Jump to content
yusazie

Koleksi Lawak ! Lol

Recommended Posts

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.
Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita.
Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan
yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

Alangkah tak malunya lelaki ni.. dah la tak mintak dari aku..
makan sama banyak dengan aku pulak tu..Pencuri!! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya.
Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu.
Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.

Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu
dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.
Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka,
wanita itu berkata dalam hatinya.

Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar...kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai.
Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi......

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihat di pusat2 membeli belah di tanah ayer..Satu hari di Pusat Membeli-belah, saya nampak:


Awek cun balak hensem
*Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public
affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang
melihat meleka.



Awek cun balak tak hensem
*Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak
yang tidak hensem. Sila pelhatikan balak itu, ada
satu macam muka bangga sebab dia punya amoi
cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec
hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh
diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak
kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu
awek jalang ketawa, Cuma senyum manis sahaja).
Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang
tebal.



Awek tak cun balak hensem
*Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw
tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas.
Wa pun tatau apa hat. Public affection yang
terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek
tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua
kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan
sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa,
kalau ada amoi cun lalu tepi,ini awek tak cun
mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun.
Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..



Awek tak cun balak tak hensem
*Ini couple talak sapa pedulik punya..aiya..!!
mikin kasian ni pasangan..sumua olang buat-buat
tidak nampak...tatau mau komen apa..



Group of girls 1 guy
*Selalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki
di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh
selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka.
Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki
mesti cakap paling banyak sambil buat lawak
talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti
ketawa jugak)



Awek cun berpakaian seksi
*Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini
talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah
biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek
seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada
nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia
tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada
keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti
kasik olang tengok, so boleh pelasaan adahappy.
ini awek pun sebegitu jua.



Awek tak cun berpakaian seksi
*Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu
balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin
olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka
menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear
sexy and I feel good" ataupun "I have the right to
wear anything I want"... Sememangnya meleka
melasakan bahawa berpakaian seksi boleh
menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa
begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau
huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya
selera ada lalu ka? Tatau apa mau cakap lagi woo..
Nanti, Bila ada peluang.. wa kasi celita lagi aa..

sumber:4wrd email

Share this post


Link to post
Share on other sites
cikdayah... lawak ko mmg best....

"Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan" manyak kejam la punye ayat!

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku malas nak check ader x lawak aku ni kat dalam ni tp aku keluar kan ajew la....


sorang nenek bersama cucu nya menjenguk arwah atuknya dalam bilik mayat...
selepas mayat atuknya di keluarkan dalam bilik sejuk2...tiba2 cucu bersuara,,,,

cucu : nenek!!kenapa atuk ber peluh??
nenek : biasala cu!!!atuk ko first time mati 2!!
tu sebab dia berpeluh...

hihihhi!!!lawak x...

Share this post


Link to post
Share on other sites
da penah bce tp bkn kt thread/PUTERA r.. yg nie lwk gak.. sengal an nenek die... rolleyes.gif Edited by Aku Sengal

Share this post


Link to post
Share on other sites
oh... yg ni slalu dpt kat sms tuh...

aku tak tau la ni klaka ke tak tp pd aku ni adalah pengalaman yg tak best..

ari ni aku g servis kete mak aku.. anta cuci... smpaila aku pam tyr... lama giler aku tgh pns tuh mengadap tayar... lepas 1 pastu 1... aku rase cm nk bersila pun ader gk smbil pam tyr... aku heran... bunyi angin ader.. apsal lmbt je nk abis pam ni bergerak... kan bile kite pam tayar kalu dh penuh die berbunyi "ting..ting" udah la pkai bj itam suar itam ari ni!

aku tensen... agk2 lepas sejam aku mengadap tayar kete aku, aku pun balik.... aku amik kete lg 1. aku ulang balik process yg same... aku servis.. aku cuci pastu aku pam tayar.... hmpir 30 minit aku rentung kat tgh pns tuh.. aku terdenngar suara halus memanggil2..

"adik.. adik!"

aku pusing blakang.. aku nmpk kakak casher shell tu kat ambang pintu.. aku pndang die... die pun jerit...

"DIK PAM TU ROSAK! AKAK TAK LETAK SIGN ROSAK LG!"

"tapi die gerak kak!" aku jerit balik

"kadang2 je ok... pastu die tak ok balik!"


ceh!!! sanggup die biarkan aku kene bkr di tgh pns! sumpah bengang giler.. aku dh rentung dh ni trpaksa aku drive kete tuh g shell yg agk jauh dr umah aku... huh! menyampah! sumpah aku takkan pam kat stesen minyak tuh!

Share this post


Link to post
Share on other sites
haha nk gelak.. gelak je la hhohoho... bile pk balik.. aku pun malu hikhikhik...

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku de bce lwk nie tp x tau kalo da de org pos.. kalo da de sori yep excl.gif

di sebuah hospital bahagia yg brname Hospital Permai Tampoi, ade la seorg dokter ngan 3 org psakitnye. Dokter nie bwk la psakit2 die nie gi kt satu swimming pool kering/xde air, nk uji sket diorg nie da baik ke belom. Dokter nie suruh psakit prtame terjun, dgn pntas psakit prtama terjun ala Michael Phelps. "Belom baik lagi. Next!!"kte Dokter tu. Pesakit kedue lak bile dokter tu sruh terjun, die pon terjun dgn pnuh bergaye smbil ckp "Jack I jump you jump..". Dokter tu garu kpale smbil ckp"sah die nie gile lagi.. Next!!". Smpai psakit ketige dokter tu suruh terjun tp pesakit tu x nak terjun. Walopon berkali2 suruh terjun tp psakit tue still dgn pndirian nye. Dokter tu pikir " emm die nie da baek nie..". So dokter tu tnye knape x nk terjun. Psakit tu smbil mggigil jwp " air swimming pool tu sejok gile la dokter.. bleh mati woo.." Edited by Aku Sengal

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE
QUOTE(Superbandung @ Nov 23 2008, 09:23 PM) <{POST_SNAPBACK}>

adui bersembur air dalam mulut aku..haha.



QUOTE(teri-chan @ Nov 23 2008, 09:53 PM) <{POST_SNAPBACK}>
eh? apsal? ape yg klaka? meh cite skit?



QUOTE(Superbandung @ Nov 24 2008, 12:17 AM) <{POST_SNAPBACK}>
takkan itu pun nak cerita baca la sendiri.



QUOTE(teri-chan @ Nov 24 2008, 08:45 AM) <{POST_SNAPBACK}>
tak paham.... blink.gif


aku rasa yg ni pun klakar hahaha laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Officenya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.


Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai sekarang satu bisnes pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.

Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telekom atas meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje), ini perbualan Ali ditalipon.

"Ye Dato', ooo pasal project tu dato', saya akan uruskan dato', ala dato' bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato', lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan keberkesanan perkhidmatan kami……ok dato'…baik dato'… Oklah dato'…nanti kita jumpa kat hotel hilton malam ni….ok dato'….bye"

Ali pun meletakkan talipon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Ali.

"Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik" tanya Ali.

Lelaki tu menjawab " Saya technician telekom, nak sambungkan line telepon tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line..."

Share this post


Link to post
Share on other sites
ni ade lg satu lawak yg da mmg femes.mesti ramai da tau tp aku paste ni tuk sape2 yg x penah bc..


sang lalat dan isterinya makan seketul najis, lalu berkatalah bini si lalat,
"bang, kenapa kita kena makan najis hari-hari? saya dah tak sanggup lagi!"
jawab si suami lalat, "hish!!!!! jangan cakap benda2 kotor depan rezeki"


lawak2

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(insy @ Nov 26 2008, 09:45 AM) <{POST_SNAPBACK}>
ni ade lg satu lawak yg da mmg femes.mesti ramai da tau tp aku paste ni tuk sape2 yg x penah bc..


sang lalat dan isterinya makan seketul najis, lalu berkatalah bini si lalat,
"bang, kenapa kita kena makan najis hari-hari? saya dah tak sanggup lagi!"
jawab si suami lalat, "hish!!!!! jangan cakap benda2 kotor depan rezeki"


lawak2


kalu nk tau.. lwk ni femes 1 dunia... cume kat mesia sebut lalat.. kalu kat oversea sebut pig hehheh...

Share this post


Link to post
Share on other sites
yg lalat tu klakar laugh.gif
tp at least dorang tahu gak la adat di depan makanan..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...