Jump to content

benchoz

Members
  • Content Count

    189
  • Joined

  • Last visited

Community Reputation

8 Normal

About benchoz

  • Rank
    Ahli
  • Birthday January 11

Profile Information

  • Gender
    Male
  • Location
    Bestari Jaya...

Contact Methods

  1. Assalamualaikum, Pertama sekali cara ini telah diuji oleh saya pada 15 buah PC dan 10 buah laptop. Semua masih ok sampai sekarang. Tapi sila maklum bahawa tutorial ini adalah atas risiko sendiri. Segala kerosakan pada PC atau Laptop anda bukan tanggungan saya. Silakn bertanya untuk sebarang masalah. Credit to GOOGLE.com. Barang-barang yang diperlukan ([b]wajib[/b]) :- 1. Pendrive 4GB atau lebih 2. Windows Vista atau Windows 7 installation CD. 3. Operating system anda sekarang adalah Windows Vista atau Windows 7 (windows XP tak boleh) 4. Sila download dan install MAGIC ISO (boleh download di sini [url="http://www.magiciso.com/download.htm"]Di sini[/url] selepas itu install Magic Disk untuk memudahkan anda. 3. Mata dan pemahaman yang cukup jelas dan baik untuk mengikuti tutorial ini langkah demi langkah. 4. Keberanian dan minat untuk mencuba. Saya menggunakan contoh Windows Vista dan operating system saya adalah Windows 7. Langkah 1 : 1. Buat satu folder kosong dan namakan folder tersebut WV. 2. Masukkan CD Windows Vista atau Windows 7 ke dalam DVD drive anda, kemudian buka Magic Iso dan buat satu iso menggunakan Magic Iso. ( magic iso, kemudian plih tools -> make iso from CD/DVD-ROM ) 3. Ikut arahan di dalam Magic Iso dan savekan image file (iso) tersebut dalam WV. 4. Cucuk Pendrive anda ke dalam usb port dan sila pastikan pendrive tersebut tidak mempunyai apa-apa file Langkah 2 : 1. Buka CMD ( ikon START -> cmd -> dan tekan ctrl+shift+enter ) dan dipaparan cmd anda akan bertulis begini ( C:\windows\system32> ) 2. Taip [b]DISKPART[/b] 3. Kemudian taip [b]LIST DISK[/b] 4. Dan pada [b]LIST DISK[/b] saya menunjukkan bahawa pendrive saya pada [b]"DISK 1"[/b] dan jikalau "DISK 2" adalah pendrive anda, maka gunakanlah DISK 2. 5. Ikut langkah ini: ( taip dalam CMD ) [b]SELECT DISK 1[/b] [b]CLEAN[/b] [b]CREATE PARTITION PRIMARY[/b] [b]SELECT PARTITION 1[/b] [b]ACTIVE[/b] [b]FORMAT FS=NTFS[/b] (Process memformat mungkin mengambil masa 5-10 minit) [b]ASSIGN[/b] [b]EXIT[/b] 6. Jangan tutup CMD anda lagi, hanya [b]minimize[/b] kan sahaja. Langkah 3 : 1. Buka Magic Disk dan mountkan iso image yang terletak di dalam folder VW ke dalam [b]virtual DVD-ROM[/b] 2. Kemudian lihat drive letter virtual DVD-ROM anda dan USB drive anda. [b]Contoh DVD-ROM saya adalah "H" dan USB drive saya adalah "K"[/b] Langkah 4 : 1. Maximizekan CMD tadi dan taip ( [b]H: CD BOOT[/b] ) tanpa kurungan dimana "H" itu adalah virtual DVD-ROM anda. 2. Taip [b]CD BOOT[/b] dan sepatutnya akan keluar begini ( H:\boot> ) 3. Kemudian taip [b]BOOTSECT.EXE /NT60 K:[/b] ( ingat "K" disitu adalah drive letter usb anda ) 4. Selepas itu anda akan melihat paparan seperti ini : K : <\\?\Volume{82fac533-db6c-11dd-bfd2-0019d1a19c48}> Successfully update NTFS filesystem bootcode. Bootcode was successfully updated on all targeted volumes. 5. Tutup CMD anda Langkah 5 : 1. Anda buka kembali CMD anda ( start -> CMD -> ctrl+shift+enter ) 2. Taip [b]H:[/b] 3. Taip [b]xcopy H:\*.* /s/e/f K:\[/b] ( ingat "h" adalah driver letter virtual DVD-ROM dan "K" adalah drive letter usb/pendrive anda ) 4. Tunggu sehingga copy selesai dan siap! Perkara lain : 1. Untuk menggunakan pendrive/USB sebagai medium menggantikan CD/DVD drive untuk meng install Windows anda harus pastikan bahawa Desktop/Laptop itu mempunyai pilihan untuk BOOT daripada USB. 2. Untuk mengetahui drive letter CD/DVD drive dan pendrive/USB drive anda adalah dengan menekan icon COMPUTER di screen anda. p.s : gambar akan diupload atas permintaan. p.s.s : tutorial ini adalah hak cipta dan sila creditkan tutorial ini ke laman [url="http://forum.putera.com/tanya/"]Putera.com[/url] ©Benchoz Gila
×
×
  • Create New...