Jump to content
oxy

Peralihan Kuasa 16 September Ini Adalah Satu...

Pada pandangan saya,  

118 members have voted

  1. 1. Peralihan kuasa 16 September ini adalah satu...

    • Realiti
      53
    • Fantasi
      65


Recommended Posts

Kalau dia dah cukup orang dah lama dia rampas tapi dia "baik hati" sangat bagi peluang +2 minggu ? wkakakak. Dulu kata 16 Sept sekarang ni kata masa terdekat , hmm... :blush: . Ikut suka la labu ...

Share this post


Link to post
Share on other sites

baca harakahdaily la senang.. boleh pergi sana baca apa yang diorang cakap...

kat harakahdaily dia kata Anwar nak jumpa PM "secepat mungkin".. tak tau la berapa cepat..

Share this post


Link to post
Share on other sites

DSAI xnak umum kan sape yang keluar parti sebab takut ahli perlimen itu diugut..DSAI kate ade dari golongan menteri pun nak keluar parti..tapi kite tgk sejauh mana kebenarannya..kalo ye la berlaku perlalihan kuasa harap2 berlaku secara AMAN..

Edited by SiR_FAiZ

Share this post


Link to post
Share on other sites

Anwar: Lebih 31 MP BN sertai Pakatan

Muda Mohd Noor | Sep 16, 08 1:11pm

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan lebih daripada 31 ahli parlimen Barisan Nasional telah menyertai Pakatan Rakyat dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa.

Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar yang penuh sesak di pejabat PKR di Tropicana pada jam 2 petang tadi.

Beliau bagaimanapun tidak mendedah sebarang nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan.

anwar ibrahim pakatan rakyat september 16 annoucement pc 160908 05"Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap Barisan tidak menguatkuasa undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli parlimen pergi ke Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli parlimen (kerajaan) atau menghalang mereka daripada menyertai Pakatan Rakyat," katanya.

Kerana itulah, tegas mantan timbalan perdana menteri itu, pihaknya mengambil pilihan yang lembut.

"Saya bukan mahu memberi alasan. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita boleh dan bersedia untuk melakukannya. Jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya," katanya.

Semalam, Pakatan Pakatan yang diketuai Anwar telah menghantar surat kepada Abdullah semalam untuk mengadakan pertemuan.

Anwar berkata, mereka memberi masa kepada perdana menteri untuk berbincang dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menerima kehendak rakyat.

"Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok," katanya sambil menambah bahawa Abdullah kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.

"Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak," katanya.

Pakatan mempunyai 81 daripada 222 kerusi parlimen. Anwar berusaha supaya ahli-ahli parlimen BN melompat menyertai Pakatan untuk mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat.

Ia mungkin berlaku beberapa hari lagi (peralihan kuasa dalam kerajaan)," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/89797

16 Sept: Kenyataan penuh Anwar

Sep 16, 08 4:13pm

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

anwar ibrahim pakatan rakyat september 16 annoucement pc 160908 03Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.

Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

http://www.malaysiakini.com/news/89829

================

Aku rasa aku ada baca kat mana2 yg Anwar nak jumpa PakLah dalam tempoh 2 minggu. tp lupa laa.. takpe.. kat atas tu kenyataan dari MalaysiaKini

--edit---

di-edit setelah dicadang menggunakan fungsi "quote" untuk artikel.. bukan di post secara biasa.. Thanks to BasicCX

Edited by baok

Share this post


Link to post
Share on other sites

From The Star..

Kit Siang said that it “did not matter whether the change is 916 (Sept 16), 1016 (Oct 16), 1116 (Nov 16) or 1216 (Dec 16)â€.

Hmm.. mana satu nih??? Lama betul kalau kena tunggu sampai 1216.. <_< <_<

Share this post


Link to post
Share on other sites

En Mod dimana anda?

Terlalu banyak link dan artikel yang telah di copy+paste ke dalam putera. Semuanya hanya rekaan, tekaan dan spekulasi semata-mata.

Warning level please..

Biar sama adil. Aku pun kene sebab letak referral link so harap En Mod bagi warn level kat budak2 yg suka post2 link dan artikel yang penuh dengan jangkaan dan angan2 mat jenin ni.

hahaha...

Robot.. salah ke aku copy/paste artikel dari MalaysiaKini berserta dengan link rujukan sekali di bawah artikel tersebut?.. Sebab setahu aku sebarang artikel dari tempat lain hendaklah disertakan sekali dengan link dari sumber berkenaan.. atau kau merujuk kepada artikel lain?.. sbb aku tak nampak artikel lain dari selain dari aku yang copy/paste nih :P

Atau memang dah jadi peraturan di sini yang kita langsung tak boleh copy/paste artikel orang lain, hanya bagi link merujuk kepada artikel berkenaan?.. aku tak pasti hal nih.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

PAKATAN RAKYAT MENUNGGU Paklah

Kerajaan Baru yang akan ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat sedang menunggu jawapan dari Abdullah Badawi.

Kerajaan Baru Pakatan Rakyat kini sedang menunggu bilakah Abdullah Badawi ingin melihat nama-nama senarai YB ahli parlimen dari Barisan Nasional yang telah dan kini menyokong Pakatan Rakyat.

Jika Abdullah Badawi enggan menemui kepimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat maka besar kemungkinan senarai ini akan di kemukkan ke hadapan Baginda Yang DiPertuan Agung.

sumber ..... Tukar Tiub

Share this post


Link to post
Share on other sites

"Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong."

in case kalau anuar jumpa agong tpi agong tak perkenan kan mcmana? blh ke dia teruskan utk memerintah?

petikan dibawah ni aku ambik dri lamaweb harakah:

""Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut. "

kenapa hanya bahasa inggeris n bhs cina je dia nak angkat bahasa melayu n bahasa arab iaitu bahasa al-quran yg mulia diketepikan? Aku rasa kita jadi lebih hebat kalau dapat kuasai bahasa al-quran. Dunia dunia......

Edited by Gigabyte

Share this post


Link to post
Share on other sites

saham jatuh tu aku rasa pasal kat Dow Jones us pun ada jatuh dengan memdadak mungkin efek dia sampai ke malaysia kot bukan sebab 16Sept . Wah best gak kalau beli , jangan merudum lagi teruk dah la :P . Berapa rm kalau nak beli selalu saham nyer? :mellow:

Share this post


Link to post
Share on other sites

En Mod dimana anda?

Terlalu banyak link dan artikel yang telah di copy+paste ke dalam putera. Semuanya hanya rekaan, tekaan dan spekulasi semata-mata.

Warning level please..

Biar sama adil. Aku pun kene sebab letak referral link so harap En Mod bagi warn level kat budak2 yg suka post2 link dan artikel yang penuh dengan jangkaan dan angan2 mat jenin ni.

hahaha...

link artikel boleh..yang x boleh refferal link..

Share this post


Link to post
Share on other sites

naper nak cemas....

sumber2 tu dari pejabat keadilan dan sumber2 yang boleh dipercayai....

DSAI dah cukup MP untuk membentuk kerajaan.....kalau pak lah xnak berunding....

DSAI akan mengadap Agung.....

proses peralihan kuasa sedang giat dijalankan....

Share this post


Link to post
Share on other sites

mat ko nie ada baca ke peraturan2 serious discussion ni? Ko ingat ada "hahaha" dalam post aku, aku nie main tulis buta tuli ke? Itulah aku cakap korang kene jelajah jadi seorang perantau, jangan main boh je, nampak sket je dah buat spekulasi mengarut-ngarut...

xpe aku tolong copy+paste kan untuk ko...

bro dulu yang aku tau x de subforum politik..skrng nie da ade subforum politik..ape2 pun terpulang pade mod..mod x lebih2..kau jadi mod la senang.. -_-

Share this post


Link to post
Share on other sites

naper nak cemas....

sumber2 tu dari pejabat keadilan dan sumber2 yang boleh dipercayai....

DSAI dah cukup MP untuk membentuk kerajaan.....kalau pak lah xnak berunding....

DSAI akan mengadap Agung.....

proses peralihan kuasa sedang giat dijalankan....

kalau agung x perkenan kan mcmana?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tak salah aku cuma ada dua pilihan (tolong betulkan kalau aku salah):

1. Perkenankan - maksudnya terima kerajaan baru

2. Mengadakan semula pilihan raya. Tapi benda ni aku rasa mungkin agak susah sikit dalam masa yang terdekat. Lagi lama lagi tak stabil politik negara

Jadi maknanya sekiranya Agong mahukan peralihan yang smooth dan tanpa pilihanraya hanya ada option yang pertama saja laaa...

Nak kekalkan kerajaan sekarang dah tak boleh sebab MP "dikatakan"dah berhijrah...kalau parlimen bersidang lepas raya nanti. diorang nak duduk mana? Atau satu lagi tak pernah dalam parlimen MP dari pemerintah kurang dari pembangkang....

Itu sebab pendapat aku laa Pak Lah macam dah tak ada pilihan..(Kecuali mengunakan ISA untuk ahli-ahli yang berhijrah ni)....tapi tak ada sebab nak guna ISA sebab hanya tukar parti ...benda ni pun pernah berlaku dalam awal tahun 70'an (note: lompat parti bukan berkara baru benda ni dah di amal sejak dulu lagi).

Sekiranya Pak Lah tak mahu layan Anwar...so anwar pegi jumpa Agong...So Agong akan ikut budi bicara dan kuasa yang ada pada dia dan kemungkinan untuk Agong perkenan tu memang besar...

(again betulkan kalau benda ni salah)

Share this post


Link to post
Share on other sites

saham jatuh tu aku rasa pasal kat Dow Jones us pun ada jatuh dengan memdadak mungkin efek dia sampai ke malaysia kot bukan sebab 16Sept . Wah best gak kalau beli , jangan merudum lagi teruk dah la :P . Berapa rm kalau nak beli selalu saham nyer? :mellow:

Yes, that is correct, major reason of index downfall today can be attributed to the demise of two large investment bank in America. Merill Lynch and Lehman. Lehman filed for chapter 11 while Merill Lynch was taken over by Bank of America. Having said that, our own political uncertainty also played a factor in today loss.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau agung x perkenan kan mcmana?

itu ialah bidang kuasa agung...

tp dah terang lagi bersuluh....mengikut garis perlembagaan..Pakatan Rakyat boleh menubuhkan kerajaan baru berdasarkan bilangan MP..tapi buat masa skrg DSAI tidak akan mengumumkan siapa mp2 tersebut ......atas dasar2 keselamatan...

kalau x silap.....Sekiranya,Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.....pilihan raya akan di adakan pada MAC 2009 untuk menjamin demokrasi di Malaysia

Share this post


Link to post
Share on other sites

MP "dikatakan" bukan di pasti dan disahkan..ko dengar cakap2 anwar tu, x pernah betul masa dari dulu sampai skang...manusia2.....bile lah ko nak kembali ke jalan yg benar. Dari kecik suke cakap tipu, dah besar pun same...siap pandai bersandiwara lagi...teruskan perjuangan PKR...

HIDUP ANWAR AMERIKA!!! cayalah...wa caya sama lu..

Ishhh adik robot ni...itu sebab aku quote kan perkatan dikatakan....

Ok macam n laa adik aku tak dengar cakap sesiapa pun...termasuk percaya pasal agen amerika, ..Satu lagi dik kalau adik percaya Anwar bersandiwara atau agen amerika itu hak adik...betul tak ?..so adik marah kan kalau hak adik dipertikaikan betul tak..So ..begitu juga dengan orang lain ada hak untuk percaya apa yang dia percaya...

Nampaknya adik marah kalau orang tak sekepala macam adik....tak bagus tu dik :)

Edited by tasek16

Share this post


Link to post
Share on other sites

mat ko nie ada baca ke peraturan2 serious discussion ni? Ko ingat ada "hahaha" dalam post aku, aku nie main tulis buta tuli ke? Itulah aku cakap korang kene jelajah jadi seorang perantau, jangan main boh je, nampak sket je dah buat spekulasi mengarut-ngarut...

xpe aku tolong copy+paste kan untuk ko...

Thanks for that Robot.. However,

6) JANGAN menghantar sebarang artikal yang anda dapat melalui e-mail atau sebarang media atau "copy&Paste" , sebelum anda baca dan faham akan maksud artikal tersebut.

Aku sudah baca.. Dan aku sudah faham.. sebelum aku hantar artikel tersebut

9) TIDAK DIBENARKAN sama sekali memberi sebarang pautan (link) ke web atau blog yang mempunyai unsur2 Lucah , sebarang propaganda politik dan Anti-Islam.

It is a news, not propaganda politik.. Akhbar seperti The Star pun melaporkan perkara yang sama..

Artikel pertama = Anwar: Lebih 31 MP BN sertai Pakatan

Artikel kedua = Kenyataan penuh Anwar

Which is, itu kenyataan direct dari Anwar Ibrahim sendiri.. Terpulang pada kamu nak percaya atau tidak... Actually, aku sendiri tak percaya dengan Anwar sebenarnya.. Pada aku, selagi Anwar tidak sah menjadi Perdana Menteri, selagi itu kenyataan Anwar melalui artikel tersebut boleh dipersoalkan.. Apa yang aku copy/paste hanyalah berita dari sumber MalaysiaKini, dan bukan propaganda politik dari MalaysiaKini..

Ni contoh propaganda... aku ambil direct dari MalaysiaKini jugak.. Jadi Robot, kamu kan lebih matang.. Kamu kan boleh menilai sendiri...

http://www.malaysiakini.com/letters/87544

http://www.malaysiakini.com/news/89836

http://www.malaysiakini.com/columns/87092

http://www.malaysiakini.com/opinions/87584

Mod.. ni contoh sahaja..

Edited by baok

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...