hairulfadly 27 Report post Posted November 28, 2007 MENGISYTIHARKAN PEMBOLEHUBAHKita perlu mengisytiharkan pembolehubah dengan menggunkan katakunci Dim. Dim adalah singkatan kepada perkataan Dimension. Bentuk asas bagi Dim adalah seperti di bawah :Dim pembolehubah As JenisDataContohnya jika kita ingin mengisytiharkan bilangan pelajar, ianya seperti di bawah :Dim bilpelajar As IntegerContoh-contoh lain :Dim nama As String Dim beratgula As Double Dim tarikh_hari_ini As Date Dim flag As Boolean Dim tinggi_bangunan As Single Quote Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted November 28, 2007 OPERATOR MATEMATIKUntuk memudahkan kita memanipulasikan input dari pengguna dan menghasilkan output, kita perlu menggunakan operator matematik. Dalam VB, selain dari + dan - , terdapat simbol yang lain boleh digunakan. Berikut adalah jenis-jenis operator dalam VB iaitu :^ :Kuasa (Exponential).Contoh: 2 ^ 4 = 16/ :Bahagi.Contoh: 10 / 2 = 5* :Darab.Contoh: 5 * 5 = 25Mod :Modulo (Memulangkan baki).Contoh: 10 Mod 4 = 2\ :Bahagi Integer (buang titik perpuluhan).Contoh: 20 \ 6 = 3+ atau & :Penyambung antara 2 String. Contoh: “VB†& “6.0†= “VB6.0†Quote Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted November 28, 2007 (edited) Dalam aturcara Mengira BMI ini kita akan melihat bagaimana mewujudkan sebuah aplikasi mudah sambil mengaplikasikan konsep pembolehubah untuk memegang data.Rujuk kembali form di atas yang telah kita buat.Setelah selesai, klik 2 kali pada butang cmdBMI untuk membuka tetingkap aturcara.Taipkan aturcara di bawah ini di dalam tetingkap autrcara. Seperti aturcara dibawah. Nombor dihadapannya tidak perlu ditulis.1. Private Sub cmdBMI_Click() 2. 'Anda perlu isytiharkan di sini 3. Dim nama As String 4. Dim tinggi As String 5. Dim berat As Double 6. Dim BMI As Double 7. 'Selepas isytiharkan pembolehubah, baru kita mulakan operasi 8. nama = txtNama.text 9. tinggi = val(txtTinggi.text) 10. berat = val(txtBerat.text) 11. BMI = berat / ((tinggi / 100) ^ 2) 12. MsgBox "Hai " & nama & " . BMI anda ialah " & BMI 13. End SubPenerangan Aturcara Mengira BMISetiap peristiwa bagi objek seperti menekan butang perlu dirangkumi oleh Private Sub dan End Sub seperti baris 1 dan 13.Baris 2 dan 7 yang dimulai dengan tanda koma di atas (') bermaksud komen. Komen tidak memberi apa-apa kesan ke atas aturcara. Komen biasanya digunakan untuk memberi penerangan kepada aturcara agar lebih memudahkan kita untuk memahami tujuan aturcara tersebut.Bagi baris 3 hingga 6 menunjukkan pengisytiharan pembolehubah. Perhatikan nama kita isytiharkan sebagai String kerana ia adalah berbentuk perkataan manakala tinggi, berat dan BMI diisytiharkan sebagai double kerana ia adalah sejenis nombor yang boleh dikira. Kesemua pembolehubah ini jika tidak diisytiharkan akan menjadikan program error dan program tidak dapat dilarikan.Melarikan ProgramUntuk melarikan program selepas aturcara di atas ditulis, tekan butang F5 pada keyboard kita.Paparan dibawah ini akan keluar dan masukkan input data yang kita mahu.Kemudian klik pada butang Kira BMI.Maka akan keluar ouput seperti di atas. Edited November 28, 2007 by hairulfadly Quote Share this post Link to post Share on other sites
PyRo 0 Report post Posted November 29, 2007 mmg best...baru paham..waa dah blh jadi guru nie...heheeh alhamdulillah camnie insyaallah yg tk tau blh jadi tau heheh Quote Share this post Link to post Share on other sites
PyRo 0 Report post Posted November 29, 2007 wahh hairul...mmg detailla hang xplain..aku terasa minat lak nk belajaq nie...baguihlaa hang tarik minat aku dan kengkawan...kalau camni hari2 kan best..tunjuk ajaq skt2..oqg paham.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted November 30, 2007 jangan tak tahu... hairul tu bakal pensyarah... (Aminn...) Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted November 30, 2007 Errkk... camner hairul boleh tahu berat dengan tinggi aku plak nie... Quote Share this post Link to post Share on other sites
abang boss 0 Report post Posted November 30, 2007 hei hei..nk join gak..nk join gak..mcm besz je.. tp aku x reti sgt programming ni..x pe ke? Quote Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted November 30, 2007 MENYIMPAN FORM, PROJEK & COMPILE BAGI ATURCARA MENGIRA BMISetelah selesai membuat antaramuka dan aturcara di atas maka kita akan menyimpankannya. (SAVE)Dalam VB terdapat 2 cara untuk menyimpannya :1. Menyimpan Form2. Menyimpan ProjectDisini saya akan menerangkan serba-sedikit cara menyimpannya.1. Save Form1Rujuk Rajah 13 di bawah:Rajah 13Rajah di atas menunjukkan cara menyimpan Form1.Pergi ke Menu File > Save Form1 As... > Kemudian akan keluar tetingkap di bawah. (Rajah 14)Rajah 14Savekan form tadi di lokasi yang anda suka. Buat satu folder VB dan savekan ia dalam tu.Namakan ia sebagai Form1.frmKlik OK.2. Save ProjectRujuk Rajah 15 di bawah:Rajah 15Rajah di atas menunjukkan cara menyimpan Project kita.Pergi ke Menu File > Save Project As... > Kemudian akan keluar tetingkap di bawah. (Rajah 16)Rajah 16Save kan project tadi dalam folder VB tadi. Namakan ia Kira BMI.vbpKlik OK.Akan keluar satu tetingkap (Add this project to save source). Klik No. Quote Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted November 30, 2007 Perhatikan ruangan Project (Rajah 17) di bawah ini.(Rajah 17)Nama fail kita sudah pun bertukar kepada project Kira BMI.vbp dan Form1Ini bermakna project kita telah pun disimpan dalam komputer.Menjadikan Program secara Standalone - Compile ProgramSekiranya aturcara yang kita runkan itu bebas daripada ralat (tiada ralat) maka kita boleh menjadikan program itu secara standalone.Kita boleh terus melarikan program tersebut tanpa menggunakan perisian VB lagi.Rujuk Rajah 18 di bawah ini.Rajah 18Kita akan mengompilkan program tersebut menjadi .EXE (Rujuk Rajah 19)Pilih Menu > Make Kira BMI.exe >Rajah 19Tetingkap di atas akan keluar, maka savekan dalam folder VB tadi dan namakan ia Kira BMI.exe ..Klik OK. Maka VB akan mengompilkan aturcara tersebut.Okey. Sudah siap.Tutup perisian VB.Buka folder VB tadi dan perhatikan apa yang ada di dalamnya. (Rajah 20)Rajah 20Baca penerangan dalam Rajah 20.Sekiranya kita ingin melarikan program kita maka double klik pada Kira BMI.exe dan program tersebut akan dilarikan. Masukkan data seperti Rajah 21 di bawah ini.Rajah 21Maka, program Kira BMI kita telah pun siap Sampai disini sahaja penerangan saya untuk kali ini.Dibuka untuk perbincangan dan diharapkan ahli lain dapat mencurahkan ilmu yang ada dalam kelab ini.Teruskan dengan program dan bahasa pengaturcaraan yang lain.Kalau ada silap dan salah dalam penerangan di atas. Harap dimaafkan. Wasalam. Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted November 30, 2007 Alhamdulillah....Bagus Hairul...Penerangan yang cantik dan kemas...Harap kepada ahli2 yang lain, dapat mengikuti tutorial tersebut dengan baik.Kita nantikan tutorial kedua pula dari Master LanoG ... Sila kan.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
PyRo 0 Report post Posted November 30, 2007 hehehe best2...aku tgh practice nie...rupa2nya mmg mudah kalau diajaq camniekan TJ,aku igtkan susah...tp kalau penerangan camni mmg berbaloilaa daripada belajaq kat luaq tu kena bayaq mahai2...kat sini dpt ilmu free...pahala pun free..hehehe lagi berkat nie...aku pun nk belajaq nk edit2 dan tambah2 program nie...mana tau blh jadi sistem yg complex ke nanti ngeeheh Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted November 30, 2007 Kita nantikan tutorial kedua pula dari Master LanoG ... Sila kan..Aku tak dapat buat tutorial ler TJ... kena gi outstation seminggu. Takde kosentrasi nak buat...huhuhu.. Apa kata ko buatkan dulu... Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted December 5, 2007 he he.. tak per... buat sementara nie kita buka kepada mana2 ahli untuk pertanyaan... atau apa2 cadangan bagi mengemaskan lagi Kelab ini...saya pun agak sibuk dalam menyiapkan beberapa projek nie...Kepada sesiapa yang ingin memulakan pelajaran baru silakanlah... Quote Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted December 5, 2007 FUNGSI FORMATPerhatikan output program aturcara Kira BMI dulu. Jawapan bagi BMI anda mungkin mempunyai banyak tempat perpuluhan. Walaupun jawapannya tepat tetapi kadangkala kita mahukan output yang paling ringkas. Bagi nombor, mungkin kita mahu kecilkan kepada 1 atau 2 tempat perpuluhan sahaja. Di sinilah, kita akan menggunakan FormatNumber. Fungsi FormatNumber akan memulangkan nombor kita dalam format nombor yang kita mahukan (contohnya untuk setkan tempat perpuluhan).Sintaks bagi FormatNumber adalah :FormatNumber (n,r)n = nilai dalam bentuk nomborr = bilangan tempat perpuluhan yang kita hendak paparkanContoh : Fungsi FormatNumber (12345.628 , 1) . Nilai : 12,345.6FormatNumber (12345.628 , 2) . Nilai : 12,345.62 Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted December 6, 2007 Takper ler.. biar hairul teruskn tutorial dia nie... tambah lagi ler features yang baru dalam program nie... Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted December 7, 2007 bagus.. bagus.. teruskan hairul.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
PyRo 0 Report post Posted December 8, 2007 heheheh aturcara yg dia bagi tu dh hbs ka masih ada lagi??macam dah ending jerk??aku pun tk hbs2 buat lagi tu...byk keja lak nk siapkn yg len2...tkpa apa2pun aku still buat gak..hehehe mana tau blh buat menda lain lak lps nie nehhheheh Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted December 11, 2007 Ok Hairul... boleh sambung lagi... teruskan.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted December 12, 2007 Mana si hairul nie... tak kan bercuti kut.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
aduka kias utama 0 Report post Posted December 12, 2007 seronok lak ble explore VB nih..cikgu hairul.. hmm sambung ah lagih.. tak sabo dah nih nak tmbah lagi ilmu..p/s: skrg nak blaja psl database ngan modul plak.. hihihi Quote Share this post Link to post Share on other sites
dukun 0 Report post Posted December 13, 2007 hairul takder, mungkin orang lain boleh sambung, ajar la plak camana nak simpan data2 tu dalam database, nak connect ngan ms access.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted December 13, 2007 Selain dari Fungsi FormatNumber, terdapat juga fungsi-fungsi lain yang penting bagi menukarkan paparan data sesuai dengan kehendak sistem. Fungsi-fungsi tersebut adalah seperti di bawah:1. FormatCurrency – memulangkan nombor dengan tanda $ dan sen.2. FormatPercent – memulangkan nombor tanda % dengan tempat perpuluhan yang dikehendaki.3. FormatDateTime – memulangkan nombor dengan format tarikh yang dikehendaki.Contoh-contoh fungsi tersebut adalah seperti dibawah :FormatCurrency(12345.628). Nilai $12,345.63FormatPercent(.75). Nilai 75%FormatDateTime(“6/5/07â€). Nilai 6/5/2007Fungsi-fungsi format amat penting kepada kita untuk memaparkan data mengikut kehendak sistem dengan lebih mudah.Oleh yang demikian, kita sebagai pengaturcara tidak lagi bersusah payah untuk mensetkan tanda $ untuk wang, tanda % untuk peratusan atau / untuk tarikh secara manual kerana VB telah menyediakan fungsi-fungsi tersebut di dalam pustakanya. Quote Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted December 13, 2007 Cuba buat antaramuka di bawah ini. Sistem Jualan CD.Kemudian hasilkan aturcaranya. Properties, name dan caption ikut seperti rajah di atas.Sistem yang akan dibina ini melibatkan penggunaan fungsi-fungsi format. Carta alir sistem ini adalah sistem ini menerima 3 input dari penguna iaitu :1.Kuantiti CD yang dibeli, 2.Tajuk CD3.Harga sekeping CD.Sistem akan memaparkan harga keseluruhan yang perlu dibayar, nilai diskaun serta harga selepas ditolak diskaun.Selamat mencuba. Quote Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted December 13, 2007 Penyelesaian bagi aplikasi di atas (Sistem Jualan CD).Klik 2 kali pada butang cmdKira dan masukkan aturcara berikut.Aturcara 2.4--------------------------------------------------------------------1. Private Sub cmdKira_Click()2. Dim Kuantiti As Integer3. Dim Harga As Currency4. Dim HargaAsal As Currency5. Dim Diskaun As Double6. Dim HargaSelepasDiskaun As Currency7. Const kadarDiskaun As Currency = 0.2-8.'tukarkan input string dari kotak teks kepada nilai numerik9.Kuantiti = Val(txtHarga.Text)10.Harga = Val(txtHarga.Text)11.'kira nilai12.HargaAsal = Kuantiti * Harga13.Diskaun = HargaAsal * kadarDiskaun14.HargaSelepasDiskaun = HargaAsal - Diskaun15.' Paparkan semua nilai16.lblAsal.Caption = FormatCurrency(HargaAsal)17.lblDiskaun.Caption = FormatNumber(Diskaun, 2)18.lblHargaDiskaun.Caption = FormatCurrency(HargaSelepasDiskaun)19.End Sub----------------------------------------------------------------------------Klik pada 2 kali pada butang cmdKeluar dan masukkan aturcara di bawah :Aturcara 2.51.Private Sub cmdKeluar_Click()2.'tamatkan aplikasi3.End4.End Sub------------------------------------------------------------------------- Quote Share this post Link to post Share on other sites