Jump to content
Datuk_Seri

Anggota Jais Hina Fatwa Negeri Selangor

Recommended Posts

Assalamualaikum...

Aku saja tgk2 kan website youtube, tetiba ternampak tajuk video yang mengejutkan ni.. setelah aku perhatikan video tersebut dan aku cari adakah betul anggota JAIS sendiri telah melanggar fatwa, sememangnya YA.. jadi, apa pendapat korang sumer...

Fatwa Negeri Selangor

Kategori : Sosial/Syariah

Tajuk :

Fatwa Tentang Merokok

Isu :

Fatwa :

(1) Merokok adalah haram

(2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa –apa jenis rokok.

(3) Bagi maksud faiwa ini , “ rokok ” ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 51.

Tarikh Pewartaan :

7 Disember 1995

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_wart...w.asp?keyID=380

Video Bukti

___________________________________________________________________________________

P/S: Mode, kalau thread ini terlalu sensitif, bolehlah deletekan sahaja..

Assalamualaikum...

Share this post


Link to post
Share on other sites

rasanya perokok-perokok ramai yang tak stuju

pastu penanam tembakau plak tunjuk perasaan sebab dah jadi sumber pendapatan yang kekal tetiba sahaja disekat.

tapi.. aku stuju kalau nak HARAMKAN ROKOK di sisi undang-undang

hehe.. apa pendapat perokok pulak kalau tak dapat hisap rokok?

mesti tension sakan

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebut pasal rokok ni mcm sensitif..biasalah org kita...cpt sensitif bila sentuh soal peribadi... tambahan kalau kena kritik.. mesti melatah..tp tak pernah fikir positif...

aku bukan anti perokok...

tp paling aku nyampah n rasa nak terajang org yg merokok kat tempat awam tanpa ambil kira orang awam lain yg ada di sekitar... apa lagi kat tempat ada tanda di larang merokok...

soal fatwa diharamkan tu..mmg ada kebaikan yg amat banyak... sebab kalau fikir...apa faedah rokok? selain dr memberi keuntungan pada syarikat yg terbabit dalam pengedaran penjualan rokok... apa sumbangan rokok pada kesihatan dan keluarga yg sihat. kalau yg ada anak...anak form1 ..takpun darjah 6 pandai merokok.. sapa kita nak bantai...nak marah..bebel..rotan anak kita... atau nak marah kedai jual rokok? atau mmg bapak pun merokok... dr anak baby sampai anak besar...tiap2 hari nampak bapak dia merokok...

aku respek pada perokok yg tahu jaga hak orang2 lain yg tidak merokok...

mcm beberapa org member aku, bila nak merokok, dia keluar n merokok luar rumah..termenung depan gate rumah..atau tepi pagar rumah..atau belakang rumah...kalau tgh sama2 lepak kat kedai...dia bg isyarat nak merokok n mintak lampu hijau dr kawan2 lain utk merokok depan kawan2 lain..atau dia lepak tempat lain kejap...

sebab pada yg sudah merokok dah ketagih..memang satu kesukaran utk mengubah tabiat dan membuang ketagihan... mmg susah nak berhenti secara terus... walau ada yg boleh n mampu buat..tp tak semua org cukup kuat utk terus berhenti...tp kalau ada tekad n azam..InsyaAllah...sikit2 mencuba dan berikhtiar... ada hasilnya...

tapi bagi yg tak merokok...n saja2 nak rasa n nak jadi perokok... dh mcm satu niat tidak baik utk diri sendiri... tapi bila betul2 buat/merokok...tak berani la nak kata berdosa atau tidak...tp kalau jelas nyata kita tau akibatnya, n dgn niat utk lakukan seterusnya melakukan sesuatu yg memudaratkan diri sendiri...mungkin disitu boleh dikatakan haram/berdosa melakukannya... tp dosa pahala itu bukan kita tentukan..semua tu urusan Allah...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

Kepada rakan2 Putera sekalian.. Jangan salah faham, aku tak anti-perokok pun walaupun aku tak merokok. Bapa aku merokok, adik ipar aku merokok, kawan serumah waktu belajar pun ramai yg merokok, tempat sekerja sekarang pun ramai member yang merokok.. Lagi pun tujuan thread ni dibuka bukan untuk menyakiti hati Puterians yg merokok, cuma nak tunjukan sikap cakap tak serupa bikin oleh pihak penguatkuasa JAIS ni... Fahamilah niat aku ni sebenar yer..

Assalamualaikum...

Share this post


Link to post
Share on other sites

bukan senang nak suruh orang berenti merokok... walaupun dah kata haram ke kanser ke cepat mati ke .

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam semua.

Satu topik yang baik...

Sudah menjadi resam manusia sejak Azali lagi, setiap yang dilarang, itulah yang sangat suka dicuba, dibuat, dilakukan...

Sama juga macam minum arak, main judi, mencuri, merogol, menonton VCD lucah,... eh.. kalau nak di list kan semua perkara yang telah di Haramkan secara terang terang masih lagi berlaku , inikan pula Merokok, yang telah menjadi darah daging turun temurun, bukan setakat orang biasa saja, sehingga guru guru ugama pun masih mengamalkan menghisap rokok daun (gulung)...

Walau pun telah di wartakan haram, tetapi tindakan atau perlaksanaan hukuman masih longgar...

Tindakan Anggota Jais yang menghina Fatwa Negeri Selangor, (jika benar berlaku) itu sangat biadap...

seharusnya diambil tindakan yang tegas dengan memberhentikan orang yang terlibat dari menjadi anggota JAIS.

sekian..

Allahu hu alam..

Share this post


Link to post
Share on other sites

adakah fatwa merokok itu haram merangkumi keseluruhan negara malaysia? kalu ya, seluruh warga malaysia takleh la nk merokok (yg muslim le). tapi kalu dalam satu2 kawasan saja cth mcm kawasan selangor saja, maka orang selangor saja la yg takleh merokok n kat dlm kawasan selangor saja yg takleh merokok. luar kawasan takda masalah...

kalu salah tolong perbetulkan

Share this post


Link to post
Share on other sites

adakah fatwa merokok itu haram merangkumi keseluruhan negara malaysia? kalu ya, seluruh warga malaysia takleh la nk merokok (yg muslim le). tapi kalu dalam satu2 kawasan saja cth mcm kawasan selangor saja, maka orang selangor saja la yg takleh merokok n kat dlm kawasan selangor saja yg takleh merokok. luar kawasan takda masalah...

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37,telah menetapkan pengharaman rokok kepda umat islam di Malaysia.

Keputusan mewartakan merokok sebagai haram selepas muzakarah tersebut bergantung kepada setiap negeri.

Setakat ni,mengikut laman web e-fatwa,hanya 5 negeri sahaja yang mewartakan rokok sebagai haram di negeri:

-Kedah,Perlis,Selangor,Sabah,Sarawak

Negeri lain tu mungkin mufti mereka ada alasan tersendiri untuk tidak mewartakannya,jadi jangan menuduh mufti di negeri tersebut tidak mengikut keputusan majlis fatwa.

~maaf,tak jumpa bukti untuk menguatkan lagi kenyataan di atas~

Edited by shinkoban®

Share this post


Link to post
Share on other sites

yup...mmg fatwa kebangsaan sama mcm so called bisnet internet tu...

tapi masing2 yang tak belajar agama ada "fatwa" sendiri nak menghalalkannya...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalu mcm tu, mksudnya fatwa tu meliputi keseluruhan tanah malaysia la...fatwa tu terpakai ke atas semua warganegara msia (muslim) tanpa mengikut kawasan negeri coz majlis fatwa kebangsaan yg buat. kalu majlis fatwa negeri saja, hanya negeri yg terbabit saja la

err..korang sendri (terutamanya yg merokok la) camana? dpt terima tak fatwa ni? aku tak merokok jd takla mslh sgt...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalu mcm tu, mksudnya fatwa tu meliputi keseluruhan tanah malaysia la...fatwa tu terpakai ke atas semua warganegara msia (muslim) tanpa mengikut kawasan negeri coz majlis fatwa kebangsaan yg buat. kalu majlis fatwa negeri saja, hanya negeri yg terbabit saja la

err..korang sendri (terutamanya yg merokok la) camana? dpt terima tak fatwa ni? aku tak merokok jd takla mslh sgt...

Apesal lak nak negeri selangor jer...apa yang bestnya selangor nie sampai ada fatwa2 khas untuk selangor?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

Di Malaysia masalahnya ialah undang2 syariah nya berlainan antara satu negeri... sebab tu byk gak masalah berlaku terutama sekali kes kawin/cerai.. Walau bagaimanapun ada dgr biter nnt diaorang sumer nk selaraskan segala2 undang2 syariah di semua negeri.. bahkan diseluruh negara ASEAN... (correct me if i'm wrong)...

Assalamualaikum...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

Di Malaysia masalahnya ialah undang2 syariah nya berlainan antara satu negeri... sebab tu byk gak masalah berlaku terutama sekali kes kawin/cerai.. Walau bagaimanapun ada dgr biter nnt diaorang sumer nk selaraskan segala2 undang2 syariah di semua negeri.. bahkan diseluruh negara ASEAN... (correct me if i'm wrong)...

Assalamualaikum...

Mybe kalu kat selangor boleh kawin 4 kat Melaka boleh kawin seorang jer sbb negeri kecik.. mybe fatwa mcm nie kot. Rokok kat selangor jer tak boleh tapi kalau luar daripada selangor boleh...Rokok maximum boleh 2 batang sehari kat selangor... kat tempat lain boleh hisap 10 batang dlm satu masa pun boleh.

Apa yang specialnya selangor?Sangat funny.

Edited by matrik02

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mybe kalu kat selangor boleh kawin 4 kat Melaka boleh kawin seorang jer sbb negeri kecik.. mybe fatwa mcm nie kot. Rokok kat selangor jer tak boleh tapi kalau luar daripada selangor boleh...Rokok maximum boleh 2 batang sehari kat selangor... kat tempat lain boleh hisap 10 batang dlm satu masa pun boleh.

Apa yang specialnya selangor?Sangat funny.

takda la yg special sgt, itu la yg dinamakan sebagai fatwa setempat (aku tak tau istilah sebenar). maksudnya fatwa yg hanya terpakai pd kawasan atu negeri yg memfatwakan mcm tu aja. nk kira special tak special tu bergantung pd pemerhatian j.kuasa mjls fatwa negeri. kalu berdasarkan kajian dorang fatwa yg mcm ni perlu bagi negeri tersebut jd dorang akan wat kajian n keluarkan fatwa...

aku bc dlm papu hr ni, akan diwujudkan satu majlis fatwa induk (lebih kurang la..) utk menangani ketidak seragaman fatwa di setiap negeri di malaysia mcm fatwa sure heboh tu...kn tak sama

Share this post


Link to post
Share on other sites

fatwa nih macam amalan yg digunakan oleh mahkamah civil...camna tu?

camni lebih kurangnya...setiap keputusan mahkamah civil akan menjadi rujukan dan menjadi hujjah kepada hakim dan para peguam..

contohnya kes Azlina Jailani..kalau mahkamah civil menetapkan bolehnya dia murtad maka peguam/mahkamah lain akan gunakan FAKTA KES @'fatwa' mahkamah tersebut untuk memurtadkan/membenarkan murtad orang Islam...sebabtu peguam muslim membantah pembicaraan kes Azlina Jailani di mahkamah civil..

mahkamah syariah pun sama jugak...fakta kes akan digunapakai..namun, mahkamah civil terlampau luas, seluruh dunia menggunakan undang-2 'sekular' yang sama..

begitulah lebih kurangnya 'penggunaan' dan skop fatwa..

fatwa...selagi ko muslim..maka ko boleh ambil...selagi selari dengan mazhab (undang-2) yang dipegang...

kalau tak sama dengan mazhab...ada kaedahnya kalau nak guna fatwa tersebut...bab nih kena mengaji...namanya "talfiq mazhab"

kalau sesebuah negeri dah ada akta contohnya akta jenayah syariah dalam klausa murtad..., maka dia boleh gunakan sebenarnya hujjah penggubalan akta tu dan akta tersebut jugak...cumanya hakim yang terpaksa putuskan berdasarkan kekuatan hujah dan berdasarkan lingkungan kuasa undang-2 setempat...itu yang ruginya jika tak seragam akta di negeri-2..

Edited by panglimakhalid

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebab tak seragamlah banyak kes menuntut hak penjagaan anak, penceraian dan pusaka tak dpt diselesaikan.

bila seragam plak maka ramailah plak sang suami berkahwin di luar negara.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ROKOK tu mmg haram dari segi islam...aku dah xingat apa ustazah aku kata tp mmg haram le..

Share this post


Link to post
Share on other sites

rasanya perokok-perokok ramai yang tak stuju

pastu penanam tembakau plak tunjuk perasaan sebab dah jadi sumber pendapatan yang kekal tetiba sahaja disekat.

LTN (Lembaga Tembakau Negara) akan ditutup tahun 2010 nanti,

penanam tembakau yang telah mendaftarkan nama mereka dengan LTN sebagai penanam akan

menerima pampasan antara RM 3,000 hingga RM 7,000 (ada yang dapat dah tahun 2006.

Jadi kerajaan akan mencari altanatif lain sebagai ganti kepada penanaman tembakau, antaranya ialah

ubi kayu dan sejenis tumbuhan (aku xingat nama dah) yang boleh diproses untuk dijadikan papan litar elektronik.

:lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mybe kalu kat selangor boleh kawin 4 kat Melaka boleh kawin seorang jer sbb negeri kecik.. mybe fatwa mcm nie kot. Rokok kat selangor jer tak boleh tapi kalau luar daripada selangor boleh...Rokok maximum boleh 2 batang sehari kat selangor... kat tempat lain boleh hisap 10 batang dlm satu masa pun boleh.

Apa yang specialnya selangor?Sangat funny.

mungkin penduduknyer ramai & sesak ngan manusia yg pelbagai ragam dan leh memudaratkan insan2 lain yg x merokok :unsure: .....sebab ruang antara satu ama lain makin sempit.... :ph34r: bila merokok mudah la dapat asapnyer.... :wacko:

Share this post


Link to post
Share on other sites

ROKOK tu mmg haram dari segi islam...aku dah xingat apa ustazah aku kata tp mmg haram le..

awk betul pasti ke rokok tu haram dari segi Islam.

kalo x silap aku rokok ni boleh jatuh hukum haram ble dah memudaratkn.

kalo salah mintak diperbetulkn :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

memang pon.....

tak silap aku la kan aku pernah dgr la rokok nie makruh hukumnyer sebab satu memudaratkan n selain bahan2nyer yg pelbagai rokok juge mengandungu ganja kering (klu silap perbetulkan k) dan bila perkara makruh d lakukan berulang kali maka jatuh la harammmmm

itu yg aku pernah dgr la k...... B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

bukak dalam thread ttg rokok....dalam serious discussion kot..

dah banyak dibicarakan disitu...dan ada jugak fatwa kenapa merokok haram...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...