Jump to content
jejaka09

Remaja Sekarang....apa Nak Jadi?

Recommended Posts

cthnya..

nk kuar jumpa kwn xbleh..

nk pi mana2 or jumpe kwn dia nk anta

ak jd pemberontak bru tau

ko sebenarnya patut beruntung ada ibu bapa cmtu..

sb? satu hari ko akan tau jugak...

tp biasala manusia mana reti nk bersyukur..

ape yg ko nk memberontak?

kalo ko ada niat memberontak ke jalan yg lg xbtol..(ko g marah mak ko ke,ko g kuar jugak tanpa kebenaran ke..etc)

ko agak2 sapa sebenarnya ada something wrong? :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mengeluh tak guna. Pegi sendiri dekat yang kecik2 dah merokok tu, ambik gambar guna henpon, amik rokok dia, bawak pegi jumpa mak abah on the spot, tunjuk gamba tu siap2. kalau nak hebat hantar kat polis terus. konfirm tak merokok lagi dah.

JANGAN KESIAN KALAU NAK DIDIK ANAK BANGSA SECARA MENYELURUH.

tak nak buat jangan membebel. simple. kalau tanya aku, aku buat dah. tak perlu aku nak bincang2 larut camni. action speaks louder than words.

Edited by Sinful

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mengeluh tak guna. Pegi sendiri dekat yang kecik2 dah merokok tu, ambik gambar guna henpon, amik rokok dia, bawak pegi jumpa mak abah on the spot, tunjuk gamba tu siap2. kalau nak hebat hantar kat polis terus. konfirm tak merokok lagi dah.

JANGAN KESIAN KALAU NAK DIDIK ANAK BANGSA SECARA MENYELURUH.

tak nak buat jangan membebel. simple. kalau tanya aku, aku buat dah. tak perlu aku nak bincang2 larut camni. action speaks louder than words.

mmmmmm....kalo ko wat..GOOD LUCK la..

silap2 hari bulan mak bapak dia balik sound ko..sb mak bapak dia pon merokok.. :lol:

mana yg mak bapak baik tu..dah puas dah cuba nk lentur anak..tp kalo anak kepala steel jugak..tu yg masalah nyer..

Share this post


Link to post
Share on other sites

mmmmmm....kalo ko wat..GOOD LUCK la..

silap2 hari bulan mak bapak dia balik sound ko..sb mak bapak dia pon merokok.. :lol:

mana yg mak bapak baik tu..dah puas dah cuba nk lentur anak..tp kalo anak kepala steel jugak..tu yg masalah nyer..

bukan "nak" ye.

"dah".

mak bapak kalau merokok sekalipun tak ada yang suka anak sendiri merokok time kecik2, melainkan kalo mak bapak yang tak cukup belajar.

Share this post


Link to post
Share on other sites

erm.. aku nak citer pengalaman aku plak.. huhu.. itu pon kalau korang sanggup baca.. :P

dulu dari aku kecik sampai umur 9 tahun, aku duduk dlm satu kawasan di mana majoriti adalah Melayu..

apa yg aku tgk, life budak2 Melayu time tu banyak main..

gasing, layang2, tamiya, konda-kondi dan banyak lg.. termasuk lah aku join skali.. kih3..

tp mak bapak diorang tak kisah.. anak nak merayau pon tak kisah..

pastu bila masuk darjah 4, aku duduk kat satu kawasan yg mana kiri-kanan-depan-belakang aku adalah Cina..

sampai skrang aku duduk sini.. dan aku nampak ada perbezaan yg sgt ketara antara dua bangsa ni..

bangsa Cina pkl 11 tu kebanyakannya mmg rumah dah bergelap.. anak diorang mmg dijaga betul2..

(kalau Melayu skrang ni yg aku tgk, pkl 11 mlm tu baru balik dari dinner kat kedai mamak :lol: )

anak2 bangsa Cina ni banyak habis masa kat umah.. kadang2 je diorang bersosial cth nye waktu petang2 diorang amik angin..

kat umah org Cina mmg selalu memekak main piano (tak kisah pon), viola, belajar membaca BM (belakang umah aku cikgu tuisyen)..

hari Sabtu dgn Ahad confirm ada kelas tambahan kat Sek Jenis Cina dan diorang selalu balik pkl 12 tghari..

pastu mak bapak diorang banyak dedahkan ilmu2 tambahan kat anak diorang mcm belajar melukis, IQ, taekwondo, komputer dsb..

agak2 korang, berapa peratus diorang bersama member2 diorang ? huhu..

dan diorang mmg kuat ajaran pada 'fahaman' Buddha nye.. (ada sorang dua je Cina yg Christian..)

bila aku balik semula ke tempat tinggal lama aku, dah banyak berubah..

ramai betul senior2 kat situ yg jadi rempit.. yg junior plak jd 'rempit junior' yg pakai basikal chopper..

surau plak dah tak ramai mcm dulu.. sbb ramai org2 tua yg dah meninggal..

tinggal lah org2 muda yg skrang ni ambik alih kawasan tu..

berdasarkan pengalaman aku, masalah remaja Melayu skrang ni berpunca drpd :

didikan agama, jagaan mak bapak dan juga pengaruh persekitaran (kawan, tv, internet)..

bukan aku kata duduk dlm kawasan yg penuh bangsa Melayu tu tak bagus..

tp apa yg aku tgk, bangsa Melayu lah yg paling cepat terpengaruh..

terpengaruh dgn nak cepat kaya, gores dan menang, nak jadi hero jalanan dsb..

kita - sbg bakal pelapis mak bapak kita perlu lakukan sesuatu dari sekarang.. ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

memag mak dgn bapa la yg patut memainkan peranan yg penting dlm mendidik anak2. selain itu, guru kat skolah blh membantu dlm beberapa hal...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Semuanya mesti bermula dari awal lagi..

Mesti bermula dari dalam perut lagi, kemudian diasuh ketika masih kecil, disambung pula ketika kanak2, dan bila dah dewasa barulah mak bapak boleh rehat...

InsyaAllah, jika betul kita ikut apa yang disarankan dan kita ikut landasan sebenar Islam dalam mendidik anak, yakinlah; anak itu tidak akan termampan oleh segala pengaruh dan gejala buruk.

Share this post


Link to post
Share on other sites

pembentukan anak2 bermula dari lahir....mak bapak responsible start dari anak tu lahir hingga ke aqil baligh....tapi lepas aqil baligh, biasenye mereka sume ni dah mumayyiz(dah pandai beza baik dan buruk) tapi pengalaman hidup xbanyak lagi.....so mak bapak time ni tugasnya membimbing...tapi anak2 juga kene belajar sendiri utk improvise diri....xkan selamanya nak disuap,dihulur ke muka.....xde keje lain ke mak bapak asyik nak kene kontrol anak2 die....mereka kene cari nafkah juge....kene jage adik beradik lain juge....biasenye kebanyakan ibu bapa beri kebebasan secara sikit2 pade anak2....dengan harapan anak2 akan belajar guna kebebasan dengan cara yg betul....bile kepercayaan dah timbul, baru lebih kebebasan akan diberi....jangan lupa mak bapak kite antara orang yang paling kenal siapa kita....so xble nak blame mak bapak 100% atas kegagalan sakhsiah anak2....kadang2 anak2 sendiri yang xcenderung ke arah kebaikan....ape kate anda?

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak setuju amendenye... sikit2 mak bapak. budak2 tu sendiri dah besar. boleh fikir... mak bapak dah tegah kena le ikut.

ni tau ikut nafsu je. kalau boleh tangankan je bebudak yg tak tau diajar ni..

:angry:

Edited by Kurkur

Share this post


Link to post
Share on other sites

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK KEPERIBADIAN ANAK-ANAK

Mentarbiah dan mendidik anak-anak dari kecil, remaja dan akhirnya menjadi dewasa merupakan tanggungjawab yang besar kepada setiap ibu bapa, kerana ianya akan melahirkan generasi yang cemerlang dan berakhlak mulia. Lebih-lebih lagi dengan mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w yang berlandaskan akhlak Al-quran hendaklah diutamakan. Ketika ditanya oleh para sahabat tentang akhlak Rasulullah s.a.w yang mana Sadatina Aisyah r.a memberitahu, bahawa akhlak Rasulullah s.a.w adalah dengan akhlak al-quran.

Justeru itu dalam membentuk keperibadian anak-anak remaja kita, ibu bapa sewajarnya memberikan kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya. Namun demikian ibu bapa haruslah berpada-pada menyayangi mereka, dengan memberikan kemewahan semata-mata kepada anak-anak sebagai ganti kasih sayang akan merosakkan akhlak mereka, sebagaimana yang banyak berlaku masa kini. Kadangkala ibu bapa lupa bahawa kasih sayang dan perhatian adalah lebih penting daripada kemewahan. Pepatah melayu ada menyatakan "Sayangkan Anak Tangan-Tangankan dan Bukannya Mewah-Mewahkan".

Islam mengajar kita bahawa perkara utama yang perlu dilakukan dalam mendidik anak-anak sebaik sahaja mereka lahir ke dunia ini adalah dengan memperdengarkan kalimah ALLAH s.w.t, bukannya dengan nama-nama yang lain. Sebab itulah kita disunatkan melafazkan azan ditelinga kanan, iqamah ditelinga yang kiri, dibacakan surah al-qadr ditelinga kanan, disamping itu ditahniahkan akan dia,di akikahkan, di cukur rambutnya dan di beri nama ketika dia berusia tujuh hari, yang mana perkara ini merupakan asas pendidikan akidah dan keimanan kepada anak-anak, seterusnya kita asuh dan didik mereka dengan didikan agama yang sempurna.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Mulakanlah ucapan kepada anak-anak kamu dengan kalimah LAILAHAILLALLAH.

-Hadith Riwayat Hakam daripada Ibnu Abas-

Asuh dan didiklah anak-anak dengan keimanan, supaya mereka beriman kepada ALLAH s.w.t. Dengan itu dapat menjamin diri anak-anak dan kehidupan mereka agar terpelihara daripada menyekutukan ALLAH s.w.t. Perkara ini dapat diambil iktibar daripada pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya.

Sebagaimana firman ALLAH s.w.t:

"Dan (ingatilah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya : Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan ALLAH (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

-Luqman :13-

Memberikan didikan agama dan moral juga amat perlu sejak mereka kecil lagi. Ibarat kata pepatah : "Melentur buluh Biar Dari Rebungnya". Pada masa yang sama ibu bapa perlu menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak, bukan sebaliknya melakukan perkara-perkara keji dan buruk. Janganlah kita menjadi seperti " Ketam Menyuruh Anaknya Berjalan Lurus". Hal ini bertentangan dengan syariat islam, kerana Islam adalah agama yang mementingkan adab-adab terpuji, bahkan anak-anak perlu disamai dengan amalan-amalan yang baik dan diredhai oleh ALLAH s.w.t, yang dapat menghalang mereka daripada melakukan kemungkaran dan kemaksiatan.

Didiklah anak-anak agar menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada diri mereka sendiri dan juga kepada masyarakat, bukan menjadi sebaliknya, ini kerana hanya dengan didikan nilai-nilai murni sahajalah dapat menjadikan mereka berbudi pekerti dan berakhlak mulia. Firman ALLAH s.w.t:

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dalam tempoh dua tahun, (dengan yang demikian itu) bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu, dan (ingatlah) kepada akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".

-Luqman:14-

Perlu diingat, sebagai ibu bapa jagalah perasaan mereka dengan tidak membandingkan dan membezakan antara anak-anak lelaki dan perempuan. Kedua-duanya perlu didikan dan diasuh dengan saksama, tetapi berlainan pendekatan. Kedua-duanya perlu dibina dan disuburkan keterampilan mereka sebagai khalifah ALLAH s.w.t. Diberi ilmu untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup mereka didunia ini. Ini membolehkan mereka hidup tenang disamping mendapat rahmat dan petunjuk serta diredhai ALLAH s.w.t. Justeru itu kita dapat menjadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah.

Selain itu kita harus memberikan perangsang dan galakan kepada anak-anak. Hal ini selaras dengan janji-janji ALLAH s.w.t kepada hambanya yang beriman ,iaitu memberikan pahala dan ganjaran syurga. Kedua-duanya merupakan perangsang dan galakan kepada orang-orang mukmin supaya terus melakukan kebaikan dan beramal soleh. Begitu jugalah dalam hal mendidik anak-anak, kita perlu memberikan dorongan dan perangsang serta puji-pujian dan kata-kata semangat diatas kejayaan dan kebaikan yang telah mereka lakukan. Ini bertujuan supaya mereka tidak berputus asa untuk terus melakukan kebaikan.

Sebagai umat Islam yang telah dikurniakan akal dan fikiran, kita perlulah berusaha mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang sempurna dan sentiasa melakukan amalan-amalan yang positif. Kita juga tidak sewajarnya melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam seperti bercakap bohong, melakukan maksiat, tidak menutup aurat dan perkara-perkara buruk yang lain. Sekiranya kita ingin anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh, kita mestilah bersifat dan beramal soleh supaya kita boleh dijadikan model dan idola bagi mereka. Ini kerana anak-anak mengilut dan mencontohi perlakuan kita. Jika kita dapat mendidik mereka dengan baik, maka baiklah mereka, tetapi jika sebaliknya, maka rosak dan gagallah kehidupan mereka.

Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mendidik anak-anak kita, supaya mereka menjadi insan yang sempurna dan beriman kepada ALLAH s.w.t serta rasulnya, bahkan hidup didunia dan diakhirat .Insya-ALLAH.

Share this post


Link to post
Share on other sites

manusia ertinya lalai(insan)sbb tu kita perlukan bimbingan.bimbingan itu semestinya datang dr ibu bapa(wajibla),agama,guru,org lebih tua,rakan sebaya juga.remaja pula ada 2 golongan:1 dpt terima ajaran,2 tk boleh terima ajaran.kedua2 nya terjadi dgn sbb2 yg kompleks.golongan pertama biasanya akan terbimbing sdg kan golongan ke-2 biasanya gagal utk dibimbing sehingga mrk jadi makin liar n musnahkan diri sendiri....sgt tragis...

sbb2 berlakunya keruntuhan akhlak,banyak...perlu diingat,sifat malas adalah antara punca utama kpd kerosakan akhlak ditambah dgn sifat keras kepala.Sifat dalaman semulajadi juga merupakan sbb yg penting dlm pembentukan akhlak seseorang.semua ni menyebabkan usaha2 mendidik anak2 bukan satu tugas yg mudah.

Kpd remaja tu,jgn salahkan ibu bapa nkorang kalau nkorang rase tk puas hati,nkorang ade otak,knape tk gune otak nkorang utk mendidik perangai sendiri?

Skolah skang ni hanya boleh digunakan utk memberi ilmu akademik jer,bukan lagi utk membentuk sahsiah pelajar sbb mak bapak zaman skang ni tk pentingkan akhlak anak2 mrk sebaliknya hanya nk tengok anak2 mrk dpt byk A.mak bapak akan serang cikgu kalau diorang tahu cikgu berkasar dgn anak2 mrk.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ni lagi 1 mslh berat...sbnrnya puncanya sng je..didikan agama...mmg kebanyakan ibu bapa da bg ilmu agama kt ank2 diorang..da anta g skola agama sume..tp adakah 100% diamalkan..diterapkan spenuhnye dalam jiwa ank2 tu?contoh plg sng la..aurat..kt mane2 bole tgk skang kalo 1 fmly klua bjln...kte nmpk mak ayahnye cantik, sopan je pakaian..tp ank2 kt blakang?x pki tudung, bju ktat,singkat..cmne tu?bp ramai mak bpk yg ajk smbhyg berjemaah kt umah?ngaji kt umah?kalo ngaji tu snyp2 dlm bilik..patutnye ngaji kt lua bilik,bg ank2 dgr alunan ayat2 al-quran tu..beri keberkatan dlm umah...pastu..mak bapak kn spatutnye jd contoh utk ank2..tp kalo da contoh yg ditunjukkan tak btl..cmne ank nk jd btl?korg bole tgk la..bapak2 yg mrokok dpn ank..especially ank kecik...ni mmg aku geram gle..mmg bodoh btl la bapak camtuh...da tau sah2 mrokok tu membahayakan..lbih2 lg org yg sdut asap prokok tuh lg truk ksannye..bknnye nk aja ank tu jgn isap rokok..tp lg isap dpn diorang..kalo yg kate punca pngaruh kawan tu..aku rs kurang mantap la point korang tu..knape?sbb kte sume ade akal..kte yg wat pilihan utk idop kte sndiri...kalo kwn kite ske lumba motor,knp msti kte pn ikut lumba motor?kalo kwn ske isap rokok,knp msti kte pn nk ikut isap rokok?pokoknye,tepuk dada tanya slera la...jgn ikut nfsu jek..kte ni dijadikan Allah makhluk istimewa sbb dikurniakan akal...utk mngawal nfsu..sbb tu malaikat pn disuruh sujud kpd nabi Adam..dan kte jgk bole jd lebih hina drpd binatang kalo biarkan nafsu menguasai akal..x nk gunekn akal yg da diberikan tu..ske2 jek ikut ape orglen sume buat..x fkrkn kewajarannya...kpd ronoroazoro..ko ptt bersyukur ada parents yg amek brt psl ko..jg pergaulan ko...tu tndanya parents ko bertanggungjawab dan syg kt ko...mmg anak2 moden skang mudah memberontak..ske sgt ngn hiburan..tp mslhnye skang...mak bapak pn same taksub ngn hiburan...cnthnya..bangga yg teramat sgt ble ank dpt masuk AF..ank2 drpd kecik da dicenderungkn kpd hiburan,nyanyian...hiburan ni kalo yg baek xpe..ni hiburan yg mmg melalaikan,yg merosakkan..tp sume tu mcm da jdk pkara biase..mcm xde pape jek...so..kesimpulan aku...nk membentuk modal insan rmaja2 zmn skang...ptt bermula kt umah..mula dgn ibu bapa..pendidikan agama perlu sempurna...terapkan dlm jiwa ank...tp mak bpk kna make sure la diorang pn da ikut landasan yg btul..make sure diorang pn ikut ajrn islam yg btl...barulah sempurna keluarga...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Masalah remaja pada masa sekarang semakin meruncing. Merokok, pergaulan bebas, lepak(membuang masa), membelakangi agama dan sebagainya adalah suatu perlakuan yang dianggap biasa di kalangan remaja sekarang, terutama remaja Melayu. Saya sungguh terkilan melihat kbnyakan dari ibubapa sekarang hanya memandang sebelah mata tentang perlakuan/rutin anak-anak mereka. Apakah kemungkinan yang akan berlaku 10 tahun akan datang? Apakah yang akan terjadi kepada Islam, Melayu dan Malaysia?

Cuba bayangkan...Kalau seorang daripada kalangan ini mengajar tingkahlaku yang serupa kepada lima orang anak mereka kelak, tidakkah kerosakkan akan terus bertambah? Siapakah yang harus dipersalahkan? Ibubapa? Kerajaan?

Selain ibu bapa...kerajaan pun perlu ada peranan. Salah satu peranan kerajaan agar tidak membuat/meluluskan program2 yang boleh mengundang kepada masalah sosial.Program yang sah salah (haram) dari segi hukum syarak wajar tidak diadakan/diluluskan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kongkong salah..tak kongkong pn salah...apalahhhhh... <_<

kalau parents kongkong katala tak kasi kbebasan..kalau tak kongkong,besar nnt marah lak sbb tak latih waktu kecik...

bg aku ada betulnya kalau ibu bapa nih kongkong anak...kongkong tu tak bermakna kbebasan tersekat..tetapi kongkong utk menjadikan mereka ni berguna kelak..erti kata lain mngongkong dari perkara2 gejala kuning/gejala2 negatif ni ada pd anak2..so,tak hairanlah kalau ibubapa perlu kongkong anak2...ibubapa ni kalau kongkong pn sbb diorg ambil berat dan syg pada anak2..kalau ibu bapa tak syg anak2,dia akan biar anak2 tu mcm tu jer..bebas...so,kongkong dari segi pergaulan mmg pntg cz apa2 pn pengaruh dr kawan mmg kuat..

nk berkwn tu boleh,tapi batas pergaulan harus dijaga...kalau kita cari kwn yg baik,insyaAllah kita pn akan terikut2 dgn kawan tue..tp kalau cari kwn yg ntah pape ntah,takut nnt jd mcm kwn ni lak...ibarat mcm kalau kita pergi kdai wangian,bila kuar tempias wangi tu ada pd kita (lebih kurg ibaratnya cmni la..)..

lgsatu problem"suka mencuba"...keseronokan dunia nie kalau dicuba mmg seronok..mksd aku cm dadah,maksiat,rokok and mcm2 lglah..bnda nih kalau dicuba terus nk buat lg...sbb tue,org yg tak buat maksiat jgn sesekali cuba "test" nk buat,org yg tak merokok jgn sesekali "Try" nk hisap dan org yg ambil dadah,jgn sesekali cuba ambil walaupn sedikit..kalau dicuba,insyaAllah mmg parahlah jawabnyerr...

sbb tue,apa2 pn aku pegang konsep berdasarkan pd diri sndiri..nk jd baik,baiklah kita..nk jd buruk,buruklah kita..selagi ada pegangan agama,ada keimanan insyaAllah perkara2 buruk kita dpt elak..sbb tue kita ada landasan agama..agama mngajar erti kbaikan..mgajar mana yg baik dan mana yg buruk...bdk2 yg takder landasan agama nih,percayalah mula2 nmpk tabah tp lama2 mmg akan tewas...dunia Allah akan tunjuk,akhirat pn Allah akan tunjuk..(wallahualam)....so kalau blaku apa2,jgn salahkan sesiapa,salahkan diri sendiri..satu jari tunjuk pada org lain,4 jari tunjuk pada diri sndiri..

P/S: aku berckp berdasarkan pngalaman..bkn pngalaman diri sendiri,tp pngalaman dr org yg aku rapat..tgk pd masyarakat sekeliling pn kita dpt manipulasikan..so sapa terasa tue,aku takleh kata pape..aku berckp bkn berdasarkan" ikut kata hati"..tp berdasarkan apa yg aku rasa betul..sekian

Edited by misstersya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kita salah jika mempersoalkan "siapa yang patut disalahkan"... sepatutnya persoalan yang betul adalah "berapa ramai yang mampu kita tarik semula ke jalan yang betul"?. Dengan kemodenan negara kita sekarang, masalah moral sesungguhnya memang tidak dapat dielakkan lagi.

Anda boleh katakan apa sahaja mengenai peranan siapa2 dalam membentuk akhlak remaja - samada peranan ibubapa semasa anak masih kecil atau persekitaran di mana anak2 kita membesar atau sebagainya.. kebarangkalian seorang remaja rosak akhlak tetap ada. Walaupun 0.01%, ia tetap signifikan!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yang nak mencorakkan anak-anak sama ada yahudi atau nasarani ialah kedua ibu bapa.Adakah ibu bapa betul- betul seorang yang islamnya tulin bukan islam ikutan atau keturunan.Sudahkah setiap ibubapa menjalankan tanggungjawab sebagai wali pada keluarganya.Lokman ada berpesan pada anak-anak nya.Apakah pesanan Lokman pada anak-anak nya,adakah ibubapa yang ada sekarang berpesan pada anak-anak mereka sebagaimana Lokman.Bagai mana pula dengan masyarakat sekeliling,apa pula anutan mereka dan apa pula yang mereka berhala kan.Terjadilah apa yang sedang berlaku malah dimerata-rata tempat dapat dilihat perkara sebegini.Apa yang tak kena,menjadi suatu tanda tanya pada masyarakat setempat hinggalah pada pemimpin-pemimpin yang ada sekarang.Itu lah yang berlaku sekarang dan akan datang.Sebab banyak sangat yang tak betul malah tak mahu diperbetulkan.Manusia semua dikurniakan akal tapi tidak mahu mengetahui,ada mata tidak mahu melihat dan ada telinga tidak mahu mendengar.

Share this post


Link to post
Share on other sites

bebudk skrg ni kurang kene sebat, buat jahat dimanjekan lg kononnyer didik secara psikologi bla bla...tgk org dulu2 majoriti bebaik belaka pendidikan tegas...aku bengang giler dgr bebdk skolah mencarut2 dlm bus...rase nak lempang jer

Share this post


Link to post
Share on other sites

Budak2 skang ni susah nak ajar cara lembut atau kasar,kalau disebat memberontak kalau dibiarkan kang pijak kepala.Tak semua la gitu tapi kalau terkene spesis gitu,parah gak la.Nak ajar cara lembut susah,cara keras pun susah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rase kalo sesekali mak bapak rotan x jadi mslh la..ni mslhnye..manje sgt..contoh plg dkt adek aku sndiri ah(br 10taon)..bpk aku tau marah je..tau ugut jek ckp nk rotan..tp x penah nye dibuat..so adek aku pon da naek kpale ah..sbb die tau bpk aku xkn rotan pnye..ckp2 je tu..skang ni nk suro smayang pyh,nk suro ngaji pyh,ckp sket tau mlawan,menjerit jek..geram tol aku..cam nk bg pnampor smpi tanggal gigi..

Share this post


Link to post
Share on other sites

tamparan abang terhadap adiknya..

PANGGG... :wacko:

kurang ajar punya adik ...

kalau dia berubah lepas tu takpe la

kalau makin teruk perangai dia.. macam lari dari rumah ke..

HUH.. makan hati berulam jantunglah jawabnya .. :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...