Jump to content
am_enieyâ„¢

Gerakan Anti-MLM

Recommended Posts

Gerakan Basmi MLM

Objektif: Mendidik dan menghalang masyarakat dari menyertai skim MLM dalam apa jua bentuk.

Kenapa MLM adalah skim piramid?
- Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk
- Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk
- Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah 'atas angin'.
- Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
- Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.

Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor:
- Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut
selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
- Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
- Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak
masuk akal.
- Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu 'sistem', bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai 'nature of business'. Anda sebahagian daripada 'sistem' yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
- menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar
- Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan
berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
- Sistem 'pelan pemasaran' yang amat meragukan dari sudut Syariah.

Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam:
- Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
- lebih daripada 90% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal,
apatah lagi untung.
- Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia; kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
- Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda
- Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah
- Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat
komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.

Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:
- Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia
- Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
- Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM
- Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil
- Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
- Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda
- pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.
- "Jika saya boleh, anda tentu boleh". Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika
anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal

Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:

- Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat
- 'Pelan pemasaran' yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai
memudahkan mereka memutar belit fakta
- Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
- Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa "jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalakn sistem MLM."Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
- Mempunyai dana yang besar untuk 'menutup' mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan

Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?
- Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
- Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 'mind control'
(nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
- Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu
- 'In state of denial.'
tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba
memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
- Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda
akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke20, jadi
tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
- Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah,maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.

Untuk renungan:
- Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar,
biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk
tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefon
boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut
untuk melihat dengan mata anda sendiri.
- Logikkah harga sebotol minuman 'kesihatan' berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal
kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat
dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sisapa saja.
- 8/10 daripada rakan/saudara/keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi
komen yang negatif. Kenapa?
- Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang
memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah 'cukup duit'.
- Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?
- Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai 'sistem', bukan 'produk'.
- Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
- Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
- Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang
semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
- Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
- Piramid yang tidak mempunya 'tapak' akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina
sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Luxor tu kira MLM gak kan?

member aku boleh dikatakan tiap2 hari jumper dia...
hari2 tunjuk cek....x abis2 pujuk aku suh join....

aku mcm biasa lar..aku aktifkan ignore mode

Share this post


Link to post
Share on other sites
xcaye la MLM ni..member aku dh terkena CERAMIC..tp ade yg leader CERAMIC kat maktab tu..student g..dh pkai BMW..aku xtau la..meniage kne manis mulut baru ok kot..

- baru jadi kaye -

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tuan bila kita nak mula membunuh orang2 yang terlibat ni ? Menunggu arahan Tuan !!!11!! Nama-nama mereka yang terlibat telah dikenal pasti Tuan!!1!1!!Pasukan kami telah bersiap sedia berkorban demi menghapuskan MLM ni Tuan .. Gogogogogoog ... MEDIC !! MEDIC !!! NEED BACKUP!! FIRE IN THE HOLE !!1!1!









Heheh melawak je laugh.gif , tapi aku pun tak setuju cara sesetengah orang dalam mlm ni , jangan la paksa2 orang lain .. tu je . smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
kebanyakan upline2 yang duduk paras atas2 jer...senang generate duit...
sbb byk makan dari downline yang n00b2 kt bawah ni.....

ramai jadi kabur mata tgk testi diorang....umur muda dh pakai kereta mewah biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
abg aku sendiri join MLM...dia berkali kali pujuk aku suruh masuk,aku tak nak.aku kesian tgk dia..smpaikan buat loan senyap2,tp aku tau.dia tgh pening tu..aku tau,mana tak nye...balik2 ckp dgn aku,ko tgk la nanti ape aku dpt....tp smpai skrg pun...tak ade ape2 pun.aku nak lebih2 karang,takut gaduh2 pulak...dah le adik beradik.aku ni adik...nanti mcm tak hormat kat dia pulak.tiap bulan pening kepala..nak cover duit yg dia kuarkan awal2 dulu.kesenangan tak akan mudah datang bergolek...MLM ni ayat2 manis belaka je.lg satu dia ni terpengaruh bile dia tgk ade kwn dia yg berjaya...idup senang..kete mewah...ishh2.ape lg la aku nak buat ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites
membe aku lg la... sume jenis MLM sume masuk... dari modal MLM tu rm 10 hingga ke rm1000... macam2 la... sepanjang aku kenal dier ni selama 1 tahun, dah 7 jenis MLM dier masuk... sume xmenjadi....

yg aku xbleh bla, ayat ayat dier mgajak tu... fuhhhhhhh manis tul.. meletup2... merempuh.... cepat jd kaya.... tp habuk pun tarak...

sebenarnya dulu aku ade masuk MLM tu pun kena keje keras... akhirnya dapat balik modal.... betul la kata TS, disebabkan downline yg n00b, upline dpt duit.... bawahan aku sume mane menjadi... tp syukur la dapat balik modal... aku nak tolong downline..? diri sendiri pun payah..

sekarang melabur kat public mutual lg bagus... long term nyer....

pepun... i'm the one of anti-MLM Edited by sh4m

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau mereka jahil, maka berikan tunjuk ajar. Kalau mereka berdegil setelah diajar, maka tegur dengan baik. Kalau mereka berdegil juga, maka biarkan saja dan terserah kepada Allah SWT, sesungguhnya tanggungjawab sudah tertunai.

Dengan berlandas frasa-frasa tersebut maka aku dengan rasa tanggungjawab terpanggil untuk memberi nukilan supaya dapat menambah pengetahuan dan membetulkan tanggapan.

Kenapa MLM adalah skim piramid? Bukan semua MLM adalah skim piramid. Sekiranya anda menyamakan semua sistem perniagaan MLM maka anda telah berlaku prejudis. Ingat, nila setitik, rosak susu sebelanga.

Adakah anda boleh jadi kaya raya tanpa jual produk?
Memang ler tak boleh, kalau boleh confirm ler upline tu tipu bulat-bulat. Ni ler masalah salah silap mindset sesetengah orang, dia ingat boleh jadi kaya goyang kaki, pastu bila rasa tertipu, marah pulak. Yang sebetulnya, kena buat sale. Sale, sale dan sale. Maksudnya memang ler kena promo barang. Tapi yang bezanya, kalau kerja promoter supermarket, promo barang bagai nak rak tapi kerja tahap tu jugak.

Sebenarnya, apa-apa pun berbalik kepada lumrah yang sama, sebab seekor kerbau, semuanya terpalit, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebab upline-upline yang tak bertanggungjawab menyebarkan dakyah dengan cara yang salah, upline-upline lain yang jujur pun kena tempias jugak, company pun kena jugak. Memang tak dinafikan ada company yang penipu, tapi bukan semua.

Aku mintak kalau ada kemusykilan, kena bertanya. Kalau tak sesat jalan. Wallahualam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(am_eniey @ Dec 13 2008, 08:52 AM) <{POST_SNAPBACK}>
kalau ada produk, bukak la retail shop, buat la mcm betul2 bisnes, jangan nak ambik orang bawah.

Kita try fokus kepada MLM yang jujur ler, senang nak bincang, kalau yang penipu tu, memanglah penipu.

Pasal retail shop, memang ada company yang bukak outlet. Pasal orang bawah, mula-mula kena definisikan dulu maksud dan fungsi mereka yang dikatakan "orang bawah", dalam MLM dipanggil downline. Kalau kita kaitkan dengan situasi perniagaan konvensional, contoh kita ambik hirarki dalam supermarket. Bukankah promoter, cashier, storekeeper dan sebagainya dikira sebagai "orang bawah"? Atas diorang ada supervisor, manager dan lain-lain, dan mereka ni pada yang sama juga merupakan "orang bawah" kepada bos besar supermarket tersebut. Itulah persamaannya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
cashier,promoter etcetc, tak perlu bayar yuran dan tak rugi apa2 kalau mereka berhenti. jangan samakan pekerja dan orang bawah MLM. mereka juga tak perlu bayar harga di supermarket dengan harga yang tinggi.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(am_eniey @ Dec 13 2008, 09:05 AM) <{POST_SNAPBACK}>
cashier,promoter etcetc, tak perlu bayar yuran dan tak rugi apa2 kalau mereka berhenti. jangan samakan pekerja dan orang bawah MLM. mereka juga tak perlu bayar harga di supermarket dengan harga yang tinggi.

Sebab tak dapat membezakan persamaan tu lah yang menyebabkan kemusykilan terjadi. Kita kait dari contoh rugi ler senang. Kita gunakan terma "pekerja", kalau mereka berhenti adakah mereka rugi? Rugi jugak, duit gaji dah tak dapat lagi untuk bulan akan datang, nak pulak kena cari kerja lain, rugi jugak tu, kena masa ekonomi sakit, nak cari kerja baru pun kekadang susah. Konsepnya sebenarnya sama, cuma bentuknya saja berbeza.

Share this post


Link to post
Share on other sites
nak masuk jadi ahli kena bayaq yuran tinggi2, nak masuk kerja Tesco, tak perlu bayaq apa2.....kalau pekerja Tesco nak masuk tesco kena bayaq yuran.....takdak pekerja la Tesco tu...baca saja post2 dari kat atas2 tu...kalau MLM ni jadi kaya, takdak orang la dalam Malaysia ni belajaq tinggi2 cari kerja ! paham ?

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(am_eniey @ Dec 13 2008, 09:48 AM) <{POST_SNAPBACK}>
nak masuk jadi ahli kena bayaq yuran tinggi2, nak masuk kerja Tesco, tak perlu bayaq apa2.....kalau pekerja Tesco nak masuk tesco kena bayaq yuran.....takdak pekerja la Tesco tu...baca saja post2 dari kat atas2 tu...kalau MLM ni jadi kaya, takdak orang la dalam Malaysia ni belajaq tinggi2 cari kerja ! paham ?

MLM yang jujur tak mengenakan yuran yang tinggi. Kalau dikenakan yuran yang tinggi, ada dua sebab je. Samada company MLM tu sendiri tak jujur, atau upline yang tipu. Dan lagi, tinggi rendah yuran tu adalah sesuatu yang relatif, bermakna orang kaya mungkin akan menganggap yuran RM500 tu rendah, dan orang sederhana akan anggap yuran RM100 tu tinggi. So tolong definisikan maksud "tinggi" tu dahulu. Berdasarkan pengalaman sendiri, yuran yang aku pernah kena tak sampai RM80 untuk setahun, pastu lepas register siap dapat barang, kalau barang tu nilai RM50, yuran kira RM30 je ler sebab 80-50=30, contohnya. Kalau bercerita tentang rasional yuran, standard ler tu. Masuk sesetengah persatuan pun kena yuran, masuk jadi sesetengah ahli kelab pun kena yuran. Pointnya, bukan kena tak kena yuran, tapi nilai yuran tu sendiri.

Kalau MLM jadi kaya? Memang boleh jadi kaya, sapa kata tak boleh. Tapi jual karipap tepi jalan pun boleh jadi kaya (kalau tau caranya), jual air pasar malam pun boleh jadi kaya (kalau tau caranya), jual insurans pun boleh jadi kaya (kalau tau caranya). Pendek kata, buat apa pun boleh jadi kaya, so isu kaya tak kaya tu bukan pointnya. MLM hanyalah satu lagi option dalam cabangan perniagaan, hakikatnya sama saja.

Share this post


Link to post
Share on other sites
yuran tinggi tu maksudnya kena bayaq yuran rm1000 pada produk yang berharga rm500....orang kaya raya pun kata bayaran ni tinggi, kalau beli gula2 hacks yang sepatutnya 5sen satu tapi kena bayar 50 sen, jutawan pun kata mahal !

Share this post


Link to post
Share on other sites
ak pernah dipaksa secara halus untuk masuk Luxor

rm1500 beb!!mane ler ak ade duit time tu

da lar baru balek plkn,duet pon tarak

member ak sampai pinjam duit mak dye sebab join luxor ni

kate leh pakai skyline lar...

sekarang...lalala jela..haha

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(am_eniey @ Dec 13 2008, 10:13 AM) <{POST_SNAPBACK}>
yuran tinggi tu maksudnya kena bayaq yuran rm1000 pada produk yang berharga rm500....orang kaya raya pun kata bayaran ni tinggi, kalau beli gula2 hacks yang sepatutnya 5sen satu tapi kena bayar 50 sen, jutawan pun kata mahal !

Haaa, kalau macam tu, macam la yang aku cakap kat tadi. Dua kemungkinan tersebut, samada company MLM tu yang penipu, atau company jujur tapi upline tu yang tipu. So memang dah kena tipu la kiranya tu. smile.gif

Apa yang aku cuba utarakan adalah konsep asas yang aku dah bagitau, konsep kerbau dan nila tu.

QUOTE(Fen-D @ Dec 13 2008, 10:14 AM) <{POST_SNAPBACK}>
ak pernah dipaksa secara halus untuk masuk Luxor

rm1500 beb!!mane ler ak ade duit time tu

da lar baru balek plkn,duet pon tarak

member ak sampai pinjam duit mak dye sebab join luxor ni

kate leh pakai skyline lar...

sekarang...lalala jela..haha

Kalau kes Luxor, dari pengamatan aku adalah disebabkan kesilapan ramai upline dia dalam menyebarkan maklumat. Bukan nak memburukkan company, tapi banyak company jujur jatuh disebabkan upline buat hal.

Yang kita ni pun kekadang satu hal. Katakanlah upline tu kata kat kita yuran RM1000, kekadang kita bukannya nak pi talipon HQ company mintak confirmation dan penjelasan, dengar je cakap upline. Kena le selidik dulu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
dak MLM ni jugak myebabkan aku ilang membe.... penah skali aku awak g main futsal.. team aku tanya "pehal ko bawak brade bisnes ni..? abeh sume membe aku dier nak bsyarah.." pastu kalu aku g main futsal lg.. mesti membe aku ty "ko bawak dak bisnes tu ke..? dak2 aku ni dah myampah.. selagi xkata setuju selagi tu la dier ceramah..."

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kesian jugak dengar mereka yang pernah kena tipu atas nama MLM. Itulah yang terjadi bila yang sampai kat diorang tu "the dark side of MLM". Personally, aku akui memang banyak MLM yang penipu, tapi untuk aku sendiri yang pernah buat benda ni, aku tak mampu nak anggap semua MLM tu penipu, sebab benda yang aku pernah buat dulu ni dah banyak ajar dan tolong aku. Kenapa aku tak kaya, bukan sebab company tu tipu, tapi aku je yang pemalas dan rasa bosan. rolleyes.gif Aku ada gak buat sale, merasa jugak bonus, tapi apa yang aku dapat tu berbaloi ler dengan tahap usaha aku tu.
QUOTE(sh4m @ Dec 13 2008, 11:34 AM) <{POST_SNAPBACK}>
dak MLM ni jugak myebabkan aku ilang membe.... penah skali aku awak g main futsal.. team aku tanya "pehal ko bawak brade bisnes ni..? abeh sume membe aku dier nak bsyarah.." pastu kalu aku g main futsal lg.. mesti membe aku ty "ko bawak dak bisnes tu ke..? dak2 aku ni dah myampah.. selagi xkata setuju selagi tu la dier ceramah..."

Tu kesilapan lazim yang banyak upline buat. Upline aku dulu ajar aku, bila kita promote kat orang, kita promote sekali je, kalau dia tolak, pi cari orang lain, jangan dok pi kenen-kenen, kalau member, member pun jadi nyampah kat kita. Personally, kalau tanya aku, aku pun fedup kalau asyik jumpa asyik nak cerita MLM je. Edited by Sir Pyan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...