Jump to content
matrik02

Cukup Tak Gaji Anda Terima Sekarang?

Recommended Posts

Asal :

Aku nak surveylaa, kalau ko ada gaji mcm rm 1800,Cukup tak gaji rm 1800 untuk ko orang belanja sbulan? Kalau anda perempuan, gaji mcm tu cukup tak?bagi lelaki pulak yang single mcm mana?Kalau yang berkahwin dan isteri anda juga kerja dgn gaji rm 1800 sebulan juga, cukup tak?

Aku ubah topic

Cukup tak gaji koorg terima skrg nie?
Edited by matrik02

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau pandai jimat, tak boros, cukup je. org yg gaji tak sampai 1000 pun bleh hidup.

RM1800 tu byk benda bleh buat. bleh simpan, pakai kete, bg parents. siap bleh shoping lg.

tp tu la, kena pandai gunakan duit. jgn la gaji camtu, tp bgaya ngalahkan org gaji 4k. mmg la tak cukup.

tak yah la jd biar papa, asal bgaya. mesti cukup duit byk tu

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau pandai jimat, tak boros, cukup je. org yg gaji tak sampai 1000 pun bleh hidup.

RM1800 tu byk benda bleh buat. bleh simpan, pakai kete, bg parents. siap bleh shoping lg.

tp tu la, kena pandai gunakan duit. jgn la gaji camtu, tp bgaya ngalahkan org gaji 4k. mmg la tak cukup.

tak yah la jd biar papa, asal bgaya. mesti cukup duit byk tu

betul dah jawapan tu kat atas....ambil apa yang kita perlu, bukannya apa yang kita mahu..kalau tak memang tak cukup..

JM: aku tengok makcik kilang gaji RM600 pun boleh besarkan anak dia...berkat kot...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau aku dengan gaji macam tu mmg lebih dari cukup memandangkan hidup kat kuching ni tak macam hidup kat KL....

tapi yang paling penting kena ada duit simpanan utk backup akan datang....dan jgn boros ngan benda2 yg tak berfaedah

Share this post


Link to post
Share on other sites

ala gaji ako tak sampai seratus tu ok je :(

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau rasa 1800 tu tak cukup, kena la pandai cari side income. tp jgn la benda2 yg dah disahkan haram tu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku nak surveylaa, kalau ko ada gaji mcm rm 1800,Cukup tak gaji rm 1800 untuk ko orang belanja sbulan? Kalau anda perempuan, gaji mcm tu cukup tak?bagi lelaki pulak yang single mcm mana?Kalau yang berkahwin dan isteri anda juga kerja dgn gaji rm 1800 sebulan juga, cukup tak?

apsal, ko rasa² tak cukup ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagi aku laa cukup jer sbb aku masih bujang siap boleh bayar ptptn lagi. Tapi yang peliknya kawan aku perempuan ckp gaji dia dalam rm 2000 tak cukup. Apesal ek.Aku tanyalaa apesal tak cukup?aku rasa cukup jer. Mybe aku lelaki kot. Ke perempuan belanja boros?dia ckp laa nak bayar duit keretalaa,bagi familylaa yang peliknya aku pun mcm tu tapi cukup jer.nie yang aku tertanya2 nie.

JM: aku tengok makcik kilang gaji RM600 pun boleh besarkan anak dia...berkat kot...

Tu yang aku tertanya2 juga tu.. Entah2 dia ada kerja sampingan yang dapat support untuk family dia. Kalau selidik betul2 entah2 dia anda tanah yang disewa untuk syarikat telekomunikasi yang sewa tanahnya bolehlaa ckp gaji rm 600 cukup untuk menampung anak 8 org.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pompuan gak. tp rasa cam cukup je. ntah la gaji aku tak tetap. tp tak penah tak cukup. bleh byar utang, bg family, byar kete, shoping lg.

emm...kwn ko tu maybe pasal maintenance tinggi kot. ye la pompuan...nak gi saloon lg, treatment itu, treatment ini. tu yg duit dia tak cukup

ko tak yah pelik la kalau ada org tak cukup duit. semua bgantung camne org uruskan duit. kalau belanja lebih besar dr pendapatn, sampai bile2 pun tak cukup

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pompuan gak. tp rasa cam cukup je. ntah la gaji aku tak tetap. tp tak penah tak cukup. bleh byar utang, bg family, byar kete, shoping lg.

Anda bersyukur dapat gaji mcm tu?manusia mana pernah rasa cukup betul ker?

Share this post


Link to post
Share on other sites

gaji RM8000 sebulan pun tak cukup kalau ko sendiri tak reti uruskan kewangan ko. jadi berbelanja la ikut kemampuan. kalau rasa nak menyimpan, berjimat la. bagi yang bergaji kecik tu, fikir la, lebih baik ada sikit dari takda langsung.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Anda bersyukur dapat gaji mcm tu?manusia mana pernah rasa cukup betul ker?

eh? salah ke aku ckp? kan aku ckp gaji aku tak pernah tak cukup. means cukup sentiasa la.

bersyukur? mesti la aku bsyukur. gaji aku mmg tak tetap, pasal aku bisnes sendiri. tp bile fikir tanggungjwb, kena la keje keras skit. tu yg gaji aku blum penah tak cukup. masa aku mula2 buat bisnes nie, aku cuma dpt 200 je sebulan. tu pun cukup pd aku. tu la aku ckp, gaji skit mcmana pun, kalau pandai uruskan, mesti cukup.

bukan manusia tak penah rasa cukup. tp skang ni kena fikir masa depan. takkan la nak statik camtu je. kalau tau tiap2 bln duit ngam2, kena la cari duit lebih. utk simpanan @ utk beli rumah ke.

tp ada gak golongan yg mmg sentiasa tak cukup, walaupun gaji byk. tu org yg kemahuannya melebihi keperluan.

Edited by Cik_Wawa

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku belum dapat gaji lagi...bahkan masih ngaji...

rasanya, faktor cukup atau tak gaji dan pendapatan seseorang ni bergantung kepada tempat tinggal..bandar lebih tinggi kos hidup berbanding kampung..dan tengok negeri jgak..negeri pantai timur (k'tan&ganu&pahang) katanya rendah sikit kos hidup berbanding negeri laen..

faktor sikap dlm berbelanja...haa..ni faktor terbesar..

katanya...pompuan lebih banyak berbelanja dari laki-2..

dan kalau laki-2 pulak, berbelanja kepada benda yg sikit tapi mahal..xtau la..aku nih baju seluaq pun malas nak beli..yg mak bapak beli 3 thn lepas pun boleh pakai lagi..dan elok lagi

dan nabi SAW jugak kata "jika kamu syukur...Allah akan tambahkan lagi nikmatNYA...-mafhum hadis..

so..bersyukurlah sebab dapat gaji..berbanding ramai lagi yg xkeje bahkan xmampu keje..

Share this post


Link to post
Share on other sites

eh? salah ke aku ckp? kan aku ckp gaji aku tak pernah tak cukup. means cukup sentiasa la.

bersyukur? mesti la aku bsyukur. gaji aku mmg tak tetap, pasal aku bisnes sendiri. tp bile fikir tanggungjwb, kena la keje keras skit. tu yg gaji aku blum penah tak cukup. masa aku mula2 buat bisnes nie, aku cuma dpt 200 je sebulan. tu pun cukup pd aku. tu la aku ckp, gaji skit mcmana pun, kalau pandai uruskan, mesti cukup.

masa mula-mula ko buat bisness ko dapat rm 200 sebulan, mcm mana ko kata cukup ek. lain citer kalau dlm bank rm 30,000,dapat gaji rm 1 sebulan pun aku cukup sbb diambil kira dlm bank.kalau takder duit dlm bank tu yang aku rasa pelik.Masa mula2 aku start kerja, aku berbekalkan duit rm 250 dlm bank. Sampai aku tak makan tengah hari,gi kerja naik bus je, tu pun aku terpaksa hutang,rumah aku terpaksa menumpang rumah kwn, just spend untuk makan barula aku kata cukup sbb nak tunggu sebulan punya gaji.Bila check dlm bank tgl rm 50.Tu aku takder buat kerja sampinglaa.

Share this post


Link to post
Share on other sites

masa mula-mula ko buat bisness ko dapat rm 200 sebulan, mcm mana ko kata cukup ek. lain citer kalau dlm bank rm 30,000,dapat gaji rm 1 sebulan pun aku cukup sbb diambil kira dlm bank.kalau takder duit dlm bank tu yang aku rasa pelik.Masa mula2 aku start kerja, aku berbekalkan duit rm 250 dlm bank. Sampai aku tak makan tengah hari,gi kerja naik bus je, tu pun aku terpaksa hutang,rumah aku terpaksa menumpang rumah kwn, just spend untuk makan barula aku kata cukup sbb nak tunggu sebulan punya gaji.Bila check dlm bank tgl rm 50.Tu aku takder buat kerja sampinglaa.

aku bisnes taska. aku beli atas tgn. so tinggal jalankan je la. mula2 mmg dpt 200 je utk aku, tp lepas tolak gaji pekeje, sewa bangunan, bil2, & segala belanja taska la. aku duduk kat taska ni jugak, so dah jimat sewa. mkn masak sendiri.

alhamdulillah, lama2 rezki makin btambah... so dr 200 tu btambah la lagi sampai skang nie... tp bisnes, ada turun & naik. tak mcm mkn gaji, gaji tetap je. bisnes ada masa duit ko byk...ada masa, ko takde duit langsung pun. huhu...tu la risikonya.

apa2 hal pun, kena sediakan payung sebelum hujan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagus tu bisnes taska. Di samping ada pendapatan, ada jugak berkat jaga/didik budak2.

Kalau nak menjawab soklan topik, dari apa yang aku dapat sekarang, memang lebih dari cukup. Tapi mungkin sebab aku belum ada family sendiri lagi. Kalau dah ada karang, mungkin kena lebihkan sket, kot.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam semua.

Setiap orang, telah "dibekalkan" oleh Allah dengan rezeki masing masing.

Masalah cukup atau tidaknya itu adalah bergantung bagaimana seorang itu mengurus dan menyelarasan perbelanjaan dengan cara kehidupan nya dimasa kini.

Jika kita pandang kambali dizaman zaman datok nenek kita dahulu.

Semuanya serba kekurangan, tetapi masih cukup untuk mereka menjalani kehidupan yang bahagia.

Pada masa kini, zaman telah berubah, bertambah maju, maka permintaan perbelanjaan amat tinggi terutama dibandar bandar besar.

Cukup atau tidaknya juga bergantung kepada keadaan sesuatu tempat. sebagai contoh, jika gaji ita RM500.00 tetapi kita duduk di Singapura, maka ini boleh kita katakan tidak cukup tetapi tidak sampai mati kelaparan.

Seperti yang saya katakan awal awal tadi, setiap manusia telah dibekalkan dengan rezeki masing masing.

Malah orang gila pun Allah telah berikan rezeki nya. Itu sebab kita tidak pernah dengar orang orang gila di Malaysia mati kebuluran.... ;)

wassalam...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Setiap orang, telah "dibekalkan" oleh Allah dengan rezeki masing masing.

Masalah cukup atau tidaknya itu adalah bergantung bagaimana seorang itu mengurus dan menyelarasan perbelanjaan dengan cara kehidupan nya dimasa kini.

akum sumer... aku pun nak mencelah gak buleh... Mmg setiap orang, telah "dibekalkan" oleh Allah dengan rezeki masing masing, tapi kita kena usaha gak... disamping tu, pengurusan kewangan itu yg paling utama.. kalau rase nak pakai lebih, kena lah cari lebih.. zaman skg ni, mcm2 keje/lubang duit boleh buat utk nak cukupkan bajet kita tiap2 bulan.. lagi kalau dah ada anak...pehhhh.. so, aku sbg org yang dah kawin dan ada anak, nak bgtau org muda2/bujang yang masih kuat, time muda/bujang ni la kita gunakan tenaga kita secukupnya, semaksima mungkin... mcm aku, kje pun kira ok ler, bini aku cikgu Dg41 pun masih x cukup.. so nak cukupkan, aku buatlah ape keje sekalipun asalkan halal.... spt : repair barang elektronik,computer,kerja kebun tanam sayur, repair keta/moto orang, wat freelance design, jadi buruh binaan sementara, jadi kelindan lori kawan... ape nak dimalukan? janji kita x mencurik dan yg paling penting, tiap2 bulan kita x "sakit"..... masalah gaji x cukup? x boleh diterima la alasan tu utk zaman skg ni... sbb kita bukan dok kat negara bangladesh/myanmar beb...! :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

erm...

gaji x cukup??

mungkin aku x merasa lg kot sbb masih dok ngan family....

skrg aku study, sambil tu berkerje jugak....

kirenye cam nak tambah duit poket la...

gaji pn x banyak, dlm RM 700~800 sbln...

kalo utk student cam aku ni cukup la....

bagi parents, byr bil, wat belanje mkn minum, minyak moto lg, dan yang penting utk SIMPANAN

skrg ni aku dgr byk yg menganggur (terutama graduan)

sbb utama....

x de pengalaman berkerja....

keje nak gaji byk... tp pengalaman x de wat pe....

ape2 pn...

rezeki masing2 tetap ada....

cuma perlukan usaha utk mengecapinya....

ps: setuju ngan cik_wawa.... sediakan payung sblum hujan, sambil timba pengalaman, boleh gak kumpul duit sket2..... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

pernah dengar kes pecah amanah, rasuah walaupun bergaji tinggi, berjawatan besar...

ni kes tak cukup dengan aper yang ader dan juga bila sifat tamak menguasai diri sendiri.

senang citer, jd jer cam mamat yang gaji x sampai seratus tp ok jer, ntah aper yang dia makan, maybe sekeCrap kot..

Share this post


Link to post
Share on other sites

mmg...skang ni, apa je yg bleh buat, asal halal, buat je. even aku rasa cukup skang ni, aku still gak buat keje lain. jual topup, kalau raya aku jual kuih, jaga anak org ujung minggu... mmg la tak seberapa dpt. tp dpt jugak...

skang ni, aku nak gi mintak jd guru sementara yg dekat ngan taska aku. pegi ngaja separuh hari, tinggalkan taska kat pkeje. stgh hari lagi duk kat taska. so income aku btambah skit. bleh la aku settlekan hutang aku cepat2...

tak yah fikir malu. taska aku jauh skit dr kwsn bandar. kalau dekat, dah lama aku gi cari keje part time...aku rasa tak senang kalau gaji aku takat tu je...

OFF TOPIC

senang citer, jd jer cam mamat yang gaji x sampai seratus tp ok jer, ntah aper yang dia makan, maybe sekeCrap kot..

kat mana2 ada je yg nak perli sana, perli sini. buat hal sendiri sudah la. tak yah nak rosakkan topik org lain. kalau ko rasa post dia merepek, ko tak yah la layan. buat bodoh sudah la. bile ada yg melayan, mula la citer jd panjang. pastu topik org lain dijadikan tempat perli org, mengutuk org.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku bayar kereta dan duit minyak,toll rm 600 sebulan. Rumah rm 400 sebulan. Belanja Dapur = 400 sebulan, Bil air dan elektrik = rm 60.Bayar hutang pelajaran = rm 200 sebulan. kalau ada pun sikit jer.. Nak bagi family pun tak dapat.. Tu pun dah separuh jimat tu. Kalau aku pentingkan diri aku, aku takyah bayar hutang belajo nie.Lantak kamu laa, aku dah graduate.Tapi bila pk balik,walaupun aku susah mcm mana pun, org lain tentu susah nak sambung belajar kalau aku tak bayar hutang.Kalu tak sudah tentu aku boleh boleh bagi duit kat family aku.Bini aku nie tak kerja..Kalau dia kerja sape nak jaga anak aku yang masih kecil nie.bagi kat org lain jaga tentu kena bayar..ada ape2 cadangan bagi idea, ape aku nak suruh bini aku buat kalau dia dok umah jer nie.. Aku dah nak resign dah nie.Tak tahan maa belambak2 hutang dunia nie.Gaji rm 1800 standard master beb.Frust giler aku. Dahlaa balik lewat sampai tido kat office..kesian bini aku.

aku tekad giler nak berhenti dah sbb dah dapat offer jadi pensyarah kat IPTA smlm. Skrg dalam notis. Sabor jerlaa mengunakan formula yang sama seperti di atas selama setahun aku kerja. Dahlaa mentua bini aku, aku support. Sabor jer laa. lepas nie insyallah OK>

Edited by matrik02

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau aku cukup sangat..siap dapat saving lagi..RM 1800 besar tuu..

aku pernah keje gaji hampir 3k..tapi penat tak ingat..skang ni dah tak keje..kalau dapat RM1.8k tu comfirm aku rembat peluang..hehe :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...