Jump to content
TonikCapGajah2013

Syariat, Torikat, Hakikat & Makrifat

Recommended Posts

Salam.
Tajuk yang pakcik nak ketengahkan kali ini ialah berkenaan dengan
Syariat, Torikat, Hakikat & Makrifat. Sejauh mana perkara2 ini
perlu diketahui dan diamalkan dalam kehidupan kita seharian.
Adakah semua itu terkandung dalam ajaran Islam atau direka oleh
golongan tertentu pada zaman dahulu.

Tok2 guru yang mengajar agama di pondok2 atau di madrasah ada menyebutkan,
seseorang yang mengaku dia beragama Islam WAJIB mengetahui ke-empat2 perkara di atas
pada batas2 tertentu dan beramal dengannya supaya menjadi insan kamil, amal yang diterima
Allah dan doa yang dimakbulkan. Dengan kata lain jika seseorang Islam itu
hanya mengetahui Syariat sahaja dan beramal dengannya, dan ia tidak mengetahui akan torikat,
hakikat dan makrifat, maka segala amalnya akan tertolak.

Contoh:
Adakah anda kenal dengan buah ini.
[URL=http://www.komputermalaysia.com/pc/uploader/files/1/durian.jpg]
[IMG]http://www.komputermalaysia.com/pc/uploader/files/1/durian_thumb.jpg[/IMG]
[/URL]

Nama buah = Durian model D24
Cara nak makan = kena belah ikut urat dikulit, guna parang.
Cara makan = makan isi sahaja, biji boleh buang. jangan sesekali makan kulit.
Rasa buah = anda makan, anda yang tahu. susah nak terangkan rasa durian.

Anda boleh terangkan satu persatu dengan lebih jelas lagi kerana anda
telah 'Makrifat' dengan buah durian.

******************************

Adakah anda kenal dengan buah ini?

[URL=http://www.komputermalaysia.com/pc/uploader/files/1/buahhakikat%281%29.jpg]
[IMG]http://www.komputermalaysia.com/pc/uploader/files/1/buahhakikat%281%29_thumb.jpg[/IMG]
[/URL]

Nama buah = ?
Cara nak makan = ?
Cara makan = ?
Rasa buah = ?

Anda tentu sekali tak boleh nak terangkan semua tu kerana anda belum 'Makrifat'
dengan buah itu. anda jangan cuba makan kerana buah itu beracun!

Di sinilah pentingnya kita Makrifat dengan sesuatu perkara.
Dan Makrifat yang paling utama dan terpenting ialah Makrifatullah.

Sila bincangkan. Terima kasih

wassalam. Edited by OngBok

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ini cuma pemahaman saya dalam perkara Makrifatullah. Sekiranya ada kesilapan, minta tunjuk ajar. Macam yg saudara TS nyatakan, Makrifat ini membawa maksud sejauh mana kenalnya kita terhadap sesuatu perkara. Jadi, secara terperincinya Makrifatullah membawa maksud Mengenal Allah SWT. Ada pepatah mengatakan "Usulludin Makrifatullah" yang membawa maksud Awal-awal Ugama mengenal Allah. Jadi, secara umumnya mula-mula untuk mengenal agama Islam itu adalah dengan mengenal Tuhan yang menurunkan agama itu iaitu ALLAH SWT. Tambahan, kita juga pernah dengar pepatah melayu "Tidak kenal maka tidak cinta". Jadi, jika kita benar-benar kenal akan Allah, maka akan cintalah kita terhadap-Nya, seterusnya mencintai agama Islam yang diturunkan oleh-Nya. Persoalannya disini, bagaimanakah caranya untuk mengenal Allah? Mula-mula sekali, kita perlulah benar-benar mengenali diri kita sendiri contohnya asal-usul ciptaan, apakah unsur yang terlibat dalam penciptaan diri kita, seterusnya tentulah siapa penciptanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ikut apa aku paham

syariat : benda yang kita buat mengikut rukun islam (sembahyang,puasa,dll.)
tarikat/tarekat/torikat : salah satu jalan menuju hakikat, selalunya ada macam group2 dia sendiri.. setiap group ni pulak lain2 cara dia(takde la beza sangat)
hakikat : ni kira da level atas da ni kefahaman kita dalam agama dan kita dapat nikmat bila mengerjakan.
makrifat : macam luqolas bagitau , mengenal Allah dengan mengenal makhluk2 ciptaannya serta dapat membezakan makhluk dengan tuhan

Banyak kitab2 pasal makrifatullah ni kena ban(?) @ susah nak cari da sekarang ni , kalau ada pun terjemahan dari orang lain.

Mungkin ada salah kat atas tu , minta maaf awal2. huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
Allah Taala cipta makhluk bernama manusia dan tinggal di bumi
dengan hikmah supaya manusia mengabdikan diri kepada Allah
dan mengenalNya dengan sebenar2 kenal.

Dengan itu Allah menurunkan Syariat iaitu hukum hakam yang wajib
dilaksanakan dan yang wajib ditinggalkan berupa amalan gerak tubuh
badan dan yang berkaitan dengannya. (Syariat adalah tubuh/badan kepada kita)

Untuk mengenal Allah seseorang itu wajib;
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
2. Mendirikan sembahyang
3. Berpuasa, berzakat dan menunaikan Haji.
---
4. Beriman dengan semua yang disebut dalam rukun iman yang 6
---
5. Tidak melakukan perkara2 yang diharamkan

Semua itu adalah syariat.

Jika seseorang itu sudah mengucap 2 kalimah syahadah dan mendirikan sembahyang 5 waktu
dengan rajinnya hanya dengan ikut orang lain buat tanpa mengetahui cara melakukan dengan
betul san sempurna maka orang itu tidak akan sampai kepada Allah (tidak makrifat)

Jalan untuk mengetahui dan beramal dengan ilmu yang hak tentang sesuatu perkara dinamakan TAREKAT.
(Tarekat adalah hati kepada kita). Dengan kata lain Tarekat adalah jalan atau method untuk
melakukan sesuatu ibadat Syariat dengan betul dan sempurna.
(Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat-al-hadis)

Setiap sesuatu syariat ada tarikatnya. Sebagai contoh;
Dua Kalimah Syahadah.
Umum mengetahui jika seseorang itu ingin memeluk Islam, ia wajib
mengucap dua kalimah syahadah dengan cara yang telah ditetapkan.
perkara ini tidak terhenti disitu sahaja. [b]Ada perkara tambahan yang
perlu dilakukan secara berterusan[/b] supaya bertepatan dengan "janganlah kamu
mati melainkan dalam Islam - al-Quran"

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' date='04 May 2010 - 02:15 PM' timestamp='1272953730' post='1028860']
Ikut apa aku paham

syariat : benda yang kita buat mengikut rukun islam (sembahyang,puasa,dll.)
tarikat/tarekat/torikat : salah satu jalan menuju hakikat, selalunya ada macam group2 dia sendiri.. setiap group ni pulak lain2 cara dia(takde la beza sangat)
hakikat : ni kira da level atas da ni kefahaman kita dalam agama dan kita dapat nikmat bila mengerjakan.
makrifat : macam luqolas bagitau , mengenal Allah dengan mengenal makhluk2 ciptaannya serta dapat membezakan makhluk dengan tuhan

[b][size="3"]Banyak kitab2 pasal makrifatullah ni kena ban[/size][/b](?) @ susah nak cari da sekarang ni , kalau ada pun terjemahan dari orang lain.

Mungkin ada salah kat atas tu , minta maaf awal2. huhu
[/quote]

mesti ade sebab kene ban?

contoh buku?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Antara kitab dan ajaran yang diharamkan ialah
Hakikat Insan Ahmad Laksamana Kelantan.
(masih dalam simpanan pakcik)

siapa yang mengharamkan?
Mesyuarat Jemaah Ulama, Majlis Agama Islam Kelantan
Warta pada 3 Julai, 1986

kenapa diharamkan?
1. ajaran diri batin kita adalah Tuhan.
2. Tanpa Muhammad Wajib (tentu) Tuhan tiada
3. dll

Belajar ajaran ini tidak akan menyampaikan kita kepada Allah, malah menyesatkan.
Hati2 dalam memilih guru dan ajarannya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku sangat suke kalo fardu ain + fardu kifayah tu diterapkan dalam semua muslim malaysia ni


tapi tu la
sukatan pembelajaran setakat asas fardu ain je
asas lebur
abes la

tu la ade orang cakap
buat pa sibuk2 hal palestine, selatan thai (n so on)
jage negara sendiri sudah

sedih kan ayat2 macam ni

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='04 May 2010 - 04:32 PM' timestamp='1272961946' post='1028903']
1. ajaran diri batin kita adalah Tuhan.
[/quote]

Batin = Roh, ditiupkan Tuhan kedalam jasad yang telah diciptakannya = Roh itu daripada Tuhan?
Pokok pangkal, Allah MENCIPTA kita. Dari sekecil-kecil sel sehinggalah sebesar-besar anggota tubuh, baik jasmani mahupun rohani.

Kalau salah harap ditegur. Besar betul ilmu Allah ni, bahaya pun ada. Boleh memesongkan akidah kalau tidak kaji betul-betul.

Semoga Allah melindungi kita dari bisikan syaitan dalam mempelajari ilmu Ketuhanan ini.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Diri batin kita adalah ROH dan roh ini adalah ciptaan Tuhan.
Dengan sendirinya tertolak siapa yang mengatakan
"diri batin yakni roh adalah Tuhan."

walau apa yang dimaksudkan atau yang tersirat,
ungkapan sedemikian adalah mengelirukan dan boleh menyesatkan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='04 May 2010 - 04:03 PM' timestamp='1272960188' post='1028899']
mesti ade sebab kene ban?

contoh buku?
[/quote]

Antara sebab popular : hal2 makrifatullah ni dikatakan orang2 biasa tak payah la belajar, pasal takut nanti sesat atau tak cukup ilmu, katanya la . Pasal kena banned tu , nak kata kena ban tak sure 100% mungkin dah tak diterbitkan kot pasal tiada pasaran kecuali la sekolah2 pondok ..

antara tajuk buku pasal makrifatullah ni nama dia matan as sanusiyyah(lebih kurang nama dia camni) , yang dijual kat malaysia ni selalunya di edit dan di translate oleh orang malaysia bersumberkan dari buku indonesia atau pakistan. Ada member aku beli , aku sempat baca sikit2.

Cadangan untuk ongbok , mungkin boleh buat 2 thread satu thread yang ada info/isi yang nak dikongsi lepas tu satu lagi thread untuk perbincangan/soal jawab.

Share this post


Link to post
Share on other sites
setahu pakcik matan as sanusiyyah (ummul barahim) tidak diharamkan
kerana isi kandungannya tidak bercanggah dengan akidah islam
dan sekarang nie pun tok2 guru duk guna matan nie untuk ngajo
di surau masjid di kebanyakan negeri.

kitab ini menerangkan dengan jelas bagaimana kita nak faham
dua kalimah syahadah dengan betul. dia ajar sifat 20 dan sifat rasul.
dan patut sangat kita belajar aqidah guna kitab ini Edited by OngBok

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam,
Alhamdulillah, satu topik yang amat baik untuk dibincangkan.

Dengan limpah kurnia dan kasih sayang NYA, maka kita hidup didunia yang indah ciptaan yang Esa.
Dan dengan anugerah Nya kepada Rasullulah s.a.w. maka kita dapat menikmati, menganuti Agama yang di Redai di Dunia dan Akhirat.

Kita selalu mendengar guru2, Tok sheikh dan ulamak menyebut akan 4 tunjang dalam Islam iaitu Syariat, Tariqad, Hakikat dan Makrifat.
Ke empat empat ini adalah sebagai tungku atau sokongan kepada Islam itu sendiri, jika kurang salah satu tiada, maka kuranglah sokongan kepada keislaman kita itu.
Dan ada guru yang menyatakan bahawa setiap saat dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam, mesti berjalan serentak keempat empat tadi, jika tidak, akan ada kekosongan dan kekurangan dalam amalan kita. (Harap merujuk kepada Mursyid)

Jadi sebenarnya 4 tunjang tersebut adalah terangkum didalam 11 Kerukunan ( 11 Rukun) yang wajib kita ikut, faham dan amalkan disepanjang kehidupan kita agar ROH ISLAM sentiasa hidup.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam,

[i]Sambungan....[/i]

Apakah dia 11 Rukun itu?
11 Rukun itu ialah 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman.

Apa pula Rukun Islam dan Rukun Iman itu?
Rukun Islam itu ialah Rukun Zahir dan Rukun Iman itu pula ialah Rukun Batin
dengan itu ada 5 Rukun Zahir Dan 6 Rukun Batin.

Ada Tok tok guru mengatakan yang Rukun Islam adalah Rukun bagi kehidupan kita yang zahir dan Rukun Iman adalah berkaitan dengan Diri kita yang Batin.

Disinilah pembelajaran [b]Tariqat[/b] bermula agar kita faham akan [b]Hakikat[/b] sebanar amalan[b]Syariat[/b] yang kita amalkan supaya dapat mencapai [b]Makrifat[/b].

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ya betul tu Tuan TJ.
Sedikit penerangan tentang Makrifat.
Yang dikehendaki dengan maksud Makrifat di sini ialah
Kenal dengan sebenar2 kenal - kenal yang haq.

Makrifat terbahagi kepada 4;
Makrifat Af'al
Makrifat Sifat
Makrifat Asma
Makrifat Zat

Makrifat Af'al ialah mengenal segala perbuatan makhluk adalah terbit dari perbuatan Allah.
Perbuatan yang yang baik dibangsakan kepada perbuatan Allah
manakala perbuatan yang buruk dibangsakan kepada makhluk itu sendiri.
Jika sekiranya Allah tidak mengizin berlakunya sesuatu perkara maka
tidak akan berganjak sedikitpun makhluk dari melakukan sesuatu perbuatan.

Semuanya atas kehendak Allah jua.

Walaupun maqam makrifat af'al paling rendah, tetapi amatlah sukar
untuk mengamalkannya. Sebagai contoh;

Kita terlalu sukar untuk memaafkan seseorang atas kesalahan yang mereka lakukan
terhadap kita, padahal kita mengetahui semuanya datang dari Allah.
Jika sekiranya kita benar2 makrifat af'al, sudah tentu kita boleh memaafkan
mereka dengan mudah. Kenapa rasul2, nabi2 dan para wali boleh memaafkan
mereka yang bersalah, kerana mereka semua telah makrifatullah dengan makrifat af'al

Bagaimana cara atau kaedah untuk mencapai maqam ini?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='21 May 2010 - 02:10 AM' timestamp='1274379032' post='1032131']
Solat Syariat & Hakikat
[/quote]

penjelasan lanjut??

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='21 May 2010 - 02:10 AM' timestamp='1274379032' post='1032131']
Solat Syariat & Hakikat dalam bahasa yang mudah difahami;
solat zahir & solat batin.
[/quote]

Solat batin tu bukan solat yang 5 waktu tu kan. Solat batin niatnya adalah teguhkan iman dan takwa dalam hati, cuba mengenal Allah S.W.T setiap masa. Nak buat sesuatu mesti ingat Allah SWT dulu, perasaan sentiasa takutkan Allah SWT setiap masa, walaupun tengah tidur, hati sentiasa ingat Allah S.W.T.

Betul ke..

Share this post


Link to post
Share on other sites
solat batin nie termasuk jugak dalam solat 5 waktu dan mengaplikasikannya setiap masa samada dalam solat atau pun di luar solat. dengan kata lain solat yang berkekalan.

Setiap ibadat ada zahir dan batinnya. zahir perbuatan jawareh (anggota tubuh badan) manakala batinnya adalah pekerjaan jiwa, hati dan roh. Contoh dalam solat, zahirnya adalah rukun fi'li iaitu perbuatan anggota tubuh seperti berdiri, ruku' sujud, rukun qauli (bacaan dengan lidah) seperti takbir, fatihah, selawat, tasyahud akhir dan salam.

Manakala batinnya ialah rukun qalbi iaitu niat menyahajakan mengerjakan solat. Lebih dari itu syarat sah batin solat ialah tafahum, iaitu faham akan makna dan maksud setiap rukun qauli dan fi'li. Dengan kata lain kita kena faham apa yang kita buat, apa yang kita baca. Lebih dari itu kita kena tahu hakikat setiap perbuatan dalam solat yang kita lakukan.

Semuanya itu untuk menghasilkan roh solat yang putih bersih yang naik ke langit dan disambut oleh para malaikat dan didoa oleh para malaikat supaya solat itu diterima Allah. Solat yang demikian dapat mencegah kita dari fahsyar dan mungkar, dan solat yang demikian juga terjauh dari laknat Allah seperti dalam firman Allah yang bermaksud " Celakalah bagi orang yang solat, lalai di dalam solatnya"


Kesimpulan, jika kita nak mendirikan solat, kita kena dirikan kedua-duanya sekali iaitu zahir dan batinnya. Wallaahu a'lam.

Kalau ada yang ingin keterangan lanjut, sila respon. Terima kasih.
ok. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...