Jump to content
eeya_hunny

Guruku Sayang....

Recommended Posts

skang ni banyak tul kes2 guru dera @rotan pelajar masuk tv, surat kabar, etc. tadi sy ader jawab poll kat utusan.

Insiden guru menghukum atau mendenda pelajar-pelajar sekolah kerana kesalahan kian mendapat publisiti meluas media. Bagaimanapun, ada yang berpendapat, terdapat hukuman atau denda yang bersifat mendera atau menganiaya murid-murid.

Bagi saya:

Guru wajar diberi kebebasan menghukum.

Hanya guru besar diberi hak menghukum.

Sokong kementerian tetap garis panduan.

Wujudkan tribunal guru dan wakil ibu bapa.

Pelajar zaman sekarang terlalu dimanjakan.

sy dah jawab and jawapan sy "Pelajar zaman sekarang terlalu dimanjakan"

bila sy tgk result dia.. jawapan sy tu leading.

pada pendapat saya la.. pelajar skang ni jadi camni sebab ibubapa.. ibubapa yg terlalu percayakan anak2. tak nak kaji naper anak kena rotan. tak dinafikan ader hukuman yang agak keterlaluan, tapi rasanyer tu kes terpencil. teringat masa dulu2, bila ngadu kat mama pasal kena denda ke, rotan ke, mesti sy kena balik. saper suruh degil, taknak dengar cakap cikgu.. parents siap cakap kat cikgu lagi, kalo anak sy nakal, cikgu ajar la dia. rotan la dia. camana cikgu didik anak2 cikgu... n hasilnya sampai skang sy still baik lagi ngan cikgu yang penah rotan sy satu masa dulu...

ni cuma pandangan dan pendapat. setiap orang ader pandangan yang berbeza.. aper kata kita share kat sini...

only my 2cents.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Guru ibarat lilin yang membakar diri.

Guru yang menghukum seseorang pelajar tu mesti ade sebab.

Bukan menghukum saja suka-suka.

Sebabnya pelajar malas, ponteng sekolah, hisap rokok dalam tandas, tak buat kerja sekolah dan sebagainya.

Pelajar sekarang memang pun lembik. Pukul sikit oleh cikgu nak mengadu kat ibu bapa.

Ibubapa buat laporan.

Kalau dulu memang ibubapa akan menyerah sepenuhnya anak-anak mereka kepada guru.

Buatla ape saje kepada anak-anak mereka. Nak rotan ke, nak marah ke, janji jangan mati sudah anak tu.

Dah la pelajar sekarang pemalas. Bagi kerja sekolah sikit pun tak siap.

Periksa nak dekat. Boleh main-main lagi tu..

Geram jugak aku bebudak sekolah yang degil dan tak dengar nasihat ni...

Main basikal malam-malam buta, lepak sana-sini ..

Dah tegur secara baik, tak jalan juga .. kan aku tempeleng kang, anak orang pulak .. huhu.

Ntahla beginilah nasib seorang guru ..

Nak mendidik anak tu jadi pelajar tu cemerlang dari sahsiah dan akademik ...

Kalau kena ibubapa yang terlalu manjakan anak dia .. huhu.. pukul dan marah sikit anak dia..

Mengamuk datang sekolah ..

Maki-hamun balik guru yang pukul anak mereka ...

Kalau bagus sangat mak bapak korang yang nak ajar anak tu ...

Meh la datang sekolah tengok macam mana perangai anak korang kat sekolah ..

Huh .. kalau anak korang nak menyusahkan guru dan pihak sekolah ..jangan datang ke sekolah,

baik duduk rumah je ..huh ..

Tapi aku tetap respek guru yang merotan aku dulu sehingga aku dapat lancar baca sifir dari 2 hingga 9 ..

Terima kasih guruku ..

Share this post


Link to post
Share on other sites

betul tu. sy sokong sesangat. kalo cikgu tu marah sket, leh derang ugut cikgu plak.. "jaga la cikgu.."..

cikgu2 ni la susah payah nak ajar kita dari taktau aper2 sampaila terror wat programing.. tapi bila cikgu rotan sket, mula la ngadu sana sini, tak pikir agaknyer anak dia tu yang cam devil kat sekolah tu...

kekadang rasanyer sebab ni la makin ramai cikgu yang dah taknak jadi cikgu, makin ramai pelajar ipt taknak pilih kerjaya guru, dan makin ramai cikgu masuk kelas sekadar utk ajar jer.. dah malas nak amik tau dah pasal murid2 dia. lantak derang ar taknak datang kelas ke, nak ponteng ke, taknak wat keje sekolah ke... janji aku dapat gaji sudah... sebab aper sume ni terjadi.... sebab kalo derang care.. derang hukum bila dak2 tu wat slah, dia gak yang dapat nama buruk...

pelik tul sy ngan mak bapak zaman skang ni..

harap2 ader la cikgu2 kat dalam putera ni.. nak sangat dengar luahan hati derang... asyik kena blame je....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bila ada mesyuarat PIBG, ibubapa yang datang berape kerat je.

Nak bincang mendenye kalau yang datang boleh bilang jari kaki.

Nak juga Guru bincang masalah perihal anak didik mereka kepada ibubapa.

Masalah disiplin, masalah belajar, masalah ponteng.. tu tak masuk lagi masalah buli ..

Dah terjadi kes buang atau gantung sekolah, barulah terhegeh-hegeh ibubapa nak datang ke sekolah buat rayuan.

Buat rayuan untuk anak mereka dapat kembali masuk ke sekolah.

Sekolah tempat belajar. Bukan tempat untuk bermain.

Ingat tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Guru ibarat lilin yang membakar diri.

Aku paling tak bersetuju nganpepatah camni..guru tu kejer senang gaji senang..duit masuk masa cuti sekolah..lilin konon..

Tapi walaumacamanapun aku tetap hormat guru-guru yang beretika sahaja..kalau kes guru merotan pelajar tu adalah lumrah dizaman aku sekolah....kerana tindakan camtulah aku jadik makin berguna dari hari ke sehari....

Aku memang respect kat cigu sekoalah aku dulu...aku kene tangkap pasal isap rokok kat sekolah..(dalam sekolah)...Pengetua tangkap sajer jer dia bagi aku pelempang jepon..berbekas pipi woiii..

aku marah pada cigu pengetua tu..because kitorang memang geng selama ni kat sekolah..tapi kerana prinsip dan etika keguruan aku kena penangan..

Balik rumah aku diam jer...mak aku desak aku ..tuduh aku gaduh..last sekali aku cakap cigu tampar..mak aku ketawa...dia cakap "padan muka ko kan dah kene tampar"...korang nampak kan situasi yang tersirat..

Ibubapa dulu memang paham....tak macam ibubapa sekarang ni..

Kalau kes kat sabah tu...baik tak payah kasik sekolah kat bebedak tu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku paling tak bersetuju nganpepatah camni..guru tu kejer senang gaji senang..duit masuk masa cuti sekolah..lilin konon..

Tapi walaumacamanapun aku tetap hormat guru-guru yang beretika sahaja..kalau kes guru merotan pelajar tu adalah lumrah dizaman aku sekolah....kerana tindakan camtulah aku jadik makin berguna dari hari ke sehari....

Aku memang respect kat cigu sekoalah aku dulu...aku kene tangkap pasal isap rokok kat sekolah..(dalam sekolah)...Pengetua tangkap sajer jer dia bagi aku pelempang jepon..berbekas pipi woiii..

aku marah pada cigu pengetua tu..because kitorang memang geng selama ni kat sekolah..tapi kerana prinsip dan etika keguruan aku kena penangan..

Balik rumah aku diam jer...mak aku desak aku ..tuduh aku gaduh..last sekali aku cakap cigu tampar..mak aku ketawa...dia cakap "padan muka ko kan dah kene tampar"...korang nampak kan situasi yang tersirat..

Ibubapa dulu memang paham....tak macam ibubapa sekarang ni..

Kalau kes kat sabah tu...baik tak payah kasik sekolah kat bebedak tu..

betul2...bebudak skang ni lemak,lembik...mak bapak derang pon cpt sgt melatah...anak xleh sentuh sket....mak ako dulu kalo ako kena pukul ngan cikgu ddia gelakkan jer,bapak ako plak ako xbrani nk gitau....kompom kena marah lagi kalo ako gitau,masa amik penyata siap bagi lesen kat cikgu2 kasi rotan kalo ako degil2...lagipon mak mapak dulu2 termasuk mak bapak ako,skolah x tinggi,derang ni cuma harapkan cikgu2 je la nk ajar anak2 derang,tuh yg derang respek & bagi sepenuh keprcayaan pada cikgu2 ni utk didik anak2 derang.

Edited by DragoN

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum,

ehem.. nie post 1st aku sejak 3 tahun menyepi...

erk, bukan sebab 'terluka' kat sini...

tapi ntah ar...

sebab mase kowt..

berbalik pada topik,

Zaman skang ngan dulu mmg banyak yang berbeza,

Cikgu.. Murid... Ibubapa... Dan mungkin juga media.

Cikgu skang (pada pendapat aku ar, No Offense)

Lebih kurang(atau rata-ratanya) main tangkap muat jerk,

Dari pengamatan aku ar, Cikgu skang x setegas dulu,

Pengalaman pun lebih kurang,

Dan ramai yang nak jadi cikgu sebab cuti banyak, senang jerk dan masa kerja yg singkat...

Well tuh fikiran org ramai, yang anggap kerja cikgu tuh mudah...

Aku bukan seorang cikgu tapi aku tahu betapa payah nya jadi cikgu,

(family aku ramai yg jadi cikgu, dan kawan-2 aku pun cikgu)

Murid-murid skang mmg terlebih manja,

tapi x leh salahkan dorang sepenuhnya...

Dan aku mmg sarankan agar cikgu diberi kuasa sepenuh bila diskolah...

dah mmg kerja dorang ntok mengajor~!!

Kalo x leh bincang elok-2, ajor ar ngan rotan, agar tegak berdiri...

Dan Ibubapa, fikiran kolot mereka(mungkin time skolah dulu teruk kena blasah sampai jadi bingai)

Terus menerus memanjakan anak meraka...

apekehal???

Media... kalo dulu kes blasah budak sebab degil sgt x masuk berita pun...

susah la nak cari berita cam nie kat akbar dulu...

Tapi skang??? cubit plajar pun leh jadi topik hangat kat MANA-MANA pun....

Dan kita...

pikir dulu, not us to judge.... we only can see and hear, itu cara hidup kat malaysia(realy?)

Ok, No Offense, maafkan sy kalo tersinggung apabila membacanya....

It's only opinion, ape pandangan anda pula???

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku tak ada masalah dengan cikgu2 yang tegas. Aku suka.

aku ada pengalaman di mana seluruh budak batch aku yang duduk asrama [dalam 40 -50 org] kena rendam dalam kolam ikan sekolah sebab 7 - 8 orang yang buat salah. yang salah lagi pulak...kena rendam dalam longkang kantin. Yang ni semua memang melampau.

Aku tak ada masalah dengan cikgu yang rotan pelajar bersebab. Aku takde masalah dengan student yang kena denda lari keliling padang sekolah 8 kali, 10 kali. asalkan bersebab munasabah DAN hukuman bersesuaian.

Yang keluar surat khabar semua ni adalah contoh2 cikgu2 yang melampau. aku tak setuju sebab semua jenis hukuman berbentuk...tidak mendidik, tidak profesional dan "taking matters into their own hands" [sori, tak dapat nak translate ke BM plak ayat tu. huhu].

Apa yang persatuan cikgu2 ni kene buat ialah, membuat garis panduan tentang apa jenis kesalahan yang biasa dilakukan pelajar, dan dengan persetujuan kementerian dan ibu bapa, apa hukuman yang boleh dilaksanakan. Rancang macam nak tadbir jenayah negeri. sekolah tempat mendidik supaya bila student keluar, tak jadi penjenayah peringkat daerah, negeri atau negara pulak.

Kalau setiap kali student buat salah nak panggil ibu bapa, muak jugak mak bapak nak layan. mestilah sebab anak sentiasa baik depan mata. tak pun dah malas, jenuh nak ajar anak sendiri, suruh orang pulak.

Setiap murid, setiap generasi ada masalah sendiri. Dalam bentuk2 yang berbeza atau sama, masalah tetap datang. Guru2 pun patut lebih peka dengan masalah2 ni. Jangan ingat orang suma suka - suka nak hentam guru. Yang dalam tangan tu anak orang. Jangan jadi guru kalau tak nak pikul tanggung jawab seberat ni. Gaji nak naik, tapi kerja nak senang. Buat kerja pun macam lepas batuk kat tangga. kalau batuk, jangan berhenti kat tangga je....turun pergi klinik terus. carik ubat atau pun sekurang kurangnya cara nak cegah sebelum melarat. Ini, tidak....aku rasa nak cerita pasal "melepaskan batuk di tangga" pun main terus ajar maksud je, "buat kerja sia2"...tak nampak apa hubungan antara dua ayat tu. tu secara akademiknya.

memang dah budaya [baca: perangai buruk] kita, kerbau sekor masuk lumpur, habis satu kampung terpalit. tapi tak payah lah nak melatah setiap kali, nak terkejut setiap kali. poyo je nak backing2 tindakan yang dah jelas melampau ni.

kalau cikgu2 pun kebudak budakan macam ni, memang patut la kena buli dengan student.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe sinful,

aku suke didenda cikgu...

wat aku dihargai,

Alahai, Guruku sayang :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe sinful,

aku suke didenda cikgu...

wat aku dihargai,

Alahai, Guruku sayang :P

Cikgu yang sepatutnya dihargai.

Maka patutkah kita yang denda cikgu? :wub:

-Anak murid terbaik

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cikgu yang sepatutnya dihargai.

Maka patutkah kita yang denda cikgu? :wub:

-Anak murid terbaik

Cara memberi penghargaan pada guru...

-Buat yang terbaik time exam,

-Dengar kata time dier minta sesuatu,

-Time kelas dier jgn main-2, dan tumpukan perhatian....

Tapi yerk, kat skolah ngan luar skolah cikgu boleh jadi orang yang berlainan yerk??

Share this post


Link to post
Share on other sites

akhir2 ni kita banyak dgr, baca n lihat berita tentang guru mendenda murid, rotan murid. ada yg kata tindakan guru dah melampau, mendera n mcm2 lg..

aku terasa sedih betul bila baca komen2 n tulisan2 org ramai yg kebanyakannya hanya menyalahkan guru apabila berlaku kejadian mcm ni. ada tulisan yg mencadangkan supaya guru yg merotan\mendenda murid di buang kerja, masuk maktab balik, didenda dgn denda yg sama dikenakan pd murid...seolah2 guru ni tiada kredibiliti, maruah..adakah org yg menulis ulasan2 ini memahami tugas2 dan suasana dalam sekolah?

aku sebagai guru, bila membaca tulisan2 dlm ruangan forum di akhbar2 dalam negara rasa kecewa n tertanya2 dlm hati adakah masyarakat terutamanya ibu bapa pd zaman sekarang masih mempunyai rasa hormat pada guru?

percayalah semua ahli PUTERA, seorang guru tidak akan melakukan suatu tindakan tanpa sebab, tidak akan mendenda tanpa sebab, tidak akan merotan tanpa sebab.

contohnya dlm kes yg berlaku di Sibu tu, seorang warden mendenda 200 org murid berendam dlm kolam kerana tindakan pelajar yg tidak mematuhi arahan supaya jgn membuang tuala wanita dlm lubang tandas. tapi pelajar2 tersebut tidak mematuhi arahan bukan sekali tapi dah berkali2. tugas warden ni bukan mudah. kebajikan pelajar dlm jagaan seorang warden, apa2 yg terjadi di asrama akan dipertanggungjawabkan kpd warden. saya percaya warden terbabit dah ambil langkah2 yg wajar sebelum mengambil tindakan yg berat ni. kalu tindakan seperti ini tidak diambil, saya percaya sikap pelajar yg suka membuang tuala wanita ke dalam lubang tandas akan berterusan.

dalam kes guru besar (gb) di sebuah sk di Tuaran pla, saya yakin gb tersebut tidak menampar yg keterlaluan dan saya yakin pelajar yg ditampar tu mesti melakukan suatu yg melanggar peraturan sekolah.

pada pendapat aku, murid2 sekarang tidak lg mcm murid2 zaman aku dlu2. zaman aku dulu, guru2 yg mengajar aku semuanya tegas n kalu aku buat salah, mesti kena rotan. tp biar mcm manapun hebatnya aku dirotan ibu bapa aku cool ja. murid2 skrg dh makin manja, lembik. tahap disiplin makin rendah, tiada lg rasa hormat pd guru..

ibu bapa pd zaman sekaran ni pn pd aku tidak lg memandang guru dgn rasa hormat. apa yg dilakukan oleh guru mesti dipersoalkan seolah2 guru2 ni melakukan tanpa sebab. adakah ibu bapa yg mempersoalkan tindakan guru pernah bertanya tentang kelakuan anaknya di sekolah?

sekian tq..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

Aku agak terkejut gak baru2 ni kecoh pasal permasalahan antara guru n murid2 nih.. bagi aku mmg betul, kebanyakan anak2 murid skrg manja. Tak boleh nak cuit sket, cepat melatah.. ibu bapa pun backup.. adus.. aku dulu kena rotan ngan cikgu sbb tak wat keja sekolah, bila aku repot kat bapak aku, bapak aku tambah lagi sedas kat aku.. ermm.. tak taulah mungkin peredaran zaman kot. tahun 80 aku skolah mmg mcm tu (kat tpt akulah)... takdalah sampai sepak terajang, tu lainlah citer.. setakat rotan, rendam n kena tampar pun aku pernah (main daun terup kecik, yg kasi terbalik tu.. main kul 2 pagi, time orang tgh tido.. hehhehe).... berendam dlm kolam ikan sbb bilik dorm kotor dan sbgnya.. bg aku, takda masalah, dah wat salah, aku tima je... ntahlah.. aku pun tak pasti masa skrg.. bagi aku, guru buat sudah tentu ada sbbnya.. ibubapa dan wartawan jgn cepat melenting, selidik dahulu perkara sebenar.. untuk budak2 skolah skrg, hentikanlah sifat terlalu manja korang.. dah wat salah, tima je lah hukuman..

Assalamualaikum...

p/s: nk tunggu gak guru2 yang lain bagi pendapat, termasuk cikgureza...

Edited by Datuk_Seri

Share this post


Link to post
Share on other sites

sy simpati sangat dengan guru2 skang ni. macam2 tuduhan yg dilemparkan. kerja senang la, makan gaji buta la... padahal tak sedar ke, seorang guru tu mampu ajar anak2 yang tak tau aper2 yang tak kenal huruf sampai la jadi orang2 yang berjaya, berguna....

Baru2 ni sy jadi instructor pada guru2 dari jabatan teknik, utk kursus asas rangkaian. Sedih juga dengar keluhan derang. bayangkan, cikgu2 ni cikgu dari aliran perdagangan.. tapi kena wat keje2 technician utk networking kat sekolah. tu tak masuk lagi ngan bebanan jadi penasihat itu ini, penaung itu ini, guru kelas, guru kaunseling bla.. bla..

semua terletak ke atas bahu seorang guru. itu pun guru2 ni still amik berat pada anak2 murid dia. kalo derang tak datang sekolah, kalo derang nyer pencapaian jatuh, even kalo dia nampak anak murid dia cam ader masalah, dia concern sangat...

kenapa mak ayah tak berterima kasih???? aper lagi yang derang nak??? derang gi keje balik keje... pastu letih... ader derang amik tau pasal anak2 tu... masa mesyuarat PIBG ader derang tunjuk muka??? tapi bila anak2 datang kat mak ayah, cakap cikgu pukul... terus derang melenting.. kononnye derang sendiri tak penah pukul anak derang... sebab tu anak cam devil. time tu pandai plak nak naik turun kementerian, naik turun stesen tv, surat kabar... padahal amik report card anak2 pun kekadang miss. pelik tul...

seyes la.. sy tul2 marah pada ibu bapa yang buat apa2 tanpa usul periksa... kalo betul terbukti anak tu diainaya... its ok la... tapi sebelum nak adu kat sini sana, aper kata gi sekolah tanya penjelasan cikgu, selidik dari kawan sekelas anak tu camner perangai anak kat sekolah.. ataupun kalo betul la care sangat pasal anak tu, amik cuti, gi follow anak tu diam2.. tgk aper kelakuan dia di belakang anda... then baru nak judge aper yang sepatutnya....

pasal kerana sorang sumer kena... itu kan memang dah jadi adat... even hukum tuhan pun camtu.. kerana segelintir yang buat onar, habis semua kena Tsunami kat sesetengah tempat... tu tanda allah ainiaya kita ke??? takkan... tu sumer sebagai peringatan kepada yang belum, dan ader niat nak buat onar juga... sama la keadaannya cam situasi kat mana2 tpt pun. dalam tentera pun camtu.. kat asrama pun camtu.. takkan la mak ayah tak faham lagi....

aper yang dapat sy rumuskan la, mak ayah derang ni tak penah bersyukur.. bersyukur ada nya seorang guru yang sanggup rotan/hukum anak derang (tu tandanya guru tu ambil berat terhadap anak2 derang.. guru tu nak betulkan kesalahan anak2 derang), tak bersyukur kerana adanya seorang guru yang sanggup ajar anak2 derang dari tak tau aper2 sampai bijaksana (cuba suh mak ayah tu berenti keje, pastu ajar anak2 yang taktau aper2 dari abc sampai leh eja, cuba la kalo boleh... ingat senang ke???)...

buat ibu bapa yang hanya tahu menyalahkan pihak lain... cuba balik, duduk satu family, muhasabah diri masing2. adakah aku ibu yang baik? adakah aku ayah yang baik?? adakah anak2 aku anak2 yang baik?? adakah aku layak untuk menjadi seorang pemimpin keluarga?? adakah aku layak menjadi pendidik keluarga???? renungkan lah sebelum anda tunding jari kepada yang lain.. sebab satu jari yang menunding ke arah orang lain, 4 lagi menunding ke arah kita......

only my 2 cents

Share this post


Link to post
Share on other sites

cikgu2 jangan rasa defensive pulak. bukan semua guru kena hukum. macam segelintir je pelajar yang buat masalah, guru pun ada golongan yang macam ni jugak. kalau guru2 semua marah dengan reaksi masyarakat yang semacam menghukum sesiapa sahaja yang berprofesion guru, macam tulah jugak perasaan ibu bapa dan masyarakat bila 200 orang yang tak semua nya bersalah kena rendam.

banyak alternatif lain selain menampar muka pelajar. banyak alternatif lain selain rendam anak2 orang. kesalahan yang serius, jangan ditambah dengan masalah lain. sediakan garis panduan dalam menghukum budak sekolah. nama pun budak sekolah, memang lah buat perangai. ingat, kita semua pernah jadi pelajar sekolah. kita tahu macam mana cikgu yang baik, macam mana cikgu yang tak baik.

memang murid2 sekarang tak boleh kena cuit. habis kita dulu, tak pernah ke kena label yang sama? jangan sebab ibu bapa kita turut sama hukum kita lepas balik sekolah, kita kata generasi kita semua bagus. setiap generasi guru akan lalui benda2 ni. dan kita pernah alami sendiri. banyak yang kita tak setuju cara2 senior2 atau guru2 layan kita. sekurang2 nya sekali, mesti kita ada terlintas dalam kepala "kalau aku jadi senior / cikgu, aku takan buat macam ni.". mesti ada.

tapi kita tak nafikan cikgu2 yang hebat. tapi berapa ramai yang boleh refleks isu2 ni dgn rasional? aku pasti tak ramai. sebab, masih ada orang yang mempertahankan tindakan2 salah cikgu2 zalim macam ni. memang ada sebab mereka menghukum. tapi jangan jadikan sebab itu untuk mendera. sediakan garis panduan untuk kenal pasti, mana had menghukum dengan mendera. jangan lah tunggu sampai mati pulak anak orang, kena hukum sebab tak buat kerja sekolah, baru nak selaraskan hukuman. memang tak masuk akal, tapi sape pernah terfikir nak rendam anak orang dalam kolam ikan?

akhir kata, bayangkan anak atau adik kamu antara yang kena hukum melampau macam ni sedangkan dia tak bersalah, apa rasa anda?

Edited by Sinful

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bayangkan juga apa perasaan kita jika anak atau adik kita melampau dengan kita.....silap hari bulan ler tak kena penampar...

guru perlu ada kesabaran...ibubapa pun begitu...sama2 bersabar..jangan sampai hilang sabar...

JM:tak silap aku melepaskan batuk di tangga tu bukan..batuk yang ehem..ehem tu...kalau tak silap batuk adalah nama bagi alat yang digunakan untuk menbasuh kaki kat tangga..biasa lepas guna..letak cam gitu jer...sebab tu di kata melepaskan batuk ditangga...kalau tak silap ler...

Share this post


Link to post
Share on other sites

JM:tak silap aku melepaskan batuk di tangga tu bukan..batuk yang ehem..ehem tu...kalau tak silap batuk adalah nama bagi alat yang digunakan untuk menbasuh kaki kat tangga..biasa lepas guna..letak cam gitu jer...sebab tu di kata melepaskan batuk ditangga...kalau tak silap ler...

aah...betul tu...melepaskan batuk di tangga tu maksudnya melakukan perkara yang sia-sia....frasa batuk tu merujuk kepada frasa daripada jawa, iaitu bathok (xpasti plak ejaannya...), merupakan tempurung yang dijadikan sebagai gayung tuk membasuh kaki...kan masa2 dulu sebelum masuk rumah basuh kaki dulu....maknanya, kalo benda tu letak kat tangga maka orang nak naik tangga pun pijak akhirnya pecah...itu maksudnya....

bagi aku masalah ni,

guru tahu apa yg perlu dilakukan dan bagaimana melakukannya...

ibu bapa ambik tahu anak dorng...

maka masalah xberlaku...

p/s: cikgu, orang yang hanya mengajar ilmu; guru, orang yang mengajar, mendidik, mendorong dan membentuk pelajar...nampak serupa tp semantik berbeza...

Share this post


Link to post
Share on other sites

akhir kata, bayangkan anak atau adik kamu antara yang kena hukum melampau macam ni sedangkan dia tak bersalah, apa rasa anda?

aku dah abis bayangkan dah.aku benar2 tak kisah atau tak marah kalu anak atau adik aku didenda hanya setakat direndam dalam kolam ikan macam tu.apa yg nak dikisahkan dan dimarahkan sangat setakat kena rendam dalam kolam ikan.sebab pada aku dan aku sememangnya tahu aku itu semua dilakukan adalah bertujuan untuk MENDIDIK.Selagi ianya mendidik apatah lagi ianya dilakukan olen seorang pendidik maka aku tak sedikit pun meragui akan tujuan ianya dilakukan.Aku tak fikir dan rasa guru yg mendenda murid2 itu melakukan perkara itu atas sebab lain selain dari apa yang aku katakan tadi iaitu mendidik anak bangsanya sendiri.Jadi...apa salah dah silapnya sehingga aku perlu kisah dan marah...

Share this post


Link to post
Share on other sites

panjang2 ayat dlm thread ni naik ngantuk aku baca...

macam mane pun aku sokong guru tanpanya aku satu pun x tahu

sensei, honto ni arigatou...zzzz

Share this post


Link to post
Share on other sites

Eleh rendam, apa la sangat..

Lain lah kalau kene terajang ngan cikgu, memang cari naya la cikgu yang wat camtu..

Cikgu pon kita mesti tahu..derang tu pon " revers" "takde yang ikhlas nak didik bangsa sendiri" (paham ke maksud aku ni)-

Ada segelintir cikgu memang haprak, sering bertindak mengikut perasaan seperti memaki hamun.. (perkataan kesat) silap haribulan kereta calar atau kene acid la..

Kalau pelajar sekolah rendah kene rendam ramai2 atas kesalahan mereka yang tak berubah2 tu mungkin wajar..tapi kalau pelajar sekolah menengah bagaimana pula..mereka (remaja) dah kenal harga diri beb..perasaan malu tu dah menebal.

Macam warden (cikgu yang jadi warden)...selalu sangat ambil tindakkan drastik..kita maklum dengan tanggungjawab mereka yang beban besar jaga pelajar..bukankan mereka dah dilatih secara profesional..kalau nak hukum ikut perasaan..baik bagi penye-pak jer kat warden tu..

Ibubapa sekarang nampak macam lembik...tapi mereka tak bodoh pon

Cikgu nampak cam betul...tapi mereka terlalu ikut perasaan

Anak/Pelajar nampak cam manja dan ngada2...tapi mereka tu ***otak blur***

Jadi sapa yang salah..Cikgu atau pelajar atau mak bapak?...

Takde pendekatan profesional langsung macam kes kat sabah tu....so apa pandangan masyarakat?..

Jadi jangan menuding mana2 pihak...semua tak betul bagi aku...pasal kita didedahkan dengan perkara yang remeh dan dibesar-besarkan..baik ambil jalan asal semula.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku dah abis bayangkan dah.aku benar2 tak kisah atau tak marah kalu anak atau adik aku didenda hanya setakat direndam dalam kolam ikan macam tu.apa yg nak dikisahkan dan dimarahkan sangat setakat kena rendam dalam kolam ikan.sebab pada aku dan aku sememangnya tahu aku itu semua dilakukan adalah bertujuan untuk MENDIDIK.Selagi ianya mendidik apatah lagi ianya dilakukan olen seorang pendidik maka aku tak sedikit pun meragui akan tujuan ianya dilakukan.Aku tak fikir dan rasa guru yg mendenda murid2 itu melakukan perkara itu atas sebab lain selain dari apa yang aku katakan tadi iaitu mendidik anak bangsanya sendiri.Jadi...apa salah dah silapnya sehingga aku perlu kisah dan marah...

kalau setakat rendam macam tu, macam dalam kes tu, takde kematian, memang kamu tak kisah. boleh gelak lagi sebab kelakar pun ada. cuba bayangkan kalau ada komplikasi dari hukuman tu. kalau budak ada penyakit lelah ke, kena jangkitan kuman terpijak kaca dalam kolam tu ke, siapa yang nak bertanggungjawab? aku tak rasa menteri pendidikan akan letak jawatan sebab gagal laksanakan tanggungjawab. cikgu tu mungkin kena pindah sekolah, abis siapa nak bela keluarga murid tu pulak? tiba2 jadi tak kelakar pulak kan?

kamu kata sebab pada aku dan aku sememangnya tahu aku itu semua dilakukan adalah bertujuan untuk MENDIDIK. silap la tu. ini namanya matlamat menghalalkan cara. jadi, kalau aku hukum budak2 yang merokok masa sekolah, habiskan satu kotak 20 dalam masa 1 jam atas alasan nak didik budak tu, nak bagi dia muak supaya tak merokok lagi, salah ke tak cara aku tu? mana hitam putihnye? kalau guna cara kamu tu, betullah cara aku sedangkan apa yang aku buat dalam usaha "mendidik" aku tu hanya makin menjahanamkan budak tu tadi.

aku dah cakap, aku tak marah kalau cikgu menghukum pelajar dengan bersebab. tapi aku marah bila hukuman tu tak bersesuaian, lepas tu melampau lampau. dan kalau jadi, macam dalam kes2 ni, aku tak salahkan cikgu2 saje, tapi mesti ada pihak yang lebih bertanggungjawab dalam hal ni dari pihak2 lain yang boleh dipertanggungjawabkan. siapa? jadi cikgu, mendidik bukan lesen untuk membunuh.

budak2 yang keluar masuk sekolah bersilih ganti. takkan tetiap tahun atau dua tahun, akan ada cerita 200 pelajar kena rendam sebab semua taknak mengaku? betul2 selamat ke hukuman ni?

Cikgu nampak cam betul...tapi mereka terlalu ikut perasaan. -- betullah ni. Bila kita emotional, sangat susah nak jadi professional.

ps: pasal batuk tu, tu dari perbincangan aku dengan budak2 lain, yang tak dapat nak link apa maksud peribahasa tu dengan peribahasa tu sendiri. cikgu tak ajar. ada jawa dalam group tu pun, "Jawa murtad" kot...orang cakap jawa paham, cakap sendiri tak reti. XD

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalo adek aku kena denda kat skolah,

ngadu kat aku...

Aku blasah dier balik...

tapi kalo adek aku kena buli kat skolah,

ngadu kat aku...

aku cari org yang buli dier...

aku blasah cukup-2...

Hurm, sampai skang adik aku x pernah ngadu....

Cuber kita(yg bukan cikgu) jadi cikgu ganti selama 3 bulan...

agak-2 nye ape la yg kita akan rasekan??

Edited by BudakZonM

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...