Jump to content
TJ-Ariff

Politik Kan Sesuatu Isu

Recommended Posts

Sekarang nie, bila kita bersembang aje pasal minyak naik, pasal pembatalan pembelian Helikopter, tentang harga barangan yang tidak turun turun, selalunya ada yang berkata kita telah politikkan isu tersebut.

Jadi disini saya nak tanya, apakah sebenarnya yang dikatakan politik tu?
cuba bagi garis panduan sikit, apa yang dikatakan politik tu, isu tentang perkahwinan mawi boleh ke dipolitikkan ?

silakan..

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku pun tak jelas camana nak 'jelaskan' politik tu...

politik juga adalah satu yang general...cam kat sekolah rendah pun ade politik dia tersendiri..

contohnya, perebutan jawatan tertinggi mungkin dalam PIBG paling senang..masing2 memerlukan pengaruh untuk merebut jawatan tertinggi. Mungkin ni yang dinamakan politik, boleh jadi demi nak dapatkan jawatan, seseorang sanggup untuk menjatuhkan orang lain, takpun mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain dan macam2 lagi yang korang boleh fikir.

ringkasnya, boleh kata politik ni berlaku kat mana2. pejabat, persatuan, bahkan negara.

mungkin aku boleh cakap politik yang sihat dimana berlaku kat amerika skarang ni, walaupun mc cain kalah, dia tetap mengakui kekalahannya. amerika pun dah semakin terbuka, dimana diorang boleh terima kaum lain untuk jadi pemimpin, walaupun ada usaha untuk menggugat kredebiliti obama, cam isu mak sedara dia. senang kata macam ada kesefahaman la...

macamana lak kat malaysia, bukan setakat politik negara je kronik, politik dalaman parti pun memang dah kritikal dah. masing2 nak merebut kuasa, tak kisah cara apa sekalipun.

tu jelah setakat kefahaman aku happy.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(TJ-Ariff @ Nov 6 2008, 10:03 AM) <{POST_SNAPBACK}>
isu tentang perkahwinan mawi boleh ke dipolitikkan ?


Boleh jugak biggrin.gif , kalau ada pihak yang terlebih semangat . Cth camni :

"Hari ni mawi dapat kawin pasal kestabilan ekonomi yang dirancang oleh parti kami blablablablabla , anda fikirkan jika parti lain memerintah dapatkah mawi kawin ?*sambung sembang kebaikan parti sendiri sambil menghentam parti lain* "

atas tu sekadar contoh je , mungkin ada contoh lain yang lagi baik wink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (hampeh @ Nov 6 2008, 02:21 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Boleh jugak biggrin.gif , kalau ada pihak yang terlebih semangat . Cth camni :

"Hari ni mawi dapat kawin pasal kestabilan ekonomi yang dirancang oleh parti kami blablablablabla , anda fikirkan jika parti lain memerintah dapatkah mawi kawin ?*sambung sembang kebaikan parti sendiri sambil menghentam parti lain* "

atas tu sekadar contoh je , mungkin ada contoh lain yang lagi baik wink.gif

he he.. ko memang hampeh.. laugh.gif

Jadi maksudnya apabila sesuatu isu itu ada terselit parti politik, maka isu tersebut telah dipolitikkan ? atau pun ada maksud lain ? unsure.gif

QUOTE (neiny_beeeny @ Nov 6 2008, 12:21 PM) <{POST_SNAPBACK}>
ade sikit nk bgtau...
politik adelah satu tektik kotor untuk mendapatkan sesuatu....(hihihi tul ke) blink.gif

Laaa... betul ker stetment ko nie..??

Baginda Rasulullah s.a.w. dulu berpolitik ker ?

Edited by TJ-Ariff

Share this post


Link to post
Share on other sites
^ selalu-nya kalau dipolitikkan , mesti ada kutuk2 parti lain pastu diiringi pujian serta janji2 parti individu tersebut yang mengatakan parti dia lagi elok dari parti yang dikutuk . hihi .

Selalunya memang susah nak pisah sesuatu isu dari politik . sad.gif . Pasal orang yang memulakan isu tu kemudiannya dikhabarkan kepada orang ramai selalu berasal dari parti lawan yang ingin kata parti dia best.

Yang ni apa yang aku nampak la maksud "isu dipolitikkan" , kalau salah tu tegur2 la , jangan diam je . biggrin.gif tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(TJ-Ariff @ Nov 6 2008, 02:55 PM) <{POST_SNAPBACK}>
he he.. ko memang hampeh.. laugh.gif

Jadi maksudnya apabila sesuatu isu itu ada terselit parti politik, maka isu tersebut telah dipolitikkan ? atau pun ada maksud lain ? unsure.gif


Laaa... betul ker stetment ko nie..??

Baginda Rasulullah s.a.w. dulu berpolitik ker ?


Rasulullah mmg berpolitik untuk kembangkan islam tapi rasulullah berpolitik dgn cara berbeza..sesetengah orang malaysia skrng berpolitik benda yang tak masuk akal dan berpolitik secara kotor..politik x kotor tapi manusia sendiri mengotorkan politik itu sendiri..akibatnya sekarang orang dalam dan luar negara pandang politik malaysia ini KOTOR..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Antara sesuatu isu yang sengaja dipolitikkan ialah isu pembelian helikopter...
Dulu masa helikopter Nuri terhempas, parti pembangkang sibuk menghentam kerajaan persekutuan kerana kedekut dalam pembelian helikopter baru dan masih menggunakan khidmat Nuri yang sudah uzur....
Kemudian apabila kerajaan mengumumkan pemberian tender kepada Eurocopter untuk membekalkan helikopter baru untuk Nuri, pembangkang pula sengaja mempolitikkan isu ini supaya rakyat nampak seolah-olah berlaku kepincangan dlm pemberian tender tsb. Walhal, setelah disiasat oleh PAC, tiada pula penyelewengan... Kemudian pembangkang pula akan mempolitikkan isu PAC yg menutup mata terhadap penyelewengan pembelian helikopter... Maka pembelian helikopter pun tertangguh... Kerajaan pun terpaksa menggunakan lg khidmat Nuri hingga tahun dpn, bila ada lg kemalangan membabitkan Nuri, pembangkan pula akan cari point utk menghentam kerajaan.... Begitulah sikap pembangkang yang diorg tahu... nak bangkaaaannngggg ajer.... Selagi isu tsb boleh dipolitikkan, selagi itu pembangkang akan pergunakan sebaik mungkin.... Tetapi bila timbul isu PKNS, pembangkang lak mintak jangan politikkan isu tsb.... Hu hu hu hu... Gelabah lak diorg bila kena batang hidung sendiri... Tapi bila menghentam org lain, kemain seronok...

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau ikut encik wikipedia, dia kate politik ni satu proses dimana sekumpulan orang membuat satu keputusan.. biasa berkaitan dengan KUASA

jadi termasuk la orang yang mempengaruhi orang lain agar bersetuju dengan dia..

tak gitu? biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (Exception 2008 @ Nov 6 2008, 03:37 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Antara sesuatu isu yang sengaja dipolitikkan ialah isu pembelian helikopter...
Dulu masa helikopter Nuri terhempas, parti pembangkang sibuk menghentam kerajaan persekutuan kerana kedekut dalam pembelian helikopter baru dan masih menggunakan khidmat Nuri yang sudah uzur....
Kemudian apabila kerajaan mengumumkan pemberian tender kepada Eurocopter untuk membekalkan helikopter baru untuk Nuri, pembangkang pula sengaja mempolitikkan isu ini supaya rakyat nampak seolah-olah berlaku kepincangan dlm pemberian tender tsb. Walhal, setelah disiasat oleh PAC, tiada pula penyelewengan... Kemudian pembangkang pula akan mempolitikkan isu PAC yg menutup mata terhadap penyelewengan pembelian helikopter... Maka pembelian helikopter pun tertangguh... Kerajaan pun terpaksa menggunakan lg khidmat Nuri hingga tahun dpn, bila ada lg kemalangan membabitkan Nuri, pembangkan pula akan cari point utk menghentam kerajaan.... Begitulah sikap pembangkang yang diorg tahu... nak bangkaaaannngggg ajer.... Selagi isu tsb boleh dipolitikkan, selagi itu pembangkang akan pergunakan sebaik mungkin.... Tetapi bila timbul isu PKNS, pembangkang lak mintak jangan politikkan isu tsb.... Hu hu hu hu... Gelabah lak diorg bila kena batang hidung sendiri... Tapi bila menghentam org lain, kemain seronok...

Jadi kalau dibaca dari stetment ko, ini bermakna jika pihak pembangkang kerajaan membangkang sesuatu perkara itu kira dipolitikkan la.. tapi kalau kita sebagai rakyat biasa ni membangkang adakah itu dikira kita telah mempolitikkan isu tersebut?

kalau kita sembang2 dikedai kopi misalnya, kita pulak sembang hal hal negara, adakah itu juga dikatakan sembang politik? unsure.gif

huhuhu... makin konfius aku... wacko.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE
politics

· pl. n. [usu. treated as sing.]

1 the activities associated with the governance of a country or area. Ø a particular set of political beliefs or principles.

2 activities aimed at improving someone’s status within an organization: office politics.

3 the principles relating to or inherent in a sphere or activity, especially when concerned with power and status: the politics of gender.


politik ni berkait rapat dengan kuasa

Share this post


Link to post
Share on other sites
rakyat biasa sembang2 kosong takpe tongue.gif , yang bahaya orang politik yang ada sokongan orang dia , maklumat tak betul ke salah ke penyokong dorang tetap sokong kenyataan salah dorang tu . Kalau kedai kopi kita kenal orang yang sembang sekali tu . biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (Evilngenious @ Nov 6 2008, 04:55 PM) <{POST_SNAPBACK}>
tak semua isu boleh dipolitikkan
hanya isu politik yang boleh dipolitikkan

huhuhu... konfius... konfiuss... wacko.gif

Kalau isu tu isu politik aku rasa tak perlu dipolitikkan..

maksud dipolitikkan itu bagi aku ialah; dari isu biasa tetapi gempar kemudian dipolitikkan...

Dan dari kefahaman aku, jika sesuatu isu itu dikaitkan dengan parti politik, maka secara tidak langsung, isu tersebut telah dipolitikkan.... tak gitu ?

contoh: Makan mee kari digerai tepi jalan dengan harga RM8.00 semangkuk.

Jika dipolitikkan maka isu kenaikan harga barangan, akan dicanang ! .. tongue.gif

Betulkan kalau aku salah... smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
sila guna fikiran yg rasional bilamana berbincang mengenai politik...politik adalah satu wadah utk digunakan untuk mentadbir negara dgn adil dan saksama dan mempertahankan hak2 rakyat bawahan dan bukan menindas rakyat tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
Mindset dah set politik, semua benda ler jadi politik. Bila semua benda dah kait politik, maka berleluasa ler perasaan buruk sangka, walhal dalam Islam sendiri kita ditegah berburuk sangka antara satu sama lain. Lagi satu, dalam bidang hierarki sosial, politik letaknya kat atas sekali, sampai kadangkala dalam hal-hal yang melibatkan keagamaan, politik didahulukan, tu yang masalah tu. Hakikatnya, dalam hidup bermasyarakat dan tertakluk di bawah kuasa kenegaraan yang ditadbir, hampir setiap perkara berkaitan dengan politik, memang tak boleh lari. Cakap je ler, bidang pendidikan, peruntukan penyelidikan sains teknologi, dasar ketenteraan, hubungan bermasyarakat, perniagaan, sedangkan sekecil perkara harga Makcik Minah jual karipap kat pasar malam pun boleh dipolitikkan. Tapi apa yang boleh kita buat adalah mengurangkan unsur politik dalam perkara-perkara berkaitan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Haa... baru sahaja kita bincakan tentang Isu yang dipolitikkan, hari ini dalam akhbar dah keluar pesanan dari Sultan Azlan Shah bahawa jangan mempolitikkan Isu terutama yang melibatkan hak hak kepentingan orang melayu.

Ini bermakna mana mana pihak yang berkuasa dengan kata lain kerajaan negeri adalah satu badan politik yang dianggotai oleh ahli ahli politik. Dan dan sememang nya, jika ahli ahli politik ini bersembang dan berucap dah tentulah didalam suasana politik, dengan itu setiap isu yang diperkatakan secara tidak langsung akan dipolitikkan...
atau terpolitikkan.. Adaker perkataan tuu... unsure.gif

Jadi memang susah untuk tidak mempolitikkan sesuatu isu jiga ia melibatkan pihak kerajaan.
QUOTE
....Tapi apa yang boleh kita buat adalah mengurangkan unsur politik dalam perkara-perkara berkaitan.
ada cara dan garispanduan tak dalam mengurangkan unsur2 politik tu? Edited by TJ-Ariff

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(TJ-Ariff @ Nov 6 2008, 05:06 PM) <{POST_SNAPBACK}>
huhuhu... konfius... konfiuss... wacko.gif

Kalau isu tu isu politik aku rasa tak perlu dipolitikkan..

maksud dipolitikkan itu bagi aku ialah; dari isu biasa tetapi gempar kemudian dipolitikkan...

Dan dari kefahaman aku, jika sesuatu isu itu dikaitkan dengan parti politik, maka secara tidak langsung, isu tersebut telah dipolitikkan.... tak gitu ?

contoh: Makan mee kari digerai tepi jalan dengan harga RM8.00 semangkuk.

Jika dipolitikkan maka isu kenaikan harga barangan, akan dicanang ! .. tongue.gif

Betulkan kalau aku salah... smile.gif

kalo kita kaji secara akar umbi harga RM8.00 semangkuk tu turut melibatkan unsur2 politik
sudah semestinya lah isu kenaikan harga barang..kenaikan harga barang adalah satu isu politik kerana ia melibatkan pengguna yang bernama rakyat.
jadi ia adalah satu isu politik

Share this post


Link to post
Share on other sites
Semua benda memang mesti terlibat dengan politik , tapi bila dipolitikkan dengan menggunakan maklumat yang tak betul,sekadar khabar angin lebih atau sampai leh cetus isu perkauman , macam bila nuri eksiden suruh beli tapi bila dah beli eurocopter kata heli mahal mesti songlap duit punya tu,jom la beli heli murah. Pastu ada pulak parti yang saja2 ungkit hal keistimewaan melayu dan bumiputera semata2 nak tarik undi dengan mengatakan " undi la parti aku , kalau korang undi aku hapuskan la keistimewaan tu,parti lagi satu tu tak best " dan bermacam lagi la .

Ayat pendek yang aku nak post sebenarnya " kalau nak politikkan isu boleh , tapi jangan melebih2 sampai boleh membahayakan keselamatan orang ramai , dan kalau nak politikkan isu pakai la fakta yang betul jangan sebar khabar angin lebih dari fakta "

Share this post


Link to post
Share on other sites
jadi budak sekolah lagi best takde pun nak pikir pasal politik yg kita tau pegi sekolah belajar sampai pandai tehehe...... laugh.gif Edited by Tun loy_azloy

Share this post


Link to post
Share on other sites
Oleh kerana topik ini tidak membincangkan hal hal politk, aku rasa lebih baik aku keluarkan dari sub politik nie..
nanti bila isu/tajuk ini telah dipolitikkan, aku akan pindahkan kembali kebahagian politik.. tongue.gif

QUOTE
jadi budak sekolah lagi best takde pun nak pikir pasal politik yg kita tau pegi sekolah belajar sampai pandai


Tapi kat sekolah pun ada politik aper..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Apa itu politik ?

Mengikut Wikipedia, Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan.
Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik
juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Kita tentu pernah mendengar Sains Politik...Macam Sains Komputer, Sains Perubatan.. dan sebagainya...

Okey..
Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa,
contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.

Perkataan, "Politik" diambil dari perkataan Yunani Polis yang bermaksud "bandar".

Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik

Oleh itu..

Kiranya politik ini adalah salah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia.
Kita boleh dapat apa yang diinginkan dengan mempolitikkan sesuatu perkara atau isu.
Dalam politik sesuatu proses dalam mencapai matlamat sesuatu politik itu..
perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

Daripada konflik yang berlaku, manusia sedaya upaya akan cuba menang terhadap politik tersebut.
Menggunakan apa jua cara, tindakan dan kaedah yang perlu...
Maka akan wujudlah pilihan dalam menentukan siapa yang menang..siapa yang kalah..

Aku pernah mendengar kata orang..
Politik merangkumi apa yang kita lakukan sejak dari kita mula bangun pagi hingga kita tidur pada waktu malam..
Edited by hairulfadly

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ulasan yang cukup baik. wink.gif
Ini menampakkan Politik itu dari skop yang luas, iaitu berkaitan dengan kehidupan kita seharian.
Dan ini juga bermakna politik tidak akan terlepas dari kehidupan kita, secara halusnya kita semua pun adalah "ahli politik" tongue.gif yang mewakili parti masing masing..




Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...