Jump to content
frannez

Pengalamanku Berniaga Dalam Unit Trust

Recommended Posts

PAgi semua..moga2 Budget 2008 yg diumum semalam membantu melonjakkan KLCI dan pada msa yg sama mbantu merangsang pertumbuhan dana-dana dalam public mutual..kpd pelabur2 PM semoga pelaburan anda untung berlipat kali ganda... :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam semua..aku just nk brief jenis2 dana yg terdpat dalam Public Mutual.. :rolleyes:

Unit amanah dianggap sebagai instrumen yang baik untuk perancangan kewangan jangka sederhana hingga jangka panjang. Walau bagaimanapun, amat penting anda memilih dana yang sesuai, berdasarkan profil risiko dan objektif pelaburan anda.

Jenis-jenis Unit Amanah Berlandaskan Islam Yang Terdapat Didalam Public Mutual:

Dana pendapatan (Income Fund): Melabur dalam sekuriti pendapatan tetap dan saham yang menghasilkan dividen yang besar dengan harapan akan membayar sebahagian besar daripada pulangan. Sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan dan sedikit pertumbuhan dengan risiko yang rendah.

Contoh dana: Public Islamic Dividend Fund (PIDF)

Dana pertumbuhan modal (Capital Growth Fund): Melabur terutama sekali dalam saham dengan harapan akan memaksimumkan pertumbuhan modal dalam jangka masa panjang (iaitu melalui harga unit yang lebih tinggi). Paling diminati oleh pelabur yang suka kepada risiko tinggi dan berminat terhadap pengumpulan modal.

Contoh dana: Public Islamic Equity Fund (PIEF),Public Islamic Opportunities Fund (PIOF),Public Asia Ittikal Fund (PAIF),Public Ittikal Fund (P Ittikal)

Dana terimbang (Balanced Fund): Mempunyai tiga objektif: pendapatan, kenaikan nilai sederhana dan pemeliharaan modal. Pelaburan dibuat dalam pelbagai kategori aset yang merangkumi saham, sekuriti pendapatan tetap dan wang tunai. Kepelbagaian yang baik dan sesuai bagi pelabur yang mencari pelaburan selamat di mana risikonya lebih rendah dan menghasilkan pulangan yang sederhana.

Contoh dana: Public Islamic Balanced Fund

Dana bon (Bond Fund): Melabur hanya dalam sekuriti pendapatan tetap seperti bon dan instrumen pasaran wang jangka pendek. Semua dana bon tertakluk kepada risiko kadar faedah dan kebanyakannya tertakluk kepada risiko kredit atau risiko mungkir penerbit sekuriti.

Contoh dana: Public Islamic Bond Fun (PI BOND),Public Islamic Enhanced Bond Fund (PIEBF)

Dana pasaran wang (Money Market Fund): Melabur hanya dalam instrumen pasaran wang jangka pendek seperti bil perbendaharaan, sijil deposit boleh niaga dan penerimaan jurubank, dengan tempoh kematangan kurang dari 90 hari. Oleh kerana dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang, pulangan yang diterima, walaupun kecil, pada amnya lebih menarik jika dibandingkan dengan deposit simpanan. Sesuai untuk pelabur yang mahu kecairan dalam pelaburan dan menjadi tempat sementara untuk menyimpan dana sebelum melabur dalam dana lain.

Contoh dana: Public Islamic Money Market Fund

Dana-dana yg disebutkan diatas diuruskan berlandaskan prinsip Syariah; pelaburan dibuat dalam saham dan sekuriti pendapatan tetap dan tidak merangkumi saham tidak halal dan instrumen pasaran wang berfaedah. :)

_________________

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lagi artikel menarik mengenai unit trust :)

Perkara Bijak yang Perlu Diketahui mengenai Unit Amanah

Pilih dana yang sesuai

Terdapat pelbagai jenis dana yang ditawarkan oleh syarikat unit amanah. Tiga kategori utama ialah dana ekuiti yang boleh memaksimumkan pertumbuhan modal; dana bon yang bermatlamat memberikan pendapatan tetap; dan dana terimbang yang merupakan gabungan dua kategori dana di atas, memperuntukkan pertumbuhan modal dan pendapatan. Memandangkan jenis, bilangan dan pengkhususan dana unit amanah semakin berkembang, ia mencukupi untuk memenuhi kehendak pelabur yang berbeza. Anda perlu memilih dana yang mempunyai objektif dan cara pelaburan yang menggambarkan matlamat dan program pelaburan anda. Jika anda inginkan pertumbuhan modal jangka panjang, melaburlah dalam dana yang menawarkan pertumbuhan modal dan bukan pendapatan.

Yuran dan komisen

Berhati-hati dengan yuran dan komisen yang dikenakan kepada anda oleh pengurus dana kerana ia akan mempengaruhi kos, dan juga pulangan yang anda terima. Apakah bayarannya sama dengan dana lain?

Pengurus dana

Pilih pengurus dana anda. Teliti prestasinya dari segi saiz dana yang diuruskan dan pulangan yang diperoleh. Pilihlah pengurus yang telah terbukti cekap dan berwibawa, dan apabila telah membuat pilihan, biarlah pengurus itu - yang anda pilih berdasarkan bakat dan mempunyai lebih banyak sumber maklumat jika dibandingkan dengan anda - menjalankan tugasnya.

Awasi prestasi dana

Tetapi itu tidak bermakna anda boleh lepas tangan sepenuhnya. Anda perlu mengawasi untuk memastikan dana tidak menyimpang daripada matlamat yang dinyatakan dalam prospektus. Buat ukuran rujuk prestasi dana anda berbanding dengan satu indeks yang bersesuaian. Misalnya anda mungkin mahu dana menyamai atau lebih baik daripada prestasi Indeks Komposit BSKL atau dana bon, untuk menyamai atau menandingi kadar pulangan purata akaun simpanan tetap. Pergerakan turun naik pasaran dalam jangka pendek mungkin boleh diterima tetapi prestasi yang kurang memberangsangkan bagi tempoh jangka panjang wajar dijadikan sebab yang munasabah untuk menimbangkan semula pelaburan anda.

Prestasi penilaian

Bayaran agihan (dividen) lumayan yang diberikan oleh dana tidak bermakna prestasinya baik. Malah, apabila dividen diberikan kepada pemegang unit, ia akan mengurangkan nilai aset bersih (NAV) dana yang juga mengurangkan harga unit. Anda harus menggunakan kaedah 'jumlah pulangan' (yang mengambil kira agihan, sekiranya ada, dan keuntungan atau kerugian modal seperti dipaparkan dalam harga saham) apabila menilai prestasi anda.

Berurusan hanya dengan ejen berdaftar

Sekiranya dihubungi oleh seorang ejen, pastikan ejen tersebut berdaftar dengan Persekutuan Pengurus Amanah Saham Malaysia (FMUTM). Jangan percaya kepada pengakuan lisan seorang ejen yang mengeluarkan sendiri bahan promosi yang bukan diterbitkan oleh syarikat pengurusan unit manah. Semak penyata atau sijil yang diterima daripada dana dan simpan rekod pelaburan anda.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Panduan asas memilih dana unit amanah yang betul :)

“Dana yang mana patut saya pilih?â€

merupakan soalan lazim di kalangan pelabur unit amanah. Memilih dana yang betul bukanlah mudah. Bagaimanapun, panduan asas yang disediakan di sini boleh membantu menentukan dana paling bersesuaian dengan anda.

Adakah anda tahu mengapa anda melabur?

Setiap pelabur mempunyai keperluan dan objektif pelaburan yang berbeza-beza. Sesetengah pelabur melabur sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan, manakala sebahagian yang lain melabur sebagai tabungan pendidikan anak-anak. Sebagai pelabur, anda mesti jelas mengenai objektif pelaburan anda. Ini membantu anda menentukan dana yang tepat untuk anda. Misalannya, jika anda mencari satu sumber pendapatan tetap, anda mungkin TIDAK MAHU melabur dalam unit amanah yang sasarannya adalah untuk memperoleh untung modal.

Ketahui profil risiko anda

Setelah menetapkan objektif, buat penilaian terhadap profil risiko anda. Dalam pelaburan, risiko bermakna kemungkinan mengalami kerugian. Setiap pelabur mempunyai profil risiko yang berbeza. Sesetengah pelabur bersedia mengambil risiko yang tinggi manakala sebahagian lagi tidak. Sebagai pelabur, anda mesti sentiasa menilai profil risiko anda dan benar-benar memahami berapa banyak risiko yang anda boleh ambil, atau lebih jelas lagi, berapa banyak kerugian yang anda bersedia tanggung. Dana yang berlainan mempunyai tahap risiko yang berbeza dan sentiasa ingat bahawa pulangan yang tinggi bermakna risikonya pun tinggi. Kebolehan untuk benar-benar mengetahui dan memahami profil risiko anda adalah amat penting. Kebolehan itu memberikan anda penumpuan dan boleh menghalang anda daripada terpengaruh dengan pelbagai brosur berwarna-warni dan janji-janji ejen anda yang boleh mendorong anda memilih dana yang tidak sesuai dengan anda.

Buat kajian

Setelah anda pasti mengenai objektif pelaburan dan profil risiko anda, tibalah masanya untuk anda mendapatkan semua maklumat yang berkenaan. Sumber maklumat anda boleh diperoleh daripada yang berikut:

* Prospektus

Ini ialah dokumen penting untuk pelabur unit amanah. Malangnya, kebanyakan pelabur tidak ambil berat untuk membaca kandungan prospektus dan lebih suka bergantung kepada ejen untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai sesuatu dana. Jika anda mahu menjadi pelabur yang serius, dinasihatkan supaya anda membaca prospektus kerana sebahagian besar maklumat asas, contohnya objektif dana, kelayakan dan pengalaman pengurus dana, yuran dan caj, serta maklumat lain yang berkaitan, ada dalam prospektus. Anda boleh mendapatkan prospektus daripada syarikat pengurusan unit amanah. Selain itu, perpustakaan SIDC yang terbuka kepada orang awam, mempunyai set lengkap semua prospektus dana unit amanah. Silalah ke perpustakaan tersebut.

* Akhbar

Akhbar merupakan sumber maklumat paling mudah diperoleh oleh pelabur unit amanah. Biasanya, akbar memaparkan berita dan data mengenai dana unit amanah.

* Perancang kewangan

Konsep ini masih baru di Malaysia. Perancang kewangan sepatutnya boleh membantu anda menentukan dana yang paling bersesuaian untuk membuat pelaburan. Tetapi jika anda bercadang menggunakan khidmat mereka, tanya dulu sama ada mereka itu perancangan kewangan bebas atau sebaliknya. Perancang kewangan bebas mungkin menerima komisen bagi produk yang mereka cadangkan. Sebagai pelanggan, anda patut diberitahu mengenainya dan anda tidak sepatutnya dipaksa melabur dalam produk tersebut.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Harga saham dijangka tinggi

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Harga saham di Bursa Malaysia dijangka bergerak tinggi minggu ini berikutan bajet pengembangan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu, kata para peniaga.

Bagaimanapun pelabur akan terus memerhati dengan rapat Wall Street di tengah-tengah kebimbangan terhadap krisis pinjaman perumahan dan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat, kata mereka.

Bursa Malaysia dan pasaran-pasaran serantau lain dijangka dibuka rendah pada hari ini sekiranya Wall Street ditutup rendah pada Jumaat lalu, kata para peniaga.

Pasaran tempatan mungkin kecewa dengan Bajet 2008 kerana jangkaan potongan cukai pendapatan peribadi tidak menjadi kenyataan, tetapi keseluruhannya terdapat insentif mencukupi yang ditawarkan kepada pertumbuhan ekonomi, kata seorang penganalisis.

Beliau berkata, meskipun ketiadaan potongan cukai pendapatan peribadi mengecewakan pasaran, langkah menurunkan lagi cukai korporat kepada 25 peratus menjelang 2009 daripada 27 peratus ketika ini merupakan satu kejutan yang diterima dengan baik.

Rangsangan segera bagi pasaran adalah pengurangan yuran penjelasan bagi pembelian saham kepada 0.03 peratus daripada 0.04 peratus, katanya.

Penganalisis itu berkata, cadangan memberikan tiga lesen syarikat broker saham kepada mereka yang boleh menarik dana dari Timur Tengah merupakan faktor yang baik bagi pasaran untuk tempoh jangka panjang.

Beliau berkata, antara saham yang dijangka mendapat rangsangan ialah kaunter hartanah yang menarik minat kukuh minggu ini berdasarkan kepada jangkaan insentif bagi sektor tersebut dalam Bajet.

Bagaimanapun, menurut penganalisis itu, pengaruh positif daripada bajet mungkin diimbangi kebimbangan terhadap perkembangan pasaran AS.

Kelemahan berterusan dalam pasaran AS dijangka melembapkan sentimen pelabur dalam pasaran tempatan, katanya.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dijangka bergerak antara 1,270 dan 1,330 mata minggu ini, kata peniaga.

Ketua penyelidik UBS Malaysia, Colbert Nocom berkata, meskipun Bajet 2008 dijangka memberi prospek baik bagi keseluruhan ekonomi, ketiadaan potongan cukai pendapatan peribadi boleh melembap sentimen pasaran.

Bagaimanapun, beliau berkata, kemungkinan kelemahan harga boleh menyediakan peluang belian.

Presiden Persatuan Pelabur Malaysia Datuk Dr P.H.S. Lim berkata, langkah untuk mengecualikan cukai dividen ke atas saham korporat akan memberikan rangsangan kepada pasaran, menyediakan pulangan pelaburan lebih baik kepada pemegang saham.

Beliau berkata, Malaysia merupakan negara kedua di Asia selepas Hong Kong, mengecualikan cukai dividen.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, KLCI ditutup 20.97 mata lebih tinggi pada 1,304.90 berbanding 1,273.93 pada akhir minggu sebelumnya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Analisis prestasi dana-dana terbaik public mutual :)

pioffug1.png

PERATUS PULANGAN BAGI DANA PIOF (11/09/06 - 07/09/07) = 59.05%

pieffum5.png

PERATUS PULANGAN BAGI DANA PIEF (11/09/06 - 07/09/07) = 38.81%

pidfix3.png

PERATUS PULANGAN BAGI DANA PIDF (11/09/06 - 10/09/07) = 36.96%

paiffzm9.png

PERATUS PULANGAN BAGI DANA PAIF (11/09/06 - 07/09/07) = 30.55%

p/s semua dana2 public mutual diatas beri pulangan lebih dari 30% setahun..tidak rugi sebenarnya jika anda melabur di public mutual.. ;)

Edited by frannez

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehehe.. sapa nak melabur dalam Public Mutual tuh sila sila la PM ym aku..( skim syariah sahaja, konvensional tak layan sebab haramm..) [email protected] . atau skodeng blog aku.. http://dana-amanah.naza-biz.info / nak kenal sila ke blog peribadi .. http://bengang.naza-biz.info .. harap harap ramai melayu yg melabuir dalam public mutual nih.. s

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam rileks..jadi consultant ni mmg kene semangat selalu kalo x client lari... :P amacam sales?work smart dont work hard bro..:D

hehhehe aku sebenarnya baru 3 minggu disahkan jadik UTC .. sales alhamdulillah lah walaupun buat sambilan setakat ni dah 31k .. target aku sebenarnya 30k jer buat permulaan.

skang dok carik sesaper yg nak melabur area kelantan dan pahang.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saiz dana PFEPRF naik 3.3b

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Public Mutual Bhd. (Public Mutual) hari ini mengumumkan peningkatan saiz Public Dana Far-East Property and Resorts Fund (PFEPRF) kepada 3.375 bilion unit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yeoh Kim Hong berkata, pembesaran saiz dana itu dilakukan berikutan permintaan permintaan daripada para pelabur.

‘‘Dana ini menerima sambutan yang baik kerana ia memberi peluang kepada para pelabur untuk membuat pelaburan secara dinamik dan pelbagai meliputi jenis-jenis hartanah yang berbeza di rantau Asia Pasifik,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Puclic Mutual merupakan anak syarikat milik penuh Public Bank.

Kata Kim Hong, PFEPRF yang dilancarkan pada Julai lalu merupakan dana ekuiti yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang.

Menurutnya, dana itu dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dengan pelaburan dan pembangunan hartanah, pelaburan dan pembangunan hotel dan amanah pelaburan hartanah (REITs) di pasaran domestik dan serantau.

Bajet 2008 bukan punca pasaran saham merosot

Oleh Amirullah Andi Nur dan Zainab Mohd Yatim (BERITA HARIAN)

KESAN Bajet 2008 kepada prestasi ekonomi serta pasaran saham tidak dapat dilihat secara serta-merta, sebaliknya dalam tempoh jangka panjang, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau turut menegaskan bahawa penurunan di Bursa Malaysia kelmarin, iaitu hari urus niaga pertama selepas pembentangan Bajet 2008 bukan kerana reaksi negatif pelabur terhadap bajet itu, tetapi berpunca daripada faktor luaran.

Katanya, walaupun Bajet 2008 memperuntukkan perbelanjaan lebih besar serta menampilkan strategi progresif, namun Bursa Malaysia jatuh pada Isnin apabila sentimen pelabur dijejaskan penurunan di pasaran saham Amerika Syarikat (AS) susulan pengumuman perangkaan pekerjaan di negara itu.

“Bagaimanapun, kejatuhan itu tidaklah besar (seperti di pasaran saham lain), tetapi ia hanya sedikit,†katanya kepada selepas merasmikan seminar anjuran Persatuan Penerbit-Penerbit Akhbar Malaysia (MNPA), di Kuala Lumpur, semalam.

Isnin lalu, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) jatuh 14.20 mata untuk ditutup pada 1,290.70 mata.

Semalam penanda aras utama Bursa Malaysia itu merosot 4.37 mata untuk ditutup pada 1,286.33 mata kerana pelabur masih bersikap berhati-hati berikutan prestasi semalaman Wall Street dan bursa serantau yang bercampur-campur susulan kebimbangan kemungkinan berlaku kemelesetan di AS berikutan penurunan perangkaan pekerjaan di negara itu.

Nor Mohamed berkata, kerajaan yakin Bajet 2008 akan membantu ekonomi negara mencatatkan prestasi menggalakkan disokong pelbagai faktor lain.

“Semua langkah diumumkan (dalam Bajet 2008) seperti tumpuan kepada pembangunan modal insan dan kebenaran pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan wang daripada Akaun 2 caruman mereka setiap bulan adalah positif untuk ekonomi,†katanya.

Beliau berkata, bajet itu juga mengambil kira keadaan tidak menentu keadaan ekonomi di negara barat akibat daripada isu gadai janji perumahan subprima di AS.

“Kesan isu subprima di AS itu masih belum jelas, sama ada hanya kepada pasaran saham negara itu saja atau kepada ekonomi benarnya.

“Justeru, bajet itu dirangka dengan mengambil kira keadaan tidak menentu itu. Ia (keadaan tidak menentu itu) juga adalah sebab mengapa kita mengunjurkan (pertumbuhan ekonomi) antara enam hingga 6.5 peratus.

“Jika kesannya teruk, kita dijangkakan masih mampu mencatatkan pertumbuhan ekonomi enam peratus, tetapi jika krisis itu tidak teruk kita boleh mencapai 6.5 peratus,†katanya.

Nor Mohamed berkata, kekuatan ekonomi Malaysia terletak kepada keanjalannya untuk menangani krisis iaitu sesuatu langkah itu boleh dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.

“Malaysia sentiasa memiliki keanjalan untuk menangani krisis (ekonomi) seperti yang berlaku pada 1971, 1986 dan 1997.

“Menerusi pengajaran yang diperoleh, ekonomi Malaysia kini lebih pelbagai dan kerajaan kini memiliki banyak sumber untuk terus menjana pertumbuhan ekonomi,†katanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Refresh kembali dana-dana islamik public mutual.. :)

Islamic Fund (Local Market)

1. Public Ittikal Fund (P ITTIKAL) -

2. Public Islamic Equity Fund (PIEF)

3. Public Islamic Opportunities Fund (PIOF)

4. Public Islamic Dividend Fund (PIDF)

5. Public Islamic Balanced Fund (PIBF)

6. Public Islamic Bond Fund (PI BOND)

7. Public Islamic Enhanced Bond Fund (PIEBF)

8. Public Islamic Select Bond Fund (PISBF)

9. Public Islamic Money Market Fund (PIMMF)

Islamic Fund (Oversea Market)

10. Public Asia Ittikal Fund (PAIF)

11. Public Islamic Asia Dividend Fund (PIADF)

12. Public Islamic Balanced Fund (PIBF)

Islamic Fund yg boleh invest guna EPF

1. Public Islamic Dividend Fund (PIDF)

2. Public Islamic Balanced Fund (PIBF)

3. Public Islamic Bond Fund (PI BOND)

4. Public Islamic Enhanced Bond Fund (PIEBF)

5. Public Islamic Select Bond Fund (PISBF)

6. Public Islamic Money Market Fund (PIMMF)

p/s anda bole pilih fund2 yg sesuai mengikut kehendak dan selera kewangan anda,, B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam semua... :D

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

KEJAYAAN tidak akan muncul secara mendadak tetapi datang apabila seseorang itu tidak mudah mengaku kalah, sentiasa berusaha, mempunyai semangat tinggi dan bersikap positif walau diuji pelbagai cabaran.

Begitu juga dengan adik-beradik yang berasal dari Ipoh, Nor Akmar Hanif, 30, dan Aida Nurlin, 26, yang tidak pernah mengenal erti penat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya sebagai perunding saham amanah.

Pada usia muda, kedua-duanya hidup mewah dengan memiliki pendapatan lima angka setiap bulan. Nor Akmar dan adiknya masing-masing sudah tujuh dan lima tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan saham amanah.

Nor Akmar yang memiliki ijazah kelas pertama dalam bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat dari University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST) pada 1999, mula menceburi bidang perniagaan itu kerana minat yang tinggi untuk berjaya.

Katanya, beliau memang berminat untuk menjadi seorang ahli perniagaan kerana mahu berdikari selain sukakan cabaran.

“Saya percaya lebih hebat cabaran itu, lebih besar pulangannya. Maka bidang ini paling sesuai dengan jiwa saya,†katanya.

n03sistersiq0.jpg

Walaupun mempunyai latar belakang kelulusan akademik yang berbeza daripada bidang perniagaan, beliau tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk berjaya dalam bidang perniagaan saham amanah.

“Sesiapapun tidak harus rasa terikat dengan latar belakang pelajaran mereka. Hanya kerana belajar dalam satu bidang, tidak semestinya tidak boleh berjaya dalam bidang lain yang diminati seperti perniagaan.

“Untuk berjaya dalam bidang ini, latar belakang pelajaran tidak penting tetapi sikap dan semangat untuk maju itu yang menentukan hala tuju hidup. Sikap positif mahu berjaya menyumbang 80 peratus kepada kejayaan individu.

“Selain itu, sikap mudah belajar, ada semangat berterusan bukannya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’, amat penting,†katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Nor Akmar dan Aida Nurlin Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat Platinum Wealth Advisors yang disokong sebuah bank terkemuka. Pejabat dua ahli perniagaan muda itu bertempat di Dataran Ara Damansara, Petaling Jaya.

Sementara itu, Aida Nurlin yang juga lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuarial, mula membabitkan diri dalam bidang perniagaan saham amanah sejak masih menuntut di universiti itu lagi.

Semangat yang tidak pernah luntur untuk menjadi terbaik dan membina kejayaan dalam hidup, mendorongnya terus berusaha walaupun terpaksa membahagikan masa antara belajar dan kerjaya sebagai perunding saham amanah.

Aida berkata, bidang itu terbuka luas dan menyediakan peluang bagi sesiapa saja yang hendak berjaya, tidak gentar menghadapi cabaran serta mempunyai minat mendalam untuk maju dan tidak jemu berusaha.

Katanya, bidang perniagaan saham amanah mampu memberikan pendapatan lebih 10 kali ganda berbanding bekerja makan gaji.

“Jika seseorang itu mahu lebih cabaran, laparkan kejayaan dalam hidup dan berasa wang yang mereka terima pada masa ini tidak setimpal dengan beban kerja yang terpaksa digalas, maka bidang ini sesuai untuk mereka,†katanya.

Sehingga kini, Akmar dan Aida sudah menerima lebih 100 anugerah pengiktirafan daripada sebuah bank terkemuka berikutan prestasi mereka yang cemerlang sebagai perunding saham amanah.

Aida berkata, mereka bersyukur dengan rezeki yang ada kerana ia membolehkan mereka berpakaian cantik, sering bercuti ke luar negara dan menyara kedua-dua ibu bapa dengan sebaiknya.

“Sepanjang kerjaya ini, saya menjalaninya dengan gembira, sentiasa bersemangat dan puas hati. Yang penting kita perlu ada rasa cinta pada apa yang kita buat,†katanya.

Katanya, syarat bagi sesiapa yang ingin berjaya dalam bidang itu adalah mempunyai semangat untuk berjaya, sukakan cabaran dan cepat belajar.

“Syarikat kami juga banyak membuat program mengasah bakat bagi melahirkan perunding saham amanah yang berjaya. Kami gembira dapat membantu orang kerana ia mengubah diri mereka menjadi lebih baik.

“Bukan saja dari segi ekonomi, malah personaliti dan tahap keyakinan diri juga akan meningkat apabila seseorang itu berjaya dalam hidupnya,†katanya.

Beliau berkata, syarikatnya memberi tumpuan lebih pada melatih individu berminat sebelum terus menjalani praktikal untuk berjumpa pelanggan dan menjalankan perniagaan saham amanah.

“Tapi mereka perlu mendapatkan lesen daripada Persekutuan Pengurus Amanah Saham Malaysia (FMUTM) sebelum layak menjalankan tugas sebagai perunding saham amanah,†katanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pendapatan Pengarah Genting RM93j setahun

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Genting Bhd. (Genting) merekodkan pembayaran upah tahunan tertinggi kepada pengarah iaitu antara RM92.55 juta hingga RM92.6 juta atau secara amnya lebih kurang RM7.7 juta sebulan atau RM253,000 sehari.

Resort World Bhd., anak syarikat Genting turut membayar upah tahunan yang tinggi kepada pengarahnya lebih daripada RM44.5 juta seorang.

Majalah perniagaan tempatan, Malaysian Business dalam satu kenyataan berkata, Genting tidak menamakan pengarah tersebut.

Namun berdasarkan kedudukan dalam senarai lembaga pengarah Genting, pengarah berkenaan adalah Tan Sri Lim Kok Thay yang merupakan Pengerusi, Presiden dan Ketua Eksekutif syarikat terbabit.

Selain itu, Genting merupakan syarikat yang mencatat rekod peratus peningkatan upah tertinggi bagi pengarah-pengarahnya pada 2006.

Mengikut kaji selidik tahunan Malaysian Business, tempat ketiga yang membayar upah tahunan tertinggi kepada pengarah selepas Genting dan Resort World ialah IOI Corporation Bhd. yang membayar antara RM18.85 juta hingga RM18.90 juta.

Tempat keempat tertinggi upah tahunan kepada pengarah ialah Berjaya Sport Toto Bhd. antara RM11.8 juta hingga RM11.85 juta dan tempat kelima DRB-Hicom Bhd. antara RM9.4 juta hingga RM9.5 juta.

Malaysian Business berkata, sejumlah 20 syarikat disenaraikan membayar upah tahunan tertinggi kepada lembaga pengarah masing-masing.

Bumiputera-Commerce Holdings Bhd. menyertai senarai 20 syarikat tersebut yang memberi kenaikan besar upah kepada pengarahnya, tambah kenyataan itu.

Sementara itu, eksekutif-eksekutif atasan OSK Holdings Bhd., Star Publications (M) Bhd., SP Setia Bhd. dan Hwang-DBS (M) Bhd. juga menerima pakej upah yang besar pada 2006, kata Malaysian Business.

Paling menarik, tambah majalah tersebut, Pengerusi Public Bank Bhd. (Public Bank), Tan Sri Teh Hong Piow tidak tersenarai pada tahun ini, sebaliknya Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Tay Ah Lek merupakan penerima bayaran upah tertinggi bagi pengarah dalam syarikat perbankan.

Menurut Malaysian Business, Ah Lek menerima RM8.05 juta pada 2006 iaitu RM5.53 juta sebagai pengarah dan RM2.52 juta daripada saham opsyen, sebaliknya Hong Piow sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif tidak melaksanakan opsyen beliau pada tahun lalu kerana telah melaksanakannya pada 2005.

Oleh itu, jumlah bayaran upah pengarah Public Bank susut sebanyak 36 peratus pada 2006 daripada RM41.9 juta kepada RM26.6 juta, katanya.

Sementara itu, British American Tobacco (M) Bhd. dan Texchem Resources Bhd. terkeluar daripada senarai 20 syarikat teratas, tambahnya.

Menurut majalah itu, kaji selidik itu dibuat ke atas 639 syarikat dengan jajaran upah melebihi RM300,000 seperti yang dinyatakan dalam laporan kewangan masing-masing.

Malaysian Business berkata, apa yang paling menarik terdapat sebilangan syarikat yang mengalami kerugian besar tetapi masih membayar upah tinggi kepada pengarahnya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Sept - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini di mana saham-saham berharga murah dan berwajaran berat meneruskan keuntungan masing-masing dengan sentimen dirangsang oleh kecergasan semalaman di Wall Street, kata seorang peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur ditutup 11.51 mata 0.89 peratus lebih tinggi kepada 1,308.67 selepas meningkat 4.14 mata ketika dibuka pada 1,301.30 berbanding penutup semalam pada 1,297.16. Ia mencecah paras tinggi seharian 1,308.67.

"Pasaran mendapat semangat daripada pengurangan kadar dana Persekutuan AS iaitu kepada 4.75 peratus daripada 5.25 peratus serta prestasi lebih baik di Wall Street," kata beliau.

SBB Securities dalam laporan penyelidikannya hari ini berkata yang langkah tegas dan berjaga-jaga oleh Rizab Persekutuan mungkin mampu menyokong pasaran terus cergas untuk "dua atau tiga" hari lagi dan membolehkan kitaran ekonomi AS bergerak berterusan dan bukannya mengalami kemelesetan sepanjang 2008. Ini sekali gus memberi keyakinan padu kepada para pelabur yang Asia boleh bertahan dengan sebarang kejatuhan.

Kaunter-kaunter perladangan, terutamanya yang berkaitan dengan penanaman kelapa sawit, terus menyerlah kerana harga-harga minyak mentah kekal melebihi AS$80 setong. Minyak sawit digunakan untuk menghasilkan bahan bakar alternatif seperti biodiesel.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kelebihan Pelaburan Syariah Unit Amanah

KEWUJUDAN dana unit amanah berasaskan Syariah menambah satu lagi bentuk pelaburan kepada masyarakat untuk membuat tabungan dan pelaburan sekali gus memberikan pendedahan dan peluang berkecimpung dalam pasaran modal Islam dan pasaran kewangan Islam.

Alasan ketiadaan pengetahuan dan pengalaman, kekurangan modal serta masa bukan lagi kekangan dan penghalang. Terdapat pelbagai manfaat dan kebaikan yang bakal dinikmati oleh para pelabur atau pemegang unit apabila melabur dalam dana unit amanah berasaskan Syariah berbanding bentuk-bentuk pelaburan yang lain.

Antara kelebihan melabur dalam unit amanah berasaskan Syariah ialah dana diuruskan secara professional dan sistematik oleh pengurus yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Mereka ini berupaya membuat analisis pasaran serta mahir memilih komponen portfolio yang terbaik.

Ini mencerahkan peluang para pelabur untuk memperolehi hasil pelaburan yang baik kelak. Dengan adanya pengurus dana yang mempunyai kemahiran dan sumber bagi menguruskan dana, para pemegang unit tidak perlu begitu bersusah payah mengikuti perkembangan pasaran secara terperinci kerana kepentingan mereka diuruskan dengan baik oleh mereka yang berkebolehan dan berkelayakan.

Pelaburan dalam dana unit amanah berasaskan Syariah terbuka kepada semua peringkat pelabur sama ada individu mahupun institusi, pelabur berskala kecil atau besar. Pelabur kecil yang tidak mampu melanggan sekuriti seperti bon yang mencecah jutaan ringgit harganya, boleh memiliki pelbagai portfolio pelaburan yang ditawarkan melalui pelaburan dalam dana unit amanah. Dana ini mampu dimiliki kerana dipecahkan mengikut unit dan mampu dibeli dengan pelaburan awal serendah RM100 dan pelaburan tambahan serendah RM10.

Selain itu, pelaburan di dalam dana unit amanah adalah mudah tunai. Pelabur boleh menjual sebahagian atau kesemua unit milik mereka pada sebarang hari urus niaga. Ini berbeza dengan pelaburan hartanah di mana kebiasaannya pemilik terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pembeli walaupun cuba melupuskan hartanah tersebut pada harga yang rendah di pasaran.

Pelabur yang menitik-beratkan portfolio pelaburan yang mematuhi Syariah kini boleh melabur dalam dana unit amanah berasaskan Syariah tanpa rasa was-was. Ini kerana setiap pelaburan dan aktiviti dana diawasi oleh penasihat Syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Kewujudan penasihat Syariah ini bertujuan untuk memastikan segala perjalanan dan pengurusan dana adalah selari dengan kehendak Syariah.

Selain manfaat yang diperolehi apabila melabur di dalam unit amanah, pemegang unit amanah harus mengetahui dengan jelas yuran dan caj yang dikenakan oleh syarikat pengurusan. Antaranya ialah caj perkhidmatan permulaan, caj belian semula, yuran penukaran, yuran pemindahan dan bayaran pengurusan.

Dengan peningkatan jumlah dana unit amanah berasaskan Syariah yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti, para pelabur perlulah bijak untuk membuat pilihan dengan meneliti profail dana yang biasanya mengandungi objektif pelaburan, dasar, strategi dan ciri-ciri utama dana sebelum membuat keputusan untuk melabur. Walaupun di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 telah dinyatakan bahawa kepentingan pelabur akan dilindungi, namun para pelabur sendirilah yang bertanggungjawab untuk memilih dana unit am

p/s terdapat 36 jenis dana dalam Public Mutual..12 daripadanya adalah dana islamik (berlandaskan syariah)..sehingg hari ini kesemua dana2 islamik Public Mutual menunjukkan prestasi membanggakan.. :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dear Frannez,

Boleh ceritakan, jika melabur dalam PBB Mutual fund, bagaimanakah fund boleh digunakan untuk mendapatkan OD facilities?. Berapakah Ratio OD per PBB MF? Bank apakah yang menerima? Berapa Interest rate yang dikenakan?..

Thanks

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...