Jump to content
Sign in to follow this  
game-game

Keputusan Istikharah Bleh Berubah Ke Dengan Doa?

Recommended Posts

Istikharah tu untuk mencari petunjuk dari Dia kan..

so, katala mamat A minat sorang awek B yang ade bf, which is mamat C. Mamat A n awek B ade feeling.. pastu Awek B rase menyesal, pastu die Istikharah n resultnye die tinggalkan A untuk balik semula kat C, sebab die lebih kearah C. Then B ni dah lost contact ngan A, and A pon dh takbleh buat ape.

Persoalan aku, result tu means jodoh die ke?
bleh ke mamat A just forget it and leave B ni (means putus asa) OR bleh ke A ni tukar takdir dengan doa/solat hajat untuk dijodohkan dengan awek B ni? If let say mamat A ni pon istikharah gak, result nye mungkin negativ/positif.


aku terbaca dalam post ustz zaharudin, kalo ade jodoh maksdnye, A mimpi B, B mimpi C.. mcm tulah..
http://pembangunaninsan.wordpress.com/2009/01/14/istikharah-dari-pandangan-uzar/

pendek kata, bleh ke kite ubah result Istikharah tu ngan doa/solat hajat sbb Istkhirah tu bukan ke maksdnye Allah dah tentukan(B dah pilih C)..

btw, ni contoh je.. takde kene mengene ngan hidup/mati. :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
bende ni soal tauhid. qada qadar. aku tak berani nak komen.

tapi aku berani cakap dah jodoh tu bila dah setel upacara akad nikah dan dah sah jadi suami isteri. tu baru la dah jodoh.

penah dengar cerita pemain bola kedah lagi 2 jam nak nikah sms tunang dier suruh kensel? orang ramai dah datang sume.
pastu dier blah je.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size="4"][color="#ff0000"][b][u]Fitnah Petunjuk Istikharah[/u][/b][/color][/size]

[quote][size="3"][i]"Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?"[/i][/size]
[/quote]
Sepucuk emel dihantar kepada saya.

Beristighfar dan mengurut dada.

Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.

Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi 'memaksa' Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang 'pilihan Allah' itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama 'petunjuk Allah', tercetus permusuhan sesama anak Adam.

Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan 'petunjuk' penuh mudarat dan zalim itu?



[b]MEMBELAKANGKAN ILMU[/b]

Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama'?

Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.

Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab [i]Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen[/i]:

"Ada sesetengah orang berpendapat, "sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu" Justeru ada sesetengah orang berwudhu' dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas"

Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.

Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara'. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.

Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam:

[img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2010/05/istikharah01.gif[/img][i]"Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu 'anhuma, beliau berkata:[/i]

[i]Daripada Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam Baginda bersabda:[/i]

[i]Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah). [/i]

[i]Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.[/i]

[b]ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH[/b]

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

[img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2010/05/istikharah02.gif[/img]

"Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya"

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

[img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2010/05/0562.jpg[/img]

Berhentilah mencari mimpi.

Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.

[img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2010/05/7_30.gif[/img]

[i]"Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah" [/i][Al-Aa'raaf 7: 30]

[b]KESIMPULAN[/b]

[list=1][*]Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.[*]Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.[*]Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.[*]Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.[*]Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma'thur daripada Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.[*]Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.[*]Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.[*]Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.[*]Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.[*]Jauhi Bid'ah dan Syirik.[*]Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.[*]Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.[*]Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara' dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.[*]Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.[*]Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan [i]hearsay[/i] adalah pintu kebinasaan dalam beragama.[/list][spoiler][url="http://saifulislam.com/"]http://saifulislam.com/[/url][/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
copy n paste je tu...

website dia tgk kat spoiler...
bace dan paham kan
harap artikel tu membantu

Share this post


Link to post
Share on other sites
so bro anwar, Aku dah faham sket2..

Dalam kes ni, adakah jodoh C tu untuk B? Istikharah tu just untuk penetapan keputusan je kan? bukannye jodoh yang ditentukan? betul tak?

means A tu masih ade chance la kan slagi tak B tu tak kawin lagi? Dengan doa/solat hajat/ etc..

Share this post


Link to post
Share on other sites
tak reti nak komen lebih2 sbb tak kenal A, B, C, sukat nak tafsirkan B sesuai/serasi dgn siapa, atau utk kenali C ni sebenarnya suka siapa.

cuma dr sudut pandangan kebiasaan umum,
A blh terus berdoa, solat hajat, tp bukan doa mintak Allah jodohkan dia dgn B, mintak B n C berpisah, tidak dijodohkan, atau yg seumpamanya.
A perlu berdoa minta pada Allah, andai B itu jodohnya, moga Allah berikan jalan, moga B & C dijauhkan dari kekecewaan, semoga Allah permudahkan urusan, A perlu berdoa pada Allah andai B itu bukan jodohnya, jauhkanlah B darinya, hindarkan dirinya dari kekecewaan, temukanlah dirinya dgn jodohnya yg baik, permudahkanlah jalan ke arahnya.

kalau boleh elakkan la berdoa minta Allah beri kita sesuatu yg kita nak, sbb kita taktau apa kita nak tu baik utk kita atau tidak.
tapi mintalah Allah tunaikan keperluan kita, berikan yg terbaik utk kita, dan permudahkan segala urusan kita.

lagipun kita tak layak utk paksa Allah beri apa kita nak, so berdoalah agar dipermudahkan urusan/jalan andai apa kita nak tu terbaik buat kita, andai tidak, mintalah Allah jauhkan kita dari kekecewaan. InsyaAllah... selebihnya hanya soal nafsu dan hati kita yg sering diganggu syaitan.

kadang2 kita minta pada Allah setangkai bunga segar, tapi Allah berikan kita kaktus yang berduri...
kita minta dari Allah kupu-kupu cantik, tapi Allah beirkan kita ulat bulu...
tapi, tidak lama kemudian, kaktus berduri itu berbunga yg indah sekali bunganya...
ulat bulu yg beracun itu menjadi kupu-kupu yang anat cantik...

Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi.

soal istiharah, cukup lengkap dah penerangan di atas tu. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='game-game' date='21 May 2010 - 01:01 PM' timestamp='1274418105' post='1032218']
Istikharah tu untuk mencari petunjuk dari Dia kan..

so, katala mamat A minat sorang awek B yang ade bf, which is mamat C. Mamat A n awek B ade feeling.. pastu Awek B rase menyesal, pastu die Istikharah n resultnye die tinggalkan A untuk balik semula kat C, sebab die lebih kearah C. Then B ni dah lost contact ngan A, and A pon dh takbleh buat ape.

Persoalan aku, result tu means jodoh die ke?
bleh ke mamat A just forget it and leave B ni (means putus asa) OR bleh ke A ni tukar takdir dengan doa/solat hajat untuk dijodohkan dengan awek B ni? If let say mamat A ni pon istikharah gak, result nye mungkin negativ/positif.


aku terbaca dalam post ustz zaharudin, kalo ade jodoh maksdnye, A mimpi B, B mimpi C.. mcm tulah..
http://pembangunaninsan.wordpress.com/2009/01/14/istikharah-dari-pandangan-uzar/

pendek kata, bleh ke kite ubah result Istikharah tu ngan doa/solat hajat sbb Istkhirah tu bukan ke maksdnye Allah dah tentukan(B dah pilih C)..

btw, ni contoh je.. takde kene mengene ngan hidup/mati. :P
[/quote]
balik kepada maksud asal perkataan istikharah.

dalam bahasa arab, perkataan bermula alif+sin+ta seperti istikharah, istighfar, istinjak, istima3, istimta3, membawa maksud meminta++. dalam kes istikharah ini, meminta dipilih, meminta petunjuk pilihan atau jawapan yang sesuai. meminta pilihan terbaik.

mintak kat sapa? Allah lah, ofkoz....sehari 17 kali kita ulang fatihah dalam solat "hanya kepadaMU kami menyembah dan kepadaMU kami memohon"

apa kita nak mintak?
mintak aja apa-apa pun, Allah akan bagi. nak mintak ferari, boleh. nak mintak duit, boleh. -kekasih- aku tanya, nak mintak baby pompuan? boleh. nak mintak baby kembar? boleh je...mintak lah apa pun.

itu kalau memang kita nak mintak...nanti aku sebut camne nak mintak kat Allah, panduan dari Syeikh Ali Jumaah Mufti Mesir secara live kepada aku dan kengkawan dalam majlis dia.

sekarang nih, persoalannya, mintak Allah pilih yang terbaik. istikharah. bukan doa secara umum.

maksudnya ada dua atau berbilang pilihan, mana satu nak pilih nih? yang mana terbaik? istikharah nak pilih. mintak, mintak je salah satu secara jelas pun, xde masalah.

so, dalam situasi istikharah, letakkan semua persoalan kepada Allah, neutralkan hati, jiwa dan segala yang berkaitan, jangan rasa condong ke arah salah satu pilihan pun, doa dan kalau boleh wat solat istikharah sekali lepastu doa, mintak Allah tunjukkan mana satu pilihan terbaik. lepas berdoa pun, neutralkan diri lagi, sampailah datang rasa yakin salah satu itu adalah pilihan terbaik. istikharah tak semestinya dapat mimpi.

keputusan istikharah, jika memang benar dari Allah, maka doa kita buat camna pun tak mengubah keputusan istikharah.

kadang kala atau selalu berlaku, kita tak neutralkan hati semasa istikharah, kemudian mendakwa inilah keputusan yang Allah ilhamkan. itu keputusan berdasarkan nafsu bukan istikharah.


doa, boleh mengubah takdir yang mu3allaq (qadha' mu3allaq) yakni takdir yang boleh berubah-ubah, yang Allah tak tetapkan secara tetap. apa yang terkandung dalam qadha' mu3allaq ni dan qadha' mubram (yang tetap takleh diubah) ulamak berbeza pendapat. ada yang kata umur adalah qadha' boleh berubah kerana ada hadis kata dengan menyambung silaturrahim maka umur akan bertambah. (kan berubah tu umur jadi semakin panjang). itu perbincangan ulamak, kita tak perlu masuk sana.

yang penting sekarang ini, Allah suruh mintak apa sahaja kat Allah. mintak lah...nak dapat jodoh dengan B kah, dengan F kah...terpulang.

tetapi, adab berdoa seperti yang diajar Mufti Mesir sekarang, mintaklah yang tertinggi, yang terbaik, jangan minta yang sikit dan tak begitu memberi faedah.

contoh yang Syeikh Ali Jumaah bagi, jangan mintak sebijik kereta berjenama sekian-sekian atau duit sebanyak 5874.00 sahaja (nilai yang disebut tu tak ingat, saya letak ni contoh sahaja) atau epal sebijik. mintaklah kesenangan di dunia, mintaklah rezki yang melimpah ruah, mintaklah makanan dan rezki yang halal lagi menyihatkan dan berkat. mana tahu, jika kita mintak Allah bagi sebijik kereta ferari contohnya, tetapi Allah nak bagi 10 bijik lamborghini siap roadtax minyak semua, mana lagi untung? sebijik ferari ka 10 lambo?

kita mintak epal sebijik tapi Allah nak bagi nasik dagang 5 hari berturut 3 kali sehari makan, kan rugi kalau dapat cuma sebijik epal seperti yang kita mintak tu?

so mintak lah apa pun...

tapi, doalah seperti bro sawi sebutkan, very good...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='game-game' date='22 May 2010 - 10:29 AM' timestamp='1274495389' post='1032410']
so bro anwar, Aku dah faham sket2..

Dalam kes ni, adakah jodoh C tu untuk B? Istikharah tu just untuk penetapan keputusan je kan? bukannye jodoh yang ditentukan? betul tak?

means A tu masih ade chance la kan slagi tak B tu tak kawin lagi? Dengan doa/solat hajat/ etc..
[/quote]
jodoh C untuk B atau A atau F tak diketahui. ada yang dah kahwin tetapi jodoh tiada, bercerai berai.

sekarang, istikharah mintak Allah pilih jodoh yang terbaik. yang mana ada jodoh itulah yang Allah tunjukkan pilihan.

persoalan dia tunang orang, boleh tak mengganggu? saya kurang pasti hukum secara tepat.

tetapi yang pastinya ada hadis yang melarang meminang orang yang telah dipinang. larangan menunjukkan haram atau makruh tak pasti, kena rujuk ulamak. seeloknya bagi aku, tinggalkanlah jika dia tunang orang (sedihnye aku... :( ) moga-moga kamu (dan saya dan semua) ada jodoh yang lebih baik dari dia.

tetapi, pertunangan tak bermakna wajib bernikah. tak. jika dia jga mahukan kamu, silalah berterus terang, putuskan pertunangan dan kahwinlah kamu dengan dia.

pertunangan adalah ikatan janji. seumpama janji mahu membeli sesuatu barang. boleh dibatalkan perjanjian bila-bila masa. bahkan perkahwinan adalah perkara besar, yang lebih perlu diteliti berbanding jual beli, maka dibolehkan memutuskan ikatan janji itu untuk kebaikan hari depan kedua-dua pihak. sekalipun esok dah nak nikah, harini masih bertunang, boleh putuskan.

tetapi memutuskan pertunangan saja-saja, menzalimi, xde tujuan yang perlu, maka hukum memutuskan pertunangan adalah Haram atau makruh.

Allahu a'lam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
thank you very much kalian.. korang punyer feedback mmg best, nnti aku bg lagi soklan kalo ade yang terlintas kat kepala aku..

thanks again.. hehehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...