mfaizul89 3 Report post Posted November 8, 2008 (edited) Salam'alaik wtb., Saya seringkali ditanya, "Apa itu webhosting?". Soalan ini mungkin kelihatan agak mudah, dan bagi mereka yang sudah sedia ada gambaran mengenainya memang agak mudah untuk dijelaskan. Tetapi, bagi mereka yang masih baru di dalam dunia internet, istilah "webhosting" agak mengelirukan. Saya akan cuba menjelaskan dengan sejelas-jelasnya mengenai, apa itu webhosting. Baiklah, apabila kita mengatakan, kita ingin membina dan memiliki sebuah website. Kita tidak boleh lari dari 3 kompenen asas berikut. 1) Website (Rumah). Secara analoginya, kita boleh menganggap, website itu adalah seperti rumah atau pejabat kita. Untuk membina rumah, kita perlukan, simen, batu-bata, papan, paku, syiling dan sebagainya. Samalah halnya dengan membina website, untuk membina website, kita memerlukan perisian pembangunan web seperti macromedia dreamweaver, microsoft frontpage dan perisian-perisian yang lain. Website kita pula boleh berbentuk html, php,asp dan sebagainya. 2) Nama Domain (Alamat). Nama domain pula boleh dianggap seperti alamat rumah. Nama domain ini anda boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain atau lebih dikenali sebagai "Pendaftar Nama Domain" yang banyak terdapat di internet. Nama domain ini biasanya anda boleh dapati dengan harga serendah RM28+ setahun hinggalah ke RM150+ setahun. Nama domain ini adalah penting untuk memastikan orang ramai boleh memasuki laman web anda. Jika anda tidak mempunyai nama domain, ia adalah seperti anda membina rumah tanpa alamat. Tiada siapa akan datang atau sampai ke rumah anda. Jika anda perlukan nama domain percuma, saya syorkan Co.cc.3) Webhosting (Tapak Rumah). Webhosting pula boleh dianggap sebagai tanah/tapak rumah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah. Oleh itu, anda mesti mempunyai webhosting jika anda ingin memiliki sebuah website. Webhosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan orang ramai boleh akses kepadanya. Oleh itu, anda perlulah meletakkan website anda di webhosting untuk orang ramai mengaksesnya. Itulah penerangan ringkas serta konsep asas bagi webhosting. Antara jenis webhosting yang terkenal ialah webhosting jenis cPanel (http://www.cpanel.net). E-Book belajar mengendalikan cPanel berbayar bg yg mampu klik sini.Website = Rumah / Pejabat Nama Domain = Alamat Rumah/Pejabat Webhosting = Tapak Rumah/Pejabat Harap anda jelas dengan konsep asas di atas. Kini timbul pula persoalan, bagaimana saya ingin mendapatkan webhosting? Oh! Mudah sahaja, anda boleh mendapatkan webhosting dari penyedia-penyedia perkhidmatan webhosting ini di internet. Terdapat beribu-ribu penyedia perkhidmatan webhosting di internet, tempatan mahupun luar negara. Antara penyedia webhosting & nama domain terkemuka di Malaysia ialah:Cubiex CgyNet Namsahaz NetKL Internet-webhosting Baithost Exabytes Sempoihosting e-Hosting DataKL Fivio MercumayaBagi mereka yang mencari penyedia webhosting & nama domain percuma, saya syorkan: 000webhost (Webhosting) Co.cc (Domain name)Pada kebiasaannya, penyedia perkhidmatan webhosting akan membenarkan anda menyewa ruang komputer mereka untuk anda gunakan dan meletakkan website anda. Mereka juga biasanya akan membenarkan anda menggunakan server email serta server database mereka. Bergantung pada pakej yang anda ambil. Terdapat bermacam-macam pakej yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan webhosting ini. Anda perlulah bijak memilih pakej manakah yang sesuai dengan anda. Kenalpasti apakah ciri-ciri yang ingin anda gunakan di dalam website anda. Elakkan daripada membeli pakej-pakej yang terlalu besar yang mungkin anda tidak gunakan. Anda boleh mulakan dengan pakej yang paling kecil dan kemudiannya meng"upgrade" dari semasa ke semasa mengikut keperluan anda. Mari kita lihat beberapa ciri yang biasa terdapat dan disediakan oleh pihak penyedia perkhidmatan webhosting. Ruang Web - biasanya diukur dengan menggunakan MB. Anda perlulah tahu berapa besar ruang yang diperlukan untuk website anda. Untuk mengetahui berapa ruang yang anda gunakan untuk website anda. Anda boleh mencapur kesemua saiz fail html serta fail-fail gambar yang anda gunakan di dalam website anda. Bagi website yang mempunyai 5-10 mukasurat, biasanya, saiz keseluruhan website adalah antara 1-5Mb. Kadar bandwidth sebulan - bandwith ini bolehlah dianggap seperti jalan raya ke rumah anda. Semakin besar bandwidth, semakin besarlah jalan raya ke rumah anda, dan semakin ramailah orang boleh datang ke website (rumah) anda. Pada kebiasaannya, bandwidth sebesar 1Gb sudah mencukupi, tetapi jika website anda menerima kunjungan sehinggan 3-5 ribu orang sebulan, mungkin bandwidth yang lebih besar diperlukan. PHP, ASP, CGI - itu adalah bahasa pengaturcaraan. Jika anda membangunkan website anda dengan menggunakan php, maka, anda perlulah mencari webhosting yang menyokong bahasa pengaturcaraan tersebut. MySQL, Access - ini adalah merupakan pangkalan data. Jika website anda memerlukan database, maka, anda perlulah memilih pakej hosting yang turut menyediakan pangkalan data tersebut. Sesetengah hosting menyediakan pakej pangkalan data "unlimited", bermakna, anda boleh membuat seberapa banyak pangkalan data yang anda mahu. Ada sesetengah pula, hanya membenarkan anda membuat beberapa pangkalan data sahaja. Frontpage Extension - jika website anda dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Microsoft frontpage', anda mungkin memerlukan ciri ini terdapat di dalam pakej webhosting anda. Control Panel - ini adalah ciri penting untuk membolehkan anda mengawal dan mengaturkan(setting) akaun hosting anda. Dengan control panel, anda boleh menguruskan akaun anda dengan hanya menggunakan pelayar internet "browser". Biasanya, anda akan diberikan "username" dan "password" untuk anda memasuki control panel anda. Antara fungsi control panel adalah seperti menghasilkan atau memadam akaun email. Sokongan (suport) - ini adalah ciri penting bagi membantu anda menghadapi apa-apa masalah yang anda hadapi di dalam menggunakan perkhidmatan webhosting tersebut. Ada sesetengahnya membenarkan anda menghantar email kepada mereka jika anda menghadapai masalah, malahan, ada juga yang membenarkan anda ber"chatting" dengan mereka bagi menjawab segala pertanyaan dan masalah anda.Terdapat banyak lagi ciri-ciri yang terdapat di dalam sesebuah webhosting. Tetapi, itulah antara ciri-ciri asas penting yang dapat saya kongsikan bersama anda mengenai webhosting.*updated. Edited November 25, 2008 by mfaiz Quote Share this post Link to post Share on other sites
mfaizul89 3 Report post Posted November 8, 2008 (edited) Antara penyedia webhosting & domain name terkemuka, tempatan (berbayar) ialah:http://www.cubiex.comhttp://www.namsahaz.comhttp://www.internet-webhosting.comhttp://www.exabytes.com.myhttp://www.e-hosting.com.myhttp://www.datakl.cometc...Manakala yg free (suggest utk newbies) :http://www.000webhost.com (Webhosting)http://www.co.cc (Domain name)Belajar mengendalikan cPanel scr berbayar (bg yg mampu) :http://www.belajarcpanel.com Edited November 8, 2008 by mfaiz Quote Share this post Link to post Share on other sites
Jom Cyber 0 Report post Posted November 9, 2008 untuk yg baru berminat mengguna web hosting berbayar, lebih baik cari hosting yang menggunakan control panel directadmin. directadmin lebih mudah digunakan berbanding cpanel. directadmin sungguh mudah sebab itu tak ada yg buat ebuku berbayar cara menggunakan directadmin.demontrasi cpanelhttp://www.newista.com/cpanelflashtutorials.htmlhttp://www.cpanel.net/products/cpwhm/try_cp_whm.htmhttp://cpdemo.2serveu.net/http://demo.cirtexhosting.com/demontrasi directadminhttp://www.directadmin.com/demo.htmlhttp://www.directadmindemo.com/http://www.rackhost.be/en/directadmincontr...eotutorials.phpnota : demo tidak mengandungi fantascio / installron auto installer. Ease of use - DirectAdmin is the easiest to use control panel, period Quote Share this post Link to post Share on other sites
TonikCapGajah2013 175 Report post Posted November 9, 2008 Bagus TS buat penerangan yang cukup jelas. Quote Share this post Link to post Share on other sites
tasek16 82 Report post Posted November 9, 2008 good work mfaiz teruskan usaha anda.... Quote Share this post Link to post Share on other sites
TonikCapGajah2013 175 Report post Posted November 9, 2008 (edited) CODEuntuk yg baru berminat mengguna web hosting berbayar, lebih baik cari hosting yang menggunakan control panel directadmin. directadmin lebih mudah digunakan berbanding cpanel.Cuba bagi contoh webhosting (malaysia) yang offer pekej linux guna directadmin.off//apasal aku tak leh nak send PM ke mfaiz.cadang nak copy artikel nie .. credit to mfaiz Edited November 9, 2008 by P.Ramlie Quote Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted November 9, 2008 Bagus. Teruskan usaha Quote Share this post Link to post Share on other sites
cyberfly 1 Report post Posted November 9, 2008 QUOTE(P.Ramlie @ Nov 9 2008, 09:19 AM) <{POST_SNAPBACK}>CODEuntuk yg baru berminat mengguna web hosting berbayar, lebih baik cari hosting yang menggunakan control panel directadmin. directadmin lebih mudah digunakan berbanding cpanel.Cuba bagi contoh webhosting (malaysia) yang offer pekej linux guna directadmin.off//apasal aku tak leh nak send PM ke mfaiz.cadang nak copy artikel nie .. credit to mfaizcontohnya fivio.com Quote Share this post Link to post Share on other sites
mfaizul89 3 Report post Posted November 10, 2008 QUOTE(P.Ramlie @ Nov 9 2008, 09:19 AM) <{POST_SNAPBACK}>off//apasal aku tak leh nak send PM ke mfaiz.cadang nak copy artikel nie .. credit to mfaizPM saya problem...thats ok... amik jer... Quote Share this post Link to post Share on other sites
mfaizul89 3 Report post Posted November 10, 2008 QUOTE(Jom Cyber @ Nov 9 2008, 09:08 AM) <{POST_SNAPBACK}>untuk yg baru berminat mengguna web hosting berbayar, lebih baik cari hosting yang menggunakan control panel directadmin. directadmin lebih mudah digunakan berbanding cpanel. ...Ease of use - DirectAdmin is the easiest to use control panel, perioderm... so far saya x penah lg pkai DirectAdmin... cuma pnah pkai cPanel jer...klau dilihat directAdmin tu, nak dibandingkan dgn cPanel saya lbih suka cPanel, cPanel nampak lbih user friendly mayb saya dah biasa kot dgn cPanel... Quote Share this post Link to post Share on other sites
amri5987 0 Report post Posted November 10, 2008 Nak tanya.. apa bezanya kalo kita guna hosting free dgn hosting berbayar? Quote Share this post Link to post Share on other sites
kripkorn 1 Report post Posted November 10, 2008 QUOTE(amri5987 @ Nov 10 2008, 01:12 PM) <{POST_SNAPBACK}>Nak tanya.. apa bezanya kalo kita guna hosting free dgn hosting berbayar?banyak beza die,pertama dari segi realibilitykedua dari segi speed and perfomanceketiga xde iklan2 nikeempat customer service die lain Quote Share this post Link to post Share on other sites
mfaizul89 3 Report post Posted November 10, 2008 QUOTE(kripkorn @ Nov 10 2008, 01:53 PM) <{POST_SNAPBACK}>banyak beza die,pertama dari segi realibilitykedua dari segi speed and perfomanceketiga xde iklan2 nikeempat customer service die laindan lagi...- tiada jaminan... Quote Share this post Link to post Share on other sites
kripkorn 1 Report post Posted November 10, 2008 QUOTE(mfaiz @ Nov 10 2008, 03:51 PM) <{POST_SNAPBACK}>dan lagi...- tiada jaminan...gua pun nak ambikla post ni letak dalam portal. tp gua kekalkan copyright die. ok tq Quote Share this post Link to post Share on other sites
mfaizul89 3 Report post Posted November 10, 2008 QUOTE(kripkorn @ Nov 10 2008, 04:35 PM) <{POST_SNAPBACK}>gua pun nak ambikla post ni letak dalam portal. tp gua kekalkan copyright die. ok tqorait, thats ok, take it... Quote Share this post Link to post Share on other sites
kripkorn 1 Report post Posted November 10, 2008 QUOTE(mfaiz @ Nov 10 2008, 05:23 PM) <{POST_SNAPBACK}>orait, thats ok, take it... hangpa x de blog ke? ke layan forum je? Quote Share this post Link to post Share on other sites
mfaizul89 3 Report post Posted November 10, 2008 QUOTE(kripkorn @ Nov 10 2008, 06:15 PM) <{POST_SNAPBACK}>hangpa x de blog ke? ke layan forum je?ada... tp segan la nak bg... he he... Spoiler : http://al-faizun.co.cc (Peribadi)http://easyreload.co.cc (Biz) Quote Share this post Link to post Share on other sites
kluanggirl 0 Report post Posted November 10, 2008 tq artikel berguna nie....Tapi aku tau sikit2 je tentang web hosting nie...aku nak tanya..1.Data-data yang kita upload ke domain kita..data tu disimpan pada harddisk webhosting provider ataupun kat data center spt TM Brickfield atau sebagainya..2.Apa fungsi perkakasan(hardware server spt processor) yang terdapat pada sesetengah webhosting provider?Soalan nie dah lama aku nak tau.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
zarul 0 Report post Posted November 11, 2008 salamada sesapa tau cmner nk upload script ker server/hosting?hrp otai2 dpt membantu Quote Share this post Link to post Share on other sites
kripkorn 1 Report post Posted November 11, 2008 QUOTE(zarul @ Nov 11 2008, 01:28 PM) <{POST_SNAPBACK}>salamada sesapa tau cmner nk upload script ker server/hosting?hrp otai2 dpt membantusaya ada buat coding tu kat web saya Quote Share this post Link to post Share on other sites
mfaizul89 3 Report post Posted November 17, 2008 (edited) Download e-book...*nati ltak balik... Edited November 25, 2008 by mfaiz Quote Share this post Link to post Share on other sites
sawi 16 Report post Posted November 17, 2008 pasal cPanel @ DirectAdmin, sebenarnya bergantung pada user tu macam mana, n dia mula nak belajar guna webhosting dari siapa, dgn GUI apa.cth aku mula godek2 hosting thn 2000, dh dgn cPanel, sampai la sekarang dkt 10 thn dgn cPanel.bila aku sewa satu hosting utk personal di ipserverone dia bg directadmin, aku pening lalat nak guna, dekat setahun pakai aku msh lg takleh jatuh cinta dgn directadmin, so aku matikan akaun kat situ, tukar ke hosting lain.cPanel ada mcm2 skin yg memudahkan kita capai apa kita mahu, boleh sort ikut kategori spt di dalam directadmin. kalau pakai skin yg unsort, dia longgok semua icon, mmg akan rasa susah cari apa kita perlu.walaubagaimanpun kedua duanya ada kelebihan masing2.mintak izin mfaiz utk copy + akan kekalkan link ke web putera sbg sumber asal + kredit to mfaiz @putera.com Quote Share this post Link to post Share on other sites
mfaizul89 3 Report post Posted November 18, 2008 QUOTE(sawi @ Nov 17 2008, 04:06 PM) <{POST_SNAPBACK}>pasal cPanel @ DirectAdmin, sebenarnya bergantung pada user tu macam mana, n dia mula nak belajar guna webhosting dari siapa, dgn GUI apa.cth aku mula godek2 hosting thn 2000, dh dgn cPanel, sampai la sekarang dkt 10 thn dgn cPanel.bila aku sewa satu hosting utk personal di ipserverone dia bg directadmin, aku pening lalat nak guna, dekat setahun pakai aku msh lg takleh jatuh cinta dgn directadmin, so aku matikan akaun kat situ, tukar ke hosting lain.cPanel ada mcm2 skin yg memudahkan kita capai apa kita mahu, boleh sort ikut kategori spt di dalam directadmin. kalau pakai skin yg unsort, dia longgok semua icon, mmg akan rasa susah cari apa kita perlu.walaubagaimanpun kedua duanya ada kelebihan masing2.mintak izin mfaiz utk copy + akan kekalkan link ke web putera sbg sumber asal + kredit to mfaiz @putera.combetul-betul... saya setuju... its depends...thats ok saya izinkan... kekalkan skali link ehem, ehem tu... Quote Share this post Link to post Share on other sites
gmos 1 Report post Posted November 23, 2008 satu penjelasan yang begitu baik tentang apa itu webhosting.tahniah pada pembuka topik Quote Share this post Link to post Share on other sites
johnburn 6 Report post Posted November 23, 2008 Tahniah kpd TS. A very good info Cume nk tnye skit. Adakah peraturan berikut digunakan untk bhgian Ekonomi dan Kerjaya je ke or untuk sume bhgian forum:QUOTEForum ini adalah tempat untuk perbincangan, dan bukan tempat untuk membuat promosi! Anda boleh bentangkan idea, buat review atau buat penerangan tentang sesuatu perkara, tetapi anda tidak dibenarkan secara direct mempromosikan referral link anda. Referral link hanya dibenarkan di dalam signature sahaja. Referral link di dalam posting akan dipadamkan dan jika masih berdegil, sila calonkan diri untuk kena banned.QUOTEAnda juga tidak dibenarkan memapar atau membuat link kepada program affiliate di dalam posting. Referral link hanya dibenarkan di dalam signature sahaja. Referral link di dalam posting akan dipadamkan dan jika masih berdegil, sila calonkan diri untuk kena banned. Quote Share this post Link to post Share on other sites