Jump to content
Sign in to follow this  
Miss U.A

Sedekah Kepada Non-Muslim Yang Meninggal

Recommended Posts

Salam all,

Baru-baru ni ade mmber ofismate aku meninggal...then dorg ada la buat kutipan derma sket bg meringankn beban keluarga beliau. Macam org Islam la kalo meninggal pun ade sedekah2 duet gak kn ms ziarah tuh...
Pastu volunteer yg kutip duet nih (non-muslim) tny aku..bole ke org2 muslim bg kat non muslim.. Kalo ikot logik kepala aku nih, rasa cm takde salah pun..tp bila bdk nih tny mcm tuh aku dah stat konfius..(maklumla..ilmu tak penuh didada lagi..)
pastu tgk listname yg derma tuh sorg pun takde penderma dr org melayu/muslim lagi la aku musykil.....(xtaula dorg mmg sngaja taknak kasi @ bg dorg mmg tak bole sedekah kt org bukan Islam nih.

Para puteranian yg arif lagi bijaksana, silala bg pandangan anda. Terima kasih. :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Are~Miey12' date='13 October 2010 - 11:34 AM' timestamp='1286940849' post='1050035']
Salam all,

Baru-baru ni ade mmber ofismate aku meninggal...then dorg ada la buat kutipan derma sket bg meringankn beban keluarga beliau. Macam org Islam la kalo meninggal pun ade sedekah2 duet gak kn ms ziarah tuh...
Pastu volunteer yg kutip duet nih (non-muslim) tny aku..bole ke org2 muslim bg kat non muslim.. Kalo ikot logik kepala aku nih, rasa cm takde salah pun..tp bila bdk nih tny mcm tuh aku dah stat konfius..(maklumla..ilmu tak penuh didada lagi..)
pastu tgk listname yg derma tuh sorg pun takde penderma dr org melayu/muslim lagi la aku musykil.....(xtaula dorg mmg sngaja taknak kasi @ bg dorg mmg tak bole sedekah kt org bukan Islam nih.

Para puteranian yg arif lagi bijaksana, silala bg pandangan anda. Terima kasih. :blush:
[/quote]

setiap kali ada yang parent sesapa yang meninggal kan ofis aku nih setiap kali tuh laa aku bagi pek kam atau kutipan derma... bagi aku takder salah nya... kita tolong bantu membantu sesama manusia... tak dosa pung.... aku tak kisah pung walau nama aku sowang jer malay yang ada dalam list tuh memandangkan memang ada 3 orang jer malay dalam ofis aku nih... bagi aku tak salah laa.. kalau ada cina tanya boleh ke malay bagi derma kat cina jawapan aku boleh jer... derma tuh terpulang pada niat kita... nak menolong atau tak...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam,

Tiada masalah selagi niat anda untuk bersedekah.. insyaAllah terbuka hati keluarga & rakan-rakan sekerja apabila mengetahui sifat seorang Islam itu (pemurah) ada pada diri sesorang individu yang bersedekah selain dapat membersihkan hati/diri & harta pemberi sedekah.


[quote]Pemberian ini adalah demi maslahah agama Islam juga. Maka diberikan kepada bukan Islam, dengan dua tujuan utama:

i- Diharapkan pemberian sedekah tu mendorongnya untuk mengenali dan menganuti Islam.

Di dalam hadis Safwan bin Umaiyyah, beliau berkata, “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menghulurkan permberian kepadaku pada peperangan Hunain, dan ketika itu baginda adalah makhluk yang paling aku benci. Dan baginda sentiasa memberikan kepadaku, sehingga baginda menjadi orang yang paling aku sayangi”. (Direkod oleh Ahmad no: 15304 dan Tirmizi no: 666).

ii- Atau diberikan sedekah kepada bukan Islam sebagai memujuknya supaya tidak memusuhi Islam dan tidak menyakiti orang-orang Islam.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. bahawa ada sekumpulan manusia yang datang kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dan mereka ini jika diagihkan pemberian kepada mereka, mereka akan memuji Islam dan berkata, “Ini agama yang baik”. Sebaliknya jika tidak diberikan kepada mereka, nescaya mereka akan mencerca dan mengaibkannya. (Syarh Kabir 2/697).

Secara kesimpulan, pemberian sedekah kepada bukan Islam mestilah dilihat kepada maslahah dan berdasarkan siyasah syar’iyyah (politik Islam). Jika ia bertujuan dakwah dan pengembangan Agama Islam, maka ia satu tindakan yang wajar dan bertepatan dengan syarak. [/quote] Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pada pandangan aku juga, tidak ada masalah untuk derma utk bantu mereka yang non-muslim. Sama juga dalam kes lain, yang meninggal adalah muslim..., ramai juga non-muslim yang turut serta menderma.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kan Ke Semua agama didunia ni menyuruh umatnya berbuat baik pada semua manusia.. So pada aku sebagai insan ni bukan isu kalo kita sebenarnya berbuat baik pada umat seagama atau sebaliknya..bukan je soal kewangan bahkan hal2 lain jugak spt soal sosial kehidupan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='TJ-Ariff' date='14 October 2010 - 12:09 AM' timestamp='1286986168' post='1050146']
salam, pada aku tidak menjadi masalah..

tapi kita tunggu pendapat pang5 untuk menjawab.. :3:
[/quote]
uit..aku ter-missed...apesal tak ketuk pintu?

pemberian duit/barang/semata-mata pemberian adalah dalam beberapa keadaan.

ada hadiah = bagi sesuatu, biasanya dengan sama taraf kewangan atau lebih kaya, atau sesama kawan dan rakan karib untuk lebih akrab dan mesra.

ada sedekah = biasanya bagi kepada yang lebih miskin, lebih memerlukan, mahukan ganjaran pahala sedekah.

ada pemberian setelah mati seperti wasiat (telah ditetapkan sebelum meninggal) dan harta peninggalan yang berhubung masalah faraid.



so, masa bagi tu ikut niat. niat sedekah dapat pahala lebih sikit, niat bagi hadiah dapat pahala sunnah jugak.

nabi SAW pun ada bagi hadiah/pemberian kepada bukan Islam. dan hadiah dari bukan Islam pun boleh kita terima.


secara khusus untuk masalah yang dipersoalkan ni aku takde jawapan yang pasti lagi, memandangkan aku memikirkan persoalan : adakah proses pengkebumian mayat yang bukan Islam itu termasuk hal berkaitan ugama atau adat? jika ugama, maka kita menyumbang kepada ritual mereka, dan ini haram. kerana kita redha dengan kekufuran mereka terus dengan ugama mereka. redha dengan kekufuran adaah kufur dan boleh jatuh hukum murtad tanpa sedar.

namun persoalan yang mungkin timbul juga, jika kita berikan itu untuk keluarga si mati, dan berkemungkinan wang yang kita berikan itu akan digunakan oleh keluarganya untuk meneruskan hidup memandangkan kos nak mati pun tinggi dalam agama lain, habis dah duit, so, itu harus dan (mungkin - sebab aku tak pasti) dapat pahala.

insyaAllah nanti aku cuba rujuk semula.

cumanya, jika kita berikan mutlak kepada mereka, dan berharapkan tidak digunakan unuk ritual, semoga wang yang kita berikan adalah digunakan kepada perkara yang dibolehkan, mungkin takde masalah. apepun aku nak rujuk semula.

Allahu a'lam. Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
ya, aku baru nak tanye pasal kalau derma duit tu dan duit tu digunakan untuk mengebumikan si mati tu mengikut cara agama mereka


harap ade jawapan yang jelas

Share this post


Link to post
Share on other sites
takde masalah sedekah untuk dia, [b]sebagai bantuan umum supaya meringankan beban hidup[/b] dia, sekalipun jika dia gunakan untuk pengkebumian [u]selagi mana kita bagi dengan [b]niat umum[/b][/u].

jika kita bagi [b]untuk proses pengkebumian[/b], maka seperti saya sebut di atas, [b]jika pengkebumiannya adalah ritual agama[/b] mereka, maka redha dengan kekufuran adalah kufur.

so, tiada masalah untuk membantu orang bukan Islam. membantu sudut kewangan juga bagus memandangkan mereka lebih dekat dengan dunia, sebagai satu dakwah kita kepada mereka kerana kita menggembirakan mereka.

Allahu a'lam. Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='24 October 2010 - 02:17 PM' timestamp='1287901029' post='1051144']

namun persoalan yang mungkin timbul juga, jika kita berikan itu untuk keluarga si mati, dan berkemungkinan wang yang kita berikan itu akan digunakan oleh keluarganya untuk meneruskan hidup memandangkan kos nak mati pun tinggi dalam agama lain, habis dah duit, so, itu harus dan (mungkin - sebab aku tak pasti) dapat pahala.

insyaAllah nanti aku cuba rujuk semula.

[/quote]

tp beb, dia tuh manager aku tuh...takkan le tak mmpu kn...
tak logik la kalo nk ckp sedekah aku tuh bg meringankan beban kewangan keluarga si mati.mebi lebih cenderung atas dasar simpati..

n lagi satu...rasanya proses pengkebumian org kafir nih mmg based on keagamaan..bukan kebudayaan..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Are~Miey12' date='25 October 2010 - 02:40 PM' timestamp='1287988824' post='1051262']
tp beb, dia tuh manager aku tuh...takkan le tak mmpu kn...
tak logik la kalo nk ckp sedekah aku tuh bg meringankan beban kewangan keluarga si mati.mebi lebih cenderung atas dasar simpati..

n lagi satu...rasanya proses pengkebumian org kafir nih mmg based on keagamaan..bukan kebudayaan..
[/quote]
niatkan bagi hadiah :D

sebenarnya [b]sama ja[/b]...hadiah atau sedekah. dua-2 pemberian kepada orang lain semasa kita masih hidup.
biasanya sedekah tu untuk ekonomi lebih rendah dari pemberi. sebagai hadiah pun boleh. takde masalah.

hadiah dan sedekah bagi kat sapa pun boleh. [b]zakat sahaja yang wajib bagi kepada miskin dan yang cukup syaratnya[/b].


atas dasar simpati dan atas dasar menggembirakan, semoga dengan sedikit sumbangan ni dia gembira..
tetiba dapat hamper, hadiah, duit percuma, mesti seronok... Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='25 October 2010 - 04:28 PM' timestamp='1287995300' post='1051273']
hadiah dan sedekah bagi kat sapa pun boleh. [b]zakat sahaja yang wajib bagi kepada miskin dan yang cukup syaratnya[/b].
[/quote]

tertarik skit dengan ayat panglima nih..

bulan puasa tahun lepas (2009), kat astro (tak ingat cenel mana) ada tayangkan siri mengisahkan riwayat hidup Rasulullah SAW..
dalam 1 episod nih, datang sorang Yahudi nak uji Rasulullah SAW dengan membawa 2 barang.. 1 diberikan sebagai sedekah dan 1 lagi diberikan sebagai hadiah.. tapi Rasulullah SAW tak terima sedekah tu.. aku tak brapa ingat sebabnya, tapi kalo tak silap, Baginda tak terima sebab sedekah cuma untuk orang yang memerlukan je.. Rasulullah SAW cuma terima hadiah je..

soalan aku:
kita kan selalu je antar/terima juadah dari/kepada jiran2.. dan semua juadah tu biasanya diberi dengan niat sedekah.. boleh ke terima sedangkan kita cukup je makanan kat umah..

p/s: sory ye offtopic skit.. just nak mintak penjelasan.. kalo perlu topic lain, bagitau eh, nanti aku create topic lain..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hotfloppy' date='26 October 2010 - 09:24 AM' timestamp='1288056252' post='1051345']
tertarik skit dengan ayat panglima nih..

bulan puasa tahun lepas (2009), kat astro (tak ingat cenel mana) ada tayangkan siri mengisahkan riwayat hidup Rasulullah SAW..
dalam 1 episod nih, datang sorang Yahudi nak uji Rasulullah SAW dengan membawa 2 barang.. 1 diberikan sebagai sedekah dan 1 lagi diberikan sebagai hadiah.. tapi Rasulullah SAW tak terima sedekah tu.. aku tak brapa ingat sebabnya, tapi kalo tak silap, Baginda tak terima sebab sedekah cuma untuk orang yang memerlukan je.. Rasulullah SAW cuma terima hadiah je..

soalan aku:
kita kan selalu je antar/terima juadah dari/kepada jiran2.. dan semua juadah tu biasanya diberi dengan niat sedekah.. boleh ke terima sedangkan kita cukup je makanan kat umah..

p/s: sory ye offtopic skit.. just nak mintak penjelasan.. kalo perlu topic lain, bagitau eh, nanti aku create topic lain..
[/quote]
kita, boleh je terima sedekah sebab kita bukan nabi dan bukan keluarga nabi SAW.

nabi tak terima zakat dan sedekah, dan keturunan nabi tak terima zakat (sedekah tak pasti)

zakat tak diterima kerana zakat adalah penyucian kepada harta yang kita miliki, dan walaupun tak nampak, dalam harta tu ada kekotoran dan kezaliman kita. tak layak bagi seorang nabi untuk terima, juga keluarga dan keturunannya. itu satu pendapat

pendapat lain dan penyebab utamanya, nabi dan keturunannya ada bahagian lain dari harta maka tak diperlukan zakat dan sedekah. iaitu dari hasil rampasan perang. setiap hasil rampasan perang mesti dibahagikan kepada lima, pertamanya kepada ALLAH, untuk kembangkan lagi Islam, keduanya kepada Rasulullah SAW dan keluarga baginda, tiga bahagian lagi untuk tentera yang menghadiri peperangan. yang bawak kenderaan dapat lebih dari yang berjalan kaki dan seterusnya.

namun sejak zaman bila ntah, tiada lagi hasil rampasan peperangan, difatwakan keluarga nabi SAW boleh diberikan wang dari baitulmal dari harta zakat mahupun sedekah.

dan KEBIASAANNYA sedekah adalah untuk yang lebih miskin, yang lebih memerlukan. NABI SAW ada kunci dunia, bila-bila masa jika nabi SAW nak kaya boleh minta pada Allah tetapi nabi SAW nak simpan klekayaan itu di akhirat. untuk apa lagi mintak sedekah?

terlupa sebelum ini. sedekah BIASANYA bermula dengan PERMINTAAN. mintak sedekah dan orang bagi. hadiah tak mintak tapi orang bagi. justeru kenapa nabi SAW nak minta? jika kunci dunia dah ada pada baginda?
tapi ada jugak keadaan kita melihat orang miskin dan berikan sedekah tanpa diminta.

dan sedekah asal maknanya dalam al-Quran adalah untuk zakat. mafhum ayat : ambil dari harta mereka SEDEKAH yang menyucikan mereka dan mengembangkan (keberkatan) dengannya. justeru nabi SAW tak terima sedekah=zakat.

sedekah yang kita berikan kepada orang miskin itu sedekah sunat. sedekah wajib adalah zakat, yang wajib kepada orang miskin dan yang cukup syarat.

kisah nabi SAW tak terima sedekah tetapi terima zakat adalah tentang Salman al-Farisi. beliau dari parsi (?paris?) yang meluat membaca tentang MUHAMMAD dalam kitab ugamanya. dikoyak dan dibenci nabi muhammad SAW. dia nak lanjutkan pengajian dalam ugamanya, merantaulah, dari satu negara ke satu negara, di satu tempat ada seorang pendeta katakan pergilah ke yathrib, di sana akan dia berjumpa dengan orang begini dan begini, orang yang dijanjikan. pergilah dia merantau ke yathrib dan dalam perjalanan itu kafilah rombongannya diserang dan dia dijadikan hamba, dibeli oleh yahudi yathrib.

semasa ketibaan Rasulullah di madinah beliau panjat pokok kurma meninjau dari atas. setelah nabi dah sampai beliau nak uji berdasarkan 3 ciri yang diberitahu pendeta sebelum itu. dan terjadilah kisah tersebut.

Allahu a'lam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
penambahan dan sedikit pembetulan yang di atas sinun.


saya merujuk kitab syarah kepada soheh Muslim oleh Imam Nawawi.

kesimpulannya: pada hal zakat, nabi dan keluarga serta keturunannya diharamkan. dan pandangan lain adalah lemah.

manakala hal sedekah sunat, nabi SAW diharamkan dari terima manakala keluarga dan keturunannya dibenarkan.



cuma. sedekah atau zakat, jika telah diterima oleh mereka yang berhak, kemudian diberikan kepada nabi SAW sebagai hadiah, boleh diterima oleh nabi dan memang nabi pernah terima.



dan wujud riwayat hadis berkenaan : pada zakat itu kekotoran manusia, maka kerana itu diharamkan kepada nabi SAW dan keluarga serta keturunannya. bukan sekadar pendapat ulamak. harap maklum.


harap maklum...Allahu a'lam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
 owh.. baru clear.. aku ingat maksudnya sedekah untuk yang betol2 memerlukan je.. tenkiu bro..

dapat 1 lagi ilmu baru.. alhamdulillah..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...