Jump to content
NeoLogy

Hukuman Mati Ke Atas Perogol Kanak-Kanak Sebagian Hukum Hudud

Recommended Posts

[b]Karpal Syor Hukum Mati Perogol Kanak-kanak[/b]
[spoiler]
Karpal syor hukum mati perogol kanak-kanak

Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukumn mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

“Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal berkata kes terbaru bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didakwa telah dirogol oleh pemandu bas sekolah yang dinaikinya, menuntut perhatian khusus tentang perlunya hukuman sedia ada bagi perbuatan itu, dikaji semula.

Semalam, polis mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas pemandu van sekolah tersebut.

Isnin lepas, lelaki yang mempunyai anak berusia antara sembilan hingga 20 tahun itu ditangkap orang ramai yang ternampak bas itu diparkir di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan, kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Sekurang-kurangnya tiga murid perempuan sekolah rendah di Petaling Jaya telah dikenal pasti menjadi mangsa rogol pemandu bas sekolah yang ditahan itu.

Kata Karpal, mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan tertuduh perlu dibuktikan melebihi keraguan munasabah, tetapi dalam kes di mana tertuduh didapati melakukan perbuatan demikian secara terang-terangn serta disokong oleh saksi berwibawa yang melihat perbuatan itu dilakukan, maka tiada masalah untuk membuktikan kes berkenaan di luar keraguan munasabah.

“Saya sedar tentang bahaya kemungkinan seseorang yang tidak bersalah, dikenakan hukuman. Pelaksanaan hukuman mati tidak boleh diubah kembali. Kesengsaraan yang dialami seseorang insan yang tidak bersalah, tetapi dikenakan hukuman mati, memang tidak dapat digambarkan,” katanya.

Bagaimanapun Karpal memberitahu, perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak berdosa di hadapan orang lain, menuntut agar undang-undang sedia ada, dibuat pindaan.

Kelmarin di Kota Baru, Mohd. Roslan Ali, bapa kepada pelajar tingkatan tiga yang diculik di Besut bersyukur kerana dia tidak dirogol dan dapat ditemui semula.

Anaknya diculik dilarikan oleh penjenayah dengan menaiki sebuah Perodua Kenari. -TMI
[/spoiler]

Samada disedari ataupun tidak, cadangan Karpal yang disokong oleh Chua Soi Lek agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati adalah termasuk di dalam Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Kemungkinan selama ini kedua-dua pemimpin bukan-Islam berkenaan menentang hukum hudud, namun penentangan mereka adalah kerana mereka tidak memahami apakah hukum hudud itu yang hikmahnya yang sebenar.

Bukan saja DAP, MCA atau MIC, malah UMNO sendiri menentang hudud. UMNO pergi lebih jauh dari itu, bukan sekadar menentang tetapi menghina, mencaci hukum hudud dngan harapan mereka yang bukan Islam merasa gerun dan takut terhadap hudud. UMNO melakukannya agar masyarakat bukan Islam menjauhi PAS yang selama ini tegar dan tegas memperjuangkan hukum Allah berkenaan. Ditimbulkan persepsi negatif seperti hukum hudud ketinggalan zaman, hukum hudud akan memaksa bukan Islam menyertai Islam, hukum hudud akan mengkhatankan bukan Islam dan nada-nada yang seumpama itu - demi menakut-nakutkan bukan Islam terhadap PAS.

Adalah menjadi fitrah manusia, tanpa mengira agama, benci terhadap kezaliman dan jenayah yang dilakukan oleh sesama manusia, justeru Allah selaku pencipta tentulah lebih mengerti hukuman yang diperlukan oleh manusia demi mewujudkan "salam" (kesejahteraan) di atas mukabumi. Hukum Allah yang terpancar melalui hukum hudud adalah satu hukuman yang juga bertujuan memberikan pengajaran kepada umat manusia seluruhnya untuk menolak kezaliman dan jenayah dari terus berlaku yang mengakibatkan tirani dan porak peranda di dalam masyarakat.

Sesungguhnya hudud Islam sesuai untuk semua manusia di semua zaman. Kemungkinan ada yang menentangnya, namun akhirnya hati manusia tetap mengakui kebenaran, keadilan dan kebaikannya sekalipun tidak mengetahui yang disuarakan itulah [b]hudud[/b] namanya. Edited by NeoLogy

Share this post


Link to post
Share on other sites
Nampak la jahilnya Karpal Singh tentang Islam bila dia pernah berkata "Islam over my dead body" tak lama dulu.
Tapi di sebalik kejahilan tersebut, dia sendiri mencadangkan agar "hukuman Islam" dilaksanakan.
Ini bermakna, sememangnya hukuman Islam adalah yang terbaik untuk dipraktikkan, sedangkan orang sejahil Karpal Singh pun mahu ia dilaksanakan.

Malang sekali, ada manusia yang mengaku tidak jahil tentang Islam, mengaku mempunyai kuasa untuk memberi tauliah, tetapi angkuh dan tidak mahu menjalankan hukum Islam.
Orang ini sebenarnya lebih jahil dari Karpal Singh.
Kenapa? Kerana Karpal Singh yang bukan Islam tu pun mahu hukuman Islam dilaksanakan, sedangkan [b]si[/b] Islam tu pula yang tidak mahu melaksanakan hukum agamanya.
Akibatnya? Lihat la sekarang, bayi2 dibuang di sana sini, isteri curang di [s]belakang[/s] depan mata suami, mcm-mcm lagi lah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalo karpal singh yang kafir tu xpaham tentang hudud..kite bleh terima lagi..sbb dia memang xberiman..dia xpaham konsep hudud tu..tapi kalo umat islam sendiri yang xnak..xbleh nak cakap ape la..

Hudud memang sesuai dgn fitrah kejadian manusia yg bencikan kemungkaran dan jenayah..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='sayw' date='02 August 2010 - 06:37 PM' timestamp='1280745468' post='1043736']
karpal ni boleh ganti rosyam nor........ pelakon lelaki Malaysia terhandal di dunia
[/quote]

ko rase si karpal ni berlakon la bile dia mintak kerajaan pinda akta tentang hukuman kepada pesalah rogol kanak2 ni?

mngkin kerajaan pn bleh ganti rosyam nor...pelakon lelaki Malaysia terhandal di dunia..mane tau kerajaan berlakon je xnak hudud dilaksanakan..tapi dalam hati nak laksanakan hudud..tapi MCA sama MIC xkasi...tu yang jadi pelakon handalan menolak hudud..bleh menang anugerah ni..memang menjadi la kerajaan berlakon..kalah rosyam nor..huhuhu..

Share this post


Link to post
Share on other sites
hukuman mati tu terlalu ringan untuk penjenayah macam ni. gantung pastu setel, manakala budak2 yang kena rogol tu akan trauma seumur hidup dan bermacam masalah peribadi yang lain(kalau ada la). Cadangan aku, sebelum digantung kena hukum sebat dan penjara sekurang2-nya setahun sebelum digantung.Tu pun belum lagi kena belasah dengan banduan2 lain.

Karpal saja pancing, dia tau kemungkinan besar geng2 BN ni takkan setuju walaupun dorang nampak benda ni baik = more pr for PR... Kalau setuju ramai2 pun, kena pinda/buat satu undang2 baru untuk benarkan penjenayah yang rogol kanak2 ni dihukum gantung sampai mati @ atau pun hakim boleh jatuhkan hukuman mati terus? aku tak tau sangat law2 malaysia nih. Kalau pindaan boleh dibuat secepat mungkin merasa la kot perogol2 nih hukum gantung.

Tak boleh blah ada komentari oleh neology kat first post. Bagus la kot, sambil baca sambil komen . ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites
sebenarnya laksanakan hukuman tu depan khalayak ramai..baru betul..supaya mendidik masyarakat diluar tu agar menjauhi jenayah hudud ni..stakat penjara, sebat n gantung...trauma(jika ada) tetap dilalui mangsa..Kalo execute hukuman depan public, atleast..mangsa sedikit sebanyak akan berasa puas ati kerana perogolnya menanggung malu sepertinya..walaupun tidak mungkin dapat menyembuhkan trauma tu 100%, atleast ia dapat membantu meringankan trauma dan mendidik masyarakat..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Buat kat public memang bagus macam ada satu negara arab tu tunjuk gantung live (dalam 3-4 orang jugak la kena) tapi aku rasa baik bagi pilihan kat mangsa nak tengok sendiri atau wakilkan ahli keluarga tengok hukuman dijalankan di dalam penjara. Masa hukuman tu dijalankan ada video rakam dan ditunjuk di ceramah2 kat sekolah, untuk sekolah menengah la kot, karang sekolah rendah tengok jadi lain yang tak elok pulak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalo buat dalam penjara..hanya org yang terlibat je dapat tengok..public xdapat sebarang pendidikan..sbb mangsa memang la tak kan merogol orang..tetapi masyarakat di luar tu..yang berpotensi besar menjadi perogol..kalo tak didedahkan dengan hukuman yang berat seumpama ini, jenayah ni akan terus berlaku sebab xde rasa gerun di hati-hati mereka..

tujuan hukuman hudud tu nak didik masyarakat..bukan hanya nak puaskan hati atau menuntut keadilan semata-mata..hukuman yang ada sekarang ni dilihat untuk menuntut keadilan semata-mata tanpa mendidik masyarakat dengan berkesan..tayangan video kat sekolah tidak akan mendatangkan perasaan gerun kerana budak-budak skolah tengok aksi-aksi yang lebih ganas di dalam movies..

aku sendiri mengakui, aku tidak berasa gerun pun melihat aksi sebat dlm video tu..malah, ada adegan2 ganas yang lebih teruk aku saksikan dalam movie..takde pun gerun di hati..mungkin geli..tapi tidak utk [b]gerun[/b]

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum......

base yang sayw dengar..... bukan yang mati tu bebetul mati......
tp yang mati tu hamba allah yang dah bertaubat kat penjara...... diorang tgk baik sikit..... ganti orang yang kena gantung tu......

ofc itu sumber dengar...... tapi....... rasa macam real la pulak :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hukuman mati? Setuju sangat. Tapi aku jamin lepas ni mesti ada suara sumbang yang kata, "kalau kita laksanakan hukuman mati, dikhuatiri nanti ahli keluarga yang jadi mangsa bapa tersebut takut untuk membuat laporan polis." Last-last, tak jadi. Macamlah benda ni tak pernah dibincang dulu.

Aku tak nak sentuh sapa bagi idea. Karpal ke, kapal laut ke, kapal api ke, nazri aziz ke, (contoh, contoh je lah :wacko: ) aku lagi suka membincangkan tentang idea tersebut berbanding individu yang mengeluarkannya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku setuju sgt2 pasal hukuman mati ni...tp yg terpenting pas da buat camni...mesti pastikan org yg betul2 bersalah yg dihukum...sbb klu org yg x bersalah dihukum mati jd aku rs ianya tidak adil dan akan menakutkan seluruh rakyat...jd laksanankan sistem ni dgn lebih terperinci dan berhati2 serta telus..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Perkara nie tak perlu pun 'kapal sink'.
dalam quran/hadis/ijma' ulama dah jelas dah.

kalau umat islam tak nak ikut quran/hadis,
tergamak ker nak dengar cakap kapal sink.

ade ker patut macam tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kaedah hudud ni dh jelas,kena ada 4 org saksi yang tidak fasik..melihat zakar dimasukkan kedalam faraj...kalo xde..xbleh jatuh hudud punye..Allah dah tetapkan syarat dia camtu...sbbnya lebih baik tersalah melepaskan org yg bersalah daripada tersalah hukum org yang xbersalah..sebab org yg bersalah xleh lari mana..terlepas hukum dunia..hukum akhirat xleh lari mane..

jadi, kalo xcukup syarat..hukum takzir dan qisas akan digunakan..

Share this post


Link to post
Share on other sites
terasa nak komen plak bab ni,memandangkan aku tengok kes2 buang bayi dah cukup kronik dan ada kaitan dengan hukum hudud,kepada korang semua yang kata PAS boleh buat hukum hudud tu aku rasa korang kena belajar balik pada sejarah dan pada ketelusan hudud yang direka PAS dan bukan Hudud yang sebenar.

sedikit petikan terbaru

[color="#FF0000"][b]SHAH ALAM - Bukan Islam tidak perlu takut dengan perlaksanaan hukuman hudud kerana ia akan dilakukan terhadap pesalah beragama Islam sahaja.

:Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hukuman hudud perlu dilaksanakan segera memandangkan undang-undang manusia hari ini jelas gagal dalam usaha mendidik masyarakat.

:Katanya, kini adalah waktu yang sesuai untuk kembali kepada undang-undang Allah. Perlaksanaannya adalah mengikuti kerohanian yang sebelum ini hanyalah fizikal.

:"Lihatlah negara yang mengamalkannya. Hanya berapa kali hukuman itu dilaksanakan, jelas jenayah berkurangan. Inilah yang kita mahukan sebenarnya.Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan sahaja, bukan sembarangan," katanya. :

:Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah menggantikan undang-undang sivil dengan hudud.

:Menurut Tuan Ibrahim, Pas kecewa kerana kegagalan perlaksanaan hudud disebabkan sikap orang Islam sendiri. (Sinar Harian)[/b][/color]

Apa perlu Tuan Ibrahim Tuan Man takut untuk menyatakan perkara sebenar? Adakah dia takut kehilangan undi kaum bukan Islam seandainya memperkatakan tentang hal sebenar perihal Hudud dan Qisas yang seandainya dipraktikkan di negara ini, meliputi semua penduduk dan rakyatnya, termasuklah kaum pedagang yang datang ke negara ini?


[b]Tidak ada dalil yang mengatakan umat bukan Islam yang tinggal di kawasan atau wilayah Islam terbebas daripada hukum Hudud dan Qisas.[/b] Bahkan mereka sama seperti umat Islam yang menjadi rakyat dan penduduk wilayah tersebut atau lebih tepat lagi yang mendapat kerakyatan menerusi ikatan perjanjian kemasyarakatan yang dipanggil Aqd al-Dhimmah, tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang syariah. Manakala kaum kafir yang enggan tunduk yang dinamakan kafir harbi, mereka diperangi, dibunuh atau dihalau dari negara dan wilayah terbabit.


[b]Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya, SIYASAH SYAR'IYYAH pada bab 'Hukum dan Hak-Hak Allah' menyatakan:


Hukuman harus dijalankan secara adil tanpa pandangan bulu, pada seluruh lapisan masyarakat; pada orang terpandang,dan kelas sosial yang lebih rendah, mahupun orang yang miskin. Kewujudan hukuman harus tetap dipertahankan dan dijaga kemurniannya daripada segala jenis penyuapan (rasuah), saranan atau pengaruh-pengaruh dari pejabat tertentu dan sebagainya. Sesiapa sahaja yang mengabaikan kemurnian nilai-nilai hukum, padahal dia mampu menegakannya, baginya laknat bagi Allah, malaikat dan seluruh umat manusia. Allah Taala tidak mengenal adanya penggantian dan upaya untuk surut daripada penerapan hukum kerana dengannya, identik menjual ayat-ayat Allah dengan harga murah (muka surat 88-89)[/b]

Tidak hanya Ibn Taimiyyah, bahkan Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya, Al-Ahkam As-Sulthaniyyah dalam bab zina dan rejam menyatakan:


Untuk dihukum rejam, seseorang tidak disyaratkan beragama Islam. Jadi, orang kafir pun direjam seperti halnya orang Muslim.


Abu Hanifah berkata, "yang dihukum rejam ialah orang Muslim sahaja. Jadi, jika orang kafir berzina, dia dicambuk dan tidak direjam." Padahal Rasulullah s.a.w pernah merejam dua orang Yahudi yang berzina. (muka surat 367)


Hukuman potong tangan berlaku bagi pencuri lelaki dan wanita, orang merdeka dan hamba sahaya, orang Muslim dan orang kafir. Jika anak kecil mencuri, tangannya tidak dipotong. Jika orang yang tidak sedarkan diri mencuri, dia tidak dipotong tangannya. Jika hamba mencuri kekayaan tuannya, tanganya tidak dipotong. Jika seorang ayah mencuri kekayaan anaknya, tangannya tidak dipotong." (muka surat 375)


Manakala pada zaman pemerintahan Raja-Raja Melayu, undang-undang Hudud dan Qisas turut merangkumi orang bukan Islam. Sebagai contoh, pada tahun 1888, seorang Cina bernama Goh Hui telah dibunuh di Pahang. Sultan Ahmad memerintahkan supaya kes itu dibicarakan mengikut undang-undang Pahang yang berteraskan Islam. (lihat Linehan, A History of Pahang, JMBRAS, Vol. 14, bhg.(2) 1936, hlm. 121.)


Jadi, dari dalil, nas, hujah dan bukti manakah yang membolehkan para PEMIMPIN PAS berterus-terusan menipu tentang HUDUD DAN QISAS dalam usaha untuk tidak kehilangan undi Cina dan India? Siapakah yang membenarkan mereka mencipta ayat, HUDUD DAN QISAS HANYA UNTUK UMAT ISLAM?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau ye pun hudud bukan untuk orang islam sahaja, kenapa kerajaan tetap tidak mahu melaksanakannya?Hudud kan perintah Allah?Iakan wajib bagi pemimpin yang berkuasa?Kerajaan nak abaikan perintah Allah ini semata-mata ada org kafir kat Malaysia?
Zaman nabi pun ada orang kafir..Jadi apa yang menghalang Nabi melaksanakan hudud?Sebab baginda Nabi?Sebab baginda rasul?Ko sendiri yang nyatakan Nabi penah merejam 2 org yahudi yang berzina..Adakah nabi tak fikir kalau dia buat macam tu kat orang kafir, pengaruh politik baginda akan berkurang dan orang kafir menjadi marah dan menimbulkan suasana tidak tenteram/huru hara sepertimana kerajaan fikirkan sekarang?

Adakah sebab kerajaan kita ni bukan nabi or rasul, maka kita xboleh laksanakannya?Adakah kerajaan nak jaga hati orang bukan Islam?

Kalau ini sebabnya, maka nak solat pun kena semua rakyat Malaysia ni setuju dulu la?kalo ada orang kafir xsuka..maka xbleh solat la?
Hukum hudud dan qisas adalah jelas dan terang dinyatakan dalam al-Quran sepertimana sembahyang,puasa, menunaikan haji,zakat dan ibadah2 wajib yang lain..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]Abu Hanifah berkata, "yang dihukum rejam ialah orang Muslim sahaja. Jadi, jika orang kafir berzina, dia dicambuk dan tidak direjam." [b]Padahal Rasulullah s.a.w pernah merejam dua orang Yahudi yang berzina.[/b] (muka surat 367)[/quote]

Mungkin ini yang dimaksud daripada kenyataan di atas..

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:

Bahwa seorang lelaki dan perempuan Yahudi yang telah berzina dihadapkan kepada Rasulullah saw. Lalu berangkatlah Rasulullah saw. sampai beliau bertemu dengan orang-orang Yahudi dan bertanya: [b]Apakah hukuman yang kalian dapatkan dalam Taurat bagi orang yang berzina[/b]? Mereka menjawab: [color="#FF0000"]Kami akan mencorenghitamkan muka keduanya, lalu menaikkan keduanya ke atas tunggangan lalu menghadapkan mukanya masing-masing kemudian keduanya diarak.[/color] Beliau bersabda: Datangkanlah kitab Taurat, apabila kalian benar. Kemudian mereka membawa kitab Taurat lalu membacakannya hingga ketika mereka sampai pada ayat rajam, pemuda yang membaca itu meletakkan tangannya di atas ayat rajam itu dan hanya membaca ayat yang sebelum dan sesudahnya. Lalu Abdullah bin Salam yang ikut bersama Rasulullah saw. berkata kepada beliau: Perintahkanlah ia untuk mengangkat tangannya. Pemuda itu lalu mengangkat tangannya dan setengah di bawah tangannya itu adalah ayat rajam. Kemudian Rasulullah saw. memerintahkan keduanya sehingga dirajam. Lebih lanjut Abdullah bin Umar berkata: Aku termasuk orang yang merajam mereka berdua. Aku melihat yang laki-laki melindungi yang perempuan dari lemparan batu dengan dirinya sendiri. (Shahih Muslim No.3211)

Jelas, baginda rasulullah merujuk hukuman yang ditentukan oleh agama org yahudi tersebut...Memandangkan kitab taurat juga dari Allah, maka ada hukuman rejam di situ..Dalam kes orang kafir yang bukan beragama wahyu, dlm kitab ajaran mereka tiada hukuman rejam atau mungkin tiada langsung hukuman bagi jenayah..(hukuman mungkin berdasarkan polisi kerajaan ataupun adat kebiasaannya : seperti [color="#FF0000"]teks merah[/color])..maka, pada mereka boleh digunapakai undang-undang sivik...tetapi kalau mereka inginkan keadilan undang-undang Islam, tiada masalah..mereka boleh berbuat demikian..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[IMG]http://img202.imageshack.us/img202/9457/akhbar.jpg[/IMG]

Hudud: Pas Kena Perjelas Pada Umat Islam, Bukan Pada Karpal!

Aku hanya tersenyum sendiri bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik
Mat menasihatkan Karpal Singh supaya berdepan dengan orang Pas
terlebih dahulu untuk memahami hukum hudud sebelum menolaknya
mentah-mentah.
Ia berikutan bantahan Karpal terhadap cadangan Menteri
Besar Kelantan itu agar negara ini kembali kepada undang-undang hudud.

Ini kerana menurutnya undang-undang sivil sekarang gagal mengawal
jenayah dan penyakit sosial
Bagi aku, buat apa pula Karpal nak faham tentang hudud? Karpal tak perlu tahu tentang hudud.
Mengapa aku kata begitu?
Jawapannya mudah saja, satu dunia dah tahu Karpal berulang-kali
beritahu yang langkah mayatnya terlebih dahulu sebelum nak wujudkan
negara Islam. Maknanya di sini, Karpal dari awal lagi dah ‘tak pandang’
pasal Islam ini, jadi bila dia dah tak pandang tentang Islam, mengapa
pula Nik Aziz terhegeh-hegeh nak dia faham pula tentang hudud?


Kalau Islam pun dia dah tak hairan, bagi aku buang masa saja kalau Nik Aziz nak Karpal ambil berat atau memahami hudud ini.
Bagi aku, yang paling ‘tidak cerdik’ adalah Nik Aziz sendiri. Dia
bukan baru kenal Karpal. Bahkan aku rasa dia sendiri pun dah cukup masak
perangai Karpal.

Yang kita tertanya-tanya sekarang, kenapa Nik Aziz masih nak
berkerjasama dengan Karpal sedangkan Karpal awal-awal lagi dah nyatakan
pendiriannya terhadap agama yang kita anuti itu.
Kenapa Nik Aziz lebih rela untuk ‘tidur sebantal’ dengan Karpal
sedangkan dengan UMNO dia bukan main lagi berpatah arang berkerat rotan.


Nik Aziz juga dengan ‘confident’ semalam mengatakan yang Karpal adalah satu-satunya pemimpin dalam DAP yang menolak hukum hudud.
Maaf Nik Aziz, bukan Karpal saja, semua orang dalam DAP itu menolak
hudud. Kalau betul ada ahli atau pemimpin DAP menyokong hudud, aku minta
dia bagi bukti sekarang juga
Aku nak tahu siapa yang dalam DAP menyokong hudud seperti mana yang digembar-gemburkan oleh Nik Aziz itu
Nik Aziz kena ingat, UMNO sendiri pun bukannya tolak hukum hudud,
tetapi UMNO menolak tafsiran dan undang-undang Pas Kelantan yang tidak
serasi dengan syariah.


Yang UMNO persoalkan ialah, apakah undang-undang Pas dengan hukum
hudud Islam menepati dan mencapai maksud dan matlamat hukum hudud dalam
Islam?
Apakah undang-undang Pas akan menjamin keadilan bagi mereka yang akan didakwa dibawahnya?
Kita semua kena faham, hukum hudud bukan menekan keberatan hukum dalam Islam tetapi sebaliknya adalah untuk keadilan.


Menganggap keadilan tidak penting dalam Islam adalah salah.
Sebenarnya kedatangan Islamlah yang membawa keadilan kepada Arab
Jahiliah dan masyarakat lain yang menerima Islam. Sebab keadilannyalah,
Islam mudah diterima.
Aku nak tanya satu soalan kepada Nik Aziz, kenapa undang-undang Pas Kelantan tidak akan dipaksakan ke atas orang bukan Islam?


Betul, Nabi sendiri tidak menggunakan undang-undang Islam untuk
mengadili orang bukan Islam, tetapi hasilnya masih keadilan bagi semua
pihak, sama ada yang Islam dan yang bukan Islam.
Tetapi jika undang-undang Pas diguna untuk orang Islam dan
undang-undang jenayah biasa diguna untuk bukan Islam maka hasilnya ialah
perbezaan hukuman yang amat ketara antara penjenayah Islam dan
penjenayah bukan Islam bagi jenayah yang sama.


Perbezaan hukuman untuk jenayah yang sama amatlah tidak adil bagi apa juga sistem nilai atau agama.
Daripada kajian yang telah dibuat amatlah jelas bahawa undang-undang
PAS Kelantan adalah tidak menepati sepenuhnya undang-undang, semangat
dan sifat-sifat yang ada pada agama Islam.
Ini yang Nik Aziz perlu terang kat umat Islam di Malaysia ini, bukan pada Karpal Singh

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalaulah Nabi amik nasihat ko ni dulu...ko rasa agak2 syiar Islam ni tertegak tak?
Kaum kafir quraisy menolak ajaran Nabi mentah2 dulu..bukan sahaja menolak, malah menentang..tidak sampai di situ sahaja, tambahan sampai mengugut utk membunuh Nabi..kalo la Nabi berpendirian macam ko, xpayah dah la berdakwah kepada kaum kafir quraisy. yang nabi terhegeh2 selama 13 tahun di Mekah tu watpe?buang masa je 13tahun tu...

kes karpal ni baru soh langkah mayat dia..tak sampai lagi nak bunuh nik aziz..wajarkah kita sebagai umat Islam yang mengaku diri Islam ni berputus asa dengan sekor kafir sorang ni?padahal masih ramai lagi umat Islam yang menolak hudud..apatah lagi org kafir..

pesan nabi.."sampaikan ajaran Islam walaupun hanya satu perkataan..." jelas betapa pentingnya berdakwah...

[quote]Aku nak tahu siapa yang dalam DAP menyokong hudud seperti mana yang digembar-gemburkan oleh Nik Aziz itu[/quote]

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giew berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.

[quote]Yang UMNO persoalkan ialah, apakah undang-undang Pas dengan hukum
hudud Islam menepati dan mencapai maksud dan matlamat hukum hudud dalam
Islam?[/quote]

Kalau ini yang mnejadi persoalan, kenapa UMNO sendiri tidak mahu men 'draf' kan hukuman hudud sendiri seperti yang dikehendaki dan dituntut dalam Islam?kenapa hanya mempersoalkan draf undang2 yang di buat oleh PAS?takut dengan MCA?takut dgn MIC?

Share this post


Link to post
Share on other sites
meh aku kongsi dengan korang semua :

Kronologi dari 1993 tentang HUDUD dikelantan.

1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.



2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan.



3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.



4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.



5. Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia. sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.



6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.



7. Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.



8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.



9. Dr Mahathir kata, "Teruskan. Kita nak tengok..."



10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.



11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.



12. Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.



13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.



14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.



15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).



16. Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.



17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya.



DIMANAKAH KEADILAN "HUDUD PAS"????

[quote name='NeoLogy' date='25 August 2010 - 09:09 AM' timestamp='1282698575' post='1045943']
pesan nabi.."sampaikan ajaran Islam walaupun hanya satu perkataan..." jelas betapa pentingnya berdakwah...



[/quote]
benar! dakwah itu amat penting demi menjaga keharmonian,keadilan dan kebenaran,namun yang dilakukan sekarang bukan dakwah yang sebenar,yangdigunapakai sekarang ialah,berdakwah demi mendapatkan kuasa,maknanya ade kepentingan politik! so itu salah!

jujurnya aku suka jika politik dan agama seiring baru cun,tapi korang mempolitikkan agama.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]Tetapi jika undang-undang Pas diguna untuk orang Islam dan
undang-undang jenayah biasa diguna untuk bukan Islam maka hasilnya ialah
perbezaan hukuman yang amat ketara antara penjenayah Islam dan
penjenayah bukan Islam bagi jenayah yang sama.
[/quote]
hudud hanya melibatkan jenayah2 berat seperti membunuh,zina,mencuri/merompak
secara harfiahnya, manusia mana pun tidak dapat menerima perbuatan jenayah ini dan mahupan hukuman yang paling berat dikenakan kepada pesalah..
Allah yang mencipta manusia, Allah tahu segalanya tentang manusia..jadi hukuman hudud pastilah menjadi pilihan manusia yang teraniaya atau menjadi mangsa..
Masyarakat tidak didedahkan dengan hudud menyebabkan mereka tidak mengetahui kebaikkannya dan mereka sering ditakutkan oleh orang2 yang tidak mahu hudud dilaksanakan..macam2 alasan diberi..


[quote]
Perbezaan hukuman untuk jenayah yang sama amatlah tidak adil bagi apa juga sistem nilai atau agama.
Daripada kajian yang telah dibuat amatlah jelas bahawa undang-undang
PAS Kelantan adalah tidak menepati sepenuhnya undang-undang, semangat
dan sifat-sifat yang ada pada agama Islam.[/quote]

Kajian mane?sape yang buat kajian?bleh bagi report/paper/result dari kajian tersebut?sekurang2nya sumber maklumat ko ini..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='25 August 2010 - 09:16 AM' timestamp='1282699016' post='1045946']
meh aku kongsi dengan korang semua :

Kronologi dari 1993 tentang HUDUD dikelantan.

1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.



2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan.



3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.



4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.



5. Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia. sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.



6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.



7. [b]Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud[/b]. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.



8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.



9. Dr Mahathir kata, "Teruskan. Kita nak tengok..."



10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.



11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.



12. Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.



13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.



14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.



15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).



16. Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.



17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya.

[/quote]
Ayat2 dalam kronologi ini especially yang dibold adalah tafsiran siapa?
Oh ye, tahukah ko bahawa undang2 negeri yang bercanggah dengan undang2 peringkat pusat akan terbatal dngan sendirinya?ni ada dalam perlembagaan..hudud di Kelantan tidak dapat dilaksanakan sbb perlembagaan tidak iktiraf..walaupun Dr.M memberi 'green light' tetapi, Dr.M xdapat ubah isi perlembagaan negara dengan hanya bercakap seorang diri..sebab itu dgn beraninya Dr.M bagi 'green light' walhal perlembagaan tak membenarkannya, parlimen perlu bersidang utk meminda perlembagaan utk membenarkan hudud dilaksanakan...takat cakap kat wartawan or dalam tv, perlembagaan tetap tidak berubah..

kalau takat cakap, aku pun bleh..aku cakap..OK! bleh laksana hudud, esok perlembagaan automatiknya terpinda membolehkan hudud tanpa melalui parlimen..wahh..negara ini ana yang punya la..hahaha..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NeoLogy' date='25 August 2010 - 09:27 AM' timestamp='1282699646' post='1045948']

Kajian mane?sape yang buat kajian?bleh bagi report/paper/result dari kajian tersebut?sekurang2nya sumber maklumat ko ini..
[/quote]
berdasarkan Akta Makkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 pindaan 1984

Orang bukan Islam boleh terlepas dari hudud kerana mereka mempunyai pilihan utk tidak dikenakan hudud,orang islam dikenakan hudud = org bukan islam dikenakan denda.

ini bukan tentang aku tentang hukum hudud,tapi apa yang aku ketengahkan tentang ketelusan PAS didalam mempraktikkan Hudud,kalau telus kenapa Mat Sabu boleh terlepas dari Hudud yang pada masa itu sedang panas hampir dilaksanakan diKelantan? itu sahaja.
kalau benar nak tegakkan hukum Allah dengan ikhlas dan jujur,Kelantan tak perlu tunggu hudud dilaksanakan tapi lakukan dengan membersihkan pusat2 penjualan arak dahulu(contoh)

Dulu Exco Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah YB Harun Taib dan rombongannya pulang daripada Arab Saudi, Iran dan Sudan atas misi untuk mendapat pandangan negara-negara tersebut bagaimana negeri Terengganu dapat menguatkuasakan Hudud dan Qisas.


sudah banyak rombongan pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Hadi Awang dihantar ke luar negara oleh kerajaan negeri atas nama mendapat pandangan dan mencari pelaburan yang sudah pasti menelan belanja yang besar. Sehingga kini rakyat belum melihat hasilnya.
Seperti biasa, rakyat terpaksa menganggap Harun Taib dan rombongannya hanya pergi makan angin di Arab Saudi, Iran dan Sudan.

tetapi setelah tiga bulan kembali dari Arab Saudi, Iran dan Sudan hingga sekarang tiada sebarang berita tentang hasil lawatan tersebut.

ketika PAS menguasai Terengganu mereka bersumpah melaksanakan Hudud jika mendapat kuasa Kini Hudud dan Qisas cuma tersurat pada kertas, sudah mendapat kelulusan DUN Terengganu dan telah pun diperkenankan oleh Al Sultan..cuma kuatkuasanya sahaja yang belum... inilah taktik Hadi Awang untuk terus berkuasa walaupun Islam jadi bahan mainan politik Pas.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...