Jump to content
ibnuhussin

Dilema Pelajar-pelajar Ipta

Recommended Posts

Sebelum itu saya memohon maaf sekiranya topik ada menyentuh mana-mana pihak yang berkenaan. Tetapi di sini, ingin saya nyatakan bahawa ianya adalah sekadar pembincangan bagi mereka-mereka yang berfikiran terbuka.

Pada 3 bulan lepas saya ada membuat kajian tentang program SLG (Skim Lanjutan Graduan) di bawah PSMB (Perkhidmatan Sumber Manusia Berhad). Dan ternyata ramai di kalangan pelajar-pelajar yang masih IPTA yang menganggur. Dan ini merupakan satu kejutan dan tamparan hebat untuk saya kerana saya sebelum amat kagum dan hormat dengan pelajar-pelajar dari IPTA. Kebanyakan mereka adalah dari kalangan wanita dan CGPA berjumlah 3.0 ke atas.

Kajian demi kajian, terdapat kesulitan untuk mereka mendapatkan pekerjaan:

1. Terlalu memilih pekerjaan.

2. Bilamana sudah dapat kerja, tidak tahan dengan tekanan kerja:

i. Masa tambahan kerja

ii. Tiada kemahiran dalam IT.

iii. Tidak boleh terima nasihat daripada majikan kerana mereka fikir mereka kelulusan U sedangkan

majikan hanya lepasan SPM.

iv. Tidak tahan dengan kerja yang banyak dan mahu masa rehat yang lebih.

3. Tidak tahu berdikari.

Share this post


Link to post
Share on other sites

. Kebanyakan mereka adalah dari kalangan wanita dan CGPA berjumlah 3.0 ke atas.

kakak/jiran sebelah rumah aku sebahagian drpd mereka............cam mana nak atasi?

apa aku perlu cakap ngan adik aku(jangan belajar tinggi sangat nanti ssah carik kerja)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jangan terlalu mengharap pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan. Bermula dari bawah. Belajar bukan menjadi penghalang untuk mendapat pekerjaan.

Tapi belajarlah menjadi seorang pekerja bawahan dahulu barulah naik menjadi seorang pengawai. Kalau terus hendak jadi pengawai atau pengurus akan timbul masalah. Sebab kita tidak didedahkan dengan suasana kerja yang sebenar. Sebab itu ramai pekerja bawahan tidak puas hati dengan pengawai atasan yang tiada pengalaman dalam menjaga kebajikan pekerja.

Sesungguhnya pekerja itu adalah manusia bukannya mesin.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jangan terlalu mengharap pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan. Bermula dari bawah. Belajar bukan menjadi penghalang untuk mendapat pekerjaan.

yg itu mmg betul........dulu masa kita memula nak belajar jalan kita kena merangkak pastu jatuh berkali2 baru leh berdiri/berjalan dan seterusnya berlari..........tapi kerajaan ada plan nak edit balik kokorukilum sekolah supaya kita dapat memilih apa yg baiikutk pelajar sekolah..........sekaligus mengelakkan ponteng masa sekolah...............seronoknya :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sekarang ini nampaknya dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) begitu bersungguh-sungguh dalam membantu pelajar-pelajar lepasan dari IPT dalam meberikan latihan-latihan sebelum bekerja.

Kita janganlah terlalu bergantung harap sangat pada kerajaan untuk memajukan dan memotivasikan diri. Bermula dari sekolah rendah ke menengah. Terlalu banyak bantuan diberikan. Tetapi masih tidak berubah. Meja-meja dirosakkan, begitu juga dengan buku-buku pinjaman. Ibarat Memberi Sekuntum Bunga Kepada Si Kera.

Bila ada peluang atau program diberikan oleh kerajaan seharusnya kita menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Jangan ambil sambil lewa. Ramai bangsa lain yang sentiasa mengharap bantuan dan tunjuk ajar dari kerajaan.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sekarang ini nampaknya dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) begitu bersungguh-sungguh dalam membantu pelajar-pelajar lepasan dari IPT dalam meberikan latihan-latihan sebelum bekerja.

kasi latihan?..........yg itu idea bagus.............xkan nak memerap kat rumah jer...........tapi latihan basic atau advanced?.................suma kompeni kat luar sana amik pekerja yg ada pengalaman/udah bekerja..........abis cam mana?

Share this post


Link to post
Share on other sites

kasi latihan?..........yg itu idea bagus.............xkan nak memerap kat rumah jer...........tapi latihan basic atau advanced?.................suma kompeni kat luar sana amik pekerja yg ada pengalaman/udah bekerja..........abis cam mana?

Saya adalah salah seorang dapat latihan daripada PSMB. Alhamdulillah, latihan yang diberikan adalah amat profesional.

Mereka akan cari peluang kerja yang amat diperlukan dalam industri dan asuh kita dalam bidang tersebut. Terutamanya dalam bidang HR iaitu Human Resource. Kita dilatih dengan teori dan suasana tempat kerja yang sebenar.

Alhamdulillah, hasilnya saya dapat pekerjaan di sebuah syarikat swasta. Gaji pun boleh tahan. RM 1500 ke atas(gaji asas) sedangkan saya adalah lepasan Diploma. Sebabnya kita diasuh supaya berfikiran yang kreatif, berani mengeluarkan idea-idea dalam mesyuarat dan sentiasa berfikir untuk memajukan syarikat.

Insya ALLAH. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

di u kita di beri ilmu tanpa perlu bekerja seperti sesetengah org yg bila mana pagi belajar mlm bekerja jadi memang pendedahan tu kurang bagi org yg x susah payah nak keluar mlm keje tapi apa guna kalau ko belajar dapat 3.0 keatas pon tapi otak x berkembang..

>>>> maaf apa aku katakan <<<<<

sesetengah org sahaja yg masuk u ni selalunya berasa megah bilamana dah jejak kaki ke U tapi aku respect jugak sebab apa bukan senang nak masuk u ni mau belajar spm gila2 punya baru boleh tapi apa aku kecewakan bila dah masuk tu sepatut mengaji tinggi2 mesti otak kita akan bertambah ilmu dan tahu cara2 nak berfikir betul !! jadi korang pikir laa apa guna korang dapat CGPA 3.0 keatas kalau soal keje pon korang x boleh nak fikir ? lagi satu masalah yg timbul adalah dari segi teknologi sekarang ni bukan semua org u tahu guna teknologi maklumat tu pasal susah nak dapat keje tapi kalau korang rasa aku ni salah cakap sorry laa ampun aku ...sekadar cadangan tapi apa yg aku tahu kaalu kat u kita di ajar jugak untuk memotifasikan diri kan 3.0 CGPA bukan calang2 org tu selalunya org bijak pandai dalam mata pelajaran selalu baca buku kan... jadi open minda anda denga CGPA 3.0 insyaallah dapat laa jawapan nya....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Belajar untuk segulung sijil dan belajar untuk mengharungi kehidupan.

Dua kenyataan yang berbeza. Belajar untuk segulung sijil memerlukan pembacaan, hafalan dan ulangkaji. Pagi masuk kelas. Pada waktu malamnya kita sedaya upaya mengulangkaji untuk menajamkan lagi ingatan tentang sesuatu ilmu yang telah diajar. Hasilnya kita akan dapat lihat semasa kita menjawab soalan-soalan peperiksaan dan bilamana kita mendapat keputusan yang cemerlang atau sebaliknya.

Belajar untuk mengharungi kehidupan. Ibarat seorang pelajar aliran Ekonomi yang belajar Market Trading. Belajar demi belajar akan kesemua teori dan teknikal dalam menentukan arah tuju pasaran. Bilamana hendak masuk urusan jual beli yang sebenar, baru tertekan dari segi pemikiran dan perasaan. Tangan kaku dan mulut terdiam untuk berkata-kata. Takut rugi kalau masuk urusan jual beli.

Itulah nama kehidupan, kita harung dulu baru kita dapat ilmu dan kematangan. Ibarat belajar teori belajar memandu kereta. Kereta takkan bergerak kalau tidak kita gunakan ilmu teori itu untuk kita memandu. Terlanggar atau tersalah gear. Itu adalah asam garam belajar.

Kekadang kita tidak boleh salahkan 100% pelajar bumiputera lepasan IPT kerana tidak tahu bekerja. Sebab sedikit sangat di kalangan mereka yang ibu bapa mereka membawa atau mengasuh mereka di pejabat dan kedai mereka. Berbeza dengan kaum lain, semasa kecil lagi mereka sudah didedahkan suasana kerja ibu bapa dalam kehidupan mereka. Contoh terbaik yang datang daripada Jepun. Ada masa tertentu mereka akan membawa anak-anak mereka yang masih di sekolah rendah untuk mencuba bekerja di syarikat yang mereka bekerja.

Sebenarnya contoh yang terbaik banyak boleh kita contohi. Bukakan minda. Jangan sempitkan anugerah ilmu yang Tuhan anugerahkan pada hamba-hambaNya. Wallahualam.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya adalah salah seorang dapat latihan daripada PSMB. Alhamdulillah, latihan yang diberikan adalah amat profesional.

Mereka akan cari peluang kerja yang amat diperlukan dalam industri dan asuh kita dalam bidang tersebut. Terutamanya dalam bidang HR iaitu Human Resource. Kita dilatih dengan teori dan suasana tempat kerja yang sebenar.

Alhamdulillah, hasilnya saya dapat pekerjaan di sebuah syarikat swasta. Gaji pun boleh tahan. RM 1500 ke atas(gaji asas) sedangkan saya adalah lepasan Diploma. Sebabnya kita diasuh supaya berfikiran yang kreatif, berani mengeluarkan idea-idea dalam mesyuarat dan sentiasa berfikir untuk memajukan syarikat.

Insya ALLAH. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

ok ler tu dah dapat keje....rupanya kau sebahagian daripada pelajar dalam kajian kau...kau punya ayat memang hebat...kau ambik jurusan apa?...selamat berjaya..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Utusan Malaysia 20 Mei 2001

Utusan Malaysia: Persaingan terus ditimbulkan di Malaysia, kerana itu orang membandingkan pencapaian pelajar-pelajar Melayu dengan prestasi pelajar kaum lain. Apa komen Profesor?

SYED HUSSEIN: Sebenarnya apa guna persaingan seperti ini. Kita janganlah terlalu menghiraukan perkara ini. Yang sepatutnya diberi perhatian ialah apa yang berlaku 10 tahun selepas mereka tamat belajar. Macam mana mereka hidup selepas itu dan sebagainya.

Sepatutnya, yang kita perlu fikirkan ialah asalkan mereka jangan gagal. Tidak penting untuk memikirkan supaya pelajar Melayu mesti jadi No. 1 atau No. 2. Jumlah pelajar Melayu tidak ramai yang cemerlang tidak menjadi persoalan. Adakah kita perlu memaksa mereka supaya cemerlang? Kalau jumlah pelajar Melayu yang cemerlang bertambah, itu memang baik tetapi kalau bilangannya tidak banyak, tidak guna dipersoalkan.

Tetapi jika tidak ada orang Melayu yang mengambil bidang perubatan atau kejuruteraan misalnya, itu memang menjadi masalah besar dan ia patut difikirkan.

Bukankah kecemerlangan akademik juga membantu lepasan universiti membina kehidupan yang cemerlang?

SYED HUSSEIN: Pada saya, yang lebih penting ialah cemerlang dalam kehidupan. Apabila mereka keluar universiti dan menyertai bidang-bidang tertentu di situ mereka mesti berusaha untuk cemerlang dalam kerjaya mereka.

Pada umumnya kemajuan masyarakat Melayu tidak bergantung kepada jumlah pelajar Melayu yang cemerlang. Kemajuan masyarakat Melayu bergantung kepada budaya ilmu yang ditanamkan dalam diri anak-anak muda Melayu.

Tidak menjadi masalah pada saya kalau pada satu-satu tahun kurang pelajar-pelajar yang masuk universiti dengan gred yang tinggi iaitu 8A atau 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Memanglah mencapai gred yang baik itu penting untuk layak ke universiti tetapi kita tidak perlu terlalu menekankan mendapat 8A atau 9A.

Masalah lama yang tiada jalan penyelesaiannya. Sekarang tahun 2006.

Edited by Sang_pengembara

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nak cite pengalaman aku menjadi penganggur.

awal tahun lepas aku kehilangan kerja...

anak baru berusia 4 bulan... nak beli susu satu tin kecil rm45 (anak aku alah...jd kena beli yg anti alergi)

akhir tahun tpm galakkan graduan menganggur bekerja sendiri...

alhamdulillah dengan modal yg bersusah payah aku kumpul ngan bini...bergolok gadai pinjam sana pinjam sini buat muka tebal... aku buka cyber cafe...

hantar permohonan ke majlis awal tahun sampai sekarang tak de lesen..ydp sibuk sgt kot.

mcm mana kita nak menyara anak bini.. banyak karenah birokrasi...

tpm sedar tak benda ni?

Edited by a_damanhuri77

Share this post


Link to post
Share on other sites

mmg pelik la kalao pointer 3 atas susah nak dapat keje melainkan aper yg telah ditulis, mcm memilih keje,takde skil komunikasi dsb.... aku pun penah menganggur dan sampai skrg tak dapat lg keje yg berkaitan dgn study.. tapi dalam setahun ni dah 3 jenis keje aku buat sejak grad tahun lepas,walaupun secara kontrak/sementara...

aku pun ingat nak amik SLG tuh tapi aku rase kalo rase alam keje sebenar lg best.... dpt jugak skil comm, pengurusan, customer service, handle pressure dsb ......

Share this post


Link to post
Share on other sites

Walaupun aku baru grad, tapi pointer 3.6 atas pun x dapat2 kije, mintak secara online je dari penyedia pekerjaan secara online, x lepas2 lagi sampai skang, unsuccessful je .. kalu kije jadi cashier atau buruh/operator tu banyak la .. huhuhu

Share this post


Link to post
Share on other sites

1. Terlalu memilih pekerjaan.

2. Bilamana sudah dapat kerja, tidak tahan dengan tekanan kerja:

i. Masa tambahan kerja

ii. Tiada kemahiran dalam IT.

iii. Tidak boleh terima nasihat daripada majikan kerana mereka fikir mereka kelulusan U sedangkan

majikan hanya lepasan SPM.

iv. Tidak tahan dengan kerja yang banyak dan mahu masa rehat yang lebih.

3. Tidak tahu berdikari.

semua sebab2 ini adalah sebab lapuk diantara berpuluh2 sebab lain yang juga sama nilainya. Ako boleh tambah 10 lagi sebab, macam struktur course mengarut, tak mencabar, environment merapu, dll, tapi semua itu sebab yang semua orang tahu, dan tiada jalan penyelesaiannya.

hanya ada satu sebab yang muktamad, yang korang orang melayu ni gagal untuk kenalpasti. dan akan menyebabkan kejatuhan korang 15 20 tahun akan datang, bila semua Melayu baru generasi kedua sudah mencapai zaman dewasa. inilah satu2nya sebab yang tidak ada sesiapapun berani dan mahu sedar kerana bila orang dah sedar, maka korang juga akan sedar betapa tak pandainya korang orang melayu ni di dunia.

semua orang akan cakap "belajar rajin2, agar boleh dapat kerja bagus nanti" tetapi realitinya budak dapat GPA 5.0 sekalipun tak dapat kerja yang bagus sekarang ni. jadi ayat itu sudah tidak boleh diterimapakai lagi. sebaliknya, korang mesti sedar dan cakap ini kepada anak2 dan kawan2 dan pelajar2 korang.

"belajarlah rajin2, kerana kerja2 sudah tiada pasal dicuri oleh orang2 dari China, India dan Indonesia."

inilah fakta yang tidak boleh disangkal lagi, bak kata pekerja dari Amerika maupun graduan dari Malaysia. Sebagai contoh, kenapa perlu ako bayar mahal2 untuk kain batik Malaysia yang lebih rendah kualitinya berbanding dengan kain batik dari Indonesia? Kenapa perlu ako bayar mahal untuk barangan kulit buatan Itali, bila Itali sendiri mendapat barang kulit daripada India dan hanya cop "Made in Itali" untuk brand Prada, Gucci dsb? Kenapa perlu ako bayar harga yang 2 3 kali ganda lebih mahal untuk kasut 3 calit ber-brand-kan Adidas bila kasut 4 calit ber-brand-kan China adalah lebih murah, dan datang dari kilang yang sama dengan barang cop Adidas?

Dan ako, sebagai majikan/employer kompeni IT, ingin bertanya kepada korang di sini, kenapa perlu ako bayar 1500 ke atas untuk grafik designer IPTA yang buat design mengarut dan LEBIH BURUK daripada design2 daripada orang2 dari Indonesia, India atau orang dari Vietnam?

Kerajaan dari mana-mana negara boleh dan akan cuba untuk menghalang orang luar daripada mencuri kerja untuk orang local, tetapi akhirnya akan gagal. Tak percaya?

20 tahun lepas, orang dengan mudah boleh merentas masa dan laut untuk membeli barang dan servis daripada manusia dan syarikat di negara2 lain melalui kapalterbang, keretapi, kereta, kapal, dll. Globalisasi tahap 1.

10 tahun lepas, orang ramai sudah boleh telefon dan order barang dan buat trading dengan pihak yang beribu2 batu jauhnya. Fax ada untuk membuat salinan dokumen secara instant. Globalisasi tahap 2.

5 tahun lepas, ako boleh bukak kompeni kerusi di Malaysia, pasangsuai bahagian2 kerusi yang dibuat di China seperti Lego, copkan buatan Malaysia, dan ada telephone support yang berasal daripada India, dan mempunyai ejen di Amerika. Globalisasi tahap 3.

Sekarang, ako boleh emel projek ako, dan design details yang ako mahu kepada seorang budak dari Indonesia dan seorang lagi dari Vietnam dan China yang boleh bagi jaminan boleh siap design dalam masa 4 hari. Globalisasi tahap 4.

10 tahun akan datang, Internet mesti jadi laju gila, jadi nak hantar data bersaiz 10GB pon tak jadi masalah. So ako boleh suruh budak2 dari India untuk edit video2 untuk drama ako dan siap dalam beberapa hari sahaja. Ako tak perlu lagi beli pc setup studio sendiri, carik editor tu ini. atau ako boleh suruh firma arkitek dari India untuk design rumah ako, dengan harga yang 1/4 lebih murah dari firma arkitek mesia. Semuanya online.

Faham tak? Untuk tuan empunya bisnes, the logical sense adalah untuk TIDAK dan JANGAN PEDULIK dengan graduan Melayu. Samada korang suka atau tidak, SEMUA bisnes adalah bertujuan untuk mendapat UNTUNG. bukan untuk tolong Melayu. Ako boleh dapatkan seorang freelancer yang buat design untuk banting2 ako dari Indonesia dan ako hanya perlu bayar tak sampai seribu ringgit je sebulan. And lebih lawa lak tu daripada graduan2 Melayu picisan yang dok hantar resume ciplak jobstreet atau yang siap ade kotak2 la, kaler pink la, dan macam2 lagi bende mengarut.

Cuba fikir rasionalnya di sini. Jika kat resume korang, korang tulis skill komunikasi English korang adalah 6/10, apa sebenarnya maksud tu? adakah maksud korang, kalo ako cakap omputeh 10 perkataan, korang leh paham 6 je? mengarut gile sampai ako rase cam nak nangis lak.

kate grafik designer, tapi nak suruh upload ke internet pon tak reti. Ini bende betul tau. Ako dapat berpuluh2 resume dari budak2 MELAYU mintak gaji 2000 la, 1600 la, dan SEMUA bagi resume panjang gile, spelling error, DAN takde langsung contoh design grafik yang diorang buat. takde langsung website untuk showcase kerja diorang. Ada la 4 ke 5 orang yang buat website, tapi website pon kaler taik (brown), or kaler muntah (hijau + hitam).

LANGSUNG TIADA. Bila ako kata berpuluh2 resume, maksud ako lebih dari 50. Ako takde mase nak melayan resume setiap hari, jadi bila ada je resume daripada UPM, UIA, dan ade 2 3 tempat lagi, ako terus delete je. Because ako sebagai employer sudah serik untuk jumpe budak2 bangang yang tak sedar mereka sekarang sedang berlawan dengan ratusan dan ribuan graduan dan budak sekolah menengah dari seluruh pelusuk dunia.

Tak percaya? bukak www.deviantart.com . Korang yang masih belajar ni, cuba tengok member2 korang samada mereka boleh tak buat design macam design2 di site tu.

Sesiapa yang komplen pasal tak dapat kerja kat sini, ako mencabar korang untuk pos kat sini resume korang. upload la kat mana2, letak link kat sini. ako dengan rela hati dan begitu konfiden ako akan dapat tunjuk betapa hinanya resume korang. nak marah ako? marah la. ini realiti beb, kalo bangang, takkan ako nak kate bagus. nothing personal, ako hanya tunjuk betapa bangangnya kerja korang berbanding dengan resume2 yang ako dapat dari oversea. siapa berani nak mula?

Edited by C-Fu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Panjangnya En C-Fu berbicara... tak sempat baca semua. Anyway just nak mencelah dari apa yg aku baca posting pendek-pendek di atas... it's a BS la kalau korang cakap takde keje (especially dalam IT). Bersepah sesangat... IMHO takyah salahkan sistem pelajaran or whatsoever... be observant... tgk apa yg industry nakkan dan requirement yg kena ada pada diri.

Salah satu lagi faktor adalah tektik tulis resume yg tak berkesan dan tak best. I won't discuss further details on this.. but it happens.

semua orang akan cakap "belajar rajin2, agar boleh dapat kerja bagus nanti" tetapi realitinya budak dapat GPA 5.0 sekalipun tak dapat kerja yang bagus sekarang ni. jadi ayat itu sudah tidak boleh diterimapakai lagi. sebaliknya, korang mesti sedar dan cakap ini kepada anak2 dan kawan2 dan pelajar2 korang.

Please... especially for engineering/IT/computer undergraduate students... mmg ayat yg aku bold ni memang korang akan baca dan dengar di mana-mana, bukan setakat apa yg en C-Fu taip di atas ni saja. But if you are ambitious enough to work in reputable MNC companies dan bercita-cita nak pursue to the path di mana gaji RM10k++ sebelum umur 30... biarlah pointer tu taraf first class honor. Tak cakap banyak diorang hire terus. Dari mata para companies (especially yg top 10 kat forbes tu).. "Pointer tinggi walaupun technical tak power, tapi diorang ni boleh dibentuk" dan pointer rendah adalah di mata diorang sebagai "pemalas".... ni bukan aku yg cakap...tp para employers dari company hebat2 ni sendiri cakap dari mulut mereka. And the most interesting part is position tu memang ada masa depan yg cerah.

And it's true kalau korang graduates from overseas or reputable private U local kita akan dapat lebih priority dari local graduates from local U, masih bercakap pasal companies MNC yg hebat2. Don't be discouraged. At least now we know what we suppose to do to be better and have market reputation. =)

Kalau nak cakap student 5.0 tak dapat keje yg best pun betul gak. Jgn salah sangka plak...aku cakap pasal menda lain.

Share this post


Link to post
Share on other sites

very enlightening :lol:

so

- pada sape2 yang baru je masuk CS/IT/etc (freshies), score 4.0 flat every sem (atau >3.5)

- pada yang tanam anggur, belajar buat resume & start buat profile sendiri (artwork/website/projek)

tapi yang penting:

- English / Mandarin

- skill basic computer (zip, format PC, install driver, basic network, etc..), buat malu kalau budak CS/IT tak reti, mcm aku dulu :lol:

- jangan demand kalau nak dapat kerja

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tu la .. mungkin pasal resume x betul kot .. tapi gaji x demand, aku mintak Rm 700 - rm 750 (gune dip) pun kena tolak banyak kali, mase kije cashier dulu pun dapat Rm 800 inggit atau lebih .. :lol: .. mungkin kena mintak lebih kot baru dier kasik .... huhuhu

P/s: Kena cari sijil professional gak nih .. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sesiapa yang komplen pasal tak dapat kerja kat sini, ako mencabar korang untuk pos kat sini resume korang. upload la kat mana2, letak link kat sini. ako dengan rela hati dan begitu konfiden ako akan dapat tunjuk betapa hinanya resume korang. nak marah ako? marah la. ini realiti beb, kalo bangang, takkan ako nak kate bagus. nothing personal, ako hanya tunjuk betapa bangangnya kerja korang berbanding dengan resume2 yang ako dapat dari oversea. siapa berani nak mula?

heh... rasanya tak perlu kut buat macam tu ... mungkin akan menjatuhkan maruah seseorang..

amber cadangkan kat en c-fu . apa kata en c-fu guide adik adik amber ( melayu ) buat resume dgn betul.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...