminggggg. Ye pucat lesi doh muke, ye jawak “Bukang Amingggggg, bukang Amingggg.. muke paling kiri kanang tengok ke makmung, mintak kasihang belas. Abang dia doh dok tahan suke tengok keaadaang dia hok pucat lesi. Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape hok maing berembah dalang sejid ahhhh?”. Tok Imang perabih doanya, hok akhir dia kate “Ya Rabbal Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase. Makmung-makmung sume pakat perabih amingkan doa tok imang, kate kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal Alamin”. Ye kejut hanyar. Bukang Aming, Bukang Aming, selok ye nangis takutan. Makmung sume tengok ke dia . Derah-derah Ye gi jerba ke ayoh dia. Reboh nungging ayoh dia sapa sellok kaing-kaing. Abang dia dok tahan, suke sampai guling bating depang sof.
[/quote]

uihhh...baca ni buat aku tak sabar nak balik kampung... :25:

Share this post


Link to post
Share on other sites
tok batin tu aku lupa lah aku amik kat mana... lama dh tu.

Hem... td aku baca lawak sembahyang.... aku pun ada story psl sembahyang ni.kisah kwn aku.. aku ceritakan balik je.

Nak dijadikan cerita satu ketika dulu... kisah ni berlaku kat terengganu. Korang tau jela dlm terengganu klat area kampung-kampung ni byk surau kayu kan?

waktu tu waktu bulan posa. kawan aku (pompuan la) gi solat terawikh bersama keluarganya.... biasalah kan... kalu lelaki kat depan, kaum wanita dibelakang tabir.

Selepas berbuka puasa, maka masing2 pun mulalah mengambil saf masing-masing. Tatkala imam dh memulakan bacaan pertama dan sebelum rukuk yg pertama, kedengaranlah bunyi motosikal yg dipandu laju dan membrek dengan kuat.


Skreeeet!!!!

Para ma'mum masih lagi kusyuk membacakan ayat-ayat di dalam sembahyang.

Imam mula mengangkat takbir dan terus sujud.

Kawan aku ni mulanya kusyuk bersembahyang tetapi solatnya terganggu dengan satu bunyi yang kuat.


BUK!! BUK!!!

Pada mulanya dia abaikan saja... tapi bunyi yg sama berbunyi setiap kali dia sujud.

BUK!! BUK!!

Setelah selesai solat terawik rakaat yg ke 4, barulah dia tau knp la ada bunyik tiap kali dia sujud.

Rupanya mamat yg bawak moto laju2 td tu... terlupa nk bukak helmet sebelum masuk saf.

Sampai2 je terus masuk saf.

Sekian... cerita kawan aku.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...