Jump to content
mohdsyukri

Kenapa Animasi Malaysia Tidak Maju?

Recommended Posts

buat masa ni, aku buat laman web dulu guna tripod sebagai host. aku xleh nak wat pop up or download. maybe aku akan buat flv dan korang tengok secara streaming...

ok la gak kan? ok ni site aku (buat masa ni).

http://nfsmwunofficialsite.tripod.com

check it out.. bagi komen.

Kalau ada masa pergi halaman kanak-kanak www.karyanet.com.my. Cari video animasi terbitan Sageanimation. Siri animation hasil full 2d animation

Share this post


Link to post
Share on other sites

Para2 animator di Malaysia sudah setanding dgn negara luar...... Ni kenyataan.... Bangga menjadi rakyat Malaysia...

negara luar tu banyak....yang mana satu???....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wat ler kajian sendiri, maleh nak taip benda yg sama... If ko dlm bidang animasi, ko akn tahu ler..

tak guna pun mencari kelemahan mender2 ni... Sebab kita dh melampaui luar pun...Ramai animator kita di luar.

Tau ker hikhik...Udahler tu...

Tutup je thread ni..

Lebih baik wat topik utk support animasi di Malaysia..

Aku cian tgk ahli2 len mempertahankan animasi dlm thread ni..

Siap ade yg copy n paste lg bukti2 kat dlm paper ke sini.

Lagipun ko tak tau sgt pasal dunia animasi.

kuang2...

Wat ler topik utk memberi idea dlm animasi.

Kajian pergerakan dlm animasi.

Bagaimana wat watak bg nampak asli yg menunjukkan identiti kita.

udah3ler tu ek...

Majulah animasi utk negara...

pasni taip ler bukan2 lg.

Aku pun maleh nak tgk thread mcm ni.

Sebab manusia mcm ko mmg tak pernah lenyap...

cau..cijn..cau

(maaf ek jika menyingung perasaan sapa2) :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku rase masalah utama ialah bajet. Bagi aku animator kat Malaysia tak kurang hebatnya, tapi apa yang mampu mereka lakukan kalau bajet terlalu kecik. Cube korang chek, berape agaknye yang TV bayar untuk tayangan satu slot (kalau dulu sekitar 10 - 20 k). Bagi aku jumlah tu terlalu kecik untuk produksi satu slot animasi sekitar 30 minit. Bila bajet kecik tepaksa lah buat ala kadar sebab kakitangan, peralatan dan teknologi tak cukup. Sebab tu kalau kita tengok katun melayu selalunya banyak ulang babak yang sama. Pergerakan selalunya perlahan sebab cuba untuk menggunakan prop yang sama dalam jangka masa yang panjang. Pergerakan juga tak banyak, misalnya mulut je, mata je atau organ-organ tertentu sahaja, bukan keseluruhan scene. Detail pon kurang.

Apa pun aku hargai usaha mereka menyahut cabaran walaupun dalam keadaan yang serba daif. Pihak kerajaan pula kenalah beri sokongan sewajarnya. Aku masih ingat macamana sukarnya Karisma Pict. nak dapatkan slot untuk tayang Usop Sontorian (katun Malaysia pertama). Semua saluran kerajaan tolak tapi akhirnya TV3 terima, tu pun bayaranya amatlah ciput. Apa pun tahniah untuk semua animator dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk pertingkatkan kualiti supaya katun kita diterima diperingkat antarabangsa, barulah bajet bertambah :lol::excl: .

Edited by CFoo++

Share this post


Link to post
Share on other sites

masalah yg betul ialah animator kita tak pandai nak berniaga...kumpulan sasaran dorang budak kecik bawah 3 tahun...

wat animasi syok sendiri....pastu nak dengar komen menarik jer dari peminat animasi...walha karya diorang tak menarik langsung....

kalu peminat animasi kt malaysia kata tak bes hasil keja dia...kena marah lak...

kalu animasi tu menarik tak bodoh aku nak kata tak menarik...

yg Usop sontorian tu....berani dorang nak g jual animasi camtu....takkan tak tengok dulu hasil keje sendiri....pastu kata susah nak jual...

pis ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku penonton setia animasi/kartun... walopun anime (japanese animation) ni yg paling feveret... still aku minat tengok kartun lain dari US... wei... aku layan gegiler pe... Justice League, Teen Titan, Batman the Animation, My Life As Teenage Robot, Totally Spie (feveret giler ni) dan segala jenis kartun lawak e.g Didi & Dexter, Powerpuff Girl, Spongebob, Oggy, Futurama... tapi ada syarat aa~ kartun tu jalan cite wajib BEST... kalo tak best... gerenti tak layan aa~ Cam anime gak... bukan 100% aku layan siri-siri anime lain biarpun kualiti gegila tapi jln cite... alahai slow-nyerrr.

So... berapa ramai yg minat tengok kartun? Ramai ke? Yang pastinya... mentaliti majoriti rakyat Malaysia mengatakan kartun untuk budak2... tak mcm kat US & Japan. Kita terima je la hakikat tu -kan. So... buat kartun Malaysia ni terpaksa la dikatakan sbg kartun yg asal-boleh budak tengok je.

Serius... aku pun support animasi Malaysia juga apa. Lagipun... blom ada lagi animasi Malaysia yg aku nampak bleh membuatkan aku teruja... kecuali Silat Lagenda (tapi yg ni kuar tahun 90-an... bleh la terima lagi kualiti filem tu). Oh ya... aku tak maksud animasi yg blom kuar utk tontonan umum (e.g : Man Spider ngan 3D Geng).

Share this post


Link to post
Share on other sites

ni pulak pendapat aku...

kalo tengok pembangun animasi kat jepun mmg datang drpd MANGA-KA(pelukis komek)...so, diorang lukis komik...dah lama2 baru buat anime...so, diorang bukan datang untuk MEMBUAT ANIMASI tp MEMERIAHKAN INDUSTRI KOMIK diorang...menambahkan bil komik...

satu lagi, pelukis komik diorang mmg dipandang tinggi...cam akira toriyama...watsuki nobuhiro...siap ade anak murid skali...eichiro oda...mcm2 lg

pastu lg skrip diorang bukan skrip sampah @ jalanan @ hignusan..diorang ni ade gak mcm oba tsugumi buat skrip utk obata takeshi...semaru amagi buat skrip utk (sape tah pelukis penyiasat remaja x ingat aku)..dan so on....dan kita leh tengk mmg cite diorang gempak gila...

sbb tu la animasi jepun kita tengok mmg dah ada fans sbb itu suma datang drpd manga diorang sendiri....dan selalunya pelukis komik diorang ni lepasan universiti cam kishimoto masashi...mmg respek ah!

MALAYSIA

kalo mesia lak pada pendapat aku...komik mesia x berapa mendapat tempat di hati org mesia..diorang pun melukis semata2 nak cari pendapatan(bukan semua..mungkin segelintir)....komik mesia gak x de satu hala tuju x pun x memainkan tradisi mesia...

kdg2 diorang ni nak bersaing je ngan syarikat komik lain..sampai kualiti tah kemana...

cuba tengok majalah mingguan shonen(shonnen jump)

kat situ mmg komik 100%..x de la campur info2 lain....tp komik tu gak lahirnya pelukis2 ngan komik yg meletup cam:

-bleach

-naruto

-one piece

-shaman king

-prince of tennis

-dll

so pd pandangan aku animasi malaysia patut start dari kartunis majalah komik mesia....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku penonton setia animasi/kartun... walopun anime (japanese animation) ni yg paling feveret... still aku minat tengok kartun lain dari US... wei... aku layan gegiler pe... Justice League, Teen Titan, Batman the Animation, My Life As Teenage Robot, Totally Spie (feveret giler ni) dan segala jenis kartun lawak e.g Didi & Dexter, Powerpuff Girl, Spongebob, Oggy, Futurama... tapi ada syarat aa~ kartun tu jalan cite wajib BEST... kalo tak best... gerenti tak layan aa~ Cam anime gak... bukan 100% aku layan siri-siri anime lain biarpun kualiti gegila tapi jln cite... alahai slow-nyerrr.

So... berapa ramai yg minat tengok kartun? Ramai ke? Yang pastinya... mentaliti majoriti rakyat Malaysia mengatakan kartun untuk budak2... tak mcm kat US & Japan. Kita terima je la hakikat tu -kan. So... buat kartun Malaysia ni terpaksa la dikatakan sbg kartun yg asal-boleh budak tengok je.

Serius... aku pun support animasi Malaysia juga apa. Lagipun... blom ada lagi animasi Malaysia yg aku nampak bleh membuatkan aku teruja... kecuali Silat Lagenda (tapi yg ni kuar tahun 90-an... bleh la terima lagi kualiti filem tu). Oh ya... aku tak maksud animasi yg blom kuar utk tontonan umum (e.g : Man Spider ngan 3D Geng).

Eh jap2 mana hang tau pasal Man Spider? Hang ader terlibat ke dlm pembuatan animasi tu sebab my lecterur pun terlibat n saya benar2 nak tahu apa cerita sebenar mengenai Man Spider. Animasi dia dh siap kan cuma tak dipasarkan? Betul ker? (Betulkan aku kalau aku salah)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku mmg pmnat setia animasi dan komik....

mule minat sjak dari skolah rendah lagi....

pd pndapat aku la...animasi negara kita masih kurang 'menonjolkan' identiti kartun malaysia, masih dipengaruhi dengan imej dan identiti serta konsep negara luar spt majalah gempak, komik yang xde berkualiti lgsg....tgk la negara luar, kartun biasa2 pn ttp diminati ramai...knapa?

satu, jalan cite kuat, bley masuk akal (wlaupun nampak macam bodo)....ujang dan gila-gila dah okey, cuma kurang salah satu daripada faktor yang aku cakapkan ni...

dua, cite dorang ada sesuatu yang akan mempromosikan sesuatu dari negara diorang cm naruto (ada unsur2 ninja dan sbgnya), komik kita? sudah la merapu tak tentu hala kurang berfokus pula, apa matlamat komik itu diwujudkan xde....hanya sekadar suka2....xde nilai langsung....

tiga, komik dorang memberi pengetahuan, nilai tambah kepada pembaca....kalo korang baca komik eye shield 21, daripada korang tak pham apa itu bola sepak amerika sampai korang bley pham tentang sukan tu semaksimum yang bley.....banyak ilmu yang disampaikan kepada pembaca....lawak ttp lawak tapi penuh dengan pengajaran....

empat, kita sendiri boleh menghayati komik tu macam kita yang berada dalam komik tu, semangat setia kawan dan persahabatan yang tinggi, perjuangan tanpa mudah putus asa, watak utama yang lemah diangkat menjadi hero dengan usaha yang gigih menjadi teras utama dalam komik terutamanya di jepun...

bkan aku nak mengata animasi malaysia xbagus langsung....ada, tapi tak byk...cam silat lagenda, majalah rileks (cite 2020 ngan apa satu lagi tu...lpe plak nama....cite psal kes dadah).....mmg aku salute...

dorang wat komik, dorang survey dulu apa yang pembaca inginkan, baru mle cari idea wat komik....

ngara kita banyak jgak animasi yang aku tgk, tp tak sanggup nak mengikutinya....xde nilai tambah langsung...

ini cme cadangan dan kritikan sje dari saya sebagai peminat komik, animasi dan games yang bersifat 'educative' bkan ske tak tentu hala....apa pun kartunis malaysia kne pertingkatkan lagi usaha dan penyelidikan sebelum nak wat komik....:)

****baru lepas baca bdak getah bilangan ke-41, cam nak nangis plak ble mghayati cite pasal nico robin....hehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Eh jap2 mana hang tau pasal Man Spider? Hang ader terlibat ke dlm pembuatan animasi tu sebab my lecterur pun terlibat n saya benar2 nak tahu apa cerita sebenar mengenai Man Spider. Animasi dia dh siap kan cuma tak dipasarkan? Betul ker? (Betulkan aku kalau aku salah)

Tak.

Aku tau sbb aku ambik tau.

Sape lecture ko? hmm... tak payah la sebut nama... ko sebut je IPT mana dan fakultinya. Maybe aku bleh tanya kawan aku kot. Pasal siap atau tak siap... susah skit nak jelaskan. Ko andaikan je la tak siap lagi... sbb kawan aku yg kerja studio kat sana kata... ada skit problem pasal tu. Kalo ko nak tau gak... ko tunggu je kalo aku berjaya interbiu org kuat disebalik pembikinan animasi tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

animasi malaysia 'katun' baru nak bermula dari segi pergerakkan..

negara lain = plot cerita dan seterusnyer..

kebanyakkan animasi masih terkonkong dengan mende remeh-temeh...

lebeh kpd 'cakap'. kalau animasi jepun pergerakkan lawan2... plot jalan cerita yg besh..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Para2 animator di Malaysia sudah setanding dgn negara luar...... Ni kenyataan.... Bangga menjadi rakyat Malaysia...

aku setuju. :D

aku nk celah sket ni. statement org msia xmnt kartun ssb pkr kartun just utk bbudak tu btl.mcm korea n jepon(haitt),animasi diorang lbh pd budaya. tapi kita lbh kpd animasi kanak2. sbb yer x berisiko, pkr ble jual. kajian mnunjukkan purata setiap knk2 spent mase 28jm tercongak dpn tv, 2x ganda lbh byk bbanding kt school diorang.sbb 2 nk jual kne gna tv. tapi aku skng lau kartun yg diorang tgk biarlaa beilmu, bsifat mendidik. xdelaa dkatakan m'buang masa, xde faedah or hiburan kanak2 semata2.kartun kan ader gak ganas2. :(

Edited by zuya

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku setuju. :D

aku nk celah sket ni. statement org msia xmnt kartun ssb pkr kartun just utk bbudak tu btl.mcm korea n jepon(haitt),animasi diorang lbh pd budaya. tapi kita lbh kpd animasi kanak2. sbb yer x berisiko, pkr ble jual. kajian mnunjukkan purata setiap knk2 spent mase 28jm tercongak dpn tv, 2x ganda lbh byk bbanding kt school diorang.sbb 2 nk jual kne gna tv. tapi aku skng lau kartun yg diorang tgk biarlaa beilmu, bsifat mendidik. xdelaa dkatakan m'buang masa, xde faedah or hiburan kanak2 semata2.kartun kan ader gak ganas2. :(

Best tul tgk korang berhujah pasal kartun animasi ni... Educated..

Aku memang tak tau mcm mana nak buat katun. Cuma pandangan sbgai penonton...

Aku tengok kualiti gambar ok... cuma bila dialog tu nampak kaku sangat... Ngan kata lain skima...

Kalo tgk katun sin chan ke doraemon ke.. tak de pun 3d canggih2. Lukisan selambe jer.... tapi dialog diorang sgt menghiburkan (wpun dah translate).

Memek muka dengan dailog yg disebutkan kadang2 tak kena..kaku... Tu yang nyampah tu..

Kite sebenarnye ketandusan idea jer....

Katun kita cakap macam robot jer.

Contohnye mcm kita tengok cite drama spanyol.. pastu alihbahasa ke bm.. nampak janggal jer... bagi aku biar ade sarikata kat bawah daripada alihbahasa.. hilang feeling.

So kartun yang baik bg aku ialah kombinasi dialog dengan pergerakan kartun yang selari...

Aku teringat satu kartun Klawang man.. memang best wpun lukisan biasa.. Sebabnye dialog die slambe je...

Sekadar pandangan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kat mesia nie dah banyak kolej yang menawarkan pendidikan pasai animasi. Maknanya sedikit masa lagi banyak animator yang akan dilahirkan. Seterusnya akan mewujudnya persaingan. Apabila ada pesaingan kerja, secara tidak langsung masing masing akan berlumba menghasilkan animasi yang berkualiti . Kita sebagai penonton akan menikmati hasilnya.

Antara Kolej yang menawarkan kursus dalam bidang animasi adalah Kolej Yayasan Melaka, Limkokwing, One academy, kolej komuniti dan lain lain. Antara kolej bebanyak nie, KYM ada website yang memaparkan hasilkerja pelajar animasi mereka. http://stms.kym.edu.my Tengok dalam halaman galeri. Banyak hasil kerja yang berkualiti pada tahap pelajar malah sesetengahnya lebih baik dari siri TV kat Mesia nie.

Edited by option

Share this post


Link to post
Share on other sites

saper ader ushar ASWARA aritu? aku x sempat pegi la.

FYI, ASWARA = ASK (akedemi seni kebangsaan), buat conference pasal hala tuju animasi malaysia .

Share this post


Link to post
Share on other sites

bukan x setanding,kite da setanding..cume kita rakyat malaysia byk yg tak alert pasal nieh..

Malaysia Boleh!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ah... dh jadi merah dah icon untuk topik nie. Maknanya ramai yang contribute (dan tak kurang juga yang berbulu) dengan topik nie. Anyway, rasanya samai sini sahajalah topik nie. Aku buka topik ni pada tahun 2006 dan sampai hari ni still dapat ranking no 2 dalam senarai topik terhangat. Maknanya ramai yang peka dengan hal macam ni.

Semasa aku study di USM dulu, aku sering tertanya, 'betul ke animasi Malaysia ni xmaju?'

Jadi aku wat la tpoik ni untuk survey sejauh mana kesedaran masyarakat Malaysia (dan para grafik dan animator) dalam memajukan animasi di tanah air kita nie. Apa yang boleh aku katakan, hasilnya amat memberangsangkan. Hasil survey dari korang semua dah aku jadikan satu tesis dan kini solutionnya pun dah terhidang di depan mata.

Apa yang aku dapat simpulkan di sini ialah, Animasi Malaysia BUKANNYA TIDAK MAJU, tetapi disekat oleh beberapa kekangan tertentu.

1. Budget - Betul, kita xleh wat animasi kalau guna Flash jerk. At the same time, korang perlukan PC yang power untuk rendering sequence ataupun untuk wat editing movie nanti. Tu lum citer nak render 3D... satu frame je dah makan masa dekat 5 minit. Kalau satu saat animasi dah makan masa dua jam. Tu pun aku gunakan PC 1GB RAM dengan Intel Dual Core. Pc lain yang aku guna wat rendering dah lama terkorban sambil sempat mengeluarkan command prompt sebelum menghembuskan nafas terakhir...

2. Masa - Ini termasuklah masa untuk develope storyboard, jalan citer dan develope concept. Kalau student, kita leh faham la, diorang pun ada komitmen lain. So, kalau animasi diorang cam 'layu', xkan nak hentam kaw2 pulak. Masalahnya adalah pada peringkat industri. Sepanjang pengalaman aku, dioarang bagi satu storyboard (bertaip) dan suruh kitorang develope animation tu dalam masa satu minggu. Mak Aih! Satu minggu jerk siap dengan voice over. Disamping tu ada pulak nota tertulis - 'kalau boleh you all wat background dia 3D yer. I suka animasi 3D'. Ingat wat 3D ni macam wat nasi goreng kampung ke? Leh campak ikut sesedap rasa? Dengan berat hati aku pun wat la BG 3D seperti yang dia nak. Aku wat model Berjaya Times Square siap dengan monorel dan plaza-plaza disekeliling nyer. Giler la, PC aku dah merayu banyak kali jangan wat model ni lagi. Bila dah siap render baik punya animasi (selama 3 minit), klien pun kata 'ermm... cantik, Tapi I rasa kalau wat video shooting lagi bagus". Masa tu aku dah nak ambil pistol Magnum nak tembak kepala sendiri...

3. Tenaga - yang ni korang faham sendiri lah...

4. Karenah birokrasi - Ni bukan nak tunding jari pada sesapa tapi kekadang tu rasa macam xmasuk akal plak bila orang yang xtahu apa2 pasal animasi leh jadi pengarah animasi. Pastu minta animation kaw2 tahap disney dan pixar. 'I nak stail macam The Incredibles tau?' pastu bagi deadline 5 hari termasuk Sabtu dan Ahad. Mesin pun leh rosak kalau selalu sangat wat kerja. Bila xsiap, mulalah xnak dengar alasan. 'I tak kira, by hook or by crook, you kena siapkan animasi ni hari ni gak. I don't care!!" Masa tu aku rasa macam nak suruh dia render animasi tu guna bo***t dia...

5. Platform - kalau 2 tahun lepas, maybe korang xtahu macam mana nak publish animasi korang tu. Sekarang dah ada VEOH, YouTUBE dan Stage6 (yang dah xde lg) dan gunakan platform ni untuk tampilkan bakat korang. Cakap jerk xguna geng... (terasa plak aku)...

Whatever pun, itu semua dah berlalu. Animasi Malaysia sudah masuk fasa 'membanggakan'. Maybe animasi kita xbanyak yang keluar TV tapi apa salahnya kalau xkeluar TV. Aku lagi suka kalau animasi tu dipublish di internet pastu ada 100,000 yang tengok animasi tu. Ingatlah, animasi bukan sekadar kartun, its more than that. Tapi apa yang cuba aku sampaikan di sini bukanlah nak menunding jari pada mana2 pihak. Kalau ada yang terasa tu, minta ampun bebanyak. Maybe dah sampai masanya untuk tutup topik ni. Harapnya lepas ni korang semua post link untuk tengok hasil animasi korang tu. Worait?

Share this post


Link to post
Share on other sites

aaa..skang lebih baik bagi org tgk hasil kerja korang yg dikatakan maju tu... dari dok gaduh bagi alasan menyedapkan diri... ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites

kenapa nk tutup topik?panas telinga?bagi aku,kalau kita nak maju,kita kena membiasakan diri kita atau kompeni kita dengan kritikan terbuka sbb bangsa yg kuat ialah bangsa yg mampu menahan kritikan.bukan mengharpkan pujian,nak nyaman jerkk sepanjang masa.kalau kritik skit merajuk/mengamuk.sebenarnya kritikan sangat penting kalau kita nak produk kita dapat diperbaiki.samala dgn animasi ni.

berbalik kpd tajuk topik ni kenapa animasi malaysia tak maju?

aku ambik satu contoh,animasi 3d saladin yg menang beberapa katagori dlm pertandingan di beberapa negara termasuk di jepun.animasi ni mega punya projek.dier bawah msc-mdec.projek animasi ni dgr cerita kos nya 10 juta tuu.bawah mdec tapi trailer yg 6 minit tu proses animasinya dibuat oleh syarikat luar mdec begitu juga proses bunyinya.apa pulak yg dibuat oleh syarikat asal yg dipertanggung jawabkan utk buat animasi ni?Skrip cerita plak dibuat di US dgn kos usd 1 juta.takder ker penulis skrip yg baik kat negara kite?Animasi Saladin dirangka dgn kos yg tinggi sebab matlamat animasi ni ialah nak membuka ruang kpd malaysia menapak di arena animasi 3d setaraf dgn pemain2 utama dunia sprt jepun,korea dan us.Isu skrip tu nampaknya menjejaskan harapan nk iklan kan perkataan made in malaysia tu.

tak silap aku,proses nk buat animasi saladin ni bermula tahun 2000?sekarng ni belum siap lagi kan?fuhhh...mmg aku dah kate,nak buat filem yg bermutu taraf dunia ni,perlu dibuat penuh ketelitian yg akan menyebabkan kos tinggi dan masa kerja yg lama.Tapi,tak cukup lagikah masa yg dah berlalu tu utk siapkan animasi ni?

ramai yg kagum dgn animasi saladin ni.kerana menang anugerah antarabangsa.dgn itu krew2 derang pun dh bleh dianggap bertaraf antarabangsa!yerla mmg power la sbb dah menang anugerah tu.siapa tak teruja?aku teruja gak.mana tk kagum dgn pencapaian yg berprestij begitu.

cuma aku nak ingatkan di sini,belum masanya kita bersorak2 kpd dunia yg negara kita dah berjaya tampil sebagai salah satu pengeluar filem animasi 3d bertaraf dunia!masih banyak ranjau yg perlu kita tempuh dlm merealisasikan impian tinggi tu.kenyataannya,animasi 3d saladin tu belum siap lagi.yg menang tu baru trailer nyer jerk.

namun,kejayaan animasi 3d saladin tu menampakkan malaysia mmg mampu muncul sebagai sebuah negara pengeluar animasi 3d yg berkualiti.aku tak nafikan.memang kita mampu andai kita berjaya gabungkan semua elemen2 yg perlu ada dlm mengeluarkan animasi yg berkualiti.Sekarang,apakah yg dikatakan elemen2 penting tu?Elemen penting itu la yg jadi isu perbincangan dlm thread ni.sehingga ada yg puji ada yg kutuk.sebab apa kena kutuk?sbb elemen inila yg akan menentukan berjaya atau tidak industri animasi 3d kat negara kita.

sekian dulu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalu kata para animator kita dah setanding ngan negara maju cam US ker Japan aku takleh kata apa...mungkin btul dh setanding..tapi apa hasil kerja animator ni yg boleh di nikmati oleh peminat animasi???..tak ada kan??... jadi macam mana aku nak percaya yg animator kita dah hebat...

- aku org luar..tak tau macam mana nak buat animasi..tapi aku peminat animasi..tau apa tu animasi yg baik...

- tapi kalu tgk iklan stadium astro.. yup kita mmg hebat...tapi tu jer ker....

Share this post


Link to post
Share on other sites

http://www.youtube.com/watch?v=ryH1TB4gEUY

Sebelum aku ulas lebih lanjut, try check link yang aku bagi kat atas. Ringkasnya, animasi tersebut boleh dikatakan hasil sekumpulan penggiat animasi bebas dari negara luar. Karekter dalam animasi ni memang karekter beberapa video game terkenal, tapi dorang ni memang takde kena mengena langsung dengan Square Enix atau pun Tecmo. Dorang ni buat animasi takde mintak support government ke, peruntukan ke, geran ke. Aku rasa ada yang dah pernah tengok animasi ni. Teliti bebetul apa yang korang nampak. Bukan dari sudut grafik atau teknologi animasi semata, tapi dari sudut lain yang lebih teliti. Hint dia, berbalik kepada konsep asas. Enjoy.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ramai yang pandai mengkritik mengenai keburukan animasi malaysia, tapi tak ramai pengkritik yang cuba memahami mengapa pereka animasi malaysia tidak setanding dgn negara luar..

Animator menjalankan tugas mengikut kehendak 2 pihak, bos dan client.. apa yg dorang nak itu la yang kami sajikan.. kalau diberi peruntukkan besar seperti animasi saladin tu, lebih baik la animasi yg dibina oleh kami.. jangan nak bandingkan animasi juta-juta dengan animasi ribu-ribu. Lain hasilnya..

Terima kasih pada yang mengkritik animasi malaysia, sekurang2nya ramai yg memberi komen utk memajukan animasi malaysia. Cuma diharapkan kami diberi lebih peluang untuk lebih memajukan diri dalam bidang animasi. Almaklumlah, animasi dia malaysia masih boleh dikira mentah berbanding negara luar. Tapi itu tak bermakna animasi kita tak boleh kalahkan dorang.

Pada yang mengutuk yang tidak berasas, anda sudah semestinya adalah peminat animasi luar negara yang tidak pernah melibatkan diri dalam bidang animasi.. Semestinya anda tidak tau apa kaitan animasi dengan bajet,tenaga kerja,masa,penghasilan animasi dan sebagainya. Jadi anda sentiasa beranggapan para animator di malaysia tidak akan maju sampai bila2..Beri kami masa dalam beberapa tahun lagi, time tu anda akan jilat balik ludah hang kt lantai tu..

Beri kami peluang, beri kami bajet yang besar, beri kami tugasan yang mencabar.. Time tu korang akan tau la animasi malaysia power ke tak

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...