Jump to content
ahmadazwa

Arah Kiblat

Recommended Posts

Daripada kes ni terpesong jauh dan menggugat akidah baik close jer topik ni..utk kebaikan semua..dah melalut sangat dah ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Daripada kes ni terpesong jauh dan menggugat akidah baik close jer topik ni..utk kebaikan semua..dah melalut sangat dah ni.

masalahnyer penghulu pda topik nii..

dah x der.. dier bkak tuu jerk skali btang idong dier nmpak..

pastu daa ilang.. mayb mod bole tlong tok buang topik nii...

saper sokong angkat ketiak... kuikuikuikui.... :ph34r::ph34r::ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ustaz yang mengajar aku kat sekolah khas agama pernah berkata, ..aku ingat sepenuhnya kata2 ustaz itu..ni dia cakap " Arah kiblat bagi sekalian umat islam adalah arah barat walaupun pada hakikatnya orang islam berada di tengah2 antara timur dan barat tersebut dan arah barat lebih dekat daripada timur..

tetapi kalau timur lebih dekat menghadap kiblat...maka boleh ambil arah timur..

Aku reply ni bukan berdasarkan nas..

Aku cuma nak tahu betul atau tak apa yang ustaz aku sampaikan!!!.. :ph34r:

Btol la tu ...mmg arah kiblat ke barat @ arah matahari terbenam .....satu lg bg kita yg dah ader kemudahan moden utk kenalpasti arah kiblat ni guna la sebaik2nya ...tp kalau dah ko kat tgh hutan @ sth dlm kapalterbang ko smayang jer arr...dah mmg Allah maha tahu time tuh kau kekurangan ...hehehe...sembahyang dlm kapal terbang seksa woo ..nak amik wuduk pun seksa ..hahah perghhh ...kalau nak ader selesa kena arr naik 1st class...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum

saya rasa terpanggil untuk membuka semula topik ini dan memperjelaskan setakat ilmu yg ada pada saya. Jadi apa yg saya jelaskan kat sini terhad kepada pengetahuan saya sahaja. Untuk kesahihah, sila rujuk mereka yg lebih berwibawa. Tujuan saya menjawan ialah supaya tidak timbul kekeliruan berkenaan soal ini.

pertama sekali, berkenaan motif pembuka topik ini bertanya dan kemudian menghilang diri bukanlah satu yg penting sangat, saya berpendapat beliau mungkin mendapat soalan ini dari tempat lain dan ingin menjadikan satu topik perbincangan di sini.

ok, mari kita mulakan;

Kerana bumi ini sphere, mana2 arah pun akan bertemu pada satu titik jua?

Tak berapa betul, bukan mana-mana arah, sebaliknya hanya 2 arah, iaitu ke depan atau ke belakang. Dan dalam menentukan kiblat, kita mesti pilih jarak yg terdekat. Kalau kita berada berhampiran kaabah, memanglah kalau kita membelakangkan kaabah, maka atas dasar bumi ini sfera, maka kita juga "menghadap" secara teknikalnya tetapi pada jarak yg lebih jauh (ukur lilit bumi). Tapi semua orang tahu, hanya orang gila sahaja yg mungkin membelakangi kaabah. Akal manusia yg waras akan sentiasa memilih jarak yg terdekat.

Atas muka bumi ini, hanya ada satu titik sahaja yg jarak ke depan kaabah adalah sama dengan ke belakang kaabah, dan fakta bahawa pandang mana-mana arah akan bertemu kaabah jua menjadi betul, dan kita akan terpaksa berhadapan dengan situasi sama ada nak menghadap ke depan, ke belakang atau ke mana; iaitu titik tepat yang bertentangan dengan kaabah di sebelah sana sfera bumi. Iaitu kalau tak silap, di satu tempat di tengah-tengah lautan pasifik, yg mana tak ada org siuman yg saja-saja cari pasal nak pergi sembahyang kat situ. Kalau ye pun ada daratan kat situ, beralih selangkah dari titik tepat itupun kita dah dapat satu titik baru yg ada jarak yg lebih dekat ke kiblat. Jadi berdasarkan rajah yg diberi, orang itu sebenarnya berdiri di tgh2 lautan pasifik. Kelogikan soalan ini menyebabkan timbul keraguan terhadap pencipta soalan itu sendiri.

Dimanakah letaknya Kaabah.?

Dan kemanakah arah ke kiblat.

Jawapannya: Tiada timur tiada barat.

Kemana kamu menghadap, disitulah wajah Allah.

ya betul, dan setuju, tapi ... kita kena berusaha dahulu tentukan arah dengan apa yg ada pada kita sebelum berserah kepadaNya.

Allah tetapkan, kiblat tu lebih kurang arah matahari jatuh

Ustaz yang mengajar aku kat sekolah khas agama pernah berkata, ..aku ingat sepenuhnya kata2 ustaz itu..ni dia cakap " Arah kiblat bagi sekalian umat islam adalah arah barat walaupun pada hakikatnya orang islam berada di tengah2 antara timur dan barat tersebut dan arah barat lebih dekat daripada timur..

tetapi kalau timur lebih dekat menghadap kiblat...maka boleh ambil arah timur..

Aiseh..dah kalau kaabah depan mata..takkan la kita nak menghadap ke arah lain pulak?Panduan arah kiblat ni utk umat yg berada jauh dari kaabah..dan dah diberi panduan yg mudah bahawa arah kiblat tu adalah berada diarah lebih kurang menghala ke matahari terbenam,Islam ni agama yang mudah dan dipermudahkan untuk umatnya..so kalau kita ikut ajaran Islam tu berpandukan Al-Quran dan Hadis maka segala urusan tentang agama islam tu jadi mudah dan dipermudahkan.

Saya tak pasti tentang perkara ini, tapi pada pendapat saya, ulama-ulama nusantara sejak dari zaman dahulu mungkin mengajarkan bahawa kiblat itu ke arah barat/matahari jatuh untuk memudahkan pemahaman masyarakat di nusantara, tapi pengikut2nya mungkin ada yang fikir yg arah barat/matahari jatuh itulah arah fizikal kiblat, dan bukan kedudukan fizikal sebenar kaabah. lagipun kalau nak explain benda2 yg high level kat orang kampung yg tak pernah mengembara ke dunia barat, mungkin susah sikit. * pendapat saya sahaja.

ni aku heran.. kalau orang Islam kat US, Canada, South America, etc tu, Kaabah arah timur.. takkan kena hadap Barat jugak?

haha.. :) apa kata anda tanya kat depa yg pi belajar kat US/UK

yang ni point arah kiblat mungkin boleh ikut arah lain..yang mana lebih dekat..

Yang nyata walaupun dimana kita berada..kalau masih dapat nampak siang dan malam maka akan ada matahari terbenam...dan arah matahari terbenam tak lain tak bukan adalah arah barat..

macamna pulak kalau kita berada ni mekah atau disebelah kaabah...contoh kaabah berada disebelah kanan (timur kita)...takkan la kita tetap nak berpaling kearah barat yang mana membelakangkan kaabah tersebut?..

kalau kita tengok gambar2 orang sembahyang kat kaabah, dia akan menghadap kaabah, tak kiralah kalau dia berada di timur, barat, utara atau selatan kaabah. Betul tak?

serious bende ni, tp gua juz nk kongsi pendapat je la...

kalo salah tlong la tegur ye..

dulu gua selalu msuk hutan, kluar hutan, naik gunung, turun gunung...

gua punye lead selalu tekan kan yg solat adalah bende asas, so ape pun halangan kite kene buat..

gua tanye die mcm maner nk tau arah kiblat, die jwb...

(1) gune kompas, kalo tk silap la.. arah barat - senget kan 40 darjah kanan...(tlg pasti kan dgn ustaz dulu)

(2) tp yg paling penting, die ckp niat...

Yang paling senang untuk tentukan kiblat ialah kita beli kompas kiblat yg harga dalam RM5 - RM10 pun boleh dapat. Ada juga sejadah yang siap ada kompas kiblat. Tapi pastikan anda tahu baca! Kompas ini pada asasnya sama dengan kompas biasa, iaitu kompas magnet (yang menunjuk ke arah kutub utara kemagnetan bumi). Bezanya, kompas biasa ada 360 darjah, kompas kiblat ni dah dimodified sikit dan ada penanda2 kalau tak silap sampai 400. Bersama kompas kiblat ini, akan dibekalkan sebuah buku kecil yg mencartakan arah kiblat bandar-bandar di seluruh dunia. Kalau tak silap kuala lumpur, nombor penandanya ialah 80 atau 85. Kalau kita pergi ke utara, katakan moscow, maka nombor rujukan dia akan berubah, begitu juga kalau ke new york dan lain2 tempat dalam dunia. berdasarkan nombor tu kita pusingkan kompas tu (atau badan kita) sehingga jarum (yg tunjuk north) berada pada nombor penanda rujukan yg diberi, maka arah kiblat akan dapat ditentukan dengan melihat kepada arrow merah yg dicat pada kompas berkenaan.

Kalau kita tak ada kompas kiblat ni, kompas biasa pun boleh guna. macam kita gi camping dalam hutan, bawa kompas/bearing. kalau kita tahu yg kita sedang berada di malaysia, boleh la kita agak2 ke arah barat dan senget sikit ke kanan/ ke utara, tapi taklah sampai 40 darjah, mungkin sekadar 10-20 darjah sahaja (sila check dengan ustaz anda). Kalau anda berada ddekat2 Chiang Mai, Thailand, mungkin anda boleh terus ikut arah barat tanpa senget2 lagi sebab kat situ garis lintangnya adalah hampir sama dgn garis lintang Mekah.

Kalau masuk hutan tak bawak kompas, bolehlah agak-agak dengan tengok arah matahari terbenam (itu kalau adalah hutan kat malaysia je lah - kalau hutan kat Amazon kena tengok arah matahari naik la pulak).

Kalau dah malam, tengok la berpandukan bintang-bintang di langit. ada beberapa buruj di langit yg boleh membantu kita mengagak arah utara/selatan. buruj biduk untuk utara, buruj pari untuk selatan (check dengan budak UPSR). Ada satu buruj (yg ada bintang orion) boleh terus tunjuk arah kiblat.

Tapi apapun, cara cerapan matahari & bintang ni bergantung kepada kedudukan kita di muka bumi dan masa. Ini kerana cakerawala sentiasa bergerak dan tidak sama dari satu ke satu masa. contohnya, dalam sistem matahari ada equinoks dan solsetis. kalau kita perhatikan hari-hari dalam setahun ada masanya matahari tengahari condong ke utara dan ada masa condong ke selatan. Masa US/UK tengah summer, matahari kat rumah kita condong ke arah utara, dan masa mereka winter, matahari kat rumah kita condong ke arah selatan.

Dalam setahun, hanya ada dua ketika sahaja di mana matahari betul-betul tepat di atas kepala. Dan di mekah, peristiwa ini berlaku pada 12:16 pm 28 Mei setiap tahun. Itu adalah tarikh dan masa yg paling sesuai untuk umat islam seluruh dunia termasuk malaysia untuk menentukan kedudukan arah kaabah/kiblat berdasarkan matahari. 12:16pm waktu mekah adalah bersamaan 5:16pm waktu malaysia. Jadi cara senang, ialah kita boleh pandang tepat ke arah matahari, atau pacakkan kayu tegak dan tengok bayang2nya pada tarikh dan waktu itu, dan tahulah kita arah kiblat yg betul. Elok untuk kita rujuk sebagai panduan khususnya arah kiblat di pejabat atau rumah kita. satu lagi tarikh ialah 16 julai 5:28pm waktu malaysia.

Satu lagi kaedah yg paling tepat ialah dengan guna teknologi satelit / GPS, yg mana tidaklah orang kebanyakan macam kita mampu. Kaedah satelit lebih tepat berbanding kompas sebab kompas hanya menunjuk ke arah kutub utara medan magnet bumi dan bukan kutub utara sfera bumi.

Jadi, gunakanlah kaedah yg berupaya kita dapat. Kalau kita sesat sehelai sepinggang dalam hutan di malam gelap yang tiada berbintang atau terperangkap dalam gua, maka kita tak ada apa-apa yg boleh membantu menentukan kiblat, maka di ketika itu, pilihlah satu arah dan niatkanlah kita mengadapNya.

satu perkara yg suka saya kongsi dalam penggunaan kompas ialah arah jarum kompas bergantung kepada medan magnet bumi. Oleh kerana sifat magnetnya, maka ia mudah terpengaruh atau terpesong jika ada medan magnet / elektromagnet lain yg berhampiran. Jadi semasa kita guna kompas, cuba kita test di beberapa tempat dahulu sebelum kita confident dengan sesuatu arah. Ini terutamanya dalam bangunan, kerana dalam dinding ada wayar2 elektrik yg ada fluks elektromagnet yg mungkin menganggu. Dekat bukit2 pun kena hati-hati kut2 dalam bukit ada besi atau mineral bermagnet.

just to share some experience, saya pernah ke luar negara dan semasa menentukan kiblat menggunakan kompas kiblat di hotel, bilik salah seorang rakan menunjukkan arah yang berlainan sama sekali berbanding lain-lain bilik. Dalam alam ini ada unsur-unsur yg kita tak boleh nampak yg mungkin boleh memesong arah kompas, penjelasan sains tentang ini ialah medan elektromagnet yg kuat.

wallahualam. yang benar itu datang dariNya, yang tidak itu adalah dari saya jua...

Share this post


Link to post
Share on other sites

wallahualam. yang benar itu datang dariNya, yang tidak itu adalah dari saya jua...

betul la tu..

ringkasnya kalau xtau arah kiblat > ijtihad sendiri berdasarkan dalil-2 yg diketahui..dalil pun xde ijtihad je kat mana-2...sah solat kalau mengadap keempat-empat arah (satu rakaat satu arah) dengan syarat ijtihad dia ada dalil la..kalau xde dalil xleh..

(ni memanjangkan isu..tanya yg tahu..)

dan xperlu mengadap ke arah kaabah betul-2 sebab Malaysia jauh dari kaabah..korang semayang sekarang pun x pasti dengan sebenor yaqin lagi..ikut pendapat orang yg kaji arah kiblat je..

walaupun mazhab syafieyyah mengatakan wajib mengadap kaabah betul-2 tapi lebih utama pandangan mazhab lain yg mengatakan cukup menghadap masjidil haram..senget sikit-2 boleh..dan fatwa syeikh ali jumaah (mufti mesir) dalam lingkungan 60 darjah...

dan gambar yg dikemukakan pemula topik memang x betul...nak tahu lebih lanjut tentang penetapan arah kiblat ni boleh merujuk kepada encik Noor Azam Mat Noor, unit kajian falak, Jabatan Mufti Pulau Pinang...dia ada buat jadual lengkap arah kiblat seluruh negara..

emel dia kalau x silap : azzameen@tm.net.my sapa yg tau tlg bgtau aku ye..hilang plak..tapi pastinya dia gunakan domain @tm.net.my

Share this post


Link to post
Share on other sites

ni tak tau le post yang keberapa aku hantar. asyik kena delete jer....

1. bawah kota mekah adalah laut. tlg jgn mengelirukan umat islam

2. mana ada mana2 arah akan bertemu satu titik...cek balik la

penerangan shanai bg tu dah ok dah. jd mod kena tutup la topik nih. ini bukan lg perbincangan tp menyebabkan lg org keliru....

Edited by a_damanhuri77

Share this post


Link to post
Share on other sites

betul tu.

ape yg korang nk pening2 kepala.solution dia, arah kiblat ni ialah arah matahari terbenam. cube cari masjid kat malaysia ni...ada x yg arah kiblat dia x menghala ke arah matahari tbenam.

Edited by cipeng

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape yg korang nk pening2 kepala.solution dia, arah kiblat ni ialah arah matahari terbenam. cube cari masjid kat malaysia ni...ada x yg arah kiblat dia x menghala ke arah matahari tbenam.

la cipeng....ko tak tau rupanya keseluruhan topik yg dibincang. ni lah akibatnya kl banyak post di delete.

arah kiblat mengikut matahari terbenam hanya rujukan sahaja. ketepatannya tidak jitu. dan ia hanya untuk negara2 yang berada di timur mekah sahaja

Edited by a_damanhuri77

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum semua..

tertarik dengan bro shanai punye komen . fuh panjang berjela jela..

aku pun nak bagi skit la apa yang aku pelajari dari cikgu dan org tua tua ..

1. Arah kiblat kalau guna kompas 291/292 darjah - tu stakat yang aku tau la kalau duduk kat malaysia nih . kat lain aku tak tau ... sebab masa aku pi camping dulu cikgu aku bagi tau tu .. dia cakap " adi, ko ingat lah nombor nih ... ini adalah arah kiblat... " ..

2. Pasal sembahyang dalam kaabah... ada seorang kawan bagi tau aku . kawan baik dia pernah di tarik oleh pembesar kota mekah masuk ke dalam kaabah, waktu nak bersih kaabah ( kaabah dibersih setahun sekali oleh pembesar kota mekah ) .. kawab baik dia cakap.. dalam kaabah tu, tak kisah nak sembahyang arah mana pun ( sembahyang sunat ) . ( jarang jarang org dapat peluang begini )

tu je lah aku nak share ngan korang...

Edited by psychoX

Share this post


Link to post
Share on other sites

1. Arah kiblat kalau guna kompas 291/292 darjah - tu stakat yang aku tau la kalau duduk kat malaysia nih . kat lain aku tak tau ... sebab masa aku pi camping dulu cikgu aku bagi tau tu .. dia cakap " adi, ko ingat lah nombor nih ... ini adalah arah kiblat... " ..

kat semenanjung ni tak silap aku ada 3 arah utama. bezanya cuma sedikit sgt..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape la korang ni. pikir punyela jauh, walhal jawapan die senang je.

Clue: berkaitan dengan ramai orang, satu agama, satu pegangan, dan berkaitan dengan sifat memudahkan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

persoalannya bukan masalah lg...

masalah nye mana pemula topik ni...

sekali je post..pas tu hilang.

ada juga org mcm nih....

Edited by a_damanhuri77

Share this post


Link to post
Share on other sites

la cipeng....ko tak tau rupanya keseluruhan topik yg dibincang. ni lah akibatnya kl banyak post di delete.

arah kiblat mengikut matahari terbenam hanya rujukan sahaja. ketepatannya tidak jitu. dan ia hanya untuk negara2 yang berada di timur mekah sahaja

ketepatanya mmg la x semestinya jitu.tp kaedah ni lebih popular,satu dunia mmg pakai kaedah ni. kalo nk dikira jitu ke x,sampai esok pg pn x sembahyang2 lagi.dosa tu... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

satu dunia mmg pakai kaedah ni.

bukan satu dunia. kat timur kota mekah jer....jgn mare...takut nanti org terkeliru... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Topik perbincangan ini ditutup kerana perbincangan telah tamat atau persoalan telah diselesaikan. Harap maklum.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...