Jump to content
Sign in to follow this  
BasicCX

Kuaci ‘Halal’ Palsu

Recommended Posts

[B]Kuaci ‘halal’ palsu[/B]

[center][IMG]http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/100310181151.jpg[/IMG]

[IMG]http://lh3.ggpht.com/_ykaVm6QFK6o/S0k4wwMCIhI/AAAAAAAAEd4/lGH1mvZDs84/s800/IMG_6692.JPG[/IMG]
[IMG]http://2.bp.blogspot.com/_7Eab-WZWsjI/SwLZrpcfAyI/AAAAAAAAB7c/sZYZ6tKwOE0/s1600/kuaci.JPG[/IMG]
[IMG]http://2.bp.blogspot.com/_I0EbGD-JKD8/S0UdE2fPnMI/AAAAAAAAEu8/yoI7wnBdSnE/s400/koci.jpg[/IMG]
[IMG]http://4.bp.blogspot.com/_7Eab-WZWsjI/SwLZrx3Yp_I/AAAAAAAAB7k/sneB95BSSg4/s1600/Image2345.jpg[/IMG]
[/center]

KAJANG: [B]Selepas hampir 10 tahun[/B] popular di kalangan pengguna sebagai makanan ringan, sejenis produk kuaci berperisa yang diimport dari China dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas didapati menipu orang ramai apabila menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) palsu.

Pemilik syarikat yang mengimport kuaci terbabit didapati menggunakan sijil halal palsu bagi memastikan produk terbabit menembusi pasaran pengguna Islam. Namun tindakan tidak bertanggungjawab pemilik kilang menemui noktah apabila 710 kotak berisi ratusan ribu bungkusan kuaci bernilai hampir RM100,000 dirampas.


Penggunaan logo halal tanpa kebenaran itu dibongkar selepas pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan mengejut di syarikat pengedar kuaci terbabit di Balakong, pagi semalam.


Lawatan mengejut pegawai KDPNKK dan Jakim itu bagaimanapun menyebabkan berlaku `perang hangat' apabila pihak pengurusan syarikat enggan bekerjasama sebaliknya mempertikaikan kuasa dan tindakan pegawai KPDNKK memeriksa syarikat berkenaan.


Lebih mengejutkan apabila, pihak pengurusan syarikat mengunci pintu menyebabkan pegawai KPDNKK dan Jakim terkurung sehingga polis dipanggil untuk tindakan meredakan keadaan.


Kehadiran tiga anggota polis bagaimanapun berjaya meredakan keadaan berikutan sikap pengurus syarikat berkenaan yang enggan bekerjasama dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa memeriksa premisnya.

Sumber KPDNKK berkata, pengurusan syarikat itu mendakwa memperolehi sijil halal dari satu syarikat perunding yang menawarkan perkhidmatan memperolehi sijil halal dari Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).


“Bagaimanapun, siasatan mendapati sijil halal yang ditunjukkan itu tidak pernah diiktirafkan Jaip termasuk Jakim berdasarkan maklumat meragukan serta status individu yang menurunkan tandatangan pada sijil terbabit,” katanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
GO Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) !!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sepatutnya tuan punya kilang tu di denda 1 juta ringgit atau lebih lagi, sebab makanan haram tu telah masuk kedalam perut2 anak2 kita.. :angry:

Kerajaan patut lebih tegas dalam hal ini, kerana ia melibatkan darah daging, itu pasal la budah budak melayu sekarang beperangai macam .... **** kerana banyak bahan2 makanan yang haram telah masuk kedalam badan mereka.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku setuju macam ko kata tu TJ , aku bukan nak racist ke apa , tapi kebanyakkan yang tipu sijil halal/takde sijil halal ni kompeni cina , kalau dia sasar pelanggan bukan islam takpe la jugak. Ni dah dapat keuntungan dari orang islam tapi taknak tunjuk komitmen/kejujuran dalam mengatakan benda dorang tu halal disahkan JAKIM.


[quote]apsal kat paket tu 'kacang tanah'? dan bukan kuaci? [/quote]
Keluaran kompeni sama kot ,BasicCX tunjuk sekali alang2 kompeni dia da kantoi .

Share this post


Link to post
Share on other sites
incik, 10 taun baru jumpa ka..... kalau aku dah kawin 10 taun lepas, mungkin skarang aku dah ada anak 10 orang....


:P

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku baru bace...kat bawah nie...

http://ondscene.blogspot.com/2010/03/selain-hamster-anda-tentu-pernah-makan.html

Share this post


Link to post
Share on other sites
^ aku memang pelawat setia blog tu, cuma bila dia suh login tuk kasi komen aku jarang komen .tpi info dia memang tak cover2,bagus la nak tau . selalu dalam paper lain dia blur ataupun tak bagitau pun jenama/nama makanan tu apa.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' date='12 March 2010 - 09:18 PM' timestamp='1268399895' post='1021271']
^ aku memang pelawat setia blog tu, cuma bila dia suh login tuk kasi komen aku jarang komen .tpi info dia memang tak cover2,bagus la nak tau . selalu dalam paper lain dia blur ataupun tak bagitau pun jenama/nama makanan tu apa.
[/quote]

btol2...info2 die memang best...kadang2 dalam paper pun tkde...

Share this post


Link to post
Share on other sites
masa aku duk kat johor dulu rajin makan kuaci nie...pehhh halal palsu rupanyer....tul kata TemanX tu...selepas 10thn baru jumpeee...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='braderitam' date='15 March 2010 - 05:08 PM' timestamp='1268644106' post='1021645']
masa aku duk kat johor dulu rajin makan kuaci nie...pehhh halal palsu rupanyer....tul kata TemanX tu...selepas 10thn baru jumpeee...
[/quote]
din,bukan ke kita dulu kemaruk makan kuaci ni perisa vanilla?ahahaha....siot betul patutlah perangai masa kat johor mcm nasrani adoi...

Share this post


Link to post
Share on other sites
kuaci ni fames dulu nih.. mmg ketagih gile.sebelum masuk sekolah petang/agama kena beli satu.. maka bersepah2 la kat tepi2 corner blok huhu.. kt johor pn ada dgr berita pasal tak halal kuaci ni. pastu terus stop makan.. dem

Share this post


Link to post
Share on other sites
benda ni memang dah lama tapi lepas kecoh tu senyap balik,yang aku pelik tu lepas kecoh jabatan agama tak pantau ke?tak buat keja ke?dok makan gaji buta ke?kenapa org lain yang bukan tugas dia boleh bongkar?kenapa bukan mereka yang keja mereka untuk selidik benda ni?makan gaji buta ke diaorg ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='16 March 2010 - 08:39 AM' timestamp='1268699991' post='1021717']
din,bukan ke kita dulu kemaruk makan kuaci ni perisa vanilla?ahahaha....siot betul patutlah perangai masa kat johor mcm nasrani adoi...
[/quote]
ha ha rasanya ko makan ngan kulit2 skalikan ....itu yg sedap..(kenangan anak gajah)ekekkekek

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='16 March 2010 - 08:56 AM' timestamp='1268700960' post='1021723']
benda ni memang dah lama tapi lepas kecoh tu senyap balik,yang aku pelik tu lepas kecoh jabatan agama tak pantau ke?tak buat keja ke?dok makan gaji buta ke?kenapa org lain yang bukan tugas dia boleh bongkar?kenapa bukan mereka yang keja mereka untuk selidik benda ni?makan gaji buta ke diaorg ni?
[/quote]

birokrasi...byk sgt jabatan tlibat..msing2 tuduh2 ini salah,itu salah,last2 sume xjadi kerje...rakyat gak yg "tkena"

Share this post


Link to post
Share on other sites
seb bek aku xsuke makan kuaci..bg ak makan natang kuaci ni mcm sia2 xde kerja..bkn kenyang pn..nk kene kopek lagi...hahah..hamster bole la makan

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Hackezkk' date='17 March 2010 - 12:14 PM' timestamp='1268799270' post='1021900']
seb bek aku xsuke makan kuaci..bg ak makan natang kuaci ni mcm sia2 xde kerja..bkn kenyang pn..nk kene kopek lagi...hahah..hamster bole la makan
[/quote]

tetibe aku rase aku penah jadi hamster dulu. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam

semalam aku g jalan2 kat sekitar KL dan puchong

hati2 nak beli, kebanyakan kedai runcit dan mamak masih jual lagi product nie


btw,
semalam ade orang tua kat tempat keje aku cakap,
kuaci nie digoreng ngan alkohol, (percent alkohol tu tak tau la aku)
sebab tu dia cakap kuaci nie wangi

betul ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]kuaci nie digoreng ngan alkohol, (percent alkohol tu tak tau la aku)
sebab tu dia cakap kuaci nie wangi[/quote]

huhu yang ni da lama pasal member aku time asrama dulu pun cakap camni . Taktau la kebenaran dia camne

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku dapat surat nih dari pembekal kuaci aku:

CHACHEER KUACI HALAL


Kami, syarikat Chacheer (Malaysia) Sdn.Bhd sebagai pengimport dan pengedar Kuaci Bunga Matahari sejak 2002 ingin menjelaskan kepada pihak awam tentang “Kuaci Halal Palsu” yang terpapar di berita akhbar dan TV baru-baru ini seperti di bawah :

1. Produk ini diimport dari wilayah Anhui, China dan dikeluarkan di bawah pemerhatian Persatuan Islam Anhui, China. Oleh sebab sejak awal 2002, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak dibenarkan untuk ke luar negara bagi tujuan pemeriksaan untuk pensijilan halal, maka inilah sebabnya kami pergi kepada pihak negeri, iaitu Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk memeriksa kilang Chacheer di China. JAIP telah mengaudit dan mengesahkan produk ini halal. Sejak itu, semua label pembungkus produk Chacheer menggunakan logo Halal Malaysia dari 2002 hingga sekarang.

2. Kami memohon Halal kepada JAIP melalui perunding kami sebanyak 4 kali sejak 2002 sehingga sekarang. Pegawai Halal JAIP telah pergi ke kilang untuk mengaudit proses pengeluaran dan bahan mentah untuk mematuhi peraturan ketat Keperluan Keselamatan Makanan halal Malaysia. Pengesahan terakhir adalah dari Jun 2009 hingga Jun 2012. Tetapi pengesahan adalah dari Persatuan Pegawai Agama Perak yang membantu kami sehingga masalah dalaman jabatan di JAIP selesai.

3. Kami hanya mengetahui bahawa pihak JAKIM telah dibenarkan sejak Ogos 2009 untuk ke luar Negara bagi tujuan audit sewaktu datang mendakwa kilang kami pada Rabu, 10 Mac 2010. Kami dinasihatkan untuk memohon terus dari JAKIM kerana JAKIM sekarang sudah dibenarkan untuk membuat pemeriksaan di luar negara. Oleh itu, pada 12 Mac 2010, kami telah menghantar permohonan kepada JAKIM untuk proses pemeriksaan kilang di China. Kami sedang menunggu tarikh dari JAKIM yang mungkin dijadualkan pada lewat April 2010.

4. Oleh itu, kami ingin memaklumkan bahawa pihak syarikat kami adalah tidak bersalah dalam keseluruhan senario mengelirukan ini. Kami tiada niat untuk menipu atau mengelirukan pengguna Islam Malaysia untuk memakan produk kami yang menggunakan logo Halal Malaysia . Kami memiliki sijil Halal sah dari pihak berkuasa kerajaan Malaysia sejak 2002 tetapi tamat pada akhir tahun 2008. Kami tidak tahu bahawa sijil halal dari Persatuan Pegawai Islam Perak (PPIP) tidak diiktiraf oleh JAKIM dan tidak boleh menggunakan Logo Halal Malaysia. Kami terus menggunakan logo Halal Malaysia kerana banyak wang telah dibelanjakan untuk mencetak pembungkus dan kami menunggu untuk mendapat sijil halal yang sah dari JAIP setelah masalah dalaman jabatan selesai.

5. Melalui beberapa perundingan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) maka mereka bersetuju tidak akan mengambil tindakan kepada produk Chacheer di pasaran kerana kuaci kami sebenarnya Halal dan hanya menggunakan logo Halal Malaysia dengan sijil halal yang telah tamat. Kami boleh menggunakan logo Halal PPIP atau Persatuan Islam Anhui dengan sijil halal yang belum tamat tempoh.

6. Kami juga telah berunding dengan pihak JAKIM dan mereka mengesahkan bahawa jika kami menutup semua logo Halal Malaysia, maka kami masih boleh menjual produk ini dalam pasaran. Sementara itu, pada 25 Mac 2010, kilang Qia Qia Foods Co., Ltd yang mengeluar kuaci Chacheer di China telah disahkan halal oleh Persatuan Islam Shandong. Kami telah memaklumkan kepada JAKIM dan mereka telah memberi surat pengesahan bahawa Persatuan ini diiktiraf oleh JAKIM. Maka dengan itu, kuaci Chacheer adalah dianggap halal semula oleh JAKIM.

7. Akhir sekali, kami ingin meminta maaf kepada semua pelanggan, peruncit dan pengedar Kuaci Bunga Matahari di atas segala kekeliruan dan kerumitan yang telah berlaku. Sekian, terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dari dia kasi surat tu kat kedai2 yang membeli produk dia tu baik dia buat public announcement kat surat khabar . Tak kisah la utusan ke berita harian ke harakah ke metro ke kosmo ke untuk bagitau direct to customer Islam dia.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' date='31 March 2010 - 11:28 AM' timestamp='1270006131' post='1023862']
Dari dia kasi surat tu kat kedai2 yang membeli produk dia tu baik dia buat public announcement kat surat khabar . Tak kisah la utusan ke berita harian ke harakah ke metro ke kosmo ke untuk bagitau direct to customer Islam dia.
[/quote]

Betul ni.
Kalau setakat bagi surat kepada pengedar baik tak payah.
Bagi la surat kepada pengguna melalui media.
Bagitau belakang2 buat apa kan huhuhu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...