TJ-Ariff 40 Report post Posted May 19, 2008 huhu....baguih LanoG/X...thanks...//aku kalu wat tutrial kompom xde org paham...bahasa berterabur ...maklom la, bahsa Turki je aku reti ...Atuk kepada atuk aku pun orang Turki, tak jadi masalah kalau ko nak tulis dalam bahasa turki... Quote Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted May 19, 2008 Hehe..Bahasa Turki ...Macam mana nak baca tu...Ok lepas ni sapa pulak nak buat tutorial ni..Sila..sila..sila.. mulaka...Jangan malu-malu dan segan... Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted May 20, 2008 Hehe..Bahasa Turki ...Macam mana nak baca tu...Ok lepas ni sapa pulak nak buat tutorial ni..Sila..sila..sila.. mulaka...Jangan malu-malu dan segan... Nak paham bahasa Turki kena belajar dengan bro TJ dulu... hahaha. Quote Share this post Link to post Share on other sites
TepakSirehAnggun 0 Report post Posted May 22, 2008 Memandangkan semakin ramai ahli putera yang berminat dalam bidang programming.Dengan ini Kami bercadang untuk menubuhkan Kelab Programming khas bagi warga putera.Kepada yang berminat boleh lah menyatakan nya disini.Di Kelab ini nanti, kita boleh bertukar tukar fikiran untuk membuat satu projek...Silakan...Saya berminat. [email protected] Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted May 23, 2008 Saya berminat. [email protected]Selamat datang razman, harap anda gembira disini..kalau ada apa apa idea, sila kemukakan.. Wassalam..Nak paham bahasa Turki kena belajar dengan bro TJ dulu... hahaha. huhuhuh... aku dah lupe.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted May 23, 2008 (edited) Visual BASIC 2008 Express EditionKategori: TemplateMENGGUNAKAN TEMPLATE LOG-INLanoG (May 2008)Asalamualikum dan selamat sejahtera kepada semua. Kita kembali lagi dalam siri tutorial ringkas VB 2008 Express Edition. Dalam pada kita membina sendiri Form atau borang untuk aplikasi kita, sebenarnya terdapat juga borang yang telah sedia ada untuk kita implementasikan dalam program kita. Borang2 sedia ada ini dinamakan Template dan kita boleh ubahsuai mengikut keperluan kita. Dalam siri kali ini, kita akan membincangkan salah satu template yang menarik iaitu Template Log-in.Sebelum ini, terdapat tutorial2 berkenaan membina Log-in form telah ditunjukkan oleh bro TJ-arif dan hairulfadly dengan menggunakan VB6 dan pangkalan data. Sekarang, giliran saya pulak untuk menunjukkan betapa mudahnya membina Form Log-in dalam VB 2008 Express Edition ini. Okey, tanpa membuang masa... mari kita jelajahi template berkenaan.. LANGKAH 1Kita anggap bahawa sebelum memasuki aplikasi, kita perlu melalui satu kawalan keselamatan supaya orang lain tidak boleh mengakses aplikasi kita. Ini dilakukan dengan membuat satu form log-in dengan ID pengguna dan kata laluan. Sekarang kita buat satu form ringkas sebagai demonstrasi. Buat satu projek baru dengan Form1 dan letakkan butang kawalan ditengah2nya seperti berikut.Double-klik pada butang Keluar dan masukkan kod berikut.Private Sub Button1_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles_ Button1.Click         End End SubKita kembali kepada Form1 tadi. Kita akan anggap Form1 ini sebagai program utama dan kita kena melalui Form Log-in sebelum boleh masuk ke program utama ini. Untuk memasukkan template Form Log-in ikuti langkah selanjutnya.LANGKAH 2Klik pada menu Projek > Add Window Form...Akan keluar satu tingkap senarai template. Anda boleh pilih Login Form... dan tekan butang Add.bersambung... Edited June 4, 2008 by LanoX Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted May 23, 2008 Jika anda perhatikan di dalam Solution Explorer (sebelah kanan)... telah wujud satu form baru yang bernama LoginForm1.vbCuba anda double-klik pada LoginForm1.vb berkenaan.... keluarlah dalam design mode seperti berikut...LANGKAH 3Sekarang kita boleh edit template ini mengikut kesesuaian yang ada. Katakan saya ingin menukar gambar yang asal. Klik pada kotak gambar (graphicbox) dan pada anak panah kecill di sebelah penjuru atas-kanan. Pilih Choose Image...Selepas itu, akan keluar tetingkap Select Resource. Disini anda boleh browse sebarang gambar dalam komputer anda supaya boleh dimuatkan mengganti gambar sedia ada (klik butang Local Resource dan pilih gambar anda). Apabila selesai, klik butang Ok.bersambung... Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted May 23, 2008 (edited) Selesai sahaja... anda kembali ke design mode... saya telah memilih gambar yang sesuai dari komputer saya iaitu gambar mangga kunci... dan meletakkan mode size StretchImage pada bingkai picturebox berkenaan supaya gambar berkenaan berada ditengah2 kedudukannya..LANGKAH 4Kita akan memasukkan sedikit kod, supaya pengguna akan menaip ke dalam textbox yang disediakan kemudian mendapat maklumbalas bila menekan butang Ok atau Cancel. Sekarang cuba anda double-klik pada butang Ok dan masukkan kod berikut.    Private Sub OK_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles_ OK.Click         If UsernameTextBox.Text = "LanoX" And PasswordTextBox.Text = "1234" Then             Form1.Show()             Me.Hide()         Else             MsgBox("Salah Kata Laluan")         End If     End Sub Dalam kes ini, saya akan menggunakan nama LanoX sebagai Username yang disahkan dan 1234 sebagai passwordnya. Oleh itu, pengguna perlu menaik nama dan kata laluan dengan betul, barulah boleh memasuki program utama nanti. Selanjutnya untuk butang Cancel, masukkan pula kod berikut.     Private Sub Cancel_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles_ Cancel.Click         Me.Close()     End SubLANGKAH 5Sebelum menguji template ini, pastikan kita terlebih dahulu meletakkan LoginForm1 sebagai permulaan program. Ini boleh dibuat dengan pergi ke Solution Explorer dan double-klik pada My Project. Ubah pada Startup form: kepada LoginForm1.Sekarang kita boleh uji login form ini....Tekan butang RUN dan uji Login form yang telah kita buat. Pastikan anda ingat Usernama dan Password yang telah disetkan dalam kod tadi. Anda juga boleh mengubahsuai atau mengintegrasikan Usernama dan Password dengan database seperti Ms Access seperti dalam tutorial2 VB6 terdahulu.Sekian sahaja tutorial ringkas kali ini. Sehingga berjumpa lagi dan pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti tutorial2 akan datang yang sudah pastinya lebih menarik. Edited May 23, 2008 by LanoX Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted May 26, 2008 Ada apa2 idea nak buat tutorial apa plak lepas nie....? Quote Share this post Link to post Share on other sites
MenCaRi 10 Report post Posted May 26, 2008 (edited) nama :sy br nak blaja programming ni..xda basic lgsghrp dapat membantu Edited September 10, 2017 by MenCaRi Quote Share this post Link to post Share on other sites
ApOgEE 1 Report post Posted May 26, 2008 join... jangan tak join... Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted May 27, 2008 join... jangan tak join... Rasa2nya dah dekat berpuluh2 dah ahli kelab programming nie. Lagi ramai lagi bagus... lagi banyak idea dan contribution boleh dibuat nanti. Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted May 27, 2008 (edited) Berikut adalah senarai terbaru nama ahli ahli Kelab nie..1) TJ-Ariff2) LanoG = LanoX ->(nama baru nie)3) mFaiz4) Airbatucamput_QzaiMe5) Intel2Core (Nad)6) Shidi7) Spirit8) Pyro9) Kamshin10) Mistique_Mastermind11) amie612) Zaly13) Kuzie14) Funtasie_ilusi15) Null16) Hairulfadly17) dukun18) Apoqee19) Kluang Man20) jmalaya21) Nama saya RAIN22) Soulz6923) noobs24) alieN_00525) E_peace667926) rasberry27) Exception 20828) jepz29) aduka kias utama30) narumi162631) abang boss32) ApoNie = Displinx ->( nie pun sorang lagi tukar nama )33) AISH34) songoten8635) betik36) peetz37) nizamdascout38) razmman39) Mencari (syazwan)40) Angah71 kalau ada nama yang tertinggal sila bagi tahu... wassalam..(DiKemaskini Pada : 31/5/08) Edited May 31, 2008 by TJ-Ariff Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted May 28, 2008 Wah.. dah ada list, memang ramai lah yek...Rasa2nya..... dukun = Nama saya RAIN (orang yang sama).... Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted May 29, 2008 Ingin bertanya kepada LanoX, VB 2008 nie boleh compile jadikan standalone ke ? aku belum cuba lagi... sistem breakdown, nanti lepas nie baru nak install program nie... Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted May 29, 2008 (edited) Ingin bertanya kepada LanoX, VB 2008 nie boleh compile jadikan standalone ke ? aku belum cuba lagi... sistem breakdown, nanti lepas nie baru nak install program nie... Jawapan: Boleh dan sangat senang! Nak buatkan tutorial gak ker pasal benda nie... hehehe Edited May 30, 2008 by LanoX Quote Share this post Link to post Share on other sites
spirit 0 Report post Posted May 29, 2008 bagos la korang..dah banyak tutorial.tapi malangnya aku tak dapat try satu pon lagi tutorial-tutorial diatas..uhuhu..nanti aku cuba lapangkan masa cuba kod-kod kat atas dan usahakan satu tutorial yang senang ,err ...javascript for beginner sebab aku pon beginner..eehheh Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted May 30, 2008 (edited) Visual BASIC 2008 Express EditionKategori: UmumCOMPILE PROJEK KEPADA APLIKASI EXECUTABLELanoG (May 2008)Alhamdulilah dengan sedikit kelapangan petang tadi... dapatlah buat sedikit tutorial ringkas berkenaan bagaimana untuk compile projek yang sudah siap kepada sebuah aplikasi executable yang boleh dijalankan tanpa memerlukan pengguna membuka VB 2008 Express Edition. Tutorial ini adalah langkah2 serba ringkas secara visual dengan menggunakan IDE yang terdapat dalam program berkenaan.Terdapat 2 cara compile sesebuah projek VB iaitu sama ada secara menaip arahan2 tertentu dari command prompt atau secara visual. Kita akan mengkompil projek ini dengan cara mudah iaitu secara visual. Terdapat 2 jenis kompilasi boleh dilakukan iaitu sama ada dengan membina aplikasi executable terus atau dengan membina installer kepada aplikasi berkenaan. Dalam tutorial ini, kita akan buat aplikasi executable terus.. supaya program yang telah siap dikompil boleh terus dijalankan.LANGKAH 1Setelah menyiapkan sebuah projek... dan bersedia untuk dikompil. Pergi ke Solution Explorer dan double-klik pada My Project.Skrin berikut akan dipaparkan...Anda boleh setkan icon untuk program anda dengan menekan seperti di tunjukkan anak panah 2. Pilih imej icon yang anda kehendaki (dalam format ICO) dan setkan pada program anda.LANGKAH 2Pilih tab Publish (anak panah 3) dan skrin berikutnya dipaparkan....dan klik pada radiobutton "The application is available online only" (anak panah 4)...bersambung... Edited June 4, 2008 by LanoX Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted May 30, 2008 (edited) LANGKAH 3Selanjutnya, klik pada butang Prerequisite dan tetingkap berikut dipaparkan...Anda perlu uncheck pada "Create setup program to install prerequisite components" seperti ditunjukkan anak panah 6. Selepas itu, klik butang Ok dan anda kembali ke skrin asal.LANGKAH 4Klik pula butang Option (seperti anak panah 7) dan tetingkap berikutnya dipaparkan...Uncheck pada "Use .deploy file extension" seperti ditunjukkan anak panah 8. Selepas selesai, anda boleh klik pada butang Ok dan kembali ke skrin asal.Sekarang anda boleh menekan butang Publish untuk proses akhir dan compilasi dijalankan...Apabila selesai proses kompilasi ini. Anda boleh perolehi fail2 yang berkaitan termasuklah fail aplikasi executable yang bole di run secara standalone dalam folder /Publish/Application Files/. Anda boleh copy seluruh folder berkenaan dan beri salinan kepada kawan2 anda untuk cuba program yang telah dikompil ini.Terdapat beberapa ketetapan lain yang boleh kita gunakan sebelum mengkompil sesebuah projek. Tutorial ringkas ini cuma menerangkan serba ringkas betapa mudahnya kompilasi dengan VB 2008 Express Edition. Akhir kata, majulah programming untuk semua dan sehingga berjumpa lagi di lain tutorial. Edited May 30, 2008 by LanoX Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted May 31, 2008 (edited) 5 Star untuk Mr.LanoX !!! .. ada sorang lagi nak jadi ahli.... dia hantar PM aje... malu kut... he he he Nick : Angah71So saya akan updatekan disenarai kat atas tu..Dah 40 orang ahli.... ermmmkalau sorang seringgit dah ada RM40tapi kalau sorang 10 Ringgit dah ada RM400he he banyak tu.... Acah ajer....... ha ha ha Edited May 31, 2008 by TJ-Ariff Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted May 31, 2008 (edited) Dah 40 orang ahli.... ermmmkalau sorang seringgit dah ada RM40tapi kalau sorang 10 Ringgit dah ada RM400he he banyak tu.... Acah ajer....... ha ha haHaa... kalau RM400 dah buleh buat dah majlis makan2.... hehehehe Edited May 31, 2008 by LanoX Quote Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted May 31, 2008 HAH... Makan ?Nak...nak..nak... Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted June 1, 2008 (edited) Visual BASIC 2008 Express EditionKategori: User InterfaceKELEBIHAN FUNGSI ANCHORLanoG (May 2008)Sekali lagi kita bertemu dalam ruangan artikel tutorial berkenaan VB 2008. Kali ini saya akan menerangkan sedikit tips dan panduan berguna dalam membina sebuah aplikasi yang baik. Dalam merekabentuk antaramuka pengguna grafik (graphical user interface), kita kadang2 berdepan dengan beberapa kekangan yang membuatkan rekabentuk UI kita nampak kurang kemas dan tidak profesional. Oleh itu, pada kali ini... kita melihat apakah kepentingan fungsi anchoring/docking kepada sebuah program.Jika katakan kita membuat sebuah Form ringkas seperti berikut.Cuba perhatikan Form berkenaan iaitu pengguna berupaya dan boleh membesarkan saiznya dengan menarik ke bawah dan sebagainya supaya saiz Form berkenaan bertukar. (anak panah 1 menunjukkan penjuru yang biasanya pengguna tarik dan letak untuk membesar dan mengecilkan sesebuah Form. Hasilnya seperti berikut.Dalam ilustrasi diatas... kita akan dapati ada ruang kosong yang nampak tidak menarik pada pandangan mata. Apa yang kita inginkan ialah supaya kawalan Textbox akan turut memanjang/membesar seperti mana saiz yang diubah oleh pengguna. Disinilah munculnya fungsi docking atau anchoring.Sekarang cuba anda pilih salah satu Textbox dan pergi ke Properties. Pilih Anchor...Cuba klik seperti ditunjukkan dalam anak panah 2 diatas. bersambung... Edited June 4, 2008 by LanoX Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted June 1, 2008 (edited) Anda akan dipamerkan dengan pilihan docking secara visual. Oleh itu, anda boleh memilih gaya anchoring yang dikehendaki dan bersesuaian...Berdasarkan ketiga-tiga ilustrasi diatas.. anda boleh klik pada EMPAT penjuru anchoring. Secara defaultnya dua penjuru telah di'anchor' iaitu sebelah atas dan kiri. Jika anda klik pada sebelah kanan juga... maka Textbox anda tadi akan menukar saiz mengikut arah kanan (anak panah 3). Jika anda klik pada semua penjuru.. maka saiz Textbox anda akan membesar ikut arah kanan dan bawah (anak panah 4).Saya akan klik sebelah kanan sahaja untuk dua Textbox pertama dalam Form tadi. Manakala untuk Textbox ketiga... saya akan anchor semua arah. Ini kerana saya mahukan saiz Textbox ketiga akan turut membesar kebawah. Hasilnya setelah dibesarkan...Jelas bahawa fungsi anchoring ini amat berguna untuk memastikan user interface yang lebih kemas. Jika dilihat dari segi defini, anchor bermakna 'sauh' iaitu berfungsi supaya kapal tidak bergerak ke mana2.... Jadi konsep ini sama diterapkan dalam VB. Terdapat banyak cara lain ianya boleh dimanipulasikan untuk memberikan persembahan antaramuka bergrafik yang menarik. Sekian sahaja panduan VB 2008 pada kali ini. Semoga maklumat dan informasi ini boleh memberikan sedikit tips berguna untuk diri saya sendiri dan juga anda... akhir kata, majulah programming untuk semua! Edited June 2, 2008 by LanoX Quote Share this post Link to post Share on other sites
PinguSpy 3 Report post Posted June 1, 2008 nk join gak..tutor untuk C++/JAVA xder ker? Quote Share this post Link to post Share on other sites