nazwa69 0 Report post Posted April 12, 2007 Akhirnya majlis fatwa dah keluarkan fatwa mengenai investment internet ni... sapo nak lawan lagi, ikut la masing2... ni just nak share... Video, Format WMV =Video Buletin UtamaMirror =Mirror 2Mirror 3Mirror 4 p/s = mod, fail video takper kan? kalo salah, harap maap... sekian... wallahu'alam... Quote Share this post Link to post Share on other sites
darkstar 0 Report post Posted April 12, 2007 Thanx nazwa69 so, tutup kes.. kalau ada yg ajak berdebat pasal ni lagi, aku nasihatkan kita semua abaikan terus org-org macam ni. Quote Share this post Link to post Share on other sites
soopee 0 Report post Posted April 12, 2007 tepat pada masanya....taubat...taubat..tq majlis fatwa Quote Share this post Link to post Share on other sites
Hackezkk 4 Report post Posted April 12, 2007 ahahahahahmmg bestpdn muke korang yg masuk tuhinsaf2la..jgn nak bertekak lagi Quote Share this post Link to post Share on other sites
ponix 0 Report post Posted April 13, 2007 kalau dapat jual harta takpe la..nak modal pun tak lepas..joojojommmm...join yang halal.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
cikgureza 5 Report post Posted April 13, 2007 Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIMKUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk.Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50 jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji pulangan sehingga 300 peratus.Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari ini.Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah haram.Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam segala bentuk pelaburan seumpama itu.‘‘Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,’’ katanya.Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam pasaran-pasaran saham luar negara.Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada lebih 50,000 pelabur Malaysia.Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan urusan pelaburan menerusi Internet.Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.TeknologiSelain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com; www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us; www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan www.smartindex.net.Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD) berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar kepada para pelabur selama 100 hari.Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan berjaya mengabui mata para pelabur. Quote Share this post Link to post Share on other sites
ponix 0 Report post Posted April 13, 2007 BRAVOO!!!! Quote Share this post Link to post Share on other sites
adinor 0 Report post Posted April 13, 2007 Kami dengar dan kami patuh. Quote Share this post Link to post Share on other sites
mastakilla 0 Report post Posted April 13, 2007 apa komen promoter2 HYIP? Quote Share this post Link to post Share on other sites
Panglima Khalid 132 Report post Posted April 13, 2007 buat akhirnya...dapat pun keputusan..tahniah kepada warga Putera.com yang prihatin.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
neko 5 Report post Posted April 13, 2007 sebar2kan lah kepade sesaper yang kat luar tu... sedare ker...insaflah... Quote Share this post Link to post Share on other sites
mr dozo 0 Report post Posted April 13, 2007 aku pelikla apsal lambat sangat keluar fatwa...anyway tahniah coz kuar gak fatwa nih...yang dah joint tu faham-faham je la... Quote Share this post Link to post Share on other sites
gegule 0 Report post Posted April 13, 2007 kagum tui aku dengan ngkorang pasal patuh dengan fatwa, harapnyer sumer ler ngko follow bukan certain part jeks. amek benda paling mudah, penjagaan aurat by the way, biler fatwa dah kuar, cukup ler stakat dengan perkataan "melalui fatwa bla bla, saya menyeru diri saya dan anda semua...." ingat, imam di masjid slalu menegur diri sendrik dulu, bukannyer melulu teruih attack orang lain. aku faham niat ngkorang baik untuk tegur, cuma kalo bleh, amalkan aper yang khatib slalu amalkan ketika membaca khutbah. adios Quote Share this post Link to post Share on other sites
☺☺☺ 0 Report post Posted April 13, 2007 fuhh.. akhirnya... marila sama-sama menuju ke arah kebaikan dan menuju kejayaan.. well.. abaikan Quote Share this post Link to post Share on other sites
DarkWan 3 Report post Posted April 13, 2007 aku pelikla apsal lambat sangat keluar fatwa...anyway tahniah coz kuar gak fatwa nih...yang dah joint tu faham-faham je la...Bukan senang nak memfatwakan hukum .. kalau tak salah aku Imam Bukhari nak filter hadis-hadis dia pun, dia solat sunat terlebih dahulu utk sebuah hadis.Berapa hadis yang dia hafal? Tak silap aku dalam 300,000 lebih. 100,00 hadis sahih. 200,00 hadis palsu. Berapa rakaat dia solat sunat? Go figure.Mungkin majlis fatwa tak buat macam tu. Mungkin juga ya. Point aku, bukan senang nak membuat keputusan. Kena pandang dari semua segi. Dalil kukuh. Bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Baru orang percaya, faham dan patuh. Itupun ramai yang tak patuh .. Quote Share this post Link to post Share on other sites
PETABITE 0 Report post Posted April 13, 2007 Thats de point DarkWan! Dah lama tak masuk forum ni, aku tengok ramai sangat ahli baru yg cepat melatah la.. Woooo DarkWang, aku ada skim baru punya, nama dia Skim Skodeng Awek Sebelah Rumah, ko nak join? khokhohkohkhokhokhohkohkhohkoh.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
DarkWan 3 Report post Posted April 13, 2007 Thats de point DarkWan! Dah lama tak masuk forum ni, aku tengok ramai sangat ahli baru yg cepat melatah la.. Woooo DarkWang, aku ada skim baru punya, nama dia Skim Skodeng Awek Sebelah Rumah, ko nak join? khokhohkohkhokhokhohkohkhohkoh..Ehehe. Tak praktikal la, rumah aku jauh dengan rumah ko. Lain le ada pintu suka hati. Rumah dekat2 aku ni pun tak abes skodeng. Mak dia garang, kekeke. --------ON TOPICFatwa dah keluar. Tinggal ikut dan tak ikut je. Dah dikata haram tu, haram la. Tapi kalau mahu main, diam diam suda. Sendiri makan, sendiri mau ingat. Tapi bila dah menghalalkan yang haram, itu namanya melampau. Sesat lagi menyesatkan. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Unclekyo 2 Report post Posted April 14, 2007 nak kayo, dapat kayap....muhahahahhaha Quote Share this post Link to post Share on other sites
normeck 0 Report post Posted April 17, 2007 A : wei...jgn joint Saham NerakaB: ala...mcm ko sembahyang 5 waktu....???? Quote Share this post Link to post Share on other sites
archilles 0 Report post Posted April 20, 2007 bagi aku simple je... kerajan dah tau benda ni mmg buat duit punya, saham2 di luar negara mmg betul2 menguntungkan.. keuntungan 300% yg di beri dlm swisscash adalah sikit kalau nak di bandingkan apa yg company swisscash dapat. Kerajaan menghalang benda ni sebab pengaliran matawang keluar negara akan bertambah dari hari ke hari..kerajaan tak dapat untung daripada pelaburan yang rakyat malaysia buat ni, so dia hanya limitkan kepada pelaburan yang di benarkan oleh kerajaan.. dan kerajaan tak akan lluluskan benda ni, kerana dia tak dapat untung..bab halal haram ni, kalau kerajaan yang kontrol yang haram pun jadi halal.. esiapa ustaz yang cakap haram akan kena gam...so kerajaan mmg tak nak rakyatnya senang2 dapat duit... kena kerja dan byr cukai kepada kerajaan lah... Quote Share this post Link to post Share on other sites
blind_control 0 Report post Posted April 20, 2007 bagi aku simple je... kerajan dah tau benda ni mmg buat duit punya, saham2 di luar negara mmg betul2 menguntungkan.. keuntungan 300% yg di beri dlm swisscash adalah sikit kalau nak di bandingkan apa yg company swisscash dapat. Kerajaan menghalang benda ni sebab pengaliran matawang keluar negara akan bertambah dari hari ke hari..kerajaan tak dapat untung daripada pelaburan yang rakyat malaysia buat ni, so dia hanya limitkan kepada pelaburan yang di benarkan oleh kerajaan.. dan kerajaan tak akan lluluskan benda ni, kerana dia tak dapat untung..bab halal haram ni, kalau kerajaan yang kontrol yang haram pun jadi halal.. esiapa ustaz yang cakap haram akan kena gam...so kerajaan mmg tak nak rakyatnya senang2 dapat duit... kena kerja dan byr cukai kepada kerajaan lah...Undang2 di buat untuk protect rakyat... bukan nak cari duit...kalo duit malaysia banyak keluar orang boleh speculate..bila ekonomi jatuh nanti kita jugak yang susah...lepas tu investment macam ni salah dari segi undang2 jugak..BNM tak boleh nak monitor. nanti tokey dia lari investor nak report pada sapa..Laporan Securities Commision menyatakan pelaburan ini adalah SKIM PONZI...takde product...Kalo tokey dia guna duit tu untuk urusan jual beli dadah pun kau tak tau. Quote Share this post Link to post Share on other sites
nazwa69 0 Report post Posted April 20, 2007 bagi aku simple je... kerajan dah tau benda ni mmg buat duit punya, saham2 di luar negara mmg betul2 menguntungkan.. keuntungan 300% yg di beri dlm swisscash adalah sikit kalau nak di bandingkan apa yg company swisscash dapat. Kerajaan menghalang benda ni sebab pengaliran matawang keluar negara akan bertambah dari hari ke hari..kerajaan tak dapat untung daripada pelaburan yang rakyat malaysia buat ni, so dia hanya limitkan kepada pelaburan yang di benarkan oleh kerajaan.. dan kerajaan tak akan lluluskan benda ni, kerana dia tak dapat untung..bab halal haram ni, kalau kerajaan yang kontrol yang haram pun jadi halal.. esiapa ustaz yang cakap haram akan kena gam...so kerajaan mmg tak nak rakyatnya senang2 dapat duit... kena kerja dan byr cukai kepada kerajaan lah...aku jumpa ramai dah makhluk camnih.. celik, tapi buta... dah terang2 banyak yang scam skang, masih nak jadi org bodo melabur benda2 ntah apa2... dengan alasan, ala biasalah bisnes, mesti ada rugi... tapi sebenarnya dia tak sedar diri duk kene tipus... ada otak letak kat kepala lutut.. dah terang2 benda ni piramid... masih nak buat... HYIP ni cam dadah la.. memang sedap, tapi sedap dia sekejap je la... cakap ulama pon nak lawan... sengal... Quote Share this post Link to post Share on other sites
lipas 0 Report post Posted April 20, 2007 so kerajaan mmg tak nak rakyatnya senang2 dapat duit... kena kerja dan byr cukai kepada kerajaan lah...betol.. kerajaan taknak rakyat malaysia jadik pemalas cam ko.. pegi belajar.. pegi carik keje.. bantu ekonomi negara.. haha Quote Share this post Link to post Share on other sites
bluster_7 0 Report post Posted April 22, 2007 Salam....Fatwa dah keluar, siap jadi isu negara lagi. Siapa yang rugi??? Bagaimana nasib orang yang baru dapat pencen, bonus tahunan, kwsp, pinjaman kad kredit dan bank,......duit hilang sekelip mata. Kat sini ada benda yang aku nak share. Maybe korang masih tak tahu akan kewujudannya... ditanggung HALAL dengan konsep jual beli yang jelas dan kerjasama PPIM.Macammana LOAN bank boleh jadik HALAL? Kerana ada akad jual beli kan?Sama jugak dengan benda ni, JAUH dari riba dan mempunyai konsep jual beli yang jelas.Layari PULANGAN HALAL UNTUK SEMUA.Dijamin SELAMAT mengikut prosedur perundangan. Quote Share this post Link to post Share on other sites
nora4life 0 Report post Posted April 24, 2007 Salam....Fatwa dah keluar, siap jadi isu negara lagi. Siapa yang rugi??? Bagaimana nasib orang yang baru dapat pencen, bonus tahunan, kwsp, pinjaman kad kredit dan bank,......duit hilang sekelip mata. Kat sini ada benda yang aku nak share. Maybe korang masih tak tahu akan kewujudannya... ditanggung HALAL dengan konsep jual beli yang jelas dan kerjasama PPIM.Macammana LOAN bank boleh jadik HALAL? Kerana ada akad jual beli kan?Sama jugak dengan benda ni, JAUH dari riba dan mempunyai konsep jual beli yang jelas.Layari PULANGAN HALAL UNTUK SEMUA.Dijamin SELAMAT mengikut prosedur perundangan.aiyak...ini pon ada,itu hari masuk paper juga pasal bnda nihRisiko melabur InternetOleh RAMLI ABDUL KARIMKUALA LUMPUR 18 April Hasilnya, pelaburan I Love U For Ever (iluf.biz) yang mendapat sambutan hangat orang ramai ketika ini juga merupakan bakal disenaraikan dalam Senarai Amaran kerana sebab-sebab yang sama.Antara syarikat atau skim pengantara pasaran modal yang termasuk dalam Senarai Amaran SC ialah Jai Network Sdn. Bhd., Matrix Cash, Hibah Fund, CB.IRAQ, Capital Glory Holdings Ltd, Duit Wayang, GC Group Asset Management, Ocean Balance Ltd dan 3A Consulting Group Sdn. Bhd. Quote Share this post Link to post Share on other sites