Jump to content
K.A.

Soal Jawap Berkenaan Solat

Recommended Posts

[center][size="4"][color="#2e8b57"][b]Qada solat[/b][/color][/size]
[/center]


[b]soalan:[/b]
Umur saya sudah separuh abad dan permasalahnya ialah lebih kurang 10 tahun yang lalu suat tidak mengerjakan langsung solat fardu kerana kelemahan iman. Mengharapkan bimbingan ustaz, apa yang harus saya lakukan


[b]Jawapan:[/b]
Solat ialah suatu kewajipan dalam islam yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang mukallaf. Allah S.W.T menegaskan hal ini dalam firman-Nya yang bermaksud:

[center] [/center][quote][center]"Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semas kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna). Sesungguhnya solat itu adalah suatu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang ditentukan waktunya." (SUrah al-Nisa': 3)
[/center][/quote]
Syukur ke hadrat Ilahi yang telah melimpahkan taufik dan hidayah kepada tuan sehingga diberi kesedaran untuk meng-qada semula solat yang ditinggalkan dahulu.

Meng-qada kesemua bilangan waktu solat fardu yang ditinggalkan hukumnya WAJIB. Berusahalah sedaya mungkin melangsaikan "hutang" solat tersebut dan berilah tumpuan khusus dan perbanyakkan masa untuknya.

Adapun jika tidak mengetahu dengan tepat hendaklah di-qada menurut bilangan yang paling hampir sangkaan. Hendaklah berusaha memastikannya sekadar termampu sekalipun tidak dapat menentukannya dengan tepat.

Meninggalkan solat sama ada terlupa, tertidur atau sengaja wajib bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah S.W.T. Taubat akan diterima sekiranya memenuhi syarat-syaratnya iaitu, berazam tidak akan meninggalkan solat dalam apa jua keadaan, menyesal atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan bertekad tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.

Jika solat yang perlu di-qada terlalu banyak, maka harus ditangguhkan dahulu solat sunat rawatib (solat sunat mengiringi solat fardu), yakni, dahulukan solat qada agar dapat diselesaikan secepat mungkin

Malahan, ada ulama yang melarang melakukan solat nafilah walaupun satu rakaat sebelum tanggungan solat wajib diselesaikan secara keseluruhan. (Al-Wasail, Jilid 4, Halaman 248)

Wajib segera dalam meng-qada solat menurut sepakat ulama sama ada solat itu terluput kerana uzur ataupun tidak uzur,

Menurut pendapat ulama Syafi'iyyah,, sunat menyegerakan qada bagi yang terluput kerana uzur seperti tertidur atau terlupa dan wajib disegerakan hanya jika terluput solat tanpa uzur.

Paling sahih menuru ulama Syafi'iyyah ialah kedua-dua hal diatas harus disegerakan berdasarkan firman Allah :

[quote]"Dan dirikan solat untuk mengingati-Ku" ( Surah Taha 20:14)[/quote]

Sungguhpun begitu, melewatkannya setelah masuk waktu adalah satu kemaksiatan yang wajib dihilangkan dengan menyegerakannya.

Masa untuk meng-qada tidak ada batasnya iaitu bila-bila masa hatta waktu haram solat pun boleh dilaksanakan juga. Ini menurut pendapat mazhab Maliki, Syafi' dan Hanabi.

Wajib Mendahulukan qada solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu tersebut) sekiranya tidak dikhuatiri habis waktunya.

Tetapi sekiranya solat qada yang ditinggal itu kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada solat daripada tunai. Wajib mendahulukan qada solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan denga uzur. Wajib mendahulukan qada solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat sunat rawatib. Sekiranya solat qada yang ditinggalkan itu kerana uzur, maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada daripada sunat rawatib.

Disunatkan meng-qada solat mengikut tertib waktu solat, seperti di-qada-kan solat zohor sebelum Asar dan seterusnya. Malahan tertib itu sunat diberi perhatian walaupun waktu qada solat diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.

Hutang tetap hutang. Biarlah kita mengalami sedikit kesusahan demi meng-qada solat yang tertinggal, semoga Allah menerimanya. Tidak ada upaya selain Allah



Oleh
ustaz Fadzli al-Yamani
Mudir Madrasah al-Yamani Kg Baru Kuala Lumpur

[center]
[img]http://muscom.iluvislam.com/wp-content/uploads/2010/03/solat.jpg[/img]




[img]http://i127.photobucket.com/albums/p159/azscrops/3079508223_ce7b431d3f.jpg[/img]



[i]peringatan tuk diriku khusus nya dan semua user amnya[/i]

[/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
dengan kata lain, sebelum solat tunai zohor, kerjakan solat qada dulu.
sebelum solat asar, solat solat qada asar dulu dan seterusnya.
10 tahun habis la hutang tu. insyaAllah.

kalau nak habis cepat, kerjakan solat qada sebelum dan selepas solat tunai.
5 tahun dah langsai.

Macamana nak qada solat Jumaat? Tak hadir 3 kali berturut2 dan besar sangat dosanya.
Sebab tu la jangan buat main2 dengan solat nie. Qada tetap kena qada, tobat tetap kena tobat.
Semoga Allah ampun kita semua yang lalai dan zalim nie.

Share this post


Link to post
Share on other sites
orang yang solat roket, sah ke? takde to'maninah? :155:


tuan aji panglima kita ade nak kongsi kan ke berkenaan tajuk yang hamba bangkit kan nie??

Share this post


Link to post
Share on other sites
qadha solat, lepas solat zohor qadha lah solat zohor terus..sama jenis, mudah nak ingat..

semua waktu solat, selepas solat fardhu hari tu solat qadha pulak sekali atau dua kali atau lebih...senang ingat, senang rekod, senang nak buat.

solat jumaat = solat zohor.
terlewat pegi solat jumaat, sampai ja tengok2 imam dah rukuk/iktidal rakaat ke dua, niat takbiratul ihram solat jumaat, takbir pulak untuk ikut perbuatan imam masa tu (contohnya imam tengah sujud), then lepas imam bagi salam bangun untuk rakaat pertama sehingga ke empat baru bagi salam tamatkan solat diri sendiri, walaupun niat tadi niat JUMAAT.

terlepas solat jumaat, niat zohor terus. 4 rakaat jugak.

kalau terlewat pegi jumaat, sebelum imam rukuk/sempat rukuk sama dengan imam rakaat ke dua, yakni dapat satu rakaat bersama dengan imam, sempurnakan solat jumaat 2 rakaat sahaja.

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

tomakninah solat wajib. cuma ulamak berbeza pandangan adakah tomakninah termasuk rukun perbuatan sebelumnya (rukuk serta tomakninah kemudian iktidal serta tomakninah) atau berbeza (rukuk, dan kemudian tomakninah dan kemudian iktidal dan kemudian tomakninah).

ada hadis, mafhumnya, seorang lelaki solat, setelah solat pergi duduk dalam majlis bersama nabi, nabi suruh dia solat lagi kata nabi mafhumnya "pergi slat lagi kerana kamu tidak bersolat" 3 kali nabi suruh ulang sehinggalah kali ke tiga tu dia sempurnakan rukuk dan tomakninah barulah nabi tak suruh dia ulang"
maknanya WAJIB tomakninah solat...xde tomakninah tak sah nabi suruh ulang.


pasal video solat teraweh express kat indon tu eh?

Share this post


Link to post
Share on other sites
penerangan yang ringkas dan padat dari tuan aji kita berkenaan keterlewatan dalam solat jumaat... terima kasih :D


dan,... jelas dari hadis nabi tu.. tokmaninah adalah wajib sampai nabi suruh solat sampai/hingga tokmaninah tu terlaksana...

maka, dengan ini, nasihat tuk diri saya juga, jangan tergesa2 dalam menunaikan solat :D
kalau tak, maka, sia sia la ibadah khusus kita


=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

video solat express landon? yang solat 5 rakaat tu ke? hehe
tak la, soalan ni saje berbangkit sebab kesalahan yang biase dilakukan ketika solat.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='16 November 2010 - 12:31 AM' timestamp='1289838687' post='1053453']
solat cepat2 tu nak pegi mana tuan?

solat 4 rakaat = 10 minit more or less
[/quote]

wahahaha

teruk gila aku. selalunye 5 minit da setel :67:

Share this post


Link to post
Share on other sites
solat boleh jadi hanya sampai 5minit atau 7 minit ..tanpa bacaan surah selain al fatihah..apa yang penting dalam waktu tersebut kena la memahami sepenuhnya dalam waktu solat tu ...
dalam topik ni , aku kurang setuju sangat bila korang kata qadha solat hanya sesuai untuk waktu waktu tertentu , aku ada semak satu hadis dalam shahih muslim , mengatakan pada zaman rasulullah dan sahabat baginda,pernah terjadi beliau dan sahabat sahabat beliau bangun waktu sehingga waktu dinihari ..takda pulak beliau menundakan solat qadha untuk waktu tertentu , sebalikya beliau dan sahabat sahabat menyegerakan solat yang tertinggal tu ..sekian.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='keypo' date='18 November 2010 - 04:00 PM' timestamp='1290067235' post='1053720']
solat boleh jadi hanya sampai 5minit atau 7 minit ..tanpa bacaan surah selain al fatihah..apa yang penting dalam waktu tersebut kena la memahami sepenuhnya dalam waktu solat tu ...
dalam topik ni , aku kurang setuju sangat bila korang kata qadha solat hanya sesuai untuk waktu waktu tertentu , aku ada semak satu hadis dalam shahih muslim , mengatakan pada zaman rasulullah dan sahabat baginda,pernah terjadi beliau dan sahabat sahabat beliau bangun waktu sehingga waktu dinihari ..takda pulak beliau menundakan solat qadha untuk waktu tertentu , sebalikya beliau dan sahabat sahabat menyegerakan solat yang tertinggal tu ..sekian.
[/quote]

bace betul2 kat atas tu,

berlainan kes dengan kes hadis yang keypo post kan kat sini...


berkenaan dengan hadis tu,

1. nie sebab terlepas solat kerana tertido (keletihan) dan wajib dia menyegerakan pada masa itu juga
2. hadis nie menerangkan kewajipan solat walaupun tertinggal tanpa sengaja (tertido atau terlupa)


berkenaan dengan qada yang dibincangkan diatas tu, kes berlainan,.
sebab
meninggalkan solat, (hampir 10tahun) dengan sengaja (kerana kelemahan iman, ilmu dan amal)


dan sebab ape ulamak beri pendapat qada solat nie mengikut waktu solat fardu?
supaya senang dia mengira/menghitung tuk bayar [b]"hutang"[/b] solat yang tertinggal


WA

kalo ade kesalahan, sila tegur :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
ye, untuk mudah kira..kalau setiap waktu solat dia solat 3 kali...solat waktu tersebut dan 2 kali yang tertinggal, dalam masa 5 tahun selesai hutang selama 10 tahun kalau dia tertinggal atau tak sempat nak qadha contohnya waktu zohor, kerja, buat waktu malam sebelum tidur.


orang yang wajib segerakan qadha adalah orang yang meninggalkan solat kerana sengaja, kerana maksiat. dia berdosa dan perlu qadha segera. jika ditangguhkan maka berdosa kerana menangguhkan.

macam kes di atas, 10 tahun, nak segerakan qadha, diri sendiri pun mungkin disusahkan.... bagaimana nak makan minum, rehat yang mencukupi untuk selesaikan hutang Allah tersebut, nafkah isteri dan anak2 kalau tak kerja, dan berbagai2 lagi. semoga Allah tak tuliskanlah dosa kerana perancangan mengqadha solat seperti itu, yang menyebabkan proses qadha tersebut tertangguh sehingga 5 tahun baru selesai.

orang yang tertinggalkan solat kerana yang bukan maksiat atau dosa, seperti letih sangat balik kerja, dah solat asar kat office tadi, tidur kejap kat rumah sebelum masuk maghrib, terbangun setelah masuk isyak, maka solat maghrib tadi terlepas tapi tak berdosa, qadha bila-bila masa sebelum meninggal dunia, kalau meninggal sebelum qadha yang tertinggal seperti itu berdosa kerana melewatkan.

begitu jugak melewatkan solat zohor cotohnya tapi masih ada waktu, tak berdosa kerana waktunya panjang boleh dibuat awal waktu atau akhir waktu, PASTINYA dalam waktu sebelum asar atau waktu solat selepasnya. sekalipun meninggal sebelum tunaikannya dalam waktu kerana melewatkan, tak berdosa

Share this post


Link to post
Share on other sites
so bagaimana pula dengan yang ini ? ada sesiapa nak komen..selalu sangat aku jumpa kalo aku solat di surau atau masjid jumpa dengan orang yang solat seperti ini
[media]http://www.youtube.com/watch?v=OSZnfCh6Fgo[/media]
dan lagi satu aku cuma nak pertikai kan sedikit je ..cara orang orang kita solat ..kekadang aku tengok dorang solat sambil garu muka la..apa la..setau aku kan ..pernah dizaman rasulullah menegur orang yang banyak bergerak dalam solat mereka di suruh mengerjakan solat balik ..pada aku kan ..kekhusyukan solat itu bermula bila kita tidak bergerak dalam solat..sekian

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center] [size="4"][color="#FF0000"][b]Tempoh Tamakninah[/b][/color][/size][/center]


[b][i]Soalan:[/i][/b]

[quote][center]Ramai rasanya yang masih keliru tentang kadar atau tempoh masa tamakninah dan perlaksanaa yang sebenarya sehingga ramai yang mengabaikanya.
Harap ustaz dapat mensyarahkan permasalahan ini dengan sejelas-jelasnya agak terangkat kejahilan umat islam[/center][/quote]


[b]Jawapan:[/b]

Takmaninah bermaksud tenang dan tetap tidak bergerak. Ia juga bermaksud diam setelah bergerak dan tetap anggota badan sekurang-kurangnya dua kelakuan.
Sekurang-kurangnya kadar atau tempoh tamakninah adalah sekali sebutan "subhanallah". Perlu diambil perhatian juga bahawa tidak sah sekiranya kadar takmaninah dijaga tapi anggota besar tidak diam.

Sekira Anggota tersebut bergerak juga semasa rukuk sebagai contoh tanpa henti, maka belum lagi dinamakan takmaninah.

Takmaninah merupakan syarat sah bagi rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Meninggalkan tamakninah bermakna solatnya tidak sah.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Sejahat-jahatnya pencuri ialah orang yang mencuri dalam solatnya"
Mereka bertanya: "Bagaimana ia mencuri dalam solatnya?"
Baginda menjawab : " Dia tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya." (Riwayat Ahmad no 22695 dan Sahih al-Jami' No 997)

Baginda S.A.W. mengajar kita cara takmaninah semsa ruku dan sujud seperti mana sabda Baginda yang bermaksud : "Tidak sah solat seseorang sehingga ia menegakkan (meluruskan) belakangnya ketika ruku dan sujud". (Riwayat [i]Abu Daud[/i] dan [i]Sahih al-Jami'[/i] No 7224)

Ada Empat tempat mesti dilakukan tamakninah semsa solat iaitu:

[b]1. RUKUK :[/b]
Praktikal Tamakninah semasa ruku adalah dengan memastikan badan membengkok dengan luru (seandainya diletak sebuah gelas di belakangnya maka ia tidak jatuh), kepala menunduk dan kedua tapak tangan menggenggam kedua kepala lutut dengan keadaan jari-jari direnggangkan, maka berhentilah sekadar satu lafaz subhanallah.

[b]2. IKTIDAL :[/b]
Berdiri semula setelah rukuk dengan memastikan tulang belakang lurus serta diamkan gerakan tangan dan kaki sekadar lafaz subhanallah.

[b]3. SUJUD :[/b]
Letakkan kesemua tujuh anggota (dahi, dua Tangan, dua lutut dan dua kaki) yang wajib ketika sujud di tempat sujud dan bertenang tanpa gerakan sekurang-kurangnya satu lafaz subhanallah. Begitu juga dilakukan pada sujud kedua.

[b]4. DUDUK Antara Dua Sujud :[/b]
Setelah bangun daripada sujud, duduk dengan tengan. Kemudian satu lafaz subhanallah dengan meletakkan kedua-dua tangan diatas peha.


Mari kita renungi sebuah hadis yang ada kaitannya dengan tamakninah:

Abu Hurairah r.a. berkata: "Rasulullah S.A.W. masuk ke masjid dan seseorang mengikutinya. Orang itu mengerjakan solat kemudia menemui Nabi S.A.W dan mengucapkan salam. Nabi S.A.W. menjawab salamnya dan berkat : "Kembalilah dan solatlah kerana kau belum solat."

"orang itu mengerjakan solat dengan cara yang sama kemudian menemui Nabi S.A.W. Baginda kemudiannya berkata: 'Kembalilah dan solatlah keran engkau belum solat.' Perkara demikian berlaku sebanyak tiga kali.

"Lalu orang itu berkata: 'Demi Dia yang mengutuskan engkau dengan kebenaran. Aku tidak dapat mengerjakan solat dengan cara yang lebih baik kecuali cara ini. Ajarilah aku bagaimana cara solat'.

"Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Ketika engkau berdiri untuk solat ucaplah takbir lalu bacalah (surah) daripada al-Quran. Kemudian rukuklah sehingga engkau berasa tenang (takmaninah). kemudian angkatlah kepalamu dan berdiri lurus. lalu sujudlah sehingga kau beras tenang selama sujud mu. kemudia duduklah dengan tenang dan kerjakanlah hal yang sama dalam setiap solat mu." (Riwayat Bukhari No.760)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Se elok2 kadar masa tomakninah ialah membaca;
Subhanarabbial 'aziimmi wabihamdih 3x semasa ruku'


Subhanarabbial a'alaa wabihamdih 3x semasa sujud


Samasa i'tidal;
[img]http://eidariesky.files.wordpress.com/2010/06/iktidal-1.jpg[/img]

Semasa duduk antara dua sujud;
[img]http://eidariesky.files.wordpress.com/2010/06/bacaan_duduk-2.jpg[/img] Edited by OngBok

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...