Jump to content
Sign in to follow this  
BasicCX

Finas: Iklan Deepavali Tiada Kaitan Dengan Tukar Agama

Recommended Posts

[SIZE="3"][B]Finas: Iklan Deepavali tiada kaitan dengan tukar agama[/B]
[CENTER]
[IMG]http://media1.malaysiakini.com/297/e87f3029bc463a39bf0a24b39eb32620.jpg[/IMG]


[IMG]http://media1.malaysiakini.com/297/544be528fd679536c33975e28eccfed0.jpg[/IMG]

[media]http://www.youtube.com/watch?v=Ybjr3irTsZs[/media]
[/CENTER]

Iklan Deepavali terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tidak ada kaitan dengan penukaran agama mana-mana masyarakat dan tidak seharusnya dilihat dari luar konteksnya, kata ketua pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim.

Katanya, iklan berkenaan bertujuan memupuk semangat 1Malaysia di kalangan masyarakat majmuk dan keluarga mereka yang meraikan pelbagai perayaan di Malaysia.

“Ikan ini adalah susulan iklan yang diterbitkan semasa Hari Raya apabila Muthu berkahwin campur dengan seorang rakyat tempatan Sarawak, Rina.

“Jadi, kami cuba memaparkan bagaimana rakyat Malaysia yang berlainan latar menyambut perayaan masing-masing. Kami juga ada iklan susulan semasa Krismas dan Tahun Baru Cina.

Menurut Mahyidin iklan itu adalah kerja kreativiti dan tidak seharusnya dicampurkan dengan politik.

“Iklan itu langsung tidak bertujuan merendahkan mana-mana bangsa dan sudah tentu idea menukar agama langsung tidak terlintas di minda kami,” katanya dalam saytu kenyataan.

Mahyidin merujuk kepada ulasan senator S Ramakrishnan yang mempersoalkan mesej pada iklan itu yang cuba dibawa oleh penerbit iklan berkenaan.

Katanya, jalan cerita iklan ini, hampir sama dengan drama Bollywood bila mana terdapat konflik pada permulaan tetapi semuanya berakhir dengan baik. Apabila iklan itu berakhir, ia memaparkan suasan kegembiran dan kebahagiaan di kalangan kedua-dua keluarga itu.

Iklan 30 saat yang didakwa disiarkan di RTM dan Astro - menunjukkan seorang lelaki dari keluarga beragama Hindu menghadapi masalah dengan keluarganya setelah dia berkahwin dengan seorang perempuan Islam.

Perempuan Islam itu pula keberatan memakan makanan yang disajikan oleh keluarga suaminya. Dia akhirnya menjamah makanan berkrenaan setelah diyakinkan oleh seorang rakan keluarga itu bahawa makanan itu adalah halal.

Hanya setelah perempuan Islam itu melahirkan anak, keluarga berkenaan menerimanya dan anak itu.

Menurut Ramakrishnan, iklan Finas itu memaparkan sikap bermusuhan keluarga Hindu dan gagal menangani isu soal pemaksaan penukaran agama sebelum seseorang boleh berkahwin dengan orang Islam.

Mahyidin sebaliknya berkata iklan itu cuba memaparkan tolak ansur dan perasaan kasih sayang di kalangan masyarakat pelbagai bangsa. Ia menunjukkan rasa hormat di antara berlainan bangsa di mana makanan halal disediakan untuk tetamu mereka yang beragama Islam. [/SIZE]

-- Malaysiakini Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
so? secara peribadi nya apa pandangan TS/korang pasal isu nie???

aku rase, isu nie leh jadi isu besar
kalo salah satu pihak cume provokasi kan keadaan...

tau la keadaan sekarang kan

Share this post


Link to post
Share on other sites
camne boleh kawen? kalau lelaki masih hindu?

kalau masalah ahli kitab pun, lelaki muslim sahaja boleh kawen dengan ahli kitab bukan perempuan muslimah kahwn dengan ahli kitab.

tambah2 dengan agama selain samawi, lebih perlu diperketatkan. bab makanan disembelih dan dimasak ahli kitab boleh dimakan, disembelih dan dimasak penganut agama berhala tak boleh.

so, kekeliruan di situ, suami dia makan slamber, dia Islam ke? atau yakin dah halal? kalau yakin kenapa isteri tak tahu?

kalau dia bukan Islam, kahwin bagaimana?


bab meraikan deepavali (bukan merayakan) tu panjang ceritanya, mudah kata, boleh meraikan tapi bukan merayakan, kena jaga niat elok2..


perenggan ke dua terakhir
[quote]Menurut Ramakrishnan, iklan Finas itu memaparkan sikap bermusuhan keluarga Hindu dan gagal menangani isu soal [b]pemaksaan penukaran agama sebelum seseorang boleh berkahwin dengan orang Islam[/b][/quote]
ish2..boleh jadik masalah besar tu....
Islam tak paksa pun.. kalau nak kawen dengan orang Islam, ikut lah syarat yang Islam letakkan. kenapa kata dipaksa tukar agama?

orang bawak kereta, dipaksa kah patuhi peraturan lalu lintas? kalau dipaksa baik jangan bawak kereta, jalan kaki ja. pejalan kaki pun ada peraturan lalu lintas...so, tido je dermakan kaki tu kepada yang lebih memerlukan.

kenyataan "Ramakrishnan" tu mengelirukan dan boleh menyebabkan masalah berkaitan ugama.

[quote]memaparkan sikap bermusuhan keluarga Hindu dan gagal menangani isu[/quote]
itu aku no comment

pengarah iklan dah jawab kot...

Share this post


Link to post
Share on other sites
bagi aku, iklan ni mmg byk benda boleh diprovokasikan.. tapi nape nak amik yg negatif ? yang positif nak campak pi mana ?

kalo dari kaca mata aku, msg yg aku nampak dari iklan ni adalah perpaduan antara kaum di Malaysia..

dan disebabkan iklan ni tak details, maksud aku, takde pengenalan camna pompuan tu kawin ngan laki tu, takde tunjuk sejarah keluarga laki tu, sejarah keluarga pompuan tu, so aku just amik msg yg disampaikan..

kalo pasal si suami main makan je tanpa amik tau halal atau tak, perasan tak pompuan Melayu (lakonan khatijah tan) tu, Kak Ton nama dia.. siapa dia nih ? ada kemungkinan tak yg di ni org gaji merangkap tukang masak kat umah laki tu ? kalo kita tengok balik iklan versi raya, kita dapat tau yg suami isteri nih tak diterima oleh keluarga si suami sejak berkahwin.. so, ada kemungkinan yang si isteri tatau yg keluarga suami dia ada org gaji beragama islam sekaligus makanan yang dihidangkan dirumah tersebut adalah halal.. tapi si suami tau.. ada kemungkinan kan ?

dan tentang kata2 Ramakrishnan tu, "pemaksaan penukaran agama sebelum seseorang boleh berkahwin dengan orang Islam", itu dari kaca mata seorang bukan Islam.. bagi depa nih, mungkin depa berasakan yang apabila nak berkahwin dengan org Islam, kena tukar agama.. terpaksa.. tapi kalo depa betol2 belajar, takde paksaan pon..

dan lelaki tu Islam dalam iklan ni sebab masa iklan versi raya, dia pon turut berpuasa dan menyambut Aidil Fitri..

p/s: just pendapat aku yg kurang ilmu.. mungkin org lain berbeza pandangan dari aku.. mintak maap kalo silap.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hotfloppy' date='09 November 2010 - 04:37 PM' timestamp='1289291824' post='1052801']
kalo pasal si suami main makan je tanpa amik tau halal atau tak, perasan tak pompuan Melayu (lakonan khatijah tan) tu, Kak Ton nama dia.. siapa dia nih ? ada kemungkinan tak yg di ni org gaji merangkap tukang masak kat umah laki tu ? kalo kita tengok balik iklan versi raya, kita dapat tau yg suami isteri nih tak diterima oleh keluarga si suami sejak berkahwin.. so, ada kemungkinan yang si isteri tatau yg keluarga suami dia ada org gaji beragama islam sekaligus makanan yang dihidangkan dirumah tersebut adalah halal.. tapi si suami tau.. ada kemungkinan kan ?

dan tentang kata2 Ramakrishnan tu, "pemaksaan penukaran agama sebelum seseorang boleh berkahwin dengan orang Islam", itu dari kaca mata seorang bukan Islam.. bagi depa nih, mungkin depa berasakan yang apabila nak berkahwin dengan org Islam, kena tukar agama.. terpaksa.. tapi kalo depa betol2 belajar, takde paksaan pon..

dan lelaki tu Islam dalam iklan ni sebab masa iklan versi raya, dia pon turut berpuasa dan menyambut Aidil Fitri..
[/quote]
owh..ada versi sebelum ke? ni sambungan?..hmm..kena tengok yg pertama dahulu..

pelik, suami makan biar isteri lapar...bagitau lah kakton masak, atau halal nih... tak romantik langsung ...huhu..

memang bagus tujuan dia nak bawa mesej perpaduan, tapi boleh menimbulkan salah faham. takut2 berlaku krisis antara agama pulak lepas nih...itu je..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Semua pendapat/tak setuju ada pada anda semua punya komen. Cuma dekat sini aku nak tambah:

1. Tiada pengenalan (sekurang2 flashback), bayangkan yang pertama kali tengok iklan ni... pasti timbul provokasi.
2. Berlakon pun ada adab, walau nak tunjuk muhibah pun pelakon lelaki dan wanita muhrim ke?
3. Hujung iklan siapa yang perasan tertulis "Pesta Cahaya Mata". Ni apa? nak galakkan orang buat maksiat ke pada hari Deepavali?

[quote name='khairul anwar' date='09 November 2010 - 04:57 PM' timestamp='1289293032' post='1052807']
eh? ade episode satu ke naim??

link please..
[/quote]

Episod satu cerita mereka beli baju raya untuk abah dia tu, pakaikan butang lama tak dapat2 lepas tu masuk waktu berbuka.


[media]http://www.youtube.com/watch?v=17JncUt0zjU[/media] Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='09 November 2010 - 04:48 PM' timestamp='1289292512' post='1052806']
pelik, suami makan biar isteri lapar...bagitau lah kakton masak, atau halal nih... tak romantik langsung ...huhu..
[/quote]
mungkin dah lama tak jumpa capati kot.. tu yg tak hirau dah kat bini.. :P

[quote name='khairul anwar' date='09 November 2010 - 04:57 PM' timestamp='1289293032' post='1052807']
eh? ade episode satu ke naim??

link please..
[/quote]
"Iklan ini adalah susulan iklan yang diterbitkan semasa Hari Raya apabila Muthu berkahwin campur dengan seorang rakyat tempatan Sarawak, Rina."

kan ke ade tulis susulan tu.. :P

[quote name='BasicCX' date='09 November 2010 - 05:02 PM' timestamp='1289293330' post='1052808']
Semua pendapat/tak setuju ada pada anda semua punya komen. Cuma dekat sini aku nak tambah:

1. Tiada pengenalan (sekurang2 flashback), bayangkan yang pertama kali tengok iklan ni... pasti timbul provokasi.
2. Berlakon pun ada adab, walau nak tunjuk muhibah pun pelakon lelaki dan wanita muhrim ke?
3. Hujung iklan siapa yang perasan tertulis "Pesta Cahaya Mata". Ni apa? nak galakkan orang buat maksiat ke pada hari Deepavali?
[/quote]
1. Kalo depa kreatif, bleh letak pengenalan tu kat iklan versi terakhir, versi Raya Cina.. aku suka idea camtu.. crita2 dulu, pastu pengenalan/sejarah letak ujung2.. flashback :P
2. Err.. drama/filem pon byk yg tak amik tau pasal adab.. hehehe..
3. "Pesta Cahaya Mata" besar kemungkinan gabungan Deepavali (atau [b]Pesta Cahaya[/b] dalam Bahasa Melayu) dan [b]Cahaya Mata[/b].. :)

--

tapi depa tak bagitau lak nama si suami tu sekarang kan ? ni pon boleh jadikan modal provokasi kot..? :125:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hotfloppy' date='09 November 2010 - 05:42 PM' timestamp='1289295761' post='1052812']
tapi depa tak bagitau lak nama si suami tu sekarang kan ? ni pon boleh jadikan modal provokasi kot..? :125:
[/quote]
nama takde masalah nak kekalkan nama lama sebelum Islam...melainkan membawa maksud buruk walaupun dalam bahasa diorang.

macam citer umar dengan sorang budak yang ayah dia kata derhaka suruh umar nasihatkan, anak tu kata ayah dia derhaka kat dia lebih dulu, tak cari ibu yang baik2, tak ajar ugama dan bagi nama yang buruk.

-=-=-=-=-=-=-=-
so, kesimpulannya, iklan tu agak tergantung kalau tengok versi deepavali sahaja. perlu diberikan flashback atau sinopsis terdahulu elakkan silap paham.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...