Jump to content
Sign in to follow this  
no1

Koleksi Lawak

Recommended Posts

Kepada pengguna BEKALAN LETRIK yang dihormati sekalian..

Gangguan bekalan elaktrik telah dan sedang berlaku disebuah negeri di selatan tanah air.

Adalah dimaklumkan bahawa gangguan ini akan mengambil tempoh selama lebih kurang seminggu, sebelum ianya berakhir.

Kesulitan ini adalah disebabkan pencawang TNB yang voltannya 'terlebih' aktif dan gangguan ini akan berlaku di negeri-negeri berikut..


1. SELURUH NEGERI MELAKA
2. SELURUH NEGERI SEMBILAN
3. SEBAHAGIAN NEGERI SELANGOR
4. SEBAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
5. SELURUH NEGERI JOHOR

PIHAK TENAGA NASIONAL BERHAD MALAYSIA INGIN MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA PENGGUNA TERBABIT DAN BERHARAP AGAR SEMUA PENGGUNA MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA.


Harap maaf... (sila rujuk gambar di bawah untuk rujukan anda)

Klik sini untuk lihat gambar

Share this post


Link to post
Share on other sites
Seorang pelanggang telah menelefon HP Support Customer (HPSC) untuk mendapatkan bantuan tentang perinternya yang telah rosak.

Pelanggang : Encik, printer saya tidak berfungsi.

HPSC : Apa masalahnya encik.

Pelanggang : Kerana mouse telah tersepit.

HPSC : Tapi apa kena-mengena printer dengan mouse tersepit.

Pelanggang : Susah nak diterangkan. Nanti saya hantar gambar untuk tuan teliti.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Monyet Terbuang

Di sebuah kaunter tol... sebuah kereta didapati masuk untuk membuat pembayaran..

Setelah selesai urusan pembayaran.. penjaga tol itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk disitu...

Melihat penjaga tol itu kehairanan... pemandu itu berkata.. "Saya bertemu dengannya di tepi jalan. kerana kasihan saya mengambilnya... err.. cik ada idea apa yang perlu saya buat?"

Penjaga tol itu berkata sambil tersenyum... "Ya! saya rasa baik encik membawanya ke Zoo"

Pemandu itu tersenyum dan berkata.."Betul juga.. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?"

Beberapa jam selepas itu...di tempat yang sama penjaga tol itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu...

"Saya ingat encik sudah membawanya ke Zoo" katanya.

Pemandu itu terus menjawab... "Ya.. Saya telah membawanya ke Zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan.. saya merancang ingin bawanya ke pantai pula".

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan pangkat.

"Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya" kata Hamid kepada Wahub.

"Baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?" tanya Wahub.

Jawab Hamid, "Saya tidak dijemput..."

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di KualaLumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan dan dapat kebawah tanpa apa-apa kecederaan. Dimulakan pertandingan peserta dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.

Peserta kedua dar Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooom!Bang! Dia bangun dan mengossokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran dikepalanya.

Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 4. Beliaudengan perlahan berjalan ke tingkat 4. Sampai ditepi beliau berdiri Sahaja. Pengadil menjerit jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya bertempik menyuruh dia terjun.Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk bermesyuarat. Keputusannya pemenang pertandingan keras kepala adalah dari..... MALAYSIA!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama. ...

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Secretary menelefon Suaminya semula : outstation tu tak jadi kansel... awak jaga diri tau..

Suami menelefon Buah Hatinya :.... arrr malas nak taip dah.. korang la sambung....



*sedut dari forum cerita lawak
p/s : teri kalau dah ada tolong delete ya

Share this post


Link to post
Share on other sites
belum lg ada ni....

tp aku dh bc cite ni versi english...

Ini Gambar Siapa?

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu….. kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; “Darling! ada mancis tak?”. Ada kat dalam laci sebelah katil tu”, jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; “Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? “Bukan” jawab si wanita tu. “Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?”, “Bukan jugak” jawab wanita tu lagi. “Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?” tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut “Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina” jawab si wanita tu dengan penuh manja.

Share this post


Link to post
Share on other sites
agak lama tak 'spam' kat thread nih..

Peguam Kena Tipu

Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angelas ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.

Peguam berkata, "saya tanya satu Teka-teki, jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam?

Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.

Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"

Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

"Sekarang giliran u", cabar peguam! ..

Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"

Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.

Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawap : "Tidak Tahu"

Share this post


Link to post
Share on other sites
Saya Tak Mau Mati

Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata, "Saya tak mau mati lagi, doktor".

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata, "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Pesakit itu berkata, "Tengok doktor, semua tempat saya pegang rasa sakit"

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah".

Share this post


Link to post
Share on other sites
lol.. betul punye ke mjmax?

Anak Siapa ni?

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".

Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mail mati sakit jantung pagi tadi ..."

Share this post


Link to post
Share on other sites
lol.. ak copy&paste je..

Think 1st before speaking to your wife

* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”

Share this post


Link to post
Share on other sites
Patuh Arahan Isteri


Pada suatu malam, si isteri pulang ke rumahnya....

Di dalam biliknya, dia berkata kepada si suami ,

" Buka baju saya....".
si suami patuh....

si isteri berkata lagi,
"buka seluar saya..."

Si suami ikut sahaja apa yang tlh dikatakan isterinya....

Lalu si isteri berkata lagi,

"dan.... jangan pakai baju dan saya lagi !!!!!!!!!!!!"

Share this post


Link to post
Share on other sites
TEKANAN PERASAAN
Oleh kerana tekanan jiwa selama beberapa bulan Alin telah pergi berjumpa seorang doktor pakar jiwa

Alin : Doktor, saya telah mengalami tekanan jiwa dan terasa ingin membunuh diri

Doktor : Apa yang menyebabkan awak berasa sebegitu

Alin : Saya telah hilang pekerjaan, ditinggalkan kekasih dan dimalukan di dada akhbar, semua orang memandang saya hina, saya nak saman balik pun takde duit.

Doktor : Saya cadangkan awak berhijrah ke negara lain

Alin : Camna Dotor? Saya takda duit

Doktor : Awak boleh pakai duit saya dahulu

Alin : Tak perlu Doktor bersusah payah, saya pun telah merancang untuk berpindah ke alam barzakh

Doktor : Ehh, jgan pergi sana, saya baru balik dari sana, (sambil menunjukkan belakangnya yang kena libas sebab tak solat subuh)

Alin : Doktor jgn risau, saya tak pernah tinggal solat. Tapi heran, camna Doktor kembali ke sini semula?

Doktor : Saya mintak kebenaran malaikat tu untuk ambil kain kapan saya yang tertinggal di rumah

Alin : ?????

Tiba-tiba Nurse hospital masuk

Nurse : Maafkan kami Cik Alin, pesakit ni memang selalu terlepas dan menyamar jadi Doktor…..

Share this post


Link to post
Share on other sites
ada 3 org budak tadika ni main sorok2...mreka brnme ali,saiful,aiman..mereka mngunakan nme smaran mnreka iaitu
ali(bodoh)saiful(budi bahasa)dan aiman sbagai nahas....

mreka pun bermain....saiful(budi bahasa) mnyorok kt ats pokok mnakala aiman(nhas) dlm parit...

ali(bodoh) pon mmbuat kiraan...slesai sjer mmbuat kiraan ali(bodoh) mncri budi bhasa...

akhirnya ali(bodoh) jmpe saiful(budi bahasa) di ats pokok...ktika saiful(budi bahasa)hendak tron dri pokok dy trsangkut....

ali(bodoh) pon mncri aiman(nhas) yg mnyorok di dlm parit...

tbe2 dtg posmen lalu mmggil ali(bodoh)posmen itu mnyakan nme ali(bodoh)lalu ali pon mnjawab

ali -nme sye bodoh

posmen - ckp la btol2

ali -btol nme sy bodoh

posmen -kmu jgn men2

ali -sye x men2 la,nme sy bodoh

posmen -mne pegi budi bahasa kame haaa

ali -budi bahasa kt ats pokok

posmen -haaa...kmu nie mmg nak cri nhas la...

ali -eh...mne abg tau sy nk cri nhas...

bgitu lah ksahnyer...hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
Saja nak share pada forumer yang belum bace nih lagi...

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya Utara Selatan, kelihatan sebuah Kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.

Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik Kancil tu sedang berjalan ke hulu ke hilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.

Tiba-tiba datangla sebuah kereta Evo7 berhenti di sebelah Kancil tadi. "Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. "A'ha rosak " jawab pakcik tu simple aje....

"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea. "Worrait gak tu...tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam". "Ok pakcik"..

Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta Kancil di depan dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evo 7 nye. Dia pun jalan la...dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik...

Tiba-tiba ada sebuah Ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat Evo7. Apa lagi, jiwa muda pantang dicabar vmad.gif , dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Ferrari nie...lupa la pulak dia dengan Kancil orang tua yg diikat kat belakang kereta dia. doh.gif

Orang tua tu punya la hangin satu badan mad.gif , dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat Evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.

Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... "Ini dah lebih speed limit nie..." kate polis. "Nie..cecah 250kmj shocking.gif memasing nie..." Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah Ferrari, sebuah Evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah Kancil putih tengah cucuk angin Evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!"

credit to preluder84 from LYN

Share this post


Link to post
Share on other sites
::icon_biggrin:: suatu penghinaan terhadap kereta tempatan.. ::icon_lol:: aku penah baca cite ni.. aku suke..

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

Superior wrote:::icon_biggrin:: suatu penghinaan terhadap kereta tempatan.. ::icon_lol:: aku penah baca cite ni.. aku suke..


hina keta tempatan ke hina evo tu? ::icon_lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...