Jump to content
frannez

Pengalamanku Berniaga Dalam Unit Trust

Recommended Posts

Yang saya calculate selepas masukkan Management fee and trustee fee. Switching tiada. saya anggap fee kena charge pada 05/10/07

At 05/10/06, NAV price is RM0.2502

Amount Paid : RM10,000

Sales Charge (6.5%): RM650.00

Amount Invested : RM9,350

Price (RM) : 0.2502

Units received: 37370.10

Total Cum Cost (RM) : 10,000

Avg Cost Per Unit (RM) : 0.2663

At 05/10/07, NAV price is RM0.3652

Units : 37370.10

Price (RM) : 0.3652

Current Amount (RM) : 13647.56

Management Fee: RM204.72

Net Amount 1: RM13442.28

Trustee fee: RM8.07

Net Amount 1: RM13434.21

Profit = RM13434.21 - RM10,000

= RM3,434.21 (Ini adalah nett return yg anda dapat!)

Simple Estimate Return :34.34%

Hmmm... Very interesting...

dar..ur calculation is absolutely correct..sy da pun buat comparison return utk u..with all those information hopes will open ur mind to invest in public mutual :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

dar..ur calculation is absolutely correct..sy da pun buat comparison return utk u..with all those information hopes will open ur mind to invest in public mutual :D

Noted.

Tetapi saya rasa kena tunggu market turun dahulu kerana jika membeli unit PM UT sekarang akan membayar premium Price (RM) : 0.3652. Tambahan pula saya menunggu untuk mendapat rate sales charge yang lebih rendah (Promotion)...

Okay sila PM saya bila premium rendah dan ada promotion untuk sales charge.

Thanjs

Share this post


Link to post
Share on other sites

dar..skang ni ade la masa plg sesuai untuk melabur dalam PIOF..for ur info harga tertinggi PIOF adalah rm0.4200 pada 25 july 07,seblum jatuh kepada harga terendah rm0.3487 pada 30 ogos 07 kesan dari subcrime krisis di US..dari tarikh tersbut hinggalah ke hari ni PIOF start pickup semula dgn setakat hari ni hrga naik kepada rm0.3655 seiring dengan kenaikan KLCI yg mencecah 1369 mata hari ini..penganalisis ekonomi meramalkan KLCI akn achieve 1440 mata pada akhir thun ini sekaligus memberi kesan kepada kenaikan harga PIOF....so the best way is u should invest now rather than hoping the price to go down becoz dengan market yg bagus skang tiada tanda2 PIOF akan jatuh harga dalam masa terdekat..

berkenaan dengan service charge selalunya ade diskaun kepada fund2 public mutual yg baru di launch sahaja..pada fund2 lama still stick pada charge 6.5%.. B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

dar..skang ni ade la masa plg sesuai untuk melabur dalam PIOF..for ur info harga tertinggi PIOF adalah rm0.4200 pada 25 july 07,seblum jatuh kepada harga terendah rm0.3487 pada 30 ogos 07 kesan dari subcrime krisis di US..dari tarikh tersbut hinggalah ke hari ni PIOF start pickup semula dgn setakat hari ni hrga naik kepada rm0.3655 seiring dengan kenaikan KLCI yg mencecah 1369 mata hari ini..penganalisis ekonomi meramalkan KLCI akn achieve 1440 mata pada akhir thun ini sekaligus memberi kesan kepada kenaikan harga PIOF....so the best way is u should invest now rather than hoping the price to go down becoz dengan market yg bagus skang tiada tanda2 PIOF akan jatuh harga dalam masa terdekat..

berkenaan dengan service charge selalunya ade diskaun kepada fund2 public mutual yg baru di launch sahaja..pada fund2 lama still stick pada charge 6.5%.. B)

Ye ke service charge tiada discount, somebody have PM me offering better rate than 6.5%.

PIOF masa open berapa harganya??

Share this post


Link to post
Share on other sites

fund apa yg die offer u?kalo fund baru launch mmg ade diskaun la itu pun for certain period jer..kalo fund macam PIOF ni stick to 6.5% charge..PIOF start pada hrga rm0.2500

Share this post


Link to post
Share on other sites

mysaza..dalam unit trust ni pelabur dapat profit dari 2 cara:

1.capital gain

2.distribution (dividen)

profit dr capital gain ni berlaku bila ade perubahan hrga dalam fund yg kita invest..katakan invest dalam fund yg berharga rm0.3000 per unit kemudian selepas setahun hrga fund naik kepada rm0.4000,maka perbezaan hrga rm0.4000-rm0.3000 = rm0.1000 adalah dipanggil capital gain dimana nilai tersebut didarab dengan bilangan unit yg kita ada utk mndapatkan amoun keuntungan sebenar..

distribution atau dipanggil dividen pula di declare pada setiap financial year end utk setiap fund..contoh ukt fund Public Islamic Opportunities Fund (PIOF),dividen diclare pada 31 july setiap tahun..contoh thn ni dividen diclare pada 4.5 sen per unit..nilai tersebut didarab dgn bilangan unit yg kita ada utk mendpatkan keuntungan sebenar..

fund2 public mutual secara purata return adalah 15% above setahun (ada fund kami yg beri return sehingga 40% setahun)..katakan return setahun 15%, klo anda invest rm3000,anda akan dapat rm3450 selepas setahun..meaning anda untung rm450.. B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

mysaza..dalam unit trust ni pelabur dapat profit dari 2 cara:

1.capital gain

2.distribution (dividen)

profit dr capital gain ni berlaku bila ade perubahan hrga dalam fund yg kita invest..katakan invest dalam fund yg berharga rm0.3000 per unit kemudian selepas setahun hrga fund naik kepada rm0.4000,maka perbezaan hrga rm0.4000-rm0.3000 = rm0.1000 adalah dipanggil capital gain dimana nilai tersebut didarab dengan bilangan unit yg kita ada utk mndapatkan amoun keuntungan sebenar..

distribution atau dipanggil dividen pula di declare pada setiap financial year end utk setiap fund..contoh ukt fund Public Islamic Opportunities Fund (PIOF),dividen diclare pada 31 july setiap tahun..contoh thn ni dividen diclare pada 4.5 sen per unit..nilai tersebut didarab dgn bilangan unit yg kita ada utk mendpatkan keuntungan sebenar..

fund2 public mutual secara purata return adalah 15% above setahun (ada fund kami yg beri return sehingga 40% setahun)..katakan return setahun 15%, klo anda invest rm3000,anda akan dapat rm3450 selepas setahun..meaning anda untung rm450.. B)

Okay...frannez,

PM nak launch any new islamic UT tak?.. Kalau ada please PM me in advance...

Thanks

Share this post


Link to post
Share on other sites

Public Bank raih untung RM2.18 bilion

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Public Bank Bhd.meraih keuntungan sebelum cukai berjumlah RM2.18 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2007.

Bank tersebut merupakan kumpulan perbankan ketiga terbesar di Malaysia.

Public Bank dalam satu kenyataan hari ini berkata, keuntungan itu meningkat 24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Prestasi baik kumpulan Public Bank kali ini, disumbang oleh pertumbuhan tinggi pendapatan bersih faedah dan pendapatan bersih operasi perbankan Islam.

“Selain itu, kerugian pinjaman yang rendah dan peningkatan perbelanjaan pemasaran serta promosi, berjaya menambah pendapatan kumpulan,†kata kenyataan itu.

Menurut Public Bank, hasil bagi tempoh sembilan bulan meningkat 26 peratus kepada RM6.98 bilion, manakala keuntungan bersih adalah RM1.54 bilion, naik 20 peratus daripada RM1.28 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Perolehan sesaham bagi tempoh tersebut adalah 46 sen sesaham, naik berbanding 38.7 sen pada tempoh sama tahun lepas,†kata Public Bank.

Menurut Public Bank, pendapatan faedah bersih dan pendapatan bersih operasi perbankan Islam meningkat RM288 juta atau 12 peratus kepada RM2.7 bilion.

“Peningkatan ini dijana oleh kadar pertumbuhan tinggi pinjaman-pinjaman berkualiti, deposit pelanggan dan peningkatan berterusan kualiti aset.

Pendapatan daripada operasi lain meningkat 41 peratus kepada RM1 bilion, berikutan pendapatan yuran yang lebih tinggi daripada penjualan dan yuran pengurusan saham amanah serta komisen aktiviti pembrokeran saham, kata bank itu.

Kerugian pinjaman pula susut sebanyak RM51 juta berikutan aktiviti pemulihan hutang tidak berbayar (NPL) bank tersebut, tambahnya.

-Utusan Malaysia-

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima kasih bro frannez atas explanation kat Restoran Subaidah pada malam 18/10/2007.

Insya'allah hari Isnin ni (22/10/2007) saya start invest.

Saya harap selepas ni, kita keep in touch.

Share this post


Link to post
Share on other sites

welkam bro...anda buat pilihan yg amat bijak dgn melabur di unit trust public mutual..saya akan cuba monitor pelaburan anda sebaik mungkin..kita jumpe hari isnin ni ya..jgn lupa bawa sekali fotostat ic.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saham dijangka diniaga lebih tinggi

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu ini kerana kebanyakan pelabur akan kembali ke pasaran daripada percutian mereka tetapi kenaikan akan terbatas oleh kejutan negatif dari luar negara.

Pasaran ditutup Isnin kerana cuti sempena menyambut Aidilfitri.

Pasaran dijangka mengukuh dan bergerak meningkat. Belian dan jualan bersilih ganti yang kebanyakannya tertumpu di kaunter minyak dan gas, perladangan dan sedikit sebanyak di kaunter pembinaan akan membantu pasaran bertahan pada tahap semasa.

Pengumuman mengenai rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER) dijangka memberikan sedikit sokongan fundamental kepada kaunter-kaunter berkaitan.

Pelan induk ECER bernilai RM112 bilion yang dirangka Petronas itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hujung bulan ini di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Menyentuh tentang kemerosotan pasaran, faktor-faktor luaran seperti harga minyak yang melambung dan tekanan inflasi yang mungkin menyusul dijangka menghantui pelabur.

Harga minyak melonjak ke jajaran AS$90 setong Jumaat dan pelabur-pelabur tidak menolak kemungkinan harga itu meningkat selanjutnya.

Pasaran bakal menyaksikan dagangan berhati-hati minggu depan, kebanyakannya dengan tumpuan kepada harga minyak.

Kerajaan Malaysia sekali lagi mengulangi pendiriannya pada Jumaat bahawa ia tidak akan menaikkan harga bahan api tahun ini walaupun harga dalam pasaran dunia memecah rekod ketinggian.

Pengumuman itu melegakan tetapi harga mungkin dinaikkan tahun depan, yang tempohnya tinggal dua bulan sahaja lagi dan kerajaan juga berulang kali menyebut bahawa ia berhasrat mengurangkan subsidi bahan api secara berperingkat.

Subsidi bahan api Kerajaan Malaysia berjumlah RM25 bilion setahun.

Dengan risiko dan ketidakpastian global sekarang ini yang dijangka terus mencetuskan pergolakan dalam pasaran-pasaran global, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) dijangka terjejas.

Bagaimanapun, IKKL akan dapat mengharungi tempoh-tempoh sukar ini, terutamanya dengan disokong oleh asas-asas yang kukuh dan sihat.

IKKL dijangka berlegar sekitar 1,370 hingga 1,400 menjelang akhir 2007.

Pada minggu lalu, pasaran berupaya kekal teguh ekoran sokongan terhadap saham-saham perladangan, khususnya dalam penanaman sawit, dan membantu mengurangkan kerugian kerana pelabur-pelabur menjangkakan permintaan yang lebih baik bagi minyak sawit dalam senario harga minyak mentah yang tinggi.

Malaysia adalah pengeluar terbesar minyak sawit yang merupakan bahan mentah termurah dari segi pengeluaran bahan api alternatif seperti biodiesel.

Terdapat juga minat yang agak besar terhadap waran opsyen belian dan saham berharga kurang daripada seringgit.

IKKL ditutup lebih tinggi bagi dua hari berturut-turut tetapi susut pada Jumaat lalu apabila pelabur-pelabur memilih untuk tidak melabur semula keuntungan mereka menjelang hujung minggu.

Rabu merupakan hari dagangan terakhir bagi saham syarikat-syarikat yang akan bergabung untuk membentuk Synergy Drive. Syarikat-syarikat itu ialah Golden Hope, Guthrie, Mentakab Rubber, Sime Darby, Sime Engineering, Sime UEP, Guthrie Ropel dan Highlands & Lowlands.

Saham-saham itu masing-masing disebut harga buat kali terakhir pada RM9.10, RM7.10, RM3.28, RM11.20, RM2.64, RM6.60, RM7.50 dan RM8.40. Synergy akan disenaraikan November ini.

Berbanding Jumaat sebelum itu, Indeks Komposit Kuala Lumpur susut 5.08 mata dan mengakhiri dagangan minggu lalu pada 1,370.17 daripada 1,375.25.

Share this post


Link to post
Share on other sites

good news utk kita semua :D

KWSP perkenal simpanan asas setiap pencarum Februari 2008

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Mulai 1 Februari tahun depan, 11.4 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mempunyai simpanan asas yang ditentukan mengikut umur masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol berkata, simpanan asas tersebut merupakan jumlah simpanan yang terdapat di dalam Akaun 1 setiap pencarum.

Beliau berkata, tujuan konsep itu diperkenalkan bagi membolehkan pencarum mempunyai simpanan minimum RM120,000 sebaik sahaja mereka mencapai umur persaraan 55 tahun.

‘‘Berdasarkan jangkaan, jumlah ini dapat menampung bayaran bulanan kepada pencarum sebanyak RM500 bagi tempoh 20 tahun iaitu bermula dari usia bersara pencarum hingga umur mereka mencecah 75 tahun.

‘‘Selain itu penetapan simpanan asas ini juga akan dijadikan panduan kepada kita untuk memastikan simpanan KWSP tidak boleh dikeluarkan sehingga pencarum berusia 55 tahun kecuali untuk tujuan tertentu,’’ katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan pelaksanaan inisiatif strategik yang berkonsepkan ‘bukan hanya simpanan’ dalam usaha meningkatkan simpanan pencarum.

Pelaksanaan simpanan asas bagi setiap pencarum itu merupakan salah satu perkara yang terkandung di dalam inisiatif tersebut.

Bagaimanapun semua skim pengeluaran KWSP yang ada sekarang termasuk pembiayaan perumahan, pendidikan dan penyakit kritikal tidak berubah dengan pelaksanaan inisiatif strategik itu.

Azlan berkata, semua pengeluaran akan bergantung kepada jumlah simpanan asas yang telah ditetapkan mengikut umur pencarum.

‘‘Bagi yang berumur 25 tahun, simpanan asasnya adalah sebanyak RM9,000, umur 30 tahun (RM18,000), umur 35 tahun (RM29,000) dan umur 40 tahun (RM44,000).

‘‘Bagi mereka yang berumur 45 tahun, simpanan asasnya ialah (RM64,000), umur 50 tahun (RM90,000) dan umur 55 tahun (RM120,000),’’ jelasnya sambil menambah kuantum simpanan asas akan dikaji setiap lima tahun.

Sehubungan itu beliau berkata, mereka yang mempunyai lebihan daripada simpanan asas masing-masing sahaja dibenarkan mengeluarkan caruman mereka untuk tujuan pelaburan.

‘‘Sebagai contoh seorang pencarum berusia 25 tahun dan jumlah simpanan asasnya adalah lebih RM9,000, katakanlah RM12,000. Lebihan RM3,000 itu boleh dikeluarkan untuk dilaburkan dalam produk dan institusi yang diluluskan.

‘‘Berbanding skim pelaburan sedia ada sebenarnya konsep yang diperkenalkan ini menggalakkan pencarum melabur pada usia muda,’’ ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, penetapan simpanan asas juga akan digunakan untuk menentukan sama ada pencarum layak mengeluarkan simpanan pada usia 50 tahun atau sebaliknya.

Beliau berkata, perubahan mengeluarkan simpanan pada usia 50 tahun itu akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari 2013.

‘‘Mulai tahun tersebut hanya ahli yang mempunyai simpanan asas lebih RM90,000 dalam Akaun 1 sahaja dibenarkan mengeluarkan semua simpanan dalam Akaun 2.

‘‘Berbanding sekarang, ahli boleh mengeluarkan satu pertiga simpanan dari Akaun 2 sebaik sahaja mereka mencapai umur 50 tahun tanpa mengira jumlah keseluruhan wang yang terdapat dalam akaun KWSP masing-masing,’’ katanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Okt - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini setelah ia melantun semula daripada kerugian semalam, dirangsang oleh kegiatan belian susulan, kata para peniaga.

Mereka berkata trend menaik itu adalah seiring dengan keuntungan semalaman di Wall Street dan asas-asas ekonomi tempatan yang positif.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) kekal pada zon positif untuk ditutup 6.52 mata lebih tinggi pada 1,357.33. Ia meningkat 4.40 mata ketika dibuka pada 1,355.21.

Indeks Papan Kedua menokok 1.43 mata kepada 108.08, Indeks Mesdaq naik 1.31 mata kepada 121.99, Indeks Kewangan melonjak 117.34 mata kepada 10,894.40 dan Indeks Perindustrian menambah 8.77 mata kepada 2,679.63.

Daripada siri-siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas lebih tinggi 47.42 mata kepada 9,148.27 dan FBM30, yang terdiri daripada 30 syarikat utama berdasarkan kepada permodalan pasaran sepenuhnya, mengukuh 4.50 mata kepada 8,558.05.

Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 639 berbalas 222 sementara 237 kaunter tidak berubah, 291 tidak diniagakan dan 35 lagi digantung.

Jumlah dagangan keseluruhan merosot kepada 1.478 bilion saham bernilai RM1.478 bilion daripada 1.652 bilion saham bernilai RM1.632 bilion semalam.

Para peniaga menyifatkan pelancaran Pusat Siber Koridor Raya Multimedia Malaysia di Ipoh oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini sebagai satu lagi faktor pemacu bagi pelaburan asing di dalam negara.

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam..

saya rase nak join. saya dah tgk website http://www.publicmutual.com.my/ tapi tak berapa paham sangat..

kalau saya invest rm1000 bulan ni, brape buleh dapat?? kena tgu brape lama? nak daftar kat sapa? saya ader akaun publink bank.. macam mana kalau saya nak melabur terus dari tempat saya ni?? sape yang perlu saya jumpa? kena pg publink bank ke?

harap bantu..

sila pm saya.. trima kasih..

Share this post


Link to post
Share on other sites

kecik88,.. kat sini aku citer kan serba sedikit apa itu unit trust.. B)

Apa itu unit trust?

Untuk pengetahuan, Unit Trust (UT) adalah satu bentuk pelaburan yang dikumpul, yang membenarkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka untuk dilaburkan ke dalam sesebuah portfolio securiti yang diuruskan oleh Pengurus Dana Profesional.

Ini bermakna pemegang unit tidak membeli saham terus kepada portfolio/ kaunter saham. Pemilikan saham akan dibahagikan kepada unit. Jika nilai saham naik atau turun, nilai setiap unit juga akan naik atau turun. sbb tu dinamakan unit amanah. Amanah pula sbb pelaburan tu akan diamanahkan untuk di uruskan oleh mereka yang profesional.

Setiap pelabur akan menerima sijil penamaan yang dikenali sebagai Sijil Unit Amanah. Bilangan unit yang dipegang bergantung kepada harga belian unit pada masa pelaburan dibuat dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur.

Kelebihan

1) Pulangan yang tinggi – sekitar 10% ~ 18% setahun

2) Modal yang tidak hilang

3) Insuran takaful percuma

4) Pelaburan yang berlandaskan islamik

5) Selamat – sebab ada pemegang amanah (Amanah Raya berhad)

6) Syarikat pelaburan swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia

7) Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun

8 ) Tak ada modal ? Boleh melabur serendah RM1000(permulaan ) , dan bulanan serendah RM100 (tak semestinya tiap2 bulan, ikut

suka , boleh buat pengeluaran dari duit EPF ( dividen EPF tahun lepas 4.75% ~ cukup sikit , Public Ittikal memberi pulangan

15.5% pada tahun 2004 dan Public Islamic Equity 18% cukup2 tinggi )

9 ) Nak beli rumah?tengah kumpul duit?lebih baik simpan duit yang ada di Public Mutual dari bank.(Fixed Deposit bg setiap tahun 3%)

Produk Pelaburan Islam Public Mutual

Anda boleh memilih mana-mana fund yg sesuai berdasarkan pulangan dan risiko yang anda mahu.

- Public Ittikal Fund (P Ittikal)

- Public Islamic Equity Fund (PIEF)

- Public Opportunities Fund (PIOF)

- Public Islamic Dividend Fund (PIDF)

- Public Islamic Bond Fund (PIBF)

Ciri-ciri Dana Berlandaskan

Wang pelabur dilaburkan dalam sekuriti saham dan instrumen pelaburan yang tidak bertentangan dengan syariah. Sebagai contoh, ia tidak dilaburkan dalam saham yang terlibat dengan arak, judi, perbankan konvensional serta insuran.

Penasihat Syariah

Penasihat Syariah bagi dana dana islam yang diuruskan oleh public mutual ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM).Jangan risau pelaburan anda dijamin halal. :)

mod...sila alihkan topic ni ke section yg bersesuaian kalo topic aku ni tidak sesuai letak di section ni :)

Sila semak samaada apa yang tuan istihar ini ialah simple rate atau effective rate of return.

Biasanya, unit trust mengistiharkan keuntungannya berdasarkan simple rate of return yang apabila ditukar kepada effective rate of return akan mengecewakan pelabur tersebut.

Kaedah ini (simple rate of return) lazim digunakan untuk perlaburan berbentuk Islam.

Simple rate of return tidak mencerminkan pulangan yang sebenarnya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...