Jump to content
PROTON

Ayam Naik Harga

Recommended Posts

Kenaikan harga ayam: Kerajaan seolah-olah langsung tiada kuasa

Roy Rasul

Wed | Sep 12, 07 | 05:52:29 PM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Hrkh) - Kenaikan harga ayam di pasaran menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang kuasa untuk menetapkan harga silingnya.

Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam sekitar PAS, Dr Mariah Mahmud berkata, ini kerana kerap kali ada bantahan daripada kumpulan-kumpulan peniaga dan pembekal kerajaan tewas dengan mereka.

Manakala rakyat pula katanya, sudah mangli dan akur biarpun mereka tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan.

"Fenomena ini sering berlaku setiap kali kita menyambut puasa dan hari raya dan harga barang akan naik. Ini sudah termaklum rakyat bagaikan mempunyai reaksi biasa.

"Secara saikologinya situasi seperti itu membuatkan rakyat 'give-up" kerana apabila ada kena mengena dengan kepentingan rakyat mereka terpaksa membayarnya, " katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Semalam Penasihat Persatuan Pemborong Ayam Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Lee Chong Meng, berkata kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan kos pengeluaran yang naik terutama bahan makanan ayam ternakan yang turut naik mendadak di pasaran.

"Kenaikan berlaku sekurang-kurangnya sekali ganda sejak awal bulan lalu. Malah jika penternak masih terikat dengan harga ditetapkan kerajaan, mereka (penternak) akan mengalami kerugian," kata Lee yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

Dalam pada itu, Dr Mariah berkata memang senang seseorang pemimpin membuat cadangan agar memboikot harga ayam.

Katanya, walaupun hanya seminggu diboikot pengguna harga ayam jatuh tetapi mereka kena ingat harga ikan pula akan naik.

Akhirnya beliau berkata, rakyat terbanyak tidak ada ketahanan seperti kata pepatah 'mentimun dengan durian' digolek luka menggolek pun luka.

"Begitulah keadaan rakyat negara ini biarpun merdeka 50 tahun tapi masih tertindas bukan saja minda tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (adun), Anak Bukit, Amuruddin Hamzah berkata, kenaikan harga ayam adalah kesan kenaikan harga minyak.

Apatah lagi katanya, kos perbelanjaan harian semakin meningkat dan keadaan itu diambil kesempatan peniaga.

Malah katanya, yang dihubungi Harakahdaily hari ini berkata, kerajaan juga perlu mengambil sikap proaktif dalam memastikan apakah benar dakwaan bahawa kos bahan makanan ternakan meningkat sebagaimana didakwa para penternak baru-baru ini.

"Kalau itu hanya alasan mereka harus bertindak untuk menetapkan harga siling dalam keadaan munasabah dan kemudiannya membuat pemantauan dan diikuti untuk membuat keputusan untuk dikuatkuasakan, " katanya.

Dalam masa sama katanya kerajaan perlu menagmabil tindakan jangka panjang untuk mengeluarkan produk makanan sendiri tanpa bergantung kepada negara luar.

Katanya, seharusnya ada usaha yang serius ke arah itu kerana ia sekali gus dapat mengurangkan harga dalam pasaran tempatan.

Ini katanya, bebanan kenaikan harga barangan akan ditanggung pengguna

Justeru itu katanya, kehidupan rakyat akan lebih susah daripada sebelum ini.

Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) pula berkata, kegiatan menaikkan harga ayam menyalahi peraturan sebagaimana ditetapkan kerajaan.

Pengarah Perhubungan Korporatnya, Yusuf Abdul Rahman berkata ini kerana ada peniaga yang menaikkan harganya daripada RM6.50 hingga RM7.00 sedangkan untuk musim perayaan kerajaan hanya bercadang menetapkan lebih kurang RM5.60.

"Ini satu tindakan yang tidak wajar dan jika ada peniaga yang berbuat demikian pengguna boleh membuat aduan kepada persatuan pengguna ataupun kepada penguatkuasa kementerian, " katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagaimanapun beliau juga berharap kerajaan mengambil tindakan tegas dan mengotakan amaran mereka kepada para peniaga.

Malah katanya kerajaan mesti menjalankan pemantauan secara berterusan terutamanya di kawasan luar bandar.

"Biasanya di kawasan luar bandar mereka tiada akses untuk membuat aduan dan di situ pihak berkuasa perlu menjalankan pemantauan secara lebih kerap dan berkala bagi membantu masyarakat luar bandar agar mereka tidak sewenang-wenangnya diambil kesempatan oleh peniaga," katanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dalam masa sama katanya kerajaan perlu menagmabil tindakan jangka panjang untuk mengeluarkan produk makanan sendiri tanpa bergantung kepada negara luar.

Xabis2 dengan nk buat melawak..hehehe :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

:excl:

1) Topik Tak Serius langsung , termasuk yang memberi komen...

2) Main Copy & Paste aje...

3) Buktikan email yg didapati ini dari sumber yang sah.

Jika tidak saya akan tutup atau delete terus topik ini !!

Wassalam...

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah lah.. jangan gaduh.. kita yang kat putera.comni kena amik inisiatif alternatif kalau betul2nak boikot.. dari pada korang bising2 nak boikot, pastu makan jugak aayam tu nanti.. baik kita kat putera ni bersatu kumpul modal, kita share -share bukak ladang ayam.. harga kita kontrol sendri.. jangan beli makanan ayam dari pengilang.. bagi nasi sejuk ke hape ke, tak kisah, janji ayam tu idup, dapat makan, dan bila tiba masanya sesuai untuk disembelih.. konsep ternakan ayam kampung.. amacam, ngam tak idea aku ni.. tahun depan dah bleh start makan ayam cap putera.. nanti kita buat baju ader gambar ayam cap putera.com..hehehehe

Hehehe.. kalau 50 eko boleh la..

eemm.. klau nk cover satu Malaya, dalam sejuta eko.. heheh,

1 ekor makan 1 kilo nasi sejuk..

1 juta eko = 1 juta kilo.. ayak..

1kg beras hancur dalam RM0.90 sen

1 juta kg = ???????

Harganya ??

-----------

Baik kita bela kat umah je.. sorang ahli putera bela 30 ekor untuk 30 hari..

Jimat Oooo.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dalam masa sama katanya kerajaan perlu menagmabil tindakan jangka panjang untuk mengeluarkan produk makanan sendiri tanpa bergantung kepada negara luar.

ayam import ke?apa kaitan dgn ayam ni?aku pun boleh dikatakan tiap2 hari makan ayam..makan kat kedai...tp hari pertama berbuka pose semalam aku berjaya makan daging...keke....susah nak boikot benda ni...aku rasa aku pun akan tetap makan ayam pasni...kerajaan yg perlu ambik tindakan tegas...dah berribu billion hasil rakyat kena rompak..berbaktilah skit...harapkan pembangunan fizikal je...ekonomi cam sial...apela kerajaan ni....ntah kenapa sejak akhir2 ni aku rasa mcm x senang dgn kerajan sekarang...mgkin sbb aku dah keje kot...

tp para pegawai kerajaan terutama pak lah...amik la tindakan...nak jd mcm kes babi jgk ke diam je...korang rasa harga babi naik x masa raya cine??hehe..

dekat2 nak pilihanraya ni hati2 la skit kalau terus nak pegang kerusi...sampai bila nak mengaut keuntungan dari rakyat sendiri...gaji sama je...dulu 1800..skng pun 1800....tp kos sara hidup?adus aku pun dah x reti mcm mn nak hidup dgn keadaan skng ni...

Edited by EvilEngineer

Share this post


Link to post
Share on other sites

hah~ kalau disebarkan berita ayam2 kat sini ada virus selsema burung mcm dulu tuh~ musti kaw~ kaw~ harga dia jatuh~ sampai menteri2 terpaksa buat iklan makan ayam reramai lagi~

tapikan pesal time puasa jer org ramai makan ayam banyak2~ why?~~~

makan ler kambing ker, lembu ker, itik ker, kerbau ker

tak pon makan jer ayam KFC.. ku~ ku~ ku~ keroro60.gif

ohhh~ yer~ kalau nak tau memana raya pon semua brg keperluan dia org naik~ tapi masik takde buat apa2... cuma sekadar bising2 pastuh senyap~

kalau raya puasa-- ayam naik~

kalau raya china lak-- ikan naik~

deepavali-- gula tak cukup~

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ayat para peniaga bila ditanya kenapa naikkan harga:

"Kalau X suka, pergilah tempat lain" atau "Kalau rasa mahal, pergilah tempat lain, saya jual kat orang lain" atau "Ramai lagi orang yang nak, saya x kisah"

Kalu boikot, x rase plak masakan ayam .. kalu x boikot, sombong bodoh lak dorang nih .. isk isk isk

Share this post


Link to post
Share on other sites

korang x jemu ker makan ayam :P aku x bleh masuk dah skrg tuka ikan plak...rata2 kat pasar ramadhan tu naik rm1 jgk la...huhu

Edited by locco

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah lah.. jangan gaduh.. kita yang kat putera.comni kena amik inisiatif alternatif kalau betul2nak boikot.. dari pada korang bising2 nak boikot, pastu makan jugak aayam tu nanti.. baik kita kat putera ni bersatu kumpul modal, kita share -share bukak ladang ayam.. harga kita kontrol sendri.. jangan beli makanan ayam dari pengilang.. bagi nasi sejuk ke hape ke, tak kisah, janji ayam tu idup, dapat makan, dan bila tiba masanya sesuai untuk disembelih.. konsep ternakan ayam kampung.. amacam, ngam tak idea aku ni.. tahun depan dah bleh start makan ayam cap putera.. nanti kita buat baju ader gambar ayam cap putera.com..hehehehe

:lol: aku suke idea bernas tu.aku nak jadi tukang sembelih!!boleh?

Share this post


Link to post
Share on other sites

iklan kesihatan pun dah kuar kat tv pasal konsep 5M..salahsatunyer adlh Melebihkan makan sayur2an..so kita mkn sayur je..kalau sayur mahal gak, tanam sendiri...bkn payah pun....jd vegetarianlah kita...

Share this post


Link to post
Share on other sites

iklan kesihatan pun dah kuar kat tv pasal konsep 5M..salahsatunyer adlh Melebihkan makan sayur2an..so kita mkn sayur je..kalau sayur mahal gak, tanam sendiri...bkn payah pun....jd vegetarianlah kita...

bukan ke fakta diberikan tu ada nama penulis n tarikh ke...betullah tu....napa off lak..huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kat tempat aku, sekilo ayam harganya RM5.80

Sebenarnya harga ayam ni murah je.. penjual yang naikkan harga..hehehe. sesuka ati je naikkan harga.

----------------------

Luahan pengguna & pembeli ayam di bulan puasa:-

Dipetik dari Harian Metro :

" Kalau ayam mahal, jangan beli ayam". (SMS dari seorang pengguna)

Dipetik dari TV3:

" Kakak tak boleh kalau hidangan tanpa ayam, anak kakak tak mahu makan nasi, mahal atau murah, kakak terpaksa beli juga ayam ". (Seorang pengguna yang diajukan soalan oleh TV3)

Note : kalau nk bagi ayam jatuh harga mendadak.. kita report kat kementerian kesihatan yang ada kes selsema burung kat tempat kita. bila berita tersebar, orang dengan secara automatoknya akan membaikot ayam..komfem turun mendadak..kekekek (jahat idea ni, tapi peniaga & pembekal ayam yang menaikkan harga ayam lagi jahat)

Share this post


Link to post
Share on other sites

harga ayam naik tinggi mana pun, ak tak tau la nape kat kafe kolej ak nih suka sgt masak lauk ayam....

smpai nk tgk ayam pun, ak dh rasa muak sgt2...

kengkadang dlm sminggu tu susah nk jumpe lauk ikan @ telur...

Share this post


Link to post
Share on other sites

email yg saya baru dapat.. sekadar info dan untuk renungan semua..

--o-o--

Sebenarnya kak lin dah check website, protein dari khinzir memang dignakan untuk inject ayam di luar negara termasuk Thailand jadi tak hairanlah kalau kat sini pun sama juga.

Assalamualaikum semua.

terlanjur sahabat saya ,che ismail dah buka cerita,wajib saya berkongsi.

Jika anda pernah come across Majalah 3 pada bulan July ade paparan ttg ayam

organic herba di usahakan seorang profesor - Dr Mohamad Zainol Abdul Haja.

Saya tertarik dgn cara pembiakan ayam yg Dr Zainol usahakan,bersih,terkawal

dan halal.

Saya dan suami menjejaki Dr Zainol,dpt jumpa,berborak,sy juga pernah

bawa Dr Zainol dan isteri beliau Dr Mumtaz ,berjumpa dgn network saya di

Melilea Puchong.Sekadar ingin mengajak beliau berkongsi pengalaman dgn

kami.

Saya kagumi insan ini,mengorbankan kerjaya profesional utk akhirnye

memilih jalan berbakti kepada ummah.Terlalu mudah akidah umat islam di Malaysia

kini diperalat,kami sgt sedih.Matlamat kami sama,insyaallah.

Sungguh,teknologi menjadikan kita negara yg moden,teknologi juga akan

kemudiannye merosak byk perkara baik dlm tubuh kita..yg akhirnye akan

merosak akidah.Kalau hendak dicerita,sgt panjang.

Saya ringkaskan.

Wujud enzim khinzir dlm ayam diper akui setelah bbrp tahun buat

research,malah byk website yg ade maklumat ini,sy akan beri add nnt.

Enzim khinzir mungkin tidak terlabel secara individual dlm proses

menggemukkan ayam(m'sia tidak akan buat label ) ,tp hasil dari kajian

,protein dari khinzir,antibiotik,dan pelbagai lagi mampu menyuburkan

ayam,cepat gemuk,lg berat lagi cepat boleh jual,cepat dpt hasil.,maka

suntikan,makanan ayam ade campuran pelbagai yg sumbernya diragui.

Thats y,dari telur hungga ia menjadi hidangan anda,ayam tidak perlu

mengambil masa berbulan bulan..ayam KFC cuma 28 hari,ayam daging mungkin

40 hari...sy tidak pasti.

Lately sibuk harga ayam naik,sy come across pulak seorang pengusaha

ayam berbangsa china di Buletin Utama 2 mlm yg lalu,"harga ayam mesti mau

naik sikit,makanan ayam pun ssulah naik halga,itu UBAT ayam pun sudah naik

halga"...ubat ???..tapi tiada apa lagi yg memeranjatkan saya....anda

fikirkan,anda nilailah.Ayam kat malaysia ni sampai dah macam tak cukup

supply,hg semakin lama semakin naik,yg gemuknye pengusaha ayam cina

inilah.

Halal ke ayam daging?

tidak mengapa jika anda pasti dan yakin ttg kehalalannye,tambahan di

Malaysia ade sykt besar yg melabelkan halal utk ape pun jua produk

ayamnye. tetapi Taraf Halal itu ,saya anggap ia hanye di kategorikan utk PROSES

PENYEMBELIHAN cara islam yg diutamakan di sykt itu..even pernah masuk

TV,tetapi cara ayam dibesarkan,di beri mkn makanan yg bagaimana tidak

mungkin termasuk dlm HALAL yg dimaksudkan....anda fikir bagaimana?

Sy pernah bertanye kpd Dr Zainol,government negara islam ini tak berbuat

ape ape ke? Dia jawab,it happens around the world nanee.its the technology!!

Percaya atau tidak,sewaktu Dr Zainol confirm ayam daging ini ade enzim

khinzir,beliau menangis,after a long time of research,baru skrg confirm!!

Saya juga sgt sedih..sgt sgt sedeh. Bayangkan kotornye,hinanya makanan

yang kita mkn,makanan yg membentuk 'kita'.

Ayam daging biasanya dlm 20 minutes kalau letak kat luar peti sejuk

mesti lalat dah datang,bau dia mak aaaaiiiii...senang hanyir,kenapa?Ade

certain part part ayam ni daging dia punyelah padat dan banyak kan...kenapa

ye...fikir fikirkan.

Saya tidak berniat mempromosi ape ape,sy juga tiada share dlm biz Dr

Zainol,tapi saya seru,kepada sesiapa sahabat yg terbaca email

ini,mungkin skrng tiba masanye kita mengubah sumber pemakanan kita..maafkan saya

jika terlambat bercerita,sy hanya manusia,kdg2 sy takut juga pandangan ikhlas

saya di salah erti.Pernah beberapa kali sy bercerita kpd kwn kwn,tapi

cerita sy di anggap seperti diada adakan,malah ade yg tak respon ape

ape,(bila pk pk kelakar pun ade,takkan benda dasyat mcm ni takde respon

ek...)jd sy berhenti bercerita seketika..maafkan sy terlambat memanjangkan

kepada kwn kwn..but anyway inilah sebenarnye tanggungjawab kita.

Fwd this mail to your friends,kita ambillah tanggungjawab ini.insyaaallah

Allah berkati.

last mth pun article Ayam Organic ade keluar kat Berita Harian,full

page,kat dlm tu pun ade ttg enzim khinzir ini.

Anyway sy dan keluarga kini tidak lagi risau harga ayam daging ni naik

ke turun ke,lantokkkkkk le dia....

Ayam organic jauh lebih sedap,manis n tak byk daging.,yg penting kita

pasti ttg sumber pembesaran ayam ini.,insyaallah.

TQ & Regards.

Nanee

Attached (no 1-3) mail from Dr Zainol,panjang,tapi make sure u read

the

last page.he also provided some website add for you to refer.

(1)

Asssalammualaikum

This is the article on pork protein used in chicken breeding. Pls

spread

around.

wassalam

Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja

Head - Research & Development

Innovation Centre

Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd.

No 17. Jalan Nirwana 35.

Taman Nirwana. 68000 ampang.

Selangor. Malaysia.

Tel 603 92811802 / 92816924

Fax 603 92816925

e mail [email protected]

mobile 6012 3248081

please read and there is plenty of further evidence by this well known

reporter Felicity LawrencePlease click here to view the article or

select the link below or copy it into the address bar of your

browser.http://www.theecologist.org/archive_detail.asp?content_id=309Many

thanksThe Ecologistwww.theecologist.org

Edited by AhliNujum

Share this post


Link to post
Share on other sites

haiihhhhhhhhhhh... teruk la kita camni..

semua benda nak di babi kan...

p/s: negara islam takkan tak amik tindakan kot?? atau 'mereka yang diatas' telah di "babi" kan??? babi betullah!!! :angry:

Edited by mosabiro_dari_Jepun

Share this post


Link to post
Share on other sites

Relax dulu ... selagi x kuar hitam putih nya atau kata putus dari mufti dan majlis agama Islam, x perlu la nak memberontak/menempik/menjerit/mengamuk/bunuh diri ... lagipun, dah berpuluh tahun mende ni digunakan kat atas encik ayam, dah jadi darah daging .. dari kecik sampai tua disumbat ngan ayam nih .. jadi, papepun, tunggu le sampai ada pernyataan yang mende tu x halal dan berkaitan dengan babi ..

P/s: Menjatuhkan perniagaan orang lain atas keuntungan diri sendiri atau semata-mata untuk permainan dan kepuasan diri .. isk isk .. salah tu .. pk sendiri la .. :wub:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...