Jump to content
mohdsyukri

Kenapa Animasi Malaysia Tidak Maju?

Recommended Posts

Rasanya 2d malaysia ade gak gune selain flash, contohnya ANIMO dan TOONBOOM... 3D dah maju giler sebenarnya lihatlah iklan2 kat tv contohnya yg cadbury tu yg ade karektor cabut kepala, tu budak2 ipt yg wat k.

Plzz wat research sebelum wat kenyataan, jgn men taip jerk..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ha saladin ni memang best giler tahap best giler, sapa2 nak kutuk2 animasi malaysia silakan ler...dh banyak produk dikeluarkan tp mereka2 ni tak tau lg, maybe terikut2 zaman kanak2 mereka hahaha...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ha saladin ni memang best giler tahap best giler, sapa2 nak kutuk2 animasi malaysia silakan ler...dh banyak produk dikeluarkan tp mereka2 ni tak tau lg, maybe terikut2 zaman kanak2 mereka hahaha...

Betul aku setuju... memang dasyat giler cite Saladin nie. Aku ingat le, Disney punya production pun silap haribulan bleh kalah nie. Hebat dan grafic dia memang tahap A+++. Memang dah maju tahap international, cuma orang2 Malaysia sendiri yang selalu je memandang tinggi yang kat oversea je..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ni ler akibatnya asyik memandang filem luar je. Animasi yg mangga jepun pun silap2 kalah dek dgn anak2 malaysia nie. Kalau nak diikutkan pergerakan animasi malaysia lagi smooth dr jepun yg kaku je. Diaorang pandai main dgn colouring je dgn efek. Mulut je 3 pergerakan amender ler hahaha. Pergerakan bibir pun salah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hahaha, kalo iklan memang la power sebab duit diorang bayar tinggi

kalo dah tinggi $, mesti ambik geng PRO, lagi pun, macam den kata tadi, idea tak banyak, yerla, rakyat malaysia masih takut nak menceburi bidang komik pasai bukan semua orang suka komik, macam jepun disebabkan pembagunan pesat, penduduk ramai, nak beli komik senang, naik kereta api, pergi kat Book store utama, kalo kat malaysia, jual kat kedai runcit jer, tu pun sampai lambat, pilihan tak banyak dan buku di jual mengikut pilihan Peruncit itu sendiri,

sekarang korang nampak tak perbezaan dunia kita? lagi pun den memang taksuka animasi 3D low poly dan berasaskan Flash, baru2 nie den ada ternampak kat Net pasai geng malaysia buat animasi pendek 3d, ok la, bukan ber puluh2 orang buat, jadi kualiti tak sehebat mana, cukup la untuk di tonton sama sama

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kita pernah tengok Doraemon...

Kita kenal Naruto dan kawan-kawannya...

Kita suka Sakura dan Hanamichi Sakuragi...

tetapi kenapa kita tidak ada watak sendiri? Maksudnya satu animasi yang pure 100% made in Malaysia dan mempunyai taraf kualiti yang membanggakan?

Kita ada gak Universiti yang ajar Multimedia dan Animasi, tapi come on...mana diorang ni? Xkan nak harapkan Si Bijak Laut dengan Kacang je sebagai santapan kanak-kanak..

Kalau nak tengok animasi yang best sket, ada laa Badang versi 3D hasil budak MMU (kalau x silap gua), dan Roar is War tu...tapi kena download dan copy daripada kawan-kawan. orang lain nak tengok susah, nak keluar tv? lagi susah sebab berapa minit je...

Gua tengah tertekan dengan situasi kat Malaysia ni dan bercita-cita nak buat animasi gua sendiri. Sebelum berangan-angan tinggi sangat, nak survey dulu, apa kelemahan Animasi Malaysia ni. Boleh kita combat habis-habisan...

So guys, and sifoorian, bagi la buah fikiran dan komentar yang membina... dan sama-sama kita naikkan martabat animasi Malaysia yang tercalar ini!

yg kat atas ialah post pembuka thread ni,yg kat bawah ialah post aku

bagi aku mudah jer sebab filem mesia tak maju sbb takder kualiti.salah satu sebab takder kualiti ialah derang buat filem dlm mase 3 bulan jer!! hebat betul bleh pecah rekod dunia tuu...

pasal animasi plak lain skit sbb nak buat animasi 3d ni perlu belanja besar n dah tentu tak bleh disiapkan dlm masa singkat.aku penah tengok beberapa demo reel animator tempatan mmg bagus dan bleh diketengahkan tapi masalah pulak nak yakinkan badan penyiaran tuu...sepatutnye dlm tv,gomen kena sediakan masa tayang khusus utk filem animasi di situ bolehla 3d studio ni pamerkan hasil keje derang tak kirela short movie ker xperimental ker buatla rancangan khas khusus utk animasi ni diberi peluang.apa yg aku lihat,idea animator tempatan masa buat demo tu jauh lebih best dr org filem buat filem 3 bulan tu.

yg.kat bawah ni plak post nko

En Kembara, saya salah seorang yg menceburi bidang animasi ni, bg saya pendapat en n rakan2 hanya membincangkan masalah di awang-awangan sahaja, maklumat sbenar pun anda tidak tahu, masakan boleh kata tiada quality dlm animasi malaysia, nampak sangat anda kurang ilmu di dada. Jika dilihat company kat malaysia memang ler ade yg wt dlm 3 bulan n kurang dr itu, hal yg demikian adalh keranan permintaan client tu sendiri beb, diaorang pun bukan nak tahap best pun asal ditayangkan kat tv udahhhh....ingat animator tu wat sorang2 ker? kalau wat 3 tahun sapa nak tanggung makan minum tu?????

...apa yg aku nak perbetulkan ialah sila fahamkan apa yg tertulis dlm post mohdsyukri tu dan dlm post aku tu.

Apa yg mohdsyukri kate tu ialah kenapa kite takder watak sendiri,yg 100% pure mde in malaysia dan kualiti yg membanggakan macam naruto,sakura(aku tambah,pink panter,garfied,dragon ball).Maksudnya,ialah die harapkan animasi malaysia ada yg bertaraf antarabangsa.(yg pernah ada ialah kartun Datuk LAT).Soal kemampuan animator/3d artist kat malaysia tak dipertikaikan.mmg ramai yg berkemampuan termasuk mohdsyukri sendiri(kat putera pun kita ada mediahorizon dan beberapa org lagi... tak perlu buat research)

So,mane cerite dan watak kartun atau 3d yg made in malaysia yg bertaraf dunia tu?Soalan ni aku tak perlu tanya kalau isu ni tak keluar.Yang kite ade ialah dlm pengiklanan,yer kualiti iklan tu mmg bagus tapi perlu ingat,iklan bukan filem.

Pasal post aku plak,mmg nko tak faham.Yang pertama,3 bulan tu bukan filem animasi,tapi org betul!

Filem animasi plak lain yg aku tulis tu,baca betol2 tuu.Nampaknyer nko yg berawang-awangan tuu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku just mencelah ajer ni. Actually, perbandingan untuk anime pun dah salah. Maksud aku anime kita dengan anime Jepun. Pendapat ikhlas korang, korang suka tengok anime Jepun ke anime omputeh..? Abstrak nak jawab, sebab suka tu banyak faktor dok pengaruhi korang.. Ada oang suka tengok Garfield sebab comel, kiut.. ada orang suka tengok SpongeBob sebab lawak, ada oang ske tengok Oggy (kartun perancis) sebab sempoi dan lawak. Tapi, perasan tak perasan ada oang tak ske tengok katun korang ske. Anime Jepun bertapak di Malaysia tetapi anime Malaysia x bertapak di Jepun sebab.. diorang dah start anime ni dah lama dan pengalaman diorang mantap.. bukan setakat persembahan visual sahaja malah jalan cerita cukup unik dan tersendiri. Dan tak heran Us dan negara-negara lain mencilok kreativiti, kaedah dan teknologi dari Jepun. Dari segi politik, diorang hanya memandang sebelah mata sahaja anime Asia ni dan tak mengakui pengiktirafan anime negara Asia. Ambil contoh mudah la, korang bukak channel 75 / 25 kat Astro (bukan aku nak promote Astro aa!) anime sapa yang memonopoli channel tu? Anime Us, England, Italy? So, perbandingan anime antara Malaysia dan Jepun ibarat puncak KLCC dan rooftop Central Market. Tapi korang jangan salah faham.. aku bukan nak memperkecilkan kebolehan anime negara kita, cuba tengok GENG.. step orang mana? orang malaysia beb! kawan kita tu.. Jangan patah semangat sebelum mencuba. Tak semestinya cubaan pertama itu sempurna, bak kata orang kalau nak naik bangunan biarlah dari tingkat bawah. Semangat tu kena ada.. Jepun dulu pun bukannya buat anime terus je perfect, step by step jugak.

So, kesimpulan celahan aku ni.. negara kita tak mustahil boleh mencapai taraf anime seperti Jepun. Akan tercapai! Cuma sikap kita sendiri yang suka bunuh semangat orang kita sendiri.. tu ajer. Bukannya nak memberi galakan.. Sedih

Share this post


Link to post
Share on other sites

kacang je animasi ni. kitaorang dah start buat pun superhero malaysia.

namanya GomoMan. haha

tak caye korang check kat http://www.gomosoft.com/gomoman

tapi biasa la slow sket. RAM tak cukup la geng. kitaorang bukan budak multimedia ke pe. kitaorang jual tomyam kat jalan doraisamy tu je. mamat tomyam pun bleh buat la animasi ni. kacang putih je la. RAM je tak cukup. I need RAM RAM RAM. biasa la beb, poket kosong macam ni la.

tapi sori la, sebab yg buat tu suma mat2 kelantan, so kitaorang kasi nama GOMO.... GomoMan!!! lagi pun animasi ni action pack. sesuai la dengan nama bergomol. hehe.

launching nanti kitaorang kasi u all [lanun] je sesuka hati. no hal nyer. kitaorg tak saman nyer.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Worait MatGomo, sempoi animasi lu. Serius tak tipu. Wah, nampaknya topik ni masih hangat diperkatakan walaupun gua dah letak topik ni dalam setahun yang lepas. Thanx atas komentar 'panas' korang semua.

Gua actually just nak tambah sedikit idea atau pendapat pasal topik ni. Benda ni dah lama tapi bari gua realize sejak akhir-akhir nie. Semuanya bermula bila gua tengok animasi (anime) Ghost In The Shell 2: Innocence dari DVD kawan gua. Impresi pertama gua ialah "Cool! Software apa yang diorang pakai untuk wat animasi ni?" Ini lah standard animasi yang aku cari-cari selama ni. Jalan cerita yang giler berat lagi dark, berlatarbelakangkan zaman cyberpunk dan stail animasi yang memang smooth santana, sampai ada beberapa babak yang aku kena freeze-frame by frame untuk tengok dengan lebih teliti. Detail giler.

SO, di sinilah point nya. Kita terlalu menekankan pada satu software jerk. Walaupun kita gunakan pelbagai software yang lain untuk buat editing dan clean up final video, sering kali kita dengar dialog macam ni bila tengok animasi orang lain (terutamanya animasi Malaysia):

"Eleh, setakat guna Flash jerk. Motion tween pun sangkut-sangkut"

"Ini guna After Effect ni. Tengok efek Lens Flare pun dah tahu"

"Nama jer guna Maya, bersegi jer wataknyer..."

Kadang-kadang kita terlalu cepat menangkap, software apa yang digunakan untuk hasilkan satu-satu animasi. Kalau nampak ada outline hitam sket, kita tahu, 'Oh animasi ni guna Flash'. Bila ada 3D sket 'ah, ni guna Maya ni. Tak pun 3D Max'.

Tapi bila kita lihat animasi luar (Jepun terutamanya), kita tak tahu (at least susah nak agak) software apa yang diorang gunakan untuk buat satu-satu animasi tu. Simply put, diorang kalau boleh nak gunakan segala hapa software yang ada untuk untuk buat animasi. Kita ambil contoh efek Chidori dalam anime Naruto. Kalau orang tu biasa guna After Effect, diorang tahu yang efek kilat tu dihasilkan guna efek Lighting atau Advance Lighting. Just main dengan keyframe jerk. Tapi, efek Rasengan plak? Guna software apa? Ada sesiapa yang tahu?

Itu satu sebab mengapa orang suka tengok anime luar. Mereka melihat anime sebagai sesuatu yang 'baru'. Kita hanya boleh agak bagaimana diorang buat satu-satu animasi, tapi kita takkan tahu bagaimana mereka hasilkan animasi. Ada sesetengah animation studio yang develop software diorang sendiri untuk wat animasi. Misalnya Studio Pixar yang terkenal dengan software Renderman nya. Kita? Boleh ke kita anggap diri kita animator bila kita tahu software 3D max atau Flash jer? You tell me...

Lagi satu, perbezaan utama kualiti animasi Malaysia dengan anime luar ialah kita suka sangat 'recycle frame'. Benda ni biasa sangat kita lihat. Aku suka guna contoh animasi Badang. Sepanjang animasi 30 minit ni, aku leh kira berapa kali watak Badang ni muncul dalam posisi yang SAMA, latar belakang yang SAMA. Macam takder angle lain la plak. Kalau kita lihat anime lain, susah nak jumpa babak yang diulang beberapa kali. Setiap babak adalah unik. Animator akan melukis setiap babak. Untuk babak lain, dia lukis frame lain plak. Tapi beberapa animasi yang muncul sejak akhir-akhir ni dah kurang menampakkan kelemahan sebegini. Bagus la.

But, sepanjang aku mengabadikan diri aku dalam dunia penghasilan animasi ni, one thing yang setiap animator kena ada ialah the ability to draw, manually. Kalau kita leh melukis tahap dewa guna Photoshop, tapi kalau lukis guna pensil terketar-ketar, for me, belum cukup syarat lagik nak jadi animator. Dan inilah yang membezakan animator kita dengan animator luar. Kita lebih suka draw secara GRAFIK, not ARTISTIK. Bila kita wat satu-satu animasi, kita cenderung untuk trace guna Illustrator or Flash, dan animasikannya. Ataupun guna Poser, mainkan keyframe dan export ke 3DS untuk rendering. We are so software oriented. Tengok la anime luar tu. Perhati betul-betul. Get something. Diorang draw setiap frame, by hand, scan satu-satu dan color setiap frame. Kalau tengok betul-betul, leh nampak line art diorang tu. (Tapi diorang dah ada banyak komik, so apa yang diorang wat actually is just transfer atau redraw panel-panel dari komik kepada frame untuk dianimasikan. Kerja mudah. Ironik sungguh).

Dari buat motion tween, baik wat frame by frame,

Dari buat watak 3D guna Poser, baik wat rotoscoping,

Animasi tidak perlu 3D, kerana skrin kita pun dah cukup 2D...

Ni just personal opinion. Again, feel free untuk bagi pendapat. Jangan hentam jerk...

P/S: Gua cuba buat sample anime, Naruto buat seal Kage Bunshin, dan tetiba kena tumbuk dan kage bunshin yang lain 'meletup'. Itu pun ambil masa seminggu... sebab buat frame by frame...

Share this post


Link to post
Share on other sites

akum,

sy pasal nak wat animasi ni mg tak tau ape pun...tp sy rasa sy layak nak komen sket...

1) idea - ni mmg teruk....dgn cerita yg ntah aper2....takder klimak...korang tak pandai nak main ngan elemen lucu,sedih mendebarkan, suspen.....

2) lukisan - teruk gak.....tak comel langsung.....mmg takder org yg nak gantung poster animasi malaysia kt bilik

3) suara watak - yg ni cam dipandang remeh....walhal benda ni penting gak...cthnyer naruto...suara watak orochimaru tu mmg hebat....

kekadang aku terpikir gak yg animator kt malaysia ni btul ker minat dengan apa yg dorang wat....ker kerje kerana terpaksa..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kita pernah tengok Doraemon...

Kita kenal Naruto dan kawan-kawannya...

Kita suka Sakura dan Hanamichi Sakuragi...

tetapi kenapa kita tidak ada watak sendiri? Maksudnya satu animasi yang pure 100% made in Malaysia dan mempunyai taraf kualiti yang membanggakan?

Kita ada gak Universiti yang ajar Multimedia dan Animasi, tapi come on...mana diorang ni? Xkan nak harapkan Si Bijak Laut dengan Kacang je sebagai santapan kanak-kanak..

Kalau nak tengok animasi yang best sket, ada laa Badang versi 3D hasil budak MMU (kalau x silap gua), dan Roar is War tu...tapi kena download dan copy daripada kawan-kawan. orang lain nak tengok susah, nak keluar tv? lagi susah sebab berapa minit je...

Gua tengah tertekan dengan situasi kat Malaysia ni dan bercita-cita nak buat animasi gua sendiri. Sebelum berangan-angan tinggi sangat, nak survey dulu, apa kelemahan Animasi Malaysia ni. Boleh kita combat habis-habisan...

So guys, and sifoorian, bagi la buah fikiran dan komentar yang membina... dan sama-sama kita naikkan martabat animasi Malaysia yang tercalar ini!

sebab pertama n maybe penyebab yang paling penting la kot fulus xder,xder duit,xder budget,xder saper pn yg nak support diorang yang berusaha ntuk memajukan mnder2 camni.......skang ni maner ader mnder yang free,saper yg snggup bersekang mata tetiap malam n korbankn maser berbulan-bulan kalu xdapat aper2 ganjaran.........n lg satu sebab ialah malas,just pikir nk amik jalan mudah,nk wat mnder yg gempak2 tp nak siapkn kejer cepat,xder kesabaran,cepat sangat give up...........kalu masalah2 ni dapat diatasi,maybe la kot mutu animasi Malaysia bleh bertambah baik...............aper2 hal pn,kpd maner2 individu yg sdang berusaha memajukan industri ni,smoga berjaya

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebab pertama n maybe penyebab yang paling penting la kot fulus xder,xder duit,xder budget,xder saper pn yg nak support diorang yang berusaha ntuk memajukan mnder2 camni.......skang ni maner ader mnder yang free,saper yg snggup bersekang mata tetiap malam n korbankn maser berbulan-bulan kalu xdapat aper2 ganjaran.........n lg satu sebab ialah malas,just pikir nk amik jalan mudah,nk wat mnder yg gempak2 tp nak siapkn kejer cepat,xder kesabaran,cepat sangat give up...........kalu masalah2 ni dapat diatasi,maybe la kot mutu animasi Malaysia bleh bertambah baik...............aper2 hal pn,kpd maner2 individu yg sdang berusaha memajukan industri ni,smoga berjaya

bab fulus tu yg aku tak paham...let say utk wat animasi yg bodoh tu diorang guna dalam 300k.....kalu nak wat animsi yg power perlukan 1m....so kenapa diorang tak tunggu dulu sampai duit cukup baru wat...

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak menabung sampai 1 Million ke brader? kuahkuahkuah.. mane logik, diorang kate takde support tu meaning takde yg nak sponsor bende2 cam ni

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yup, totally agree dengan Arsene, idea memeng tak cukup solid lagik. Kita still fikir 'animasi just untuk kanak-kanak' so buat citer yang tak masuk akal pun jalan gak. Patutnya idea dengan konsep ni yang no satu. Kena asah dan solid perabis, baru la orang berminat nak tengok dan tahu sambungannya. Contoh paling sempoi, Sinchan. Lukisan cam budak tadika, tapi pengaruhnya... korang pun faham...

Lukisan plak, memang no komen la. Sapa yang sanggup draw 240 keping gambar hanya untuk wat animasi 10 saat? Animasi kena ada group dan wat dalam satu team. Baru sedap wat kerja. Cuba imagine korang melukis dengan kawan2 korang yang sama-sama minat buat animasi dan sanggup berkorban demi animasi. Cool man. Aku cuma sempat merasa benda tu dalam masa 3 bulan jerk. Damn...

Suara watak atau seiyu plak, yup kita memang kekurangan bakat dalam bidang voice over ni. Banyak suara yang power2 telah diambil dan dibawa masuk ke dalam bidang pengiklanan. Sesekali nak gak dengar suara artis jadi voice over watak animasi. Aku still tak leh lupa suara M Nasir dalam animasi Putih. So natural... Dengar khabar Rosyam Noor jadi suara untuk Sakuragi Hanamichi untuk animasi Slam Dunk. Setakat mana kebenarannya, tak diketahui plak.

Pasal budget plak, rasanya xmahal dari segi penghasilan, cuma maybe mahal dari segi tenaga kerja la. Ye la, kerja menganimasi bukan senang, so kena bayar lebih sket kat animator tu. Kalau kita tengok animasi Happy Tree Friends, guna software Flash jer. Sempoi. Still ramai yang minat gak.

Yes, animasi Malaysia banyak kelemahan. Tapi tak bermakna ianya tidak boleh diperbaiki. So, animator Malaysia, proove yourself. Kita sama-sama bikin animasi. Box office or not, belakang kira. Asalkan kita buat, bukan cakap jerk. Wokeh...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yup, totally agree dengan Arsene, idea memeng tak cukup solid lagik. Kita still fikir 'animasi just untuk kanak-kanak' so buat citer yang tak masuk akal pun jalan gak. Patutnya idea dengan konsep ni yang no satu. Kena asah dan solid perabis, baru la

bla..bla..bla..

Yes, animasi Malaysia banyak kelemahan. Tapi tak bermakna ianya tidak boleh diperbaiki. So, animator Malaysia, proove yourself. Kita sama-sama bikin animasi. Box office or not, belakang kira. Asalkan kita buat, bukan cakap jerk. Wokeh...

ahaaa... memang aku setuju!!.......

tapi ni pendapat aku laa...

aku rase para animator malaysia kene jadi lagi rajin siket, jalan cite kene lagi menarik, atau kalau xde idea sangat cube wat cite2 zaman dulu (cthnye cite Putih)... komen aku cite nih memang menarik tetapi ramai member aku komen pergerakan kaku lagi2 mase ending pastu background nampak kosong... ape2 pon memang aku akui suara latar watak memang real gile...congrat...heheheh.. :D

kelebihan pada animasi jepun bagi aku larr diorang strong dari segi:

- jalan cite (memang, jalan cite kreatif, talak tilu2 wolang)

- figure muka (nampak comel @ cool baik watak orang tua atau raksasa)

- pergerakan tubuh badan watak detail sampai ke sendi2 (tapi mulut jer selalu slack)

- background... hampir penuh tanpa ruang kosong @ ruang terbuang, nampak 'hidup' dan cantik

- pergerakan... memang nampak ok n hidup dan pergerakan tidak tertumpu kepada satu objek sahaja. contohnyer pergerakan rumput dan daun2 gugur serta pokok

- segala effect... memang ok, menjadikan gambar lagi cantik, kreatif dalam menggambarkan impression seseorang, peloh besor, mata macam2 bentok n bla2 (banyak sangat)

- musik background... memang menjadikan cerita lebih hangat, penggunaan sound track khas yang selalunya lain dari yang lain sehinggakan kalau kita mainkan balik soundtrack tersebut, memang secara otomatik orang bleh releatekan ngan sesuatu anime... contohnya orang bleh releatekan ngan OST Naruto, OST gundam Seed and bla..bla..bla...

- pemasaran... jangan cite larr.. memang luas sebab satu dunia dah tau tentang kualiti anime berkenaan

- history diorang... nih aku nak cakap siket, kalo x salah bace artikel manga bermula sbelom perang dunia kedua (kebanyakan jalan cite diorang bertemakan keamanan dan anti perperangan walaupun jepon sedang bergolak n mau berperang) ngan wujudnya kotak tv, banyak manga dianimekan dengan care frame per frame sampai sekarang ngan software canggih2 (aku pon dah x tau) cube tengok berape puloh taun exp wat manga pastu anime....

nih yang aku nampak lee...

bagi aku mesia cukup ok, bayangkan berape taun (x silap x sampai 10 taun) kualiti anime dah hammmmpiiiir tinggi, tapi ape2 cemuhan, komen, diorang kene time ngan ati terbuka bukan ngan cakap "korang x wat anime, mane korang tau" . INGAT, kenyataan simpel gitu bawak maksud besor tau silap aribulan macam2 kene label animator mesia ni, lagi satu kalo animator negara luar bleh wat mende2 adv n canggih dalam animasi, kenapa mesia x bleh???

bagi aku kan, cube para animator kreatif siket. KEPADE animator (bukan sume) sape2 rase wat anime cincai pastu unsur seni n kualiti tahap cikai semata2 nak duit, baik x yah wat la.. orang2 macam nih lah akan merosakkan anime2 mesia nnti... SAPE makan cili rase = pedas, SALAH cikgu sains aku cakap rase MILO :lol: guro jer...

lagi satu gomen/swasta pon watkan satu tempat untuk explore animasi nih, contohnya universiti/studio khas animasi (pelik kite dengor tapi kat negara pro animation macam jepun dah wat tauuu), kalau dah wujud, kenalkan satu negara, aku x nak tengok bakat seni diorang dipersia2 kan, amik kos animasi tapi keje kerani....

[ni lari topik siket, heheheh... jangan jadi bapak sedare member aku, separuh hidup amik kos kejuruteraan tenaga nuklear tapi last2 bukak bisnes kedai mamak]

orang animasi cubelah tengok kelebihan anime negara lain, kaji bebetol n cube praktikkan kelebihan diorang dengan idea sendiri, jangan tiru gak, nnti same je anime die ngan diorang, bosan x nampak nilai mesia dalam tuh...

contohnyer dari segi background n effect, sesetengah animator mesia (buke sume) x tekankan background n segala effect, so nampak animasi tu nampak macam bace komik je tarapnyer....

so bangkitlah orang2 amimasi mesia, ni pendapat aku, ape salahnye kumpol wat group bebudak U kos animasi wat satu cite animasi n jual kepade umum / siarkan kat tv barulah orang mesia ni tau betape majunye animasi mesia nih.... ataupun suroh U tu jadikan projek wat satu cite/filem animasi yang bleh dikormesilkan (wajibkan sume orang kos animasi ikut wat satu group yang besooor) sebagai projek final year, member aku mesti cakap ngan aku ko nak mampos!! wat keje gile gini???? hahahahahakkhh..... :lol::lol::lol:

walaupun aku nih gile anime jepun tapi aku jugak mau tengok anime malaysia setarap ngan diorang

wa suppot u all

so majulah animasi untuk negara

*aku ade sorang member (keje consultant) die kate :

orang enggeris kepakarannye dalam putar belit contohnyer dalam perperangan, fakta atau politik dan diajar tektik gitu dari kecik.

orang melayu plak pakar dalam meniru contohnyer gaye hidup lelagi dalam peperiksaan :P dan diajar sejak budak lagi!!

orang enggeris dah praktikkan mase perang n time jajah negare orang......

bile melayu nak praktikkan kelebihan diorang sekurang-kurangnyer dalam ekonomi dan pembangunan (animasi skali)??? :lol:

kalo rase betol ikut le kate die :lol::lol::lol:

salah cakap tau....

Edited by neko

Share this post


Link to post
Share on other sites

Semuanya bermula bila gua tengok animasi (anime) Ghost In The Shell 2: Innocence dari DVD kawan gua. Impresi pertama gua ialah "Cool! Software apa yang diorang pakai untuk wat animasi ni?" Ini lah standard animasi yang aku cari-cari selama ni. Jalan cerita yang giler berat lagi dark, berlatarbelakangkan zaman cyberpunk dan stail animasi yang memang smooth santana, sampai ada beberapa babak yang aku kena freeze-frame by frame untuk tengok dengan lebih teliti. Detail giler.

Aku tertarik dgn penyataan yg dibuat oleh "mohdsyukri" yg tampak lebih berfikiran terbuka dan berpandangan lebih jauh (teruskan mohdsyukri). Tidak spt user lain dlm topik ni yg agak skit kontra terhadap cara pembikinan animasi cara US dan terutamanya Jepun (anime). Sbg seorg animator, sepatutnya korang patut mencontohi dan cuba mempraktikkan apa yg telah dilakukan studio animasi terkenal dunia.

Bukannya secara terus mengatakan... "...Ni ler akibatnya asyik memandang filem luar je. Animasi yg mangga jepun pun silap2 kalah dek dgn anak2 malaysia nie. Kalau nak diikutkan pergerakan animasi malaysia lagi smooth dr jepun yg kaku je. Diaorang pandai main dgn colouring je dgn efek. Mulut je 3 pergerakan amender ler hahaha. Pergerakan bibir pun salah..." ...mcm tu kah dikatakan cara pemikiran seorg animator berpengetahuan? <_< tau hahaha je. Aku yg bukan animator ni pun masih ingin ambil tahu camana diaorg buat animasi.

OK la~ tak perlulah aku bagi komen pasal topik ni... sbb... rata2 komen yg akan aku akan bagi, ada yg dah dinyatakan oleh beberapa user kat sini. Terima kasih kpd kalian. ;) dan harap korang bleh menyokong industri animasi Malaysia.

Pasal perisian yg digunakan... jika berbicara ttg kualiti animasi...

...apa yg aku dpt kenal pasti, 3 perisian yg pada aku mungkin boleh merealiasikan impian animator2 Malaysia... mungkin juga boleh membantu menjadikan karya mereka ke tahap profesional... terutamanya penerbitan animasi 2D yg pada aku lebih berseni dan boleh dipelbagaikan cara persembahannya dgn bantuan kesan khas 3D/CG.

Mungkin ada di kalangan korang dah tau psl perisisan ni... dan mungkin juga ada yg berminat nak tau. Antara perisian yg paling menarik perhatian aku ialah spt di bawah ni :

Revolutionary Engineering Total Animation System

RETAS --> Official Site

RETAS adalah produk yg dikeluarkan oleh CELSYS Inc di Tokyo, Jepun. Interfacenya dikatakan mempunyai persamaan dgn produk grafik Adobe spt Photoshop misalnya. Versi bahasa Inggeris turut dikeluarkan utk pasaran antarabangsa pada anggaran harga dari USD$ 300 ke USD$ 4,000 seunit. "...CELSYS is confident that working to introduce digital technology to the anime and manga production environment and supporting the distribution of anime and manga via digital media will promote the further development of Japanese culture and result in a contribution to society..."

MIRAGE --> Official Site

MIRAGE keluaran Bauhaus Software utk pasaran US dan Jepun. MIRAGE pernah dikatakan sbg produk pesaing untuk RETAS. Produk2 diaorg bukan setakat jual perisian malahan perkakasan tertentu yg boleh digunakan bersama-sama perisian mereka. Peralatan/perkakasan tambahan spt Mirage Nomad... boleh membantu studio animasi dan animator dari segi pengurangan kos penyediaan (...kertas cthnya) dan juga olahan idea yg lebih luas dapat disampaikan terus ke atas skrin.

TOONZ --> Official Site

Apa yg menarik perhatian aku pasal perisian ni... TOONZ pernah digunakan oleh salah satu studio animasi filem Jepun iaitu Studio Gibhli. Aku sendiri pun tak menyangka pasal tu... well~ itulah hakikatnya. "...Studio Ghibli is a longstanding user of Toonz, chosen to produce movies like Princess Mononoke (Mononoke-hime), Spirited Away (Sen to Chihiro no kamikakushi) and Howl’s Moving Castle (Hauru no Ugoku Shiro) taking advantages of a computer assisted production without compromising the quality of their work..." [ ...baca lagi ]

hhohoho~ sebenarnya... byk lagi benda yg aku nak post kat sini... tapi tulah... kalo pepanjang sangat... tak ramai org nak baca. Well~ harapan aku... teruskanlah minat korang terhadap animasi... terutamanya 2D. Kalo korang nak baca artikel pasal animasi ni... boleh la pegi link bawah ni... aku bukan setakat minat tengok je... malah sikap ingin ambil tahu tu yg mendorong aku wat ruang artikel ni kat bawah utk dikongsi bersama dgn org lain yg ada minat nak tau :

Pembikinan Animasi GG

Filem Animasi Popular di Jepun

Lawatan Huitula ke Production I.G

Mengenai Studio GONZO

Buletin DAIOH!

Terima Kasih ...dan Selamat Membaca -su ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

geng.jpg

kami sedang membangunkan 1 animasi 3d yang insyaAllah ditarget utk ditayang kan di pawagam dalam masa 1 tahun lagi... check out kitaorg nye sneakpeak... this will be the 1st malaysian 3d animation... support us...

ko ke yg buat citer ni.. aku pernah tengok dlm anugerah filem pendek.. boleh tahan.. nice job..

Share this post


Link to post
Share on other sites

geng.jpg

kami sedang membangunkan 1 animasi 3d yang insyaAllah ditarget utk ditayang kan di pawagam dalam masa 1 tahun lagi... check out kitaorg nye sneakpeak... this will be the 1st malaysian 3d animation... support us...

aku tgk dlm anugerah filem pdk gaks ... huhuh .. mmg hebat laa .. aku ngan kwn aku mmg puji laa , teruskn usaha korang ..

aku SOKONG !!! ganbatte ....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Rasanya 2d malaysia ade gak gune selain flash, contohnya ANIMO dan TOONBOOM... 3D dah maju giler sebenarnya lihatlah iklan2 kat tv contohnya yg cadbury tu yg ade karektor cabut kepala, tu budak2 ipt yg wat k.

Plzz wat research sebelum wat kenyataan, jgn men taip jerk..

da gak baiknya dia main taip jer tentang kartun ni dpt gak ko gtau gengz putera ni ttg animasi malaysia..

so patut yg da bt resech tu yg tak men taip2.. ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nak comment sket pasal action III gomoman yg direkemenkan oleh Matgomo.

aku perasan walkcycle mamat tu memang perfect. secondary, overlapping, suma ada.. ko ada pakai mocap ke? kalau tak pakai tahniah! mmg bebakat animator ko. tp movement yg lain2 tu aku anggap biasa je la, cam orang baru belajar.

berbalik pada topik aku still dgn pendapat aku bahawa industri animasi malaysia belum cukup experience. bagi kami sedikit masa utk belajar dan sokonglah animasi malaysia.

p/s: by the way, jangan lupa tengok first katun kitorang pd hari selasa, 7 malam di tv1 bertajuk DANIAL.. segala sumpah seranah dialu-alukan... tapi kalo bagus kritikan tu disertai dengan cadangan.... jangan lupa tengok!

Share this post


Link to post
Share on other sites

kat mane nk download animasi gomoman??aritu try donlod tp xdpt..

nti aku tgk animasi ko yer gabantarung..mlm kang ako bagi comment..aku minat animasi tp xterer...

Share this post


Link to post
Share on other sites

erm..aku ader tgk kartun DANIAL smalam...

- keburukan dia sama gak ngan animasi2 malaysia yg lain.....jln cite ntah aper2....pergerakan watak perlu dilajukan sket lg..

aku tak tau korang target penonton umur baper( umur 10 thn keatas aku rasa tak minat ngan kartun korang ni)

-yg bleh dipuji...lukisan watak menarik gak..ala2 cartoon network sket....cuma bdk india tu kena ekjas sket....tak comel...

Edited by Arsene

Share this post


Link to post
Share on other sites

yerp..

aku sokong ckp arsene..

pergerakan kantoi sket..tp good job..brani gak buat...[susah wat animasi ni..aku terseksa psl keje ni]

yg lain oraitla...=p

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...