Jump to content
Sign in to follow this  
joejambul_1

SeNaMaN KoRaNG

Recommended Posts

apakah senaman yang korang biase lakukan samada sukan atau senaman ringkas?? ::icon_eek::
berapa kali seminggu?? ::icon_razz::
berapa minit setiap kali senaman?? ::icon_arrow::
atau kita hanya bersenam setahun sekali,tu pun terpaksa ikut program pape ::icon_rolleyes::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Oleh kerana aku tinggal kt flat,tiap2 hari balik kerja aku naik tangga smpai tgkt 5.. ::icon_biggrin::

Blh dikira sebagai senaman jgk ke? ::lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Untuk memberi anda jangkaan tenaga yang anda mungkin gunakan, rujuk kepada senarai
untuk pelbagai aktiviti di bawah dan kilojoule setiap jam:
• Duduk – 360 kJ
• Berdiri – 420 kJ
• Berjalan dengan perlahan – 780 kJ
• Berjalan dengan pantas sedikit – 1260 kJ
• Berjalan turun dan naik tangga – 2280 kJ
• Kerja rumah – antara 600-1200 kJ
• Berkebun, menari, dan mencangkul – antara 1260-1800 kJ
• Berenang (rangkak) – lebih dari 1800 kJ
...................................................
(1 kcal = 4.184 kJ)
Punca: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Makanan. Manual Nutritisi. London: HMSO, 1992

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebelum mula melaksanakan senaman,di sini ada disenaraikan idea yang disyorkan, baca garis panduan keselamatan berikut –walau apa pilihan anda,lakukannya dengan cara yang selamat!

• Panaskan badan anda sebelum bersenam untuk mengelak kecederaan.
• Jika anda berasa tidak sihat, berhenti dan minta bantuan.
• Minum banyak air, terutamanya jika cuaca panas.
• Jangan bersenam selepas mengambil hidangan berat.
• Sebelum memulakan sebarang program bersenam,periksa tahap kecergasan anda dengan doktor anda.
• Jangan keterlaluan, terlalu banyak dalam masa yang singkat tidak akan membantu badan yang biasanya banyak duduk! Mulakan dengan beransur-ansur untuk memberi masa kepada badan anda untuk membuat penyesuaian.
• Mulakan pada waktu pagi – sambil berbaring di atas katil, regangkan setiap bahagian badan anda dengan berbagai cara yang terdaya, anda akan berasa segar dengan lebih cepat.
• Bolehkah anda bangun dengan lebih awal dan pergi berenang pada waktu pagi?
• Selalu terikat dengan kerja pejabat – bangun dan berjalan setiap jam untuk melancarkan perjalanan darah anda. Ingatkan diri anda untuk meregangkan diri, terutamanya bila anda bangun setelah sekian lama duduk.
• Gunakan tangga dan bukan lif – lebih banyak anak tangganya lebih bagus!
• Berhenti menggunakan alat kawalan jauh TV, bangun dan tukar saluran TV dengan cara zaman dahulu.
• Sedang menunggu hidangan malam disediakan? Keluarkan tali melompat anda dan gunakannya selama sepuluh minit atau menari mengikut rentak muzik yang anda gemari.
• Mula berkebun dan dapatkan tapak berkebun – satu-satunya senaman yang menjanjikan hasil yang boleh dimakan!
• Basuh kereta, basuh tingkap, basuh lantai!
• Mainkan muzik sambil anda mengemas rumah – menari dan menyanyi sambil melakukannya.
• Upah orang mencuci permaidani di rumah anda agar rumah anda nampak baru.
• Selalulah bermain dengan anak-anak anda, bawa mereka ke padang, berseronok dengan permainan frisbee atau bola sepak.
• Anda mempunyai sepuluh minit terluang? Naik dan turun tangga dengan pantas untuk sesi senaman mini!
• Pada waktu malam sebelum tidur, ulangi regangan yang anda lakukan pada waktu pagi.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku bersenam lari keliling rumah jer pagi2,tulah senaman yang sempat aku buat sebelum pergi keje.Nak harapkan hari lain memang tak de kecuali ahad,aku buat kerja berat kat rumah.Biasalah duduk kampung,semak kene tebas...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Senaman penting untuk kesihatan..
Jogging 3 kali seminggu..
Buat latihan regangan pagi dan malam sebelum tidur..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku pulak, berjoging lebih kurang 30 - 40 minit setiap hari. Masa mula - mula joging dulu punyalah payah. Seksa betul. Tujuan aku berjoging pada masa tu adalah hendak turunkan berat badan. Sekarang ni dah seronok pulak. Tujuan sekarang ni lak nak turunkan "Resting heart rate" ke bawah 60bpm. ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Huhu aku slalu bersenam dlm toilet je..tak kira la bumping ke, ketok ketampi ke, stretching ke, lari² anak ke..sng, peluh trus mandi..wakaka aku pon tatau nape dh terbiase camtu lak.. hoho ::icon_lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hiruka wrote:Huhu aku slalu bersenam dlm toilet je..tak kira la bumping ke, ketok ketampi ke, stretching ke, lari² anak ke..sng, peluh trus mandi..wakaka aku pon tatau nape dh terbiase camtu lak.. hoho ::icon_lol::


wakakakaaa..btul tu..nak bersenam tak semestinya kat gim ke kat padang ker..
atas katil pun bleh bersenam,mcm hiruka plak dalam toilet pun bersenam...ok ape ::icon_smile::

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku 2 kali seminggu main badminton..
kalu keje pg ptg2 main futsal kat parking lot kat opis..
sekali berpeluh nah sampai baju leh perah beb..
paling best masa peluh mengalir..
bile perut ke depan baru sibuk nak bersenam,bersenam utk kesihatan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
wkakaka..hiruka senam dlm toilet?agak2 bape minit dlm tu..org lain nk mandi kene amik turn laa..

dulu time semangat nk kurus...senam jgn xsenam..hehe..watla jog dlm umah..hhahaa..

skrg ni..nyapu..mop..jemur kain..jlan..pun dikire senaman bg aku..

wakakaka...

Share this post


Link to post
Share on other sites
fiza_cute wrote:skrg ni..nyapu..mop..jemur kain..jlan..pun dikire senaman bg aku..

wakakaka...


Janji keje keluarkan peluh fiza...pagi tadi aku bumping,ni dah sakit2 bahagian bahu...menandakan aku kene turunkan berat badan aku.BMI tinggi....Aaarrgghh... ::icon_basketball::

Share this post


Link to post
Share on other sites
peluh tu xbape nk kuar..hahahahaa...

bmi aku ok lagi..huhu!

tp tu la kan..klu xjage naik plak tahap obes..waaaa...

Share this post


Link to post
Share on other sites
senaman aku... slain kejar kucing setiap hari.. aku driving selama 45min 5 hari seminggu.. kadang2 dekat 2 jam.. senaman kaki kanan namanya hehehe...

Share this post


Link to post
Share on other sites
huishh giler 8tingkat..!

aku dulu umah sewa time kolej..2tgkat da mengah..

wakakaka...

Share this post


Link to post
Share on other sites
fiza_cute wrote:huishh giler 8tingkat..!

aku dulu umah sewa time kolej..2tgkat da mengah..

wakakaka...


Huhu. terpaksa la.. tak sempat la nak bersenam masa waktu lain.. pagi sampai ptg keje pun banyak duduk je. so kalau nak gi surau ke, gi cafe ke.. di prod floor ke..terpaksa rajinkan diri ikut tangga la..

satu lagi yg best kalau ikut tangga ni.. kita boleh sempat berfikir apa2 la pasal keje ke..masa jalan tu.. kalau naik lif cpt sgt dan sampai.. huhu..

Share this post


Link to post
Share on other sites
fiza_cute wrote:huishh giler 8tingkat..!

aku dulu umah sewa time kolej..2tgkat da mengah..

wakakaka...


wa tingkat 5 setiap hari pun dah penat,kalu tingkat 8 tak tau la nak cakap apa..
kena bawak bekal la sbb sampai bawah mau tak dahaga

Share this post


Link to post
Share on other sites
Senaman jari... menekan2 mouse dan keyboard.
Senaman mata... mengelip mata depan PC.
Senaman pinggang... pusing2 kerusi ofis.
Senaman kaki... pergi pantry bancuh air.
Senaman mulut... makan chewing gum sambil main game.
Senaman otak... analysis strategy nak menang game.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...