Jump to content
BasicCX

Engkar Pakai Tali Pinggang Disaman Mulai September!

Recommended Posts

Penumpang belakang engkar pakai tali pinggang disaman mulai September

25/04/2008 6:11pm

PUTRAJAYA 25 April — Penumpang belakang kenderaan yang gagal memakai tali pinggang keledar akan dikenakan saman mulai September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh berkata, walaupun penguatkuasaan peraturan baru itu bermula Jun ini, tempoh pengenalan bagi tiga bulan pertama hanya melibatkan tindakan advokasi seperti amaran dan teguran.

“Selepas tempoh tiga bulan itu kita akan mengenakan saman kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan itu, namun kadarnya masih belum ditetapkan dan masih di peringkat rundingan,†katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Suret berkata, peraturan memakai tali pinggang di bahagian belakang kenderaan itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada kenderaan keluaran selepas 1 Jan 1995, di mana jika ada antaranya yang tidak mempunyai tali pinggang di bahagian belakang, mereka dikehendaki memasangnya dalam tempoh 3 tahun.

Bagi kenderaan keluaran sebelum 1 Jan 1995 serta kenderaan Perodua Kancil dan Kenari keluaran pertengahan 1998 hingga pertengahan 2004 yang dikecualikan daripada peraturan itu, mereka juga digalakkan untuk memasang tali pinggang keledar tersebut atas sebab-sebab keselamatan.

“Tapi mereka hendaklah kembali kepada pengeluar kenderaan berkenaan, bukannya dengan memasang tali pinggang tersebut di mana-mana bengkel kerana dikhuatiri pemasangannya nanti tidak mematuhi ciri-ciri keselamatan.

“Bagi model Perodua Kancil dan Kenari JKJR telahpun mencadangkan kepada pihak Perodua untuk menawarkan pakej istimewa bagi pemasangan tali pinggang itu di bawah program Corporate Social Responsibility (CSR), dan masih di dalam pertimbangan pengurusan atasan syarikat itu,†katanya.

Bagi kes jika terdapat penumpang keempat pula, Suret berkata tindakan tidak akan diambil terhadap penumpang tersebut memandangkan hanya terdapat tiga set tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang.

— BERNAMA

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...mp;pg=bt_12.htm

Kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang ni mulai bulan Jun. Jadi sesapa yang rasa-rasa penuh kereta tu beli la kereta besar sikit. Nak tanya bagaimana dengan penumpang bas? Adakah mereka tidak diwajibkan untuk memakai tali pinggang keledar? Teksi? Siapa yang akan disaman?

Mari la kita berbincang.

Tambahan:

Pemakaian tali pinggang keledar oleh penumpang di bahagian belakang penting kerana kajian oleh pelbagai badan tempatan serta antarabangsa menunjukkan ia terbukti mampu mengurangkan risiko kematian ketika berlaku kemalangan.

"Pada kelajuan 50 kilometer sejam, seorang penumpang yang mempunyai berat badan 60 kilogram dan duduk di bahagian belakang, boleh memberi impak hentaman sekuat 2.4 tan kepada pemandu atau penumpang yang duduk di hadapannya.

"Kajian juga mendapati peratus risiko kecederaan bagi penumpang di belakang boleh dikurangkan sebanyak 45 peratus jika mereka memakai tali pinggang keledar".

Info: http://www.cbsnews.com/stories/2004/01/20/...ain594598.shtml

Untuk penumpang kanak-kanak: http://www.edmunds.com/ownership/safety/ar...17/article.html

Parlimen 2005: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-28062005.pdf

Video apa yang terjadi bila tak pakai tali pinggang keledar:

1.

2. http://www.youtube.com/watch?v=UthhJLekANU...feature=related

3.

4. http://www.youtube.com/watch?v=oSBgd7gyN0g...feature=related

5. http://www.youtube.com/watch?v=nb1_5Tgx-do...feature=related - MESTI LIHAT

Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites

Link ko silap ...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...mp;pg=bt_12.htm

Aku rasa penumpang bas tak perlu dikuatkuasakan pemakaian tali pinggang ..

Tak tahu la kalau nak implementasikan kat bas ekspres.

Kalau bas rapidKL dan bas-bas tempatan, kalau bas tu penuh macam mana nak pakai ?

Kalau penumpang teksi tu memang kena pakaila nampak gayanya...

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak pakai tali pinggang pun kena saman.. mmg gila duit.. abes tu, sian la orang2 yang pakai suar trek @ baju kurung :lol: :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

aaaaaaaaaaaku memang pakai tali pinggang walaupun jalan 10 meter jer ahaksss. polis nombor 2, yg penting aaaaaaku selamat

:lol: sape ler yang nak dpk kat belakang kete aku tuuu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Alaa.. bukannye saman pemilik keta pun.... sape tak pakai tali kledar dialah yang kena saman... tak taula kalo budak2 tak pakai... mak bapak la kena bayar... lepas 3 tahun.. barula keta sape takde tali kledar kena saman...

btw... aku penah kena saman tak pakai tali kledar... padan muka aku...huhu.. siot jer...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mana la nak cekau duit nak pasang accessories tali pinggang nih .. lain la kalau ada subsidi/potongan harga bagi kereta-kereta lama .. ingat free ape suka2 pasang benda nih .. isk isk isk . Anyway, dari segi penguatkuasaan, masalah yang dah lama berlaku macam cermin terlalu gelap dan lampu yang dah diharamkan "tah ape nama lampu tu" pun sampai skarang masih berleluasa .. malah makin banyak pulak skarang nih ..

P/s: Lepas ni pak polisi minta elaun tambahan sebab sakit tengkuk .. maklumlah kerjanya asyik menjenguk dari depan ke belakang je lepas nih .. hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak pakai tali pinggang pun kena saman.. mmg gila duit.. abes tu, sian la orang2 yang pakai suar trek @ baju kurung :lol: :lol:

sayang kat diri, anak, isteri, ibu, bapa, aweks2 (sayangkan nyawa orang tersayang) ataupon SAYANGKAN duit?

Duit boleh cari.. tapi Nyawa??

Note: Mereka kuatkuasakan undang2 sebab taknak ada orang yang bersedih, taknak ada yang jadi balu gara2 kemalangan maut... Tapi kalau dah sampai masa ajal.. apap boleh buat.. apapon, beringat sebelum kena :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

terlalu gelap dan lampu yang dah diharamkan "tah ape nama lampu tu"

lampu Xenon......lampu tuh mmg haram....tapi dengar citer kalau ada duit banyak jadik HALAL.......dia punya lampu....nauzubillah sakit mata.........kena plak cermin pandang belakang tuh memamntul adoihhhhhh.....................

tapi zaman sekarang nih kalau sebut pasal kemalangan bukan kita yg kemalangan tapi orang lain kemalangan pastu dia hempap kita plak.......kita yg sengsara pasal kereta kita kecik@kereta murah xde airbag.....kereta yg kemalnagan tuh ekreta mahal juz kemek sikit je driver terselamat......

salah kereta ke salah siapa? :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

rimas la aku la aku kalau nak balik lampung camni..dari jb sampai kelang pakai tali pinggang.

Share this post


Link to post
Share on other sites

rimas la aku la aku kalau nak balik lampung camni..dari jb sampai kelang pakai tali pinggang.

Aku dok kat depan drive dari KL - KB pakai tali tak penah merungut pon.. apa la orang belakang nih.. cubit kang :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
<_< undang-undang yang dibuat ni untuk income baru kerajaan lah ni. keselamatan tu no.2 je. cukuplah undang-undang yang ada sekarang wajib untuk penumpang hadapan. belakang tu dah masuk tahap mengada2 lah tu. yang orang pakai talipinggang hadapan kemalangan pecah kepala mati jugak. undang-undang sekarang bukan makin menyenangkan rakyat tapi menambahkan beban lagi. <_<

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau polis tepi jalan, nampak pemandu tak pakai tali kleda, kena kejo dulu kasi tahan baru soheh bole saman. kalau nak wat cam saman eko, elokla si polih nie bawak kamera!

Share this post


Link to post
Share on other sites

<_< undang-undang yang dibuat ni untuk income baru kerajaan lah ni. keselamatan tu no.2 je. cukuplah undang-undang yang ada sekarang wajib untuk penumpang hadapan. belakang tu dah masuk tahap mengada2 lah tu. yang orang pakai talipinggang hadapan kemalangan pecah kepala mati jugak. undang-undang sekarang bukan makin menyenangkan rakyat tapi menambahkan beban lagi. <_<

ape2 je lah...

tapi yg pasti org malaysia ni hati keras mcm batu..!!!!

dah soh pakai tali pinggang tu pakai je lah klu xnk duit terbang,

itu pun byk soal..!!!

ayah aku slalu je pakai tali pinggang,

xde plak byk soal..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pakai saje..

At least kalau kemalangan, masih ada "peluang ke-dua" untuk hidup..

Kalau tak pakai belt tu, orang boleh tercampak ke depan, or ke luar cermin belakang..

Kebetulan pula ada lori kontena lajuuuu...

Baca dengan hati yang tabah:

Spoiler :
Bila dah tercampak ke luar, anytime boleh kena lenyek di kepala, tangan, perut dan kaki dengan lori kontena itu di atas jalanraya,

cuba bayangkan anda melihat orang kena langgar lori kontena setelah tercampak dari cermin belakang kereta..

Darah..........

Otak..........

Biji mata..........

Usus..........

Tali perut..........

Urat kentut..........

Semua bertaburan di atas.....jalan...raya...............

(harap-harap anda boleh rasa ngeri)..

Mahukah anda berada di tempat tersebut?

Kalau pakai belt, sekurang-kurangnya masih tak tercampak ke luar, dan mungkin boleh selamat dari lori kontena tadi...

..Anda mampu mengubahnya..

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau takat citer pakai tali pinggang depan tak kesah bro..ni belakang..rimas!!rimas!!macam duk kerusi elektrik.senak pun ada.

Share this post


Link to post
Share on other sites

abis kalo bawak kucing kat belakang, nak kena ikat juga ker? dah masuk kategori tumpang gak nih! susah gak wak kete cam nih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau takat citer pakai tali pinggang depan tak kesah bro..ni belakang..rimas!!rimas!!macam duk kerusi elektrik.senak pun ada.

<_< Kalau tak nak, tali pinggang tu boleh tarik je, buat-buat macam pakai, tapi picu dia jangan kunci.

erm...

kalo mcm tu, tk leh la bwk 3 org kt blakang..

nk kene beli van la aku nmpak gayanye...

peace

Bukan ke kat tempat duduk belakang kereta ada tiga seatbelt termasuk tengah-tengah?

abis kalo bawak kucing kat belakang, nak kena ikat juga ker? dah masuk kategori tumpang gak nih! susah gak wak kete cam nih.

Kucing letak dalam sangkar lah encik, tidak pun biarlah kucing tu tak pakai tali pinggang. Yang kena saman kucing tu... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

yeke tmpat dok blakang kete bleh ade 3 org??

setahu aku bleh letak 2 org jer....

kete ape yg ko pkai?? promote skit kt aku....

kalo naik teksi pun, driver nk ltak 2 org jer kt blakang....

lain la bwk limo 7 seater tu....

peace

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau nk senang duduk dlm but belakang keter jer...

xpun naik basikal...apa2 pun malang x berbau

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...