Jump to content
NeoLogy

Sembahyang Hajat : Sunnah Atau Bida'ah?

Recommended Posts

[quote]
Assalamualaikum mari kita sama-sama membaca satu jawapan dari seorang ustaz mengenai solat sunat hajat, samada solat hajat itu sunnah(dituntut) atau satu bida'ah sahaja.

PERTANYAAN:

Saya sering ditanya dan diminta berhujjah dengan dalil syara, apakah solat hajat itu hukumnya sunnah (dituntut) atau bid’ah?

JAWAPAN:

Menurut para ulama hadis (muhaddis) bahawa semua hadis-hadis tentang solat hajat adalah hadis dha’if (hadis lemah). Maka tidak boleh mengamalkan hadis lemah walaupun banyak bilangannya.

Oleh itu mendirikan solat hajat hukumnya adalah bid’ah kerana menurut Imam Bukhari rahimahullah (dan ramai imam-imam hadis yang lain) bahawa:

“Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” [[1]]

Antara hadis yang menjadi hujah pada mereka yang melakukan solat hajat ialah:

“Dari Abdullah bin Abi Auf, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang dari Hani Adam (manusia), maka hendakIah ia berwuduk serta menyempurnakan (membaguskan) wuduknya, kemudian soIat hajat dua rakaat. Setelah selesai solat hajat hendaklah ia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian membaca doa hajat:”

Menurut ulama hadis, hadis di atas ini sangat lemah (daif). la dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1/477), oleh Imam Hakim (1/320) dan dikeluarkan juga oleh imam-imam yang lain. Hadis di atas ini dari jalan Faaid bin Abdullahrahman Abu al-Waruqa, dari Abdullah bin Abi Auf secara marfu’.

Imam Tirmizi dalam riwayatnya menjelaskan bahawa:

“Hadis ini gharib (asing), pada sanadnya ada perbincangan (maqal) disebabkan Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan di dalam hadisnya.”

Didapati sanad hadis ini sangat lemah kerana Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan oleh ramai (sejumlah besar) ulama hadis (muhaddis). Di bawah ini dibawakan penjelasan para ulama hadis tentang Faaid bin Abdurrahman Abdul Waruqa’:

1. Berkata Abdullah bin Ahmad dari bapanya (Imam Ahmad) bahawa hadis ini termasuk “Matrukul hadis” orang yang ditinggalkan (tidak boleh dipakai) hadisnya.

2. Berkata Imam Ibnu Ma’in: Dhaif dan bukan orang yang siqah (tidak dipercayai).

3. Berkatra Imam Abu Daud: Tidak berguna (istilah bermakna lemah/perawi lemah).

4. Berkata Imam Nasaii: Perawi yang tidak siqah atau matrukul hadis.

5. Berkata Imam Abu Hatim: Hadis-hadisnya dari Ibn Abi Aufa batil.

6. Berkata Imam al-Hakim: la meriwayatkan dari Ibnu Abi Aufa dan hadis-hadisnya adalah maudu’ (palsu).

7. Berkata Ibn Hibban: Mungkarul hadis (hadis mungkar).

8. Berkata Imam Bukhari: Mungkarul hadis. Dan menurut jarah Imam Bukhari: “Setiap Rawi yang telah aku katakan padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” [[2]]

Dengan keterangan ini jelaslah bahawa hadis tentang solat hajat sangat lemah kerana telah dilemahkan oleh ramai para ahli (ulama) hadis. Maka melakukan solat hajat adalah perbuatan bid’ah yang diada-adakan kerana tiada keterangan dalil yang sahih yang membolehkannya.

Adapun pengganti solat hajat apabila ada keperluan atau hajat, ialah solat istiharah sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis yang sahih.

Antara yang memuatkan hadis solat hajat di dalam kitab mereka dan melemahkannya ialah:

1. Imam al-Hakim. Lihat Al-Mustadrak 1/320.
2. Imam at-Tirmizi. Lihat Hadis no. 1/477.
3. Imam lbn Majah. Lihat Hadis no. 1348.
4. lbn Hajar. Lihat Kitab Tahzibut Tahzib 8/255
5. Imam An-Nawawi. Lihat Al-Azkar Hlm. 156.

Selain hadis daif (lemah) yang telah dijelaskan, terdapat lagi hadis lemah untuk membolehkan solat hajat yang dimuatkan oleh Syed Sabiq dalam kitabnya “Fiqih Sunnah” yang dianggap oleh beliau hadis tersebut sebagai hadis sahih, tetapi menurut al-lmam Nasiruddin al-AlBani rahimahullah bahawa hadis tersebut terbukti hadis lemah. [[3]] Hadis yang dimaksudkan ialah:

“Dari Abi ad-Darda’ radiallahu ‘anhu berkata: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barang sesiapa yang berwuduk lalu ia sempurnakan wuduknya, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurnanya, nescaya Allah akan menunaikan segala hajatnya (apa sahaja yang diminta) cepat atau lambat”.

Hadis di atas ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah dalam Musnadnya 6/442 – 443 dengan sanadnya yang lemah (dhaif). Di dalam sanadnya terdapat seorang rawi yang majhul (tidak dikenal/tidak diketahui), iaitu Maimun Abi Muhammad. [[4]]

Dengan demikian, kenyataan Syed Sabiq bahawa sanad hadis ini sahih adalah merupakan kesilapan dan tasaahul (perbuatan yang bermudah-mudah) dalam mengambil hadis sebagai hujjah syara.

Dengan keterangan ini juga, diharap para ulama yang mengamalkan dan membiarkan umat mengerjakan solat hajat ketika mereka ada keperluan, seperti amalan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi apabila hampirnya menghadapi peperiksaan akhir, persatuan-persatuan agama apabila ada perayaan-perayaan tertentu, masjid-masjid dan surau-surau serta orang-orang perseorangan apabila menyambut hari-hari yang dianggap sebagai kebesaran Islam, maka mereka (terutamanya para ulama) perlu berhujjah dengan hujjah-huijah dari syara untuk membolehkannya agar mereka tidak melakukan bid’ah yang tercela iaitu bid’ah dhalalah.
[1] Lihat Mizanul l’tidal. jld. 1. Hlm. 6.

[2] Lihat Mizanul I’tidal. 1/6.

[3] Lihat penjelasan Al-Albani dalam kitabnya Tamamul Minnah. Hlm. 260.

[4] Lihat Tamamul Minnah. Hlm. 260.

Jika ini benar-benar bid'ah perhimpunan ini hanyalah sebagai perhimpunan politik sahaja.
[/quote]

[url="http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2011/01/mesti-baca-adakah-solat-hajat-itu.html"][Sumber][/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Persoalan ini secara umumnya boleh kita jawab dengan tanyakan semula dalam bentuk soalan kembali. Apakah dalil dan sebabnya nabi melakukan puasa hari khamis? Apakah dia dalil yang mengatakan Allah menerima amalan hambaNYA yang baik-baik? Apakah ada hadis yang menyatakan bahawa ada seseorang yang berdoa memohon kepada Allah dalam keadaan yang banyak maksiat dan perkara haram dilakukan kemudian ditanya nabi adakah Allah akan terima? Wujudkah hadis atau ayat al-Quran yang menyatakan kepada kita bahawa amalan kebajikan dan pahala akan menghapuskan dosa-dosa kecil yang telah dilakukan?
Kenapakah sebelum kita berdoa kita dituntut untu membaca Basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) dan berselawat kepada nabi serta memuji Allah SWT? Tak boleh kah berdoa terus tapa melakukan muqaddimah dan penutupnya?

Rasanya persoalan-persoalan ini sudah cukup untuk menyatakan sunat atau sekurang-kurangnya harus melakukan solat sunat hajat!

Secara terperinci mungkin memakan masa sedikit untuk diterangkan. saya mengumpulkan bahan dari buku.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]
Assalamualaikum mari kita sama-sama membaca satu jawapan dari seorang ustaz mengenai solat sunat hajat, samada solat hajat itu sunnah(dituntut) atau satu bida'ah sahaja.

PERTANYAAN:
Saya sering ditanya dan diminta berhujjah dengan dalil syara, apakah solat hajat itu hukumnya sunnah (dituntut) atau bid’ah?
[b]Untuk seseorang yang mempelajari usul fiqh, dalil syarak ada sekurang-kurangnya 4 yang tiada perselisihan padanya melainkan pada 2 pihak yang menolak beberapa faktor dalam 2 dalil daripada empat ini. Tetap mereka menerimanya (keempat-empat) tetapi tidak seperti jumhur ulamak lain. Dan berbaki lagi 8 dalil yang tidak disepakati menjadikannya 12 semuanya. Atau mungkin lebih? Tetapi dalam teks jawapan ustaz ini hanya menyatakan dalil hadis.

Disebabkan hanya 4 disepakati, maka kita cuba sempitkan perbincangan hanya menggunakan 4 dalil sahaja. Iaitu al-Quran, as-Sunnah atau hadis, Ijmak dan Qiyas.[/b]

JAWAPAN:

Menurut para ulama hadis (muhaddis) bahawa semua hadis-hadis tentang solat hajat adalah hadis dha’if (hadis lemah). Maka tidak boleh mengamalkan hadis lemah walaupun banyak bilangannya.
[b]Sila rujuk pendapat-pendapat ulamak hadis berkenaan hadis dhoef/lemah. Hadis dhoef masih boleh diamalkan sebagai fadhilat amal. Bahkan dalam beberapa keadaan ia boleh dijadikan hujjah kerana mencapai darjat SOHEH. Bolehkah hadis lemah menjadi soheh? Ya, boleh! Belajar ilmu mustalah hadis dan anda akan tahu.

Sudut yang lain, hadis lemah secara kasarnya ada dua bahagian, yang lemah dari sudut matan teks hadis, dan yang lemah dari sudut sanad hadis contohnya perawi lemah ingatan atau sebagainya. Jika lemahnya pada sanad maka ianya masih ada kebarangkalian untuk soheh dari sudut makna.

Contohnya saya menceritakan tentang berita TV5 yang saya dengar dan tonton malam tadi kepada anda. Oleh kerana ingatan saya lemah maka periwayatan saya berkenaan berita malam tadi dilabel sebagai LEMAH! Tetapi adakah berita tersebut palsu? Juga tak dapat dibuktikan dengan hanya perkhabaran saya. Kemudian ada orang lain yang mengiyakan apa yang saya dengar maka ianya disokong dan boleh menaikkan darjatnya kepada soheh. Begitulah juga hadis dhoef, masih ada kebarangkalian untuk ianya benar, sekurang-kurangnya dari sudut makna.

Dan dalam kaedah ilmu fiqh (atau kaedah ilmu hadis??) terbatalnya dalil tak menyebabkan terbatalnya yang didalilkan/ditunjukkan (madlul). Contohnya satu papan tanda menunjukkan lorong kanan akan menuju ke tempat bernama Beika. Jika papan tanda itu lemah reput, atau telah jatuh dan patah, adakah tempat bernama Beika juga lenyap dari muka bumi? Lemahnya dalil solat hajat adakah membawa erti solat hajat dilarang? Nanti kita akan jumpa hadis lain yang soheh atau hasan yang menyokong solat hajat.

Kerana itu ulamak menyatakan boleh beramal dengan hadis lemah. Tidak hanya bersandar pada satu dalil khusus bahkan ada dalil umum juga.[/b]

Oleh itu mendirikan solat hajat hukumnya adalah bid’ah kerana menurut Imam Bukhari rahimahullah (dan ramai imam-imam hadis yang lain) bahawa:

“Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” [[1]]
[b]Menjadi kelaziman saya untuk mengingkari maklumat berkenaan hadis ‘seperti ini’ yang bersumber INTERNET kerana sejarah perbincangan saya sebelum ini membuktikan berlaku penyelewengan fakta! Maka sumber rujukan yang dipercayai diperlukan.[/b]

Antara hadis yang menjadi hujah pada mereka yang melakukan solat hajat ialah:

“Dari Abdullah bin Abi Auf, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang dari Hani Adam (manusia), maka hendakIah ia berwuduk serta menyempurnakan (membaguskan) wuduknya, kemudian soIat hajat dua rakaat. Setelah selesai solat hajat hendaklah ia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian membaca doa hajat:”
[b]Dan teks hadis yang ada pada saya diriwayatkan dari Abdullah Bin Abi Aufa bukannya auf, dan hadisnya lebih panjang kerana menyatakan doa tersebut secara terperinci dan ianya diriwayatkan oleh Imam Turmuzi juga Ibn Majah dengan sanad yang HASAN![/b]

Menurut ulama hadis, hadis di atas ini sangat lemah (daif). la dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1/477), oleh Imam Hakim (1/320) dan dikeluarkan juga oleh imam-imam yang lain. Hadis di atas ini dari jalan Faaid bin Abdullahrahman Abu al-Waruqa, dari Abdullah bin Abi Auf secara marfu’.

Imam Tirmizi dalam riwayatnya menjelaskan bahawa:

“Hadis ini gharib (asing), pada sanadnya ada perbincangan (maqal) disebabkan Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan di dalam hadisnya.”

Didapati sanad hadis ini sangat lemah kerana Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan oleh ramai (sejumlah besar) ulama hadis (muhaddis). Di bawah ini dibawakan penjelasan para ulama hadis tentang Faaid bin Abdurrahman Abdul Waruqa’:[b]abil-warqa' bukan abdul, mungkin kesilapan ejaan[/b]

1. Berkata Abdullah bin Ahmad dari bapanya (Imam Ahmad) bahawa hadis ini termasuk “Matrukul hadis” orang yang ditinggalkan (tidak boleh dipakai) hadisnya.

2. Berkata Imam Ibnu Ma’in: Dhaif dan bukan orang yang siqah (tidak dipercayai).

3. Berkatra Imam Abu Daud: Tidak berguna (istilah bermakna lemah/perawi lemah).

4. Berkata Imam Nasaii: Perawi yang tidak siqah atau matrukul hadis.

5. Berkata Imam Abu Hatim: Hadis-hadisnya dari Ibn Abi Aufa batil.

6. Berkata Imam al-Hakim: la meriwayatkan dari Ibnu Abi Aufa dan hadis-hadisnya adalah maudu’ (palsu).

7. Berkata Ibn Hibban: Mungkarul hadis (hadis mungkar).

8. Berkata Imam Bukhari: Mungkarul hadis. Dan menurut jarah Imam Bukhari: “Setiap Rawi yang telah aku katakan padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” [[2]]
[b]Satu persoalan : kenapakah ianya berbeza dengan yang di atas? Adakah benar Imam Bukhari nyatakan secara khusus kalimah "solat hajat" seperti terjemahan di atas :[u]Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang hadis "solat hajat" padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya. [[1]][/u]

Nombor rujukan berbeza, satu dan dua, tetapi jilid kitab dan halamannya sama. Adakah ini menunjukkan penulis tidak amanah dengan ilmu dan penukilan? (quote) [/b]

Dengan keterangan ini jelaslah bahawa hadis tentang solat hajat sangat lemah kerana telah dilemahkan oleh ramai para ahli (ulama) hadis. Maka melakukan solat hajat adalah perbuatan bid’ah yang diada-adakan kerana tiada keterangan dalil yang sahih yang membolehkannya.
[b]saya biarkan perbincangan ini kerana tiada kitab rujukan untuk mempastikan kebenaran tulisan tersebut[/b]

Adapun pengganti solat hajat apabila ada keperluan atau hajat, ialah solat istiharah sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis yang sahih.

Antara yang memuatkan hadis solat hajat di dalam kitab mereka dan melemahkannya ialah:

1. Imam al-Hakim. Lihat Al-Mustadrak 1/320.
2. Imam at-Tirmizi. Lihat Hadis no. 1/477.
3. Imam lbn Majah. Lihat Hadis no. 1348.
4. lbn Hajar. Lihat Kitab Tahzibut Tahzib 8/255
5. Imam An-Nawawi. Lihat Al-Azkar Hlm. 156.
[b]imam nawawi di dalam kitabnya al-Azkar mendatangkan dua hadis berkenaan solat hajat. Satu seperti di atas dan satu lagi yang diriwayatkan dari imam turmuzi dan ibnu majah, kata imam turmuzi hadis ini hasan lagi soheh.

Mengapa tidak diulas hadis ini? Kerana dalam hadis ini nabi SAW mengajarkan seorang sahabat yang buta/rabun untuk solat hajat dan BERTAWASSUL kepadanya, dan pada firasat saya penulis sangat menentang tawassul, sekalipun hadis tersebut soheh

Terbukti dalam sesetengah percetakan buku di mesir, mereka yang seperti itu sanggup membuang halaman yang mempunyai hadis yang tidak mereka suka seperti hadis tawassul, mengubah nama bab dan tajuk mengikut kehendak suka-suki mereka tidak seperti yang ditulis oleh penulis asal. Mereka sangat tidak amanah dengan ilmu bahkan melakukan jenayah ilmiah. Akhirnya generasi mereka yang membaca buku seperti itu tidak mengetahui telah dihilangkan hadis atau halaman tertentu, diubah tajuk bab, dan sebagainya. Apabila kita bawakan cetakan versi kita mereka katakana kitab kita salah pula!

Dan mungkin kerana tidak tahu itulah mereka tidak menyebutkan hadis kedua yang disebut sebagai hasan lagi soheh oleh imam turmuzi itu.[/b]

Selain hadis daif (lemah) yang telah dijelaskan, terdapat lagi hadis lemah untuk membolehkan solat hajat yang dimuatkan oleh Syed Sabiq dalam kitabnya “Fiqih Sunnah” yang dianggap oleh beliau hadis tersebut sebagai hadis sahih, tetapi menurut al-lmam Nasiruddin al-AlBani rahimahullah bahawa hadis tersebut terbukti hadis lemah. [[3]] Hadis yang dimaksudkan ialah:

“Dari Abi ad-Darda’ radiallahu ‘anhu berkata: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barang sesiapa yang berwuduk lalu ia sempurnakan wuduknya, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurnanya, nescaya Allah akan menunaikan segala hajatnya (apa sahaja yang diminta) cepat atau lambat”.
[b]saya dapati hadis ini dalam bab zikir solat hajat kitab al-Azkar Imam Nawawi yang disyarahkan oleh Imam Ibnu 'Illan dan diberi nama "futuhat rabbaniah syarh ala al-azkar an-nawawiyah"[/b]

Hadis di atas ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah dalam Musnadnya 6/442 – 443 dengan sanadnya yang lemah (dhaif). Di dalam sanadnya terdapat seorang rawi yang majhul (tidak dikenal/tidak diketahui), iaitu Maimun Abi Muhammad. [[4]]
[b]di dalam kitab milik saya, dihukumkan hadis ini dhoef, dalam kurungan, mungkin oleh syeikh al-Albani. Namun setelah kurungan, imam Ibnu 'Illan nukilkan dari al-hafiz (apabila disebut al-hafiz dalam perkara hadis, dimaksudkan adalah al-hafiz as-suyuti atau al-hafiz ibn hajar _saya terlupa) menyatakan bahawa ini hadis yang hasan, diriwayatkan oleh imam ahmad dan imam bukhari dalam kitab at-tarikh imam bukhari

Pelik bukan? Kita kata hadis ni lemah tapi selepas ayat kita ada ayat dari ulamak hadis yang lebih berkaliber menyatakan hadis ini hasan. Jika hasan kurang sedikit dari soheh tapi tidak dhoef, boleh berhujjah padanya

So, what? Kukuh bukan hujjah dan dalil solat hajat? Diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari? Dihukumkan soheh?[/b]

Dengan demikian, kenyataan Syed Sabiq bahawa sanad hadis ini sahih adalah merupakan kesilapan dan tasaahul (perbuatan yang bermudah-mudah) dalam mengambil hadis sebagai hujjah syara.
[b]Allahu a'lam[/b]

Dengan keterangan ini juga, diharap para ulama yang mengamalkan dan membiarkan umat mengerjakan solat hajat ketika mereka ada keperluan, seperti amalan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi apabila hampirnya menghadapi peperiksaan akhir, persatuan-persatuan agama apabila ada perayaan-perayaan tertentu, masjid-masjid dan surau-surau serta orang-orang perseorangan apabila menyambut hari-hari yang dianggap sebagai kebesaran Islam, maka mereka (terutamanya para ulama) perlu berhujjah dengan hujjah-huijah dari syara untuk membolehkannya agar mereka tidak melakukan bid’ah yang tercela iaitu bid’ah dhalalah.
[b]لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم العزيز الحكيم

Teruk betul solat hajat ni, sesat habis semua orang, buat bidaah yang sesat.[/b]

[1] Lihat Mizanul l’tidal. jld. 1. Hlm. 6.

[2] Lihat Mizanul I’tidal. 1/6.

[3] Lihat penjelasan Al-Albani dalam kitabnya Tamamul Minnah. Hlm. 260.

[4] Lihat Tamamul Minnah. Hlm. 260.

[/quote]
insyaAllah akan ditulis mengapa dibolehkan dan disunatkan untuk melakukan solat hajat. Setakat ini saya hanya membalas petikan teks tulisan penulis.

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

[quote]Hukum beramal; dengan hadis dhoef
Ulamak telah berbeza pandangan pada hukum beramal dengan hadis dhoef kepada tiga pendapat
1- Tidak dibenarkan langsung : Qadhi Abu Bakar Ibn Arabi dan Yahya Ibnu mu’in (atau ma’in?)
2- Dibolehkan langsung : Imam Abi Daud dan Imam Ahmad Ibn Hanbal. Di sisi Imam Abu Hanifah, hadis dhoef lebih utama diamalkan berbanding menggunakan logic dan pandangan akal.
3- Dibenarkan hanya pada fadhilat amal, peringatan, tazkirah dan kisah-kisah teladan dan sebagainya yang tidak pada perkara berkaitan dengan akidah dan hukum-hukum. Pendapat ini yang paling muktamad di sisi ulamak mutakhir kini.
[/quote]

Dua lawan satu? :D

Sekalipun kita tidak menggunakan hadis itu sebagai timbangan untuk menyatakan bahawa hukum padanya sunat atau wajib atau haram atau makruh, tetapi ianya harus diamalkan dan digunakan secara sendiri.

Imam nawawi sendiri dalam kitab ar-raudhah menyatakan hukumnya (solat hajat) secara khusus tidak sunat dan tidak makruh berpandukan hadis pertama. Namun dari sudut ianya solat sunat tetap hukumnya sunat. Namun dari sudut namanya solat hajat maka hukumnya harus. Tidak dihukumkan sunat kerana hadisnya lemah, dan tidak dilarang dilakukan kerana masih ada peratusan ianya memang benar sabda nabi SAW.

Share this post


Link to post
Share on other sites
senang kata, hadis dhaif nie tidak boleh dipakai dalam hal2 seperti

1. Halal dan haram
2. hal berkaitan akidah


:D

lain2 panglima da terangkan :D


tapi yang menjadi permasalahan umat islam sekarang nie
mereka beri komen/pendapat bukan dalam bidang mereka (kebanyakan nyer)
so ini boleh mengelirukan orang islam yang lain..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[color="#333333"][b][i][size="3"]Mari kita bincangkan adakah boleh solat hajat atau tidak boleh?[/size][/i][/b]

Dalil secara khusus dengan doanya telah disebut di awal lagi dan imam turmuzi sendiri katakan bahawa pada sanadnya ada perbincangan. Hadis ini lemah pada kebanyakan ulamak tetapi rujukan saya mendapati imam ibnu majah menghukumkannya hasan.

Dalam bab yang sama, imam nawawi bawakan hadis ke dua yang dihukumkan hasan lagi soheh oleh imam turmuzi, juga diriwayatkan oleh ibnu majah. Pada hadis ini seorang sahabat yang sakit matanya dan meminta Rasulullah SAW berdoa untuknya. Rasulullah SAW berikan pilihan jika dia mahu Rasulullah akan doakan, atau dia terus bersabar dan itu lebih baik. Dia pulang memilih bersabar. Lalu Rasulullah memanggil semula dan menyuruhnya berwudhuk dengan sempurna dan berdoa tawassul dengan nabi SAW. Dalam riwayat lain disebutkan solat 2 rakaat selepas berwudhuk kemudiannya barulah berdoa.

Juga kita ada hadis dari abi darda' seperti di atas, yang hasan di sisi al-hafiz, juga diriwayatkan oleh imam bukhari dalam at-tarikh.

Hadis pertama secara khusus solat hajat atau jika berhajat, hadis ke dua agak umum, solat dan berdoa tawassul dengan nabi SAW, hadis ke tiga lebih umum lagi kepada mana-mana solat dan selepasnya berdoa maka akan dikabulkan, hanya cepat atau lambat menjadi perbezaannya.

Fiqh adalah [b]ilmu menetapkan hukum syarak pada perbuatan mukallaf (aqil baligh etc) berdasarkan dalil secara khusus[/b]. Maka kita ada dalil khusus untuk solat hajat tetapi lemah, justeru kita berpegang seperti Imam nawawi sebutkan dalam kitab ar-raudhah seperti yang disebut dalam perbincangan di atas, bahawa solat hajat itu harus pada namanya secara khusus, dan sunat pada tuntutan solat secara umum. Ini kerana dalilnya secara khusus itu tidak boleh dihujjahkan dan dijadikan hukum.

Baik.

Berdasarkan dua hadis lagi, solat dan berdoa, bertawassul, doa itu akan diterima samada cepat atau lambat, menunjukkan maknanya apabila berhajat maka solatlah 2 rakaat sekurang-kurangnya dan berdoa juga bertawassul bagi mereka yang mahu bertawassul, dengan izin Allah doa itu pasti dikabulkan samada cepat atau lambat.

Kedua-dua hadis tersebut tetap membawa maksud solat hajat secara makna sekalipun tidak disebut secara khusus. Apa tujuan kita berdoa? Memohon hajat bukan? Memohon sesuatu kan? Solat semata-mata untuk kemudiannya memohon hajat bukankah solat itu solat hajat?

Merujuk persoalan-persoalan yang ditimbulkan di awal sekali selepas tulisan penulis post pertama sebelum dijawab tulisan penulis. Kita bincangkan dengan menggunakan dalil umum lain, bukan dalil khusus.

Apakah sebabnya nabi berpuasa hari khamis? Jika hari isnin kerana hari kelahiran baginda, khamis pula? Kerana khamis hari diangkat amalan terkumpul mingguan. Kenapa puasa? Kerana puasa itu ibadah dan ibadah itu Allah suka seperti dalam hadis qudsi seseorang hamba melakukan yang wajib kemudiannya ditambah yang sunat Allah akan menjadi matanya yang dia melihat dengannya, hingga akhir hadis. Dan bukankah Nabi SAW sebut bahawa Allah itu toyyib/baik/elok hanya menerima yang elok-elok.

Nabi SAW suka semasa amalan baginda diangkat baginda dalam keadaan beribadat dan menghiasi amalan yang diangkat itu dengan ibadah-ibadah. Maka apabila kita hendak rafakkan sembah doa dan hajat mengapa tidak kita mulakan dengan ibadah?

Ibadah, dalam bahasa sufi adalah taqarrub. Apa erti taqarrub? Mendekatkan diri kepada Allah. Bukan bermaksud dekat dari sudut jarak kerana Allah suci dari bertempat, tetapi dekat maknawi dan dekat pada erti martabat nilai kita di sisi Allah serta taqwa. Secara logik di alam dunia ini, kita hendak memohon kepada sultan perlu melalui pegawainya, jika tak diizin maka mesti diperantarakan oleh pegawai yang dekat dengan sultan. Jika kita di tempat dan jawatan pegawai itu, bukankah kita boleh mohon dari sultan secara terus tanpa penghalang?

Namun Islam bukan secara logik akal seperti itu. Akan tetapi cuba kita ingat kembali makna hadis qudsi tadi yang hamba dekatkan dirinya kepada Allah dengan amalan wajib dan sunat, Allah memimpin anggota badannya dan memeliharanya dari maksiat, maka doanya tidakkah bertutur dengan lisan yang diredhai Allah? Apabila Allah redha dan sayang hambanya adakah Allah akan tolak permintaan dan permohonannya?

Maka solat hajat, mendekatkan diri kita kepada Allah dan berdoa dalam keadaan Allah redha (insyaAllah), moga-moga doa dan hajat kita lebih berpeluang cerah untuk segera dikabulkan.

Banyak hadis dan ayat al-Quran menyebutkan amalan kebajikan menghapuskan dosa-dosa kecil. Dan ada hadis menceritakan seorang lelaki yang mahu berdoa, maka dia bermusafir (doa orang musafir mustajab), dan juga melakukan beberapa lagi amalan yang memustajabkan doa, tetapi makanannya dari yang haram, pakaiannya juga, yakni banyak maksiat, dia berdoa "Allah Allah" mengangkat tangan tinggi, nabi tanyakan adakah akan diterima doanya? Bermaksud nabi persoalkan dan perumpamakan perbuatan beliau yang haram dan berdosa itu menghalang doa dari dikabulkan Allah.

Namun berdasarkan hadis dan ayat al-Quran yang menunjukkan kepada kita ibadah dan ketaatan seperti sedekah dapat menghapuskan dosa-dosa kecil, kita berharap semoga solat sebelum berdoa merafak hajat itu, juga menghapuskan dosa-dosa kita, membolehkan doa hajat kita lebih cerah harapannya untuk diterima Allah.

Dan kerana itu, sesetengah ulamak menggalakkan untuk dibuat solat taubat serta bertaubat sebelum menunaikan solat hajat serta berdoa merafak hajat. Juga kebiasaan ketika qiamullail dan tahajud, dimulakan dengan solat taubat sebelum solat hajat.

Hukumnya, seperti kita bincangkan tadi, harus secara khusus namanya solat hajat namun sunnah secara umum tuntutan solat sekalipun solat sunat mutlak. (usalli lillahita'ala) dibuat 2rakaat @4 sekaligus @6 @8 @seterusnya.

Bukankah penyejuk mata baginda Nabi SAW adalah solat?

Diharapkan tulisan saya ini dapat diikuti dan difahami dengan mudah.
Allahu a'lam[/color]

[color="#333333"][i]panglima khalid[/i][/color]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NeoLogy' timestamp='1294762099' post='1059126']
[url="http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2011/01/mesti-baca-adakah-solat-hajat-itu.html"][Sumber][/url]
[/quote]
yang selalu menyebut bi'ah orang yang berfahaman wahabi
kita lihat ahli PAS membuat solat hajat, banyak bijak pandai dalamnya,jahil lah mereka semua membuat perkara bi'ah, yang ulama lain tak komen pun ... ikut subahat juga kot. Ini yang jadi tanda tanya ???
(untuk pakar usul fekah dia tu sekurang kurang nya hafal Alquran, faseh bahasa arab (sastera bahasa arab), ada belajar tafsir sekurang2 tafsir Jalalain kalau tidak AlQartubi,ada belajar hadith dan mahir) itu pun nak berguru, bukan hanya baca kitab) sebab 4 imam tu dah cukup

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...