Jump to content
Sign in to follow this  
P Untuk Pendeta

Filem² Yasmin.

Recommended Posts

ok..aku nak tanya, kenapa mesti filem melayu diberi layanan double standard? kenapa bila org melayu belakon bukak2 skit, dedah2 sikit, cakap2 yang ada makna lucah skit kita pakat hentam?..

kenapa...walhal, benda ni memang ada, dalam dunia realiti dan dalam dunia lakonan, memang banyak benda ni.. yasmin buat filem bagus, dia berani..ketegahkan babak sensitif tapi bagi aku ini baru satu pembaharuan.. kalu tidak, macam mana filem kita nak maju..

aku bagi contoh layanan double standard yang finas buat.. adegan cium dalam ada apa dengan cinta dipotong sedangkan filem titanic yang lebih dahsyat dari tuh lepas jer.. kenapa gini, sebab filem indonesia tu dilakonkan oleh org yang serumpun asalnye dengan melayu kita..bagi aku kalu nak potong, biar la adil.. jangan asal filem melayu je..ni takleh, tu takleh padahal dalam realitinya, melayu lagi teruk dari dalam filem tuh..

Hm... cuba pikir.

Kita nampak orang putih berdua-duaan dekat pantai bercium tak ingat dunia pakai baju pon idak. Apa kita pikir??? "Biasala... orang putih".

Cuba tengok gadis dan pemuda melayu pula di tepi pantai buat benda sejibik cam omputih tue buat... apa pula kita pkir??? "Masya'allah... astaghfirullah hal azim. Ya Allah!!!"... entah hapa-hapa lagi. Rasa dalam badan nak je pergi sepak terajang tampar dua-dua tuh on the spot.

Pasal filem-filem omputih... aku langsung tak kisah seganas mana pon... kalau tak suka jangan tengok.

Pasal filem melayu yg buat benda camtue dan beberapa filem yg sewaktu dengannya pulak... tengok dulu... bangsa apa buat?? Melayu?? Agama apa?? Islam?? Tetiba buat filem sejibik cam omputih tue buat. Tak rasa semacam??? Tak rasa hangat??? Dah la pelakon dia pon Islam. Muslim. Buat camtue.

Then bila kita bersembang dengan orang putih memana... sembang pasal adab dan budaya... tiba-tiba orang putih tue cakap... "Buat apa nak bangga dengan adab anda... tengok filem cik Yasmin penuh dengan babak yang lebih kurang sama saja dengan filem barat. Adakah itu bagus???"

Orang melayu... agama Islam. Buat filem camtue... cerita dengan babak camtue... tak sadis??

Nak tunjuk realiti??? OK... betullah kot... then tetiba bangsa lain galak kutuk kita sebab 'realiti' tue ditonjolkan secara meluas... jangan lupa... kita di budaya timur... then orang luar cakap... "Poyo la... budaya timur hapa camtue..." :(

Sedih aku...

P/S: Aku dengar sampai agama pon dipermainkan... kes Imam pegang anjing... apa hal tue???

Edited by Crimson Star

Share this post


Link to post
Share on other sites

yasmin tu ******** kot?! ntah ape dlm kpale otak dier tuh..

kalo dah sesat jgn ler sesatkan org lain plak

ya Allah slamatkan la mesia

Share this post


Link to post
Share on other sites

...ntahnye , org islam , org melayu punya filem kutuk diri/ agama sendiri , sampai hormat ngan agama sendiri

pun ntah kemana ... orang putih tu biorkan dorang memang dah sesat . ni nak join skali lak .. filem yasmin nih

cam nak menghalalkan lak sikap2 dlm filem tu tuk dibuat kat luar .nanti kalo budak kene tangkap khalwat,

dia kata "filem yasmin tu bole lak !!" .. camne ...

niat elok kalo dibuat secara salah nanti menyusahkan/ merosakkan org lain

Share this post


Link to post
Share on other sites

hmm...

aku tak tau laa bila atau ape keadaan yang boleh di katakan adegan dalam filem tu bagos bagoss...

seme tak elok aje..seme tak bagos aje..

nampak yang negatif je.. yang positif tak nampak..

kalo bagi pendapat mengutuk memang 10 bakul tak cukup..

dengki ke? jeles? huhuhu

tah ar terus terang jek aku suke tengok cete yasmin tak kisah laa iklan ke filem ke drama ke

dan aku tak kisah kalo ade orang ckp dia tukar jantina ke dia peluk ngan pak arab ke ape ke..sebab nye aku tak tau betul ke tak..sebab nye sekeping gambar boleh mendatang kan 1,000,000 cete..

kalau pengarah m'sia buat filem yang terrrrover sket atau di katakan mencemarkan adat dan agama..bukan maen berbakul mengutuk..tapi korang still gak tengok cete mat saleh..cete pontianak yang mat saleh buat..cete yang ade kissing² cete yang ade unsur² kristian..ape ke mendeeee tah

kalau rase nak jaga serba serbi..baik jangan tengok..sebab bila tengok..dah kira bersubahat..apetah lagi membeli tiket..dah la beli tiket tengok wayang..dalam wayang tengok adegan yang di katakan tak senonoh..bila dah habbis cete komen sampai berbakul..haa berganda² dah dosa..:P

aku ada tengok sikit je forum kat TV 1 yang bincang ttg filem yasmin sepet dengan gubra..

salah sorang panel si raja azmi kalo x silap aku..komen bukan maen..nak kate dia pengarah terbaik aku takde plak tengok filem dia bagus bagus..salah satu filem kalo aku tak silap la(kalo silap sila betulkan) adegan rashid sidek tak pakai baju dengan badan berminyak menyanyi dengan wardina..ahaha mcm tu bagus ke..?agak agak mencemarkan tak yang macam dia komen dalam cete gubra tu :P

mase deja moss jadi ahli panel ttg topic mawi..ade sorang pemanggil secara life bagitau deja moss tak layak jadi ahli panel dan bagi komen tentang mawi..

tak pasal pasal malu sendiri..:P

ngee...ape aku merepek nih..

merepek ke? kowang paham ke ape aku nak saampaikan?

ehh ade satu lagi..

kalo korang rase filem yasmin tak bape logic..jangan la emo sangat babe..dah pun name filem..bukan cete atau kisah benar..

kalau nak tengok cete yang logic..haa tengok kisah benar atau pun duduk kat stesen bus ke pasar ke kat trafic light ke shopping complex ke..ha tengok ragam manusia..itu baru laa di katakan logic lagi realiti!! :P

paham x seme? ke tak paham ape aku tulis? ahaha :lol:

UNTUK ULASAN AKU NIH, AKU TAK AKAN TAPIS MANA-MANA PERKATAAN YANG AKU KELUARKAN DAN AKU ASSUME YANG KORANG SEMUA NIH CUKUP 18 TAHUN

WOKEEHHHH !!!!!!

Aku dah tengok gubra nih kat CD dan aku nak bagi sinopsis skit pasal citer nih :-

OK, menurut bahasa (kamus dewan bahasa) gubra membawa istilah iaitu sifat gelabah, merawan tak tentu pasal dan sifat ketakutan. Aku bagi skit maksud gubra nih supaya korang jangan gubra dengan apa yang aku komen.

Aku tengok filem nih sungguh aku tak terkata, terkejut jugak aku isi kandungan jalan cerita filem nih yang disifatkan aku sebagai "amat mendalam". Aku tak tau apa yang cik Yasmin pikir camtu sampai dia boleh keluarkan idea untuk menghasilkan filem camtu.

Kalau mengikut prespektif perkauman, aku sokong filem tu sebab ianya menggabungkan persamaan kaum TETAPI kalau aku pandang melalui sudut sosial, amat gerun untuk aku perkatakan. Ini bukan kali pertama pertama memandangkan corak filem ini hampir sama dengan corak filem melayu bertajuk PALOH. Babak cinta seorang Jepun dengan Gadis Melayu, dan jugak babak rogol. Cuma filem GUBRA nih berorientasikan percintaan dan kelakuan gubra punduduk.

Aku tak paham langsung apa yang nak diketengahkan dalam filem GUBRA, babak Bilal dan Isterinya dan jugak babak pelacur yang bercinta. Aku nih bukan Faizal Tehrani tapi dalam dalam keadaan gubra aku tengok filem nih cukup terbuka dengan sifat-sifat yang digelar sebagai gubra. Perbuatan Bilal yang tak kisah jirannya pulang dari melacur dan babak peluk-peluk diantara pelacur dengan cintanya.... haduihh ini cukup gubra untuk disaksikan memandangkan ini adalah filem melayu adat ketimuran.

Perbuatan bilal memegang anjing cukup aku heran, apakah yang nak diketengahkan oleh Yasmin dalam slot tu? Takkan Yasmin tu mengikut macam kata hadis nih :-

حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أبو خالد الأحمر ‏ ‏عن ‏ ‏هشام ‏ ‏عن ‏ ‏محمد ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏

‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أن امرأة ‏ ‏بغيا ‏ ‏رأت كلبا في يوم حار ‏ ‏يطيف ‏ ‏ببئر قد ‏ ‏أدلع ‏ ‏لسانه من العطش فنزعت له ‏ ‏بموقها ‏ ‏فغفر لها

Dari Nabi saw. bahwa pada suatu hari yang sangat panas seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah sumur sambil menjulurkan lidahnya karena kehausan. Ia kemudian melepas sepatu kulitnya (untuk mengambil air sumur yang akan diminumkan kepada anjing), lalu wanita itu diampuni dosanya

Hadis riwayat Sahih Muslim

Kalau dalam hadis kata, anjing tu kehausan dan kita kalau tengok binatang yang kehausan walhal anjing sekalipun maka sunat bagi kita memberi anjing tersebut air. Dan wanita tu pun seorang pelacur tapi tak pegang pun anjing tu Tapi dalam kes Bilal nih, dia pegang anjing tak tau apasal dia buat camtu. Aku heran betul dengan babak yang sadis tu. Dah lah diberi perwatakan seorang yang alim. Adakah Yasmin memperolehi idea anjing tu dari hadis nih? Wallahualam....

Dan babak peluk-cium. Yang tu aku sangat pertikaikan dalam filem Melayu. Seolah-olah dalam babak tu Bilal menghalalkan peluk-cium dan pesta maksiat di kawasanya. Adakah patut macam tu? Babak agama yang disimpangkan dalam filem. Aku rujuk pada ko cikkie memamndangkan ko tu open dalam filem. Kalau ko tengok (kalaulah TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9) buat liputan pasal JIT (Jangan Ikut Tuhan) yang mana ahlinya terdiri dari Melayu secara live kat dalam berita. Apa pandangan ko? Well Known kalau buat pulak filem kisah benar macam Yasmin tu buat, lakonkan seluma babak pijak Al-Quran. Apa pulak komen? Jangan komen benda yang menglibatkan sensitiviti Agama Islam dan Maruah Melayu kalau tak reti nak komen. Ataupun ko boleh segeng ngan Crap-Fu pasal isu Gambar Kartun Nabi Muhammad SWT.

Filem nih cukup sadis, cukup ngeri untuk dilihat. Perbuatan tak senonoh dan mempermainkan agama jelas terpampang kat dada filem nih. Yasmin nih aku rasa dia seorang pengarang yang bagus, tapi idealnya terlalu tajam dan terlalu menujuk seolah-olah "tiada salah kalau buat camtu, anda boleh gubra jika mahu".

So cikkie, filem melayu aku kutuk berkandar. Dan filem omputih aku tak kutuk pon. Dan ko kata pulak yang tu sebenarnya adalah filem, cerita yang direka. Tapi ko sedar tak dari cerita yang direka tu wujudnya masalah sosial kat Malaysia nih. Diorang ambik bahan dalam filem buat idola untuk kehidupan harian mereka. Kalau tak tak wujud lerr pasangan yang sanggup buat maksiat sebelum bernikah. Pasal tiru omputih. Kalau filem Melayu ada gambar dedah-dedah, peluk-peluk, suasana melacur rasanya lagi ramai lerr yang akan terpengaruh pasal terikut-ikut idealogi filem tu. Kalau tak tak wujud lerr rating "U", "18PL", "18SX" dan rating lain-lain untuk filem. Tapi aku heran camner filem GUBRA bleh dapat rating "U"???

Filem bagi aku adalah memaparkan gaya hidup sesuatu masyarakat, kalau omputih filem diorang kena ada sentuhan (babak *ahem* laaaa) baru dikatakan bercinta. Kalau filem Korea pulak, ayat-ayat yang tersusun rapi macam "simpan tarian terakhir kamu untuk saya" menggambarkan percintaan mereka. Dan kalau Malaysia pulak (espeacially Melayu) apa yang nak menggambarkan yang mereka tu bercinta? Adakah :-

1:: Peluk-peluk, cium-cium

2:: Susunan kata-kata

3:: Dua-dua sekali ??!!!!

Sebab tu aku maleh nak komen, kutuk, tegur, kata kat filem omputih pasal memang jalan ceritanya AKAN MACAM TU.

Setakat nih jerr komen membina aku. Sekian terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

punyala nak laku abih ntah apa2 isi dia taruk dlm filem dia (yasmin) ... :o

Share this post


Link to post
Share on other sites

mesia dah maju...yeaa mesia dah maju...gulpp...

cuba tengok ke dalam skit...penayangan filem gubra tu,melalui badan penapisan filem yg mendokong dasar2 hiburan (filem)di negara kite.bile badan ni lepas filem tu utk ditayangkan,aku terfikir2 ape yg ader dlm dasar tu sebenarnyer.....derang bute ker??

Share this post


Link to post
Share on other sites

Macam ni..normal la dalam satu forum ada satu pihak membangkang dan ada satu pihak lagik mengipas(menyokong)..benda ni memang wujud dimana2 forum dan topic..so semua forumers kena terima bahawa itu adalah pendapat individu yg lahir secara spontan….korang takleh nak marah tak tentu pasal jez bcause mereka membangkang atau tidak bersetuju dan begitu juga sebaliknya …ok actually aku ingin sekali menyanggah statement beberapa user yg comment pasal film yasmin ni tapi ahmades dah komen dgn byk sekali dan banyak jugak persamaan dgn apa yg aku dah prepare type dkt word :D so ubah skit hehe….for ahmades welldone …welldone to pembangkang also karna masih berpegang pada prinsip bahawa issue keugamaan soal hukum hakam tidak boleh dipermain2kan, diperkotak katikkan dan jgn sesekali membelakangi ugama..ini very very sensitive!aku bukan nak provoke mana2 user actually..aku Cuma tak puas hati karna ia melibatkan ugama aku ..so aku rasa memang wajar aku pertahankanya….jgn ada salah tafsir plak

kita sendiri sedar film tu memang ada adengan yg tak sepatutnya dan tidak senonoh untuk tontonan tapi kita masih boleh menerima dan menyifatkan film tu bagus berrevolusi baru teknik baru dan segalanya2 baru termasuk jalan cerita yg baru(aku baca jln cite sama je ngan beberapa film sedia ada kat mesia ni)..dan ada juga diantara kita membandingkannya dgn film barat..bila dikata pemikiran anak melayu dijajah oleh budaya barat ramai yg melenting melatah malah memarahinya..siap kata konservatif tak open minded malah ada mengatakan ingin membunuh kreativiti yg khabarnya kreatif dan talented itu..walhal inilah realitynya pemikiran segelintir bangsa melayu telah dijajah budaya barat dlm keadaan tidak sadar dari semua sudut seratus peratus bilamana ada beberapa statement diatas yg membandingkan filem melayu yg dibuat oleh melayu yg mengaku diri islam dgn filem barat yg dibuat oleh org non-muslim ..geli hati pon ada masa baca beberapa post diatas yg menyokong dgn padu

dgn senyum kambing timbul satu persoalan dlm minda aku..adakah yg post comment tu bukan org islam?adakah dia tidak tahu akan hukum hakam islam? waallahualam.. …“tgk matsalleh cium takpe tgk org melayu cium takleh..tgk filem titanic takpe tgk film yasmin cepat2 nak hentam nak bunuh talent melayu” apa ini?(cuba ko tanya diri ko balik apa yg sedang ko type)... walhal takkan dia takleh nak pikir yg menghentamkan tu sedang mempertahankan ugama sendiri supaya tidak dipandang hina dipandang rendah oleh masyarakat yg bukan islam terhadap org islam malah yg menghentam tu sedang menyadarkan yg benda tu haram untuk tontonan...kalau terikut dgn budaya barat dari sudut positive contoh macam pengunaan technology baru ke atau teknik CGI diterapkan dlm film dia aku sokonglahkan tapi ini bawak masuk element2 barat yg lebih kepada ‘berdosa dan haram’ ini memang patut dihentam cukup2!

iye betul memang ada bagus dan pembahruan dlm film yasmin ..dari aspek positive yg ni aku pon puji..yg mana bagus ok fine kita agree dan yg mana tak bagus kenapa masih agree?kenapa masih mempertahankannya?sedangkan dah terang lagi bersuluh beberapa adengan dlm film tu seolah2 memperkotak katikkan ugama islam ..banyak perkara negative aku nampak dlm film yasmin .dimana yasmin memberi watak sebagai bilal yg memegang anjing kepada pelakon melayu yg aku agak dia islam (ini sengaja atau tidak sengaja aku tak pasti tapi adengan ni ada).. apa motif dia?adakah dia tidak tahu perkara itu sensitive?atau dia sengaja buat tidak tahu?atau dia sengaja nak menonjolkan kelainan filem dia dari filem org lain sehingga membelakangi ugama?adakah msg yg ign disampaikan dlm filem2 dia sampai kepada penonton?apa yg anda semua faham dgn motif serta msg yg ingin disampaikan?macam aku pernah kata kat atas…kalau benda haram tetap haram kita takde hak nak menghalalkannya

bagi aku zaman sekarang ni kebanyakan umat dimuka bumi dah mula mempertahankan ugama bukan bangsa so andaikata nak pertahankan melayu sangat pon tak guna gak..cause zaman sekarang ada melayu kristian ada juga melayu yahudi ada melayu Buddha so kita takyah nak bangkitkan issue melayu sangat …aku lebih suka concern issue keugamaan..baru tepat dan releven..kenapa?karna sudah ada beberapa statement diatas mula mempersoalkan mempertikaikan melayu diindonesia pon ada yg bercium (agaknya dia tahu tak ugama melayu indonesia yg dikatakan serumpun tu ye?)kenapa melayu dimalaysia bila bercium kecoh satu Malaya?…karna org melayu mempunyai pelbagai ugama termasuk yg serumpun but majority melayu dimalaysia is moslim tu menurut statistiklah…..kalau dia melayu bukan islam we all pedulik hape marah2 pasal cium peluk gesel usap belai ni ..itu dosa dia tanggung sendiri kalau dia bukan islam.. ..tetapi dia islam of coz semua moslim ada hak untuk melarang malah menasihatinya...tetapi kalau kita bertegas dgn issue ugama maka aku rasa takde sape boleh compare ugama islam dgn ugama lain so pasni aku harap takde laa komen melayu sana leh cium melayu sini takleh cium takleh peluk dan yg sebegini (geli hati pon ada baca statement tu)…

satu lagi andaikata ada filem lain yg sudah ditayangkan atau sedang dan belum ditayangkan dimalaysia ni yg masih suka mengunakan adengan seperti si yasmin ni aku tetap akan menghentam...harap tidak melatah

P/S:aku tertarik dgn 'thinkin' azab yg diterima oleh rakyat bosnia tak lama dulu..oo00000o0o0 (thinkin) bagus dijadikan panduan

Edited by akublur

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok..aku nak tanya, kenapa mesti filem melayu diberi layanan double standard? kenapa bila org melayu belakon bukak2 skit, dedah2 sikit, cakap2 yang ada makna lucah skit kita pakat hentam?..

kenapa...walhal, benda ni memang ada, dalam dunia realiti dan dalam dunia lakonan, memang banyak benda ni.. yasmin buat filem bagus, dia berani..ketegahkan babak sensitif tapi bagi aku ini baru satu pembaharuan.. kalu tidak, macam mana filem kita nak maju..

aku bagi contoh layanan double standard yang finas buat.. adegan cium dalam ada apa dengan cinta dipotong sedangkan filem titanic yang lebih dahsyat dari tuh lepas jer.. kenapa gini, sebab filem indonesia tu dilakonkan oleh org yang serumpun asalnye dengan melayu kita..bagi aku kalu nak potong, biar la adil.. jangan asal filem melayu je..ni takleh, tu takleh padahal dalam realitinya, melayu lagi teruk dari dalam filem tuh..

wokeh..bagus..bagus..banyak pulak ulasan dari post nih. emmm, aku ngaku memang aku salah sebab nak banding filem melayu dgn filem omputih. memang la dah budaya omputih kan.. cuma apa yang nak aku ketengahkan adalah dikriminasi dari finas.. filem Ada Apa Dgn Cinta telah dipotong adegan cium mulut tapi kenapa filem lain diluluskan. tu jer..pada aku, mereka mesti lagi peka dengan soal agama dan budaya. bila filem dah ditayangkan kat pawagam, orang yang tengok filem nih kebanyakan melayu kan? jadi siapa salah? finas? yasmin? atau kita sendiri?..

bab filem yasmin, memang sensitif tapi korang kena akui gak, memang tuh realiti yang berlaku cuma memang tak elok bila ditayangkan kat pawagam..kalu tak silap aku dulu ada satu filem yang org melayu buat, tajuk dia Ringgit Kassorga rasanya, filem nih lagi dahsyat, siap ada adegan f**k sambil naik tangga, dilakonkan oleh eman manan kalu tak silap..adegan tuh memang tak dedah anggota tubuh tapi bagi aku cukup berani dan lulus pulak. kenapa finas lulus? ntahla..

bab filem melayu yang sensitif memang banyak dan dah lama ada kat pawagam cuma skg ni, yasmin pula yang berani buat filem mcmtuh..memang tak elok dari segi budaya dan agama tapi dari segi industrii filem, aku tetap sokong yasmin. Good luck Yasmin...

P/S..: jgnlah korang cakap aku lupa agama lak mentang2 aku sokong filem yasmin..bila aku post ulasan aku tentang finas lulus titanic tuh, mcm2 aku dikatakan. aku tak kisah tapi aku orang islam.

emm satu lagi...tentang bilal tuh pegang anjing dan moptif dia..aku mmg tak tau

tapi mengikut pengetahuan aku yang cetek nih..haram anjing dan babi tak sama. babi memang haram dari segala segi tapi kalu anjing, kita boleh pegang tapi dengan syarat, mesti si pemegang dan anjing tuh dalam keadaan kering.

jika aku salah, tolong betulkan..bersedia untuk belajar :lol:

P/S : janganla korang kutuk aku memacam lagi sebab post nih pulak..aku cakap tuh dari pengetahuan aku. jika ada yang lebih tau, sama2 lah kita belajar.. :lol:

Edited by zero_clockz

Share this post


Link to post
Share on other sites

Perbezaan ahamades dan akublur ialah, akublur jarang menggunakan kekunci ENTER menyebabkan aku membaca post ahmades semuanya tapi hanya suku dari posting akublur. jk :P jk :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

um...filem AADC tu pompuan dia islam kan ?? paham2 ar..

--start perli-- :P

pasni suruh yasmin tu buat revolution ..biar industri filem kita buat filem blue gak... kan dari sbhgian dari industri filem international kan ? malaysia kene ikut gak .... dan pengasas dia yasmin ..okla tu , demi kemajuan kita kene utamakan industri jgn libatkan agama dan budaya melayu

--stop perli-- :ph34r:

kekekeke...susah ar kalo nak maju kene blakangkan agama ngan budaya ish ish ish .. :(:angry:

Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites

memang la kalu ikut agama dan adat budaya, kita terbatas pada norma2 tertentu. jadi kalu filem begini memang sensitif. tapi aku teringat satu filem yang dilakonkan oleh kumpulan raihan..filem tuh guna teknologi terkini walu tak laku sangat..benda baru gaktuh..teknologi dari u.s kalu tak silap..

maksud aku..kita boleh maju, islam boleh maju dgn tak perlu ketengahkan isu sensitif dalam filem tapi ntahla apa yang difikirkan yasmin.. bagi aku, dia bagus tapi isu yang dipilih tak kena..tapi aku suka filem dia.. :lol:

P/S : bla tgk filem omputih yang cium2..kita fikir takper..malah ada yang puji... bila tgk filem melayu yang dedah2 atau isu sensitif..kita mula berfikir, filem tu tak patut ditayangkan...masyarakat kita bagus...peka.. tapi kitalah jua para penontonnya..itu saja yang kita boleh buat sambil memberi komen kat sini. tapi siapa yang membenarkan filem2 gituh ditayangkan?.. ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

emm satu lagi...tentang bilal tuh pegang anjing dan moptif dia..aku mmg tak tau

tapi mengikut pengetahuan aku yang cetek nih..haram anjing dan babi tak sama. babi memang haram dari segala segi tapi kalu anjing, kita boleh pegang tapi dengan syarat, mesti si pemegang dan anjing tuh dalam keadaan kering.

Minat maaf kepada zero_clock tapi itu adalah SALAH sebab :-

1:: Tapak tangan manusia sentiasa berpeluh, maka wujud air disitu dan menyebabkan anjing haram dipegang.

2:: "Kering" yang dimaksudkan adalah berlapik dengan apa-apa lapisan (eg sarung getah, plastik dll)

Maknanya, memang haram kalau meyentuh anjing. :)

Perbezaan ahamades dan akublur ialah, akublur jarang menggunakan kekunci ENTER menyebabkan aku membaca post ahmades semuanya tapi hanya suku dari posting akublur. jk :P jk :P

Cikgu sekolah aku dulu akan tibai tangan aku kalau aku tak buat perenggan dalam karangan :(

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa la zero clockz masih membandingkan film melayu dgn film buatan org putih...aku pon tak faham apa yg ko cuba ungkitkan disini..takkan ko masih tak dapat fahami apa yg dipertahankan oleh user2 diatas?untuk film omputih ditayangkan dimalaysia dgn adengan2 hot n spicy tu memang seme org sedia maklumkan dan bersedia itu omputih dlm ertikata lain org kapirrr!so dia wat film para pelakon dia pelok ke ciom ke telanjang bogel ke kita pedulik hape?pandai2 penonton laa samaada nak tgk atau tak..itu terserah pada anda la pulak dan yg menonton of coz aa dapat dosa secara otomatis kan...

untuk film melayu yg dibuat oleh org melayu dan yg dilakonkan juga oleh org melayu of coz aa nampak pelik janggal malah memalukan sebab itu org melayu!pulak tu org islam ....aku rasa ko boleh pikir dgn logic selogic2nya...takperlu lagi timbul perbandingan seperti yg ko kata tu..aku rasa jawapan ada dlm diri ko termasuk dlm diri masing2..kalau masih dan terus menerus buat perbandingan melayu islam dgn matsaleh kapir maka aku rasa seolah2 dlm ertikata lain yg aku fahami ko seolah2 menyamakan kedudukan ugama islam setaraf dgn ugama lain dlm keadaan tidak sedar dan tidak sengaja..dan satu lagi ..untuk film2 samada omputih atau melayu yg terlepas dari kastam(badan penapisan film)yg punya adengantak senonoh untuk tontonan apa kita boleh buat?selain dari avoid tgk film2 camtu..cara2 nak avoid?heh rasanya seme dah besar panjang pandai2 la sendiri

weii ahmades aku dah edit wat perenggan tu...:P baling ngan cd film gubra nantikan baru gabra ko ni :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

my points are:

1- finas tak tapis, apa sebab pon.. dia punya pasal la.. :) penapis ni ada macam2.. ada yang bocor, ada yang tak.. ada lubang besar, ada lubang kecik, ada yang kekadang dia leh tapis air, tetapi kadang2 dia tak tapis minyak.. dan tidaklah kita berbincang mengenai penapis..

2- bukan semua org tgk filem mat saleh yang peluk cium tu.. dan mereka kurang marah kerana alkisah pelakunya adalah kapir... (sila sebut dengan nada berlagu bermula dari alkisah)

3- ramai yang benci filem spastik sorang prof tu... tapi rasa2nya lagi benci filem yang nak merosakkan ugamanya...

tahukah anda apakah kesan jangka panjang dari filem seperti ini?

- filem seperti ini akan menjadi kebiasaan kepada kita jika tidak disekat dari sekarang... maka yang akan melakonkannya nanti mungkin anak kita, mungkin anak sedara kita...

Edited by aku

Share this post


Link to post
Share on other sites

kawan2...aku tak la buat perbandingan filem omputih dan filem melayu cuma apa yang aku kesalkan filem yang beleluasa kat pawagam tuh memang dahsyat kalu nak di ikut dengan adat dan susila kita sebagai orang islam.

apa yang aku tekankan adalah kelulusan finas dalam penayangan filem2 kat pawagam mahupun kat tv. tapi macam sedara kita cakap kat atas tuh..kita bukan bincang pasal penapis kan.. so ignore jelah apa yang aku cakap pasal penapis tuh... :ph34r:

dahkalu finas tapis lebih kurang jer..terpulang lah untuk kita untuk kita pula untuk membuat penapisan..

apa2pun..memang pengaruh filem memberi kesan besar dalam penjajahan minda kita orang melayu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

perghhhhhhhhhh

aku blur

panjang berjalan2

hehehe

tapi kann

filem ape2pon kalo tayang kat wayang pon sme jer

wkakakak

orang yang menonton tu

errr

nak tutp pawagam ok tak?

Share this post


Link to post
Share on other sites

adoi pusing2 benda hok sama gok dia dok ngulehnyee...betul kastam

(badan penapisan film malaysia)tidak ada penapis(tapi bagi aku bukan takdak penapis cuma depa beri banyak kelongaran tu pasei banyok cite ada adengan dok senonoh luluh masuk panggung..bukannya apa kononnya boleh menolong memajukan ekonomi mesia hok nok jatuh ditimpa bumi ni)..so pandai2 laa anda semua identify untuk mencari penapis sendiri untuk menapis apa yg anda tonton apa yg anda makan apa yg anda minum apa yg anda pakai dan apa jua kehidupan anda termasuk apa yg anda type..kalau anda dah tahu sesuatu benda yg bakal anda guna anda lihat memang tidak masuk akal dan boleh membawa kepada dosa maka anda jauhilah dan tapis2kan lah...akhir sekali bergembiralah anda semua dgn penapis2 yg anda gunakan..(hari ini dlm penapis)

dalam makna ni kena paham betul2

Edited by akublur

Share this post


Link to post
Share on other sites

penah tengok the village?

penah tengok ke sapa2 dalam industri filem malaysia yang nak wat filem cenggitu?

ini kebaikannya:

dalam banyak2 org dok buat filem hantu, dia buat cam filem hantu gak, macam seram gak.. alih2 masa last filem baru kite tau cerita sebenar...

penah tengok 13th warrior?

ada filem melayu wat cenggitu?

ini kebaikannya:

walaupon kurang tepat gambaran mengenai seorang Islam, tapi dia tunjuk seorang Islam yang tawakal, jadik hero lagik.. siap bidas kata-kata rakan2nya tak Islam.. (filem ni buat aku bangga jadik orang Islam)

penah tengok cite2 cinta korea?

malaysia ada cuba wat cenggitu ke?

ini kebaikannya:

tak perlu ada orang jahat pon dalam kisah percintaan.. cuma ada second hero.. yang pastinya takkan dapat heroin...

kenapa aku tulis yang kat atas ni?

yasmin ada banyak cara lagi nak lakukan pembaharuan.. bukan dengan cara buat kontroversi ntuk raih publisiti...

mungkin ada yang akan kata.. itu cerita2 ringan.. cerita yasmin ni cerita berat... tanya diri anda, anda menonton kerana apa? mahukan cerita berat? jom melawat wanita-wanita teraniaya, rumah orang2 tua.. bleh jumpak cerita berat...

aku menonton untuk kepuasan.. cerita kontroversi tentu sahaja tidak memuaskan.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

weii ahmades aku dah edit wat perenggan tu...:P baling ngan cd film gubra nantikan baru gabra ko ni :lol:

P/S:: Ko jangan, kang aku tak gubra ko pak yang gubra... dah la CD tulen mahal lorr :lol:

BTW, menyebut dengan tapisan dan filem indonesia. Menang dalam hal nih ada kompromi kerna enggak mahu filemnya Indonesia ditayangkan secara lepas di Malaysia dong.. kalau mereka tak bisa tapis maka filem Malaysia nih bisa hancus.. huhuhuhu Sebabnya dong filem Indonesia ngomolnya bisa qualiti, jalan ceritanya menarik ngak. Kompare dengan filem Malaysia adussss... bisa tenggelam syih...

Filem Malaysia ngak ada tapis di Indonesia syih.. sama-sama tapis hahahaa... jadi bila kalian semua ngomel-ngomel tentang filem Indonesia di saringkan, sebab filem Malaysia pun disaringkan juga di sana syeh..

P/S::HAHAHA kalian bisa paham apa yang aku taip? :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku bagi ringkasan kat korang:

tak terfikirkah filem melayu nak buat filem mcm "UMAR MUKHTAR"..drp buat mcm filem yg gubra sepet..mungkin filem ini disasarkan kpd golongan tertentu...kalu nk majupun janganlah tiru adegan ehem cam omputih buat....xkan camgitu nak suru akuH yg amatur nir ajar HUARGHHHHHHHHHH

Edited by Batista

Share this post


Link to post
Share on other sites

Senang Citer Tepuk Dada tanya Iman..aku sendiri x penah tgk citer gubra mahupun sepet diwayang even rabun pun tgk kat tv..

apa kessssss...sendiri punya duit sendiri beli tiket sendiri layan..pastu sendiri kasi pendapat..kalo x pueh hati lagi gak buek mcm Indon rusuh2 sana sini mcm kes berita Inul nak jadi Model PlayBoy tuh hahahaha..gerenti terus diorank amik tindakan..hahahaha just cadangan hehehehe~ :)

org yg dok tapis menapis Kopi tuh pun Manusia gak..kalo dah antara org2 yg dok tapis menapis kopi nih terima duit "bawah meja" semua bole selesai... :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Senang Citer Tepuk Dada tanya Iman..aku sendiri x penah tgk citer gubra mahupun sepet diwayang even rabun pun tgk kat tv..

apa kessssss...sendiri punya duit sendiri beli tiket sendiri layan..pastu sendiri kasi pendapat..kalo x pueh hati lagi gak buek mcm Indon rusuh2 sana sini mcm kes berita Inul nak jadi Model PlayBoy tuh hahahaha..gerenti terus diorank amik tindakan..hahahaha just cadangan hehehehe~ :)

org yg dok tapis menapis Kopi tuh pun Manusia gak..kalo dah antara org2 yg dok tapis menapis kopi nih terima duit "bawah meja" semua bole selesai... :)

Masalahnya kitA buka indon untuk rusuhan tu dan ni. Lagi pun kes apa inul tu nak jadi model majalah Playboya tu? Padanlah diorang buat rusuhan pon. Kalau kat sini disimpulkan penyayi popular cam Mawi jadi model playboya, tak ker ada rusuhan kat Malaysia nih? Camtu jer konsep hidup nih kalau sabitkan dnegan benda "popular".

Pasai sendiri punya duit, sendiri tengok dan sendiri bagi komen. Tu pasai sendiri dah rasa rugi tengok filem tu. Sebab tu bagi komen. kalau nak tengok gak sapa nak larang? Kut laa bleh dipraktikkkan kat mana-mana celah hidup nih budaya "sebenar" maysarakat kita dulu. Kalau tengok maksiat depan mata,"Whuihhh.... gila ka pa mak pak dia mesti tak didik dia..blablabla". Tapi kalau tengok dalam filem, "Tak pa, tu filem jerr... balblabla".

Penapis kopi tu aku rasa la kan heaven, "penapis berbayar kot" HAHAHAAHAHAHAHAH :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebenarnye..tak kisah la filem apa pun, dari negara mana pun, bangsa apa pun..tapi kalu finas dah lulus tayangan, disinilah bermula benda yang tak baik.

aku tak faham betul la finas nih..buat apa tapis filem kalu sambil lewa je..kalu nak tapis, buat la bebetul :angry: kalu nak tapis orang cium, tais la sume, tapi ada yang lepas ada yang tak..apa tujuan badan penapis filem ada kalu x peka pada adat dan budaya tambah lagi kita negara islam, majoriti orang melayu islam..hampeh btul finas..

aku rasa la..memang ada duit bawah meja la.. <_<

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...