Jump to content
TonikCapGajah2013

Pro & Kontra Projek Angkasa Lepas Negara

Recommended Posts

nampak nyer ader lagi forumers yg xpaham maksud,klu ada peluang kita grab..bukan tggu menanti belum pasti apa yg akan jadi klu terlepas peluang yg sedia ada..ini ibarat pepatah,rezeki jgn ditolak,maut jgn dicari..

sempit betul minda anak2 melayu yang memperlekehkan bangsa..mmg aku akui,aku bukan bias pada melayu,aku pun akan tegur melayu yg xbetul,tapi yg aku dapat tgk 2,3 org forumer..bercakap berapi-api,xder hala tuju..kalau diberi peluang sekalipun dekat korang,mesti xkan ditolak,yang menolak tu lah jenis melayu yg otak sempit,yg terlepas peluang..

hmm,lagipun yg bercakap berapi2 x puas ati,contra sana sini..still hingusan..terutama adik PinguSpy..Peace seketul kat kepala ko..jgn marah..selamat hari raya..teruskan terbang "rocket" anda dgn software h@ker yg dibeli di kedai tu..

sekian

Share this post


Link to post
Share on other sites

sedap mate aku melihat anak2 melayu sendiri 'pung pang pung pang' kutuk kejayaan bangsa sendiri kat 'kopitiam siber' ni. for me, its worth rm25 million from tax money used to go to aerospace. sebab benefit dier bukan sahaja pada 'research 10 hari' yg korang raser xder pekdah tu.

cube tgk, Dr SMS (senyum aku tgk shortform ni :)) mebe korang anggap dier 'x ubah seperti pelancong angkasa lepas'. tapi tu korang. cube korang lihat dari perspektif budak 4-5 tahun? ape diorang raser?

lepas ni kite leh dengar kat hari pertama persekolahan 2008, sesi budak darjah satu, bile cikgu tanyer, "Bile besar nak jadi ape?' . pasti ade jawapan 'nak jadi angkasawan, cikgu'. sebelum ni, sungguh rare nak jumpe budak ade cite2 jadi angkasawan. tapi setelah tgk anak bangsa sendiri pergi, itu bukan mustahil lagi. mebe budak2 tu bile membesar x semestinyer jadi astronaut, mebe jadi saintis astronomi yg akan develop astrology field kat negara kite ni.

last, cube lihat dari sudut positif, jangan asyik nak hentam je.

Share this post


Link to post
Share on other sites

setakat "penumpang" boleh la utk malaysia... bukan "angkasawan pon"

http://www.nasa.gov/mission_pages/station/...on16/index.html

and Malaysian spaceflight participant Sheikh Muszaphar Shukor

bukan astronaut or comonaut pon.......

- Sheikh Muzaphar is an astronaut bertauliah, dia qualified utk jadi astronaut - Former NASA astronaut Robert L. Gibson

- Cuma kalini dia diberi jawatan sebagai spaceflight participant, no more vacancy as an astronaut kot...apa kalau takde pangkat astronaut bertauliah ingat org nak bagi sesaja ke dia naik space as a spaceflight participant? Haha...

Nape dia cakap camni?? ...tak faham aku ngan statement ni..cam bodo pon ada..

Yer..yer..yer..yer lah tu,..TAK PERNAH !! ko bagi detail skit pasal statement ko tu,..

Ko ingat ko sorang jer pandai baca,..

Aku pun amik sains tulen masa blaja skolah..tak pernah pun aku dengar perbezaan masa kat angkasa,.mana pulak ilmu sesat yang ko korek ni bro?..

Yang beza adalah jisim, density, pressure dan relatif ruang..dan lain2 yang pasti bukan masa!!

Ko ingat ada time chamber ker kat space tu?? Kalau baca buku yang makin membodohkan aku..baik aku takyah baca..

- Masa itu adalah relatif (dah blaja pure science tau kot apa makna relatif). Kalau di bumi (ikut sistem SI) masa relatif kepada pergerakan antara dua atom CS133 (dalam buku sains SPM ada kot) at temperature 0 Kelvin. Kalau zaman Einstein (and even deprecated Java class Date(); in JDK1.5) dia relatifkan pada ET time tropical of the year 1900. Kalau di angkasa? where velocity of atom at 0 gravity and god-know temperature?..?

- Kalau ko cakap "Yang beza adalah jisim, density, pressure.." secara automatik ko mengiakan masa sekali since those are vector units yg dependant pada........masa.

- Tak baik cakap buku or ilmuan/lecturer/guru itu bodoh bro... sometimes things goes beyond the book, trust me Science in SPM is just a beginning, but a very good beginning..good luck to you, aku suka tgk org melayu minat pada sains. =)

adeh memacam... krg ckp berapi2,,, memacam jenis fakta dari upsr ~ spm dikeluarkan kembali. macam la krg nak pegi..

ko gi je jumpe alien.... tumpang piring terbang dier... bkn stakat ISS.. nk pegi lepak dkt matahari p0n no hal...

klu nk hrpkan manusia... kene tunggu lg 100tahun la bru jd cam star trex...

- Ko tgh merepek ke tgh buat lawak ni? Iskh konfius aku..hahaha...

masalahnyer saper yg otak2 melayu yg berkembang? semua kn keje nk makan gaji...

xpenah nak test buat .BIZ dan jdi peritis...

- Jgn la cakap otak2 melayu tak berkembang, org makan gaji tak berkembang. Sedangkan ko pun masih bukak periuk nasi kepunyaan mak ko utk makan nasik tgh hari.

aah aku berfikir bende yg sama......alngkah baiknya wang yang digunakan tuh digunakan untuk R&D ciplak kapal terbang.......nih dari dulu samapi sekarang kena beli JEt diorang ......bagi aku merugikan.......kalo dapat tiru F-5 pun jadi la...... .....membeli barang like Jet dari luar kena banyak wang dan sekaligus menyebabkan aliran mata wang kita mengalir keluar dengan banyak

masalahnya negara kita nih kebanyakan bende masih xde lagi........nih pergi melancong pun pasal free kan?(pasal beli jet sukhoi kan?) aku bukan apa.......negara kita nih aku kira kurang serba serbi dalam R&D lagi......banyak bende nak kena belajar tapi bila kita step masuk ke angkasa tuh kira mmg kena belanja besar la.......memula memang la free tapi kali ke 2 kali ke 3 dan seterusnya?.....macam mana?.....setau aku kalau atas alasaan research mean akan bersambungan dan secara logiknya akan memerlukan belanja yg banyak.............bagi aku xde apa yg nak bangga sangat.....juz rasa biasa jerk.........hairan aku...........kalau sendiri develop bertahun2 berpuluh2 tahun tuh aku paham la.......................nih pergi `tumpang kaki`

normal la 10 tahun atau 100 tahun mean kita belajar dari bawah.....belajar dari mula.....dari susah...........semua orang dapat merasa pastu katalah ada kilang sekaligus boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan lagi sekali mampu menjana ekonomi negara ni tetiba dapat sponsor pastu claim memacam pertama la hapa la pastu nak makan apa la kat angkasa sana.......macam main2 jerk :ph34r: macam aku x ubah seperti melancong...........makan angin x lebih dari itu........nak kejar macam negara maju?.........macam jepun macam AS?....... <_< .....ada banyak bende lain boleh buat tau

- Negara kita adalah negara pertanian, bukan negara kurang sumber tanah cam US utk invest duit kat mender lain from scratch. Karang KALAU dah buat gitu ko cakap kerajaan bazir duit rakyat plak kan? Habis tebas tanah rizab melayu buat launching pad plak kan....?

- Ko tak marah plak US yg buat transfer of knowledge dari Malaysia? Apsal tak mula 100 tahun from scratch.

- Mana ko tau RnD Aerospace kita tak cukup? tak matang? Malaysia dah cukup kuat resource utk buat mende tu mende ni..cuma resources/duit je takde (kalau salur semua belanjawan kat Aerospace korang cakap bazir duit rakyat plak kan?). To name a few... Dr Zack (aku pun tak ingat nama melayu dia), researcher UPM of aerospace engineering dah lama cipta airplane pengintip tanpa pemandu, pertama di Malaysia, pure malaysian technology... don't tell me you don't know about this, don't you :)

- Bro, aku 4 tahun di lab RnD, trust me...Malaysia is among the best. And every country ada research role dia sendiri. The rest is transfer of technology.

- 10 to 100 years is a crap, bukan normal. I tell you what happens next 100 years - malaysia baru discover cara nak landing di bulan while US dah leh go thru light speed bukan saja utk sampai pluto..but to travel thru time (Relative theory of time travelling/time machine, ring any bell?) Time tu baru cucu kita maki kita yg dah mati "bodonyer atuk aku dulu ego nak mampus taknak joint venture dgn US/Russia 100 tahun lepas".

- Dgn pembelian Sukhoi ni maka org malaysia pun buat RnD dia, but on simulation. Heitech Padu Berhad tgh giat buat simulation Sukhoi dgn harga dengar khabar RM200juta. Org melayu gak dapat keje..dpt duit dari sini.

lagipun aku teringat lagi kes orang kat dalam bersamu tu ha.......yg makan siput babi tuh.......diorang macam mana sekarang?................. :ph34r: ............

-Wake up! We are at war fellas, bukan lagi dari penjajah tapi utk elak dari DIJAJAH semula. Sejarah dah jelas negara lemah akan kalah. Only strong will survive. yes kita tolong org tak berkemampuan...but they have to help themselves either. Maybe ada yg nampak aku kejam nak mampus bila sebut ayat ni... but the simple rules where "ONLY STRONG WILL SURVIVE" masih kena pakai lagi di zaman ni.

- Ada org miskin, we are soo sorry... we do what we can do. Tapi there's NO WAY nak spend $25millions utk kayakan org miskin and the same time kena lepaskan opportunity anak2 pintar yg rajin blajar/rajin usaha sendiri nak rak zaman kolej dulu utk terokai dunia angkasa lepas. Adil ke ni?

buang duit.ape yg kita nk bangga?tu mcm melancong ke angkasa jerk kedian bersorak ramai2 satu mesia,mmg dr satu segi penghantaran angkaswan negara ke stesen angkasa nampak cam bagus boleh jadi landasan awal utk negara kita memngkaji dlm bidang ini tapi kite tak der kesinambungan projek sebelum ni dan selepas balik kalau tk percaya kita tengokla hasil ape yg kita dpt.jadi apa yg nk harapkan dr benda macam ni sbb teknologi kita tk tercapai utk mengasilkan apa2 yg konkrit.

aku setuju dgn pendapat wang yg diguna tu disalurkan kpd R&D utk bidang angkasalepas ker atau apa2 tech yg berkaitan drpd melancong gitu jerk.kajian kat situ?karut jer....10 hari nk kaji aper...tipu.

- Sometimes things goes beyond our understanding. Kalau cerita kat kekanak sekolah rendah yg bulu ayam and jet jumbo kalau lepas serentak dlm ruang vakum akan jatuh serentak diorang pun takkan percaya kan. Diorang pun cakap Tipu . I might be young but for what i've seen, what i've read... i do believe that 10 days does worth every single ringgit spent.

Sejak Dr Sheikh Muszaphar prior to launch until today... aku dpt lihat satu benda miracle yang tak ternilai sepanjang 23 tahun aku hidup di dunia ni. Masa aku lepak di MPH bebaru ni, aku tgk ramai betul remaja and kekanak berminat dengan material space science and aeronautics/aerospace. Bila aku balik kampung.. suprisingly, aku bertemu kembali dgn beberapa remaja yg di mata aku sebagai sampah selama ni telah berubah minat mendadak terhadap perkembangan perjalanan astronaut negara kita ni. And amazingly, this event also changes my 13 years old sister - from anime/cartoon freak to an aerospace geek. Dia sanggup tinggal cartoon kegemaran dia, game kegemaran utk tune setiap perkembangan angkasawan negara kita (which never happens before). Dia hafal bila masa Dr Sheikh akan on-air...and learns sooo much about space travel. She is just sooo damn inspired by Dr Sheikh.

Ini baru beberapa org generasi muda yg aku jumpa, bagaimana dgn jutaan yg lain? Setelah berapa lama diorang berfantasi dgn watak anime yg boleh buat mender2 menarik, now comes the real deal... Dr Sheikh is their hero, live and in the flesh! Kalaulah projek $25 juta dollar ni mampu mengubah walaupun seorang anak melayu kita utk menjadi ikon dan role model, or menginspirasikan seluruh bangsa kita utk strive for excellence in sciene, to survive this world... it does worth $25 MILLIONS, every single ringgit!

Seriously, apa dah jadi ni? Melayu keji bangsa sendiri yg nak berjaya! Aku abes masa 30 minit utk taip mende ni aku harap ada a few messages sampai di telinga yg masih tak mengerti... aku tau mostly yg aku qoute di atas semua lagi muda dari aku... and a very bright young person since diorang dah boleh cakap pasal mender aerospace ni..there's another miracle there.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Kalau rasa marah kat aku taknak terima maaf pun takpela..electroboy tak kesah.

Edited by electroboy

Share this post


Link to post
Share on other sites

terbaek electroboy. * two thumbs up *

sebab ko asyik lepak kat inspirelab.com aku raser putera ni sunyi dengan orang yang berilmu cam ko. :(

Share this post


Link to post
Share on other sites

budak nih otak dia....aku rasa kat lutut ..... korang tengok ler statement dia.... apa pengajaran yang anda boleh belajar dari statement Putera ultimatezezs -SE' ... ? kalu tak tahu buat cara tak tahu ... kalu tak jadi ler macam ni ... terpancar kebodohan yg amat sangat .... malu wooohh ..... :lol::lol:

Dah aku tak paham,..takkan aku nak buat2 paham,...kan aku bertanya tu..yang ko sakit hati watpe bro? Ko ada masalah ngan aku ke tetiba jer pagi raye ni cakap bodoh2..kurang ajar la ko ni...kesian o ekk..

Share this post


Link to post
Share on other sites

giler pjg electro type cam semangat kegenerasian dlm tv pon ader... heher

vietnam sjk taun 1980 lg dah hantar aku tgok hensem jerk diorang ...

p/s lps nih mesti kondem vietnam x maju bla..bla..

Share this post


Link to post
Share on other sites

- Sheikh Muzaphar is an astronaut bertauliah, dia qualified utk jadi astronaut - Former NASA astronaut Robert L. Gibson

- Cuma kalini dia diberi jawatan sebagai spaceflight participant, no more vacancy as an astronaut kot...apa kalau takde pangkat astronaut bertauliah ingat org nak bagi sesaja ke dia naik space as a spaceflight participant? Haha...

-

Oh ye ke?......bukan pasal anak datuk atau anak orang berada?.....ada pangkat?..........dan satu lagi dia belajar habis ke?........

P:S aku baru balik dari Klang tadi.....aku x tahu betul atau idak....korang tolong check tengok........yg patut naik ke atas sana (yg dipilih oleh Rusia sendiri dan sepatutnya layak ialah Dr faiz (aku x tau nama betul dia apa)...........tapi atas dasar sebab DR SMS tuh anak orang kaya dan anak orang ada kuasa(bapa dia orang ada pangkat ek) dan kalau nak dibandingkan ngan Dr Faiz yg anak orang biasa sahaja (bapa dia askar ek?) kebetulan PM kita pun (Pak Lah )selalu dok sebut2 nama dia maka naik dia ke atas............nih kira ada unsur politik x? :ph34r: :lol:kalau ada uunsur politik adakah impian budak2 kecil di malaysia ini akan jadi kenyataan apabila mereka besar kelak?

Waallahuallam

Edited by I am The Angel Of Dead

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam........

aku nak tanyalah macamana ISS tu boleh mengorbit bumi. Camne ia boleh melekat padahal takde gravity. Kenapa ISS tu tak melayang-layang tapi ia mengorbit pada ketinggian yg sama. Camne roket nak masuk ke kawasan orbit tu?????

banyak plak soalan aku....hehehe

Marilah kita bincang pasal teknologi2 ni. bukan pasal ada pekdah ke takde pedahnya hantar angkasawan. Bagi aku takdelah banyak pekdahnya.

Sedikit fakta yang aku tahu (salah betulkan):-

1. ISS bergerak pada kelajuan 27000(dua puluh tujuh ribu kilometer sejam).

2. Mengambil masa 90 minit untuk mengorbit bumi.

3. ISS atau lain-lain satelit atau kapal angkasa boleh dilihat dari bumi. Ia menyerupai satu cahaya bintang yang sangat pantas bergerak dari barat ke timur. Tupun kalau ia lalu kawasan korang lah. Boleh tengok kat web Nasa bila nak lalu.

4. Makanan yang manis atau pedas atau beberapa perisa lain tak dapat dirasa di angkasa (tawar). Sia-sia jer bawak rendang, briani, roti canai dan ntah lain2 lagi. Kalau tak salah aku mungkin kerana kekurangan unsur yang hanya terdapat di bumi tapi takde di ruang angkasa seperti oxygen dalam makanan itu.

Bayangkanlah perasaan Dr Faiz tu. Penat berlatih last2 tak dapat. Hanya sorang jer.....

...dan. Korang patut bangga kerana orang Islam adalah orang pertama yang pergi ke angkasa. Siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau ada mengatakan bahawa beliau melihat sesuatu seperti limau ketika di langit dan malaikat memberitahu itulah dunia(bumi) kamu. Itulah peristiwa Israk Miraj. Kita dah mengembara ke angkasa lebh awal lagi.

Kalau ada apa2 yang salah betulkan lah yer....

Edited by powerabu

Share this post


Link to post
Share on other sites

sorry la.. tu jer yang sempat aku upload.

yang betul2 langsung .. fail dia corrupt plak.

malang betul la ... :P

================================

================================

Apa2 pun terima kasih banyak2 pada Power Root kite...

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

aku nak tanyalah macamana ISS tu boleh mengorbit bumi. Camne ia boleh melekat padahal takde gravity. Kenapa ISS tu tak melayang-layang tapi ia mengorbit pada ketinggian yg sama. Camne roket nak masuk ke kawasan orbit tu?????

konsep sama cam bulan..kenapa tak ditarik ke arah bumi.. :) (aku pon tak pakar)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Oh ye ke?......bukan pasal anak datuk atau anak orang berada?.....ada pangkat?..........dan satu lagi dia belajar habis ke?........

P:S aku baru balik dari Klang tadi.....aku x tahu betul atau idak....korang tolong check tengok........yg patut naik ke atas sana (yg dipilih oleh Rusia sendiri dan sepatutnya layak ialah Dr faiz (aku x tau nama betul dia apa)...........tapi atas dasar sebab DR SMS tuh anak orang kaya dan anak orang ada kuasa(bapa dia orang ada pangkat ek) dan kalau nak dibandingkan ngan Dr Faiz yg anak orang biasa sahaja (bapa dia askar ek?) kebetulan PM kita pun (Pak Lah )selalu dok sebut2 nama dia maka naik dia ke atas............nih kira ada unsur politik x? :ph34r: :lol:kalau ada uunsur politik adakah impian budak2 kecil di malaysia ini akan jadi kenyataan apabila mereka besar kelak?

Waallahuallam

Hek eleh.... Dah memang dua-dua layak..... Sape2 pun antara dua orang tu boleh pergi.... Lagi pun Dr SMS lebih senior daripada Dr Faiz.... Dr Faiz banyak lagi masa@peluang pergi angkasa lepas. Ko ingat ni program main-main ker.

Hebat la ko ni... Mana ko tahu cerita ni... Ko ada contact dengan PM Rusia ker.... tak habis-habis sangka buruk... (PHD)

Itulaaa.. mak ayah suruh blaja rajin2... gi ponteng plakkkkk. (termasukla aku ni.. Kalo tak mesti dapat gi angkasa lepas skg ni...) hehehee...

Edited by Ceclom

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hebat la ko ni... Mana ko tahu cerita ni... Ko ada contact dengan PM Rusia ker.... tak habis-habis sangka buruk... (PHD)

Itulaaa,,, mak ayah suruh blaja rajin2... gi ponteng plakkkkk.

tapi bagi aku kalau apa yg aku dengar semalam tuh betu.......kita tak akan dapat apa-apa manfaat tau pasal ada unsur main politik atau main kuasa kat sini <_< ..........kalau x betul alhamdullilah kurang sikit satu masalah

Share this post


Link to post
Share on other sites

melayu mudah lupa

---------

Tengok kat sudut lain, dengan adanya projek ISS ni.. Malaysia akan lebih dikenali (Sama seperti Litar Sepang & KLCC- dua projek yang telah menaikkan nama Malaysia.. yang dulunya pakat kata membazir)

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebab yg aku tahu kenapa ISS dan bulan terapung cuz daya tarikan graviti bumi dan angkasa,kira mcam besi magnet yg kutub nya sama,itu lah yg aku paham skit2 hasil dari apa yg aku baca masa form 5 dulu,tapi lama dah..aku mmg minat pasal angkasa lepas..bygkan bumi hanya sebutir pasir di tepi pantai,dan pasir2 yg lain tu adalah jutaan galaksi..Subhanallah maha kaya Allah..biler org2 yg xtaw nak bercakap,diorang x kan rasa apa itu peluang dan nikmat nya berada di angkasa..bnykkan membaca,jgn dgr gosip.. cari fakta baru ko nak fitnah saper2..

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku hormat la kat member yg pro dgn penghantaran 'angkasawan' kita kita ke ISS tu dan aku tanak pusing minat nkorang n kebanggaan korang pasal tu jadi kontra plak.itu hak nkorang.jadi korang penyokong aku plak biar jadi pembangkang takper.masalah nyer nkorang rasa nkorang berpandangan jauh sampai nk jajah angkasalepas tapi takbleh terima kritikan...tengokla dh berapa ramai geng nkorang mintak topik ni close?ape nkorang ingat kitorang tk skolah cam nko ker???

sebenarnya aku tak pertikaikan sangat penghantaran angkasawan negara ke ISS tu sbb ia sebahagian dr perjanjian jual beli 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.4 bilion.Untung berape?juga aku tanak pertikaikan...

yg aku nk fokus di sini ialah bagaimana rakyat melihat kejayaan 'angkasawan' kite melancong ke ISS tu.ada 2 golongan.1 bersorak2 bangga dn mengimpikan bahawa mesia sudah maju sampai dh masuk ke dunia teknologi angkasa macam kebanyakan kite kat sini. Gologan yg ke 2 macam aku ni yg fikir n melihat perkara ni secara realistik bukan angan2 sbb aku tahu tech yg kite ada tak sampai kesitu jadi aku hanya tersenyum jer melihat post2 yg bersemangat macam nkorang.

bagi aku ia hanya pelancong yg bawa bahan utk kajian(bukan kajian sebenar)yg disiapkan di bumi dibawa ke ISS selama 10 hari utk ambil manfaat kelainan keadaan jisim dan masa di angkasa kedian dibawa pulang ke bumi.Kita sebenarnya tk terlibat ngan teknologi angkasa scara terus.Jadi bagi aku jgnla nkorang cerita pasal kejayaan penghantaran angkasawan kita ni kat mat saleh yg melancong kat mesia ni nnt mrk hanya senyum jerkkk.

perlu diingat di dunia ni dh ada beberapa org kaya yg sudah melancong ke angkasa jd angkasawan tapi belanja snirik la.

Edited by kembara

Share this post


Link to post
Share on other sites

t0l tuh kite x perlu la nk exited gile.... just senyum skit2 cam org pro dan fikir secara realistik...

dan plg penting jgn cpt seronok dan mudah berpuasthati...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku hormat la kat member yg pro dgn penghantaran angkasawan kita kita ke ISS tu dan aku tanak pusing minat nkorang n kebanggaan korang pasal tu jadi kontra plak.itu hak nkorang.jadi korang penyokong aku plak biar jadi pembangkang takper.

aku join sekali.....pasal aku pun kaki bangkang jugak :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku maleh nak quote2.

cume aku x setuju korang ckp kite ni just menumpang semate2.

AT LEAST, kite pergi ke angkasa walau ape pon istilah korang, nampak kite sudah mule concern dengan teknologi aerospace ni. klo x, Dr Mazlan Othman tu sorang je yg terkial2. AT LEAST, terbukak juga mate2 org kite ' kite boleh buat jugak'. projek ni satu opening bagus ntuk Malaysia involve dalam RnD aerospace ni. bukan bermakne kite nak menipu rakyat bahawa Malaysia dah same taraf ngan Russia @ US.

lagi satu, kepada sesiape yg x paham camne ISS tu orbit bumi, sebenarnya angkasa lepas berada dalam keadaan MICRO GRAVITY. bukan zero gravity. zero gravity berlaku diluar sistem suria sahaja. kalau tak, sume planet dah terbang dan x ikut orbit lagi. ni sume disebabkan tarikan gravity matahari yg ikat planet2 supaya ikut orbit. so, klo matahari xder gravity, kite pon dah terbang keluar sistem suria dgn laju. konsepnyer same cam korang melompat dalam bas @ kapal terbang yg tengah memecut laju tapi korang masih berdiri ditempat yg same dah x terpelanting @ terbang kebelakang. aku x pasti name teori dan sebab2 berlaku fenomena sebagitu. so, sape2 yg tahu, pls inform kitorang kat sini yek. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Maaf kawan-kawanku semua..saya terpaksa offtopic sekejap, saya tak minat ada post camni kat forum putera ni, dan kalau boleh seeloknya dibuang jer post insult orang ni.. :angry:

budak nih otak dia....aku rasa kat lutut ..... korang tengok ler statement dia.... apa pengajaran yang anda boleh belajar dari statement Putera ultimatezezs -SE' ... ? kalu tak tahu buat cara tak tahu ... kalu tak jadi ler macam ni ... terpancar kebodohan yg amat sangat .... malu wooohh ..... :lol::lol:

Kat sini bukan sembang kosong lah bang...biasa la kalau ada orang bertanya dan salah statement,..TAK MALU RASANYA WALAUPUN SOALAN TU NAMPAK BODOH,.. apa yang malu woohh tu? Ramai orang kat sini nak tahu macam2 dan bertanya macam2...saya pun bodoh gak,..

@hamlaw

Awak kalau tak boleh nak bincang cara baik kat topik ni, lebih baik awak diam...biar statement orang lain nampak bodoh asalkan dia bertanya,..biar takda pengajaran asalkan tak buat sakit hati orang kan?..yang awak tahu apa jer?..tahu buat kecoh dan berperangai kurang ajar..

Saya sebenarnya tak minat langsung orang cam abang ni. Dan lebih tepat orang seperti awak sebenarnya tidak diperlukan pun (kalau taknak berubah) Tau hanya suka tunjuk watak kurang ajar saja, bukan sekali ni jer saya lihat statement kurang ajar abang ni..macam macam topik abang serang ngan post kurang ajar abg....kalau abg nak saya boleh tracking satu persatu...nak ke?

Moral,

Jangan la camni..kita semua belajar..saya bangga ngan member cam electroboy...dia sudi bagi jawapan pada soalan kawan2 lain..dia tak singgung menyinggung pun..kalau nak banding ngan awak...jauh beza perangai tu...

On topic

Saya ada soalan,..ISS tu ada enjen ker?..ISS bergerak 27000 km/j kan..camner derang kontrol speed camtu..err sori kalau ni soalan bodoh jugak.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

lagi satu, kepada sesiape yg x paham camne ISS tu orbit bumi, sebenarnya angkasa lepas berada dalam keadaan MICRO GRAVITY. bukan zero gravity. zero gravity berlaku diluar sistem suria sahaja. kalau tak, sume planet dah terbang dan x ikut orbit lagi. ni sume disebabkan tarikan gravity matahari yg ikat planet2 supaya ikut orbit. so, klo matahari xder gravity, kite pon dah terbang keluar sistem suria dgn laju. konsepnyer same cam korang melompat dalam bas @ kapal terbang yg tengah memecut laju tapi korang masih berdiri ditempat yg same dah x terpelanting @ terbang kebelakang. aku x pasti name teori dan sebab2 berlaku fenomena sebagitu. so, sape2 yg tahu, pls inform kitorang kat sini yek.

oho..microgravity..sama ngan kajian beliau pasal gasing tu..pusing tak berenti... :D

Saya ada soalan,..ISS tu ada enjen ker?..ISS bergerak 27000 km/j kan..camner derang kontrol speed camtu..err sori kalau ni soalan bodoh jugak..

camne diorang kontrol taktaula..tp psl kat sana takde udara, maksudnya takde geseran kan? maka iss tu takkan tebakar kalu laju2 camtu? :huh:

Share this post


Link to post
Share on other sites

petikan utusan malaysia 17/10/07

Penyelidikan mikrob selesai

MOSCOW 16 Okt. – Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah berjaya menamatkan penyelidikan mengenai mikrob di angkasa selain melengkapkan kajian terhadap sel leukemia dan sel kanser hati sejak berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) empat hari lalu.

Penyelaras Sains Hayat program penyelidikan untuk Program Angkasawan Negara, Prof. Dr. A. Rahman A. Jamal berkata, kajian-kajian lain yang masih diteruskan membabitkan kajian kesan sel radangan dan tulang serta pengkristalan protein.

Menurutnya, ada kajian yang telah pun ditamatkan manakala kajian pengkristalan protein hanya akan siap pada hari terakhir beliau di ISS.

‘‘Kajian yang telah tamat adalah mengenai mikrob di angkasa dan kajian terhadap sel leukemia serta kanser hati.

‘‘Beliau juga telah melaksanakan kajian makanan di angkasa yang diamanahkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),†katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Salah satu komponen penting dalam Program Angkasawan Negara ialah penyelidikan kerana ia menentukan sejauh mana keseluruhan program angkasawan tersebut berjaya.

Eksperimen yang dijalankan oleh angkasawan pertama negara itu melibatkan tiga komponen penting iaitu sel di angkasa, mikrob di angkasa dan pengkristalan protein di angkasa.

Eksperimen di angkasa lepas penting kerana ia menawarkan persekitaran unik dengan wujudnya mikrograviti dan radiasi angkasa selain boleh menghasilkan banyak penemuan ilmu baru.

Rahman berkata, penyelidikan yang dilakukan oleh Sheikh Muszaphar di ISS bukannya penyelidikan yang kecil malah ia telah pun menarik minat institusi antarabangsa.

Sebagai contoh, jelasnya, penyelidikan mengenai pengkristalan protein telah mendapat kerjasama dengan Universiti Osaka, Jepun.

‘‘Ada juga penyelidikan yang mendapat kerjasama daripada institusi lain seperti Universiti Colorado di Amerika Syarikat.

‘‘Mereka telah menyatakan minat untuk mengetahui hasil penyelidikan itu,†katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Raja Noor Zaliha Raja Abd. Rahman berkata, sebaik saja memperoleh hasil kajian daripada Sheikh Muszaphar, beliau akan terus ke Universiti Osaka untuk menyambung kajian mengenai pengkristalan protein.

‘‘Saya bertanggungjawab dalam kajian protein dan sebaik Sheikh Muszaphar pulang ke Bumi, saya akan terus ke Jepun kerana kita mendapat kerjasama daripada universiti di sana untuk meneliti hasil kajian di ISS,†tambahnya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Quite amazing hanya seorang saintis leh siapkan experiment rumit ( I don't know about the rest, but I bet the experiment on protein is damn complicated, supposedly more complicated than research on Photonics and IPv6 :rolleyes: ). One word - salute! Dr Sheikh is one hell a brilliant scientist. Hopefully the results/outcome of the experiment dapat bantu research kita di bumi ini.

Banyak link internet nak ditampal, but fortunately apa yg ada di berita harian sums up everything yg aku jumpa di press site international:

Saintis daripada Agensi Angkasa Russia (Roscosmos) dan NASA serta krew lain di ISS yang memantau perkembangan kajian sains di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), sangat kagum dengan keupayaan Dr Sheikh Muszaphar.

"Saintis Roscosmos dan NASA teruja kerana angkasawan negara faham sepenuhnya keseluruhan proses uji kaji penyelidikan yang perlu dijalankan di ISS, tambahan pula proses uji kaji berkenaan bukan mudah.

P/S; Dalam banyak2 international press and tech website - Reuters, Wired, CNN, Herald Tribune, Time, China Press etc etc - semua puji dan akui kehebatan "angkasawan" Malaysia..takde satu pun artikel aku jumpa yg pertikaikan Dr Sheikh as an "astronaut/cosmonaut/whatever-naut" ... yg aku jumpa semua blog and post warga malaysia je yg pertikaikan kebolehan negara sendiri...walawei patutla tanah melayu aku dulu senang je jatuh ke tangan omputeh british

t0l tuh kite x perlu la nk exited gile.... just senyum skit2 cam org pro dan fikir secara realistik...

dan plg penting jgn cpt seronok dan mudah berpuasthati...

Oit ko ke yg sebabkan geng security engineer terpaksa ponteng solat jumaat dua minggu lepas? Tak baik tau h@ck server org pastu senyum skit2... tau la ko pro. H@ck la waktu lain, kesian la org nak gi solat jumaat. Berdosa, nanti masuk neraka....

Edited by electroboy

Share this post


Link to post
Share on other sites

Oit ko ke yg sebabkan geng security engineer terpaksa ponteng solat jumaat dua minggu lepas? Tak baik tau h@ck server org pastu senyum skit2... tau la ko pro. H@ck la waktu lain, kesian la org nak gi solat jumaat.

aku musafir la.. aha!

Share this post


Link to post
Share on other sites

dier wat byk gle experiment kat atas tuh..... he's not on a vacation so to speak......

he's representing malaysia in a way that we've never thought possible before.... and here we are, complaining about it.....ayaiyai

i agree when someone (above) said that only the strong will survive ..... i mean its true.... 'survival of the fittest'.... eventho i hate to quote charles darwin (bcos his ancestor is a monkey :lol: )..... and i'm not even talking about evolution....

tapi takkan kite tanak maju bile opportunity dah ader dpn mata..... this is a huge step not just for dr. sms but for us malaysians as well...... he did loads of experiments 'up there' n i'm sure u'll be thankful of him if one day someone u know (god forbid) survive from certain diseases that he's been experimenting on.... bcoz he went 'up there'..... and Allah allow us to gain more knowledge thru his(dr sms) journey...

for me.... it's an amount of money well spent...... for plenty of good reasons......

as a bonus..... he'll be hero malaya without a doubt.....hehe..... malaysia needs a hero like him u know.....every once in a while.... not to save us physically but mentally.... to be able to live the dream.... and make us believe in ourselves.... that we can.... if and only if we tried our best.... to make the impossible possible (i'm starting to sound like i'm giving a motivational talk.... ahhh darn it!!)

and we do need to catch up with other countries development...... masalahnyer.... kite nih asik2 la terlebih catch up ngan kerosakan akhlak org barat.... aper sajer trend baru yg dier hidang kite amik wat pedoman..... alahai....nauzubillah

Edited by paritbuntaq

Share this post


Link to post
Share on other sites

...walawei patutla tanah melayu aku dulu senang je jatuh ke tangan omputeh british

...hmmm...jgn ingat org british,jepun jer bleh jajah tanah melayu...tula berpandangan jauh sgt sampai ke bulan (ISS)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...