Jump to content
Sign in to follow this  
K.A.

Rmk10

Recommended Posts

[center] [color="#ff0000"][u][b][size="5"]RMK10[/size][/b][/u][/color]

[/center]
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentang Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) di Dewan Rakyat mulai jam 11.40 pagi tadi.

RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal.
Tema pembentangan hari ini ialah[b] Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial[/b].

RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

[b]Intipati RMK10:[/b]
* RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.

* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.

* RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun. <

*Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

* Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.

* Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.



[b]* RMK10: 10 PREMIS UTAMA

[/b]Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.




[b]*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK [/b]

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.


* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.

* Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.

* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:
(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur

* Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

* Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.

* Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.

*Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau "Facilitation Fund" bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.

*Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.

*Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.

*Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.

*Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.

Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.

*Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.

*Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.

*Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.

*Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.

*Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.

*Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.

*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan

*Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.

*Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.

*Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.


[size="3"][b]*Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:[/b][/size]
Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.

Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.

Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.

Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.

Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

* Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

* Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.

* Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.

* Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.

Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.

* Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.

* Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar.

* Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga dipertingkatkandengan menambah bilangan guru berkualiti.

* Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.

* Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dengan sijil SPM akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru bagi program bahasa Cina bagi memenuhi keperluan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan.

* Pertimbangan yang sama kepada calon lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.

* Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun 2012 terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.

* Sekolah Amanah atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah kerajaan yang terpilih dan akan diberi autonomi.

* RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.

* Kerajaan akan memberi bantuan berdasarkan bil elektrik dan air sebenar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap daripada hampir 1,900 sekolah bantuan modal.<br id=""> <br id="">* Penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012.

* Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.

* Kerajaan sedang menimbang mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh Rancangan tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

* Komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju.

* RM500 juta akan disediakan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran untuk latihan sekurang-kurangnya 38,000 pekerja.

* Tabung pembiayaan bersama kerajaan dan majikan akan ditubuhkan untuk membiayai pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang berkaitan.

*Peruntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada pencapaian KPI dan universiti diberi autonomi secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.

* Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi universiti penyelidikan atau research university, dan 60 peratus bagi universiti awam lain.

* MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015.

* Pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara

* Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti penyelidikan selepas Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.
[i] Bernama[/i]

Share this post


Link to post
Share on other sites
ayark takde org nak komen ye...hehehe takpelah bagus KA sebab lampirkan secara detail berkaitanRMK10,bagi mereka yang terlepas bolehlah baca kat sini...
aku berdoa agar ianya berjalan dengan lancar bagi kebaikan semua pihak dan masyarakat...amin...

Share this post


Link to post
Share on other sites
belum di teliti lagi oleh semua pihak

kang da ade kajian dan ketelitian pasal perkara2 kat atas nie
sure ade pro dan kontra dia

maka berperang la media2 sane sini... :lol:

nak komen, sila2


===============================================

aku harap kerajaan bagi pertolongan/bantuan tuk sekolah2 pondok kat malaysia nie

sumbangan mereka besar sebenarnye
kerana kebanyakan mereka la yang mendidik masyarakat/orang ramai
dengan ceramah
dengan nasihat
dengan penulisan
dengan menjadi imam2, kadi2 dan sebagai nya


cemerlang dunia dan akhirat :wub:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][b][u][size="4"][color="#ff0000"]Anwar sangsi Najib mampu laksana RMK-10[/color][/size][/u][/b][/center]


KUALA KRAI, 11 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mempersoalkan sama ada pentadbiran Najib benar-benar boleh melaksanakan "idea-idea besar" yang diperkenalkan menerusi Rancangan Malaysian Ke-10 (RMK-10).

[b]Sambil berkata beliau akan membahaskan ucapan RMK-10 di Dewan Rakyat Isnin ini, Malaysia berhadapan dengan masalah serius dalam melaksanakan undang-undang.[/b]

Pada Isnin ini, saya sendiri akan bercakap mengenai Rancangan Malaysia Ke-10... Malaysia berhadapan dengan masalah yang serius (berhubung soal) pelaksanaan undang-undang. "Anda mungkin ada idea-idea yang besar tetapi sama ada anda boleh melaksanakannya, ia perkara lain," kata Anwar dalam ceramahnya dihadiri kira-kira 300 orang di sini malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan laporan RMK-10 di Dewan Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan disertai Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang juga Ahli Parlimen Machang dan wakil rakyat Kuala Krai Dr. Hatta Ramli, mendakwa masalah pembangunan Malaysia berhubung kait dengan elemen salah guna dana oleh "[b]kerajaan yang korup[/b]."

"Malaysia berada dalam masalah dan memerlukan pelan kontigensi bukan kerana kita muflis, tetapi kerana amalan-amalan korup Umno-BN di setiap peringkat urus tadir," katanya.

"Setiap projek yang diluluskan, setiap yang mendapat lampu hijau, komisen diberikan, pergi ke kroni, poket.

"Dan, ia adalah duit rakyat, ingat anda menyajikan kroni-kroni Umno yang tamak," kata penasihat PKR ini.

Pelan induk pembangunan lima tahun kerajaan pusat ini juga mendapat reaksi negatif daripada satu lagi komponen Pakatan Rakyat, DAP.

DAP mendakwa kandungan RMK-10 bertentangan dengan semangat Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan oleh Najib.

Dalam ceramah malam tadi, Anwar juga menyentuh isu beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung dakwaannya mengenai APCO Worldwide.

"Saya tidak tahu berapa lama saya akan menjadi Ahli Parlimen, untuk menceritakan anda kebenaran.

"Apa yang saya lakukan ialah menunjukkan bukti tentang APCO, sebuah firma khidmat runding yang dilantik oleh Malaysia, mempunyai hubungan langsung dengan Israel... pekerjanya merupakan bekas pegawai-pegawai kanan tentera, berkhidmat dengan pasukan keselamatan Israel," katanya.

[b]"Perjanjian dibuat antara APCO-Israel, Malaysia-APCO, saya telah bawa ke Parlimen.... malah saya juga ada bukti bahawa dua pegawai Israel dengan diam-diam bekerja di pasukan polis Malaysia," katanya.[/b]

[b]
[/b]

[spoiler][url="http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-sangsi-najib-mampu-laksana-rmk-10/"]http://www.themalays...laksana-rmk-10/[/url]
[/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='11 June 2010 - 03:18 PM' timestamp='1276240706' post='1036326']
[center][b][u][size="4"][color="#ff0000"]Anwar sangsi Najib mampu laksana RMK-10[/color][/size][/u][/b][/center]


KUALA KRAI, 11 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi [b]mempersoalkan sama ada pentadbiran Najib benar-benar boleh melaksanakan "idea-idea besar" yang diperkenalkan[/b] menerusi Rancangan Malaysian Ke-10 (RMK-10).


[/quote]
belum mula mcmana nak tau berhasil atau tidak apedaa,tapi setakat ni sejak Datuk Seri Najib ambil alih tampuk kepimpinan banyak perubahan berbanding zaman Pak Lah....dan kalau boleh komen2 tu mestilah dari pandangan kita sendiri,kalau main petik dari link2 semata,aku rasa kurang bagus untuk perbincangan....kita mesti bincang guna daya pemikiran kita sendiri,itu yang penting namun kalau kita tak ade ape nak komen cuma letak link semata tak berkembang nanti cara kita berbincang...

Share this post


Link to post
Share on other sites
* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

Kotornya politik ini, budak sekolah tadika pun ada akal nak kategorikan "miskin".. hakikatnya, Lebih 90% daripada populasi rakyat malaysia boleh dikelaskan miskin.

Tak perlu nak RM segini segitu = miskin..

Tipu je lebih...

Ramai orang gaji bawah RM700.. kaya ke tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='King ultimatezezs-SE' date='01 July 2010 - 04:13 AM' timestamp='1277928824' post='1039767']
* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

Kotornya politik ini, budak sekolah tadika pun ada akal nak kategorikan "miskin".. hakikatnya, Lebih 90% daripada populasi rakyat malaysia boleh dikelaskan miskin.

Tak perlu nak RM segini segitu = miskin..

Tipu je lebih...

Ramai orang gaji bawah RM700.. kaya ke tu?
[/quote]

bia betol ade lg bawah RM700, budak cashier 7E pon basic 750...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Boleh saja kalau aku nak tunjukkkan orang-orang yang bergaji bawah RM700 walupun bekerja 8 jam macam nak mati. Kesian mereka semua jadi mangsa politik.

Di negeri mana? Kubu paling kuat UMNO la huhuhu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kubu kuat UMNO tu memang ramai gaji RM700 tapi jgn lupa,gaji basic RM700,diaorang ade banyak elaun,kemudahan lain,tempat tinggal disediakan,so kalau tak tau jangan cakap,aku orang kubu kuat UMNO,aku tahu sangat,ramai org sengaja provoke kata gaji RM700 tapi tak bgtau yang RM700 tu basic tak termasuk elaun2 lain.
nak harapkan penasihat pembangkang yang sanggup melutut pada yahudi tu?hoh jangan harap...
hahaha...

[quote name='King ultimatezezs-SE' date='04 July 2010 - 07:05 AM' timestamp='1278198301' post='1040181']
Boleh saja kalau aku nak tunjukkkan orang-orang yang bergaji bawah RM700 walupun bekerja 8 jam macam nak mati. Kesian mereka semua jadi mangsa politik.

Di negeri mana? Kubu paling kuat UMNO la huhuhu.
[/quote]
at least mereka ada kerja,try pegi kat negeri kubu kuat PAS,ramai lari negeri lain sebab takde keja,lain kali ingat pepatah,gajah depan mata tak nampak,nyamuk seberang nampak... -_-

Share this post


Link to post
Share on other sites
Masalahnya perangkaan kadar kemiskinan tu TIDAK LOGIK sama sekali. Elaun imam pun lagi tinggi rasanya. Takkan la imam masjid nak dikelaskan sebagai golongan miskin?

Bukalah mata luas-luas jangan nampak gajah jer sampai tak nampak Ultraman, Godzilla ke hehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites
dah ditulis dah...
[quote]* Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

* Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.

[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Adalah lebih elok buat penguatkuasaan supaya tidak wujud gaji murah. Paling murah RM1500, walaupun kerja sebagai tukang kebun,.. naikkan levi pekerja asing, kurangkan kouta pengambilan pekerja asing. Majikan pula dipantau supaya dapat berikan gaji RM1500 paling kurang kepada pekerja dan tidak sewenang-wenang menetapkankadar gaji pekerja.

Kalau lah..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='King ultimatezezs-SE' date='09 July 2010 - 12:32 AM' timestamp='1278606777' post='1040999']
Adalah lebih elok buat penguatkuasaan supaya tidak wujud gaji murah. Paling murah RM1500, walaupun kerja sebagai tukang kebun,.. naikkan levi pekerja asing, kurangkan kouta pengambilan pekerja asing. Majikan pula dipantau supaya dapat berikan gaji RM1500 paling kurang kepada pekerja dan tidak sewenang-wenang menetapkan kadar gaji pekerja.

Kalau lah..
[/quote]
kalau nak tetapkan gaji tu bukan mudah,sebab kena berurusan dengan majikan,masalahnya majikan ni kalau boleh dia nak gaji pekerja lebih rendah,sebab tu diaorg amik pekerja asing.sekarang pun masih dalam perbincangan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Couchpotato' date='02 July 2010 - 12:41 AM' timestamp='1278002513' post='1039916']
bia betol ade lg bawah RM700, budak cashier 7E pon basic 750...
[/quote]

kenapa tak cayer ker... nih dia org sendiri buat kajian...

[quote][b][size="6"]442,000 pekerja bawah kemiskinan[/size][/b]

Oleh HASHNAN ABDULLAH
[email protected]

PUTRAJAYA 5 Ogos - Kementerian Sumber Manusia (KSM) mendedahkan kira-kira 442,000 orang atau 34 peratus daripada 1.3 juta pekerja tempatan memperoleh pendapatan bulanan di bawah garis kemiskinan negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, ia berasaskan kajian oleh Perolehan Pekerjaan Nasional KSM tahun lalu menunjukkan mereka meraih gaji bulanan bawah RM700 sebulan berbanding garis kemiskinan negara iaitu RM720 sebulan.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sektor pekerjaan yang terlibat.

''Kajian itu menekankan tentang soal pentingnya tahap gaji itu dinaikkan terutama selepas KSM mendapati bahawa sukar untuk menyerahkan soal gaji pekerja kepada kuasa pasaran semata-mata.

''Pada masa sama kajian Bank Dunia mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6 peratus setiap tahun sejak 10 tahun lepas berbanding peningkatan kos hidup dalam tempoh itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Garis kemiskinan dalam negara ketika ini ditetapkan pada tahap pendapatan bawah RM720 sebulan.

Subramaniam memberitahu, kebanjiran pekerja asing adalah antara beberapa sebab mengapa gaji pekerja tempatan tidak meningkat dengan ketara sejak 10 tahun lalu.

''Kerja-kerja yang memerlukan kemahiran tinggi pasti menuntut gaji yang tinggi namun dalam banyak keadaan, para majikan tidak membayar gaji berdasarkan kemahiran sebaliknya bergantung kepada pekerja asing yang tidak berkemahiran," katanya.

Menurutnya, kerajaan pada dasarnya bersetuju supaya gaji pekerja tersebut harus dinaikkan selaras dengan kos hidup semasa.

''Sehubungan itu saya akan membentangkan cadangan KSM berhubung gaji minimum nasional kepada Kabinet hujung Oktober ini.

''Jika kerajaan bersetuju terhadap cadangan gaji minimum itu, satu peruntukan rang undang-undang yang baru akan diperkenalkan bagi meliputi semua aspek liputan, pihak berkuasa, badan penasihat, pelaksanaan dan lain-lain lagi.

''Satu Majlis Nasional berhubung gaji minimum juga akan dibentuk bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum berjalan lancar," katanya.

Sementara itu ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KSM 2009 di sini hari ini, beliau memberitahu, sistem kurikulum latihan kemahiran yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta akan diseragamkan sebelum hujung tahun depan.

''Usaha itu perlu bagi memudahkan kerajaan membangunkan modul pembelajaran dan tenaga pengajarnya supaya selaras dengan kehendak semasa," katanya.[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...