Jump to content
TJ-Ariff

Kelab Pengaturcara@programming

Recommended Posts

nk join gak..tutor untuk C++/JAVA xder ker?

Join lah.. pingu. Ntah ler.. untuk C++/Java nie belum ada sapa2 lagi yang nak buat tutorial dia. :huh:

Share this post


Link to post
Share on other sites

ade orang nak belajar erlang?

hehe

Apa apa pun boleh, janji buat aje tutorial nye... mesti ade orang punya.. ;)

kalau nak buat tutorial pasal Robotik programming pun bole,

Guna PLC ker CNC ke atau apa apa, asalkan programming... :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

ade orang nak belajar erlang?

hehe

Ishh.. erlang? kitorang terima jer apa sahaja programming language yang bleh dipelajari. :D

Aku ingat nak masukkan satu lagi article tutorial sebelum aku cuti balik kampung seminggu next week. Hopefully rakan2 lain boleh teruskan menghidupkan kelab programming nie...

Pengaturcaraan adalah kesenian yang indah. Menulis baris2 kod aturcara seumpama seorang penyair mengarang rangkap2 puisi yang puitis. Olahan antaramuka bergrafik yang menawan seumpama pelukis menterjemahkan imaginasinya di atas kanvas lukisan. Oleh itu, pengaturcara itu sendiri adalah artis yang menggunakan imaginasinya selain beribu-ribu sumber rujukan lain... Pablo Picasso yang terkenal itu pun penah menyatakan bahawa "Good artis copy, Great artis steal", terpulang pada anda sama ada ingin menjadi Good atau Great. :D

Edited by LanoX

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ishh.. erlang? kitorang terima jer apa sahaja programming language yang bleh dipelajari. :D

Aku ingat nak masukkan satu lagi article tutorial sebelum aku cuti balik kampung seminggu next week. Hopefully rakan2 lain boleh teruskan menghidupkan kelab programming nie...

Pengaturcaraan adalah kesenian yang indah. Menulis baris2 kod aturcara seumpama seorang penyair mengarang rangkap2 puisi yang puitis. Olahan antaramuka bergrafik yang menawan seumpama pelukis menterjemahkan imaginasinya di atas kanvas lukisan. Oleh itu, pengaturcara itu sendiri adalah artis yang menggunakan imaginasinya selain beribu-ribu sumber rujukan lain... Pablo Picasso yang terkenal itu pun penah menyatakan bahawa "Good artis copy, Great artis steal", terpulang pada anda sama ada ingin menjadi Good atau Great. :D

ha.... cukup bagus bahasa ko tu...

itu ko copy ker atau Steal... he he he :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Visual BASIC 2008 Express Edition
Kategori: Pangkalan Data


MENYIMPAN IMEJ DALAM DATABASE

LanoG (June 2008)


Alhamdulilah.. sekali lagi kita berjumpa dan terima kasih kerana mengikuti artikel2 tutorial yang disajikan sebelum ini. Dalam kesempatan ini, walaupun ketika saya menulis sekarang ini dalam keadaan kurang sihat.. digagahi jua kerana minat yang mendalam untuk berkongsi sedikit ilmu berkenaan pengaturcaraan dalam VB 2008 Express Edition. Sebelum ini, saya mempunyai masalah yang ketara dalam bagaimana untuk menyimpan imej (dalam sebarang format popular seperti bmp, png, gif dan sebagainya) ke dalam fail database dan kita boleh menggunakan paparkan imej dalam Form. Dengan bantuan beberapa rakan lain terutama sekali DrASAG, saya akhirnya telah berjaya menggunakan sedikit panduan yang diberikan beliau untuk mencapai matlamat menyimpan imej dalam pangkalan data.

Tanpa membuang masa lagi, sekarang mari kita mulakan langkah2 mudah bagaimana menyimpan data imej dalam sebuah pangkalan data kemudian memaparkan semula imej berkenaan dalam Form yang kita buat. Untuk tutorial ini, kita akan gunakan database Microsoft Access (.mdb), oleh itu seeloknya kita hasilkan dulu fail database .mdb.

LANGKAH 1
Buka Ms Access dan buat satu fail baru dan namakannya "mygambar.mdb"

dbgambar-01.png

Klik seperti anakpanah 1a iaitu Design Mode...

dbgambar-02.png

Buat tiga Field Name dan setkan Data Type masing2 seperti berikut:
(1) ID Gambar,...... AutoNumber
(2) Nama Gambar,....... Text
(3) Gambar, .........OLE Object

Setkan ID Gambar sebagai Primary Key.. sila lihat ilustrasi di atas (anakpanah 2b). Perhatikan juga bahawa kita telah setkan Data Type untuk Gambar sebagai OLE Object (anakpanah 2a). Ini akan digunakan untuk menyimpan data imej kita nanti.

Lepas tu save table kita tadi...

dbgambar-03.png

dbgambar-04.png

bersambung... Edited by LanoX

Share this post


Link to post
Share on other sites

LANGKAH 2

Baiklah, sekarang anda boleh keluar dari Ms Access dan mula buka VB 2008 Express Edition. Buka Project baru dan cuba anda klik pada Data Source. Buka pada Add New Data Source...

dbgambar-05.png

Tetingkap berikut dipaparkan dan pilih Database... kemudian klik Next.

dbgambar-06.png

Tetingkap berikut pula dipaparkan.

dbgambar-07.png

Kali ini pilih butang New Connection... Tetingkap Add Connection berikut dipaparkan.

dbgambar-08.png

Dalam ilustrasi diatas, mula2 klik butang Change (anakpanah 3a).

bersambung...

Edited by LanoX

Share this post


Link to post
Share on other sites

dbgambar-09.png

Apabila keluar tetingkap Change Data Source... pilih Ms Access Database File (anakpanah 4). Kemudian klik Ok untuk kembali ke tetingkap sebelumnya. Bila kembali ke tetingkap Add Connection tadi, klik pula kat butang Browse untuk mencari fail database yang kita dah buat tadi. Pilihlah fail mygambar.mdb tadi.

dbgambar-10.png

Selanjutnya selesai sahaja proses ini, anda boleh periksa sambungan dengan database. Klik pada butang Test Connection (anakpanah 5) dan jika berjaya... dialog berikut dipaparkan.

dbgambar-11.png

Klik Ok.

dbgambar-12.png

klik Yes.

bersambung...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bila kembali semula ke tetingkap pertama iaitu Data Source Configuration Wizard... tick pada butang "Yes, save the connection as..." kemudian klik pada butang Next.

dbgambar-13.png

Seterusnya bila sampai ke langkah terakhir wizard... tick pada Tables (anakpanah 6) dan klik pada butang Finish.

dbgambar-14.png

LANGKAH 4

Sekarang kita memasuki langkah keempat... sekarang buka Data Sources dan ilustrasi seperti dibawah dipaparkan.

dbgambar-15.png

Klik pada treeview seperti ditunjukkan anakpanah 7a dan 7b. Dalam node Gambar... klik pada pilihan dan pilih PictureBox (anakpanah 7c)

LANGKAH 5

Selanjutnya... cuba anda tarik node "Nama Gambar" dan "Gambar" dan letakkan dalam Form1. Susun aturkan seperti berikut.

dbgambar-16.png

bersambung...

Edited by LanoX

Share this post


Link to post
Share on other sites

Anda akan dapati dalam Form1 berkenaan secara automatiknya Toolbar asas navigasi pangkalan data dihasilkan. Dibawahnya pula ada tersenarai komponen2 yang diperlukan oleh Form1 berkenaan seperti dalam ilustrasi dibawah....

dbgambar-17.png

LANGKAH 6

Anda perlu memasukkan satu lagi komponen iaitu OpenFileDialog supaya anda boleh memilih imej yang akan dimasukkan ke dalam ruangan PictureBox nanti.

mp-05.png

Selain itu, anda perlu masukkan satu butang kawalan dan namakannya "Tukar Gambar" (anakpanah 8).

dbgambar-18.png

Selanjutnya.. pada PicturBox berkenaan.. ubah Size Mode kepada StretchImage seperti berikut... (anakpanah 9c)

dbgambar-19.png

bersambung....

LANGKAH 7

Sekarang kita hampir menyiapka sample program penyimpan imej. Sebelum itu, kita perlu masukkan sikit kod iaitu apabila pengguna menekan butang Tukar Gambar, supaya boleh memilih gambar dari harddisk anda. Double-klik pada butang "Tukar Gambar" dan anda akan memasuki bahagian View Code. Masukkan kod berikut.

    Private Sub Button1_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button1.Click
        If (OpenFileDialog1.ShowDialog() = Windows.Forms.DialogResult.OK) Then
            GambarPictureBox.Image = Image.FromFile(OpenFileDialog1.FileName)
        End If
    End Sub

Kembali semula ke bahagian IDE Design Mode.... cuba anda jalankan program ini dan taipkan data dan tambahkan imej... anda boleh simpan imej berkenaan dengan menekan butang save. Selain itu, anda juga boleh navigasikan kedudukan data dengan toolbar yang telah disediakan.

dbgambar-20.png

Dalam contoh ilustrasi diatas, saya masukkan imej Kungfu Panda yang movienya akan ditayangkan tidak lama lagi... hehehehe. Sekian sahaja untuk kali ini. Diharap anda telah mendapat info dan panduan berguna dalam proses membina pangkalan data yang memerlukan kita menyimpan imej dan menggunakan imej berkenaan dikemudian hari. :D

Edited by LanoX

Share this post


Link to post
Share on other sites

ha.... cukup bagus bahasa ko tu...

itu ko copy ker atau Steal... he he he :lol:

Ngehehehe... dua2 pun bukan. Sekali sekala nak jugak guna bahasa berbunga-bunga... ahahaha. :D

Well thats all.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Nak tanya tentang menyimpan imej tu.

Dalam database tu, yang disimpan adakah imej atau link dia saja.

Maksud aku, ada dua cara nak simpan imej dalam database.

satu, dengan cara menyimpan imej sebenar kedalam database tu, dan

satu lagi, dengan cara menyimpan link untuk imej tersebut.

Kalau guna cara pertama, tentu saiz database akan bertambah tambah tembam, he he he :lol: bila kita simpan banyak imej, ya tak ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ye la LanoX..

Dia simpan gambar ke dalam dbase ke?

Kalau dia simpan imej memang best bangat sih...

Kalau dia simpan link sahaja...

Ke mana gambar itu disimpan sebenarnya ?

Kena buat folder khas ke ?

Sebagai contoh kena buat folder GAMBAR..

dan kemudiannya simpan semua imej dalam folder GAMBAR tu.

Harap Encik LanoX memberikan penjelasan dengan sewajarnya.

Harap maklum.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam semua... baru jer sampai rumah nie, balik kampung dalam 6 hari.

Untuk menjawab persoalan bro TJ dan hairulfadly... memang simpan dalam database tu sendiri. Benar... database akan bertambah2 temban ler lepas tu.. kekekeke. Tapi trick dia ialah korang guna ler imej yang saiz memory dia kecik2... :)

So, memang akan ada pro dan kontra dia... mengikut jenis aplikasi yang bakal anda bangunkan.

Kalau simpan guna link memang kadang2 menyusahkan sebab mana ler tau link tu lari ke terpadam ker atau imej dalam link tu hilang ker... kan. Manakala masalah utama dalam simpan imej tu dalam database pulak ialah saiz fail akan meningkat setiap kali kita tambah imej baru.... jadi tepuk dada tanya selera lah... hehehe :D

Edited by LanoX

Share this post


Link to post
Share on other sites

ya , buat aper simpat gambar yang bersaiz beso gedabak !!!, nak tengok pun susah... he he he.. :D

Wahh.. ko bercuti rope nyer... baguslah... bawak family bercuti sekali sekala... nie ko bawak family no.2 atau yang no.3.. ha ha ha.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

ya , buat aper simpat gambar yang bersaiz beso gedabak !!!, nak tengok pun susah... he he he.. :D

Wahh.. ko bercuti rope nyer... baguslah... bawak family bercuti sekali sekala... nie ko bawak family no.2 atau yang no.3.. ha ha ha.. :lol:

Ish2.. mana de family no.2 apatah lagi no.3... kang orang rumah aku baca nie nanti mau perang dunia ke-3... hahahaha.

So, bro TJ masih busy lagi ker.... tambah ler sikit tutorial kalau free nanti. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

perang dunia ke tiga ???.. yang pertama udah perang ker ... he heh e :lol:

camni la, aku pun sedang buat satu projek ringkas nie, apa macam kita buat sesama...

aku sedang buat satu program VB untuk auto backup dan shutdown.

Flownya camnie..

Program ini akan diletakkan di folder startup, so ia akan auto start bila masuk windows.

Program ini tidak boleh ditutup. Dia akan sentiasa ON. bermakna tak ada butang exit.

Dia akan memaparkan Jam, tarikh dan Hari.

Bila cukup masa yang telah ditetapkan (default) , program ini akan copy satu folder ke satu folder lain, dengan kata lain membuat salinan pendua (backup) fail fail tersebut.

Setelah itu, bila sampai ke satu lagi masa, ia akan shutdown kan komputer tersebut.

Secara ringkas nya :

Startup --> program RUN --> Cukup masa (11:00 pm) --> Copy semua fail dalam D:\folder A ke E:\Folder B (Backup)

|

|---> Cukup masa kedua --> Program akan shutdown kan komputer (12:00 AM)

yang aku dah buat sekarang ialah sampai ke peringkat shutdown.

arahan untuk copyfile itu masih ada error...

camner, boleh ker ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

boleh je xde masalah...sangat mudah. tapi better program tu jgn letak dkt folder startup sebab boleh di delete dgn mudah. better letak pada registry.

Share this post


Link to post
Share on other sites

he he.. betul tu... tapi ini untuk orang yang malas nak buat backup sendiri... dan aku cadang nak letakkan pada network server ajer... contoh UBS account server...

Share this post


Link to post
Share on other sites

he he.. betul tu... tapi ini untuk orang yang malas nak buat backup sendiri... dan aku cadang nak letakkan pada network server ajer... contoh UBS account server...

Apasal aku rasa program yang ko nak buat nie ada kaitan dengan kerja membackup fail2 kat ofis ko jer nih.. kekekeke.

Tapi okey gak macam nie, sebab ko nak automationkan komputer tu supaya takde gangguan manusia/ terlupa ker dsb. Cadangan nak letak kat registry pun okey gak cuma ada sikit bahaya lah.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apasal aku rasa program yang ko nak buat nie ada kaitan dengan kerja membackup fail2 kat ofis ko jer nih.. kekekeke.

Tapi okey gak macam nie, sebab ko nak automationkan komputer tu supaya takde gangguan manusia/ terlupa ker dsb. Cadangan nak letak kat registry pun okey gak cuma ada sikit bahaya lah.. :D

Tak salah lagi... he heh e :D

Yang tergerak aku nak buat program nie, baru2 nie UBS server ditimpa malang.... black-out, jadi abih semua database yang dia masukkan selama 3 bulan hilang, ape lagi... nangislah semua pompuan 2 akaun minta tolong aku carikan semula data... :P

Cari punya cari buat camner pun dah tak boleh nak diselamatkan... terpaksa aku restore balik fail backup yang 3 bulan sudah... nak taknak terpaksa la diorang keyin balik data data yang lalu... he he he... salah diaorang jugak, aku dah suruh buat backup sekurang2 nya 2 minggu sekali.. yg deme tahu layan friendster, dan YM itu lah padah nyer.. :angry:

Jadi untuk tidak berlaku sekali lagi, aku dah pun pasang satu UPS kat server tu..

dan aku buatkan satu backup sistem, yang akan membuat backup setiap hari megikut waktu yang telah ditetapkan..

so, code untuk shutdownnya lebih kurang cam nie...

Private Sub Timer1_Timer()
lblTime.Caption = Time
Dim MyAppID, ReturnValue

If lblTime.Caption = txtSDTime.Text Then

        MyAppID = Shell("Shutdown -s -t 01")
else
      
End if
End Sub[/code]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hmm.. menarik sekali. Terdapat 3 jenis perkara berkaitan yang seumpama dengannya yang boleh kita implementkan iaitu sama ada ShutDowm, Restart atau Log Off. Untuk VB.Net pula.... katakan kita buat satu butang dalam Form.

Kod untuk ShutDown seperti berikut.

System.Diagnostics.Process.Start("shutdown", "-s -t 00")
Perhatikan kod diatas.. jika kita hanya letak -s sahaja maka komputer akan tunggu selama 20 saat sebelum shutdown. Kod untuk Restart seperti berikut.
System.Diagnostics.Process.Start("shutdown", "-r -t 00")
Kod untuk Log Off seperti berikut.
System.Diagnostics.Process.Start("shutdown", "-l -t 00")

Edited by LanoX

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wow..menarik betul aturcara backup dan off ni..

Teruskan la.. Kalau dah siap aku nak program tu..

Running test...on vista...

Nie guna VB ke Bro TJ ?

Macam mana nak buat backup tu?

Coding dia cam mana ek?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...