Jump to content
Sign in to follow this  
no1

Koleksi Lawak

Recommended Posts

assalamualaikum wbt,

ak pun penah bace lawak kancil cucuk angin tu kat Tanya Putera dulu..
siap ade lagi gamba kancil tu cucuk evo.. ::icon_lol::


Tatacara Jawab Telefon Paling Kerek

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
.
. 2. Soalan: haloo, siapa disana?
. Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
.
. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
.
. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
. Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
.
. 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
.
. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
.
. 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
.
. 9. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
. Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
.
. 10. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
.
. 11. Soalan: assalammualaikum...
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
. jawab)


Rumah

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,

" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja.
Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

Aku Tak Sengal wrote:
. 10. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.


FTW!! ::icon_lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum wbt,

seperti biase, copy n paste ::icon_cool::



Kekasih Yang Berubah Hati


Azura dan Zack bersahabat sejak dari kecil.. Azura dan Zack saling cinta mencintai..

Setelah Besar... Zack melanjutkan pelajaran ke US dan Azura hanyalah seorang penganggur.. Tetapi mereka terus berhubung surat dan telefon..hinggalah 2 tahun kemudian... Zack tidak lagi menghantar sebarangberita...

Azura bersedih dan selalu berdoa agar hati Zack tidak berubah...

Setelah lebih 5 tahun... barulah Zack mengirimkankan satu surat dan minta agar Azura menjemputnya di Lapangan Terbang...

Azura sangat gembira dan merasakan Zack masih menyintainya...

Semasa menunggu Zack di lapangan terbang... Tiba-tiba bahu Azura di tepuk seseorang. Dan ternyata orang itu adalah seorang gadis yang putih, tinggi, seksi dan berbaju biru ketat.

"Kamu Azura kan?" tanya gadis Cun itu... lantas menyambung...
"Kenalkan aku Zakiah... .! Aku ingin memberitahu bahawa engkau tidak akan bertemu lagi dengan Zack. Lupakanlah dia... .." tegas gadis tersebut

Azura pucat dan hendak menangis...
"Pompuan tak guna.. dah kau rampas Zack dari aku.. kau sakitkan hati ku lagi... " marah Azura..

Tiba-tiba gadis itu tersenyum dan menepuk bahu Azura dan berkata... .

"Bawa bertenang... ini akulah ... .Zack!!! nama baruku Zakiah.
Auwwww... ."

Share this post


Link to post
Share on other sites
tak tau whether bukan fan bola boleh faham ke tak joke ni..

Spoiler:
* A Chelsea player is stopped for speeding at 130mph in a 30mph zone. When the police ask him to explain, he says: "I've just heard John Terry is parked outside my house."

* After Wayne Bridge refused to play for England while John Terry remains captain, fans are now urging JT to try it on with Emile Heskey's wife.

* Chant heard at Burnley v Wigan: "Same old Terry, always cheating."

* John Terry has been lined up to star in a new ITV drama. It's called Other Footballers' Wives.

* John Terry has announced he's lost his England captain's armband. Fabio Capello told him to ask Wayne Bridge to check under the bed.

* What do Wayne Bridge and the Titanic have in common? They both should've stayed at Southampton.

* John Terry is to release a charity single - it's a version of The Cars' My Best Friend's Girl.

* His follow-up will be Under The Bridge.

* What has Vanessa Perroncel got in common with a Champions League final goalpost? They've both been banged by John Terry...

* Chant heard at Hull v Chelsea: "Chelsea, Wherever you may be, Don't leave your wife with John Terry. Cos he likes a shag, he likes a bit of fluff, And he'll get your missus up the duff".

* We all knew John Terry liked scoring at The Bridge, but this is ridiculous.

* Poor Wayne Bridge - he's not even first choice with his his wife.

* Wayne Bridge bought Vanessa Perroncel a chocolate willy... but she says she prefers Terry's.

* John Terry has explained he didn't mean to have sex with Vanessa Perroncel - he just slipped while he was showing her how to take a penalty.

yg aku bold tu fevrets aku.. ::icon_lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku Tak Sengal wrote:assalamualaikum wbt,

ak pun penah bace lawak kancil cucuk angin tu kat Tanya Putera dulu..
siap ade lagi gamba kancil tu cucuk evo.. ::icon_lol::


Tatacara Jawab Telefon Paling Kerek

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
.
. 2. Soalan: haloo, siapa disana?
. Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
.
. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
.
. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
. Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
.
. 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
.
. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
.
. 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
.
. 9. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
. Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
.
. 10. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
.
. 11. Soalan: assalammualaikum...
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
. jawab)




hahahahaa...ni betul2 wat aku terhibur! baca smbil gelak2!...hahhahaa adoi...awet muda betol aku join forum nih...

Share this post


Link to post
Share on other sites
pada suatu hari, seorang anak bertanya kepada ayahnya

"Ayah, dari mana manusia datang?" dan ayahnya menjawab " Tuhan mencipta Adam dan Hawa (Eve) sebagai manusia pertama, kemudia mereka berkahwin dan anak-anak2nya melahirkan byk lg anak maka tercipta la manusia."

si anak tidak berpuas hati lalu bertanya kepada ibunya

"ibu, dari mana manusia datang?" lalu ibunya menjawab "Manusia terjadi dari revolusi kaum Monyet pada beribu tahun dahulu dan telah berubah menjadi manusia"

si anak terasa pelik kerana jawapan yg berbeza dari ibu dan ayahnya. Lalu dia bertanya lagi kepada ayahnya.

"ayah, yang mana satu yg benar, tuhan mencipta manusia atau revolusi dr monyet?"

Ayahnya yg sedang membaca akhbar, meletakkan surat khabarnya, lalu memeluk anaknya dan berkata,

"Sayang, ayah menceritakan tentang keluarga belah ayah, dan ibu menceritakan keluarga belah ibu"

Share this post


Link to post
Share on other sites
sebenarnya bahasa melayu ni susah.
sapa kata mudah?

cuba isi tempat kosong dengan YA atau TAK.

"_________, saya yang busuk"

haha...x dapat jawab masuk tadika semula..hahaha..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]Pandai berbohong[/b] :P :lol:

Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra, dan ber... um,ah'e'um'... (faham2 aje lah) sampai akhirnya mereka tertidur.

Boss tersebut tersedar jam 8 malam. kelam kabut menyarung kembali pakaiannya. pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi.. Dia lantas menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur.

selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss itu segera pulang ke rumah.

Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah...

"ke mana abang pergi hah?..malam baru ingat nak balik?.

"Abang tak mahu berbohong... sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam" jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya.

Si isteri memandang dari atas ke bawah..terpandang kasut suaminya yang kotor.

"Bohong.gg... .ni mesti abang pergi main golf la kan? :wacko: :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum wbt,

@Teri
haha.. siot je ayah dia.. :lol:

@Mjmax
soalan tricky.. hahah buat soklan spm best tu..
tak silap ade yang versi otak punye

@Miss
sengalnye bini beliau... :P



[quote][b]Saat Indah Awal Perkahwinan[/b]

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?
Teruna: Ya!
Dara: Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....

Sila baca dari bawah keatas

[/quote]

[quote][b]Robot Kesan Bohong[/b]

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...[/quote] Edited by Aku Tak Sengal

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum wbt,

@Toy
hahah agak la.. :P


[quote][b]Menantu Hantu[/b]

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[font="Arial"][size="4"][u][b]Mak Apan Ilang[/b][/u][i]

Copy paste dr email[/i]

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.[/size][/font]
[font="Arial"][size="4"]Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.[/size][/font]
[font="Arial"][size="4"]“Lu kenapa ni Apan?” - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.[/size][/font]
[font="Arial"][size="4"]“Mak gua hilang la..” - Apan berbisik perlahan.[/size][/font]
[font="Arial"][size="4"]Gua punyala terperanjat![/size][/font][font="Arial"][size="3"] [/size][/font][font="Arial"][size="4"]“Mak lu hilang?, bila hilang?” - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.[/size][/font]
[font="Arial"][size="4"]“Petang semalam..dah cari merata tak jumpa”.[/size][/font]
[font="Arial"][size="4"]Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.[/size][/font]
[font="Arial"][size="4"]Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.[/size][/font]
[font="Arial"][size="4"]“Mak gua dah jumpa..” - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.[/size][/font]
[font="Arial"][size="4"]Gua cepat cepat bersyukur:[/size][/font][font="Arial"][size="3"] [/size][/font][font="Arial"][size="4"]“Alhamdulillah...Jumpa kat mana?”,[/size][/font]
[font="Arial"][size="4"]Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:[/size][/font]
[font="Arial"][size="4"]“Dalam sinki penteri.”[/size][/font]
[font="Arial"][size="4"]Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.[/size][/font]
[font="Arial"][size="4"]MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam![/size][/font][font="Arial"][size="3"] [/size][/font][font="Arial"][size="4"]Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.[/size][/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum wbt,

lol MUG=mak...


[quote]
[b]Dilema Seorang Doktor[/b]

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
tak tau la dah ade ke belum cite nie
kalo da ade sowie eh



[quote]
Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut.

Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut.

Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata "kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?"

"Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan" jawab tukang beca tu.
[/quote]

:lol: :lol: :P





[quote]JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?! [/quote]

:lol: :lol:

[color="#ffff00"](kredit to kahkahkah)[/color]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]Kunci Kereta[/b]


Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.
Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,

“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”

“Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh... sampai gunakan
penyangkut baju.”

Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau,
kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”

“Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!”

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...