Jump to content
TJ-Ariff

Kelab Pengaturcara@programming

Recommended Posts

MENGISYTIHARKAN PEMBOLEHUBAH

Kita perlu mengisytiharkan pembolehubah dengan menggunkan katakunci Dim.

Dim adalah singkatan kepada perkataan Dimension. Bentuk asas bagi Dim adalah seperti di bawah :

Dim pembolehubah As JenisData

Contohnya jika kita ingin mengisytiharkan bilangan pelajar, ianya seperti di bawah :

Dim bilpelajar As Integer

Contoh-contoh lain :

Dim nama As String
Dim beratgula As Double
Dim tarikh_hari_ini As Date
Dim flag As Boolean
Dim tinggi_bangunan As Single

Share this post


Link to post
Share on other sites

OPERATOR MATEMATIK

Untuk memudahkan kita memanipulasikan input dari pengguna dan menghasilkan output,

kita perlu menggunakan operator matematik.

Dalam VB, selain dari + dan - , terdapat simbol yang lain boleh digunakan.

Berikut adalah jenis-jenis operator dalam VB iaitu :

^ :Kuasa (Exponential).Contoh: 2 ^ 4 = 16

/ :Bahagi.Contoh: 10 / 2 = 5

* :Darab.Contoh: 5 * 5 = 25

Mod :Modulo (Memulangkan baki).Contoh: 10 Mod 4 = 2

\ :Bahagi Integer (buang titik perpuluhan).Contoh: 20 \ 6 = 3

+ atau & :Penyambung antara 2 String. Contoh: “VB†& “6.0†= “VB6.0â€

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dalam aturcara Mengira BMI ini kita akan melihat bagaimana mewujudkan sebuah aplikasi mudah

sambil mengaplikasikan konsep pembolehubah untuk memegang data.

Rujuk kembali form di atas yang telah kita buat.

Setelah selesai, klik 2 kali pada butang cmdBMI untuk membuka tetingkap aturcara.

10.jpg

Taipkan aturcara di bawah ini di dalam tetingkap autrcara. Seperti aturcara dibawah.

Nombor dihadapannya tidak perlu ditulis.

1. Private Sub cmdBMI_Click()
2.  'Anda perlu isytiharkan di sini 
3. Dim nama As String
4. Dim tinggi As String
5. Dim berat As Double
6. Dim BMI As Double
7. 'Selepas isytiharkan pembolehubah, baru kita mulakan operasi
8. nama = txtNama.text
9. tinggi = val(txtTinggi.text)
10. berat = val(txtBerat.text)
11. BMI = berat / ((tinggi / 100) ^ 2)
12. MsgBox "Hai " & nama & " . BMI anda ialah " & BMI
13. End Sub

Penerangan Aturcara Mengira BMI

Setiap peristiwa bagi objek seperti menekan butang perlu dirangkumi oleh Private Sub dan End Sub seperti baris 1 dan 13.

Baris 2 dan 7 yang dimulai dengan tanda koma di atas (') bermaksud komen.

Komen tidak memberi apa-apa kesan ke atas aturcara.

Komen biasanya digunakan untuk memberi penerangan kepada aturcara agar lebih

memudahkan kita untuk memahami tujuan aturcara tersebut.

Bagi baris 3 hingga 6 menunjukkan pengisytiharan pembolehubah.

Perhatikan nama kita isytiharkan sebagai String kerana ia adalah berbentuk

perkataan manakala tinggi, berat dan BMI diisytiharkan sebagai double kerana ia adalah sejenis nombor yang boleh dikira.

Kesemua pembolehubah ini jika tidak diisytiharkan akan menjadikan program error dan program tidak dapat dilarikan.

Melarikan Program

Untuk melarikan program selepas aturcara di atas ditulis, tekan butang F5 pada keyboard kita.

Paparan dibawah ini akan keluar dan masukkan input data yang kita mahu.

12.jpg

Kemudian klik pada butang Kira BMI.

Maka akan keluar ouput seperti di atas.

Edited by hairulfadly

Share this post


Link to post
Share on other sites

wahh hairul...mmg detailla hang xplain..aku terasa minat lak nk belajaq nie...baguihlaa hang tarik minat aku dan kengkawan...kalau camni hari2 kan best..tunjuk ajaq skt2..oqg paham..

Share this post


Link to post
Share on other sites

MENYIMPAN FORM, PROJEK & COMPILE BAGI ATURCARA MENGIRA BMI

Setelah selesai membuat antaramuka dan aturcara di atas maka kita akan menyimpankannya. (SAVE)

Dalam VB terdapat 2 cara untuk menyimpannya :

1. Menyimpan Form

2. Menyimpan Project

Disini saya akan menerangkan serba-sedikit cara menyimpannya.

1. Save Form1

Rujuk Rajah 13 di bawah:

13.jpg

Rajah 13

Rajah di atas menunjukkan cara menyimpan Form1.

Pergi ke Menu File > Save Form1 As... >

Kemudian akan keluar tetingkap di bawah. (Rajah 14)

14.jpg

Rajah 14

Savekan form tadi di lokasi yang anda suka. Buat satu folder VB dan savekan ia dalam tu.

Namakan ia sebagai Form1.frm

Klik OK.

2. Save Project

Rujuk Rajah 15 di bawah:

15.jpg

Rajah 15

Rajah di atas menunjukkan cara menyimpan Project kita.

Pergi ke Menu File > Save Project As... >

Kemudian akan keluar tetingkap di bawah. (Rajah 16)

16.jpg

Rajah 16

Save kan project tadi dalam folder VB tadi. Namakan ia Kira BMI.vbp

Klik OK.

Akan keluar satu tetingkap (Add this project to save source). Klik No.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Perhatikan ruangan Project (Rajah 17) di bawah ini.

17.jpg

(Rajah 17)

Nama fail kita sudah pun bertukar kepada project Kira BMI.vbp dan Form1

Ini bermakna project kita telah pun disimpan dalam komputer.

Menjadikan Program secara Standalone - Compile Program

Sekiranya aturcara yang kita runkan itu bebas daripada ralat (tiada ralat) maka kita boleh menjadikan program itu secara standalone.

Kita boleh terus melarikan program tersebut tanpa menggunakan perisian VB lagi.

Rujuk Rajah 18 di bawah ini.

18.jpg

Rajah 18

Kita akan mengompilkan program tersebut menjadi .EXE (Rujuk Rajah 19)

Pilih Menu > Make Kira BMI.exe >

19.jpg

Rajah 19

Tetingkap di atas akan keluar, maka savekan dalam folder VB tadi dan namakan ia Kira BMI.exe ..

Klik OK. Maka VB akan mengompilkan aturcara tersebut.

Okey. Sudah siap.Tutup perisian VB.

Buka folder VB tadi dan perhatikan apa yang ada di dalamnya. (Rajah 20)

20.jpg

Rajah 20

Baca penerangan dalam Rajah 20.

Sekiranya kita ingin melarikan program kita maka double klik pada Kira BMI.exe dan program tersebut

akan dilarikan. Masukkan data seperti Rajah 21 di bawah ini.

21.jpg

Rajah 21

Maka, program Kira BMI kita telah pun siap :)

Sampai disini sahaja penerangan saya untuk kali ini.

Dibuka untuk perbincangan dan diharapkan ahli lain dapat mencurahkan ilmu yang ada dalam kelab ini.

Teruskan dengan program dan bahasa pengaturcaraan yang lain.

Kalau ada silap dan salah dalam penerangan di atas. Harap dimaafkan. :)

Wasalam.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Alhamdulillah....

Bagus Hairul...

Penerangan yang cantik dan kemas...

Harap kepada ahli2 yang lain, dapat mengikuti tutorial tersebut dengan baik.

Kita nantikan tutorial kedua pula dari Master LanoG ... :blush:

Sila kan..

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehehe best2...aku tgh practice nie...rupa2nya mmg mudah kalau diajaq camniekan TJ,aku igtkan susah...tp kalau penerangan camni mmg berbaloilaa daripada belajaq kat luaq tu kena bayaq mahai2...kat sini dpt ilmu free...pahala pun free..hehehe lagi berkat nie...aku pun nk belajaq nk edit2 dan tambah2 program nie...mana tau blh jadi sistem yg complex ke nanti ngeeheh

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kita nantikan tutorial kedua pula dari Master LanoG ... :blush:

Sila kan..

Aku tak dapat buat tutorial ler TJ... kena gi outstation seminggu. Takde kosentrasi nak buat...huhuhu.. :unsure: Apa kata ko buatkan dulu... :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

he he.. tak per... :rolleyes: buat sementara nie kita buka kepada mana2 ahli untuk pertanyaan... atau apa2 cadangan bagi mengemaskan lagi Kelab ini...

saya pun agak sibuk dalam menyiapkan beberapa projek nie...

Kepada sesiapa yang ingin memulakan pelajaran baru silakanlah... :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

FUNGSI FORMAT

Perhatikan output program aturcara Kira BMI dulu. Jawapan bagi BMI anda mungkin mempunyai banyak tempat perpuluhan.

Walaupun jawapannya tepat tetapi kadangkala kita mahukan output yang paling ringkas.

Bagi nombor, mungkin kita mahu kecilkan kepada 1 atau 2 tempat perpuluhan sahaja.

Di sinilah, kita akan menggunakan FormatNumber.

Fungsi FormatNumber akan memulangkan nombor kita dalam format nombor yang kita mahukan (contohnya untuk setkan tempat perpuluhan).

Sintaks bagi FormatNumber adalah :

FormatNumber (n,r)

n = nilai dalam bentuk nombor

r = bilangan tempat perpuluhan yang kita hendak paparkan

Contoh :

Fungsi

FormatNumber (12345.628 , 1) . Nilai : 12,345.6

FormatNumber (12345.628 , 2) . Nilai : 12,345.62

Share this post


Link to post
Share on other sites

Takper ler.. biar hairul teruskn tutorial dia nie... tambah lagi ler features yang baru dalam program nie... :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

heheheh aturcara yg dia bagi tu dh hbs ka masih ada lagi??macam dah ending jerk??aku pun tk hbs2 buat lagi tu...byk keja lak nk siapkn yg len2...tkpa apa2pun aku still buat gak..hehehe mana tau blh buat menda lain lak lps nie nehhheheh

Share this post


Link to post
Share on other sites

hairul takder, mungkin orang lain boleh sambung, ajar la plak camana nak simpan data2 tu dalam database, nak connect ngan ms access..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Selain dari Fungsi FormatNumber, terdapat juga fungsi-fungsi lain yang penting bagi menukarkan paparan data sesuai dengan kehendak sistem. Fungsi-fungsi tersebut adalah seperti di bawah:

1. FormatCurrency – memulangkan nombor dengan tanda $ dan sen.

2. FormatPercent – memulangkan nombor tanda % dengan tempat perpuluhan yang dikehendaki.

3. FormatDateTime – memulangkan nombor dengan format tarikh yang dikehendaki.

Contoh-contoh fungsi tersebut adalah seperti dibawah :

FormatCurrency(12345.628). Nilai $12,345.63

FormatPercent(.75). Nilai 75%

FormatDateTime(“6/5/07â€). Nilai 6/5/2007

Fungsi-fungsi format amat penting kepada kita untuk memaparkan data mengikut kehendak sistem dengan lebih mudah.

Oleh yang demikian, kita sebagai pengaturcara tidak lagi bersusah payah untuk mensetkan tanda $ untuk wang,

tanda % untuk peratusan atau / untuk tarikh secara manual kerana VB telah menyediakan fungsi-fungsi tersebut di dalam pustakanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cuba buat antaramuka di bawah ini. Sistem Jualan CD.

Jual_cd.jpg

Kemudian hasilkan aturcaranya. Properties, name dan caption ikut seperti rajah di atas.

Sistem yang akan dibina ini melibatkan penggunaan fungsi-fungsi format.

Carta alir sistem ini adalah sistem ini menerima 3 input dari penguna iaitu :

1.Kuantiti CD yang dibeli,

2.Tajuk CD

3.Harga sekeping CD.

Sistem akan memaparkan harga keseluruhan yang perlu dibayar, nilai diskaun serta harga selepas ditolak diskaun.

Selamat mencuba. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Penyelesaian bagi aplikasi di atas (Sistem Jualan CD).

Klik 2 kali pada butang cmdKira dan masukkan aturcara berikut.

Aturcara 2.4

--------------------------------------------------------------------

1. Private Sub cmdKira_Click()

2. Dim Kuantiti As Integer

3. Dim Harga As Currency

4. Dim HargaAsal As Currency

5. Dim Diskaun As Double

6. Dim HargaSelepasDiskaun As Currency

7. Const kadarDiskaun As Currency = 0.2-

8.'tukarkan input string dari kotak teks kepada nilai numerik

9.Kuantiti = Val(txtHarga.Text)

10.Harga = Val(txtHarga.Text)

11.'kira nilai

12.HargaAsal = Kuantiti * Harga

13.Diskaun = HargaAsal * kadarDiskaun

14.HargaSelepasDiskaun = HargaAsal - Diskaun

15.' Paparkan semua nilai

16.lblAsal.Caption = FormatCurrency(HargaAsal)

17.lblDiskaun.Caption = FormatNumber(Diskaun, 2)

18.lblHargaDiskaun.Caption = FormatCurrency(HargaSelepasDiskaun)

19.End Sub

----------------------------------------------------------------------------

Klik pada 2 kali pada butang cmdKeluar dan masukkan aturcara di bawah :

Aturcara 2.5

1.Private Sub cmdKeluar_Click()

2.'tamatkan aplikasi

3.End

4.End Sub

-------------------------------------------------------------------------

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...