Jump to content
mohdsyukri

Kenapa Animasi Malaysia Tidak Maju?

Recommended Posts

so far aku stuju ngan pendapat jalan citer merapu tuh.. utk season 2 kitorang mmg usaha utk buat skrip yang better. bukan cerita yg tak best, tapi jalan cerita tak menarik.. maklum le, scriptwriter kitorang just bekas cikgu sekolah agama je. huhu.. pergerakan watak perlu dilajukan sikit tu aku tak baper paham ler.. nak laju lagi ke smooth lagi ke.

next week ada banyak babak yg best2 dari segi animation.. ada robot, ada crayon sketch animation, ada scene perang... kalo bole tgk le ye... :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Final animation untuk masuk TV biasa dalam format hapa ah..? Saja nak tau..

dalam bentuk beta.. kalau utk rtm still pakai beta digital. tape yg besar gedabak tu. ada sesetengah tv stesen yg dah pakai dvcpro.

Share this post


Link to post
Share on other sites

animasi malaysia ikut cara malaysia sangat. bila ikut cara malaysia dah berbeza dengan ciri animasi yang dah memang popular. grafik 3d nya buruk.. buruuuuuk... lagi bagus buat 2d. kalau harapkan 3d tapi betuk ntah apa apa pun buat apa.

Share this post


Link to post
Share on other sites

dalam bentuk beta.. kalau utk rtm still pakai beta digital. tape yg besar gedabak tu. ada sesetengah tv stesen yg dah pakai dvcpro.

mcm mana bentuk beta digital ni? dia buat di komputer lepas tu disimpan dlm bentuk apa? dipindah kan mcm mana? apa keyword yg aku nak taip utk carik maklumat pasal ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites

wikipedia.com ada information pasal beta. tanya saudara gcloud pun boleh utk tau pasal digital tape ni. keyword = digital beta tape

digital beta tape dan beta sp tape adalah tape standard yg digunakan oleh broadcast tv, bentuknya macam tape vhs.. (tape blue masa kecik2 dulu tu..) :) tapi dia besar sikit. harga dia memang mahal. satu tape digital je dah 95 hengget. ada dua tiga kedai je kat kl ni yg supply tape tu. dia punya 'player' pulak, (beta machine) reganya boleh mencapai 250 ribu hengget.

FujiDigiBeta_sm.jpg

Share this post


Link to post
Share on other sites

*OFF Topic*

Aku tak tau sangat psl tu... but kalo FUNImation (pengedar animasi Jepun kat US) punya studio diorg guna mesin digibeta yg dlm gambar kat bawah ni... mcm tu kot:

funistudio001km1.jpgfunistudio002hg1.jpg

*ON Topic*

Link kat bawah ni aku nak kongsi contoh animasi klasik yg guna teknik cel-animation cara tradisional... no digital efek atau apa2 je. Lagipun animasi ni ada sangkut-paut cerita psl betapa cintanya diorg bekerja sbg seorg animator. Kpd para animator Malaysia... d/load ah~ sbg rujukan tambahan je. Harap korang bleh cuba pelbagaikan lagi idea korang tu pada masa depan kelak.

Video format Real Media ---[ download ]

Pada pendapat korang... animasi yg korang d/load tu... adakah setaraf animasi Malaysia skrg? Tu animasi keluaran awal tahun 90-an tu... jgn memain. Para animator... bleh la bagi skit pendapat korang. ;)

p.s:

tadi aku layan animasi Malaysia cite Hidayat... best gak... tapi bleh improve lagi kot. Yg ter-best-nya alihsuara ngan lipsync bibir dia selari & lebih natural... dan pelakon suara cam pelakon suara dub anime pulak. :blush: Cuma animation je nampak sejibik ala-ala flash. Persembahan animasi pun dah guna pelbagai sudut kamera.

Edited by iruganiisan

Share this post


Link to post
Share on other sites

skang aku tgk ader gak animasi malaysia..

tapi aku x berapa confirm gak..

yg pasal sejarah tapi wat dlm kartun..

tuh animasi malaysia ke?

lawa gak aku tgk kartun2 tuh..

sambil2 layan kartun blh tau gak sejarah sket2..

^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites

pasal digibeta tak perlu kita ada deck untuk play /record ke digibeta...in this case kalau kita dah buat satu full lenght animation savekat dalam avi dv (samada miniDV tape / dvcpro25) then tranferkan ke digibeta tape...jus incase kalau broadcast station nak dalam digibeta. Di mana nak convert..boleh tanya kat mana-mana production house yang ada facility ni. Even Filem Negara Malaysia pun tak salah saya ada facility ni.

Satu lagi sation TV still accept dv format (miniDV/dvcpro)...apa-apa pun kalau nak hantar ke tanya dulu mana-mana station TV sebab lain Station lain dia punya rule ..but sebelum tu make sure video yang kita buat untuk tujuan broadcast mematuhi standard untuk broadcast..cth color level ..etc untuk elak clipping pada video....home TV more tolerate sikit pasal color level but not broadcast...

make sure sebelum video dimainkan ada

color bar dalam lebih kurang satu ke 2 minit

sedikit information pasal video tu cth:

Compny ynag terbit

director

Tajuk video

video lenght

etc..

Then buat video countdown cth 9 , 8, 7 .....

Apa-apa pun kalau tak sure tanya mana production house yang dah biasa hantar video untuk broadcast

Share this post


Link to post
Share on other sites

gcloud, tq for useful info. ko memang biasa ngang broadcast ke.. aku memang lama dah plan nak buat animation tapi banyak ambik masa untuk jalan cerita dulu. Pasal rata2 animation Malaysia sekarang boleh kata ok la tapi kualiti jalan cerita yang poblem. Abis je dua tiga siri jalan cerita dah mula merapu-rapu.. kering idea..

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak menabung sampai 1 Million ke brader? kuahkuahkuah.. mane logik, diorang kate takde support tu meaning takde yg nak sponsor bende2 cam ni

kalau nak buat tak payah tunggu duit berjuta beb. itu mind set kena kasi tune dulu.

nak tahu kitaorang start buat GomoMan pakai apa? sebijik laptop pentium M, RAM 256 je, hard disk 40 GB. itu pun ada org tolong kasi. sorang pun tak keluar modal. almaklumlah, semua sengkek.

dah la kitaorang amende pun tak tahu pasal animation nih. ni la namanya gatal tangan. berpeluh bebbbbb!!! ramai org kata kita gile la, bodoh la, macam2 la... tapi... wat the heck. tak luaknya kalau kena kutuk.

nama lagi GomoMan, kita bergomol je la. hehe. meh tengok kita gomol ramai2 kat sini.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nak comment sket pasal action III gomoman yg direkemenkan oleh Matgomo.

aku perasan walkcycle mamat tu memang perfect. secondary, overlapping, suma ada.. ko ada pakai mocap ke? kalau tak pakai tahniah! mmg bebakat animator ko. tp movement yg lain2 tu aku anggap biasa je la, cam orang baru belajar.

berbalik pada topik aku still dgn pendapat aku bahawa industri animasi malaysia belum cukup experience. bagi kami sedikit masa utk belajar dan sokonglah animasi malaysia.

p/s: by the way, jangan lupa tengok first katun kitorang pd hari selasa, 7 malam di tv1 bertajuk DANIAL.. segala sumpah seranah dialu-alukan... tapi kalo bagus kritikan tu disertai dengan cadangan.... jangan lupa tengok!

mocap tu amende pun kitaorang tak tahu beb. kitaorang blasah je. masak tomyam kitaorang tahu la. meh le ke studio a.k.a warong tomyam kitaorang di jln dorai. kita pekena tomyam sambil tengok GomoMan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau nak buat tak payah tunggu duit berjuta beb. itu mind set kena kasi tune dulu.

nak tahu kitaorang start buat GomoMan pakai apa? sebijik laptop pentium M, RAM 256 je, hard disk 40 GB. itu pun ada org tolong kasi. sorang pun tak keluar modal. almaklumlah, semua sengkek.

dah la kitaorang amende pun tak tahu pasal animation nih. ni la namanya gatal tangan. berpeluh bebbbbb!!! ramai org kata kita gile la, bodoh la, macam2 la... tapi... wat the heck. tak luaknya kalau kena kutuk.

nama lagi GomoMan, kita bergomol je la. hehe. meh tengok kita gomol ramai2 kat sini.

pasal tu la hasilnyer buruk....

Share this post


Link to post
Share on other sites

pasal tu la hasilnyer buruk....

ahaks.. tak tengok lagi tapi dah tau result.. hehe.. hebat!

>>apakah utama yang perlu dilihat sebelum anda judge sesebuah hasil..? senang, kan?

Edited by daniel arby

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pusat Animasi MSC Malaysia ditubuh

Daripada: ZULKIFLI ABDULLAH

SEOUL 9 Mac â€â€œ Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Pusat Animasi Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia dalam usaha memperluas aplikasi bidang animasi digital berkomputer dengan matlamat menembusi pasaran global multimedia kreatif bernilai lebih RM2 trilion (AS$600 bilion).

Dengan mengambil kira kemajuan dan pasaran luas industri animasi grafik itu di negara ini, Timbalan Perdana Menteri memberitahu, pusat animasi itu yang diletakkan dalam Pusat Pembangunan Aplikasi Kreatif sedia ada di MSC, Cyberjaya akan memperluaskan skopnya meliputi kerja-kerja animasi.

Katanya, Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDec) juga akan membuka pejabat perwakilan di bandar raya ini dalam tempoh terdekat untuk memudahkan kerjasama antara syarikat-syarikat Malaysia dan negara ini.

“Pusat animasi itu yang akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kerja-kerja penyuntingan dan audio serta membuat program,†katanya kepada wartawan Malaysia selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian bersama antara agensi dan syarikat Malaysia dengan Korea Selatan berkaitan dengan pembangunan dalam bidang animasi grafik.

Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dan persetujuan itu dibuat sempena lawatan beliau ke Korea Selatan yang bermula semalam bagi menjalinkan kerjasama dan menjadi platform untuk bertukar-tukar teknologi serta maklumat dalam bidang multimedia kreatif di samping melihat potensi pembangunan produksi kreatif di negara ini.

Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri menyaksikan pemeteraian tiga perjanjian bersama Persatuan Inovasi dan Kreatif Bumiputera (BAIC) dengan SAMG Animation; Elemental Ventures dan Sunmin Image Picture Co. Ltd., manakala MIMOS (Mimos Berhad) pula bertukar-tukar dokumen MoU dengan Institut Penyelidikan Telekomunikasi dan Elektronik Korea.

Pada majlis yang sama, Timbalan Perdana Menteri juga menyaksikan pemeteraian perjanjian memorandum perjanjian (MoA) antara syarikat MyGo Solutions dengan SONEW Co. Ltd. dari Korea.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Jamaludin Jarjis; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDec), Tan Sri Halim Ali dan Presiden Korea Culture dan Content Agency (KOCCA), Suh Byung-moon.

Najib optimis, bidang animasi grafik mempunyai potensi untuk menembusi pasaran antarabangsa menerusi kerjasama itu dan perkongsian kepakaran produksi dengan Korea, yang menunjukkan penghasilan kerja bermutu sejak menceburinya pada 2001.

‘‘Penubuhan pusat animasi itu diwujudkan selepas berbincang dengan Datuk Jamaludin Jarjis sejajar dengan kesedaran terhadap pembangunan bidang tersebut yang mempunyai potensi untuk menembusi pasaran antarabangsa yang bernilai AS$600 bilion sekarang,†katanya.

Sehubungan itu, tambah beliau, pembangunan MSC pada fasa seterusnya akan memberi tumpuan kepada pembangunan dalam bidang tersebut termasuk dari infrastruktur, rangka kerja dan aspek perundangan bagi membolehkan syarikat-syarikat Malaysia berstatus MSC mengeluarkan kerja-kerja animasi untuk keperluan global sama ada berbentuk hiburan atau permainan yang merangkumi aspek budaya sendiri.

Timbalan Perdana Menteri berpendapat, penghasilan kartunis Lat menerusi karyanya Kampung Boy boleh diusahakan sebagai asas untuk menerokai bidang itu selepas kejayaan animasi tiga dimensi (3D) Saladin yang memenangi anugerah SICAF Animation Pitch 2006, Seoul, Korea pada tahun lalu.

Terdahulu, pada sebelah pagi, Najib dan rombongan dari Malaysia menghadiri mesyuarat antara MDec dan KoCCA di sebuah hotel di sini yang turut dihadiri oleh Jamaludin dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KOCCA, Suh Byung-moon.

Timbalan Perdana Menteri turut melawat Pusat Animasi Seoul dan menyaksikan pemeterian MoU antara MDec yang diwakli oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Badlisham Ghazali dan Agensi Perniagaan Seoul, diwakli oleh Presidennya, Oh Nam- kwon.

Najib kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Utama Komuniti Muslim di sini dan mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan serta menyampaikan sumbangan.

Pada sebelah malam, beliau menghadiri majlis makan malam bersama pemangku Perdana Menteri Korea Selatan, Kwon Ok-yu di Hotel Lotte, di sini.

Utusan Malaysia Online (10 March 2007)

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saladin filem animasi Malaysia menang hadiah peringkat dunia

KUALA LUMPUR 28 Mac – Filem kartun Saladin oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) telah memenangi hadiah Tokyo Big Sight Award di Pesta Anime Antarabangsa Tokyo 2007, pameran animasi terbesar dunia, minggu lepas.

Saladin memenangi anugerah untuk kecemerlangan dalam imejan janaan komputer tiga dimensi (3D CGI), kesan visual khas dan animasi, menurut kenyataan MDeC hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Badlisham Ghazali berkata, hadiah itu menunjukkan bahawa bakat tempatan mempunyai keupayaan berkelas dunia dan kemahiran teknikal untuk menghasilkan animasi yang boleh bersaing dengan bakat-bakat terbaik dunia.

“Malaysia sememangnya mempunyai pengetahuan, kreativiti dan teknologi untuk mengeluarkan animasi berkualiti tinggi bagi pasaran global.

‘‘Ia menunjukkan bahawa kita mempunyai animator-animator berkelas dunia yang mempunyai keupayaan melaksanakan kerja berkualiti tinggi setara dengan penggiat-penggiat antarabangsa,†katanya.

Beliau berkata, menerima pengiktirafan daripada penggiat industri terkemuka seperti Jepun amat bermakna kepada MDeC dan rakyat Malaysia.

Tahun lalu Saladin memenangi anugerah untuk nada teknologi terbaik di Pesta Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul.

Badlisham berpendapat, anugerah Tokyo itu mempunyai impak pembuka minda komuniti kreatif global kepada potensi Malaysia sebagai satu pusat kreatif.

“Ini akan membuka pintu bagi kerja-kerja lebih kreatif oleh bakat-bakat Malaysia di samping meletakkan Malaysia sebagai pusat ICT global.

“Syarikat-syarikat kandungan kreatif di Koridor Raya Multimedia telah terbabit dalam pengeluaran beberapa siri animasi saluran Disney dan produksi-produksi bersama Kanada.

“Ia adalah kediaman kepada syarikat-syarikat yang telah mewujudkan peluang-peluang untuk permainan berkelas dunia bagi Sony, Nintendo dan Konami,’’ kata kenyataan MDeC itu.

MDeC berkata, apabila Malaysia menjadi tuan rumah Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) tahun depan, syarikat-syarikat tempatan boleh menggunakannya sebagai landasan bagi mempamerkan produk-produk dan perkhidmatan mereka, termasuk produk-produk kreatif dan mudah alih, dan sebagai jaringan dengan bakal-bakal rakan kongsi dan pelanggan dari seluruh dunia.

– Bernama

Utusan Malaysia Online, 29 March 2007

Share this post


Link to post
Share on other sites

congrats to Saladin

Apa yang aku nampak kita boleh buat sebaik Hollywood / japan punya animation. BUT aku rasa mesti ada pihak yang memberi finance / technical / moral support. Dalam kes Saladin support kewangan / teknikal / moral dari goverment (MSC / MDEC). So kalau ada production house yang lain yang nak buat animasi dan ada support dari pihak tertentu aku sure kita boleh maju dalam animasi.

star_filled.gifstar_filled.gifstar_filled.gifstar_filled.gifstar_filled.gif aku kasi kat Saladin

Share this post


Link to post
Share on other sites

kita sebenarnya kekurangan masalah support jer...

bukan tak maju atau tak mampu hasilkan karya berkualiti tinggi seperti hollywood.

Cuba klau kita tumpukan perhatian dlm hasillkan bende ni jer...tapi duit sendiri..pastu takde kejer(terabai)....kehidupan camner plak???

tulah masalahnya....

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku setuju.. kita kurang support..

bdasark tahap pembacaan aku... dlm sokabar ari tu.. animasi 3D yg kump geng les'copaque cakap..

diorang nak wat filem tp x de penaja.. sedih sangat..

lg satu mengikut kefahaman aku... kita x de wang..

kerajaan x bg dana yg byk ke arah pembangunan animasi..

kerajaan jepun lak support giler anime dorang..

Share this post


Link to post
Share on other sites

majukan industri komik dulu....pastu baru lah beri tumpuan kt animasi....ni komik belum pun capai tahap tertinggi dah nak kecoh wat animasi....pastu cakap takder penaja.....org korporat kalu dia taja sebab dia nak untung jer.... dia minat ker tak dengan sesuatu tu dia tak kisah janji dapat hasil yang lumayan.....

- komik adalah platform utk cari penaja.......kalu komik tu dapat sambutan yg hebat kompem penaja akan datang ngan sendiri.....takyah susah2 wat kertas keje suh dorang baca....cam dulu...ujang satu nama yg agak besar dalam industri komik kt malaysia...peminat dia pun ramai....so ader orang nak taja kartun dia wat animasi.....terhasil la usop sontorian...tp hasilnyer amat menyedihkan.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

urmm.. majukan industri komik dulu..

dlm mag tempatan ada gak komik yg cambest yg punya storyline yg agak matang serta x merapu..

tp tak ramai sgt org tahu.. sibuk ngan peraduan menyanyi je...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rase kite nyer 3D animator kat malaysia ni dh ade dah...

cume kat sini xde keje yg specific lg dlm bidang tu...sbb ramai jer kawan aku, sume keje2 kat luar negara...

depa kate, kalo keje kat Malaysia...gaji skit sgt... kalo kat sane...depa leh dpt antara USD5000 ke USD10,000 sbulan.

then ade gak animasi yg dh mantap, tp depa keje kat malaysia...tp kire wat kartun2 3D utk dipasaran kan je lah :) keuntungan berdasarkan jualan produk n sambutan :)

p/s: ni tanggapan aku ler :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...