Jump to content
am_enieyâ„¢

Gerakan Anti-MLM

Recommended Posts

ni adalah pandangan pribadi aku mengenai piramid...

bentuk piramid ni sume org tau, tapak besar, puncak kecik... dalam sistem piramid, duit mengalir dari orang bawah kepada orang atas... iaitu dari tapak piramid yg besar ke puncak piramid yg kecik...

apabila seseorang tu join ke dalam sistem, die akan bayar yuran pendaftaran dan bayaran2 lain untuk produk dan akan diletakkan di tapak piramid yg paling bawah... duit yg dibayar itu akan mengalir kepada orang atas2 die sehingga ke puncak piramid... level die akan meningkat sedikit apabila berjaya mendapatkan tapak baru untuk piramidnya sendiri iaitu dengan mencari downline...

sekiranya seseorang itu gagal membuat tapak piramidnya, die akan mengalami kerugian kerana tiada duit yg mengalir kepadanya, sedangkan duit modalnya sudah mengalir ke puncak piramid...

dalam sistem piramid, hampir semua duit mengalir dalam sistem itu sahaja, dari tapak ke puncak... fresh money dari luar yg masuk ke system hampir takde....

tu ler lebih kurang pemahaman aku.. so, aku dengan rendah dirinya membuka perbincangan ini kepada orang2 yg "panjang akal", orang yg "berfikir sebelum buat kenyataan" ataupun sesiapa sahaja yg sudi berbincang secara ilmiah disini... hehehe... laugh.gif Edited by Ahmad2007

Share this post


Link to post
Share on other sites
kesian MLM telah disalahtafsirkan.

sistem piramid=cuba bayangkan dlm otak adik2 mcmna bentuk piramid biggrin.gif

ertinya :org yg diatas puncak akan trus berkuasa(kaya) dgn mengharapkan kekuatan (keringat/modal/duit) dari org bawahan. >>> sistem ini salah ye adik2.

MLM= multi level marketing= cuba bayangkan dlm otak adik2 mcmna bentuk tangga, atau adik2 leh bayangkan level2 yg ada dlm game yg adik2 selalu main. biggrin.gif cth : game NFS undercover.

ertinya: siapa2 yg berusaha dgn gigih, maka dia akan sampai ke atas dahulu (naik level la tu) so, tiada siapa yg berkuasa dgn mengharapkan kekuatan org lain.
(mcm main NFS undercover la, si ABU dh main smpai wheelman 10 tp sb bengap sgt bawak keta, si ABU xdpt2 naik ke level 11. tp si ALI yg baru main game ni dh sampai wheelman 15 sb dia pandai bawak keta...walaupun ABU yg main game ni dulu...

tarak phm lagi ka?

xdapek den nk nolong...den baco jo la.... tongue.gif



Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(frostmourne @ Dec 14 2008, 06:55 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Nampaknya ahmad2007 beriya2, hantar la surat rasmi ke KPDNHEP. jangan lupa screenshot surat rasmi tu untuk rujukan warga putera. wink.gif
kalau betul2 nak banteras MLM, kite banteras cara profesional dan dengan cara yang betul melalui saluran yang tepat. so tunggu apa lagi, tempat untuk bermula dalam gerakan ni aku dah kasi.
ataupun kalau rasa tak cukup berani nak hantar surat rasmi ke KPDNHEP menggunakan nama sebenar, bleh hantar cadangan Gerakan Anti-MLM melalui email KPDNHEP : [email protected].. so bleh guna nama samaran @ nickname. biggrin.gif
untuk lebih berkesan, daftarkan secara sah Gerakan Anti-MLM menjadi sebuah persatuan, mungkin Persatuan Anti-MLM atau Persatuan dan Gerakan Anti-MLM Malaysia. Secara logik dan berdasarkan keadaan, suara individu kurang dilayan oleh Kementerian melainkan melalui Persatuan diiktiraf, sah dan berdaftar. wink.gif


err.. jangan salah faham ye.. thread starter maybe nak menubuhkan Gerakan Anti-MLM, tapi aku tak join dan aku takkan join... so, jangan mention name aku dalam gerakan untuk menghapuskan MLM yer... rolleyes.gif

aku cuma lebih suke berbincang dan berforum serta bertukar2 pendapat... sebab tu aku masuk forum dan banyak utarakan pendapat aku mengenai sesuatu isu dan mendengar hujah2 dari orang lain juga... harap boleh bezakan yer...

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau camtu tak payah la ajak orang pegi tanya2 leader MLM memandangkan ko hanya nak berbincang dan bertukar pendapat wink.gif

anyway, mana TS?

penerangan ringkas dan mudah difahami dari roronoazoro sedikit sebanyak membantu untuk beri gambaran ringkas piramid dan MLM.

tambahan ringkas dari aku.. salah satu kaedah MLM, A adalah upline, B adalah downline. Katakan A berhenti buat dan B terus buat bersungguh2, A tidak akan dapat apa2 manakala B akan mendapat pendapatan setimpal atas usahanya. katakan C berada di bawah B, dan kerja C lebih hebat dari kerja B, C akan mendapat pendapatan yang lebih walaupon berada di bawah B yang merupakan uplinenya. katakan di bawah C ada D, dan dibawah D ada E dan di bawah E ada F dan daripada kesemua ni usaha F paling hebat. so, pendapatan F lebih tinggi dari pendapatan A,B,C,D dan E. so celah mana piramid wujud dalam sistem macam ni?

dalam piramid, A adalah upline, B adalah downline. Katakan A berhenti buat dan B terus buat bersungguh2, A tetap menjana pendapatan hasil kerja B dan B mempunyai pendapatan yang lebih rendah dari A. katakan C berada di bawah B, A tetap mempunyai income tertinggi diikuti B dan C. katakan di bawah C ada D, dan dibawah D ada E dan di bawah E ada F, income paling tinggi adalah A dan income terendah adalah F. so di sini terjadi piramid. Edited by frostmourne

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(roronoazoro @ Dec 14 2008, 08:37 PM) <{POST_SNAPBACK}>
kesian MLM telah disalahtafsirkan.

sistem piramid=cuba bayangkan dlm otak adik2 mcmna bentuk piramid biggrin.gif

ertinya :org yg diatas puncak akan trus berkuasa(kaya) dgn mengharapkan kekuatan (keringat/modal/duit) dari org bawahan. >>> sistem ini salah ye adik2.

MLM= multi level marketing= cuba bayangkan dlm otak adik2 mcmna bentuk tangga, atau adik2 leh bayangkan level2 yg ada dlm game yg adik2 selalu main. biggrin.gif cth : game NFS undercover.

ertinya: siapa2 yg berusaha dgn gigih, maka dia akan sampai ke atas dahulu (naik level la tu) so, tiada siapa yg berkuasa dgn mengharapkan kekuatan org lain.
(mcm main NFS undercover la, si ABU dh main smpai wheelman 10 tp sb bengap sgt bawak keta, si ABU xdpt2 naik ke level 11. tp si ALI yg baru main game ni dh sampai wheelman 15 sb dia pandai bawak keta...walaupun ABU yg main game ni dulu...

tarak phm lagi ka?

xdapek den nk nolong...den baco jo la.... tongue.gif



iyer cik abang.. kesian MLM disalah tafsir... ahakss... disinilah cik abang boleh membetulkan salah tafsir tersebut.. huhuhu... laugh.gif

bang, kalo konsep tangga, orang yg berusaha keras untuk menaiki tangga satu step tu memerlukan anak tangga lain dibawahnya untuk dipijak bagi membolehkan die naik satu step kan??? tapi saiz tangga kat bawah, dimensi die lebih kurang jer ngan dimensi tangga kat atas... dalam MLM, skadar dapat satu downline boleh ker nak naik satu level??? atau memerlukan satu group peserta menjadi downline die baru boleh menjadi "anak tangga" untuk dipijak untuk naik ke step yg seterusnya??

satu group (katakan 10 orang) yg baru masuk ni telah mengeluarkan duit die dan mengalir ke orang2 atas, membolehkan upline die naik tangga satu step... sorang berjaya, 10 orang lum balik modal lagi...

ok, kite ke tangga bawah pulak dengan konsep sama... 10 orang ni naik lagi 1 step sebab 10 orang ni dah berjaya rekrut lagi 10 orang untuk setiap individu... skang 11 orang berjaya, 100 orang masih lum balik modal...

tangga seterusnya, 10 orang lagi masuk untuk setiap individu, menjadikan 111 orang berjaya, 1,000 orang masih lum balik modal... alamak.. bang zoro, adik nampak bentuk piramid la.. ekekekeke... laugh.gif



QUOTE(frostmourne @ Dec 14 2008, 08:52 PM) <{POST_SNAPBACK}>
kalau camtu tak payah la ajak orang pegi tanya2 leader MLM memandangkan ko hanya nak berbincang dan bertukar pendapat wink.gif

anyway, mana TS?


sebab ade yg mintak bukti, sebab tu ler aku ajak untuk cari testimonial..hehehe... aku dengan pendapat aku jer, dan aku suke dengar pendapat orang lain mengenai isu yg aku join discussion.... TS aku tak tau... huhuhu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
semua orang bermula dari bawah dan takde yang menyertai MLM terus jadi leader. sehebat mana leader tu sekalipun, dia bermula daripada kosong. setiap orang melalui perkara yang sama. bezanya, sape yang mempunyai ilmu, communication skill dan jalan kerja yang baik, dia akan berjaya lebih awal tak kire dia adalah downline ataupun upline.

dalam bisnes konvensional, sebuah kilang tidak akan maju tanpa 10 pemborong. 10 pemborong takkan maju tanpa 100 peniaga. 100 peniaga takkan maju tanpa 1000 pembeli/pengguna.

1 boss kontrol 3 manager, 3 manager control 6 supervisor, 6 supervisor control 12 kuli.

pengerusi kelab bagi arahan kat ajk, ajk kasi arahan kat ahli-ahli biasa, ahli-ahli biasa buat keje. dan kelab tu menang pertandingan. yang dapat nama pengerusi.

gol keeper penat2 jaga tiang gol dari bolos, pemain defence penat halang orang masuk kawasan penalti, midfielder penat2 gelecek bola, striker sentuh sekali terus gol. striker nama menjulang2 gaji paling mahal.

abis tu sume nampak piramid kalau ko terus fikir camni. adoii... letih nyer.. ko google la senang. bila mindset dah set memang anti, terang ikut celah mana pon akan dapat jawapan yang sama. Edited by frostmourne

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(frostmourne @ Dec 14 2008, 08:59 PM) <{POST_SNAPBACK}>
semua orang bermula dari bawah dan takde yang menyertai MLM terus jadi leader. sehebat mana leader tu sekalipun, dia bermula daripada kosong. setiap orang melalui perkara yang sama. bezanya, sape yang mempunyai ilmu, communication skill dan jalan kerja yang baik, dia akan berjaya lebih awal tak kire dia adalah downline ataupun upline.

dalam bisnes konvensional, sebuah kilang tidak akan maju tanpa 10 pemborong. 10 pemborong takkan maju tanpa 100 peniaga. 100 peniaga takkan maju tanpa 1000 pembeli/pengguna.


dalam MLM mmg masuk dan mula dari bawah, seperti contoh tadi la, orang yg masuk, diletakkan di tapak piramid...

dalam bisnes konvesional (berdasarkan contoh saudara frostmourne diatas), kelihatan seperti ade hieraki jugak, atas skali kilang, pastu pemborong, peniaga dan pengguna... tetapi seseorang individu itu boleh memilih "watak" kilang, atau jadi peniaga atau pemborong selain memegang watak pengguna, iaitu pengguna ialah di hieraki terakhir... tetapi tidak MLM, dimana kalo baru jer masuk, mesti berada di tapak dulu sehingga dapat satu group untuk die jadikan tapak die...

btw, thanx frostmourne, pendapat anda ade jugak relevannya.. laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(frostmourne @ Dec 14 2008, 08:59 PM) <{POST_SNAPBACK}>
semua orang bermula dari bawah dan takde yang menyertai MLM terus jadi leader. sehebat mana leader tu sekalipun, dia bermula daripada kosong. setiap orang melalui perkara yang sama. bezanya, sape yang mempunyai ilmu, communication skill dan jalan kerja yang baik, dia akan berjaya lebih awal tak kire dia adalah downline ataupun upline.

dalam bisnes konvensional, sebuah kilang tidak akan maju tanpa 10 pemborong. 10 pemborong takkan maju tanpa 100 peniaga. 100 peniaga takkan maju tanpa 1000 pembeli/pengguna.


Betul apa yang frostmourne katakan tu,aku sokong...Bro Ahmad,aku mintak maaf pasal ayat kat atas tu.Harap ko tak amik hati sangat,aku cuma menegur saje.Maaf yea... smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku tambah lagi tu. baca balik post aku kat atas. pastu ko huraikan la balik beza yang bleh dibuat dengan MLM.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(frostmourne @ Dec 14 2008, 08:59 PM) <{POST_SNAPBACK}>
1 boss kontrol 3 manager, 3 manager control 6 supervisor, 6 supervisor control 12 kuli.

abis tu sume nampak piramid kalau ko terus fikir camni. adoii... letih nyer.. ko google la senang. bila mindset dah set memang anti, terang ikut celah mana pon akan dapat jawapan yang sama.


dalam contoh diatas, seseorang itu boleh memilih untuk tidak jadi kuli... contohnya sombody yg ade kelayakkan, trus jer boleh masuk jadi supervisor... dalam MLM, nak masuk wajib berada di level paling bawah...

hahaha.. releks la wei... best dengar contoh2 yg ko bagi... laugh.gif

QUOTE(ogGY @ Dec 14 2008, 09:11 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Betul apa yang frostmourne katakan tu,aku sokong...Bro Ahmad,aku mintak maaf pasal ayat kat atas tu.Harap ko tak amik hati sangat,aku cuma menegur saje.Maaf yea... smile.gif


no problem bro...

peace.. laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
aik 1 je ke? banyak aku kasi tu. nak jugak aku tengok pandangan dan pendapat bernas dari ko.

ada kelayakan terus duduk atas walaupon takde pengalaman.. contoh fresh graduate.. tahu teori itupun cuma menghafal time final exam, tapi bila beri praktikal, tak tau. tapi orang yang banyak pengalaman praktikal duduk bawah sebab takde kelayakan? contoh juruteknik bawahan yang dah 20tahun kerja dan pakar dalam mengendalikan bidang yang diceburi secara praktikal.
kerja fresh graduate tu cuma sain tu sain ni, arah org bawah. yang bersusah payah menggunakan kepakaran dan ilmu yang ada adalah juruteknik bawahan yang bekerja 20 tahun tu.
pastu fresh graduate gaji rm3k, juruteknik bawahan tu gaji rm1.5k.

lagi tak adil.

dalam MLM, setakat downline ramai, tapi upline tu takde ilmu dan pengetahuan yang cukup, jangan mimpi nak berjaya. Edited by frostmourne

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(frostmourne @ Dec 14 2008, 08:59 PM) <{POST_SNAPBACK}>
pengerusi kelab bagi arahan kat ajk, ajk kasi arahan kat ahli-ahli biasa, ahli-ahli biasa buat keje. dan kelab tu menang pertandingan. yang dapat nama pengerusi.

gol keeper penat2 jaga tiang gol dari bolos, pemain defence penat halang orang masuk kawasan penalti, midfielder penat2 gelecek bola, striker sentuh sekali terus gol. striker nama menjulang2 gaji paling mahal.


wah, ade contoh lagi... laugh.gif

dalam organisasi kelab, adakah sejarah pengerusi kelab itu, mula jadi ahli2 biasa, berusaha (bukan berusaha cari ahli kelab kan??) dan jadi AJK, berusaha lagi dan jadi Pengerusi??? kalo ramai orang usaha nanti ramai la pengerusi yer??? satu persatuan ade 10 pengerusi, sebab sume rajin berusaha... hehehe... rasenye kalo dah layak tu, trus jer jadi pengerusi atau AJK... tak perlu mula dari level bawah...

gol keeper?? err.. camner ek??? gol keeper kene rekrut ahli tak??? blink.gif hehehe... Edited by Ahmad2007

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE
bang, kalo konsep tangga, orang yg berusaha keras untuk menaiki tangga satu step tu memerlukan anak tangga lain dibawahnya untuk dipijak bagi membolehkan die naik satu step kan??? tapi saiz tangga kat bawah, dimensi die lebih kurang jer ngan dimensi tangga kat atas... dalam MLM, skadar dapat satu downline boleh ker nak naik satu level??? atau memerlukan satu group peserta menjadi downline die baru boleh menjadi "anak tangga" untuk dipijak untuk naik ke step yg seterusnya??


sb itula PURE MLM ada jual barang. (home party, ubat gigi, ubat ketiak, ubat muka etc...) so ko dpt point, xyh bergantung pada downline. downline pon xyh bergantung pada upline sb point leh dpt DGN MENJUAL BARANG.

sistem piramid xd jual barang lor..jual air liur (kelentong)

biggrin.gif

Edited by roronoazoro

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (Ahmad2007 @ Dec 14 2008, 09:23 PM) <{POST_SNAPBACK}>
wah, ade contoh lagi... laugh.gif

dalam organisasi kelab, adakah sejarah pengerusi kelab itu, mula jadi ahli2 biasa, berusaha (bukan berusaha cari ahli kelab kan??) dan jadi AJK, berusaha lagi dan jadi Pengerusi??? kalo ramai orang usaha nanti ramai la pengerusi yer??? rasenye kalo dah layak tu, trus jer jadi pengerusi atau AJK... tak perlu mula dari level bawah...


oppss.. yer, setiap pengerusi bermula dari bawah. contoh kite tengok kat sekolah2. takkan ada kelab yang dipengerusikan oleh student form 1, tapi ahli2 bawahan adalah form 5. kesemuanya adalah senior yang akan jadi pengerusi dan jawatan penting. sebabnya adalah faktor pengalaman dan ilmu yang dikumpul..

dan sesorang pengerusi tu jadi pengerusi adalah hasil sokongan org bawahan dan ahli2 kelab. kalau sesorang tu jadi pengerusi tanpa sokongan, alamatnya bungkus la sesebuah kelab tu.. kenapa perlu ramai pengerusi sedangkan dalam mana2 organisasi pengerusi dipilih berdasarkan suara bulat ahli2.. bkannyer berdasarkan usaha.

lawak tol. tadi ko cakap nak berbincang secara ilmiah. so patuhi etika berforum secara ilmiah. sila gunakan satu sahaja simbol '?' kalau nak bertanya.
persoalannya sekarang, ko tak paham piramid tu apa dan ko anggap apa yang ko paham tu adalah betul. so, dah 2,3 orang terangkan pasal piramid tu apa dan ko still dengan pendirian ko. so tak yah bincang lagi senang sebab ko dah set kan minda ko, ko adalah betul. so, no need bincang apa2 sebab perbincangan harus terbuka dan bersedia menerima pendapat dan bukan membalas pendapat dengan cara yang jelas menunjukkan ko rasa ko betul.

huhuhu.. gunakan google la senang. search keyword ni : MLM vs Pyramid Scheme atau Multilevel Marketing vs Pyramid Scheme. silakan.
kalau ko betul2 baca aku rasa ko akan ambik masa untuk faham setiap web hasil keyword yg aku kasi dan tak perlu reply post kat sini setiap selepas seminit org lain post. kan? Edited by frostmourne

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(frostmourne @ Dec 14 2008, 09:17 PM) <{POST_SNAPBACK}>
aik 1 je ke? banyak aku kasi tu. nak jugak aku tengok pandangan dan pendapat bernas dari ko.

ada kelayakan terus duduk atas walaupon takde pengalaman.. contoh fresh graduate.. tahu teori itupun cuma menghafal time final exam, tapi bila beri praktikal, tak tau. tapi orang yang banyak pengalaman praktikal duduk bawah sebab takde kelayakan? contoh juruteknik bawahan yang dah 20tahun kerja dan pakar dalam mengendalikan bidang yang diceburi secara praktikal.
kerja fresh graduate tu cuma sain tu sain ni, arah org bawah. yang bersusah payah menggunakan kepakaran dan ilmu yang ada adalah juruteknik bawahan yang bekerja 20 tahun tu.
pastu fresh graduate gaji rm3k, juruteknik bawahan tu gaji rm1.5k.

lagi tak adil.

dalam MLM, setakat downline ramai, tapi upline tu takde ilmu dan pengetahuan yang cukup, jangan mimpi nak berjaya.


ooo.. sistem konventional tak adil.. MLM adil... maknenye MLM berbeza dengan sistem konventional la kan???, so, takleh la kite nak samakan MLM dengan sistem bisnes konventional kan??? ooo.. maknenye contoh2 yg diberikan sebelum2 ni seperti pemborong, peniaga, manager, supervisor dan sebagainya tu tak valid la yer?? sebab ia tak sama ngan MLM.. kan??? laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (Ahmad2007 @ Dec 14 2008, 09:29 PM) <{POST_SNAPBACK}>
ooo.. sistem konventional tak adil.. MLM adil... maknenye MLM berbeza dengan sistem konventional la kan???, so, takleh la kite nak samakan MLM dengan sistem bisnes konventional kan??? ooo.. maknenye contoh2 yg diberikan sebelum2 ni seperti pemborong, peniaga, manager, supervisor dan sebagainya tu tak valid la yer?? sebab ia tak sama ngan MLM.. kan??? laugh.gif

aku cakap pasal organisasi pekerjaan dan bkan bisnes konvensional. weh google la senang lawak la layan ko. malas la nak reply post ko sorang jer. buang masa.
aku masuk putera carik info komputer, layan topik sembang ni pon saje2 je. huhuh. wassalam.
rujuk post aku kat atas, aku ada kasi keyword utk ko search kat google.

semangat tol ahmad ni tak sampai seminit orang reply, die dah post. huhuhuh bagus ada forumer semangat camni, tapi takkan stick satu topic je.

wassalam. malas nak campur hal takde kene-mengena ngan hidup aku. tunggu orang yang ada kene-mengena reply. ko bincang la ngan diorang secara ilmiah ok.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(frostmourne @ Dec 14 2008, 09:27 PM) <{POST_SNAPBACK}>
oppss.. yer, setiap pengerusi bermula dari bawah. contoh kite tengok kat sekolah2. takkan ada kelab yang dipengerusikan oleh student form 1, tapi ahli2 bawahan adalah form 5. kesemuanya adalah senior yang akan jadi pengerusi dan jawatan penting. sebabnya adalah faktor pengalaman dan ilmu yang dikumpul..

dan sesorang pengerusi tu jadi pengerusi adalah hasil sokongan org bawahan dan ahli2 kelab. kalau sesorang tu jadi pengerusi tanpa sokongan, alamatnya bungkus la sesebuah kelab tu.. kenapa perlu ramai pengerusi sedangkan dalam mana2 organisasi pengerusi dipilih berdasarkan suara bulat ahli2.. bkannyer berdasarkan usaha.

lawak tol. tadi ko cakap nak berbincang secara ilmiah. so patuhi etika berforum secara ilmiah. sila gunakan satu sahaja simbol '?' kalau nak bertanya.


merujuk kepada sistem yg ko cakap sebelum ni, iaitu, MLM adil, sistem konventional tak adil... contoh tu bleh di apply disini, iaitu orang2 yg berpengalaman mungkin ramai dalam tingkatan 5 tu.. tapi sorang jer yg dipilih jadi pengerusi sebab die ramai member, sokongan banyak, mungkin juge ramai lagi yg lebih layak berbanding die... tak adil tu kan??? so, jangan kaitkan dengan MLM sebab MLM adil... laugh.gif

alamak, ejaan pun kene amik kire ker??? huhuhu... ko punye noktah tu ade yg double... ko tak guna hurup besar mase mulakan sesuatu ayat... ko ade campur2 bahase inggeris... contohnya perkataan "so".. dan banyak lagi.... hahaha...




QUOTE(frostmourne @ Dec 14 2008, 09:35 PM) <{POST_SNAPBACK}>
aku cakap pasal organisasi pekerjaan dan bkan bisnes konvensional. weh google la senang lawak la layan ko. malas la nak reply post ko sorang jer. buang masa.
aku masuk putera carik info komputer, layan topik sembang ni pon saje2 je. huhuh. wassalam.
rujuk post aku kat atas, aku ada kasi keyword utk ko search kat google.

semangat tol ahmad ni tak sampai seminit orang reply, die dah post. huhuhuh bagus ada forumer semangat camni, tapi takkan stick satu topic je.

wassalam. malas nak campur hal takde kene-mengena ngan hidup aku. tunggu orang yang ada kene-mengena reply. ko bincang la ngan diorang secara ilmiah ok.


hahaha... ni ler hobi aku kalo dah takde keje.. hahaha...

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(roronoazoro @ Dec 14 2008, 09:24 PM) <{POST_SNAPBACK}>
sb itula PURE MLM ada jual barang. (home party, ubat gigi, ubat ketiak, ubat muka etc...) so ko dpt point, xyh bergantung pada downline. downline pon xyh bergantung pada upline sb point leh dpt DGN MENJUAL BARANG.

sistem piramid xd jual barang lor..jual air liur (kelentong)

biggrin.gif


Bang, stail piramid yg jual air liur ni system zaman lapuk, zaman encik charles ponzi (1920an) yg kemudiannye dipopulerkan oleh encik Osman Hamzah ataupun name glamer die, Pak Man Telo di Malaysia sekitar 1980-an...

skang ni zaman dah berubah, dunia dah maju, skim piramid pun dah berubah wajah, tak pakai air liur dah, pakai jari jer, iklan kat website pribadi dan forum2... hahaha... akhir tahun 2007 dan awal 2008 kan banyak syarikat yg dipercayai menjalankan skim "piramid bertopengkan MLM" (kasi abang sedap dengar sket istilah ni... hehehe) ni dibekukan oleh bank negara??? sume syarikat2 ni ade produk... contohnya alat penjimat minyak dari jerman, lembu kambing cyber dan sebagainya....

err.. aku tak mention name kompeni mane2 yer, so, jangan terase... aku bagi contoh jer tu... huhuhu... Edited by Ahmad2007

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Ahmad2007 @ Dec 14 2008, 10:02 PM) <{POST_SNAPBACK}>
hahaha... akhir tahun 2007 dan awal 2008 kan banyak syarikat yg dipercayai menjalankan skim "piramid bertopengkan MLM" (kasi abang sedap dengar sket istilah ni... hehehe) ni dibekukan oleh bank negara??? sume syarikat2 ni ade produk...

itu bukan syarikat MLM. tu skim pelaburan. itu investment. anda bercampur aduk dan tak faham ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites
hahaha...mmg ada barang. tp xjual barang tu. hanya hiasan je...ya aku setuju dgn contoh ko bg tu pasal alat jimat minyak, lembu kambing tu..mmg mereka mempergunakan itu semua utk kaburkan mata mangsa.

jadi leh disimpulkan disini:

sistem piramid= ada barang, tp xjual barang selalu mangsa disogokkan utk pakai sendiri barang tu atau upline suruh simpan barang bawah katil (ni yg aku ckp air liur)

MLM= ada brang, dan kita jual barang tu dan kita dapat point dan untung(duit) diatas barang itu. (ini yg org malas nk wat tongue.gif)

harap phm.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(elliez @ Dec 14 2008, 10:05 PM) <{POST_SNAPBACK}>
itu bukan syarikat MLM. tu skim pelaburan. itu investment. anda bercampur aduk dan tak faham ni.


err... bukan aku yg berikan istilah MLM tu, syarikat itu sendiri yg memberikan Istilah tu, iaitu mereka adalah syarikat berasaskan MLM... takkan pemilik syarikat kate MLM, aku yg takde kene mengena nak cakap die syarikat jual insurans??? laugh.gif ker elliez yg sangat memahami serta tidak bercampur aduk ni nak cakap ni kompeni jual besi buruk??? hahaha...

ok la, sebagai contoh, sila refer thread ni:

http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=31936

kalo tak sebab MLM, takkan diorang kecoh pasal lesen AJL??? err.. elliez tau kan ape itu AJL???

QUOTE(roronoazoro @ Dec 14 2008, 10:11 PM) <{POST_SNAPBACK}>
hahaha...mmg ada barang. tp xjual barang tu. hanya hiasan je...ya aku setuju dgn contoh ko bg tu pasal alat jimat minyak, lembu kambing tu..mmg mereka mempergunakan itu semua utk kaburkan mata mangsa.

jadi leh disimpulkan disini:

sistem piramid= ada barang, tp xjual barang selalu mangsa disogokkan utk pakai sendiri barang tu atau upline suruh simpan barang bawah katil (ni yg aku ckp air liur)

MLM= ada brang, dan kita jual barang tu dan kita dapat point dan untung(duit) diatas barang itu. (ini yg org malas nk wat tongue.gif)

harap phm.


yer la abg zoro... btul tu..

wokey.. i rest my case... laugh.gif

p/s: biasanya orang masuk MLM bukan sebab nak jual barang, tetapi sebab berminat dengan sistem die, iaitu cari downline ramai2, pastu "naik pangkat"... same jugak dengan sistem piramid yg abg zoro cakap kat atas tu, orang join sebab nakkan system, lagi ramai orang bawah, lagi banyak orang atas dapat duit... produk tu buat perhiasan jer, sebab kate abang zoro, jual produk ni ramai org malas nak wat... ade persamaan kan untuk kedua2 kes ini???

Edited by Ahmad2007

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE
err... bukan aku yg berikan istilah MLM tu, syarikat itu sendiri yg memberikan Istilah tu, iaitu mereka adalah syarikat berasaskan MLM... takkan pemilik syarikat kate MLM, aku yg takde kene mengena nak cakap die syarikat jual insurans??? laugh.gif ker elliez yg sangat memahami serta tidak bercampur aduk ni nak cakap ni kompeni jual besi buruk??? hahaha...

ok la, sebagai contoh, sila refer thread ni:

http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=31936

kalo tak sebab MLM, takkan diorang kecoh pasal lesen AJL??? err.. elliez tau kan ape itu AJL???


so skang nk wat Gerakan anti sistem piramid atau Gerakan Anti MLM?

wink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(roronoazoro @ Dec 14 2008, 10:36 PM) <{POST_SNAPBACK}>
so skang nk wat Gerakan anti sistem piramid atau Gerakan Anti MLM?

wink.gif


err.. bang zoro (sajer panggil abang walopun ko baru berusia 23 tahun), statement aku kat atas tu bukan tanda sependapat yer, cuma dah malas bertenggek kat thread ni lame2 jer, sebab tu aku cakap i rest my case... hahaha... kalo ikutkan, ade jer idea nak konar2 nih... huhuhu... tapi aku nak join satu perbincangan yg menarik kat forum sbelah... laugh.gif

kalo ikut thread starter, die nak buat Gerakan Anti MLM... abg zoro join la.. aku tanak... laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
nape perlu konar-konar kalo dh nmpak jalan lurus?

QUOTE
kalo ikut thread starter, die nak buat Gerakan Anti MLM... abg zoro join la.. aku tanak... laugh.gif


mmg ko xphm2...atau saje tanak memahami...

bile masa la aku kata nk join laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(roronoazoro @ Dec 14 2008, 11:09 PM) <{POST_SNAPBACK}>
mmg ko xphm2...atau saje tanak memahami...

bile masa la aku kata nk join laugh.gif


hahaha.. saje jer wat statement camtu.. laugh.gif

kan aku cakap, aku ni suke memberi pandangan dan membaca pandangan korang kat forum ni.. kite bertukar2 pandangan, yg tu aku suke... boleh menambah ilmu... aku amat menghargai sekiranya dengan pandangan orang2 yg pro MLM ni dapat mengubah persepsi aku terhadap MLM yg aku agak skeptikal sehingga kini... lagipun aku mmg suke mengisi mase lapang kat forum... tp aku aktif kat forum lain, so, post aku kat forum ni tak banyak sangat la walopun dah lame register...

p/s: bang zoro, post kat atas tu dah edit.. laugh.gif

pps: perlu konar2 untuk mendapatkan pandangan yg pelbagai dari setiap aspek... Edited by Ahmad2007

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...