Jump to content
ibnuhussin

Mencari Teman Hidup

Recommended Posts

Alhamdulillah, segala yang baik datang daripadaNya dan yang buruk juga datang daripadaNya tetapi disandarkan ke atas kesalahan dan kealpaan seseorang hamba itu.

Gadis yang dimaksudkan itu sangat baik budaknya. Dan berketurunan baik-baik dari Yaman. Saya tahu bahawa telefon dan sms itu banyak membawa atau penghampiran kepada maksiat dan dia pun tahu. Dia banyak kali tegur saya supaya kalau telefon atau sms hanya perkara-perkara yang penting saja. Saya sedar bahawa kalau kita suka seseorang itu lebih mudah kita terus masuk meminang supaya masa yang dihabiskan untuk maksiat mulut, mata dan tangan dapat dihindari.

Lagi satu orang yang ada darah keturunan Arab Yaman tak suka bercinta. Tapi tak semua tapi memang fitrah mereka sebegitu. Ramai sahabat-sahabat marah saya kerana meninggalkan dia kerana ada niat untuk berdating dengan dia. Bayangkan saya baru je kerja, tetiba saya terus sms dan telefon dia, mana dia tak terkejut dengan sikap saya. Malah saya sendiri telah menjatuhkan martabat saya pada pandangan mata dia yang selama ini dia memandang tinggi pada saya. Dia anggap saya bukannya seorang yang mudah jatuh hati pada seseorang. Bila saya buat macam tu, penghormatan pada saya mulai berkurangan.

Macam kisah Hasan Basri dengan Rabiatul Adawiyah je bila saya kenangkan kisah saya tu. Dah la belajar agama tapi masih tak dapat menghayati ilmu agama itu sendiri.

Oh I see. Kesilapan ko adalah kurang sabar. Ko excited sangat. Jadi sekarang ni berentilah SMS atau call dia. Sebab dia tak suka.

Bercinta lepas berkahwin. Mmm....

Aku setuju dengan konsep "masuk meminang awal2 dan lepas tu kahwin". Kalo kita berani buat macam ini maknanye kita berkeyakinan tinggi. Ini juga menunjukkan komitment kau utk memperisterikan dia dengan ikhlas hati - bukan nak main2 cinta atau enjoy jer. So mak bapa dia dan si gadis itu sendiri boleh fikir yg ko ini betul2 serius. Soal mak bapa dia setuju atau tidak dengan pinangan ko adalah soal lain. At least you have tried your best.

Aku rasa ko percaya kepada konsep "Amar Makruf Nahi Munkar". Ko kena ingat bahawa gadis pujaan ko adalah org yg tak percaya kepada teknik sms,bercakap telepon, berdating untuk eratkan ukhuwah. Dia takut terjebak dengan yg boleh membawa kpd dosa. Ko pun tahu siapakah org ketiga di antara lelaki dan perempuan yg berduaan......itulah SYAITAN!!!!

Pada pendapat aku, bercakap dan berbual antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram adalah tidak digalakkan jika tiada apa2 perkara yg penting. Kerana lama kelamaan akan menjadi maksiat.

So memang betullah apa yg gadis pujaan ko tu cakap "kalau telefon atau sms hanya perkara-perkara yang penting saja." Sebab dia nak elakkan maksiat.

Step/Nasihat aku:

Mula2 berdoa pada Allah supaya ko tak terjebak dengan maksiat di dalam usaha ko mengembara mencari teman hidup sejati...

1) Pastikan dia ni org yg SOLEHAH: So ko kata dia ni orang yg baik2. Maka Proceed ke step 2

2) Pastikan dia tak berpunya: Ko kena tanya kengkawan dia. Kumpulkan maklumat pasal dia. Kalo berani ko tanya dia sendiri. Ko kan jantan.

3) Kalo dia single lagi proceed ke step 4. Kalo dia dah bertunang atau dah ada orang lain maka setakat ini jer la usaha ko. Berdoalah demi kebahagiaan dia. Jgn nak mengada2 nak doakan pertunangan dia hancur dan bla bla bla.

4) Ko mendapati dia single lagi maka ko kena-

a)- buat solat hajat. Berdoalah hajat apa yg ko hendakkan tu..Doalah supaya dibukakan pintu hati dia utk ko...

Konsep yg betul ialah "Berdoa-Usaha-Tawakal-Berdoa" bukan "Usaha- Tawakal - Berdoa".

Ko kena minta dulu dengan Allah.. Supaya dia tunjukkan jalan yg betul, permudahkan segala usaha dan di bukakan pintu hati minah tu dan keluarganya utk terima ko. Sebab hanya Allah yg tahu isi hati manusia.

B) Luahkan hasrat dihati:

i- guna orang tengah utk sampaikan hasrat ko. Kawan2 dia yg paling dipercayai, atau adik beradik dia, atau mak ayah dia sendiri.

ii- Ko sendiri meluahkan hasrat ko kepada dia.So pastikan cara yg ko buat tu dengan cara paling beradap. Tak payah guna stail org putih.

c) Berikan dia tempoh utk berfikir. Tak payah gatal2 nak contact dia. Biar dia contact ko.

d) Dalam masa yg sama ko berdoa lagi kepada Allah. Tawakal.

e) Redha dengan segala keputusan yg ko dapat.

At least ko dah mencuba.

Edited by rfteknik

Share this post


Link to post
Share on other sites

hmm bila aku baca cerita sang pengembara dan wu ming ni...baru la aku sedar betapa ceteknya pengetahuan aku dalam bercinta ni..mungkin aku ada pengalaman dulu2 tapi cerita korang ni jauh lebih dahsyat...i mean ..aku pk la macamana la kalau aku merasa pengalaman cam wu ming...ye la pengalaman masa belajar..pastu tangkap lengtok kat awek..tapi aku tak merasa...

aku cuma dapat masa dah kerja..nak katakan sapa lebih beruntung atau sapa yang bernasib kurang beruntung tu yang tak dapat nak pertikaikan...cam susah nak dapat pompuan...tapi bila dapat terus dapat yang best...berbalaoi ker camtu..?atau takyah pk sangat ..cam aku la..tak pk sangat..jadik tak la rasa sangat tersiksa angau takde awek kan (yang macam wu ming)....cam aku dapat amoi selepas dah give-up ngan pompuan melayu..masa last year kat kolej aku...terus aku buat tak tau...takdir aku dapat amoi secara tak carik (ngurat over-over) masa aku dah start keje.....bak kata orang dapat sound tepek jer..kalau camtu adakah aku tak beruntung...?

Tak tau la......kalau dah ada awek lagi banyak yang perlu kita jaga...dari A to Z semua kena jaga..step yang paling mudah adalah sediakan dulu apa2 yang patut untuk backup masa terdesak...ingat kalau awek ada tu tentu la akan jadik tunang dan seterusnya bini...cam aku badget nak bertunang pon terkapai kapai lagi.....tapi aku anggap tu sebagai cabaran jer...buka kerana ego..tapi kerana nak moving foward...tapi aku ...step apa yang aku dah lepas pon aku tak tau..mungkin aku terlepas dari kesepian (pasai takde amoi)...tapi step2 lain yang akan menanti seperti alam pertunangan...macamana aku nak handle....tolong la..aku..kalau dak masuk step kawin tu aku rasa aku pandai kot..hahaha :rolleyes:

Pandai...ye la konsep bertolak ansur la..amalkan tu jer..dia tolak ..aku ansur..dan berikutnya..sampai game wakakaka... :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagi aku seme bende dlm dunia ni kene usaha termasuk chenta :lol:

kalo dpt without usaha skalipun still kene usaha utk memaintain kan nyer...huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagi aku seme bende dlm dunia ni kene usaha termasuk chenta :lol:

kalo dpt without usaha skalipun still kene usaha utk memaintain kan nyer...huhu

Yeaps kena jaga, kalo tak dah kawin pon bole terlepas.

Utk kes saudara wu ming tu, tak payahla berkecil hati, walaupun aku tahu bercakap camni takde gunanya tapi nak tak nak ko kena terima hakikat dan kenyataan yang si dia bukannya jodoh ko. Ko tak bole nak berbuat apa-apa melainkan mendoakan agar si dia bahagia. Dia bukanlah jahat cuma memilih apa yg dirasa patut utk dirinya sendiri.

Apa yang penting dapatkan kerjaya dulu, berusaha utk ubah pandangan masyarakat sekeliling ko tu. Buktikan anak keluarga miskin bole berjaya. Kalo ko masih dibelengu dgn masalah ni, takut kehidupan ko akan terjejas, ingat bunga bukan sekuntum. Ramai lagi di luar sana tapi hanya kita tak tahu siapakah jodoh kita nanti.

Cuma jikalau ko ada berminat pada perempuan yg lain, usahla menaruh perasaan yg berlebih takut kecewa lagi nanti. Buat masa ni, ko tenangkan fikirkan dan buat apa yg patut utk mengubah taraf hidup ko.

p/s: asal ramai pulok laki melayu dapat awek cina ni.. (:

Share this post


Link to post
Share on other sites

[umor berapakah paling sesuai nak cari aweks/bini??

aku nak masuk 18 aduh.. dah tua giler..

Share this post


Link to post
Share on other sites

[umor berapakah paling sesuai nak cari aweks/bini??

aku nak masuk 18 aduh.. dah tua giler..

umur 20 dah boleh bagi aku...kalau dah gatal sangat la..kalau 18 tu masig awal la sangat..form 6 pon tak lepas :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kepada Wu Ming janganlah disalahkan Allah dan takdir atas apa yang berlaku kat diri ko..

Dia yang menciptakan ko dan sudah tentu Dia lebih mengetahui tentang ko dan segala kejadian.. Apakah ko boleh pastikan sesuatu yang ko nak tu baik untuk diri ko?? Adakah ko lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk diri ko berbanding dengan Dia yang menciptakan ko?

Sebenarnya manusia ini diberi kebebasan untuk membuat pilihan.. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum/seseorang itu melainkan kaum/orang itu mengubahnya sendiri.. Nampak jelas dari Al-Quran kita diberi pilihan untuk menentukan nasib kita.. Dan setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah disebabkan oleh diri sendiri.. Jadi bagi setiap musibah yang berlaku eloklah diperhatikan di mana silap kita.. Mujahadah diri..

Mengenai keadilan.. Allah itu maha adil.. Cuma kita tak nampak keadilan itu sebab kita kurang berfikir.. Kita hanya kata kalo kita tak dapat sesuatu tetapi orang lain dapat itu maknanya tidak adil.. Adakah adil jika sesorang ahli neraka itu tidak mendapat langsung nikmat ketika hidup?? Adakah adil orang semulia Rasul dicaci dihina oleh manusia?? Jika difikirkan secara cetek nampak macam adil.. Tapi bila difikirkan dengan fikiran yang luas ko akan nampak di mana kah keadilan itu..

Mengenai nasib ko.. Adakah ko orang termalang sekali kat dunia ni?? Tak ada orang lain yang lebih bernasib malang berbanding diri ko?? Jadi biler ko fikir diri ko bernasib malang maka ko sepatutnya merenung nasib orang2 yang lebih malang dari diri ko... Berlambak.. Dan biler ko rasa diri ko dah cukup baik ko fikirkan pulak ada yang lebih baik dari ko..

Lagi satu biler ko nak kan sesuatu adakah ko sudah bermohon pada Allah terlebih dahulu?? Dan kalo dah bermohon itu adakah bertertib cara ko bermohon?? Dan Allah telah menjanjikan dengan kata2 mohon lah pada Ku maka nescaya akan Ku makbulkan.. Cara bermohon itu pon perlukan tertib.. Petunjuk dah jelas depan mata macamana nak memohon.. Kalo orang minta sesuatu dari ko seperti memaksa ko berikan adakah ko akan beri?? Kalo orang main masuk jer rumah ko tak bagi salam tak apa lepas tu minta itu minta ini adakah hati ko dengan lembut memberikan apa yang orang tu minta?? Macam tu jugak biler bermohon pada Allah perlulah bertertib.. Jangan lupa ko minta pada yang menciptakan ko dan yang telah banyak berikan ko rezeki cukup anggota badan.. Jadi patutkah ko minta dengan sombong?? Patutkah ko berkira2 (kalo tak dapat apa yang diminta maka ko tak nak mengikutinya)??..

Konsep yg betul ialah "Berdoa-Usaha-Tawakal-Berdoa" bukan "Usaha- Tawakal - Berdoa".

Nilah konsep yang sebenar.. Mendahulukan Allah dari yang lain..

Cukuplah setakat itu dulu aku bagi ceramah.. Bukannya apa sebab aku nampak ko telah berjaya diperdaya syaitan yang cuba menjauhkan diri ko dari Allah.. Kalo ko paling muka dari Allah semasa hidup ko jangan lupa kepada Dia jugak ko akan kembali nanti..

Maka cubalah perdekatkan diri kepada Allah.. Kenali sifat2 Allah.. Jadikan Al-Quran itu pedoman..

Share this post


Link to post
Share on other sites

watpe usaha carik awek..jodoh pertemuan di tangan tuhan,bukan ditangan bapak..Allah dah tentukan jodoh kita...kalau carik senirik tu dah kira lawan takdir kot...er..betul ke apa aku tulih ni...sesat kot.. :ph34r: ..tapi aku tetap ngan falsafah aku ni..jodoh tak perlu dicari...cari jodoh sama la macam cari tarikh mati..inalillah wainalillah iraji un

Share this post


Link to post
Share on other sites

LoL entahla bagi aku waktu dulu aku tetap mencari dan berusaha dan akhirnya dapat juga sorang awek tapi tak tahula kalo jodoh aku bukan si dia. Ape-ape hal pun aku tetap kena jaga hubungan ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

watpe usaha carik awek..jodoh pertemuan di tangan tuhan,bukan ditangan bapak..Allah dah tentukan jodoh kita...kalau carik senirik tu dah kira lawan takdir kot...er..betul ke apa aku tulih ni...sesat kot.. :ph34r: ..tapi aku tetap ngan falsafah aku ni..jodoh tak perlu dicari...cari jodoh sama la macam cari tarikh mati..inalillah wainalillah iraji un

mati pun pun boleh cari tarikh jugok.contoh kalu ko nok bunuh diri dah tahu bile nok mati.wowoi9.gifape pulok cari jodoh nok lawan takdir.jodoh pertemuan hidup mati telah pun ditetapkan sejak azali lagi.sape2 pun makhluk yg ade kat dunia tak tahu sape jodoh die dapat.yg cantik ke, yg hudoh ke, yg miskin ke, yg kaye ke, yg bodoh ke, yg pandai ke (berape banyak 'ke' da) tak tahu mane satu yg kite dapat.jadi kite kene berusahalah kalu kite nok memenuhi cite rase kite.kalu suruh org tue, die ikut cite rase die lah.mftypeid5.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

A'ahkan.. Dengan menggunakan alasan takdir manusia nie tak perlu berusaha sebab semuanya dah ditakdirkan dan semuanya akan berlaku dengan sendiri.. Nak duit tak perlu berusaha sebab dia akan datang sendiri.. Nak isteri tak perlu berusaha sebab dia akan datang sendiri.. Jadi semua konsep doa-usaha-tawakal-doa tak perlu sebab semua sudah ditakdirkan.. Kalo perang pon tak perlu disediakan kelengkapan yang mencukupi sebab kalah menang dah ditakdirkan.. Mana tau kita lawan pakai tombak, musuh pakai jet tiba2 datang lak komet dari langit musnahkan semua tentera musuh.. Takdir..

Bijak betul permainan syaitan.. Takdir ni alasan bagi yang malas/lemah/berputus asa..

Edited by b1naryc0de

Share this post


Link to post
Share on other sites

Takdir ye? Ramai sungguh kat sini yang aku nampak memandang takdir sebagai satu "benda" atau "alasan" bagi sesuatu kegagalan terhadap benda yang ushahanya belum dikatakan cukup lengkap.

Dalam Islam, takdir ada dua jenis :-

1 : Takdir yang Tak Akan Berubah

2 : Takdir yang boleh diubah oleh Manusia

Dalam bahagian (1), Takdir sebegini kita amik contoh sebagai bila kita nak mati dan bagaimana cara kita mati. Kita tak tau bila agaknya kita nak mati walaupun kita bunuh diri tak semestinya kita mati kalau Allah SWT masih memanjangkan umur kita (tetiba diktor lalu, ambulance mai dll). Dan takdir bila berlakunya kiamat dan hari akhirat. Kita tak tau dan tak boleh nak ubah yang tu.

Bahagian (2), Takdir ini boleh diubah oleh Manusia. Seperti jodoh. Apa yang korang faham mengenai jodoh? Jodoh nih bermaksud hubungan berduaan sehingga akhir hayat. Kalau korang ber"couple" dan berkahwin tak semestinya jodoh korang berkekalan sehingga akhir hayat. Mungkin ada "trouble" sehingga mewujudkan keadaan "bercerai". Nasib manusia ditentukan sendiri oleh manusia dan semuanya bergantung kepada Allah SWT samada membenarnya berlaku atau tidak. Itu mungkin salah satu ujian Allah SWT kepada kita dan tak selayaknya ianya disebut TAKDIR. Sebagai seorang manusia kita sepatutnya memikirkan kelebihan sebab apa terjadinya perkara tersebut. Bukan hanya berserah kepada TAKDIR.

INGAT! Allah SWT tak akan mengubah nasib seseorang manusia melainkan manusia berkenaan mengubah dengan tangannya sendiri.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Takdir ye? Ramai sungguh kat sini yang aku nampak memandang takdir sebagai satu "benda" atau "alasan" bagi sesuatu kegagalan terhadap benda yang ushahanya belum dikatakan cukup lengkap.

Dalam Islam, takdir ada dua jenis :-

1 : Takdir yang Tak Akan Berubah

2 : Takdir yang boleh diubah oleh Manusia

Dalam bahagian (1), Takdir sebegini kita amik contoh sebagai bila kita nak mati dan bagaimana cara kita mati. Kita tak tau bila agaknya kita nak mati walaupun kita bunuh diri tak semestinya kita mati kalau Allah SWT masih memanjangkan umur kita (tetiba diktor lalu, ambulance mai dll). Dan takdir bila berlakunya kiamat dan hari akhirat. Kita tak tau dan tak boleh nak ubah yang tu.

Bahagian (2), Takdir ini boleh diubah oleh Manusia. Seperti jodoh. Apa yang korang faham mengenai jodoh? Jodoh nih bermaksud hubungan berduaan sehingga akhir hayat. Kalau korang ber"couple" dan berkahwin tak semestinya jodoh korang berkekalan sehingga akhir hayat. Mungkin ada "trouble" sehingga mewujudkan keadaan "bercerai". Nasib manusia ditentukan sendiri oleh manusia dan semuanya bergantung kepada Allah SWT samada membenarnya berlaku atau tidak. Itu mungkin salah satu ujian Allah SWT kepada kita dan tak selayaknya ianya disebut TAKDIR. Sebagai seorang manusia kita sepatutnya memikirkan kelebihan sebab apa terjadinya perkara tersebut. Bukan hanya berserah kepada TAKDIR.

INGAT! Allah SWT tak akan mengubah nasib seseorang manusia melainkan manusia berkenaan mengubah dengan tangannya sendiri.

Post ni betul2 menyedarkan aku...tengkiu ahmades...aku dah paham sekarang.. :excl:

Share this post


Link to post
Share on other sites

banyak gak aku dpt info dr cni

tq

almaklum laa

awek pown xda lg

tunang apa tah lagi!

xpe masa yang menentukan

just wait n see

nak tunggu berapa lama....jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama.....dia dikebas aku..jangan tunggu lama-lama ,nanti lama-lama dia tak suka ko..wakakaka..best siot lagu jangan tunggu lama....wakakaka

Share this post


Link to post
Share on other sites

Post ni betul2 menyedarkan aku...tengkiu ahmades...aku dah paham sekarang.. :excl:

baguslah kalu ko dah sedar.abis tu bile ko nak melamar amoi ko tu?ke ko belum puas enjoy lagi?tak pun mesti tak cukup modal lagi ke? :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

baguslah kalu ko dah sedar.abis tu bile ko nak melamar amoi ko tu?ke ko belum puas enjoy lagi?tak pun mesti tak cukup modal lagi ke? :lol:

Betul kalo lambat sangat nanti aku kebas.. erk... orang lain kebas.

dah takde orang ada masalah dlm cinta @ mencari pasangan ke? huhuh macam agensi mencari jodoh plak dah ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

baguslah kalu ko dah sedar.abis tu bile ko nak melamar amoi ko tu?ke ko belum puas enjoy lagi?tak pun mesti tak cukup modal lagi ke? :lol:

enjoy tak la..takut dosa plak... :lol: modal dah kumpul dah tapi lum cukup ntuk blanje kawin..(rancang nak mintak ikat 3 tahun kalau pihak dia setuju)..tapi nak deal ngan keluarga angkat dia gak...apa2 hal aku kene bagi budget bertunang dulu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

meriah btul forum ni..

pape pun prinsip "nikah dulu baru kawin" mmg ditekankan dalam Islam..

tgk ar mcm mak bapak kite dulu..kawen pun mak bapak carikan,tapi still in loving caple tak gaduh2..

tapi klu skrg kapel2 pastu kawen tapi tak lama,i mean stats mmg byk cerai bg pasangan mude..

mcm "habis madu sepah dibuang" plak...

nWay...

pUtera_UltimaTezezs gUd luck k!

smoga cepat makn nasi minyak...

jeles gler aku ko dapat amoi....

Share this post


Link to post
Share on other sites

umur 20 dah boleh bagi aku...kalau dah gatal sangat la..kalau 18 tu masig awal la sangat..form 6 pon tak lepas :blush:

huhuhuh aku pon dah pasang satu..

bukan apa.... persediaan .. takut .. kat U nanti .. banyak persaingan .baik simpan dulu takut melepas nanti huehuehuheuhu

jahatnye aku ...

Share this post


Link to post
Share on other sites

huhuhuh aku pon dah pasang satu..

bukan apa.... persediaan .. takut .. kat U nanti .. banyak persaingan .baik simpan dulu takut melepas nanti huehuehuheuhu

jahatnye aku ...

Toksah duk bersedialah wahai adikku navigator, esok ko kerja esok gaji banyak ko petik jari aja... 10 yang datang tauuuuu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ee....sopannya amoi ko.....apsal amoi aku x sopan macam amoi ko?......hish dengki la pulak.........

P:S ultimate........ko load gambar amoi ko............

ni ha :lol:

Mulawinku.jpg

Sopan kan..wakakaka..camera murah jer ni.. :ph34r:

Edited by Putera ultimatezezs-SE

Share this post


Link to post
Share on other sites

Eh...gambar pontianak ke nih? Ekekekekekek jangan maree aarrr... :lol:

Gambar kalau tengok macam budak belasan tahun, ko bapak budak belasan tahun.. CT ngan DK jugaklah nanti nih. Netui ka yang nih atau hoaX semata-mata?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...