Jump to content
TJ-Ariff

Kelab Pengaturcara@programming

Recommended Posts

Penerangan Aturcara 2.4 dan 2.5 di atas (Kira Jualan CD)

Aturcara 2.4 di atas ini mengaplikasikan penggunaan Dim pada baris 2-6.

Perhatikan pada baris 7 iaitu penggunaan Const.

Const adalah singkatan kepada Constant (Pemalar) yang mana kita gunakan untuk mengisytiharkan nilai yang tetap dan tidak berubah-ubah.

Ringkasnya, Const adalah lawan kepada Dim (pembolehubah) yang mana nilainya boleh berubah-ubah.

Penggunaan label juga diaplikasikan bagi mengoutputkan nilai,

Contohnya dalam baris 17 dan 18, lblAsal.Caption dan lblDiskaun.

Caption membolehkan kita mengumpukkan nilai data kepada tulisan (caption) bagi label lblAsal dan lblDiskaun.

Dalam Aturcara 2.5 pula, ini adalah contoh aturcara untuk keluar dari aplikasi.

Katakunci yang penting digunakan adalah End.

Kesimpulan

Kita telah melihat dan mempelajari beberapa contoh aturcara yang melibatkan penggunaan pembnolehubah.

Di sini kita tahu bahawa pembolehubah perlu dicipta dan diisytiharkan sebelum memulakan langkah aturcara seterusnya

kerana ia berperanan menyimpan data yang diinput untuk sementara.

Konsep ini penting sebelum kita mempelajari ke mana data akan di simpan selamanya

(selagi ia tidak dibuang) iaitu samada ke pangkalan data, fail atau terus ditukarkan kepada bentuk yang lain.

Pada tutorial yang akan datang, kita akan mempeljari pula bagaimana kita boleh mengawal tindakan data yang dimasukkan.

:)

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe,.. rajin ko hairul.. tutorial yg berguna untuk newbie cam aku... selama nie aku buat software guna vb nie aku hentam kromo jer.. xtahu benda2 teori nie.. sebab tu kalau orang tanya aku pasal vb aku xtahu nak explain.. :ph34r:

masuk aku sekali dalam kelab nie ekk.. :blush:

ApoNie

shahrir1999 at yahoo dot com

Share this post


Link to post
Share on other sites

Good job Hairul...

satu penerangan yang sangat baik.. :blush:

Kepada ApoNie ... Selamat Datang ke Kelab ini.. :D

Rajin2 lah on-lline...

Share this post


Link to post
Share on other sites

MENETAPKAN KAWALAN

Kita telah pun sedia maklum mengenai cara mencipta dan menentukan jenis data.

Dalam erti kata lain, kita telah berjaya mewujudkan data.

Tetapi data yang bagaimanakah yang akan kita gunakan ?

Berapa nilai yang kita mahu, apakah syarat data diterima atau ditolak ?

Contohnya dalam sistem e-mail, kita telah berjaya mencipta data untuk pengguna.

Persoalannya, adakah semua pengguna di dalam sistem dibenarkan mencapai akaun e-mel kita?

Hanya pengguna yang mempunyai ID serta katalaluan yang benar sahaja yang boleh mencapai sesuatu akaun.

Di sinilah kita akan menggunakan konsep data.

OPERATOR SYARAT (CONDITIONAL OPERATOR)

Sebelum kita mempelajari penyataan-penyataan kawalan, kita akan berkenalan dulu dengan operator yang terlibat dengan kawalan.

Operator ini dikenali sebagai Conditional Operator.

= sama dengan 
> lebih besar
< lebih kecil
>= lebih besar atau sama dengan
<= lebih kecil atau sama dengan
<> tidak sama dengan

OPERATOR LOGIK (LOGICAL OPERATOR)

Sebagai tambahan kepada Operator Syarat, beberapa operator logik juga ditambah bagi memudahkan

dan memantapkan lagi aturcara kita.

Operator

And – Kedua-dua pihak mesti BENAR (TRUE)

Or – Satu pihak sahaja mesti BENAR (TRUE)

Xor – Satu pihak mesti BENAR (TRUE) tetapi tidak kedua-duanya

Not – Tidak BENAR (TRUE)

Share this post


Link to post
Share on other sites

PENYATAAN IF

Jika warganegara = Malaysia Maka

Status = Dibenarkan Masuk

Begitulah contoh mudah penggunaan pernyataan If.

Jika contoh data Pelancong dimasukkan, warganegaranya adalah Malaysia, oleh itu dia dibenarkan masuk.

Penyataan mudah ini sebenarnya amat berguna dalam pengaturcaraan kerana dalam banyak keadaan,

kita perlu menentukan tindakan seterusnya berlandaskan input data yang dimasukkan.

Carta alir di bawah menggambarkan pernyataan if

carta_alirif.jpg

PENYATAAN IF...THEN...ELSE

If (syarat) Then

Penyataan 1

Else

Penyataan 2

End If

Dalam penyataan If, jika keadaan tersebut adalah BENAR (TRUE),

maka penyataan selepas klausa Then akan dilaksanakan.

Jika keadaanya SALAH (FALSE), kenyataan selepas klausa Else pula yang akan dilaksanakan.

Edited by hairulfadly

Share this post


Link to post
Share on other sites

Contoh Aturcara 3.1

41.jpg

1.Bina antaramuka seperti di atas.

2.Klik 2 kali pada butang arahan cmdStatus dan masukkan aturcara di bawah:

1.Private Sub cmdStatus_Click()

2.Dim Status As String

3.If (cmdWarga.text = “Malaysiaâ€) Then

4.Status = “ANDA WARGANEGARA. DIBENARKAN MASUKâ€

5.Else

6.Status = “ANDA BUKAN WARGANEGARA. MINTA PASSPORT UNTUK DISEMAKâ€

7.End If

8.lblStatus.Caption = status

9.End Sub

p/s : dalam ruangan properties cmdStatus, pilih text dan taipkan "Malaysia", "Indonesia"

Kemudian larikan program di atas dengan memilih Malaysia atau Indonesia dan tekan butang status.

Share this post


Link to post
Share on other sites

tambahan:

1.Private Sub cmdStatus_Click()

2.Dim Status As String

3.If (Lcase(cmdWarga.text) = “malaysiaâ€) Then

4.Status = “ANDA WARGANEGARA. DIBENARKAN MASUKâ€

5.Else

6.Status = “ANDA BUKAN WARGANEGARA. MINTA PASSPORT UNTUK DISEMAKâ€

7.End If

8.lblStatus.Caption = status

9.End Sub

Lcase Atau Ucase digunakan untuk mengelakkan error berlaku jika user menaip case yang silap contoh: "MaLaYsiA" ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Suatu cadangan yang bernas daripada Aponie.

Lcase digunakan untuk mengecilkan ayat atau perkataan yang dimasukkan oleh pengguna.

Ucase digunakan untuk memBESARkan ayat atau perkataan yang dimasukkan oleh pengguna.

Digunakan untuk memasukkan input yang berjenis text sahaja. Okey :)

Penerangan Aturcara 3.1

Perhatikan baris 3-7. Kita telah mengaplikasikan kawalan ke atas aturcara.

Baris ini bermaksud jika senarai yang kita pilih dari cmbwarga adalah "Malaysia",

maka lblStatus akan memaparkan status yang bernilai "ANDA WARGANEGARA. DIBENARKAN MASUK".

Jika tidak (selain dari pilihan "Malaysia"), status akan bernilai "ANDA BUKAN WARGANEGARA. MINTA PASSPORT UNTUK DISEMAK".

Kawalan membenarkan pengguna sistem memilih dengan pilihan yang diberikan.

Inilah yang dipraktikkan pada kesemua sistem komputer seperti mesin ATM, sistem online dan sebagainya.

Walaupun begitu, tidak mungkin dalam semua kedaaan, kita cuma ada 2 pilihan sahaja.

Dalam sesetengah keadaaan, kita akan ada lebih dari 2 pilihan.

Di sini kita akan menggunakan ElseIf sebagai tambahan kepada If...Then...Else.

If (syarat 1) Then

Penyataan 1

ElseIf (syarat 2)

Penyataan 2

ElseIf (syarat 3)

Else

Penyataan 4

End If

Rajah 3.4

Bentuk am seperti Rajah 3.4 diatas menggambarkan kita mempunyai 3 pilihan keadaan.

Jika keadaan kita tidak BENAR (TRUE) dengan semua keadaan, maka pilihan Else akan dipilih untuk penyataan 4 akan dilaksanakan.

Edited by hairulfadly

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pernyataan Select Case

Terdapat cara yang lebih mudah untuk melaksanakan multi pilihan selain dari menggunakan If…Then…Else.

Pernyataan tersebut adalah Select Case.

Select Case Penyataan

Case (keadaan 1)

Penyataan 1

Case (keadaan 2)

Penyataan 2

:

Case Else

Penyataan 3

End Select

Contoh Aturcara 3.3

1.Aturcara ini akan mengeluarkan output dari markah yang anda masukkan.

2.Bina antaramuka Form seperti di bawah :

35.jpg

Klik 2 kali butang cmdGred, dan masukkan aturcara di bawah:

1.Private Sub cmdTentuGred_click()

2.Dim intMarkah As Integer
3.intMarkah = txtMarkah.text

4.Select Case intMarkah

5.Case Is >=80
6.lblGred.Caption= “Aâ€
7.lblKomen.Caption = “Sangat Bagus. Anda telah membuktikan anda bijak. Teruskan usaha.â€

8.Case 70 To 79
9.lblGred.Caption = “Bâ€
10.lblKomen.Caption = “Bagus. Pencapaian yang baik.â€

11.Case 50 To 69
12.lblGred.Caption = “Câ€
13.lblKomen.Caption = “Sederhana. Usaha lagi dan tingkatkan pembacaan.â€

14.Case 40 To 49
15.lblGred.Caption = “Dâ€
16.lblKomen.Caption = “Agak lemah. Perlukan lebih usaha dan penumpuan.â€

17.Case Else
18.lblGred.Caption = “Eâ€
19.lblKomen.Caption = “Sangat lemah. Perlukan perhatian yang khusus.â€

20.End Select
21.End Sub

Cuba buat dan larikan. Masukkan input gred dan perhatikan gred dan komen yang terhasil apabila

kita menekan butang Tentu Gred.

Selamat mencuba. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Penerangan Aturcara 3.3

Perhatikan dalam baris 4, kita telah menjadikan intMarkah sebagai pembolehubah rujukan.

Ertinya kita akan menetapkan penyataan seterusnya berdasarkan nilai intMarkah.

Perhatikan juga baris 17, Case Else bermaksud sekiranya nilai intMarkah kita tidak menetapi kes-kes seperti di atas,

maka penyataan bagi Else yang akan dipilih. Dalam aplikasi ini, Else adalah nilai markah yang kurang dari 40.

DO/LOOP

Gelung Do/Loop amat berguna dalam menghasilkan aturcara yang mantap.

Ia membolehkan kita mengulang satu kumpulan arahan/aturcara.

Proses ulangan inilah yang dikenal sebagai ulangan (looping).

Do/Loop dilaksanakan selagi syarat adalah BENAR (TRUE) atau sehingga syarat (BENAR) TRUE.

Do (While | Until ) Syarat
Kenyataan 
Loop
Atau
Do 
Kenyataan 
Loop (While | Until ) Syarat
FOR/NEXT Gelung Do/Loop sesuai digunakan untuk memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan. Namun jika kita sudah menetapkan beberapa kali gelung harus berulang, penyataan yang lebih sesuai adalah For/Next.
For Indeks Ulangan = Nilai Permulaan To Nilai yang ditetapkan [Langkah Penambahan]
KENYATAAN ULANGAN
Next [Indeks Ulangan]

Bersambung nanti..

Edited by hairulfadly

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tutorial ini aku akan berhentikan dulu. Akan bersambung pada 1 Februari 2008,

otak aku berpindah ke tempat baru sekarang ini, jadi tengah mengalami transformasi dan konfigurasi perubahan

teknikal tahap SA5669-89GH....

kawan yang lain boleh teruskan ... okeh !!!

Waduh... bahaya tahap tu... :lol:

Aku rase ko punya memori ke reprogram balik laa...

Tak pun tukar RAM dan HD... :D

Kasi besar...

InsyaAllah, nanti ada lah rakan2 disini datang membantu...

ko rehat la dulu....

Jangan lupa Cuci kaki RAM tu dengan pemadam...

Ko pulak jangan lupa Cuci Kaki Ko sebelum tido... :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aiseh.. lambat lagi.. per kata orang lain sambung? Tj-Ariff, hang sambung bleh? xpon LanoG.. hehe

btw.. aku nak tanya sesuatu, bagi korang ahh, berdasarkan pengalaman @ teori atau sebagainya, database apa yang besh? mysql? access? sqlite? atau yang lain2 aku xsebut? leh bagi kelebihan & kontra.. aku blurr lagi bab database nie, aku tahu guna jer.. hehehe..

tapi stakat yang aku tahu skrang, ms access memang kurengss sebab lembap, saiz file besar, security low.. nie komen aku berdasar pengalaman seciput aku.. sekarang aku beralih ke sqlite; laju, file size kecik, free, dan yg kurengsnya nak buat password untuk db kena bayar.. pendapat korang plaks..

p/s: jangan blame ngan statement aku nie kalau silap, sebab aku noob lagi... :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau sye nk join dah terlambat ker? :blush:

nk join, buleyh?buleyh?erk buleyh x? :unsure:

sye xterror programming..kire pangkat dummy gak lah :wacko:

*sumell lah pulak smiley2 nieh :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

xterlambat lagi AISH.. jangan lupa kasi alamat umah, no tepon dll.. yang penting no phone.. keh3.. :blush:

oracle pon sebenarnya aku berminat nak teroka nie.. nampak cam besh.. LanoG, kalau hang ada ilmu pasal Oracle tu, perturunkan ahh kat sini.. basic2 pasal oracle dulu.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau sye nk join dah terlambat ker? :blush:

nk join, buleyh?buleyh?erk buleyh x? :unsure:

sye xterror programming..kire pangkat dummy gak lah :wacko:

*sumell lah pulak smiley2 nieh :lol:

Yaa... masih belum terlambat... keahlian dibuka sepanjang tahun... :lol:

Selamat datang dan meneroka alam pengaturcara...

oracle pon sebenarnya aku berminat nak teroka nie.. nampak cam besh.. LanoG, kalau hang ada ilmu pasal Oracle tu, perturunkan ahh kat sini.. basic2 pasal oracle dulu..

Bagus tu... cadangan yang baik...

bole jugak aku tumpang belajar... he he he

Edited by TJ-Ariff

Share this post


Link to post
Share on other sites

:rolleyes: project yg nie xbuleyh follow up sngt sbb skung tgh bz..

tp mcm best jugak vb nieh..erk dulu pernah buat gak, tapi sume dh lupe..dulu pakai vb 98, xtaulah function ye sme x dgn yg latest nieh..

nnt ade mse pelan2 sye belek system nie..btw, thanx sbb sudi berkongsi ilmu, cewahhhhh :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam smue...

lame x bukak thread nie...

saye suke tutorial abg hairul tue...

tapi saye ader satu soalan...

cam ner nok wat satu database dr Access ke Vi Basic...

maknenyer kite wat database dr Mic Access... kemudian

nok letak dlm VBasic pulok... leh x... ape coding dier ek...

Share this post


Link to post
Share on other sites

xterlambat lagi AISH.. jangan lupa kasi alamat umah, no tepon dll.. yang penting no phone.. keh3.. :blush:

oracle pon sebenarnya aku berminat nak teroka nie.. nampak cam besh.. LanoG, kalau hang ada ilmu pasal Oracle tu, perturunkan ahh kat sini.. basic2 pasal oracle dulu.. :)

Mana ler aku reti menda2 Oracle nie... setakat customize ready-made visual tool untuk portal dia buleh ler... kekekeke. :lol:

tapi saye ader satu soalan...

cam ner nok wat satu database dr Access ke Vi Basic...

maknenyer kite wat database dr Mic Access... kemudian

nok letak dlm VBasic pulok... leh x... ape coding dier ek...

Kalau pakai VB 2005 Express, ada dah cara senang nak link (pakai wizard dia jer). Dan secara automatik dia akan create menu bar yang mengandungi basic command button untuk control database macam first record, last record, forward, backward, save, delete. :lol:

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

pakai VB 2005 Express, ada dah cara senang nak link (pakai wizard dia jer). Dan secara automatik dia akan create menu bar yang mengandungi basic command button untuk control database macam first record, last record, forward, backward, save, delete. :lol:

sayer pakai VB yg lame...

cam abg hairul wat tutorial tue...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mana ler aku reti menda2 Oracle nie... setakat customize ready-made visual tool untuk portal dia buleh ler... kekekeke. :lol:

Kalau pakai VB 2005 Express, ada dah cara senang nak link (pakai wizard dia jer). Dan secara automatik dia akan create menu bar yang mengandungi basic command button untuk control database macam first record, last record, forward, backward, save, delete. :lol:

camnie ahh.. ko ajar apa yang ko tahu.. hehehe...

Share this post


Link to post
Share on other sites

sayer pakai VB yg lame...

cam abg hairul wat tutorial tue...

Dalam VB6 kalau tak silap saya ada dua cara untuk link kan database

1) Gunakan tools yg telah ada dalam VB iaitu DATA - dan setkan kan nama database kita itu, recordsource , pada data properties (ini memang kerja senang)

2) Gunakan arahan, coding / arahan nya kita kena tulis sendiri...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sambungan/......

Sebelum kita sambungkan database dengan program VB kita, mari kita buat databese nya dulu.

1) Buka Microsoft Access

2) Klik New - Blank database

3) namakan fail ini dengan login.mdb (pastikan kita membuat folder dahulu ) - klik create

4) klik 2x pada create table in design view

5) pada field name kita nama user dan password dan pada Data type kedua2 text

6) setelah itu klik close (tanda pangkah tu..) kita akan diminta untuk save table tu, dan nama kan Pass

7) bila ditanya untuk membuat primary key - klik NO.

Table database kita telah siap..

untuk permulaan ini, kita isikan database ini secara manual.. caranya,

1) Klik 2x pada table pass

2) Isikan user & password seperti berikut :-

ali - 123

abu - 234

kassim - 345

tutup databese kita dengan klik pada pangkah ...

tutup Access.

tadaaa :rolleyes: ... database kita dah siap...

- Tamat -

Edited by TJ-Ariff

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...