Jump to content
Sign in to follow this  
K.A.

Kisah Alam Jin

Recommended Posts

[center][b][u]ALAM JIN

[img]http://bp1.blogger.com/_ePFzay9SNx4/Ry2yhwC_0PI/AAAAAAAAAec/Iqfe2Ewuh7M/s320/genie.gif[/img]
[/u][/b][/center]
[center][b] [/b][/center]
Dalam [i]Qasas al-Anbiya[/i] yang ditulis oleh Syeikh Ahmad al-Syahawi Sa'ad Syarafuddin, terdapat kisah yang menyebut kisah berikut:-


Pada awal abad ke-20 Masihi, seorang ulama al-Azhar iaitu syeikh salih pergi ke kawasan Timur Mesir untuk melawat sahabatnya.

Apabila sampai di rumah sahabatnya itu, beliau mendapati keluarga di dalam rumah itu sedang bersedih.

Syeikh Salih bertanya apa yang berlaku. Tuan rumah memberitahu bahawa mereka mempunyai seorang anak gadis yang telah pun ditunangkan dengan seorang pemuda. Ketika majlis pertunangan berlangsung, tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Semuanya berjalan lancer dan meriah. Tetapi beberapa hari selepas itu, anak gadis mereka sakit. Mereka sudah berusaha mengubatinya, namun belum juga sembuh


[b]Dirasuk Jin[/b]

Akhirnya mereka mengesyaki anak gadis mereka mungkin diganggu oleh jin. Tubuh gadis tersebut kelihatan lemah dan kurus kering. Kecantikkannya pudar. Sejak peristiwa itu dia hanya berbaring dan bercakap kepada mereka menerusi ucapan jin yang menganggunya. Jin ini pula tidak mahu melepaskanya walau sebentar. Apabila dia bercakap, suaranya berubah menjadi suara lelaki.

Oleh sebab itu, mereka bimbang pertunangan gadis tersebut mungkin terjejas apabila tunangnya mengetahui perkara ini, sedangkan keadaannya masih tidak berubah. Mereka benar-benar khuatir pertunangan tersebut akan terputus.

Syeikh Salih[b] [/b]bertanya: "Adakah kamu mengizinkan jika saya melihatnya?. Manalah tahu jika saya dapat merawatnya dengan izin Allah"


[b]Sahabat Lama[/b]

Keluarga gadis tersebut tidak keberatan membenarkan Syeikh Salih meliha anak gadisnya. Sambil masuk ke bilik, Syeikh Salih member salam kepada si gadis. Jin yang menjawap salam itu segera mengalu-alukannya seolah-olah dia mengenali orang yang member salam. Katanya : "Selamat datang Syeikh Salih"

Syeikh Salih berasa hairan dan bertanya :"Adakah engkau mengenali saya?"

Jin tersebut menjawab:"Mengapa pula tidak. Bukankah engkau teman saya ketika menuntut ilmu dahulu?"

Lantas Syeikh Salih meminta bukti

Jin tersebut menerangkan: "Saya akan sebutkan nama guru-guru kita yang pernah kita ambil ilmu daripada mereka"

Jin tersebut pun menyebut satu persatu nama guru-guru mereka

Syeikh Salih takjub kehairanan dan mengakui apa yang disebutkan oleh jin itu

Jin tersebut melanjutkan bicara untuk meyakinkan Syeikh Salih:
"Adakah tuan masih ingat, satu peristiwa yang berlaku antara saya dengan si polan sehingga menyebabkan pertengkaran antara penuntut-penuntut dan guru?" Jin tersebut lalu menyebutkan harinya.

Syeikh Salih mengakui sambil berkata: "Jika begitu engkau ialah saudara saya dalam menuntut ilmu dan kini saya mempunyai sebab untuk bersahabat denganmu. Hal ini kerana menurut ulama, ilmu ialah tali penghubung bagi orang yang berilmu"

Jin tersebut membalas: "Benar apa yang tuan ucapkan. Malah ilmu itu lebih agung dan lebih bermakna daripada itu"

Syeikh Salih berkata: "Wahai saudaraku, adakah saudara masih ingat sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang menyebut:

[center] [/center][quote][center]La darara wa la dirar? – Tiada mudarat dan tidak memudaratkan (HR Ibn Majah No.2341)
[/center][/quote]
Jin tersebut menjawab: "Ya, saya masihg mengingatinya dengan baik"

Syeikh Salih bertanya: " Adakah saudara mengetahui maksudnya?"

Jin tersebut membalas: "Hadis itu bermaksud melarang orang islam daripada menyakiti saudaranya"

Syeikh Salih bertanya: "Adakah saudara juga termasuk dalam larangan hadis ini, sama seperti orang islam yang lain?"

Jin menjawab: "Ya,saya pun termasuk seperti mereka. Apa yang diwajibkan bagi mereka, wajiblah bagi saya"

Syeikh Salih berkata:"Kalau begitu kenapa saudara tidak mengamalkannya sedangkan saudara juga tahu bahawa saudara sama-sama berkewajipan mengamalkannya."

Jin tersebut bertanya: "Adakah saya menyakiti sesiapa?"

Syeikh Salih menjawab: "Ya, saudara telah menyebabkan gadis ini menderita sakit disebabkan saudara menguasainya. Jika ini berterusan, tunangnya harus untuk tidak menerimanya kerana tidak layak menjadi isteri dalam keadaan begini. Jika benar saudara beriman dan takut kepada Allah dan Hari Akhirat, maka tinggalkan dia. Kerana jika tidak, menurut islam saudara berdosa dan dosanya sangat besar berbanding dosa kebanyakkan orang. Saya percaya saudara masih ingat hadis yang menyebut bahawa akan berlaku perhitungan amal terhadap ilmunya."

Jin berkata: "Bagaimana saya dapat meninggalkannya sedangkan saya sangat mencintainya?"

Syeikh Salih menjawap" Saudara mencintainya kerana HAWA NAFSU. Mencintai tunang orang seperti ini adalah haram. Selain itu, saya ingin bertanya saudara, bagaimana saudara mencintai wanita dalam kalangan manusia sedangkan wanita dalam kalangan saudara (jin) masih ada? Bolehlah saudara meminang salah seorang daripada mereka dan mengahwininya. Jadi, sekali lagi saya berharap agar saudara meninggalkan wanita ini supaya saudara termasuk dalam golongan orang yang dimaksudkan oleh firman Allah "Mereka berusaha mendengar perkataan yang sampai kepadanya lalu memilih dan mengikuti apa yang terbaik" (Surah al-Zumar:18)


[b]Janji Jin[/b]

Jin membalas: " Semoga Allah membimbing dan menunjuki saudara sebagaimana saudara membimbing dan menunjuki saya. Saya berjanji kepada saudara untuk meninggalkannya tetapi saya juga akan melawatnya bila saya ingin melawatnya."

Syeikh Salih menjawab: "Kalau begitu baiklah, tetapi saudara jangan menyakitinya lagi, serta lawatan itu hanya sekali. Itu pun sekejap sahaja dan lawatan itu hendaklah kerana Allah. Tidak boleh melanggar adab-adab syarak."

Jin tersebut pun memenuhi janjinya. Gagis tersebut disuruh memakai baju berwarna putih tapan sebarang hiasan.

Setelah membaca surah al-Fatihah, kedua-dua mereka (Syeikh Salih dan jin tersebut) mempersaksikan janji mereka kepada Allah Taal. Jin itu pun keluar dari tubuh gadis tersebut. Sesudah itu, gadis tersebut kembali sembuh seperti sedia kala.

Begitu kisah cinta makhluk halus terhadap seorang gadis sehingga menyebabkan gadis tersebut menderita. Demikian sebagaimana yang disebutkan oleh Ahmad al-Syahawi Sa'ad Syarafuddin dalam [i]Qasas al-Anbiya.[/i]

[i] [/i]

[i] [/i]
[center][b]Pengajaran Kisah[/b]
[/center]
Kisah ini memberi gambaran jelas betapa gangguan atau rasukan itu boleh berlaku disebabkan keasyikan makhluk halus terhadap seseorang. Bahkan, disebabkan faktor cinta ini juga tidak mustahil boleh membawa kerasukan berulang kali. Bukankah tabiat atau perangai orang yang menyukai sesuatu tidak akan pernah jemu, puas atau berhenti sehingga dia mendapatkannya? Inilah yang perlu diawasi.

Oleh sebab itu, fenomena makhluk halus menyukai manusia adalah perkara biasa yang terus berlaku. Antara faktor makhluk halus menggangu atau merasuk mangsa adalah kerana makhluk tersebut menyukai mangsa. Justeru, ramai dalam kalangan mangsa tersebut terdiri daripada kaum hawa, lebih-lebih lagi anak-anak gadis yang masih muda remaja.

Mungkin jin tersebut tertarik dengan manusia disebabkan hal tertentu. Antaranya, boleh jadi jin tersebut melihat manusia itu bertelanjang semasa bersendirian dalam rumah, atau jin tersebut melihatnya ketika ia mandi di dalam bilik air atau tinggal berseorangan dalam rumah, atau bersama isteri tanpa membaca doa dan seumpamanya

Wallahu 'alam.

[i]oleh Ustaz Ismail Kamus[/i]






[size="1"][i]p/s: gambar kat atas tu takde kene mengena dengan kisah ni yer.. sekadar ajinomoto jer[/i][/size] :lol: :3:

[b] [/b]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Menarik kisah nie.... kat Malaysia nie ramai gak yang kena rasuk. Kira jin2 nie minat kat pompuan la kebanyakannya kan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
cube dengar ceramah dari Ust Ismail Kamus..Banyak citer pasal "Mengenal Alam Jin"..sangat menarik..
Bleh cube tgk di sini..

[code]http://www.youtube.com/watch?v=8XHxpO2v9RI[/code] Edited by NeoLogy

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NeoLogy' date='08 November 2010 - 11:24 PM' timestamp='1289229842' post='1052730']
cube dengar ceramah dari Ust Ismail Kamus..Banyak citer pasal "Mengenal Alam Jin"..sangat menarik..
Bleh cube tgk di sini..

[code]http://www.youtube.com/watch?v=8XHxpO2v9RI[/code]
[/quote]

thanks for sharing :D

tulisan dia ai rajin bace...
ceramah dia macam da kurang sekarang ne (pasai lame tak nampak VCD baru dia)

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau nak menghalau jin dkt dlm badan atau jin yg menumpang dalam rumah , bukak ayat-ayat ruqyah kat radio ke laptop atau ape2 saje ..
memang berkesan!

cara nak halau jin dri dalam bdan :

1)bukak ayat-ayat ruqyah tu
2)duduk berlunjur menghadap kiblat
3)dengar & tumpukan stiap ape yang dibaca
4)effect nya badan rasa sakit2, pening2 , muntah .

kalau nak halau jin dari rumah :

1)bukak pintu & tingkap seluas-luasnya.
2)bukak ayat-ayat ruqyah tu ..

dengan izin Allah , jin tu akan pergi ..

download kat cni :
http://ohislam.com/muat-turun-ayat-ayat-ruqyah/

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='King_Rudolf' date='09 November 2010 - 08:30 PM' timestamp='1289305823' post='1052832']
kalau nak menghalau jin dkt dlm badan atau jin yg menumpang dalam rumah , bukak ayat-ayat ruqyah kat radio ke laptop atau ape2 saje ..
memang berkesan!

cara nak halau jin dri dalam bdan :

1)bukak ayat-ayat ruqyah tu
2)duduk berlunjur menghadap kiblat
3)dengar & tumpukan stiap ape yang dibaca
4)effect nya badan rasa sakit2, pening2 , muntah .

kalau nak halau jin dari rumah :

1)bukak pintu & tingkap seluas-luasnya.
2)bukak ayat-ayat ruqyah tu ..

dengan izin Allah , jin tu akan pergi ..

download kat cni :
http://ohislam.com/muat-turun-ayat-ayat-ruqyah/
[/quote]
dengar je, jangan ikut walaupun dah hafal..

dan pastikan dijauhkan objek merbahaya seperti pisau atau benda tajam, takut2 kena gangguan dan meracau sehingga membahayakan orang sekeliling.

elakkan dari dipasang dalam kenderaan bergerak. kalau bukan driver yang kena menyebabkan kenderaan terbabas, mugkin penumpang yang kena menyebabkan susahkan driver atau ketuk kepala driver sampai pengsan tapi kenderaan belum berhenti.

kalau boleh, ditemani seseorang yang telah dipastikan tiada gangguan. jika dua-dua ada gangguan khuatir nanti jin tu bergaduh sama sendiri, yang sakitnya badan pesakit.


aku ada bagi dalam thread lain ayat2 yang boleh dibaca untuk scan, ada gangguan atau tidak. tapi ni lebih mudah, hanya klik dan dengar. tak perlu baca sendiri dan mendengar atau dibaca kepada kita dan kita dengar, kesannya lebih baik dari membaca sendiri.

terima kasih "King_Rudolf" atas perkongsian.. :D


-=-=-=-=-=-=-=-=-


[b]citer khurafat[/b] citer yang masyhur, cuma kita jarang dengar mungkin.

khurafat ni asalnya nama orang, seorang sahabat (atau kisah ini dibawa oleh sahabat cerita tentang khurafat, diceritakan dan nabi dengar - banyak riwayat cerita ni)

khurafat ni tinggal di satu kampung. suatu hari dia buat apa ntah ditangkap oleh jin dan dibawa masuk ke alam jin. apa yang berlaku tak ingat, mungkin KA ada versi penuh ceritanya.

selepas keluar dari alam jin, beliau ceritakanlah pengalaman dia dalam alam jin yang serba pelik dan menghairankan. akibat kepelikan itu orang tak percaya dan katakan itu hanya "cerita khurafat" atau direka2 oleh insan bernama khurafat tersebut.

Allahu a'lam...terlupa pulak cerita nih.. Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]khurafat[/b] tersebut dibawa oleh jin ke alam mereka sebab dia telah membunuh seorang/seekor? jin (yang menjelma menjadi ular)


[b]khurafat[/b] mengatakan yang masyarakat jin tu seperti manusia ada kehidupan bermasyarakat
dia di bawa/di adili di mahkamah jin malah, dia juga diberi peguam untuk dibela

tapi keputusan berpihak kepada[b] khurafat[/b] sebab ia tidak mengetahui yang dibunuh itu adalah jin
dan tindakan dia hanya untuk mempertahankan diri


lalu [b]khurafat[/b] dibebaskan dan dihantar ke alam manusia kembali


sekembali khurafat ke alam manusia,
[b]khurafat[/b] menceritakan pengalaman yang aneh itu kepada orang ramai,

oleh disebabkan kes ini
dia dipanggil

cerita [b]"khurafat"[/b] :D


Wallahu alam

begitu la lebih kurang
sebab saya cube cari balik buku tu tapi belum jumpe
insya-Allah kalau da jumpe akan update full version dia

Share this post


Link to post
Share on other sites
Nak tanye, pasal ayat ruqyah tu.
Kalau orang tengah tido kita pasang ayat ni, berlaku ape2 tak kat org yg tido tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='TOYSЯUS' date='10 November 2010 - 03:06 PM' timestamp='1289372790' post='1052927']
Nak tanye, pasal ayat ruqyah tu.
Kalau orang tengah tido kita pasang ayat ni, berlaku ape2 tak kat org yg tido tu?
[/quote]
ada dua kemungkinan

tetiba mengigau dan meracau...
xde apa2 berlaku.


kengkadang ni jin tu cukup kuat dan kita sangat lemah so baca pun xde kesan kepada pesakit. atau kesannya kurang
tapi biasanya selepas dibaca (jika ada gangguan) akan sakit selepas dibaca tu...terbalik pulak, masa baca ok ja...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='10 November 2010 - 09:36 AM' timestamp='1289352976' post='1052897']
[b]khurafat[/b] tersebut dibawa oleh jin ke alam mereka sebab dia telah membunuh seorang/seekor? jin (yang menjelma menjadi ular)


[b]khurafat[/b] mengatakan yang masyarakat jin tu seperti manusia ada kehidupan bermasyarakat
dia di bawa/di adili di mahkamah jin malah, dia juga diberi peguam untuk dibela

tapi keputusan berpihak kepada[b] khurafat[/b] sebab ia tidak mengetahui yang dibunuh itu adalah jin
dan tindakan dia hanya untuk mempertahankan diri


lalu [b]khurafat[/b] dibebaskan dan dihantar ke alam manusia kembali


sekembali khurafat ke alam manusia,
[b]khurafat[/b] menceritakan pengalaman yang aneh itu kepada orang ramai,

oleh disebabkan kes ini
dia dipanggil

cerita [b]"khurafat"[/b] :D


Wallahu alam

begitu la lebih kurang
sebab saya cube cari balik buku tu tapi belum jumpe
insya-Allah kalau da jumpe akan update full version dia
[/quote]

Ustaz Ismail Kamus penah citer pasal ksah ni..tapi dia xsebut la nama orang tu Khurafat..yang ustaz tu citer..ada sorang alim ulama ni..dia terbunuh seekor jin yang menjelma dalam bentuk ular..ular(jin) tu masuk rumah dia(alim ulama) ni..tanpa memberi amaran/bertanyakan sama ada ia jin atau ular seperti yang dianjurkan oleh Nabi SAW..dia terus bunuh ular(jin) itu..lalu kaum kerabat jin yang dibunuh itu ingin membalas dendam dan cube merasuknya..tetapi disebabkan ilmunya yang banyak..jin tidak dapat merasuknya..jadi dibawanya orang tu ke alam jin dan dibicarakan oleh hakim mereka..hakim tu bertanya..waktu pembunuhan tu..jin tu dalam bentuk apa?lalu dijawab ular..lalu hakim tu pun 'buang kes' dan mintak lelaki tu dihantar balik ke alam manusia..tu la citernya..

pasal nama Khurafat tu xsure lak..maybe hanya cerita orang2 melayu sahaja seperti cerita org melayu tentang asal-usul bunian..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NeoLogy' date='11 November 2010 - 03:29 PM' timestamp='1289460559' post='1053080']
Ustaz Ismail Kamus penah citer pasal ksah ni..tapi dia xsebut la nama orang tu Khurafat..yang ustaz tu citer..ada sorang alim ulama ni..dia terbunuh seekor jin yang menjelma dalam bentuk ular..ular(jin) tu masuk rumah dia(alim ulama) ni..tanpa memberi amaran/bertanyakan sama ada ia jin atau ular seperti yang dianjurkan oleh Nabi SAW..dia terus bunuh ular(jin) itu..lalu kaum kerabat jin yang dibunuh itu ingin membalas dendam dan cube merasuknya..tetapi disebabkan ilmunya yang banyak..jin tidak dapat merasuknya..jadi dibawanya orang tu ke alam jin dan dibicarakan oleh hakim mereka..hakim tu bertanya..waktu pembunuhan tu..jin tu dalam bentuk apa?lalu dijawab ular..lalu hakim tu pun 'buang kes' dan mintak lelaki tu dihantar balik ke alam manusia..tu la citernya..

pasal nama Khurafat tu xsure lak..maybe hanya cerita orang2 melayu sahaja seperti cerita org melayu tentang asal-usul bunian..
[/quote]

Wallahu Alam

kisah Khurafat ni aku bace dari tulisan Dr Harun Din kalo tak silap

mungkin kisah yang berbeza? WA

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NeoLogy' date='11 November 2010 - 03:29 PM' timestamp='1289460559' post='1053080']
Ustaz Ismail Kamus penah citer pasal ksah ni..tapi dia xsebut la nama orang tu Khurafat..yang ustaz tu citer..ada sorang alim ulama ni..dia terbunuh seekor jin yang menjelma dalam bentuk ular..ular(jin) tu masuk rumah dia(alim ulama) ni..tanpa memberi amaran/bertanyakan sama ada ia jin atau ular seperti yang dianjurkan oleh Nabi SAW..dia terus bunuh ular(jin) itu..lalu kaum kerabat jin yang dibunuh itu ingin membalas dendam dan cube merasuknya..tetapi disebabkan ilmunya yang banyak..jin tidak dapat merasuknya..jadi dibawanya orang tu ke alam jin dan dibicarakan oleh hakim mereka..hakim tu bertanya..waktu pembunuhan tu..jin tu dalam bentuk apa?lalu dijawab ular..lalu hakim tu pun 'buang kes' dan mintak lelaki tu dihantar balik ke alam manusia..tu la citernya..

pasal nama Khurafat tu xsure lak..maybe hanya cerita orang2 melayu sahaja seperti cerita org melayu tentang asal-usul bunian..
[/quote]
itu kisah ulamak lain, ummat nabi...khurafat ni samada hidup zaman nabi atau hidup zaman sebelum nabi dan diceritakan kisahnya kepada nabi.

sebabtu aku rasa ada banyak versi kisah "khurafat" ni...

seingat aku yang aku baca masa darjah 6 atau tingkatan 1-2 dulu citer dia ditangkap ke alam jin, dan nabi kata khurafat tu cakap betul walaupun pelik2.

Allahu a'lam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tgh surf, terjumpa ni..

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : حَدَّثَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، ذَاتَ لَيْلَةٍ نِسَاءَهُ حَدِيثًا ، فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ : كَأَنَّ الْحَدِيثَ حَدِيثُ خُرَافَةَ ، فَقَالَ : أَتَدْرُونَ مَا خُرَافَةُ ؟ إِنَّ خُرَافَةَ كَانَ رَجُلا مِنْ عُذْرَةَ ، أَسَرَتْهُ الْجِنُّ فِي الْجَاهِلِيَّةِ ، فَمَكَثَ فِيهِمْ دَهْرًا ، ثُمَّ رَدُّوهُ إِلَى الإِنْسِ ، فَكَانَ يُحَدِّثُ النَّاسَ بِمَا رَأَى فِيهِمْ مِنَ الأَعَاجِيبِ ، فَقَالَ النَّاسُ : حَدِيثُ خُرَافَةَ

Aisyah RA mengkhabarkan:

“Pada suatu malam, Rasulullah SAW bercakap-cakap dengan isteri-isteri Baginda. Salah seorang dari mereka berkata: “Percakapan macam ini seperti percakapan khurafat.” Rasulullah SAW bersabda: (( Tahukah kalian apa khurafat itu? Sesungguhnya khurafat itu nama seorang laki-laki dari ‘Udzrah yang disembunyikan oleh jin pada zaman Jahiliyah. Ia tinggal bersama mereka (jin) beberapa lama. Kemudian para jin mengembalikannya ke alam manusia lagi. Khurafat bercerita tentang keajaiban-keajaiban yang ia alami di alam jin kepada orang-orang. Lantas, (untuk cerita-cerita macam tu) orang-orang berkata: “Itu cerita Khurafat”. ))

Hadith ini adalah salah satu dari 2 buah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Tirmidzi RA dalam kitabnya yang agung Syamail Al-Muhammadiah dalam bab hadith yang menceritakan tentang kalam Rasulullah SAW di waktu malam. Ataupun dalam bahasa kita yang lagi mudah, bedtime stories lah. Cakap-cakap ringan sebelum tidur.

[url="http://www.pamiesz.com/2009/12/hadith-for-day-2-khurafat.html"]Sumber[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][b][color="#8B0000"][size="4"]Benarkah Manusia Boleh Masuki Alam Jin?[/size][/color][/b]
[/center]

Banyak perkara ganjil berlaku. Salah satu yang ganjil adalah cerita mengenai manusia yang dilarikan jin masuk ke alamnya dan hilang dari alam manusia. Beberapa ketika kemudian orang berkenaan muncul balik dan memberitahu dilarikan jin. Ada orang kampung saya yang hilang, selepas tujuh hari mencarinya, tiba-tiba dia ditemui di belakang rumahnya. Betulkah cerita-cerita sebegini. Harap Dato’ dapat jelaskan.
SUBHAN JAMAL, Kuala Langat

[b]Jawapan[/b]

Saya pun banyak mendengar cerita seperti yang saudara sebutkan itu. Boleh dipercayai atau tidak, jawapan saya boleh.
Cerita sebegitu boleh dipercayai. Tetapi ingin saya berpesan, jangan sesekali kita mempercayainya bulat-bulat tanpa diselidiki sehalus-halusnya.

Dunia kita ini didiami oleh banyak makhluk. Manusia, jin, haiwan, unggas-unggas, ikan dan sebagainya. Apabila kita berkongsi tempat tinggal di dunia ini, maka dengan sendirinya kita akan berinteraksi dengan semua makhluk ini. Kita akan berjumpa, berkawan, bersapa, bermusuh dan sebagainya.

Syaitan (makhluk halus) wujud. Mereka pada umumnya adalah musuh manusia. Makhluk halus boleh menyerupai manusia dengan pelbagai rupa.
Salah satunya mereka boleh menyerupai manusia seperti yang disabitkan dalam Firman Allah SWT dalam al-Quran (mafhumnya):

[quote]“Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku (syaitan) adalah pelindung dan penolong kamu……..(hingga akhir ayat).” (Surah al-Anfaal, ayat 48)[/quote]

Kesimpulan daripada ayat ini menurut ahli tafsir, adalah peristiwa dalam Perang Badar, apabila syaitan yang zahir dalam bentuk manusia, dikenali menyerupai Suraqah bin Malik bin Jukshum.

Suraqah (syaitan tadi) bersama dengan bala tenteranya, kononnya mahu menolong kuffar Makkah ketika itu untuk mengalahlan umat Islam.
Akhirnya apabila bertemu kedua-dua pasukan, Suraqah bersama bala tenteranya, lintang pukang cabut lari dari medan peperangan. Rupa-rupanya Suraqah dan tenteranya, bukan Suraqah sebenar yang dikenali oleh puak Musyrikin, ia adalah jelmaan syaitan.

Jelas daripada ayat ini, menunjukkan syaitan (makhluk halus) boleh berubah menjadi makhluk kasar, dan atas perkara yang sama, makhluk kasar (seperti manusia) boleh berubah menjadi makhluk halus. Manusia boleh hilang pada pandangan mata kasar dan berada dalam alam makhluk halus.

Dalam Kitab Gharaib Wa’ajaaibul Jinn karangan Al-Muhadith al-Qadi Badruddin as-Syubli, di halaman 99 ditulis suatu tajuk ‘Hukum ke atas isteri yang suaminya dilarikan jin’.

Diceritakan di dalam bab tersebut, bahawa pada zaman Umar al-Khattab (r.a.) menjadi khalifah, seorang perempuan mengadu kepada Umar tentang kehilangan suaminya (dilarikan jin). Umar bertanyakan wanita tersebut dan membenarkan dakwaannya.
Umar memberi hukum, perempuan itu terpisah dengan suaminya dan hendaklah ber’idah selama 4 tahun. Sesudah genap ber’idah, dia mendatangi Umar sekali lagi untuk meminta kebenaran berkahwin.

Setelah berkahwin dengan suami yang kedua, suami pertama yang hilang dahulu muncul semula dan mereka bersengketa kerana perempuan itu ada dua orang suami.
Mereka mendatangi Umar semula kerana dialah yang membenarkan perempuan itu berkahwin.

Umar berkata kepada suami pertamanya mengapa kamu menghilang diri begitu lama. Lalu lelaki itu menjawab dengan mengatakan beliau mempunyai alasan yang kuat kerana, dia ditawan oleh jin sepanjang masa dia hilang tersebut. Dia akhirnya dibebaskan.

Umar memberikan pilihan kepada suami yang pertama itu iaitu, sama ada hendak bersama dengan isterinya, dia akan memfasahkan perkahwinan kedua, atau dia menceraikan isterinya kerana ada suami yang kedua dan dia berhak mendapat kembali mahar yang dibayarnya semasa berkahwin dahulu.

Kisah ini dengan sendirinya membenarkan cerita bahawa terdapat manusia yang hilang kerana disembunyikan makhluk halus dan boleh kembali semula.
Namun demikian tidak semua cerita seperti ini benar. Kadang-kadang ada orang yang mengambil kesempatan, dia menghilang diri, bukan disorok jin, tetiba muncul semula dengan dakwaan sedemikian.

Tidak mustahil, orang yang mempunyai masalah dirinya, menghilangkan diri daripada orang ramai dengan pergi ke tempat yang jauh, akhirnya pulang dengan masalah-masalah yang tertentu.

Hal sebegini, kes-kes manusia dihilangkan jin jarang berlaku. Ianya kes terpencil, kita patut berhati-hati.
Wallahua’lam.
(Petikan dari Ruangan bersama Ustaz Dr. Haron Din: Harakah Bil.1340)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[left][font=comic sans ms,cursive][size=5][b] [url="http://feryco.com/10-perkara-mengenai-jin"]10 Perkara Mengenai Jin[/url][/b][/size][/font]


1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya

2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).

5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” Sala Mun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

source:[url="http://feryco.com/10-perkara-mengenai-jin"]http://feryco.com/10...ra-mengenai-jin[/url][/left]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='K.A.' timestamp='1317018193' post='1072640']




4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).


[/quote]
hisap rokok kira ada jin k? haha

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...