BasicCX 27 Report post Posted March 11, 2010 [B]Kuaci ‘halal’ palsu[/B] [center][IMG]http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/100310181151.jpg[/IMG] [IMG]http://lh3.ggpht.com/_ykaVm6QFK6o/S0k4wwMCIhI/AAAAAAAAEd4/lGH1mvZDs84/s800/IMG_6692.JPG[/IMG] [IMG]http://2.bp.blogspot.com/_7Eab-WZWsjI/SwLZrpcfAyI/AAAAAAAAB7c/sZYZ6tKwOE0/s1600/kuaci.JPG[/IMG] [IMG]http://2.bp.blogspot.com/_I0EbGD-JKD8/S0UdE2fPnMI/AAAAAAAAEu8/yoI7wnBdSnE/s400/koci.jpg[/IMG] [IMG]http://4.bp.blogspot.com/_7Eab-WZWsjI/SwLZrx3Yp_I/AAAAAAAAB7k/sneB95BSSg4/s1600/Image2345.jpg[/IMG] [/center] KAJANG: [B]Selepas hampir 10 tahun[/B] popular di kalangan pengguna sebagai makanan ringan, sejenis produk kuaci berperisa yang diimport dari China dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas didapati menipu orang ramai apabila menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) palsu. Pemilik syarikat yang mengimport kuaci terbabit didapati menggunakan sijil halal palsu bagi memastikan produk terbabit menembusi pasaran pengguna Islam. Namun tindakan tidak bertanggungjawab pemilik kilang menemui noktah apabila 710 kotak berisi ratusan ribu bungkusan kuaci bernilai hampir RM100,000 dirampas. Penggunaan logo halal tanpa kebenaran itu dibongkar selepas pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan mengejut di syarikat pengedar kuaci terbabit di Balakong, pagi semalam. Lawatan mengejut pegawai KDPNKK dan Jakim itu bagaimanapun menyebabkan berlaku `perang hangat' apabila pihak pengurusan syarikat enggan bekerjasama sebaliknya mempertikaikan kuasa dan tindakan pegawai KPDNKK memeriksa syarikat berkenaan. Lebih mengejutkan apabila, pihak pengurusan syarikat mengunci pintu menyebabkan pegawai KPDNKK dan Jakim terkurung sehingga polis dipanggil untuk tindakan meredakan keadaan. Kehadiran tiga anggota polis bagaimanapun berjaya meredakan keadaan berikutan sikap pengurus syarikat berkenaan yang enggan bekerjasama dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa memeriksa premisnya. Sumber KPDNKK berkata, pengurusan syarikat itu mendakwa memperolehi sijil halal dari satu syarikat perunding yang menawarkan perkhidmatan memperolehi sijil halal dari Jabatan Agama Islam Perak (Jaip). “Bagaimanapun, siasatan mendapati sijil halal yang ditunjukkan itu tidak pernah diiktirafkan Jaip termasuk Jakim berdasarkan maklumat meragukan serta status individu yang menurunkan tandatangan pada sijil terbabit,” katanya. Quote Share this post Link to post Share on other sites
hampeh 21 Report post Posted March 12, 2010 GO Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) !! Quote Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted March 12, 2010 apsal kat paket tu 'kacang tanah'? dan bukan kuaci? Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted March 12, 2010 Sepatutnya tuan punya kilang tu di denda 1 juta ringgit atau lebih lagi, sebab makanan haram tu telah masuk kedalam perut2 anak2 kita.. Kerajaan patut lebih tegas dalam hal ini, kerana ia melibatkan darah daging, itu pasal la budah budak melayu sekarang beperangai macam .... **** kerana banyak bahan2 makanan yang haram telah masuk kedalam badan mereka. Quote Share this post Link to post Share on other sites
hampeh 21 Report post Posted March 12, 2010 Aku setuju macam ko kata tu TJ , aku bukan nak racist ke apa , tapi kebanyakkan yang tipu sijil halal/takde sijil halal ni kompeni cina , kalau dia sasar pelanggan bukan islam takpe la jugak. Ni dah dapat keuntungan dari orang islam tapi taknak tunjuk komitmen/kejujuran dalam mengatakan benda dorang tu halal disahkan JAKIM. [quote]apsal kat paket tu 'kacang tanah'? dan bukan kuaci? [/quote] Keluaran kompeni sama kot ,BasicCX tunjuk sekali alang2 kompeni dia da kantoi . Quote Share this post Link to post Share on other sites
TemanX 0 Report post Posted March 12, 2010 incik, 10 taun baru jumpa ka..... kalau aku dah kawin 10 taun lepas, mungkin skarang aku dah ada anak 10 orang.... Quote Share this post Link to post Share on other sites
are_zn 0 Report post Posted March 12, 2010 aku baru bace...kat bawah nie... http://ondscene.blogspot.com/2010/03/selain-hamster-anda-tentu-pernah-makan.html Quote Share this post Link to post Share on other sites
hampeh 21 Report post Posted March 12, 2010 ^ aku memang pelawat setia blog tu, cuma bila dia suh login tuk kasi komen aku jarang komen .tpi info dia memang tak cover2,bagus la nak tau . selalu dalam paper lain dia blur ataupun tak bagitau pun jenama/nama makanan tu apa. Quote Share this post Link to post Share on other sites
adnan_tdd 4 Report post Posted March 12, 2010 Patutlah sembahyang aku tak pernah kusyuk sebab dah banyak makan yang tak tahu halal-haramnya. Quote Share this post Link to post Share on other sites
are_zn 0 Report post Posted March 12, 2010 [quote name='hampeh' date='12 March 2010 - 09:18 PM' timestamp='1268399895' post='1021271'] ^ aku memang pelawat setia blog tu, cuma bila dia suh login tuk kasi komen aku jarang komen .tpi info dia memang tak cover2,bagus la nak tau . selalu dalam paper lain dia blur ataupun tak bagitau pun jenama/nama makanan tu apa. [/quote] btol2...info2 die memang best...kadang2 dalam paper pun tkde... Quote Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted March 15, 2010 aku rasa laman web tu boleh diwar2kan,sebarkan melalui email ke... Quote Share this post Link to post Share on other sites
din77 2 Report post Posted March 15, 2010 masa aku duk kat johor dulu rajin makan kuaci nie...pehhh halal palsu rupanyer....tul kata TemanX tu...selepas 10thn baru jumpeee... Quote Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted March 16, 2010 [quote name='braderitam' date='15 March 2010 - 05:08 PM' timestamp='1268644106' post='1021645'] masa aku duk kat johor dulu rajin makan kuaci nie...pehhh halal palsu rupanyer....tul kata TemanX tu...selepas 10thn baru jumpeee... [/quote] din,bukan ke kita dulu kemaruk makan kuaci ni perisa vanilla?ahahaha....siot betul patutlah perangai masa kat johor mcm nasrani adoi... Quote Share this post Link to post Share on other sites
FryShadow 90 Report post Posted March 16, 2010 kuaci ni fames dulu nih.. mmg ketagih gile.sebelum masuk sekolah petang/agama kena beli satu.. maka bersepah2 la kat tepi2 corner blok huhu.. kt johor pn ada dgr berita pasal tak halal kuaci ni. pastu terus stop makan.. dem Quote Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted March 16, 2010 benda ni memang dah lama tapi lepas kecoh tu senyap balik,yang aku pelik tu lepas kecoh jabatan agama tak pantau ke?tak buat keja ke?dok makan gaji buta ke?kenapa org lain yang bukan tugas dia boleh bongkar?kenapa bukan mereka yang keja mereka untuk selidik benda ni?makan gaji buta ke diaorg ni? Quote Share this post Link to post Share on other sites
din77 2 Report post Posted March 16, 2010 [quote name='loy_azloy' date='16 March 2010 - 08:39 AM' timestamp='1268699991' post='1021717'] din,bukan ke kita dulu kemaruk makan kuaci ni perisa vanilla?ahahaha....siot betul patutlah perangai masa kat johor mcm nasrani adoi... [/quote] ha ha rasanya ko makan ngan kulit2 skalikan ....itu yg sedap..(kenangan anak gajah)ekekkekek Quote Share this post Link to post Share on other sites
NazreenNazari 5 Report post Posted March 16, 2010 [quote name='loy_azloy' date='16 March 2010 - 08:56 AM' timestamp='1268700960' post='1021723'] benda ni memang dah lama tapi lepas kecoh tu senyap balik,yang aku pelik tu lepas kecoh jabatan agama tak pantau ke?tak buat keja ke?dok makan gaji buta ke?kenapa org lain yang bukan tugas dia boleh bongkar?kenapa bukan mereka yang keja mereka untuk selidik benda ni?makan gaji buta ke diaorg ni? [/quote] birokrasi...byk sgt jabatan tlibat..msing2 tuduh2 ini salah,itu salah,last2 sume xjadi kerje...rakyat gak yg "tkena" Quote Share this post Link to post Share on other sites
Hackezkk 4 Report post Posted March 17, 2010 seb bek aku xsuke makan kuaci..bg ak makan natang kuaci ni mcm sia2 xde kerja..bkn kenyang pn..nk kene kopek lagi...hahah..hamster bole la makan Quote Share this post Link to post Share on other sites
SouthSider 0 Report post Posted March 22, 2010 treima kasih kat tuan tanah yg bukak topik ni lepas ni kalo jumpa mmg x beli dah Quote Share this post Link to post Share on other sites
Nezict 28 Report post Posted March 22, 2010 [quote name='Hackezkk' date='17 March 2010 - 12:14 PM' timestamp='1268799270' post='1021900'] seb bek aku xsuke makan kuaci..bg ak makan natang kuaci ni mcm sia2 xde kerja..bkn kenyang pn..nk kene kopek lagi...hahah..hamster bole la makan [/quote] tetibe aku rase aku penah jadi hamster dulu. Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted March 24, 2010 salam semalam aku g jalan2 kat sekitar KL dan puchong hati2 nak beli, kebanyakan kedai runcit dan mamak masih jual lagi product nie btw, semalam ade orang tua kat tempat keje aku cakap, kuaci nie digoreng ngan alkohol, (percent alkohol tu tak tau la aku) sebab tu dia cakap kuaci nie wangi betul ke? Quote Share this post Link to post Share on other sites
hampeh 21 Report post Posted March 24, 2010 [quote]kuaci nie digoreng ngan alkohol, (percent alkohol tu tak tau la aku) sebab tu dia cakap kuaci nie wangi[/quote] huhu yang ni da lama pasal member aku time asrama dulu pun cakap camni . Taktau la kebenaran dia camne Quote Share this post Link to post Share on other sites
alf4705 0 Report post Posted March 30, 2010 aku dapat surat nih dari pembekal kuaci aku: CHACHEER KUACI HALAL Kami, syarikat Chacheer (Malaysia) Sdn.Bhd sebagai pengimport dan pengedar Kuaci Bunga Matahari sejak 2002 ingin menjelaskan kepada pihak awam tentang “Kuaci Halal Palsu” yang terpapar di berita akhbar dan TV baru-baru ini seperti di bawah : 1. Produk ini diimport dari wilayah Anhui, China dan dikeluarkan di bawah pemerhatian Persatuan Islam Anhui, China. Oleh sebab sejak awal 2002, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak dibenarkan untuk ke luar negara bagi tujuan pemeriksaan untuk pensijilan halal, maka inilah sebabnya kami pergi kepada pihak negeri, iaitu Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk memeriksa kilang Chacheer di China. JAIP telah mengaudit dan mengesahkan produk ini halal. Sejak itu, semua label pembungkus produk Chacheer menggunakan logo Halal Malaysia dari 2002 hingga sekarang. 2. Kami memohon Halal kepada JAIP melalui perunding kami sebanyak 4 kali sejak 2002 sehingga sekarang. Pegawai Halal JAIP telah pergi ke kilang untuk mengaudit proses pengeluaran dan bahan mentah untuk mematuhi peraturan ketat Keperluan Keselamatan Makanan halal Malaysia. Pengesahan terakhir adalah dari Jun 2009 hingga Jun 2012. Tetapi pengesahan adalah dari Persatuan Pegawai Agama Perak yang membantu kami sehingga masalah dalaman jabatan di JAIP selesai. 3. Kami hanya mengetahui bahawa pihak JAKIM telah dibenarkan sejak Ogos 2009 untuk ke luar Negara bagi tujuan audit sewaktu datang mendakwa kilang kami pada Rabu, 10 Mac 2010. Kami dinasihatkan untuk memohon terus dari JAKIM kerana JAKIM sekarang sudah dibenarkan untuk membuat pemeriksaan di luar negara. Oleh itu, pada 12 Mac 2010, kami telah menghantar permohonan kepada JAKIM untuk proses pemeriksaan kilang di China. Kami sedang menunggu tarikh dari JAKIM yang mungkin dijadualkan pada lewat April 2010. 4. Oleh itu, kami ingin memaklumkan bahawa pihak syarikat kami adalah tidak bersalah dalam keseluruhan senario mengelirukan ini. Kami tiada niat untuk menipu atau mengelirukan pengguna Islam Malaysia untuk memakan produk kami yang menggunakan logo Halal Malaysia . Kami memiliki sijil Halal sah dari pihak berkuasa kerajaan Malaysia sejak 2002 tetapi tamat pada akhir tahun 2008. Kami tidak tahu bahawa sijil halal dari Persatuan Pegawai Islam Perak (PPIP) tidak diiktiraf oleh JAKIM dan tidak boleh menggunakan Logo Halal Malaysia. Kami terus menggunakan logo Halal Malaysia kerana banyak wang telah dibelanjakan untuk mencetak pembungkus dan kami menunggu untuk mendapat sijil halal yang sah dari JAIP setelah masalah dalaman jabatan selesai. 5. Melalui beberapa perundingan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) maka mereka bersetuju tidak akan mengambil tindakan kepada produk Chacheer di pasaran kerana kuaci kami sebenarnya Halal dan hanya menggunakan logo Halal Malaysia dengan sijil halal yang telah tamat. Kami boleh menggunakan logo Halal PPIP atau Persatuan Islam Anhui dengan sijil halal yang belum tamat tempoh. 6. Kami juga telah berunding dengan pihak JAKIM dan mereka mengesahkan bahawa jika kami menutup semua logo Halal Malaysia, maka kami masih boleh menjual produk ini dalam pasaran. Sementara itu, pada 25 Mac 2010, kilang Qia Qia Foods Co., Ltd yang mengeluar kuaci Chacheer di China telah disahkan halal oleh Persatuan Islam Shandong. Kami telah memaklumkan kepada JAKIM dan mereka telah memberi surat pengesahan bahawa Persatuan ini diiktiraf oleh JAKIM. Maka dengan itu, kuaci Chacheer adalah dianggap halal semula oleh JAKIM. 7. Akhir sekali, kami ingin meminta maaf kepada semua pelanggan, peruncit dan pengedar Kuaci Bunga Matahari di atas segala kekeliruan dan kerumitan yang telah berlaku. Sekian, terima kasih. Quote Share this post Link to post Share on other sites
hampeh 21 Report post Posted March 31, 2010 Dari dia kasi surat tu kat kedai2 yang membeli produk dia tu baik dia buat public announcement kat surat khabar . Tak kisah la utusan ke berita harian ke harakah ke metro ke kosmo ke untuk bagitau direct to customer Islam dia. Quote Share this post Link to post Share on other sites
TOYSЯUS 62 Report post Posted March 31, 2010 [quote name='hampeh' date='31 March 2010 - 11:28 AM' timestamp='1270006131' post='1023862'] Dari dia kasi surat tu kat kedai2 yang membeli produk dia tu baik dia buat public announcement kat surat khabar . Tak kisah la utusan ke berita harian ke harakah ke metro ke kosmo ke untuk bagitau direct to customer Islam dia. [/quote] Betul ni. Kalau setakat bagi surat kepada pengedar baik tak payah. Bagi la surat kepada pengguna melalui media. Bagitau belakang2 buat apa kan huhuhu. Quote Share this post Link to post Share on other sites